tokoh kemerdekaan negara yang disegani

Upload: azira-ab-razak

Post on 14-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tokoh Kemerdekaan Negara Yang Disegani

    1/3

    TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA YANG DISEGANI

    TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ

    Latar Belakang

    Nama : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Pura Al-HajTarikh Lahir : 8 Februari 1903Tempat Lahir : Istana Tngkat Tiga,Alor Setar,KedahPengajian :-Sekolah Melayu,Alor Setar-Government English School-Sekolah Debsurin,Bangkok-Penang Free School-St. Catherine College-Universiti Cambridge (1920)

    -mendapat Ijazah Sarjana Muda undang-undang dan sejarah UniversitiCambridge (1925)-menamatkan pengajian di Inns ofCourt-mendapat kelayakan undang-undangJawatan : Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) BahagianKedah (26 Ogos 1951)

    1

    http://1.bp.blogspot.com/_AKFzK9yKMD8/SpyzybzhX6I/AAAAAAAAAAw/7VdLledaR9o/s1600-h/tunku_abd_rahman.jpg
  • 7/29/2019 Tokoh Kemerdekaan Negara Yang Disegani

    2/3

    Sumbangan Tunku Abdul Rahman

    Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangatkebangsaan di jiwa Almarhum. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra

    Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malayayang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949,Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNObahagian negeri Kedah. Apabila Dato Onn bin Jaafar meletak jawatansebagai Presiden UMNO, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajtelah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

    Sejak mengambil alihkepimpinan UMNO dari DatoOnn, Almarhum YTM Tunku RahmanPutra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkanPerikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang

    memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehikebebasan mutlak apabila Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajmembacakan pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

    Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikankenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-samadengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Almarhum YTM TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapaimelalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India. KewibawaanAlmarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpinterserlah apabila hasil rundingan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra

    Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertamapada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusiyang dipertandingkan. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajdilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalahcubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa daruratdengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranyapengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

    2

  • 7/29/2019 Tokoh Kemerdekaan Negara Yang Disegani

    3/3

    PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN

    Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955

    memang menjulang tinggi nama Abdul Rahman sebagai pemimpin palingpenting dalam politik persekutuan tanah melayu. Penemuan Tunku danDonald MacGillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955, merupakan langkah dalamproses menuntut kemerdekaan. Inilah langkah pertama tunku sebagaipemimpin perikatan meminta kuasa pemerintahan daripada kerajaan British.Namun setelah berbincang selama 2jam setengah, Tunku gagal untukmembincangkan kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dan pelantikan SuruhanjayaBebas untuk mendraf perlembagaan. Keinginan Tunku untuk membolehkanPerikatan Campur tangan dalam pentadbiran secepat mungkin, sepertiyang dijanjikan dalam pilihan raya yang lepas tidak kesampaian.

    3