tokoh-tokoh.ppt

84
TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN CHINA FIRZA ZULAIKA BT MAT ZULDDIN AIN NAJWA BT ABD RAZAK ATIKAH BT KHAIRUDDIN SITI AISYAH BT RAHIM

Upload: aienraz

Post on 29-Dec-2015

114 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tokoh-tokoh tamadun islam

TRANSCRIPT

Page 1: TOKOH-TOKOH.ppt

TOKOH-TOKOHTAMADUN ISLAM

DANTAMADUN CHINA

FIRZA ZULAIKA BT MAT ZULDDIN AIN NAJWA BT ABD RAZAK ATIKAH BT KHAIRUDDIN SITI AISYAH BT RAHIM

Page 2: TOKOH-TOKOH.ppt
Page 3: TOKOH-TOKOH.ppt

AL FARABIAbu Nasr Mohammad Ibn al-FarakhMenamatkan pengajian awal di Farab

dan Bukhara, kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Baghdad

Pada awalnya, beliau menceburi diri dlm bidang kehakiman sebagai seorang Qadi kemudian menjadi seorang guru.

Meninggal dunia pada tahun 950 M di Damascus semasa berumur 80 tahun.

Page 4: TOKOH-TOKOH.ppt

SUMBANGANBeliau merupakan seorang

Neoplatonist, iaitu menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dgn teologi.

Tokoh Islam yg memberi sumbangan dalam bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik.

Digelar sebagai Tok Guru Kedua @ al-Mou’allim al-Thani, dibelakang Mahaguru pertama(Aristotle)

Page 5: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau membahagikan pengajian logik kepada dua kategori iaitu Takhayyul(idea) dan Thubut(bukti)

Karya terjemahan beliau dalam bahasa Latin ialah Scientis dan De Ortu Scientarum.

Beliau menghasilkan falsafah berbentuk ajaran tasawuf utk mendekatkan diri kepada Allah.

Menghasilkan 117 buah buku, Logik(43), Metafizik(11), Etika(7), Sains politik(7), muzik dan perubatan(17).

Page 6: TOKOH-TOKOH.ppt

Al Farabi juga merupakan Tokoh pertama yg menulis tentang bunyi dan peraturan mencipta alat muzik.

Beliau turut menghasilkan karya-karya seperti Grand Book of Music, Styles in Music, dan On the Classicfiction of Rhythm.

Beliau merupakan tokoh yg mencipta dan mengembangkan seni muzik daripada alat rabah dan qanun.

Page 7: TOKOH-TOKOH.ppt

Contoh karya beliau: Fusus al-Hikam : telah digunakan sebagai

buku teks falsafah selama beberapa abad dan masih di jadikan bahan rujukan sehingga hari ini di sesebuah institusi di negara-negara timur.

Kitab al ihsa al ‘Ulum : menghuraikan klasifikasi dan prinsip-prinsip asas sains.

Ara Ahl al-Madina al Fadila(The Model City) : berkaitan sosiologi dan sains politik.

Kitab al-Musiqi al-kabir : merupakan sebuah buku muzik.

Page 8: TOKOH-TOKOH.ppt

IBNU KHALDUN

Nama penuh : Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun.

Dilahirkan pada 1332 M di Tunis, Tunisia.Pendidikan awal b’bentuk tradisional : al-

Quran & Hadith, Tatabahasa, Retorik & Puisi.Meneruskan pelajaran sehingga umur 19

tahun.Beliau juga menceburi diri dlm dunia politik.

Page 9: TOKOH-TOKOH.ppt

Merupakan ahli falsafah termasyur berasal dari suku Arab Hadrami yg berhijrah ke Seville(Sepanyol).

Pandangan terhadap falsafah bersamaan dengan Al-Ghazali iaitu b’fokuskan ilmu mystic & Teologi.

Mempelajari ilmu agama seperti fikah, hadis serta ilmu-ilmu lain seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab drp sarjana-sarjana terkenal.

Beliau menghasilkan penulisan sejarah komprehensif berjudul kitab al-Ibar yg mengandungi tiga bahagian dan bahagian pertama ialah mukadimah.

Page 10: TOKOH-TOKOH.ppt

Menurut Bernard Lewis, Mukadimah(Prolegomena) merupakan ensiklopedia sains kebudayaan yg membantu ahli-ahli sejarah menjalankan kajian berbentuk ilmiah.

Menekankan bahawa ahli2 sejarah harus jujur dan tidak berat sebelah dalam memberikan pendapat mereka.

Sarjana-sarjana barat menganggap Ibnu Khaldun sebagai ahli falsafah Islam yg teragung.

