topik 4 puan faridah

6
Topik 4 : Sifat kuprum dan gangsa. Anda diberi sekeping kuprum dan sekeping gangsa yang mempunyai saiz, bentuk dan ketebalan yang sama. Banding dan bezakan sifat-sifat kedua- dua bahan ini. Persamaan 1. Saiz, bentuk dan ketebalan 2. Takat didih dan takat lebur yang sama. 3. Bentuk pepejal Perbezaan: Kuprum Aspek Gangsa Perang kemerahan Warna Kuning keemasan Kurang lentur Kelenturan Lebih lentur Lebih berat Berat Kurang berat Lebih tumpat Ketumpatan Kurang tumpat Lebih keras Kekerasan Kurang keras Pada akhir aktiviti, jawab soalan berikut : 1. Apa yang telah anda pelajari dari aktiviti ini? Apa yang kami dapat pelajari daripada aktiviti pemerhatian ini ialah, kami dapat membezakan sifat-sifat antara kuprum dengan gangsa. Selain itu, kami telah mengasah kebolehan kami dalam memperolehi data atau pemerhatian melalui eksperimen yang dilakukan. Kami juga dapat memahami maklumat yang dikumpulkan tentang sifat bahan dengan lebih

Upload: sivanesan-velavan

Post on 04-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bio

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 4 Puan Faridah

Topik 4 : Sifat kuprum dan gangsa.

Anda diberi sekeping kuprum dan sekeping gangsa yang mempunyai saiz, bentuk dan

ketebalan yang sama. Banding dan bezakan sifat-sifat kedua-dua bahan ini.

Persamaan

1. Saiz, bentuk dan ketebalan

2. Takat didih dan takat lebur yang sama.

3. Bentuk pepejal

Perbezaan:

Kuprum Aspek Gangsa

Perang kemerahan Warna Kuning keemasan

Kurang lentur Kelenturan Lebih lentur

Lebih berat Berat Kurang berat

Lebih tumpat Ketumpatan Kurang tumpat

Lebih keras Kekerasan Kurang keras

Pada akhir aktiviti, jawab soalan berikut :

1. Apa yang telah anda pelajari dari aktiviti ini?

Apa yang kami dapat pelajari daripada aktiviti pemerhatian ini ialah, kami dapat

membezakan sifat-sifat antara kuprum dengan gangsa. Selain itu, kami telah mengasah

kebolehan kami dalam memperolehi data atau pemerhatian melalui eksperimen yang dilakukan.

Kami juga dapat memahami maklumat yang dikumpulkan tentang sifat bahan dengan lebih

mendalam melalui eksperimen. Kami juga mendapati sikap ingin tahu dan kemahiran kami lebih

tertumpu apabila melakukan aktiviti dan bukannya ‘chalk and talk’. Oleh itu, apabila kami

mendapat peluang untuk mengajar, kami juga akan mengikuti cara eksperimen atau aktiviti

untuk menguatkan pemahaman dan meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru.

Page 2: Topik 4 Puan Faridah

2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah khusus mengajar topik ini?

Topik ini ada di dalam standard kandungan 7.2 Sifat Bahan dan dalam standard

pembelajaran 7.2.2 Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan terapung sama ada

tenggelam atau di atas permukaan air dengan menjalankan aktiviti.

Gambar 1.0

3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam aktiviti PdP anda?

Sebagai langkah pertama, kami memulakan kelas dengan mengajar tentang keapungan

beberapa bahan yang berbeza. Selepas itu, pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis

bahan yang digunakan dalam kehidupan sehari. Pelajar dikemukakan dengan soalan bahan

yang manakah akan terapung atau tenggelam dalam air. Seterusnya, guru membahagikan

pelajar kepada beberapa kumpulan untuk melakukan eksperimen yang berkaitan dengan

keapungan bahan. Guru juga akan menerangkan tentang eksperimen yang akan

dilaksanakan.

Eksperimen yang perlu dilaksanakan ialah eksperimen keapungan yang melibatkan

bahan-bahan yang boleh terapung dan tenggelam. Bahan-bahan ini disediakan oleh guru

sendiri. Contoh bahan-bahan yang disediakan ialah sekeping gangsa, sekeping kuprum,

syiling, klip kertas, batu kecil, kertas, span, pensel, pemadam, pembaris, cincin. Pelajar

perlulah melaksanakan aktiviti dengan meletakkan bahan-bahan ini satu per satu ke dalam

Page 3: Topik 4 Puan Faridah

bikar yang dipenuhi dengan air. Pelajar juga perlu memerhatikan setiap keapungan bahan

dan merekod data dalam jadual yang disediakan.

Bahan yang terapung Bahan yang tenggelam

Rajah menunjukkan contoh jadual yang boleh digunakan untuk merekod data yang diperolehi.

Gambar 2.0

Gambar 3.0

Page 4: Topik 4 Puan Faridah

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini ?

Guru berperanan untuk membantu kanak-kanak dalam menguji idea-idea yang

dikemukakan oleh para pelajar. Perkara ini memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan

mengeluarkan pandangan mereka terhadap sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru. Selain

itu, menguji idea juga membolehkan guru untuk membetulkan pandangan dan fikiran para

pelajar sekiranya kurang tepat. Contohnya, memeberi peluang kepada murid untuk

menjalankan eksperimen membuat murid untuk menegluarkan idea mereka dan guru pula

dapat betulkannya sekiranya pandangan murid salah. Peranan guru seterusnya adalah,

mengembangkan pengalaman murid terhadap pembelajaran yang diberi oleh guru. Ini,

mendorong para pelajar untuk mengetahui dan mempelajari pelbagai info baru tentang sesuatu

perkara yang mana membantu pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

Contohnya, selain mengajar tentang keapungan guru juga boleh memberi sedikit maklumat

tentang ketumpatan.

Selain itu, guru juga berperanan sebagai seorang fasilitator apabila para pelajar

menjalankan eksperimen. Guru boleh membimbing para pelajar agar dapat mengelakkan

kesilapan dan miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan pelajar sewaktu menjalankan

eksperimen. Membimbing para pelajar juga membantu mereka untuk memahami konsep

keapungan secara lebih teliti dan mendalam. Selain menjadi sebagai seorang fasilitator, guru

juga boleh berperanan sebagai pencetus idea saintifik yang baharu. Apabila guru mencetuskan

idea-idea saintifik yang baru, ini juga membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan

dan konsep-kosep yang baru tentang sesuatu pembelajaran. Sebagai contohnya, konsep

keapaungan sesebuah alat juga bergantung kepada luas permukaannya. Ini merupakan

sesuatu idea atau konsep sains yang baru yang mana membuat pelajar berfikir dan mengetahui

konsep tersebut dan mendorong pelajar untuk mengaplikasikannya dalam eksperimen yang

dijalankan.

Guru juga haruslah berperanan dalam menarik perhatian murid terhadap pembelajaran

yang diajar. Guru sentiasa menggunakan barangan yang menarik dan yang digunakan oleh

pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Apabila mengaplikasikan cara ini dalam kelas

sewaktu PnP pelajar tidak berasa bosan dan akan mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti

yang dijalankan secara aktif. Contohnya, penggunaan pembaris dengan pensil dalam

eksperimen keapungan yang dijalankan. Tambahan lagi, guru juga haruslah sentiasa

berperanan sebagai pemerhati dalam kelas sewaktu para pelajar menjalankan eksperimen.

Page 5: Topik 4 Puan Faridah

Apabila guru memerhati segala aktiviti yang dijalankan oleh murid, guru dapat mengesan

kesilapan yang mereka melakukan sewaktu menjalankan eksperimen.