membandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus...

28
MEMBANDARKAN LUAR BANDAR NASKAH PERCUMA BIL:01/2016 www.risda.gov.my G E R A N B E R N I L A I 4 0 J U T A ISLA H E KO N O M I TIN DA KAN TR AN SFO R M A SI G R AD UA N AG R OIN D U S T RI P R O G R A M KE M B A R A KP K W UJU D K AN P E L A N UCA M S A SA R L A H IRK A N U N T U K P R O J E K E K O N O M I B E R N IL A I T I N G GI

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

11 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

MeMbandarkan luar bandar

naSkaH PerCuMaBIL:01/2016www.risda.gov.my

geran bernilai 40 juta

islah ekonomi

tindakan transformasigraduan agroindustri

p r o g r a m k e m b a r a

kpk wujudkan pelan

uCam sasar lahirkan

untuk projek ekonomi bernilai tinggi

Page 2: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Sidangeditorial

SALAM SEHATI SEJIWA

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. hasil cetusan buah fikiran yang ditintakan

dalam bentuk penulisan akhirnya Suara RISDA keluaran pertama tahun ini berjaya

diterbitkan. Syabas dan tahniah kepada semua sidang pengarang atas usaha penulisan

kreatif dan kiriman artikel kepada sidang redaksi untuk merealisasikan penerbitan

wadah pertama 2016 ini.

iSi KanDungan

HebaHan

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang artikel di dalam Suara Risda, sila hantarkan

artikel anda ke email: [email protected]

PENAUNGDato’ Mohamat B. Muda

KETUA EDITORMuhammad Adnin Bakir B. Abu Bakar

PENOLONG EDITORNasri B. Rahmat

EDITOR ZON UTARAAbdul Malek B. Kassim EDITOR ZON SELATANMohamad Hazman B. Ramli

EDITOR ZON TIMURAhmad Shahdan B. Md. Sidek

EDITOR ZON BORNEOYahya Al-Mubarak B. Jamal

PENGEDARANMohd. Haniff B. Ismail MokhtarNur Faizah Bt. Md. JaniMohd. Fitri B. Rosmin

REKABENTUK DAN PERcETAKANTricasa Creative Resources

Dari meja Ketua eDitor

Sidang pembaca yang dikasihi,

penerbitan pertama tahun ini

lebih menampilkan isu – isu

aktiviti ekonomi tambahan dan

keusahawanan yang menjadi

fokus pembangunan RISDA untuk

menyokong pendapatan pekebun

kecil ketika ini.

Sepertimana sedia maklum, RISDA

telah berjaya melahirkan lebih 10,000

orang usahawan dalam pelbagai

bidang dan ada di antaranya

telah berjaya membuktikan sektor

keusahawanan sememangnya

menjamin masa depan dan memberi

pulangan yang lumayan andai

dididik, diasuh dan dibimbing

dengan ilmu dan kemahiran. Adalah

diharapkan agar pekebun kecil

menyambut baik usaha RISDA

dengan melibatkan diri secara aktif

di arena keusahawanan ini.

Semoga penerbitan kali ini

sedikit sebanyak menyuntik

semangat pekebun budiman untuk

terus berjuang dan berusaha

memartabatkan kehidupan yang

sejahtera dan sekaligus RISDA

mampu mencapai visi sebagai

agensi kemajuan pekebun kecil.

Jom layari usahawanrisda.com.

#Membandarkan Luar Bandar

#UsahawanRISDA.com

Muhammad Adnin Bakir Bin Abd BakarKeTuA eDIToR SuARA RISDA

KASIhI PEKEBUN, SAyANGI RISDA

KpK Wujudkan pelan Tindakan Transformasi

Geran Bernilai 40 Juta untuk projek ekonomi Bernilai Tinggi

uCAM Sasar Lahirkan Graduan Agroindustri

pesta Desa Lestari Kampung Suasa (pADeSA) 2015

Lensa Suara Risda Rujuk Risda Sebelum Bangunkan Tanah Terbiar

Seminar usahawan Lestari

03

04

06

08

10 12

13

14

15

16

18

19

20

21

22

23

24

25

peralatan pertanian Bantu Tingkatkan pendapatan

Seminar erat Silaturahim

pergerakan Wanita pekebun Kecil Berperanan Besar Memajukan Masyarakat

Konvensyen GAp Kelantan

Konvensyen GAp untuk pekebun Kecil

program Kembara Islah ekonomi

Kraftangan Daun Getah punyai Nilai Seni & Keunikan Tersendiri

pendapatan Lumayan Jual Bunga Dan Getah

Seminar & Majlis Mesra estet 2015

Ziarah orang Lama Jadi Rutin RISDA pulau pinang

Cara Mudah untuk Lebih Yakin Diri

2 suara risda | edisi 1/2016

Page 3: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk

Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara perkara yang

perlu dipertimbangkan ialah pelan untuk membantu

ahli-ahli dalam bidang pembangunan ladang, bekalan input

pertanian, pengangkutan dan pemasaran basil.

Beliau berkata, dalam pada masa sama, KPK juga

mestilah mengukuhkan perkhidmatan sedia ada termasuk aspek

bekalan. "Koperasi sebenarnya berpotensi besar dalam pasaran

sedia ada dan tidak mungkin gagal berikutan pelbagai aktiviti

tranSformaSipelan tinDaKanKPK wujudKan

perniagaan. Malah, setakat Disember 2014 terdapat 11,871 buah

koperasi berdaftar dengan keahlian 7.4 juta orang yang mana

di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan

Getah (RISDA) sahaja terdapat 63 buah koperasi."

“Bagaimanapun, semua ini memerlukan kerjasama

antara satu koperasi dengan koperasi lain. Saya percaya

dengan kerjasama ini, koperasi akan menguasai keseluruhan

rantaian perdagangan negara ini,” katanya dalam majlis Bengkel

Transformasi KPK 2015.

Koperasi peKebun Kecil (KpK) diminta mewujudKan pelan tindaKan transformasi bagi penjenamaan semula

hala tuju dalam usaha memantapKan eKonomi luar bandar termasuK menambah pendapatan ahli.

Oleh: nur faizah md. jani

suara risda | edisi 1/2016 3

Page 4: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

“Kerajaan ingin melihat lebih ramai

usahawan berjaya melangkah ketahap yang lebih

tinggi dengan pelbagai kemudahan insentif dan

bantuan modal melalui agensi-agensi seperti

TEKUN, SME Corp dan SME Bank disediakan untuk

memperbesarkan lagi perusahaan mereka,” jelasnya.

Dengan itu, bagi Program Ekonomi

Tambahan dan Pembangunan Usahawan

dikalangan pekebun kecil, kerajaan telah

meluluskan peruntukan RM200 juta kepada RISDA

sepanjang lima tahun bermula dari tahun 2016 ini.

menteri Kemajuan luar bandar dan wilayah, datuK seri ismail sabri

yaaKob berKata Kementerian sentiasa memberi peneKanan Kepada bidang Keusahawanan, Khususnya Kepada masyaraKat di luar bandar. Oleh: naSri rahmaT

rm40 jutageran bernilai

untuk projek ekonomi bernilai tinggi

4 suara risda | edisi 1/2016

Page 5: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

“Peruntukan berbentuk geran tanpa pembayaran semula disalurkan kepada

RISDA secara berperingkat iaitu RM40 juta setahun,” ujar Datuk Seri Ismail lagi ketika

berucap merasmikan perhimpunan Usahawan Pekebun Kecil Nasional 2016, di Dewan

Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Peruntukan ini hendaklah digunakan untuk

melaksanakan projek-projek ekonomi bernilai tinggi dan mempunyai nilai pasaran

dalam bidang perkhidmatan, makanan, pembuatan dan pertanian serta penekanan

kepada pembangunan produk pembungkusan dan pelebelan,pemasaran produk,

pameran dan promosi.