Page 11: TOKOH-TOKOH.ppt

Dari segi kaedah penyelidikan, beliau menekankan dua aspek penting iaitu sifat semula jadi dan sebab2 peristiwa sejarah berlaku.

Beliau juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-’Asabiyya(kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru.

Antara hasil karya : Bidang sejarah : Universal History & Sejarah

Maghrib.Bidang keagamaan : Lubab al-Mahsul(summary of

result) & Shifa’ as-Sail(Healing of the Inquirer)

Page 12: TOKOH-TOKOH.ppt

IBNU SINAMerupakan tokoh falsafah yg dilahirkan

di Bukhara dan menghabiskan hayatnya di Parsi.

Ibnu Sina atau Aviecenna merupakan tokoh perubatan teragung di dunia. Beliau merupakan ahli falsafah, fisiologis dan penyajak yang terkenal.

Beliau telah menghasilkan 456 buku dan yg termasyhur ialah al-Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine)

Page 13: TOKOH-TOKOH.ppt

Al-Qanun fi al-Tibb telah ditulis berasakan pengalaman Yunani, Arab dan perhatian klinikal beliau sendiri.

Buku ini digunakan sebagai teks perubatan di negara-negara Islam dan Eropah selama 700 tahun dan diterjemahkan ke dlm bahasa Latin pada abad ke-12 M.

Sumbangan utama beliau yg lain termasuklah: Membincangkan penyakit-penyakit seperti

tetanus, pleuritis, kejangkitan tuberculosis, antraks, dan diabetes melitus.

Page 14: TOKOH-TOKOH.ppt

Membincangkan mengenai neuralgia trigeminal dan membezakan paralisis fasial pusat daripada periferi.

Memberi gambaran yg tepat mengenai meningitis dan diagnosis perbezaan meningitis.

Beliau juga membicarakan proses penyediaan ubat dan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, losen, pil, minyak, salap dan infusi.

Dlm karya al-shifa pula, beliau membincangkan falsafah Summa dan menghuraikan falsafah Yunani secara mudah dan telah membahagikan ilmu kepada logik, fizik dan matematik.

Page 15: TOKOH-TOKOH.ppt

Dgn menggunakan kaedah reasoning, beliau menjelaskan al-Quran menyelesaikan masalah sosial, khalifah, struktur keluarga, justifikasi poligami dan lain-lain

Dlm bidang falsafah, beliau membicarakan kewujudan dan keesaan Allah s.w.t serta hal roh manusia dan hubungannya dengan Allah.

Karya-karya beliau dalam bidang falsafah ialah Danesh Naweh, Uyun al-Hikmah, Muji-muji Kahir dan Tisu rasil fi hikmati wal tabi’niyyat.

Page 16: TOKOH-TOKOH.ppt

AL KHAWARIZMINama sebenarnya ialah Muhammad Ibn

Musa al-Khawarizmi dan dilahirkan di Bukhara.

Beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff .

Gelaran beliau yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan.

Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism.

Page 17: TOKOH-TOKOH.ppt

Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan beliau dan dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M.

Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Page 18: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Page 19: TOKOH-TOKOH.ppt

Merupakan tokoh yg mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab serta menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah: 1. Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.

2. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

Page 20: TOKOH-TOKOH.ppt

3. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.

4. Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

5. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.

Page 21: TOKOH-TOKOH.ppt

Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.

Wiedmann pula menyifatkan beliau mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

Page 22: TOKOH-TOKOH.ppt

AL BIRUNI Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-

Birunidilahirkan pada tahun 362 H (973 M)

diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan

seorang ahli matematik, astronomi, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yg banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia.

meninggal dunia pada 1048M

Page 23: TOKOH-TOKOH.ppt

Sumbangannya:Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni,

sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik.

Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang surut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan

Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik.

Page 24: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang.

digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu kerana penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang .

Page 25: TOKOH-TOKOH.ppt

buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol (150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.)

contohnya:Al-Jamahir fi al-Jawahir (batu-batu permata)Al-Athar al-Baqiah (kesan-kesan lama tinggalan

sejarah)Al-Saidalah fi al-Tibb (ubat-ubatan) Karya ini

dikatakan karyanya yang terakhir.

menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya dan menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin.

