topik 13 keusahawanan dan perniagaan kecil

7
1 TAJUK 13 KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL Definisi usahawan dan perniagaan kecil Konsep usahawan bersepadu Keusahawan dan perniagan kecil Sumbangan perniagaan kecil Manfaat memiliki perniagaan sendiri Masalah dan kekangan perniagaan kecil Rujukan Abu Bakar Hamed (2005) m/s 1-20 DEFINISI USAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL Perkataan usahawan bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Ia mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Pada masa dahulu mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang atau saudagar manakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris „entrepreneur‟ . yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:- 1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar- besaran. 2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya. 3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan. 4. Webster‟s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan. 5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang

Upload: pamela-gan

Post on 30-Nov-2015

213 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 13 Keusahawanan Dan Perniagaan Kecil

1

TAJUK 13

KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL

KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL

Definisi usahawan dan perniagaan kecil

Konsep usahawan bersepadu

Keusahawan dan perniagan kecil

Sumbangan perniagaan kecil

Manfaat memiliki perniagaan sendiri

Masalah dan kekangan perniagaan kecil

Rujukan

Abu Bakar Hamed (2005) m/s 1-20

DEFINISI USAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL

Perkataan usahawan bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Ia mula diperkenalkan

dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Pada masa dahulu mereka

yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang atau saudagar

manakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.

Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris „entrepreneur‟.

yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.

Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada

perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-

1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan

sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara

besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-

besaran.

2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli

perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal,

buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran

barangannya.

3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang

inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

4. Webster‟s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang

yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan

menanggung risiko sesuatu perniagaan.

5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan

dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang

Page 2: Topik 13 Keusahawanan Dan Perniagaan Kecil

2

mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan

mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli

perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga

adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak

keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan.

Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan serta pertumbuhan

perniagaan.untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan

dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

PERKEMBANGAN ILMU KEUSAHAWANAN

Pada peringkat awal peringkat awal perkembangan ilmu keusahawanan ia lebih tertumpu

kepada pendekatan ekonomi sebagai punca keusahawanan. Setelah berlaku perkembangan

ilmu maka konsep keusahawanan juga berkembang merangkumi perspektif psikologi dan

perspektif sosiologi

Perspektif ekonomi:

orang yang dapat membangunkan negara dengan pembangunan fizikal

mewujudkan peluang pekerjaan

berupaya mewujudkan proses pertukaran

membuat inovasi terhadap produk

Perspektif psikologi

Berorentasikan pencapaian

Mempunyai kawalan dalam yang tinggi

Mengambil risiko sederhana

Inginkan kebebasan

Kemahiran mengorganisasi

Perspektif Sosiologi

Persepsi Mempengaruhi- budaya masyarakat, keluarga, rakan

Persepsi memudahkan- sokongan, demonstrasi, peluang

Tarikah positif - rakan kongsi, mentor, pelabur , pelanggan

Tolakan positif- bapa, ibu, kerjaya, pendidikan, pengalaman

Aktiviti keusahawanan- pengumpulan sumber, pengurusan organisasi, autonomi

KONSEP USAHAWAN BERSEPADU

Usahawan seharusnya mempunyai tiga kriteria utama untuk membolehkan perniagaan

mereka berkembang secara berterusan iaitu,

1. Sikap dan nilai diri yang positif,

Nilai yang baik perlu digilap dan dibangunkan seperti berdisiplin, bertenaga, kerja kuat,

dedikasi, tabah, bersemangat, berkeyakinan, bertanggungjaab, kreatif, amanah, berfikuran

terbuka, berani, bebas,, kesungguhan, keazaman, berpandangan jauh, praktikal, sabar, syukur

dan lain-lain

2. Pengetahuan dan ilmu perniagaan

Page 3: Topik 13 Keusahawanan Dan Perniagaan Kecil

3

Usahawan sekurang-kurangnya memiliki pengetahuan asas ilmu pengurusan perniagaan

iaitu ilmu dalam bidang pengurusan, pemasaran, dan kewangan. Pelbagai ilmu pengetahuan

yang berkaitan dengan perniagaan yang perlu dikuasai adalah seperti Pengurusan Organisasi,

Pengurusan sumber Manusia, Ilmu Kemasyrakatan, Pemasaran, Kewangan, Perakaunan,

Perniagaan antara bangsa, Gelagat Manusia, Operasi dan Pengeluaran, Kawalan Kualiti,

Ekonomi, Bahasa, Undang-undang, Budaya dan Sejarah, Komputer, Agama dan Etika,

Pemikiran san Kreativiti, Psikologi dan lain-lain

3. Kemahiran keusahawanan

Kemahiran-kemahiran ini mungkin berkaitan dengan perkara yang teknikal, pengurusan

atau kemanusiaan. Antaranya adalah seperti kemahiran; Membuat atau Mengeluarkan

Produk, Hubungan Pekerja, Motivasi, Perundingan, Mempengaruhi dan Meyakinkan orang lain,