Sehubungan dengan itu, RISDA disaran mengadakan

jaringan strategik dan nilai rantaian dengan agensi-agensi

kerajaan, pusat-pusat pengajian tinggi seperti UPM serta

syarikat-syarikat milikan RISDA dan syarikat-syarikat swasta.

Datuk Seri Ismail Sabri juga menyarakan supaya

RISDA mewujudkan satu pelan strategik Usahawan RISDA

dengan mengambil perhatian khusus kepada perkara-perkara

berkaitan yang terdapat dalam Transformasi Luar Bandar seperti

Menaiktaraf kedai usahawan, pendekatan I Kampung I Usahawan,

penubuhan pusat pengumpulan produk usahawan, outlet pemasaran,

menggalakkan perniagaan online serta mengantarabangsakan

produk usahawan.

Seramai 2,500 orang usahawan pekebun kecil RISDA menghadiri

perhimpunan Usahawan Nasional 2015 dan beberapa usahawan yang

memperoleh pendapatan lima angka ke atas menerima anugerah dan

sijil pengiktirafan inovasi yang disampaikan YB Menteri.

“Peruntukan berbentuk

geran tanpa pembayaran

semula disalurkan kepada RISDA

secara berperingkat

iaitu RM40 juta setahun.”

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

suara risda | edisi 1/2016 5

Page 6: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

SaSaR LaHIRKan GRaduan

usaha penubuhan Kolej universiti agrosains malaysia (ucam) yang memfoKusKan pertanian dan perladangan dilihat

berpotensi menjadi pemacu Kepada inisiatif Kerajaan dalam memastiKan bidang tersebut terus relevan pada masa hadapan

serta mampu berKembang seiring Kemajuan bidang lain.

agroinDuStri

Ko le j Uni ve rs i t i Ag ro sa in s Ma lay s i a

6 suara risda | edisi 1/2016

Page 7: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis

Perasmian Penubuhan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dekat

Ayer Pa’abas. UCAM yang mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan

kolej universiti pertanin. Ditubuhkan di bawah agensi KKLW, RISDA yang

memberi fokus kepada pertanian dan perladangan. Fokus penubuhan

CAM adalah untuk membantu generasi kedua pekebun kecil mendapat

pendidikan tinggi dan memperolehi kehidupan lebih berkualiti.

“Sebagai sebuah agensi pendidikan saya berharapsemua warga

kerja UCAM khususnya dan RISDA amnya sentiasa komited, bersatu dan

terus berusaha gigih untuk membela nisib pekebun kecil serta memastikan

program yang dijalankan terus menjadi pilihan. “Program pengajian

UCAM perlu dipertingkat dan diolah bagi memenuhi keperluan pasaran,

industri dan mampu membentuk pembangunan modal insan yang memiliki

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob berkata, antara cabaran yang dhadapi dalam

permodenan sektor pertanian dan perladangan adalah

kebergantungan kepada tenaga kerja asing, petani berusia, kekurangan

tenaga mahir serta sambutan dingin dalam kalangan golongan muda.

Justeru katanya, beliau berharap UCAM akan menjadi institusi

pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dapat melahirkan ramai graduan

cemerlang dan mempunyai kecenderungan berkerjaya dalam bidang

pertanian dan perladangan bagi membantu merancakkan sektor berkenaan.

“Saya sarankan UCAM menjadikan sektor keusahawanan sebagai bidang

kerjaya pilihan tanpa perlu bergantung untuk bekerja dengan agensi

kerajaan atau swasta semata-mata.

“Sehubungan itu, UCAM perlu mewujudkan ekosistem

keusahawanan dalam kampus ini dan melatih serta memberi pendedahan

kepada para siswazah agar dapat menimbulkan minat mereka menceburkan

diri dalam bidang keusahawanan. “Kementerian amat komited bagi

memastikan IPTS agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terus menghasilkan graduan berkualiti bagi

menyumbang bakti kepada kemajuan desa dan seterusnya melibatkan diri

dalam bidang keusahawanan seperti disarankan UCAM.

kemahiran insaniah yang tinggi,” ujar Ismail. Sementara itu

beliau berkata, UCAM akan terus memberi sumbangan besar

bukan sahaja kepada warga kampusnya malah kepada

pembangunan pengajian tinggi negara selain memajukan

bidang pertanian dan perladangan.

Katanya lagi, UCAM mempunyai keistimewaan

tersendiri sebagai IPTS berasaskan pertanian serta berjaya

menjadi pemangkin dengan meneroka bidang pertanian

dengan lebih jauh dengan meningkatkan nilai tambah

kepada usahawan pertanian dan perladangan. “Saya yakin

UCAM boleh menjadi wahana untuk melahirkan teknokrat

dalam bidang agroindustri bukan sahaja dalam negeri tetapi

melangkaui luar negara. Oleh: fadzli izab

suara risda | edisi 1/2016 7

Page 8: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Oleh: mOhd nur naeem b. awang damiT

Tahun 2015 adalah merupakan anjuran

kali ketiga pesta tersebut diadakan.

Pengerusi dan agensi-agensi yang

terlibat berhasrat untuk menjadikan pesta

tersebut sebagai acara tahunan dan dapat

menjadikan kampung Suasa sebagai

kampung contoh untuk pelbagai aspek.

Pesta tersebut berlangsung selama empat

hari iaitu bermula pada 16 September 2015

sehingga 19 September 2015. Pengerusi

memilih tarikh tersebut adalah kerana

amat bersesuaian dengan tarikh Hari

Kebangsaan yang disambut setiap tahun

oleh rakyat Malaysia iaitu 16 September.

Lokasi pesta adalah di Kampung Suasa

Beaufor terletak kira-kira 170KM daripada

Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Sambutan selama pesta berlangsung amat

meriah dan memberangsangkan darripada

kalangan agensi kerajaan, NGO dan

masyarakat setempat. Anggaran yang hadir

selama pesta diadakan adalah seramai

lebih daripada 1500 orang.

peSta DeSa leStariKampung SuaSa

(paDeSa) 2015

padesa merupaKan satu program tahunan di Kampung suasa

beaufort sabah. perKataan padesa pula adalah singKatan bagi tajuK

program iaitu “pesta desa lestari Kampung suasa”. pesta ini adalah

anjuran daripada persatuan belia dan bernaung di bawah Kementerian Kemajuan luar

bandar dan wilayah (KKlw).

◆ Peranan risdaRISDA adalah satu-satunya agensi kerajaan

yang dilantik secara rasmi selaku pemantau

sepanjang pesta berlangsung. Sebelum

bermulanya pesta, RISDA seringkali hadir

berkerjasama dengan pihak Kampung

Suasa dan agensi-agensi lain untuk

menjayakan pesta tersebut. Semua

kakitangan Pejabat RISDA Daerah Beaufort

bersama-sama turun padang ke lokasi

program selama empat hari secara bergilir

mengikut pembahagian tugas yang telah

diatur.