Page 26: TOKOH-TOKOH.ppt

AL-GHAZALIo Abu Hamed Mohamad ibn Mohamad al-

Ghazzali. (Algazel)

o Dilahirkan di Tus, Khorasan, Iran pd thn 1058

o Terkenal sebagai seorang ahli falsafah, ahli teologi dan ahli juri yang amat disegani.

o 1091-dilantik sbg seorang professor di Baghdad.

o 1095-meniggalkan Baghdad dan kembali ke Tus

o 1111-meninggal dunia

Page 27: TOKOH-TOKOH.ppt

Sumbangannya:o Lebih 400 buah karya dalam pelbagai

bidang spt teologi, falsafah, sains dan ilmu sufi.

o contohnya: Tahafut al-Falasifa (The Incoherence of the

Philosophers)- menolak spnuhnya pndgan ahli2 falsafah Barat spt Plato dan Aristotle

Ihya al-Ulum al-Din or Ihya’ul Ulumuddin- merangkumi bidang sains Islam yang luas: fiqh, kalam (teologi) dan ilmu Sufi

Maqasid al falasia- mmbntangkan teori2 asas falsafah

Page 28: TOKOH-TOKOH.ppt

Miyar al-Ilm fi fan al-Mantiq (Criterion of Knowledge in the Art of Logic)

Mihak al-Nazar fi al-mantiq (Touchstone of Reasoning in Logic)

Al-Qistas al-mustaqim (The Correct Balance)

o Hasil karya beliau berjaya mengekalkan keberkesanan sumbangan beliau sepanjang abad.

o Fikirannya tidak luntur dengan peredaran zaman. Malah, pengaruhnya kuat dan meluas dalam bidang falsafah Islam.

Page 29: TOKOH-TOKOH.ppt

SHEIKH TAHIR JALALUDDINSyeikh Muhammad Tahir bin Muhammad

bin Jalaluddin Ahmad bin Abdullah al- Minankabawi al-Azhari.

lahir di Cangking, Minangkabau pukul 4.45 pada hari Selasa, 4 Ramadan 1286 Hijrah/8 Disember 1869 Masihi.

tetapi dalam buku Ulama Silam Dalam Kenangan, halaman 20, dinyatakan bahawa beliau lahir pada 7 November 1869 Masihi bersamaan 2 Syaaban 1286 Hijrah, hari Sabtu. (bertentangan dengan catatan Syeikh Tahir sendiri.)

Page 30: TOKOH-TOKOH.ppt

Meninggal dunia di Kuala Kangsar, Perak, sesudah sembahyang Subuh pada hari Jumaat, 22 Rabiulawal 1376 Hijrah/26 Oktober 1956 Masihi.

Perkahwinan Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail al-

Khalidi.(Sabtu, 26 Zulkaedah 1305 Hijrah/4 Ogos 1888 Masihi )

Kaltsum binti Haji Ibrahim, pada malam Jumaat, 9 Rejab 1310 Hijrah/27 Januari 1893 Masihi.

Jamilah binti Haji Abdul Karim.(malam Jumaat 13 Ramadan 1310 Hijrah/31 Mac 1893 Masihi)

Aisyah binti Haji Mustafa bin Datuk Menteri Sati(malam Khamis, 20 Jamadilawal 1317 Hijrah/23 September 1899 Masihi )

Page 31: TOKOH-TOKOH.ppt

Suka mengembara dan pengalamannya dicatatkan dan dijadikan tulisan

Contoh penulisan: Huraian Yang Membakar (sembahyang sunat

sebelum sembahyang Jumaat.)

Natijatul`Umur(mendapatkan perkiraan/perhitungan pada taqwim tarikh hijri dan miladi, arah Kiblat dan waktu-waktu sembahyang yang boleh digunakan selama hidup )

Irsyadul Khaidhi li `Ilmil Faraidhi (membicarakan masalah membahagi pusaka )

Page 32: TOKOH-TOKOH.ppt

Perisai Orang Beriman Pengisai Mazhab Orang Qadyan (membantah ajaran Qadyani )

Ithaful Murid fi Ahkamit Tajwid (pelajaran tajwid al-Quran)

Nukhbatut Taqrirat fi Hisabil Auqat wa Sammatil Qiblat Lugharitmat (kaedah ilmu falak )

Jadawil Pati Kiraan Pada Menyatakan Waktu Yang Lima Dan Hala Qiblat Dengan Logharitma (perhitungan falakiyah iaitu `ilmul hisab dan `ilmul falak )

Page 33: TOKOH-TOKOH.ppt

HAMKAHaji Abdul Malik Karim Amrullah @

‘Buya’ (pgilan org Mngkabau)

Lahir: tahun 1908 di Kg. Molek, Maninjau, Sumatera Barat

Pendidikan awal:Sekolah Dasar Maninjau hingga Kelas Dua10thn- bidang agama dan b. Arab di

Sumatera Thawalib, Pdg. Pnjg

Page 34: TOKOH-TOKOH.ppt

1927- menceburi dlm bdg keguruan sbg guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan

1929- di Padang Panjang

1957-1958- menjadi Dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Pdg Pnjg.

Rektor Perguruan Tinggi Islam dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta.

1981-meninggal dunia di Jakarta.

Page 35: TOKOH-TOKOH.ppt

Sumbangannya: Minat mengkaji karya ulamak dan tokoh2 utama

Timur Tengah, Inggeris, Perancis, Jerman dan Indonesia.

Seorang wartawan, penulis, penyunting dan penerbit.

Cth akhbar: Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah.

cth majalah: Kemajuan Masyarakat, al-Mahdi, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, Gema Islam.

Page 36: TOKOH-TOKOH.ppt

Antara hasil karya: Karya ilmiah spt Tafsir al-Azhar (5 jilid) Karya kreatif spt novel dan cerpen:

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Anugerah kehormatan dari 2 buah universiti, iaitu Doktor Honoris Causa dari Universiti al-Azhar(1958) dan Universiti Kebangsaan (1974)

Dpt gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno drpa Kerajaan Indonesia.

Page 37: TOKOH-TOKOH.ppt

IBNU BATTUTAHNama sebenar, Abu Abdullah Muhammad

Ibn Battutah (Shams Addin)Dilahirkan di Tangier, Morroco pd 24 Feb

1304 (703 Hijrah)Meninggal pd 14 Jun 1325Semasa berumur 21 thn, pengembaraan

beliau brtahan shgga 30 thn.Setelah pulang ke Fez, Morroco di

mahkamah Sultan Abu ‘Inan, beliau telah menyerahkan buku atau penceritaan ttg pengembaraan beliau kpd Ibn Juzay.

Hal ini telah mbawa kemahsyuran kpdnya.

Page 38: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau mengembara ke Ceylon (Sri Lanka), China, South Rusia dan Byzantium.

Mengembara melalui Algiers, Tunis, Egypt, Palastin dan Syria ke Makkah.

Selepas melawat Iraq, Shiraz dan Mesopotamia, beliau kemudian mengambil peluang utk menunaikan haji di Makkah dan menetap di san selam 3 thn.

Kemudian beliau mengembara ke Jeddah dan tlh ke Yamen melalui jalan laut.

Page 39: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau juga melawat Aden dan belayar ke Mombasa, selatan Afrika.

Selepas ke Kulwa, beliau kembali ke Oman melalui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Dlm perjalan pulang, beliau singgah ke Khurasan melalui Khawarism (Khiwa) dan melawat ke semua bandar penting spt Bukhara, Balkh, Herat, Tus, Mashhad dan Nishapur.

Page 40: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau mintas gunung Hindukush melalui 13000 kaki laluan Khawak ke Afghanistan dan melalui Ghani n Kabul memasuki India.

Slps melawat Karachi, Sukur, Multan, Sirsa dan Hansi, beliau tiba di Delhi. Kemudian, beliau pulang ke kampung.

Pengembaraan beliau tdk berakhir berakhir begitu shj, beliau belayar pula ke Sepanyol dan Sahara.

Page 41: TOKOH-TOKOH.ppt

Dlm perjalanan pulang ke Fez, beliau tlh myerahkan kesemua kisah pengembaraan beliau kpd Ibn Juzay.

Jelaslah, pengembara yg dikagumi ini sememangnya tlh menyumbangkn byk ilmu dlm bidang geografi melalui pengembaraannya.

Page 42: TOKOH-TOKOH.ppt

AL ZARQALI Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-

Zarqali dan lebih dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali.

Merupakan sarjana yang terkenal di Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol) juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah.

Dia dilahirkan pada tahun 1029 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087.

Dia hidup disaat-saat kerajaan Islam Andalusia terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera Kristian yang cuma diselamatkan oleh Ibn Tashfin dari Morocco yang menyeberangi Andalusia memerangi tentera Kristian di Zalaqa pada 1089.

Page 43: TOKOH-TOKOH.ppt

Sumbangan Ibn Tashfin dan kesinambungan daripada ketumbukan tentera Morocco telah meletakkan Andalusia di bawah pemerintahan Islam untuk selama dua abad kemudiannya sebelum jatuh kepada Kristian pada pertengahan abad ke tiga belas.

Bidang astronomi dewasa ini dilihat seperti sudah tidak begitu penting sekarang ini hanya kerana kita senang mendapatkan kalendar dan masa yang tepat begitu juga untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kita disediakan dengan peta yang sangat tepat.

Page 44: TOKOH-TOKOH.ppt

Sekarang ini kita mungkin tidak perlu tahu mengambil tahu “sun’s passage” yang ditandai oleh “equinoxes” (berhubung dengan waktu malam dan siang) dan “solstices” (berhubung dengan hari musim panas dan sejuk) kerana sudah tidak relevan dengan kehidupan moden kini.

Namun itu sangat berbeza dengan Zaman Pertengahan (Medieval) seluruh kehidupan masyarakatnya bergantung penuh kepada astronomi dalam menentukan waktu membajak, menanam, menuai termasuklah dalam menentukan soal-soal hari perayaan agama mereka.

Page 45: TOKOH-TOKOH.ppt

Astronomi dan Islam tidak mungin dapat dipisahkan terutama dalam soal-soal perkara asas iaitu penentuan bulan hijrah, waktu solat dan arah kiblat.

Diceritakan oleh Barron Carra de Vaux bahawa beliau juga digelar sebagai “Al-Nekkach” kerana mampu mengukir besi. Beliau mampu menghasilkan pelbagai alat yang diperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062 walaupun beliau bukanlah ahli astronomi, di mana usaha pemantauan astronomi disaat itu dimulakan oleh Yahya Bin Abi Mansur.

Page 46: TOKOH-TOKOH.ppt

Setelah sekian lama beliau menarik perhatian para ahli astronomi yang lain kerana dengan pengetahuan yang sedikit, tidak pernah mempelajari sains mahupun buku mengenainya tetapi mampu menyiapkan peralatan astronomi.

Dua tahun kemudian dia menjadi ahli astronomi dan kemudiannya menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan ahli astronomi. Namun beliau tetap membuat peralatan untuk ahli astronomi yang lain dan telah mula mencipta peralatan astronomi untuk dirinya sendiri. Malah beliau turut mengajar gurunya yang kemudiannya menjadi pengikutnya dalam ukuran yang telah diciptanya.

Page 47: TOKOH-TOKOH.ppt

Dia juga telah membina jam Telado yang amat masyhur dimana Al-Zuhri menggambarkan jam tersebut digunakan hingga tahun 1135 hinggalah pada suatu hari Raja Alphonso VI cuba untuk mengetahui bagaimana jam tersebut berfungsi dan mengarahkan Hamis Bin Zabara menceraikann setiap bahagiannya satu-persatu. Malangnya setelah ia diceraikan tiada siapa yang dapat memasangnya semula seperti keadaan asal.

Page 48: TOKOH-TOKOH.ppt

Mengikut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan penuh kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.

Sebenarnya itu bukanlah satu-satunya ciptaan beliau, yang paling menarik perhatian ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu “astrolabe” mendatar.

Page 49: TOKOH-TOKOH.ppt

Ciptaan beliau yang disertakan penulisan panduan penggunaannya dinamakan al-Safiha al-Zarqaliya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah astronomi untuk semua laltitud dan termasuk juga koordinasi 29 bintang juga ditandakan dan juga mampu memantau pergerakan matahari.

Ciptaan beliau ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau hingga panduan penggunaannya dialih ke beberapa bahasa seperti latin dan roman-sepanyol.

Page 50: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau juga dapat membetulkan teori orang Greek yang sekali lagi menafikan sains Islam adalah bayangan dari Greek. Plotemy melalui kiraannya menganggarkan bahawa jarak laut Mediterranean adalah 62º namun kemudian dibetulkan oleh al-Kwarizmi kepada 52 º manakala pembetulan oleh al-Zarqali memberikan bacaan yang paling tepat iaitu 42º.

Berjaya mencipta “Toledan Table” yang mana telah bertanggungjawab untuk memberi nafas baru kepada para astronomi kerana berjaya menjadikan kenyataan untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer pada zamannya.

Page 51: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau kemudiannya telah menyunting jadual yang telah dihasilkan beliau di balai cerap beliau di Toledo, Andalusia, juga jadual-jadual lain yang terhasil dari para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam.

Beliau juga adalah orang yang pertama menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) yang mana jaraknya yang terjauh dari bumi sebanyak 12.0 saat per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang sebenarnya ialah 11.8 saat per/tahun.

Page 52: TOKOH-TOKOH.ppt

Kajian-kajian yang dibuat beliau telah menjadi rujukan oleh Nicolaus Copernicus dalam mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya”De Revolutionibus Orbium Celestium”.

Page 53: TOKOH-TOKOH.ppt

AL HAITHAM Abu Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai

Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan

terhadap kaedah optik dan saintifik. Dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan

mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad. Merantau ke Mesir dan Sepanyol tetapi hidupnya

banyak dihabiskan di Sepanyol dengan mengendalikan penyelidikan mengenai optik, matematik, fizik, perubatan dan pembangunan kaedah saintifik.

Page 54: TOKOH-TOKOH.ppt

Antara uji kaji yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik.

Beliau mengkaji pembiasan sinaran cahaya melalui medium telus seperti air dan udara dan menemui undang-undang yang terdapat dalam pembiasan.

Selain itu beliau merupakan tokoh yang pertama menjalankan kajian mengenai penyerakan cahaya kepada warna konstituen.

Semasa kajian mendalam mengenai segmen sfera (gelas yang diisi air) beliau hampir membuat penemuan mengenai teori lensa pembesar yang dibangunkan di Itali tiga abad kemudiannya.

Page 55: TOKOH-TOKOH.ppt

Snell dan Descartes pula terpaksa mengambil masa selama tiga abad kemudiannya untuk mencadangkan mengenai undang-undang sinus.

Kitab-al-Manazir hasil tulisan Ali Abu Hasan telah diterjemahkan ke bahasa Latin semasa era pertengahan yang turut memuatkan perihal warna matahari terbenam.

Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.

Page 56: TOKOH-TOKOH.ppt

Pada abad ke-13 Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan penulis-penulis mengenai optik era pertengahan di barat, menggunakan Opticae Theasaurus tulisan Ali Abu Hasan sebagai asas dalam kerja optik.

Hasil kerja Ali Abu Hasan turut mempengaruhi Leonardo da Vinci dan Johann Kepler.

Pendekatan beliau terhadap optik menghasilkan idea-idea baru dan terbukti melalui penemuan dalam kaedah uji kaji.

Page 57: TOKOH-TOKOH.ppt

Ali Abu Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan.

Beliau menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan dan bukan dalam mata.

Page 58: TOKOH-TOKOH.ppt

Beliau cuba menjelaskan mengenai penglihatan binokular dan memberi penjelasan yang betul mengenai pembesaran yang ketara dalam saiz matahari dan bulan semasa ia mendekati horizon.

Ali Abu Hasan juga dikenali melalui penggunaan awal kamera obscura.Melalui kajian lanjut mengenai optik maka beliau digelar sebagai Bapa Optik Moden.

Page 59: TOKOH-TOKOH.ppt

• Dalam penulisannya, seseorang akan menemui penjelasan yang nyata mengenai pembangunan kaedah saintifik seperti yang dibangunkan dan diaplikasikan oleh umat Islam, pemerhatian yang sistematik mengenai fenomena fizikal dan hubungannya dengan teori saintifik.

• Ini merupakan penemuan terbesar dalam metodologi saintifik dan menempatkan kajian saintifik di tapak yang kukuh terdiri daripada hubungan sistematik antara pemerhatian, hipotesis dan pengesahan.

Page 60: TOKOH-TOKOH.ppt

• Kajian beliau dalam catoptrics memfokuskan mengenai cermin parabolik dan sfera serta penyimpangan sfera.

• Beliau melakukan pemerhatian penting bahawa nisbah antara sudut biasan dan tuju tidak kekal dan tetap serta menyiasat mengenai kuasa lensa pembesar.

• Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.

Page 61: TOKOH-TOKOH.ppt

• Beliau turut mengkaji pembiasan atmosfera dan membuat penemuan bahawa fajar senja hilang dan timbul apabila matahari berada pada 19 darjah di bawah horizon dan cuba mengukur ketinggian atmosferanya.

Sumbangan beliau kepada fizik dan matematik amat besar. Dalam matematik beliau membangunkan geometri analitikal dengan penemuan hubungan antara algebra dan geometri.

Page 62: TOKOH-TOKOH.ppt

Dalam fizik beliau mengkaji mengenai pergerakan mekanik tubuh manusia dan beliau merupakan manusia pertama mengemukakan bahawa tubuh manusia bergerak terus menerus kecuali suatu paksaan dari luar menghalangnya atau mengubah arah pergerakan.

Ali Abu Hasan telah menulis lebih 200 buku tetapi hanya sedikit sahaja yang masih terselamat. Karya agungnya terhadap optik berjaya diselamatkan melalui terjemahan ke bahasa Latin.

Page 63: TOKOH-TOKOH.ppt

Pada era pertengahan bukunya mengenai kosmologi telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Hebrew dan beberapa bahasa Eropah.

Beliau turut menulis sebuah buku mengenai evolusi yang sangat berguna untuk dibaca sehingga ke hari ini.

Pengaruh beliau secara umum terhadap sains fizikal dan khususnya optik, amat disanjungi dan ideanya melambangkan ilmu era baru dalam penyelidikan teoritikal dan uji kaji optikal.

Page 64: TOKOH-TOKOH.ppt
Page 65: TOKOH-TOKOH.ppt

KUNG FU TZE (Confucius)RIWAYAT HIDUP : Seorang ahli pemikir dan tokoh pendidik negara China. Dilahirkan pd tahun 551 SM di Qufu daerah Shandong Berasal dari keluarga yang miskin dan sangat tekun

belajar. Seorang ahli pemikir dan tokoh pendidik negara China Pd usia 20thn, beliau telah ditawarkan jawatan sbg

Pegawai Rendah Kerajaan Cina. Menjadi hakim di Chung Tu dan seterusnya sebagai

ketua menteri Berjalan jauh untuk menyampaikan ajaran beliau yang

merangkumi falsafah, muzik,pemerintahan negara dan etika.

Page 66: TOKOH-TOKOH.ppt

Kemuncak kerjaya beliau ialah sebagai Mahaguru dan mempunyai 3 ribu pengikut termasuk 72 yang cemerlang.

Pengaruh ajaran beliau kekal di China lebih kurang 2ribu tahun.

Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China.

Meninggal dunia pada usia 73 tahun (479 M)

Page 67: TOKOH-TOKOH.ppt

Falsafah Pendidikan :Ajaran yang diasaskan oleh Cunfucius

merupakan ajaran utama di dunia iaitu Confucianisme.

Beliau menyatakan pendidikan adlh untuk semua tanpa mngira status sosioekonomi atau kedudukan sosial manakala matlamat pendidikan ialah untuk menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral yang tinggi.

Telah menghasilkan buku yang merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi, dan kebudayaan.

Page 68: TOKOH-TOKOH.ppt

Pengikut beliau telah mendokumentasikan segala permasalahan dan cara penyelesaian yang berlaku dalam kehidupan seharian sebagai panduan untuk pengikutnya. (Confucian Analects)

Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.

Page 69: TOKOH-TOKOH.ppt

Antara nilai-nilai yang ditekankan dalam ajaran ini ialah hormat kepada ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yang lebih tua (ti), ketekunan (min), kebijaksanaan (zhi), dan keberanian (yong), serta kesetiaan (zhong).

Page 70: TOKOH-TOKOH.ppt

LAO TZERIWAYAT HIDUP :Seorang ahli falsafah Cina dan pengasas

Taosim.

Dilahirkan pada thn 570 M di Luoyong.

Dilantik sebagai Penyimpan arkib Imperial oleh Raja Zhou di Louyang.

Beliau telah meninggalkan Louyong dengan menaiki seekor lembu dan apabila sampai di Han Gu Pass, beliau telah ditahan oleh pengawal.

Page 71: TOKOH-TOKOH.ppt

Apabila pengawal keselamatan di situ menyedari beliau tidak ingin pulang semula, mereka meminta beliau berkongsi kebijaksanaan.

Selepas itu, lahirlah karya Tao Te ching yang mempunyai 5000 patah perkataan dan selepas itu, beliau masih lagi meneruskan perjalanan.

Beliau meninggal dunia pada 490 SM.

Page 72: TOKOH-TOKOH.ppt

Sumbangan :

Confucius pernah meminta pandangan beliau berkaitan adat resam Cina.

Mewujudkan konsep kaya miskin, cantik hodoh, hidup mati dan sebagainya.Hal ini demikian kerana beliau telah membuat kesimpulan bahawa dunia terdiri daripada langit, bumi, manusia dan prinsip yang dipanggil Dao.Menurut beliau, semua yang ada di dunia ini dikawal oleh peraturan-peraturan semulajadi.

Page 73: TOKOH-TOKOH.ppt

Mempunyai ajaran tersendiri yang merangkumi bidang yang amat luas iaitu daripada aspek kerohanian individu serta dinamika interpersonal sehingga teknik –teknik politik.

Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama.

Page 74: TOKOH-TOKOH.ppt

Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku.

Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

Page 75: TOKOH-TOKOH.ppt

LAKSAMANA CHENG HORIWAYAT HIDUP:

Semenjak umurnya masih kecil lagi Cheng Ho/Mohd Ho diberi nama Sanpo hinggalah kini masyarakat masih memanggilnya dengan panggilan ini oleh kerana kemashurannya dalam bidang pelayaran, perutusan dan kepahlawanan beliau di jolok dengan panggilan Cheng Ho Sanpokong.

Datuknya berbangsa Arab bernama Saidichi Shansiding (Zheng He Lun Chong m/s-369, dicatatkan oleh Universiti Yun Nam pada Nov. 1992)

Page 76: TOKOH-TOKOH.ppt

Laksamana Cheng Ho berasal dari Keluarga Ma yang beragama Islam di daerah Kunyan, Negeri Yunan.

Beliau telah dibawa oleh Ganghis Khan ke negara Cina untuk bertugas pada awalnya sebagai seorang Pegawai Kanan Tempatan di DATU (Beijing) pada Zaman Dinasti Yuan (Monggol) dan tidak lama kemudian dilantik sebagai Raja Xian Yang oleh Maharaja Kublai Khan untuk memerintah Negeri Yunan, Cina.

