pengabaian warga tua latest

17
PENGABAIAN WARGA TUA Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang mengalami kerancakan pembangunan dengan kelahiran manusia yang semakin bijak. Namun fenomena yang mendukacitakan iaitu isu pengabaian warga tua semakin menular ke seluruh pelusuk dunia bagaikan virus yang semakin hari semakin membimbangkan dan semakin mendapat perhatian semua pihak. Walaupun isu ini tidaklah segah isu keruntuhan akhlak remaja, ia perlu juga diberi perhatian yang sewajarnya. Ada segelintir golongan dalam masyarakat kita yang sering menganggap bahawa warga tua ini banyak menimbulkan bebanan dan tanggapan sedemikian adalah amat menyedihkan. Tidak ketinggalan juga para wartawan yang menginginkan topik hangat memandangkan isu ini meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan masyarakat. Saban hari, isu ini sering terpampang di dada akhbar, di corong radio atau tevisyen serta internet. Pepatah melayu yang berbunyi `Bagai kacang lupakan kulit` dilihat amat sesuai dibincangkan bagi isu golongan warga tua yang kian terabai kebajikannya, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab- sebab golongan warga emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan

Upload: naimah57

Post on 16-Nov-2015

286 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SK

TRANSCRIPT

PENGABAIAN WARGA TUA

PendahuluanMalaysia merupakan sebuah negara yang sedang mengalami kerancakan pembangunan dengan kelahiran manusia yang semakin bijak. Namun fenomena yang mendukacitakan iaitu isu pengabaian warga tua semakin menular ke seluruh pelusuk dunia bagaikan virus yang semakin hari semakin membimbangkan dan semakin mendapat perhatian semua pihak. Walaupun isu ini tidaklah segah isu keruntuhan akhlak remaja, ia perlu juga diberi perhatian yang sewajarnya. Ada segelintir golongan dalam masyarakat kita yang sering menganggap bahawa warga tua ini banyak menimbulkan bebanan dan tanggapan sedemikian adalah amat menyedihkan. Tidak ketinggalan juga para wartawan yang menginginkan topik hangat memandangkan isu ini meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan masyarakat. Saban hari, isu ini sering terpampang di dada akhbar, di corong radio atau tevisyen serta internet. Pepatah melayu yang berbunyi `Bagai kacang lupakan kulit` dilihat amat sesuai dibincangkan bagi isu golongan warga tua yang kian terabai kebajikannya, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak.Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab golongan warga emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan oleh semua lapisan masyarakat. Menjaga warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu sahaja bahkan ia melibatkan semua pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.Pegorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya jadi apa salahnya anak-anak dan menatang bagai minyak yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak semasa kecil dahulu. Dalam tuntutan agama pun cukup jelas menuntut kita sebagai anak harus menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi yang berumur. Menjaga ibu bapa yang sakit ketika di ambang maut dan juga menguruskan jenazah merupakan tanggungjawab yang dituntut oleh agama. Namun, hari ini, ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka sendirian.Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali. (Surah al-Lukman ayat 14).Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).Perintah berbakti kepada orang tua setelah perintah untuk beribadah kepada Allah tanpa mempersekutukannya. Hal ini menggambarkan pentingnya berbakti kepada orang tua. Dalam ayat lain Allah SWT menjelaskan bahwa bersyukur kepada orang tua (dengan berbakti kepada keduanya) merupakan kesyukuran kepada Allah SWT, karena Allah menciptakan semua manusia dari rahim orang tua.

.: 151

iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, (Al-Anam 151).