◆ OBJeKTiF• Memberi peluang kepada agensi

kerajaan dan NGO untuk mendedahkan

fungsi melalui aktiviti yang dilakukan

dan mengeratkan kerjasaman dengan

masyarakat.

• Mempromosikan produk kampung Suasa

melalui Koperasi Bersatu Kampung Suasa

Beaufort Berhad iaitu penjualan kerbau

terus dari ladang.

• Memromosi produk Inap Desa (Home Stay)

melalui wujudnya bilik-bilik penginapan

yang telah dibina dan pakej lain yang

telah disediakan oleh pihak koperasi.

• Menjadikan pesta tersebut sebagai acara

tahunan yang membolehkan Kampung

Suasa menjadi tumpuan baik dari

pelbagai pihak.

• Selain itu adalah untuk merapatkan lagi

hunbungan antara pemimpin, agensi

kerajaan, NGO,dan masyarakat setempat.

8 suara risda | edisi 1/2016

Page 9: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Pesta ini melibatkan pelbagai agensi

kerajaan dan NGO, oleh itu agensi –

agensi yang terlibat pada pesta tersebut

berkerjasama untuk melakukan pameran

bagi memberi pendedahan kepada

masyarakat setempat berkaitan fungsi atau

peranan jabatan yang wujud.

Selama pesta berlangsung pelbagai aktiviti

dan persembahan telah diadakan daripada

pagi sehingga malam. Aktiviti – aktiviti

yang diadakan merangkumi sudut agama,

penyatuan bangsa dan cintakan negara.

Inap Desa (home stay) yang ada juga

memberi kemudahan justeru sebagai tarikan

kepada masyarakat luar semasa pesta.

Selain itu, terdapat beberapa pondok

peranginan telah dibina dengan pelbagai

bentuk dan corak dinding yang menarik

Jabatan Penerangan Malaysia telah

menyediakan pentas bergerak bagi

memudahkan persembahan dan acara

– acara pentas diadakan. Sebanyak 22

khemah bersaiz 20 x 20 yang memuatkan

sebanyak 40 agensi kerajaan dan NGO

membuat pameran sepanjang pesta.

Turut disediakan juga ruangan untuk

gerai makan di lokasi pesta justeru dapat

memberi peluang berniaga kepada

masyarakat setempat untuk merebut

peluang yang ada.

◆ aKTiviTi – aKTiviTiAntara aktiviti-aktiviti yang dijalankan

adalah seperti Pertandingan Memancing,

Pertandingan Layang-layang, Pertandingan

pidato daripada kalangan pelajar sekolah,

Pertandingan Memasak, Pertandingan

‘Speed Boat’ dan Pertandingan bayi cerdas.

Selain itu, Malam Kebudayaan, Ceramah

agama, Pembukaan kaunter – kaunter aduan

daripada pelbagai agensi, saringan

pemeriksaan kesihatan (KOSPEN) dan Derma

Darah turut diadakan.

Majoriti yang hadir semasa pesta

memberi maklum balas yang baik dan

mencadangkan supaya program dianjurkan

dapat diadakan setiap tahun.

Kehadiran yang memberangsangkan

daripada semua pihak juga menunjukkan

impak positif daripada pesta yang

diadakan.

◆ PencaPaianProgram Pesta Desa Lestari Kampung

Suasa (PADESA) tersebut dianggap telah

berjaya kerana segala perancangan yang

telah dirancang berjalan dengan lancar

dan baik. Seterusnya, kehadiran semua

agensi kerajaan serta pihak NGO juga

amat memuaskan dan telah memberi

kerjasama baik sepanjang pesta terebut

diadakan. Peralatan asas seperti tandas,

tong sampah, dan lain – lain dalam

keadaan yang mencukupi dan lengkap

juga memberi impak yang memuaskan

kepada semua pihak.

Pesta Desa Lestari Kampung Suasa (PADESA)

diketuai oleh tiga pengerusi bersama iaitu

Tuan Hj Ruslan Bin Muharam, Pengerusi

JKKK Kampung Suasa, Tuan Hj Sarah Bin

Bulindan, Pegawai Penerangan Daerah

Beaufort, Tuan Hj Junlih Bin Usup, Pemimpin

Pembangunan Masyarakat PPM N 27

Lumadan. Pesta telah dirasmikan oleh

Yang Berhormat Datuk Kamarlin Bin Hj.

Ombi Pembantu Menteri Pelancongan,

Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri

Sabah merangkap Adun N27 Lumadan,

Sipitang , Sabah. Beliau telah hadir pada

hari pertama pesta untuk merasmikan

justeru meninjau semua gerai serta

aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Pesta Desa Lestari Kampung Suasa adalah

amat baik untuk semua pihak khususnya

kepada agensi kerajaan dan NGO dan

amnya kepada kalangan masyarakat

setempat. Segala aktiviti yang dijalankan

berjalan dengan lancar dan mendapat

impak positif daripada semua lapisan

masyarakat. Pameran – pameran dan

ceramah yang diadakan dapat memberi

pendedahan mengenai fungsi serta

peranan pelbagai agensi yang terlibat.

Akhir sekali dengan adanya pesta tersebut

dapat lagi merapatkan hubungan baik

antara semua pihak.

suara risda | edisi 1/2016 9

Page 10: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

10 suara risda | edisi 1/2016

03 MAjLIS PERASMIAN PENUBUhAN KOLEj UNIvERSITI AGROSAINS MALAySIA (UcAM) pengerusi RISDA, Y.B. Datuk Zahidi Zainul Abidin membuat lawatan ke gerai entrepreneur uCAM sewaktu merasmikan penubuhan Kolej universiti Agrosains Malaysia (uCAM)

02 KURSUS KRAfTANGAN DAUN GETAh

Seramai 25 orang peserta pWpK telah menghadiri Kursus

Kraftangan Bunga Daun Getah yang dianjurkan oleh RISDA.

04 KONvENSyEN GAP STESEN SELAMApenyampaian baja HISKA dan Mortex kepada peserta bantuan SIpG oleh encik Ali Sabuddin bin Abd Samad, pengarah RISDA Negeri perak.

01PROGRAM KEMBARA ISLAh EKONOMIpengerusi RISeC Negeri Sembilan encik Bunandar bin Bakat bersama ahli jawatankuasa RISeC, telah membuat kunjungan khidmat kepada usahawan bimbingan RISDA dari daerah Machang dan Kuala Krai, Kelantan. Turut serta adalah pengerusi RISeC Kelantan en Nik Hashim bin Nik Mohd Yusoff.

lenSa Suara riSda

Page 11: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

suara risda | edisi 1/2016 11

07 08

05

PROGRAM KEMBARA ISLAh EKONOMIAntara para usahawan RISeC Negeri Kelantan yang menerima sumbangan akibat bencana banjir.

PROGRAM ZIARAh PEKEBUN KEcIL

encik Abdul Rahim bin Hashim, pengarah

RISDA pulau pinang menziarah Jaafar bin

Wan Chik, 86 tahun yang telah mengalami

penyakit lumpuh sejak dua tahun yang lalu.

KONvENSyEN GAP PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Datuk Rosyam Nor bergambar beramai-ramai bersama para

usahawan pekebun kecil selepas selesai memberi seminar motivasi

06 KONvENSyEN GAP PERINGKAT NEGERI KELANTANGimik Konvensyen GAp peringkat Negeri Kelantan.Melubang tanah menggunakan jentera oleh pRN Kelantan encik Zulkefli Zaini.

Page 12: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Oleh : adi Safarman

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, masih ramai

penduduk khususnya yang berada di kawasan luar

bandar tidak tahu bahawa mereka mempunyai peluang untuk

mengusahakan tanah terbiar bersama dengan RISDA. “Melalui

kerjasama ini, mereka tidak perlu mengeluarkan wang kerana

pihak RISDA sendiri akan mengusahakan tanam semula getah.

“Jika tanah terbiar dimajukan sudah pasti banyak pihak terutama

golongan pekebun kecil mendapat manfaatnya.

Orang ramai khususnya pekebun kecil yang mempunyai tanah terbiar disaran supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah (RISDA) untuk dibangunkan dengan tanaman komoditi itu.

tanaH terbiar

rujuK riSDa

Tujuannya bukan sahaja mahu meningkatkan hasil

pengeluaran pertanian tetapi juga memberikan sumber

pendapatan kepada pemiliknya,” katanya. Menurut Ahmad Jazlan,

jumlah pekebun kecil yang berdaftar di negeri Kelantan pada

tahun 2014 adalah sebanyak 43,739 orang. “Kita tidak mahu

mereka (pekebun kecil) ini terns menjual tanah kepada pemaju

perumahan dan pihak lain yang akan merugikan mereka pada

masa depan”.

sebelum bangunKan

12 suara risda | edisi 1/2016

Page 13: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Oleh: hajah nOrlijah binTi hj huSin

SeminaruSaHawan

leStari

Objektif seminar ini adalah

untuk memberi pendedahan

kepada usahawan bertaraf

kadet dan mikro, bagi memajukan lagi

perniagaan mereka melalui sumber

dana dari Tabung Sosio Ekonomi

Pekebun Kecil RISDA (TPSEPK) dan

agensi lain.

Para penceramah

didatangkan dari Bahagian

Pembangunan Usahawan,

ibu pejabat RISDA, SME Bank dan

MARA. Antara tajuk yang disampaikan

adalah seperti berikut :

Skim-skim di bawah Tabung

Pembangunan Sosio Ekonomi

Pekebun Kecil

Bantuan dan pinjaman bagi

usahawan bumiputra – MARA

Pakej dan produk - SME Bank

seramai 60 orang usahawan telah hadir dalam seminar ini. turut hadir ialah KaKitangan risda yang terlibat di unit pembangunan usahawan di peringKat negeri dan daerah.

unit pembangunan usahawan negeri dengan kerjasama unit pengembangan negeri telah menganjurkan seminar usahawan lestari pada 13 oktober 2015, bertempat di dewan sri minang, pejabat risda negeri, negeri sembilan.

Para peserta yang hadir

memaklumkan bahawa mereka sangat

teruja untuk memperbesarkan dan

memajukan bidang usahaniaga masing-

masing setelah mengetahui peluang yang

disediakan oleh RISDA dan agensi lain.

Seminar sehari ini dirasmikan oleh Yang

Berbahagia Pengarah RISDA Negeri

Sembilan Darul Khusus, Encik Mohammad

Zakaria bin Alang Zahari.

beri pendedahan usahawan memajukan perniagaan

suara risda | edisi 1/2016 13

Page 14: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Oleh itu satu Majlis penyerahan peralatan

pertanian telah dilaksanakan oleh Pihak

RISDA Daerah Lipis kepada kampung yang

terlibat iaitu Kampung Teknologi RPSB

Kampung Batu Sembilan dan berlangsung di balairaya

kampung tersebut.

Kampung yang terletak sejauh 18 kilometer

dan 20 minit perjalanan dari Bandar Kuala Lipis ini

mempunyai 105 orang pekebun kecil RISDA yang

melibatkan kawasan tanaman getah yang berkeluasan

812.4464 hektar.

Oleh : imran Qamar bin Omar

PeRaLatan PeRtanIan bantu tingKatKan

penDapatan

amalan pertanian baik (good agriculture practice) adalah sistem penjagaan tanaman yang berkesan dan diyakini mampu mengekalkan dan meningkatkan hasil dan pendapatan kepada pekebun kecil.

Antara peralatan yang diserahkan dimajlis tersebut adalah satu unit

gergaji berantai (chain saw) dua unit gergaji rantai pemotong dahan

(pole saw) untuk membantu serta memudahkan pekebun kecil khususnya

kampung teknologi dalam mempraktikkan amalan GAP yang disarankan

oleh Pihak RISDA.

Majlis tersebut telah

disempurnakan sendiri oleh

Penghulu Mukim Cheka,

Encik Hassan Bin Mohd.

Dalam ucapannya, beliau

berharap pekebun

kecil dapat menggunakan

sepenuhnya teknologi yang

telah diberikan RISDA bagi meningkatkan hasil, yang seterusnya mampu

memberi pulangan yang lumayan. Beliau juga memuji pihak RISDA yang

cukup komited dalam membantu pekebun kecil dan sentiasa mengambil

berat tentang kepentingan semua pekebun kecil di seluruh negara.

penduduk kampung teknologi risda rpSb kampung batu Sembilan

14 suara risda | edisi 1/2016

Page 15: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Aktiviti perbincangan antara peserta turut diadakan.

Menurutnya, RISDA merupakan badan yang

berperanan membantu masyarakat luar bandar untuk

meningkatkan ekonomi mereka melalui pertanian.

“Seminar ini ruang terbaik bagi peserta bertanya

lebih mendalam peluang yang ada untuk memajukan

kampung masing-masing melalui bantuan disediakan

RISDA. “Selain itu, ini juga cara terbaik JKKK dan

RISDA sama-sama bertukar pandangan melalui

medium yang lain yang disediakan dalam seminar

ini, sekali gus membantu antara satu sama lain,”

Oleh : mOhd khairul azlan mOhd zaidi

Seminar erat SilaturaHim:

seminar pemerkasaan jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung persekutuan (jKKp) pihak berkuasa Kemajuan pekebun Kecil perusahaan getah (risda) ternyata memberi pengalaman baru kepada peserta.pegawai risda daerah hulu selangor, gombak dan petaling, mohd Khairul azlan mohd Zaidi berkata, seminar itu sekali gus mengeratkan hubungan antara pengerusi jKKK dan kakitangan risda.

Pengerusi JKKK, kakitangan RISDA bersama jana idea

tingkatkan ekonomiPeserta memberi tumpuan ketika fasilitator memberikan penerangan.

Seminar yang bermula seawal jam8 pagi itu turut memberi peluang kepada

peserta melakukan pelbagai aktiviti disediakan RISDA termasuk sesi

perbincangan supaya boleh mencambah idea untuk memajukan kampung

masing-masing. “RISDA akan terus membimbing,beri galakan dan sokongan

terutama kepada pekebun kecil melalui perantara Pengerusi JKKK masing-

masing”. Beliau berharap seminar sehari itu mampu beri manfaat kepada

setiap peserta

Pengarah RISDA Selangor, Abu Hasan Mohd Ali merasmikan seminar yang diadakan di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

suara risda | edisi 1/2016 15

Page 16: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

beRPeRanan beSaR untuK memajuKan maSyaRaKat

pergeraKan wanita peKebun Kecil,

Ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) disaran supaya bersikap lebih kreatif dalam usaha mempelbagaikan aktiviti

ekonomi ke arah membantu memartabatkan ekonomi keluarga pekebun kecil. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas,

Encik Mohamad Razi Sitam berkata, usaha itu penting demi memastikan golongan terbabit tidak tercicir dalam arus kemajuan.