Pada Zaman Dinsti Ming, Cheng Ho ditugaskan sebagai Laksamana dengan misinya bagi mengutuskannya ke negara di Selatan dan Barat

Page 77: TOKOH-TOKOH.ppt

Cheng Ho (1405-1433) telah berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia sehinggalah ke Afrika serta berlabuh di 30 buah negara.

Cheng Ho merupakan pemimpin unggul mengetuai armada lebih 100 buah kapal bersama 27 ribu orang bawahan ke lautan barat mendahului Vasco Da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke laut timur.

Cheng Ho cuba untuk mengukuhkan pershabatan antara negara di Asia serta mewujudkan perdamaian.

Page 78: TOKOH-TOKOH.ppt

SUMBANGAN:Laksamana Cheng Ho juga menjalankan

kegiatan dakwahnya dengan menyebarkan Agama Islam di Nusantara seperti Empayar Serivijaya, Majapahit, Melaka, Terengganu, Fo-Lo-Ann, Kedah dan lain-lain, dimana sebelum ini dipengaruhi oleh agama Hindu/Buddha.

Beliau juga berusaha untuk memajukan hasil tempatan pada peringkat antarabangsa dan dalam masa yang sama beliau juga menjamin keselamatan maritim.

Page 79: TOKOH-TOKOH.ppt

Mewujudkan ekonomi tempatan dalam perusahaan perindustrian dan pertanian. Contohnya di Negeri Terengganu terutama di Kg. Cepoh (dekat Pulau Bahagia), masyarakat Cina menanam lada dan tebu secara komersial. Hasil tanaman lada dieksport dan tebu diproses menjadi gula. Mereka juga mengusahakan kilang bata di Tepoh dan memberi maklumat berkenaan pembinaan kapal dan rumah dengan menggunakan rasuk. Dari segi perdagangan pula, cara mengeksport hasil tempatan dan cara menggunakan wang syiling dimulai oleh komuniti Cina.

Page 80: TOKOH-TOKOH.ppt

PELAYARAN CHENG HO :Satu pelayaran rombongan raksasa yang

dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho kali ke 4 (1413M - 1415M) telah melalui Terengganu (Ding-Jia-Lu).

Mengikut catatan buku ‘Ying Ya Sheng Lan’(Pemandangan Indah di Seberang Samudera) telah ditulis oleh Mohd Fuad (Ma Huan) seorang Pegawai Rombongan pada 1451M dan buku ‘Xing Cha Sheng Lan’(Menikmati Pemandangan Indah Dengan Rakit Sakti) telah ditulis oleh Faizil (Fei Xin) seorang lagi Pegawai Kanan pada 1436M, mencatatkan bahawa rombongan utusan seramai 27,800 orang kali ke 4 ini disertai lebih daripada dua ratus buah kapal.

Page 81: TOKOH-TOKOH.ppt

Misi pelayaran Laksamana Cheng Ho ialah untuk mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara Cina dengan negara-negara di Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur,menunjukkan kekuatan Negara Cina serta mewujudkan pendamaian antara satu sama lain,memajukan perdagangan antarabangsa dan memperkenalkan hasil pengeluaran tempatan. Menjamin keselamatan pedagang Maritim.

Page 82: TOKOH-TOKOH.ppt

Armada Cheng Ho singgah di Laut hadapan Kuala Terengganu dan Laksamana memerintah anak kapalnya masuk ke dalam Sungai Terengganu untuk menjalankan misinya. Selain daripada mencari sasarannya, anak kapal mengambil air tawar di Kawasan Jeram Sungai Nerus dimana mereka mendarat disitu lalu mereka tertarik dengan pemandangan alam sekitarnya.

Page 83: TOKOH-TOKOH.ppt

RUJUKAN R.M.Hare. 1992. Pemikir-pemikir Agung Zaman Silam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan . 2008.Falsafah dan Logika Melayu.

Selangor: Synergate sdn.bhd Hashim Musa. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai dan Ethika

Melayu Suatu Pengenalan http://www.al-khawarizmi.com http://www.wikipedia.org/tokoh http://www.wikipedia.biruni.com http://www.chinataiwan.org/web/webportal/W5267121/Uniulq/

A241589.html http://www.chigung.org/Soft_Show.asp?SoftID=44 ^ http://140.112.2.84/~fchsu/Lao-Chuang-Lecture/discuss_16/

report/TheViewpointOnConfuciusOfChuangTzu_2.html

Page 84: TOKOH-TOKOH.ppt