tokoh timur

23
TOKOH – TOKOH PENDIDIK TIMUR Selain tokoh-tokoh pendidik barat yang telah diperkatakan sebelum ini, dalam tajuk perjuangan insan pendidik ini juga, aspek yang turut dibincangkan adalah merujuk kepada perjuangan tokoh-tokoh pendidik timur yang bakal mengisahkan perjuangan tiga tokoh utama iaitu Confucius, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan Hamka dan juga Lao Tze. Secara ringkasnya, perjuangan mereka meliputi dua wilayah utama bahagian Timur iaitu Cina (Confucius dan Lao Tze) serta Indonesia (HAMKA). Dalam tajuk ini, kita bakal mendalami latar belakang ketiga-tiga tokoh ini sehinggalah kepada jasa dan sumbangan yang telah mereka taburkan dalam bidang pendidikan. Sememangnya perjuangan tokoh- tokoh ini telah memberi impak kepada

Upload: zul-fazreen-salikin

Post on 05-Jul-2015

573 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOKOH TIMUR

TOKOH – TOKOH PENDIDIK TIMUR

Selain tokoh-tokoh pendidik barat yang telah diperkatakan sebelum ini, dalam tajuk perjuangan insan pendidik ini juga,

aspek yang turut dibincangkan adalah merujuk kepada perjuangan tokoh-tokoh pendidik timur yang bakal

mengisahkan perjuangan tiga tokoh utama iaitu Confucius, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih

dikenali dengan Hamka dan juga Lao Tze. Secara ringkasnya, perjuangan mereka meliputi dua wilayah utama bahagian Timur iaitu Cina (Confucius dan Lao Tze) serta Indonesia

(HAMKA). Dalam tajuk ini, kita bakal mendalami latar belakang ketiga-tiga tokoh ini sehinggalah kepada jasa dan sumbangan

yang telah mereka taburkan dalam bidang pendidikan. Sememangnya perjuangan tokoh-tokoh ini telah memberi impak kepada sistem pendidikan masa kini khususnya di

Malaysia.

Page 2: TOKOH TIMUR

TOKOH-TOKOH PENDIDIK TIMUR

CONFUCIUS

LAO TZE

HAMKA

Page 3: TOKOH TIMUR

CONFUCIUS

Page 4: TOKOH TIMUR

Tokoh pertama yang bakal dibincangkan dalam perjuangan pendidik Timur ialah Confucius. Insan ini

merupakan tokoh berpengaruh dalam sistem pendidikan di Cina. Selain terkenal sebagai tokoh

pendidik, Confucius yang juga merupakan pengasas Konfusianisme ini juga merupakan seorang ahli falsafah terkemuka. Banyak pendapat dan pemikiran yang telah diketengahkan oleh Confucius yang lebih menyumbang

kepada pembangunan diri dan jiwa individu dengan berlandaskan kepada sistem pendidikan. Untuk

mengetahui secara lebih mendalam, dalam tajuk ini kita akan membicarakan serba sedikit latar belakang

Confucius sehinggalah kepada sumbangan beliau dalam memajukan sistem pendidikan.

Page 5: TOKOH TIMUR

• Merupakan pengasas Konfusianisme.• Dilahirkan di Negeri Lu (kini Wilayah Shandong),

China.• Tarikh dilahirkan adalah pada tahun 551 SM.• Beliau telah membuka sekolah sendiri pada umur

30 tahun.• Beliau juga dikenali sebagai pakar adat – istiadat

China.• Beliau telah dilantik sebagai penasihat adat –

istiadat negeri Lu.• Pada tahun 502 TM, beliau juga telah dilantik

sebagai Menteri Keadilan.

Page 6: TOKOH TIMUR

• Oleh sebab reformasi beliau tidak mendapat sokongan daripada pemerintah Lu, Confucius bersama pengikutnya mengunjung negeri – negeri dan berusaha menyebar ideologinya kepada raja masing – masing, tetapi kurang berjaya.

• Confucius bermastautin di luar negeri Lu selama 14 tahun.