Encik Mohamad Razi Sitam merakamkan gambar bersama-sama ahli-ahli PWPK Mukim Debak sebaik sahaja selesai perasmian bengkel tersebut.

16 suara risda | edisi 1/2016

Page 17: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

“Sebelum ini kebanyakan aktiviti bertumpu kepada bidang masakan,jahitan dan

lain-lain lagi. Namun masa telah berubah,maka kita perlu mengerakkan mereka ke arah

keusahawanan untuk menjana pertambahan sumber pendapatan. Malaysia kini sedang

menuju ke status negara maju. Pada masa yang sama, pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga telah menetapkan sasaran untuk memastikan RISDA

tidak ketinggalan. Oleh itu, pada tahun 2020, RISDA mensasarkan agar setiap keluarga

pekebun kecil getah mencapai sekurang-kurangnya pendapatan RM4000 sebulan,” ujar

Encik Mohamad Razi Sitam.

Encik Mohamad Razi

turut menggesa ahli PWPK agar

memperkukuhkan peranan mereka

dalam memantapkan institusi

keluarga dan kemasyarakatan.

“Gejala sosial semakin

menular sehingga ke kawasan luar

bandar. Wanita perlu memainkan

peranan untuk mengasuh serta

mendidik anak-anak,sekali gus

dapat membendung gejala sosial

terus menular dalam kalangan

keluarga pekebun kecil. Usaha itu

secara tidak langsung berupaya

melahirkan modal insan berkualiti

dalam kalangan anak-anak pekebun

kecil,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Pegawai

RISDA Bahagian Betong, Encik

Mohamad Zainal Lihim berkata,

ahli-ahli PWPK Debak ini juga

diminta proaktif dalam memperkukuh

peranan mereka bagi memantapkan

institusi keluarga,ekonomi dan

kemasyarakatan.

Jelas beliau, perkara itu

perlu diberi perhatian berikutan

pihak RISDA telah melaksanakan

pelbagai program latihan dan

bimbingan kepada golongan itu.

“Ahli PWPK perlu keluar

daripada imej negatif yang

kurang berdaya saing dan perlu

membuktikan mereka mampu

mengorak langkah menghadapi

cabaran mendatang. Peranan

golongan itu akan lebih diperakui

jika mereka dapat menjana ekonomi

serta melahirkan modal insan

berkualiti,” katanya.

Untuk rekod,PWPK Mukim Debak

yang telah diwujudkan pada tahun

2010 kini mempunyai ahli seramai

30 orang yang diketuai oleh

Pengerusinya, Puan Hamidah Mahali.

Oleh: adi Safarman

Menurut beliau, RISDA mewujudkan PWPK dalam menyokong agenda negara

membangunkan golongan wanita yang berperanan sebagai pusat atau kumpulan bagi

membimbing masyarakat pekebun kecil serta memperkasakan wanita untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan penyertaan yang berkesan dalam

pembangunan negara.

Tambahnya, aktiviti yang difokuskan melalui PWPK adalah kegiatan

pendidikan dan sosial seperti pendidikan kekeluargaan,khidmat kemasyarakatan,

keagamaan,kebudayaan,kesenian dan kesukanan serta bimbingan ekonomi rumahtangga

dan pengenalan ekonomi. “Kita berharap pekebun kecil wanita bersama-sama RISDA dan

kerajaan berganding bahu menyumbang kepada pembangunan negara kerana wanita

merupakan sebahagian daripada penjana ekonomi kepada negara,” ujarnya lagi.

“Kita berharap pekebun kecil wanita bersama-sama RISDA dan kerajaan berganding bahu menyumbang

kepada pembangunan negara kerana wanita merupakan sebahagian daripada penjana ekonomi

kepada negara,” -Mohamad Razi Sitam

suara risda | edisi 1/2016 17

Page 18: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Selain itu, satu pertandingan setiap

GAP antara PT telah diadakan.Penyertaan

dikalangan Pemaju Masyarakat RISDA (PMR)

dari PRJ Kelantan Utara,PRJ Tanah Merah/

Machang,PRJ Kuala Krai,PRJ Gua Musang

dan PRJ Jeli.Objektif pertandingan adalah

untuk menerangkan kepada pekebun kecil

tentang keberkesanan amalan GAP apabila

diperaktikkan oleh pekebun kecil.

Seramai 500 orang hadirin yang

terdiri daripada pekebun kecil, kakitangan

Pada 23 April 2015, RISDA Negeri Kelantan telah mengadakan Konvensyen GAP Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 bertempat di TSB Kampung Pasir Jering, Kuala Krai Kelantan. Purata produktiviti menyasarkan 2,000 kilogram setahun bagi setiap hektar kebun getah,dengan anggaran pendapatan pekebun kecil sekitar RM 4000 menjelang 2020 sebagaimana yang disasarkan oleh RISDA.

Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah RISDA Negeri Kelantan, Encik Zulkefli

Bin Zaini. Dalam ucapannya beliau berkata,selaras dengan misi RISDA

untuk membentuk pekebun kecil yang progresif dan sejahtera,pelbagai

program dilaksanakan termasuk ‘on farm’ dan ‘off farm’ yang memberi kepelbagaian

kepada pekebun kecil.Konvensyen GAP menyasarkan usaha terancang RISDA

bagi meningkatkan produktiviti getah dan sawit Negara agar pekebun kecil dapat

menikmati hasil yang tinggi.

RISDA seluruh negeri serta orang ramai

telah hadir untuk memeriahkankan lagi

majlis serta menyertai aktiviti Amalan

Pertanian Baik, atau lebih dikenali

sebagai Good Agriculture Practice

(GAP).

Pengarah RISDA Kelantan

juga turut ke tapak GAP bagi acara

gimik konvensyen iaitu melubang tanah

untuk tanaman anak benih getah

menggunakan jentera yang dilihat

penggunaan jentera melubang ini

lebih ‘effisien’ bagi proses penanaman

anak benih getah berbanding kaedah

‘manual’ menggunakan cangkul yang

banyak mengeluarkan kudrat.

Majlis Konvensyen GAP

Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 ini

diakhiri dengan penyampaian hadiah

kepada peserta petandingan GAP oleh

Pengarah RISDA Negeri Kelantan, Encik

Zulkefli Bin Zaini.

Oleh: ahmad hijazi bin hamdan

18 suara risda | edisi 1/2016

Peserta GAP dari PRJ Kuala Krai memberi penerangan tentang Amalan Pertanian Baik kepada Pengarah RISDA Kelantan Encik Zulkefli Zaini.