Memimpin, Hubungan dengan pelanggan, Menjual dan Memasar, Merekod Kewangan,

Jaringan Usahawan, Membuat Keputusan, Menyelesaikan Masalah, Menangani Konflik,

Komputer, Berfikir dan mencipta, Merancang, Memantau dan mengawal dan laikn-lain

KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL

USAHAWAN PENIAGA

i. Merekacipta dan mengeluarkan

barang baru

ii. Melibatkan diri dalam pembelian

dan/ atau pemprosesan barang

dan penjualan barang atau

perkhidmatan

iii. Bermatlamat keuntungan dan

pertumbuhan

iv. Tujuan utama mendapat

keuntungan

v. Mementingkan pertumbuhan yang

cepat dan pulangan yang tinggi

vi. Pertumbuhan perniagaan adalah

lambat dan perlahan

vii. Menampakan ciri-ciri usahaan yang

jelas dan menonjol

viii. Mereka memiliki ciri-ciri usahawan

tetapi ciri-ciri tersebut kurang

terserlah pada mereka

ix. Biasanya dominan dalam bidang

yang diceburi

x. Tidak dominan dalam bidang yang

diceburinya

xi. Mempraktikan amalan baru dan

inovatif

xii. Tidak inovatif ddan kreatif

SUMBANGAN USAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL

1. Menggalakan inovasi dan penciptaan teknologi

2. Mewujud dan mengekal keharmonian masyarakat

3. Membantu mengekal daya saing syarikat besar

4. Menyediakan pengalaman kepada pekerja

5. Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat

6. Memberi sumbangan kepada ekonomi negara

MANFAAT MEMILIKKI PERNIAGAAN SENDIRI

1. Ganjaran Kewangan

2. Kebebasan dan dapat mencorak masa depan

3. Kepuasan cara hidup

4. Berupaya menggunakan kebolehan dan keupayaan

Page 4: Topik 13 Keusahawanan Dan Perniagaan Kecil

4

5. Berupaya memberi sumbangan kepada masyarakat

MASALAH DAN KEKANGAN PERNIAGAAN KECIL

Masalah

1. Kekurangan modal

2. Mesin dan peralatan

3. Jaringan perniagaan

4. Masalah simpan kira

5. Pasaran

6. Tenaga kerja

7. Bahan mentah

8. Kepakaran teknikal

9. Pengurusan am

Kekangan

1. Pendapatan tidak menentu

2. Risiko terhadap modal yang dilaburkan

3. Jangka masa kerja yang panjang dan kerja kuat

4. Suasana hidup yang tidak teratur terutama pada peringkat awal perniagaan

5. Tanggungjawab keseluruhan terhadap perniagaan

6. Risiko minda dan psikologi

7. Risiko sosial

Sebab-sebag kegagalan perniagaan

1. Melibatkan diri dalam perniagaan yang mereka tidak berkemahiran

2. Kurang ilmu pengurusan dan pengalaman perniagaan

3. Tidak bersungguh-sungguhn dan tabah dalam menjalankan perniagaan

4. Kurang memehami keseluruhan aktiviti perniagaan

5. Tidak mempunyai rekod atau catatan urusniaga

6. Tidak mengemaskini rekod perniagaan

7. Kawalan kewangan yang lemah

8. Kurang jaringan perniagaan dan maklumat berhubung dengan pelanggan dan

pasaran

9. Lokasi perniagan yang tidak sesuai

Cara mengelakan kegagalan

1. Mengetahui perniagaan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci

2. Berusaha menyediakan rancangan sendiri setiap tahun

3. Pastikan urusniatga direkodkan

4. Memahami pasaran dan tabiat pelanggan

5. Bezakan perniagaan agar ia menunjukkan sesuatu yang lebih baik

6. Mengurus kerja dan pekerja dengan cekap

7. Jadilah orang yang bermaklumat tentang perniagaan

8. Luaskan jaringan perniagaan

9. Tambahkan ilmu pengetahuan

10. Sejahterakan fizikal, mental dan kerohanian

Page 5: Topik 13 Keusahawanan Dan Perniagaan Kecil

5

LATIHAN

1. Manakah antara berikut berkaitan dengan konsep sosiologi dalam bidang keusahawanan ?

A. Orang yang mempunyai ciri-ciri kawalan dalaman yang tinggi

B. Orang yang mempunyai jaringan perniagaan yang kuat antara ahli.

C. Orang yang berupaya membuat pembaharuan terhadap produk dan proses

perniagaan

D. Orang yang dapat mewjudkan peluang pekerjaan dan membangunkan negara

dengan pembangunan fizikal

2. Apakah ciri-ciri umum perniagaan kecil?

I. Diuruskan secara perseorangan

II. Mempunyai nilai aset yang tinggi

III. Dikendalikan dalam kawasan tempatan

V. Memerlukan bantuan daripada agensi kerajaan

V. Diuruskan oleh pihak profesional yang dibayar gaji

A. I, II, dan III sahaja

B. I, III dan IV sahaja.

C. II, III dan V sahaja

D. III, IV dan V sahaja

3. Mengendalikan perniagaan memang menghadapi banyak kerumitan.

Masalah manakah yang paling sukar untuk dihadapai oleh peniaga- peniaga kecil.