• Kemudian, beliau pulang ke negeri Lu apabila umurnya telah sampai 60 tahun.

• Di antara tempoh 5 tahun sebelum meninggal, kira – kira 3000 pelajar menghadiri sekolahnya.

Page 7: TOKOH TIMUR

Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai

potensi yang berbeza. Oleh itu, beliau mengajar muridnya

mengikut kebolehan individu. Strategi yang digunakan ialah

perbincangan.

Confucius yang dikenali sebagai tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia. Hal ini dicapai melalui amalan bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, kesederhanaan, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

MAKLUMAT LAIN MENGENAI CONFUCIUS

Page 8: TOKOH TIMUR

PENDAPAT AHLI – AHLI

KONFUSIANISME

Untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya

memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai,

norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.

Untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya

memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai,

norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.

Pelajar hendaklah menghafal kelima – lima

buku klasik yang dihasilkan oleh tokoh – tokoh cendekiawan dari

tamadun purba kala iaitu :

Buku Syair

Buku Sejarah

Buku Elemen

Buku Upacara

Buku Annals

Pelajar hendaklah menghafal kelima – lima

buku klasik yang dihasilkan oleh tokoh – tokoh cendekiawan dari

tamadun purba kala iaitu :

Buku Syair

Buku Sejarah

Buku Elemen

Buku Upacara

Buku Annals

Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai

dan norma masyarakat serta mengekalkan kebudayaan

seterusnya membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian

hidup.

Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai

dan norma masyarakat serta mengekalkan kebudayaan

seterusnya membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian

hidup.

Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati dan dapat diperkembangkan

melalui proses pendidikan.

Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati dan dapat diperkembangkan

melalui proses pendidikan.

Page 9: TOKOH TIMUR

KESIMPULAN

“Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat serta mengekalkan kebudayaan seterusnya membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian hidup”. Begitulah serba ringkas fahaman Konfusianisme yang turut diserap dalam sistem pendidikan mereka. Kalau kita melihat secara lebih mendalam, perjuangan dalam falsafah pendidikan di Cina juga sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh fahaman ini. Tuntasnya, perbezaan dalam fahaman yang diterapkan oleh para tokoh masa dahulu sebenarnya ingin mencapai objektif yang satu iaitu memajukan sistem pendidikan.

Page 10: TOKOH TIMUR

HAMKA

Page 11: TOKOH TIMUR

“Seorang yang dihormati” atau lebih dikenali sebagai Buya dalam kalangan orang Minangkabau, begitulah gelaran yang telah diberikan kepada seorang lagi insan terpenting dalam perjuangan tokoh-tokoh Timur iaitu Profesor Dr Haji Abdul

Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali oleh masyarakat kita kini iaitu Hamka. Perjuangan tokoh kedua selepas Confucius ini

adalah berpusat di Indonesia, wilayah kelahirannya. Sebagaimana Confucius, Hamka juga merupakan seorang tokoh terkemuka yang bukan sahaja terkenal dalam bidang pendidikan

tetapi juga dalam keagamaan iaitu agama Islam. Berbeza dengan tokoh-tokoh yang lain, Hamka kurang berkecimpung dalam bidang falsafah namun benyak menyumbang dalam

aspek pemikiran dan penerbitan bahan ilmiah. Dalam tajuk ini bakal dimuatkan maklumat berkenaan latar belakang dan

sumbangan insan mulia ini.

Page 12: TOKOH TIMUR

• Nama penuhnya ialah Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

• Dilahirkan pada tahun 1908 di Kampung Molek, Maninjau Sumatera Barat.

• Beliau biasa dikenali dengan gelaran Buya, nama panggilan orang Minangkabau yang membawa maksud “seorang yang dihormati”

• Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Kelas Dua.

• Ketika berusia 10 tahun, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang agama dan bahasa Arab di Sumatera Thawalib, Padang Panjang.

• Beliau mula menceburi bidang keguruan sebagai guru agama di Perkebunana Tebing Tinggi, Medan pada tahun 1927 dan di Padang Panjang pada tahun 1929.

