tokoh moral dalam keluarga saya

8
TOKOH MORAL DALAM KELUARGA SAYA PENDAHULUAN Assalamualaikum Warahmatuallah Hiwabarakatu diucapkan serta didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih serta setinggi tinggi penghargaan kerana diberikan peluang untuk mempersembahkan laporan berkaitan tokoh moral di dalam keluarga saya.Pada semester 6 ini tugasan bagi mata pelajaran ELM 3104 telah diberikan kepada saya untuk membuat laporan berkaitan dengan tokoh moral di dalam keluarga saya dan sebagai keputusannya saya telah memilih isteri saya yang tercinta sebagai “Tokoh Moral di dalam keluarga”. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar saya semester 6 ini iaitu En Zarkhuan B. Zainol yang banyak membantu serta memberikan penerangan yang jelas bagi melaksanakan laporan ini disamping itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di kelas PPG Matematik 1 yang banyak memberikan galakan serta nasihat bagi menyiapkan tugasan ini. 1

Upload: din-shaharudin

Post on 01-Jul-2015

1.519 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh moral dalam keluarga saya

TOKOH MORAL DALAM KELUARGA SAYA

PENDAHULUAN

Assalamualaikum Warahmatuallah Hiwabarakatu diucapkan serta didahulukan

dengan ucapan ribuan terima kasih serta setinggi –tinggi penghargaan kerana diberikan

peluang untuk mempersembahkan laporan berkaitan tokoh moral di dalam keluarga

saya.Pada semester 6 ini tugasan bagi mata pelajaran ELM 3104 telah diberikan

kepada saya untuk membuat laporan berkaitan dengan tokoh moral di dalam keluarga

saya dan sebagai keputusannya saya telah memilih isteri saya yang tercinta sebagai

“Tokoh Moral di dalam keluarga”.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang

mengajar saya semester 6 ini iaitu En Zarkhuan B. Zainol yang banyak membantu serta

memberikan penerangan yang jelas bagi melaksanakan laporan ini disamping itu saya

juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di kelas PPG

Matematik 1 yang banyak memberikan galakan serta nasihat bagi menyiapkan tugasan

ini.

1

Page 2: Tokoh moral dalam keluarga saya

LATARBELAKANG

Isteri saya bernama NORHAILI BINTI KAMALUDIN yang berusia 36 tahun,

dilahirkan pada 28.7.1978 di Hospital Muar pada hari Ahad pada jam 7.30 petang anak

yang kedua daripada tiga adik-beradik hasil daripada perkongsian hidup pasangan

Kamaludin B. Mohamad dan Siti Lamah Bt Mat Yassin dan ketiga-tiga adik beradiknya

adalah perempuan. Dibesarkan di perkampungan Desa Temu Jodoh iaitu dialamat no

5 Jalan Teratai 85400 mukim chaah , segamat. Mendapat pendidikan awal di SK Seri

Bali Chaah dan terus belajar di Sekolah Menengah Chaah .Selepas menduduki Sijil

Pelajaran Malaysia, beliau telah menyambung pengajian di dalam bidang Diploma

perkomputeran di Kolej Infotech Cawangan Batu Pahat selama 2 tahun,selepas tamat

pengajian beliau pernah bertugas sementara di Pejabat Pendidikan Daerah Segamat

sebagai pembantu am rendah dan pada masa kini beliau telah menjawat jawatan

Pembantu Pengurusan Murid N17 dari Tahun 2004 hingga sekarang di SK Desa Temu

Jodoh.

Bibit-bibit pengenalan serta ‘cinta pandang pertama’ antara saya dan beliau

berputik semasa kami bertugas bersama di bawah satu bumbung di SK Desa Temu

Jodoh dan sehingga kini kami masih bertugas di tempat yang sama,tarikh penyatuan

kami dilangsungkan pada 28.6.2007 dan hasil perkongsian hidup sehingga kini kami

telah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu

Muhammad Shareed Nazmi 8 Tahun,Muhammad Sharif Naufal 6 Tahun,Muhammad

Shahir Nazlee 3 Tahun dan Siti Naurah baru berusia 2 Tahun.

SUMBANGAN DAN KETOKOHAN DI DALAM KELUARGA

Beliau adalah seorang ibu yang benar –benar bertanggungjawab serta sentiasa

mengambil berat setiap perkara yang berlaku di dalam keluarga. Berkaitan dengan rutin

harian hidup, sekiranya hari bertugas seawal jam 5.30 pagi telah bangun untuk

menyiapkan segala urusan dari segi pakaian serta sarapan anak-anak serta suami

sebelum ke tempat berkerja. Dari segi perwatakan adalah seorang ibu yang amat

penyayang serta sentiasa memberikan teguran kepada anak-anak sekiranya timbulnya

2

Page 3: Tokoh moral dalam keluarga saya

permasalahan. Pernah terjadi suatu peristiwa dimana saya telah kehilangan ibu

kandung saya pada tahun 2009 disebabkan penyakit jantung serta bapa kandung saya

yang telah pergi pada tahun 2013 oleh kerana masalah penyakit buah pinggang , apa

yang saya perhatikan adalah sikap beliau yang sentiasa berada disisi saya bagi

menghadapi situasi sedih bersama-sama. Dari segi didikan agama amat dititik beratkan

kepada anak –anak untuk mengerjakan solat yang fardu serta mengajar anak-anak

mengaji pada sebelah malam selepas solat magrib.Kepada kedua orang tuanya amat

lah dihormati serta sering dibantu bagi menjaga hati dan perasaan kedua orang

tuanya.oleh kerana bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid saya amat memuji

masakan dari air tangan beliau yang sungguh sedap dan berkhasiat antaranya

spaghetti,asam pedas ikan pari,dan juga pemanis mulut yang dihasilkan antaranya

seperti kek coklat dan kek chess.Dari segi persiapan menghadapi musim perayaan

anak-anak sangat didahulukan serta telah membuat perancangan serta simpanan yang

rapi bagi membeli kelengkapan anak-anak. Beliau juga telah memandang ke masa

hadapan iaitu setiap anak-anak telah mempunyai simpanan takaful insuran yang tetap

melalui potongan gaji bagi menjamin masa hadapan anak-anak di masa hadapan

terjamin.