Gambar 1: Warga Tua di MalaysiaDefinisiMengikut Dasar Warga Tua Negara: Tua adalah mereka yang umur melebihi 60 tahun dianggap sebagai tua. Di negara maju dan membangun, mereka yang melebihi 65 tahun (disebabkan oleh taraf ekonomi, pendidikan, taraf kesihatan yang lebih tinggi,health servicesyang lebih mantap, jangka hayat yang lebih panjang dsb. Berbanding dengan negara yang sedang membangun.) Takrifan ini mengikut kalendar atau umur.Takrifan tua adalah lebih rumit daripada tua mengikut kalendar. Tua boleh dilihat dari segi psikologikal,biologyataufunctional(atau kebolehan berfungsi). Contoh Dr Mahathir, berumur 70-an tetapi berfikir dan bersifat seperti orang muda yang berwawasan tinggi serta kreatif.Ada satu konsep yang juga sering digunakan iaitu Konsep Tua Muda (65-74), Tua-tua (75-84) dan Paling Tua-Tua (>85) satu cara mudah jika umur diambilkira. Biasanya tidak banyak masalah dalam kumpulan Tua Muda.Masyarakat selalunya mengaitkan masalah tua sebagai tidak sihat, tidak berguna, tidak bermaya, dsb. konsepAgeism, Negative, myths, Stereotyping(bersamaan dengan konsepSexism).

Contoh Pengabaian Warga Tua

Golongan warga emas yang terabai dan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh itu, tentu terdapatnya faktor tertentu yang menyumbang ke arah berlakunya masalah ini. Kewujudan dan pertambahan rumah orang tua di negara kita jelas menggambarkan kesan kehidupan masyarakat khususnya di alaf 21 ini apabila kita tua nanti. Dalam satu kajian yang dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), warga emas Melayu paling ramai menghuni di 11 rumah orang tua seluruh negara di bawah seliaan jabatan berkenaan. Timbalan Penguasa Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng Melaka, Mohd Emran Abdul Salam, berkata majoriti daripada 236 penghuni rumah berkenaan ialah Melayu. Orang tua yang dimasukkan di rumah itu mempunyai pelbagai latar belakang dan kisah hidup mereka tersendiri.

Faktor- faktor pengabaian warga tuaFaktor yang utama ialah dan paling ketara ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini . Malah ada segelintir golongan dalam masyarakat kita yang sering menganggap bahawa warga tua ini banyak menimbulkan bebanan dan tanggapan sedemikian adalah amat menyedihkan.Pengabaian warga tua ini disebabkan sikap masyarakat yang telah dijajahi oleh aspek imperialisme individualistik dan materialisme yang cukup kuat. Masyarakat moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan daripada nilai sebuah kasih sayang. Kadangkala mereka meninggalkan warga tua ini bersendirian di rumah seharian dari pagi hingga ke malam. Perbuatan ini secara tidak langsung telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa golongan tua ini. Mereka akan merasakan diri mereka tidak diperlukan lagi.Perasaan ini akan mengakibatkan warga tua ini merajuk dan cuba melarikan diri daripada permasalahan itu dengan keluar daripada rumah dan berjalan-jalan tanpa tujuan.Pada ketika inilah banyak kejadian yang tidak diingini boleh berlaku. Kemungkinan besar warga tua ini akan dirompak, diculik atau mengalami kemalangan.Sikap masyarakat sekarang ini terhadap warga tua menunjukkan seolah-olah mereka tiada langsung mempunyai rasa bersyukur dalam kamus hidup sendiri walaupun pada ibu bapa sendiri.Si ibu yang telah bersusah payah mengandungkan mereka selama sembilan bulan, menyusu, berjaga malam menghalau nyamuk dan menjaga serta mendidik daripada tapak kaki sekecil tangan ibu sehingga dewasa. Faktor kedua pula ialah pemiikiran masyarakat yang masih belum terbuka sepenuhnya menyebabkan mereka tidak dapat menerima teguran dan pandangan yang membina daripada warga tua dengan hati terbuka. Segalanya itu dianggap sebagai satu leteran. Oleh itu untuk melarikan diri daripada menerima leteran itu mereka menghantar warga tua ini ke rumah orang-orang tua. Mereka beranggapan di rumah orang-orang tua ini, warga tua akan dapat bergaul sesama mereka tanpa sebarang masalah. Dengan itu, dapatlah golongan muda ini menjalankan aktiviti harian mereka tanpa diganggu konsentrasinya.

Faktor ketiga pula ialah sikap masyarakat yang menganggap bahawa warga tua tidak produktif dan tidak berupaya membantu mereka. Oleh itu warga tua ini dianggap sebagai beban. Ini disebabkan mereka terpaksa menjaga warga tua ini tanpa mendapat apa-apa faedah daripadanya. Disebabkan keadaan ini terpaksa, golongan tua ini dilayan antara mahu atau tidak mahu sahaja. Malah ada yang menggunakan warga tua ini sebagai pembantu rumah. Pengeksploitasian tenaga warga tua ini, sememangnya semakin berleluasa kini, tetapi tiada tindakan yang dapat diambil kerana hal ini melibatkan kekeluargaan. Faktor keempat ialah sikap hipokrit masyarakat sekarang yang tidak mementingkan nilai-nilai kekeluargaan juga menyebabkan warga tua terabai. Mereka sanggup membelakangi warga tua ini dalam segala urusan. Bagi mereka warga tua ini dianggap tidak berguna lagi. Adakah kita dikatakan sebuah masyarakat yang maju selaras dengan transformasi negara jika kita bersikap invidualistik? Namun begitu, masyarakat maju Barat masih lagi menjaga warga tua mereka dan golongan inilah yang mereka utamakan dalam segala hal. Warga tua di sana dihormati dan disanjungi tetapi tidak di negara kita. Mengapa masyarakat kita tidak mahu mencontohi budaya positif ini? Namun begitu tidak dinafikan ada di antara kita masih menyayangi warga tua sebagaimana mereka menyayangi diri mereka sendiri. Golongan inilah yang dikatakan masyarakat terpelajar sebenarnya. Faktor kelima pula ialah sikap anak-anak yang sering memandang ringan terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa yang telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibubapa mereka sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang dinikmati pada hari ini. Nyanyuk, sakit kronik dan kecacatan warga tua, tidak bersefahaman dengan anak menantu, kesibukan anak dengan tugas harian dan masalah kewangan menjadi pemangkin kepada isu pengabaian warga tua ini. Ada kalanya anak-anak memberi alasan kewangan dalam menyatakan ketidakmampuan mereka untuk selalu menjengah ibu bapa di kampung atau menjaga orang tua sehingga mengambil keputusan menghantar orang tua mereka ke pusat-pusat kebajikan dan rumah warga tua.Faktor yang keenam pula pengaibaian warga tua atau ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak. Mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, dan suka mendera fizikal dan mental ditambah pula dengan kurangnya didikan agama. Maka anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan ibu bapa mereka yang uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak-anak mereka dahulu Faktor ketujuh ialah proses urbanisasi dan modenisasi yang begitu pesat berlaku di negara ini menjadikan anak-anak tinggal di taman perumahan yang terdiri daripada rumah teres, apartmen, rumah pangsa dan kondominium yang terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Atas alasan malu dan tidak mahu dipandang serong oleh komuniti dan masyarakat kediaman mereka, ada anak-anak yang tidak sanggup untuk membawa ibu bapa mereka tinggal bersama-sama kerana ibu bapa yang telah tua atau nyanyuk ini akan menimbulkan masalah dengan komuniti dan masyarakat setempat.Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor seperti di atas, namun masalah ini masih boleh dibendung dan diatasi. Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada orang yang lebih tua terutama ibu bapanya

Langkah Mengatasi Masalah Pengabaian Warga Tua

Menjaga warga tua merupakan tanggungjawab semua pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan bak kata pepatah 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.Terdapat juga pepatah melayu lama yang menyatakan,'tiada gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni.Hakikatnya, setiap pemasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.Oleh yang demikian, pelbagai langkah drastik dan dominan perlu direncanakan dan dilaksanakan secara berperingkat dan dinamik untuk memerangi isu pengabaian warga tua.Terdapat pelbagai langkah berkesan yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pengabaian warga tua. Kaedah yang paling berkesan adalah melalui kaedah media massa seiring dengan kerancakan pembangunan yang sedang berlaku di Malaysia. Kaedah tersebut boleh dilakukan melalui penyebaran maklumat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan minat dalam pengurusan dan penjagaan ibu bapa.Kerajaan seharusnya memainkan peranan dalam meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat di luar sana mengenai kesan daripada pengabaian warga tua. Kempen ini akan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda supaya mengingati jasa keda-dua ibu bapa mereka sekaligus mampu membalas jasa ibu bapa. Generasi muda sepatutnya sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati warga tua bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan dan memastikan anak-anak mendapat keperluan yang mencukupi.Kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu dan hari bapa.Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka.Kerajaan juga sepatutnya perlu menambah program advokasi bagi membentuk kesedaran masyarakat tentang penuaan yang positif dan meningkatkan kesedaran berkaitan dengan warga tua dalam komuniti setempat.Ia boleh dijalankan melalui publisiti dan kempen melalui media cetak dan media elektronik. Kerajaan perlulah lebih aktif dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat. Maklumat dan pengetahuan yang perlu disebarkan adalah mengenai pusat penjagaan yang berkonsepkan pondok, pusat jagaan harian, pusat jagaan sementara (respite care), kumpulan sokongan penjagaan (caregiver support group), perkhidmatan bantuan ke rumah-rumah (home help services),bantuan kewangan dan peralatan untuk warga tua serta penjaga mereka .Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa sesekali terikut dengan budaya barat.Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dari zaman dahulu kala lagi.Jadi, generasi muda mestilah berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua yang terbiar dan lain-lain.Selain itu, kerajaan boleh mengadakan pusat jagaan harian untuk warga tua bagi memudahkan anak-anak menghantar ibu bapa semasa mereka pergi bekerja.Hal ini kerana ramai generasi muda yang bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup.Mereka terpaksa meninggalkan ibu bapa di rumah semasa keluar bekerja.Mereka sebenarnya risau dengan keselamatan dan perasaan ibu bapa tetapi pekerjaan mereka harus diteruskan jua untuk menyara mereka.Jadi, mereka bolehlah menghantar ibu bapa ke pusat jagaan harian untuk warga tua sementara mereka keluar bekerja.Selepas pulang dari tempat kerja.Mereka boleh membawa pulang ibu bapa mereka semula.Hal ini dapat diselesaikan sekiranya pihak kerajaan bersetuju untuk mewujudkan atau menambahkan pusat jagaaan warga tua.