Page 13: TOKOH TIMUR

• Seterusnya, beliau menjawat jawatan sebagai Dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.

• Selain itu, HAMKA juga pernah menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo Jakarta.

• Beliau juga pernah dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia tetapi terpaksa meletakkan jawatan apabila Presiden Sukarno mengarahkan beliau untuk memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia.

• HAMKA meninggal dunia pada tahun 1981 di Jakarta.

Page 14: TOKOH TIMUR

ANTARA SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Mengkaji karya ulamak dan tokoh – tokoh utama Timur Tengah termasuk Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad dan sebagainya yang ditulis dalam bahasa arab. Beliau juga mengkaji karya sarjana tokoh – tokoh Inggeris, Perancis dan Jerman seperti William James, Sigmund Freud, Jean Paul Satre, Karl Marx dan Pieere Loti.

Sifatnya yang tekun membaca dan gemar bertukar – tukar idea dan pendapat dengan tokoh – tokoh terkenal Indonesia seperti Raden Mas, Surjopranoto, Haji Fachrudin menjadikan beliau seorang ahli pidato yang disegani ramai.

HAMKA juga merupakan seorang wartawan, penulis, penyunting dan penerbit. Sejak tahun 1920an, beliau telah menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah.

Beliau juga merupakan penyunting majalah – majalah seperti Kemajuan Masyarakat, al-Mahdi, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hasil karya HAMKA ialah :

·Tafsir Al-Azhar sebanyak 5 jilid, novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli (telah dijadikan buku teks sastera di negara ini dan Singapura)

Page 15: TOKOH TIMUR

ANUGERAH BELIAU:• Doktor Honoris Causa, Universiti al-Azhar

(1958) & Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan (1974).

• Gelaran Datuk Indono dan Pangeran Wiroguno daripada Kerajaan Indonesia.

Page 16: TOKOH TIMUR

KESIMPULAN

Demikianlah serba sedikit perkongsian ilmu bermanfaat mengenai Hamka. Kita di Malaysia juga banyak menjadikan Hamka sebagai sumber rujukan dalam sistem pendidikan sebagai impak daripada pelbagai bahan ilmiah dan buku

terbitannya. Secara tuntasnya, sebagai pendidik yang berkaliber, Hamka bolehlah dijadikan sebagai ‘role-model’

dalam memajukan sistem pendidikan. Terlalu banyak idea dan jerih perih Hamka dalam memperjuangkan pendidikan dan hal berkaitan keagamaan yang boleh dicontohi. Tuntasnya, perjuangan dalam mempertahankan pendidikan dan usaha mendidik anak bangsa ke mercu kejayaan perlulah didasari dengan niat ikhlas dan suci tanpa mengharapkan balasan

daripada mana-mana pihak. Demikianlah antara prinsip dan perjuangan yang ditegakkan oleh Hamka.

Page 17: TOKOH TIMUR

LAO TZE

Page 18: TOKOH TIMUR

Dalam membicarakan tajuk berkaitan perjuangan tokoh-tokoh pendidik Timur ini, Lao Tze juga tergolong dalam senarai tokoh pendidik selepas Confucius dan Hamka. Lao Tze antara tokoh yang pernah menimbulkan kontrovesi dalam sejarah perjuangan tokoh pendidik. Hal yang demikian ini berpunca daripada fakta yang mengatakan bahawa Lao Tze sebenarnya tidak wujud. Pengkajian terhadap perkara ini masih belum bertemu jawapan yang sebenar. Namun, dari segi kemajuan pendidikan, Lao Tze juga seperti tokoh lain yang telah menyebarkan fahaman dan pendapatnya dalam memajukan bidang pendidikan.

Page 19: TOKOH TIMUR

LATAR BELAKANG• Nama lain yang biasa dikenali ialah Lao Tzu ataupun Lao Tse.• Lao Tze bermaksud “Mahaguru” atau Old Master.• Beliau merupakan seorang ahli falsafah Cina serta pengasas Taoism.• Dikatakan lahir pada tahun 570 SM di Luoyang, ibu negeri lama negara

Cina.• Ramai orang percaya bahawa beliau sebenarnya tidak wujud. Akan

tetapi, tokoh – tokoh sejarah berpendapat sebaliknya kerana mempunyai simpanan rekod beliau walaupun ringkas.