SUMBANGAN DI DALAM BIDANG KERJAYA DAN KEMASYARAKATAN

Bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid tidak terbatas sahaja sebagai

orang yang bertanngungjawab menyediakan sarapan serta makanan ,antara kerja –

kerja sampingan yang perlu dilakukan ialah membantu Guru Pra sekolah dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di samping itu kerja –kerja pemfailan juga

dilakukan sebagai contoh menyediakan stok kewangan bagi perbelanjaan serta

menyediakan borang pesanan untuk barang-barang bekalan basah setiap

minggu.Penglibatan di dalam aktiviti tahunan seperti sukan pra sekolah di peringkat

daerah mahupun negeri selalu beliau melibatkan diri samada sebagai pegawai

pengelola ataupun pengurus peserta. Di samping rutin pra sekolah juga ialah Hari

3

Page 4: Tokoh moral dalam keluarga saya

Konvokesyen bagi murid –murid pra sekolah di mana pengurusan yang beliau uruskan

adalah seperti gambar konvokesyen dan juga sijil yang mana ditaip nama murid pra

sekolah. Selain itu antara prosedur yang dijalankan ialah apabila pembukaan tarikh

mendaftar anak ke pra sekolah yang selalu dibuka pada awal Jun hingga penghujung

Oktober dimana borang perlu dilengkapkan oleh pemohon iaitu ibu bapa perlu

melengkapkan slip gaji serta salinan surat beranak yang sah. Di sini saya dapat melihat

dari segi perhubungan dan kerjasama perlu ada di dalam melayan serta memuaskan

hati pelanggan beliau. Selain itu di dalam aktiviti KEBIRU iaitu persatuan guru beliau

sering terlibat di dalam aktiviti antaranya Hari Keluarga di mana setiap hari keluarga

dijalankan beliau tidak pernah terlepas dan sentiasa melibatkan diri serta bersama-

sama contohnya pada cuti sekolah yang selalu sambutan hari keluarga telah diadakan

di Impiana Resort Cherating.

Penglibatan di dalam aktiviti masyarakat antaranya ialah melibatkan aktiviti yang

dijalankan di rumah beliau iaitu di Taman Berjaya 2 ,Labis ,Segamat antaranya ialah

Yassin Mingguan serta melibatkan diri dalam Majlis Perkahwinan iaitu Rewang

sekiranya ada majlis perkahwinan, di dalam Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu

iaitu UMNO dimana beliau adalah salah seorang jawatankuasa wanita UMNO bahagian

Labis,banyak aktiviti yang disertainya antaranya membantu mangsa-mangsa banjir dan

lawatan ke rumah-rumah kebajikan.

Akhir kata saya dapat memberi kesimpulan bahawa beliau merupakan tokoh

dalam keluarga saya ,yang saya dapat jadikan sebagai ikon kepada saya dan anak-

anak apabila melihat dan menilai dari segala aspek jasmani ,emosi ,rohani dan intelek.

Serta saya bersyukur ke hadrat elahi kerana telah dipertemukan jodoh saya ini ,

semoga hubungan ini berkekalan sehingga akhir hayat.

4

Page 5: Tokoh moral dalam keluarga saya

REFLEKSI

SEBELUM

Apabila kali pertama menerima tugasan ini saya merasakan ia amat sukar untuk

dilaksanakan kerana dalam pemikiran ini siapa yang saya hendak pilih di dalam

keluarga saya , Semenjak kematian ibu bapa saya merasakan tiada tempat lain untuk

saya mengadu dan berbincang masalah kecuali isteri saya, dengan itu apabila

mendapat persetujuan saya telah memilih beliau sebagai tokoh dalam keluarga saya.

SEMASA

Ketika menjalankan kaji selidik serta temubual banyak maklumat –maklumat

yang telah saya kaji serta dalami bagi menghasilkan penulisan ilmiah yang benar

bermutu serta boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan. Prosedur yang dijalankan

mengikut pelan dan strategi yang terancang dan teratur.

SELEPAS

Akhir sekali saya dapat simpulkan betapa berat dan besar pengorbanan

seseorang isteri terhadap keluarganya, dengan adanya tugasan seperti ini dapat

mempereratkan hubungan yang sedia ada dan boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi

sesebuah keluarga itu pada masa hadapan.

MOHD SHAHARUDIN BIN EMBOK MAKSAH

PPG MATEMATIK 1

5

Page 6: Tokoh moral dalam keluarga saya

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA Muka Surat

1 Pengenalan 1

2 Tokoh Dalam Keluarga Saya 2,3,4

3 Refleksi 5

4 Rujukan 6

Page 7: Tokoh moral dalam keluarga saya

RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral : Teori etika dan amalan moral

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Amir Hasan Dawi(2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan ( ed. 2). Tanjung Malim:

Quantum Books.

6

Page 8: Tokoh moral dalam keluarga saya