KonvenSyen gapPeRInGKat neGeRI KeLantan

Page 19: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Konvensyen amalan pertanian baik (gap)

Majlis tersebut telah

dirasmikan oleh Encik Ali Sabuddin

Bin Abd Samad Pengarah RISDA

Negeri Perak. Semasa ucapan

perasmian, Pengarah RISDA Negeri

Perak mengharapkan kesemua

pekebun kecil dapat mengamalkan

teknologi –teknologi GAP yang

telah disampaikan bagi mencapai

matlamat menjayakan kebun

Tanam Semula seterusnya kearah

peningkatan produktivitil getah

semasa kerja penorehan dilakukan.

Di majlis tersebut ,

Pengarah RISDA Negeri Perak telah

menyampaikan Alatan Bantuan Skim

Insentif Produktiviti Getah (SIPG),

Peningkatan Produktiviti Getah (PPG)

serta penyampaian Sijil Keahlian

RISEC kepada usahawan-usahawan

Akitiviti Ekonomi Tambahan (AET).

Pada 16 Jun 2015, Konvensyen GAP

Peringkat Stesen Selama telah diadakan

di Bilik Gerakan RISDA Stesen Selama

bagi menyampaikan teknologi Amalan

Pertanian Baik untuk Pekebun Kecil di daerah

ini. Konvensyen ini diadakan adalah untuk

memberi pendedahan kepada pekebun

kecil mengenai GAP yang perlu diamalkan

semasa melakukan aktiviti Tanam Semula di

ladang bermula dari peringkat penebangan

getah tua, penyediaan ladang sehingga

pengeluaran hasil bagi tanaman Getah.

Peserta yang hadir dan dipilih

adalah terdiri dari pekebun kecil yang

menyertai program Tanam Semula, peserta

yang memiliki getah muda dan getah

matang. Amalan pertanian yang baik

bermula dengan teknik Penanaman Dan

Penyelenggaraan ( GAP 1 ) , Pembajaan (

GAP 2 ), Rangsangan (GAP 3) dan Penorehan

( GAP 4 ). Oleh: rOSlan bin mOhd nOOr

untuk pekebun keCil

suara risda | edisi 1/2016 19

Page 20: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Pengerusi RISEC Negeri Sembilan Encik Bunandar bin Bakat bersama ahli

jawatankuasa RISEC, telah membuat kunjungan khidmat kepada usahawan

bimbingan RISDA dari daerah Machang dan Kuala Krai, Kelantan.

Pengerusi RISEC Kelantan Encik Nik Hashim bin Nik Mohd Yusoff turut

serta dalam misi ini dan terharu atas kesudian sahabat usahawan dari

Negeri Sembilan menghulurkan sumbangan dan simpati kepada mereka.

RISEC Negeri Sembilan membawa bersama barangan makanan, peralatan

memasak dan pakaian. Sungguh menyayat hati apabila mendengar

rentetan peristiwa dari para usahawan Kampung Laloh, Kampung

Kembangan, Kampung Cucuk dan Kampung Puteri dalam daerah Machang.

Namun demikian, hidup mesti diteruskan. Usahawan mesti bangkit semula

di atas segala kedukaan akibat kehilangan keseluruhan bengkel dan

peralatan serta mesin-mesin yang digunakan untuk projek masing-masing.

Semoga musibah banjir ini tidak melunturkan semangat kental para

usahawan Negeri Kelantan yang terkenal dengan kehebatan dalam bidang

perniagaan. Seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga mereka diberikan

kekuatan mental dan fizikal kepada para usahawan RISEC Negeri Kelantan

khususnya dan rakyat Kelantan amnya. Amin.

Bantu usahawan terima ujian hebat oleh Ilahi

Oleh: hajah nOrlijah binTi hj huSin

program Kembara

iSlaH eKonomi

bencana banjir yang luar biasa telah melanda negeri Kelantan pada

tahun 2014. tarikh 28 disember 2014 adalah hari yang sangat

menguji keimanan rakyat Kelantan. risec negeri sembilan telah

mengadakan program Kembara islah ekonomi pada 31 januari

2015 hingga 2 februari 2015 bagi tujuan silaturahim dan membantu

usahawan risec negeri Kelantan yang sedang diuji hebat oleh ilahi.

20 suara risda | edisi 1/2016

Page 21: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

suara risda | edisi 1/2016 21

BETONG : Seramai 25 orang anggota

Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah (RISDA) negeri Sarawak

telah menganjurkan Kursus Kraftangan

Bunga Daun Getah bertempat di Pusat

Sumber Pembangunan Desa dekat Ulu

Layar, baru-baru ini. Menurut tenaga

pengajar, Khadijah Hussein berkata, seni

kraf tangan daun getah kini tampil unggul

dan berupaya menandingi kecantikan

dan mutu hasil kerja kraf tangan lain di

pasaran. Katanya, kraftangan daun getah

semakin mendapat perhatian masyarakat

serta pelancong luar kerana ia mempunyai

nilai seni dan keunikan yang tersendiri.

“Seni kraf tangan daun getah ini bakal

memberikan sinar baru dan secara

tidak langsung ia merupakan sumber

pendapatan tambahan kepada sektor

pekebun-pekebun kecil perusahaan getah

khususnya golongan wanita di negeri

ini,”katanya.

Khadijah berkata, antara proses-proses

yang terlibat di dalam pembuatan

kraftangan menggunakan daun getah

ini adalah seperti proses mereput dan

Punyai nilai seni dan keunikan yang tersendirimemutihkan daun,mewarna rangka daun,membentuk

daun menjadi bunga serta menggubah jambakan

bunga.

“Terdapat pelbagai kraf tangan yang boleh dihasilkan

oleh daun getah ini seperti koleksi bunga dalam

bentuk jambangan bunga,koleksi perkahwinan seperti

bunga telur atau bunga rampai, bunga pengantin

dan bunga korsaj. Malah daun getah yang telah

dikeringkan juga turut dijadikan hiasan pada pasu,

beg cenderamata,penanda buku,rantai kunci,jam

dinding dan bingkai gambar,” jelas beliau.

KRaf tanGan Daun getaH

Selain itu katanya, daun getah yang telah diproses ini

mempunyai koleksi warna yang menarik dan unik.“Koleksi warna

tersebut termasuklah warna-warna batu permata seperti koleksi

delima untuk merah samar,permata bagi ungu, permata firus

untuk kebiru-biruan,berlian untuk putih dan nilam bagi biru.

“Keindahan kraftangan dan gubahan bunga daripada daun

getah terserlah apabila gubahan lebih kreatif dijalin dengan

warna-warna segar yang mendapat sentuhan unik,kreatif dan

moden,”ujar beliau. Jelasnya,RISDA telah melaksanakan pelbagai

usaha bagi merancakkan pembangunan industri kraftangan

berasaskan daun getah yang mempunyai nilai komersial tinggi

di pasaran.

“Dengan adanya inisiatif sedemikian, lebih banyak produk

kraftangan berasaskan daun getah dapat dihasilkan dan

pada masa yang sama menjana pendapatan individu serta

negara,”jelasnya.

Seramai 25 orang peserta PWPK telah menghadiri Kursus Kraftangan Bunga Daun Getah yang

dianjurkan oleh  RISDA.

Oleh: adi Safarman

Tenaga pengajar sedang memberi penerangan kepada peserta.

Hasil daripada produk bunga daun getah yang telah siap.

Page 22: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

22 suara risda | edisi 1/2016

Katanya, daun getah

yang dipetik daripada pokok perlu

direndam dalam air bersih selama

sebulan sebelum dibersihkan dan

dicuci menggunakan peluntur bagi

menjadikan urat daun berwarna putih,

bersih dan sedia untuk digubah

menjadi kuntuman bunga selepas

dikeringkan.