• Menurut sejarah, Lao Tze telah dilantik sebagai Penyimpan Arkib Imperial oleh Raja Zhou di Luoyang.

• Beliau amat tekun mmembaca buku klasik yang tersimpan dalam arkib tersebut.

• Akibatnya, beliau menjadi seorang yang mempunyai ilmu yang agak luas.

Page 20: TOKOH TIMUR

Samb…• Kemudian, keadaan di Luoyang sudah tidak begitu aman. Maka beliau

pun berkeputusan untuk meninggalkan tempat itu lalu menaiki seekor lembu dan menghala ke barat.

• Sesampai di Han Gu Pass, beliau telah ditahan oleh pengawal yang mengawal keselamatan di tempat itu.

• Apabila menyedari bahawa Lao Tzu tidak bercadang untuk kembali semula ke Negara Cina, pengawal itu pun meminta agar Lao Tze berkongsi bersama kebijaksanaan beliau.

• Lao Tze pun turun daripada kerbau dan kemudian menulis sebuah esei panjangnya lebih 5000 patah perkataan. Dengan itu wujudnya hasil karya beliau yang terkenal iaitu, Tao Te Ching. Sebaik sahaja selesai penulisan itu, beliau meneruskan perjalanan dan tidak ditemui lagi di negara Cina.

• Lao Tze dilaporkan meninggal dunia pada 490 SM.

Page 21: TOKOH TIMUR

ANTARA SUMBANGAN LAO TZE

Berdasarkan bacaan beliau, Lao Tze membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri daripada langit, bumi,

manusia dan prinsip – prinsip yang dipanggil dao. Menurut beliau, segala – gala di dunia ini dikawal oleh peraturan – peraturan semulajadi. Dengan itu wujud

kosep seperti kaya dan miskin, hidup dan mati, cantik dan hodoh dan sebagainya. Walaupun semuanya

songsang, tetapi adalah bersifat saling bergantung.

Tao Te Ching pula merupakan ajaran Lao Tze yang merangkumi bidang yang amat luas iaitu daripada aspek

kerohanian individu serta dinamika interpersonal sehingga teknik – teknik politik. Di samping itu, ia

menegaskan perubahan ke atas cara manusia melakukan sesuatu dan bukannya apa yang mereka

lakukan.

Page 22: TOKOH TIMUR

KESIMPULAN.

Begitulah serba sedikit perbincangan berkenaan tokoh pendidik ketiga dalam senarai pendidik Timur iaitu Lao Tze. Meskipun ada yang mengatakan bahawa kewujudan Lao Tze masih dalam tanda tanya, namun apa yang lebih penting di sini ialah kita dapat menjadikan apa-apa juga yang telah disumbangkan oleh Lao Tze sebagai panduan dalam memajukan sistem pendidikan tanah air.

Page 23: TOKOH TIMUR

PENUTUPBerdasarkan hasil perbincangan yang telah kita teliti dalam perjuangan tokoh-tokoh pendidik Timur ini, dapatlah kita

fahami bahawa ketiga-tiga mereka telah memberi sumbangan besar dalam sistem pendidikan. Apa-apa yang telah mereka

sumbangkan pada mulanya berpusat hanya di tempat mereka berkhidmat. Namun, selaras dengan perkembangan era

pemodenan, pemikiran dan hasil sumbangan mereka juga turut diterima pakai dalam sistem pendidikan di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, dapat kita terokai bahawa kedua-dua tokoh pendidik di Cina iaitu Confucius dan Lao Tze, masing-masing merupakan pengasas fahaman Konfusianisme dan

Taoism. Tuntasnya, perjuangan yang telah dipertaruhkan oleh ketiga-tiga pendidik ini dapatlah dicontohi bagi sesiapa yang

beruasaha keras memajukan bidang pendidikan pada bila-bila masa dan di mana-mana jua berada.