tokoh kebanggan negara

15
Tokoh Kebanggaan Negara. Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin 1

Upload: malliga-manikam

Post on 02-Jul-2015

2.211 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

1

Page 2: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Tokoh Kebanggan Negara

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga no.1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.

Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975. Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau

2

Page 3: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Pinang. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang, pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya. Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham. Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004, di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih sejak usia lapan tahun. Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee Phoeh Hoon, yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang, bersama adik-beradiknya. Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang. Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16. Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu. Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka

3

Page 4: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Seoul pada April 2007. Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun. Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan itu. Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy; ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield.

Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior British (juara Bawah-17),Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19), Sukan SEA (Juara kategori Senior dan Pasukan), dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.

Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu. Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998. Nicol juga merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka Junior British.

Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000 apabila memenangi kejuaraan WISPA sulung selepas hanya sebulan berjelajah di bawah lembaga skuasy tersebut.Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari, apabila beliau mengalahkan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor dengan markah 9–1, 9–0, 9–5. Sebulan selepas itu, syarikat Hotel Equatorial mengumumkan penajaan sedunia buat beliau selama dua tahun.Nicol turut meraih penajaan untuk jelajah WISPA oleh syarikat Dunlop.

Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sport sepanjang kerjaya junior dan WISPA sehingga masa itu, menandatangani perjanjian dua tahun bersama syarikat raket Head dan konglomerat tempatan, Mulpha Sports. Pada bulan Julai, Nicol merangkul kejuaraan Junio Sedunia keduanya dengan menumpaskan Omneya Abdel Kawy dalam masa hanya 17 minit dengan markah 9–2, 9–4, 9–2 di pusingan akhir. Beliau merupakan pemain skuasy perempuan pertama yang menjuarai Kejohanan Junior Sedunia dua kali. Nicol turut memenangi acara perseorangan di Kejohanan Skuasy Junior Asia dengan menewaskan rakan senegara, Tricia Chuah

4

Page 5: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

di pusingan akhir dengan markah 9–5, 9–6, 9–0, di samping membantu pasukan Malaysia merangkul kejuaraan acara berpasukan.

Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam kerjayanya.Beliau bersama Ong Beng Hee dalam acara beregu campuran, memenangi pingat perak untuk skuad negara di Sukan Komanwel 2002 setelah kalah kepada Glen Wilson dan Leilani Rorani di pusingan akhir.Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang kedua dalam kerjayanya. Akan tetapi, Nicol gagal mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002 setelah kecundang 9–7, 9–5, 9–7 kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong di pusingan akhir di Busan, Korea Selatan.

Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam pusingan akhir; di negara sendiri, beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih berpengalaman, kemudian tersungkur di tangan Linda Elriani di Monte Carlo Classic pada bulan November. Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka Dunia di Hong Kong, tetapi dihambat oleh Cassie Jackman dengan mata 9–6, 9–3, 9–4. Nicol kurang menyerlah juga dalam acara utama WISPA yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS Carol Weymuller,Terbuka British dan Terbuka Texas. Di Terbuka Qatar Classic, Nicol kecundang di pusingan kedua kepada Natalie Grinham dengan mata 9–2, 7–9, 9–0, 9–4.

Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan. Pencapaiannya yang terbaik termasuk memasuki pusingan akhir Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Malaysia. Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan peningkatan pada bulan Disember apabila mencapai pusingan akhir Kejohanan WISPA WorldStars di Shanghaidan separuh akhir Terbuka Dunia, supaya naik dua tangga ke tangga #4 dalam ranking WISPA Januari 2005.

Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di dunia. