topik 2 mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan.pdf

8
r PENGENALAN T T o o p p i i k k 2 2 Mengenal pasti Ciri-ciri Keusahawanan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti 16 ciri-ciri usahawan berjaya; 2. Menilai kecenderungan keusahawanan anda melalui penilaian kendiri usahawan; dan 3. Menerangkan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara peniaga, pengurus dan usahawan. Usahawan adalah individu yang boleh melihat sesuatu sebagai peluang manakala bagi orang lain ia dilihat sebagai satu masalah dan perkara yang mengelirukan. Usahawan adalah pemangkin agresif yang boleh mengubah pasaran. Mereka juga telah dibandingkan dengan atlet Olimpik yang mencabar diri sendiri untuk menempuh pelbagai halangan, pelari jarak jauh yang tabah dan konduktor orkestra yang mengimbang kemahiran dan bunyi yang berbeza untuk menjadi satu, atau juruterbang pesawat pejuang yang memaksa diri mereka melepasi kelajuan bunyi dan menyahut cabaran- cabaran lain. Apa jua minat mereka, disebabkan mereka menggunakan pelbagai cara, usahawan adalah wira pasaran pada masa kini. Mereka menubuhkan syarikat dan membuka peluang pekerjaan dalam masa yang cukup singkat. Mereka berani menempuh dugaan dan mencipta masa depan secara berterusan. Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary approach (5th ed.) California: Harcourt College Publishers.

Upload: norbaizura-md-isa

Post on 16-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • r

    PENGENALAN

    TTooppiikk

    22 Mengenal pasti

    Ciri-ciri Keusahawanan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti 16 ciri-ciri usahawan berjaya;

    2. Menilai kecenderungan keusahawanan anda melalui penilaiankendiri usahawan; dan

    3. Menerangkan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara peniaga,pengurus dan usahawan.

    Usahawan adalah individu yang boleh melihat sesuatu sebagai peluang manakala bagi orang lain ia dilihat sebagai satu masalah dan perkara yang mengelirukan. Usahawan adalah pemangkin agresif yang boleh mengubah pasaran. Mereka juga telah dibandingkan dengan atlet Olimpik yang mencabar diri sendiri untuk menempuh pelbagai halangan, pelari jarak jauh yang tabah dan konduktor orkestra yang mengimbang kemahiran dan bunyi yang berbeza untuk menjadi satu, atau juruterbang pesawat pejuang yang memaksa diri mereka melepasi kelajuan bunyi dan menyahut cabaran-cabaran lain. Apa jua minat mereka, disebabkan mereka menggunakan pelbagai cara, usahawan adalah wira pasaran pada masa kini. Mereka menubuhkan syarikat dan membuka peluang pekerjaan dalam masa yang cukup singkat. Mereka berani menempuh dugaan dan mencipta masa depan secara berterusan.

    Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary approach (5th ed.) California: Harcourt College Publishers.

  • TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 13

    Topik ini menerangkan ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya, penilaian kendiri usahawan dan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan pengurus.

    CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

    Perbincangan berikut memberikan ringkasan ciri-ciri yang paling kerap dikaitkan dengan usahawan berjaya. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa ditambah kepada senarai ini, ia tetap memberikan pandangan yang mendalam mengenai perspektif keusahawanan.

    Rajah 2.1: Ciri-ciri usahawan berjaya

    (a) BBerinisiatif dan bertanggungjawab Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa usahawan yang berkesan giat

    mencari dan mengambil inisiatif. Mereka secara sukarela meletakkan diri mereka dalam situasi yang memerlukan mereka untuk bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan sesuatu operasi. Mereka berasa bertanggungjawab atas hasil daripada usaha yang diceburi. Mereka juga suka mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah di mana tidak wujud kepimpinan.

    2.1

  • TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 14

    (b) KKomitmen Tinggi Memulakan suatu usaha dengan berjaya memerlukan komitmen

    sepenuhnya daripada para usahawan. Komitmen ini membantu mereka untuk menangani kesilapan dan rintangan yang membahayakan perniagaan mereka. Komitmen mereka kepada idea dan perniagaan mereka akan menentukan tahap kejayaan perniagaan mereka.

    (c) BBerorientasikan Peluang Usahawan berfokus kepada dan bermula dengan peluang, bukannya

    sumber, struktur ataupun strategi. Mereka bermula dengan peluang dan menggunakan kefahaman mereka mengenai peluang tersebut untuk membimbing mereka dalam isu-isu penting. Mereka mempunyai kebijaksanaan dalam mencari peluang. Dalam mencari peluang perniagaan baharu, mereka memerhatikan peristiwa yang sama seperti orang lain tetapi melihat benda yang berbeza. Mereka bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang yang luar biasa.

    (d) PPengambil Risiko Sederhana Usahawan tidak mengambil risiko tanpa usul periksa; malah, mengambil

    kira risiko yang bakal dihadapi. Apabila mereka melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan, mereka membuat perhitungan dengan penuh teliti dan memikir dengan semasak-masaknya. Mereka mengelak daripada mengambil risiko yang tidak perlu.

    (e) YYakin dan Optimistik Usahawan biasanya sangat yakin dan optimistik bahawa mereka akan

    berjaya dan sikap ini biasanya berdasarkan keadaan sebenar. Tahap keyakinan dan sifat optimistik mereka yang tinggi adalah sebab mengapa sesetengah usahawan yang paling berjaya telah gagal lebih daripada sekali dalam perniagaan sebelum akhirnya mencapai kejayaan.

    (f) KKreatif dan Inovatif Usahawan perlu kreatif dan inovatif untuk memperoleh kelebihan

    persaingan dalam perniagaan mereka. Melalui minda dan imaginasi yang kreatif dan inovatif, mereka boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan yang unik untuk pelanggan. Kreativiti tidak diwarisi, malah ia boleh dipelajari.

    (g) MMenuntut Maklum Balas Usahawan gemar mengetahui prestasi mereka dan sentiasa meminta

    maklum balas. Mereka giat mencari dan menggunakan maklum balas

  • TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 15

    untuk memperbaiki diri mereka serta prestasi perniagaan mereka. Melalui maklum balas, usahawan juga dapat belajar daripada kesilapan mereka.

    (h) MMotivasi untuk Berjaya Kejayaan merupakan motivasi utama usahawan. Mereka berdaya usaha

    sendiri dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersaing, cemerlang serta mengejar dan mencapai cita-cita. Usahawan kerap disalah anggap sebagai tertumpu sepenuhnya kepada pemerolehan wang. Sebenarnya, wang cuma simbol kejayaan dan bukan pemacu motivasi bagi usahawan.

    (i) BBoleh Membangunkan Visi Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau

    konsep untuk syarikat mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan syarikat mereka. Malah dalam kebanyakan kes, mereka membangunkan visi selepas menyedari keadaan semasa syarikat mereka dan apa yang boleh dicapai.

    (j) MMahir Mengurus Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah.

    Usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu tugas. Mereka berkebolehan mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi kepada kenyataan.

    (k) KKawalan Dalaman Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan perniagaan mereka

    bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan mereka boleh mempengaruhi hasil tindakan yang mereka ambil.

    (l) TToleransi Terhadap Kegagalan Usahawan tidak mudah kecewa, kesal, putus asa atau murung apabila

    mengalami kegagalan; malah mereka belajar daripada kegagalan. Di waktu kesukaran, mereka masih lagi mencari peluang. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar daripada kegagalan awal berbanding dengan kejayaan awal mereka.

    (m) TTahap Tenaga Tinggi Usahawan lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang.

    Mereka perlu memiliki tahap tenaga yang tinggi untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan menghadapi tekanan permintaan. Tenaga tersebut merupakan faktor yang kritikal kerana usaha yang banyak diperlukan dalam memulakan suatu syarikat.

  • TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 16

    (n) MMembina Pasukan Kebanyakan usahawan berjaya mempunyai pasukan yang berkelayakan

    tinggi dan bermotivasi untuk mengendalikan perkembangan dan pembangunan perniagaan.

    (o) BBerdikari Usahawan adalah orang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan

    sesuatu tugas mengikut cara mereka sendiri. Ini tidak bermakna mereka mesti membuat semua keputusan. Sebaliknya, ini bererti mereka mahu mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang penting.

    (p) FFleksibel Usahawan tidak tegar dalam perniagaan mereka. Mereka fleksibel dan

    boleh menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan perniagaan. Dalam arus ekonomi dunia yang pesat berubah, sikap kaku akan membawa kepada kegagalan.

    PENILAIAN KENDIRI UNTUK USAHAWAN

    Terdapat pelbagai alat yang boleh digunakan untuk menilai dan mengukur kecenderungan seorang individu untuk menjadi seorang usahawan; contohnya alat yang dicadangkan oleh Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991). Pada hari ini, ada banyak ujian dan kuiz interaktif dalam talian yang boleh menguji tahap kecenderungan keusahawanan anda. Tujuan penilaian kendiri usahawan adalah untuk mendapatkan gambaran mengenai kecenderungan keusahawanan individu. Tujuannya bukan untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu boleh menjadi usahawan atau tidak. Sesiapa pun mempunyai potensi untuk menjadi usahawan, tidak kira umur, bangsa, jantina, warna kulit atau negara asal. Keusahawanan bukan suatu ciri genetik; sebaliknya, ia adalah suatu kemahiran yang dipelajari. Setiap individu berpeluang menjadi usahawan. Namun penilaian kendiri usahawan akan membolehkan anda melihat kedudukan anda dan membuat sesuatu untuk memperbaiki tahap kecenderungan keusahawanan anda jika anda ingin menjadi seseorang usahawan yang berjaya.

    2.2

    Apakah ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya? Pada pendapat anda, mengapakah ciri-ciri ini mustahak untuk menjadi usahawan yang berjaya?

    LATIHAN 2.1

  • TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 17

    PERBEZAAN ANTARA PENIAGA, PENGURUS DAN USAHAWAN

    Di dalam subtopik ini, kita akan melihat perbezaan antara peniaga, pengurus dan usahawan yang diadaptasi daripada Zimmerer (1998).

    2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan

    Usahawan bukan sinonim dengan peniaga, terutamanya peniaga kecil. Ini kerana bukan semua peniaga adalah usahawan. Akan tetapi, semua usahawan adalah peniaga. Peniaga mempunyai ciri-ciri kebanyakan usahawan tetapi ciri-ciri ini tidaklah setinggi golongan usahawan. Beberapa ciri boleh digunakan sebagai panduan untuk membezakan antara peniaga kecil dan usahawan. Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan tersebut.

    Jadual 2.1: Perbezaan antara Peniaga Kecil dan Usahawan

    Peniaga Kecil UUsahawan

    Melibatkan diri dalam perniagaan untuk meraih keuntungan demi menyara kehidupannya serta keluarganya.

    Memulakan usaha niaga, memimpin dan mengembangkan perniagaan untuk menunaikan matlamat peribadi dan mencapai kejayaan untuk diri sendiri.

    Mengambil risiko rendah. Mengambil risiko sederhana.

    Mengikut orang lain dan melabur hanya dalam pasaran yang sudah teruji dan terbukti.

    Menghitung risiko sebelum bertindak.

    2.3

    Apakah tujuan penilaian kendiri usahawan? Anda boleh cuba salah satu ujian ini dalam talian dengan melawat laman sesawang http://bizmove.com/other/quiz.htm. Bandingkan markah anda dengan rakan anda.

    AKTIVITI 2.1

  • TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 18

    2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan Usahawan

    Terdapat beberapa perbezaan antara pengurus, terutamanya pengurus konvensional, dan usahawan, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.2.

    Jadual 2.2: Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan Usahawan

    Pengurus Konvensional Usahawan Sangat peka kepada syarat dan undang-undang.

    Melihat undang-undang sebagai panduan sahaja.

    Sensitif kepada masa depan dan sanggup menangguhkan ganjaran.

    Konsep masa depan bergantung pada matlamat peribadi. Mempunyai nilai ambang (threshold) kekecewaan yang rendah.

    Sangat memerlukan dirinya diterima oleh orang lain.

    Merasa berbelah bagi terhadap kuasa, kejayaan dan tanggungjawab. Boleh memperalatkan dan mempergunakan orang lain.

    Boleh mengenal pasti masalah dalam sebarang tindakan yang diambil.

    Tidak sabar dengan perbincangan dan teori.

    Membuat perancangan yang terperinci. Cenderung untuk bertindak dan nampak seperti bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Sumber: Zimmerer & Searborough (1998).

    Topik ini cuba menjelaskan ciri-ciri keusahawanan yang paling kerap

    disebut. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa ditambah, senarai yang sedia ada boleh memberikan pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya.

    Terdapat 16 ciri keusahawanan yang dikenal pasti dalam topik ini iaitu:

    (i) Menuntut maklum balas

    Ringkaskan perbezaan antara peniaga, pengurus dan usahawan. Bincangkan senarai anda dengan rakan anda.

    SEMAK KENDIRI 2.1

  • TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 19

    (ii) Kawalan dalaman

    (iii) Fleksibel

    (iv) Tahap tenaga tinggi

    (v) Membina pasukan

    (vi) Boleh membangunkan visi

    (vii) Toleransi terhadap kegagalan

    (viii) Motivasi untuk berjaya

    (ix) Mahir mengurus

    (x) Kreatif dan inovatif

    (xi) Berdikari

    (xii) Yakin dan optimistik

    (xiii) Pengambil risiko sederhana

    (xiv) Berorientasikan peluang

    (xv) Komitmen tinggi

    (xvi) Berinisiatif dan bertanggungjawab

    Topik ini juga mempersembahkan penilaian kendiri usahawan untuk mengenal pasti kecenderungan keusahawanan di dalam individu.

    Ia juga membincangkan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan pengurus konvensional.

    Inovatif

    Kreatif

    Optimistik

    Penilaian kendiri usahawan