(A) mengemas kini rekod perniagaan

(B) mengatasi pesaing-pesaing untuk menembusi pasaran..

(C) menggunakan segala sumber untuk menghasilkan keluaran

(D) mendapat keuntungan yang maksimum daripada perniagaan

4. Apakah langkah yang boleh diambil oleh seorang usahawan yang menghadapi

masalah modal kerja yang negatif?

(A) Beli aset secara tunai

(B) Menjual stok secara tunai..

(C) Memohon overdraf daripada bank

(D) Menambahkan belian stok secara kredit

Page 6: Topik 13 Keusahawanan Dan Perniagaan Kecil

6

5. Konsep keusahawanan dilihat dari pelbagai perspektif seperti ekonomi, psikologi dan

sosiologi.

a. Huraikan perbezaan konsep keusahawanan dari ketiga-tiga perspektif tersebut.

b. “Usahawan yang ingin berjaya memerlukan ciri-ciri khusus untuk mencapai

kejayaan”

Bincangkan pernyataan di atas dalam konteks usahawan bersepadu.

6. a. Keusahawanan dikaitkan dengan kejayaan perniagaan baru.

Huraikan lima ciri keusahawanan yang perlu dipunyai oleh usahawan untuk

meningkatkan perniagaan mereka.

b. Keusahawan menggalakkan perniagaan dari rumah.

Bincangkan dua isu yang memberi implikasi terhadap kehidupan berkeluarga

akibat menjalankan perniagaan dirumah.

7. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan.

KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan hari ini memperkenalkan Tabung Pembangunan Kemahiran 1Malaysia khusus untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bertujuan meningkatkan kemahiran dalam sektor pekerjaan. Menteri Sumber manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tabung berjumlah RM2 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Katanya,, ia bertujuan memberi latihan dan kemahiran dalam aspek kreativiti dan inovasi kepada 500 pekerja yang berdaftar di bawah PSMB. "Skim itu juga berperanan menggalakkan PKS menghantar para pekerjanya mengikuti latihan atau program kemahiran bagi menambah pendapatan masing-masing sekaligus pendapatan negara. "Dana tersebut terbuka untuk semua PKS dan siapa yang cepat akan mendapat tempat, jika boleh kita mahu semua pekerja sektor ini menyertai program di bawah tabung kemahiran itu," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Tabung 1Malaysia dan Seminar Penggalak Latihan untuk PKS di Wisma PERKESO di sini hari ini.

Utusan Malaysia 10 Mac 2010

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk R. Segarajah dan Pengerusi Lembaga Pengarah PSMB, Hasnah Ismail.

Utusan Malaysia, 10 Mac 2010

Page 7: Topik 13 Keusahawanan Dan Perniagaan Kecil

7

(a) Dari petikan di atas didapati peranan perniagaan kecil adalah penting kepada

pembangunan ekonomi negara.

Apakah sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan oleh perniagaan kecil?

(b) Latihan dan program kemahiran sangat penting diikuti oleh peniaga kecil untuk

mengelakan dari kegagalan. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang boleh

menyebabkan seseorang usahawn gagal dalam bidang yang diceburinya?

8. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan.

(a) Dari petikan di atas jelaskan konsep usahawan

(b) Pada pendapat anda apakah sumbangan yang dapat diberikan oleh

peniaga R & R kepada masyarakat.

Singkir peniaga R & R ‘Ali Baba’

Syarikat konsesi lebuh raya akan menarik balik lesen peniaga di kawasan rehat

dan rawat (R & R) yang didapati „mengalibabakan‟ perniagaan mereka kepada

warga asing. Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata

peniagaan di kawasan itu perlu diuruskan oleh pemilik yang berdaftar dan

mereka tidak boleh menyerahkan perniagaan itu kepada warga asing

“Jika kita mendapati ada peniaga R&R yang menyerahkan perniagaan

mereka untuk diurus oleh warga asing, maka lesen itu akan ditarik balik dan

kekosongan itu akan diisi oleh mereka yang lebih layak”

Beliau berkata peniaga di R & R perlu merebut peluang perniagaan yang

diberikan kepada mereka kerana permohonan adalah tinggi.

Beliau pada masa yang sama meminta syarikat konsesi lebuh raya mengambil

tindakan tegas untuk memastikan tiada peniaga mengambil untung berlebihan.

“PLUS akan terus komited untuk memastikan perjalanan orang ramai dan

pengguna lebuh raya selamat, selesa dan efisien pada setiap masa,” katanya.

(Petikan Utusan Malaysia 19 Mac 2009)