Tambahnya, bunga daun

getah selain cantik dan unik sebagai

hiasan, boleh bertahan hingga lima

tahun berbanding bunga hidup atau

bunga plastik yang cepat kotor atau

luntur jika tidak dijaga dengan baik.

Kemampuan seorang warga

emas di Kampung melayu raya,

segamat, johor memanfaatKan

sumber alam semula jadi untuK

mengubah bunga daripada daun

getah memberi pulangan lumayan

KetiKa Kejatuhan harga getah

KetiKa ini.

Warga emas tersebut, Sarumi Bosrom, 67, berkata,

sebagai pekebun kecil, dia mendapat bimbingan

daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) untuk menceburi bidang gubahan bunga daripada

daun getah pada tahun 2002. “Sejak itu saya menjadikan usaha

menggubah bunga daripada daun getah sebagai kerja utama

selain mengusahakan kebun getah dan sekarang saya bersyukur

kerja sampingan yang mulanya hanya

untuk menambah pendapatan ini

memberi pulangan yang lumayan.

“Saya juga mendapat

peruntukan daripada RISDA

untuk mendirikan sebuah

bengkel khas di sebelah

rumah selain sering menyertai

pelbagai pameran di peringkat

daerah,negeri dan kebangsaan

seperti Karnival Usahawan Desa

(KUD),” kata ibu kepada lima orang

anak ini. Menurutnya, hanya daun

getah yang masih muda sahaja sesuai

untuk diproses sebagai bahan asas

gubahan bunga dan waktu paling

sesuai memetik daun getah adalah

selepas musim daun getah luruh iaitu

ketika daun baharu mulai tumbuh.

Sarumi memberitahu, dia menjual setiap tangkai bunga daun getah yang

digubahnya bermula RM2.50 hingga RM4.00 bergantung kepada jenis bunga dan kesukaran

untuk membuatnya. “Saya mengubah bunga mengikut idea sendiri selain mengambil kira

kehendak pelangan dan setakat ini tempahan yang paling banyak saya terima adalah

untuk bunga telur. “Buat ketika ini, saya hanya mampu menyiapkan kira-kira 500 tangkai

bunga telur sebulan dan setiap hari saya akan membuat gubahan untuk disimpan sebagai

stok ketika permintaan meningkat pada musim perkahwinan,” katanya.

lumayanpenDapatan

jual bunga daun getah

Oleh : nurfaizah md. jani

Page 23: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Seminar yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini

turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah

RISDA, Pengarah-Pengarah Bahagian RISDA, Pengarah-

Pengarah RISDA Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif

Syarikat Milikan RISDA dan para pegawai RISDA.

Seminar dimulakan pada sebelah petang dengan

ceramah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Daud B. Hj. Ahmad Zain,

Pengerusi Incorporated Society Of Planters (ISP), bertajuk “The

Challenges, The Strategical Strategy To Strategies Of Rubber

Plantation Sector In A Way To 2025 And The X-Factors To Gear Up

The Dramatic Improvement In Rubber Yield Productions”. Ceramah

selama 2jam 30minit ini berlangsung dalam suasana yang

interaktif dengan cara penyampaian dan olahan yang santai oleh

penceramah. Sesi soal jawap turut diadakan sebagai pengetahuan

yang lebih mendalam lagi buat para peserta seminar.

Pada sebelah

malam pula,

diadakan majlis

makan malam yang

turut dihadiri oleh

Pengerusi RISDA,

Datuk Zahidi B.

Zainul Abidin. Dalam ucapan perasmian beliau, ditekankan

bahawa betapa seminar sebegini dapat mengeratkan

silaturahim dan kerjasama di kalangan para peserta estet dan

RISDA. Di samping itu, pelbagai pandangan mahu pun idea

dapat dikongsi bersama dalam memupuk inovasi dan kreativiti

ke arah memajukan lagi sektor getah negara. Beliau juga

mengharapkan impak dari seminar yang diadakan ini memberi

keuntungan buat semua pihak terutamanya pihak yang

berkaitan dalam industri getah di Malaysia.

seramai 60 orang peserta terdiri dari Kalangan para pemiliK, para pengurus dan para peKerja estet

menyertai seminar & majlis mesra estet 2015 yang diadaKan di ipoh,

peraK pada 7 disember 2015 yang lalu.

suara risda | edisi 1/2016 23

Oleh : nur faizah md. jani

meSra eStet 2015Seminar & majliS

Page 24: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

24 suara risda | edisi 1/2016

jadi rutin risda pulau pinangziaraH orang lama

Usaha ini dilakukan sendiri oleh Encik Abdul Rahim

bin Hashim, Pengarah RISDA Pulau Pinang, yang

turun ke peringkat lapangan bertemu dengan

pekebun kecil yang terlantar sakit di perkampungan sekitar

Mengkuang Titi, Bukit Mertajam. Sumbangan yang diberi

adalah seperti keperluan dapur dan lain-lain lagi bagi

meringankan tanggungan keluarga pekebun kecil.

Salah seorang pekebun kecil yang diziarah adalah

Encik Jaafar bin Wan Chik, 86 tahun yang telah mengalami

penyakit lumpuh sejak dua tahun yang lalu. Beliau berasa

amat gembira dengan kehadiran dan penyampaian

sumbangan sebagai tanda ingatan daripada pihak RISDA.

Encik Abdul Rahim bin Hashim berkata, “Program

menziarahi pekebun kecil yang sakit akan dilakukan dari

semasa ke semasa dan InsyaAllah akan diperluaskan

ke seluruh kawasan negeri Pulau Pinang bagi tujuan

meringankan beban keluarga pekebun kecil itu sendiri serta

sebagai tanda ingatan daripada pihak RISDA.”

Islam menuntut untuk kIta sesama muslIm menzIarahI saudaranya apabIla jatuh sakIt. nabI muhammad saW pernah berpesan kepada abu dzar al-GhIfarI denGan baGInda bersabda: “zIarahlah sekalI sekala nescaya akan bertambah kasIh sayanG.” - RIwAYAt IMAM Al-thAbRAnIOleh : mOhd zuhairi bin muSlim

Page 25: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

Kurang kayakinan diri akan

mendatangkan kesan yang tidak elok

terutamanya apabila ia membabitkan

pelajar seperti kamu. Keyakinan diri

amat di perlukan untuk menghadapi

persaingan dan juga untuk membentuk

keperibadian yang mulia. Kehidupan

tanpa keyakinan diri adalah sama

dengan pepatah Melayu ‘ perahu

tanpa pendayung’. Kehidupan kita akan

sentiasa terumbang-ambing dan dari

situ akan lahir perasaan seperti

malu, suka bersedirian dan enggan

bergaul. Perkara seperti itu haruslah

dielakkan.

Kejayaan yang cemerlang hanya

akan di capai dengan usaha dan

keyakinan diri.Keyakinan diri akan

membentuk keperibadian yang

murni, moral yang tinggi dan kita

akan di hormati. Mulakan sekarang.

suara risda | edisi 1/2016 25

yaKin Diri

6 tip mudah!