Langkah seterusnya, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil lagi akan dapat mengelakkan masalah penyisihan ibu bapa. Anak-anak yang mempunyai asas agama pasti akan mempunyai rasa tanggung jawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang sudah berumur. Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan disekolah rendah dan sekolah menengah.Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi di mana agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwarwarkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah.Maknanya, persoalan siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat dapat dikesan atau diketahui.Sikap segelintir anak yang mengambil jalan mudah dengan menghantar ibu bapa mereka ke rumah warga tua tetap tidak wajar walau apa jua alasannya. Alasan sibuk bekerja atau masalah kewangan sekalipun tidak mampu dijadikan alasan sama sekali. Jika diperhatikan pada hari ni, terdapat ramai anak yang beralasan terdesak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua disebabkan tekanan dan desakan ekonomi.Memang ada anak-anak menjaga orang tua mereka dengan rela hati dan penuh kasih sayang sehingga kadang-kadang mereka sendiri mengalami tekanan secara sedar atau tidak.Tugas menjaga bukan sahaja memerlukan tenaga, tetapi masa, dan sumber kewangan yang cukup di samping menjalankan tanggungjawab sosial yang lain.jadi kerajaan perlu menyediakan pelbagai bantuan, program, dan insentif kepada penjaga yang menjaga warga tua.Pihak berkuasa tempatan pula seharusnya membentuk dasar dalam memberi keutamaan perumahan kepada penjaga yang menjaga ibu bapa yang tua, di samping mewujudkan struktur perumahan yang sesuai untuk ibu bapa yang tua di bandar.Masyarakat di Malaysia mungkin boleh mengambil contoh negara maju seperti Amerika Syarikat.Negara seperti Amerika Syarikat telah menyediakan perumahan atau bangunan untuk warga tua yang lebih suka hidup sendiri. Hal ini tidak sesekali mendorong genserasi muda menghantar warga tua ke rumah kebajikan sebaliknya diharapkan langkah proaktif dapat diambil bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti rumah penjagaan harian untuk warga tua dan rumah penjagaan sementara, terutama untuk melatih warga tua berdikari dan memberi peluang kepada penjaga berehat seketika (Anon. 2010c).Secara praktis, kerajaan telah mengaplikasikan bantuan dan sokongan untuk warga tua dan penjaga mereka di Malaysia. Tetapi kekurangan rumah penjagaan harian dan rumah penjagaan sementara amat serius dalam jangka masa sepuluh tahun akan datang. Polisi ini secara signifikan dapat mengurangkan beban penjagaan oleh anak dewasa dan kesejahteraan warga tua pula lebih terjamin dan berkualiti (Khadijah Alavi et al. 2011).

Walau bagaimanapun, apa yang paling penting dalam usaha membanteras masalah pengabaian warga tua adalah dengan memastikan terlebih dahulu niat dan hati masing-masing bersih dan tulus. Generasi muda perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang kurang bernasib baik .Anak-anak juga perlu membuang sifat memandang hina kepada ibu bapa yang dianggap semain tua semakin tidak berguna dan tidak diperlukan lagi.Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak, datuk dan nenek atau anggota keluarga yang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab dan perasaan berkasih sayang sesama isi rumah.Selain itu, sistem ini juga dapat memberi sokongan serta ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua. Tambahan lagi, berbuat baik terhadap kedua-dua orang tua hukumnya adalah wajib kerana ia merupakan perintah daripada Allah Subhanahu Wataala(Anon. 2008).

RumusanHakikatnya, warga tua adalah satu golongan yang istimewa dan unik kerana mereka telah melalui proses perjalanan hidup yang panjang, berpengalaman luas dan sewajarnya dihormati serta dijaga dengan penuh kasih sayang. Penjagaan dan pengurusan warga tua harus dipandang berat oleh masyarakat. Pembinaan rumah jagaan dengan lebih banyak bukanlah satu cara yang tepat untuk mengatasi masalah pengabaian orang tua dan juga bukanlah satu cara yang mudah untuk anggota keluarga melepaskan tanggungjawab mereka begitu sahaja. Keinsafan dan kesedaran yang hakiki perlu ditanam dalam diri setiap individu supaya golongan tua tidak disisihkan daripada kelompok masyarakat setempat dan arus pembangunan yang melanda. Anggapan bahawa warga tua adalah golongan yang membebankan, tidak produktif serta banyak kerenah haruslah dikikis.Terdapat segelintir anggota masyarakat yang berfikiran bahawa masalah warga tua bukanlah masalah mereka dan pihak kerajaan perlu mencari jalan menyelesaikannya.Perkara seperti ini tidak harus berlaku dalam masyarakat kita sekiranya kita benar-benar ingin memastikan warga tua mempunyai kehidupan yang sejahtera.Masalah pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan anak-anak tempatan seumpama itu tidak dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan sangat memalukan dan dikesali. Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan janganlah sesekali mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka serta selalulah mendoakan mereka agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.