1 suarakan dengan yakin apa-apa sahaja pendapat kamu kepada

kawan, guru atau keluarga. Kamu berhak untuk menampilkan diri anda. tidak perlu bimbang, hanya menyuarakan pendapat kamu dengan cara yang paling sopan.

2pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya kamu lebih fokus.

3sentiasa senyum. senyuman adalah ubat yang paling ringkas

dan mudah untuk membina keyakinan diri. Ketika senyuman kita dibalas, satu perasaan yakin dan bangga akan datang dalam diri. orang yang sentiasa mengukir senyuman adalah orang yangsangat disukai.

4terima, sayangi dan hormati diri sendiri. diri kita adalah unik dan

terbaik, bergantung kepada cara kita membawa diri.Kenal pasti kekuatan yang ada dalam diri kita dan perbaik kelemahan diri sendiri.

5 jangan sesekali berasa diri kamu terpencil, ketinggalan atau serba

kekurangan berbanding kawan-kawan yang lain. semua orang dilahirkan sama.usaha dan doa akan membentuk kita di masa hadapan.

6letakkan sasaran untuk masa depan dan sentiasa mengingati

diri sendiri untuk mencipta peluang bagi mencapai sasaran. ini akan meningkatkan lagi semangat diri kamu…

membina keyakinan diri sering diperkatakan kerana sifat yakin diri ini amat penting agar kamu boleh hidup dalam suasana yang sihat. sikap yakin diri sebenarnya perlu dipupuk sejak kecil lagi. tetapi tahukah kamu, sesetengan orang memang merasakan membina keyakinan diri sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. tanpa keyakinan diri kamu sering takut-takut ataupun malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan, guru-guru ataupun saudara mara. malah kamu juga mungkin takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.

untuK lebiHcara muDaH

Page 26: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

membandarkan luar bandar

Kita bersatu dalam semangat wawasanTuju agenda transformasi negara

Desa tercinta dahagakan pembangunanAyuh kita sama membangunkannya

Bawa perubahan pada desa tercintaMaju, menarik dan juga menguntungkan

Prasarananya perhebatkan bersamaLuar bandar kemegahan bangsa

Korus (i)Membandarkan luar bandar

Satu cetusan kepimpinanKita terus berikan sokongan

Ke arah kesejahteraan

lagu/lirik : sharudin abdullah

Membandarkan luar bandarSatu harapan kepimpinanKekalkanlah kesepakatanKe arah kecemerlangan

Korus (ii)Prasarana luar bandar

Pembangunan belia diperkasaEkonomi, keusahawanan

Modal insan, sistem penyampaian

Enam fokus tumpuan utamaPelaksanaan transformasi kitaSetiap warga gerakkan usahaMembandarkan luar bandar

(Ulang korus (i) & (ii))

SInoPSIS lAgutagline yang dicetuskan oleh yb dato’ sri ismail sabri yaakop, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah (KKlw) telah menjadi satu ‘fenomena’ di semua agensi di bawah KKlw. tagline tersebut benar-benar membuktikan bahawa yb menteri begitu mengambil berat mengenai nasib masyarakat luar bandar melalui pendekatannya yang bersifat komprehensif, di samping memberi ‘lampu hijau’ kepada setiap warga kerja supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan lagi.

menyedari bahawa moto atau tagline tersebut tidak hanya layak untuk dilakar corakkan di atas kertas semata, tetapi perlu dijiwai dan dihayati oleh setiap warga kerja untuk merealisasikannya. untuk itu pelbagai pendekatan dilakukan, salah satu daripada pendekatan tersebut ialah melalui medium seni lagu yang mampu menjana iltizam dan kesungguhan warga kerja untuk terus menabur bakti demi kemajuan masyarakat luar bandar umumnya. maka itu tercetuslah idea pembikinan lagu ‘membandarkan luar bandar’.

huRAIAn MAKSuD lAgu :

Rangkap pertamaKita semua diseru untuk bersatu dalam semangat wawasan ke arah menuju destinasi transformasi negara. maka itu, kita diperingatkan mengenai institusi ‘desa’ yang masih memerlukan pembangunan di sana-sini, dan menjadi tanggungjawab kita sebagai warga kerja KKlw khususnya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab membawa pembangunan luar bandar mengikut peranan bidang tugas portfolio masing-masing.

Rangkap keduapembangunan yang dibawa harus bersekalii dengan perubahan lanskap desa (luar bandar) yang berkonsepkan maju, menarik dan menguntungkan. oleh itu, setiap agensi perlu memperhebatkan tugas untuk membawa pembangunan khususnya melalui penyediaan prasarana luar bandar, yang nantinya mampu diangkat sebagai sesuatu yang menjadi kebanggaan semua.

Rangkap tiga(korus (i)tagline membangunkan luar bandar yang dicetuskan oleh yb menteri KKlw perlu diberikan sokongan sepenuhnya dari setiap komponen warga dan juga kumpulan sasar bagi memastikan luar bandar terus berada dalam zon kesejahteraan.

Rangkap empat korus (i)membandarkan luar bandar merupakan satu harapan oleh kepimpinan, justeru setiap agensi KKlw perlu bersepakat dan bersepadu (dalam konteks blue ocean strategic) untuk terus membawa kecemerlangan kepada agensi dan KKlw amnya.

Rangkap lima korus (ii)untuk mencapai misi membandarkan luar bandar, sebanyak 6 fokus utama diberikan tumpuan iaitu, prasarana luar bandar, pembangunan belia luar bandar, ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian.

Rangkap enam korus (ii) sebagai konklusi, bagi mencapai ke enam-enam aspek tersebut sekali lagi warga kerja diminta untuk menggerakkan sepenuh daya usaha gigih bagi mencapai misi untuk membandarkan luar bandar.

26 suara risda | edisi 1/2016

Page 27: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

suara risda | edisi 1/2016 27

Risda menawarkan pelbagai pembiayaan kepada usahawan dan komuniti pekebun kecil.

Tabung Pembangunan SOSiO ekOnOmi Pekebun keCil (TPSePk)

1. Skim Pinjaman Koperasi (SPK)2. Skim Pinjaman Am (SPA)

3. Skim Pembiayaan Pengajian Boleh Ubah (SPPBU)4. Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKO)

5. Skim Bantuan Kemajuan Keluarga (SBP)6. Skim Bantuan Pelajaran (SBP)

7. Skim Bantuan Bencana Alam (SBBA)

Tahukah Anda?

Bahagian Pembangunan Usahawan atau Pejabat Risda yang berhampiranIbu Pejabat Risda, Bangunan Risda, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur.

03-4256 402203-4256 5533

UntUK InfORMASI dAn PeRtAnyAAn, SILA hUBUngI:

Page 28: MeMbandarkan luar bandar · aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang menjadi fokus pembangunan RISDA untuk menyokong pendapatan pekebun kecil ketika ini. Sepertimana sedia

28 suara risda | edisi 1/2016

PengAMBILAn PeLAJAR BAhARU LePASAn SPM SeSI JUn 2016 / 2017

UCAM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak; kepada pemegang StPM/Setaraf,

Matrikulasi/Asasi, pemegang diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UCAM.

✆ hubungi: 06-552 9227 / 06-552 9642

Milik penuh RISDA

www.ucam.edu.my

Membentuk tunas Cemerlang

Ko le j Uni ve rs i t i Ag ro sa in s Ma lay s i a

PendafTaran di buka Sekarang!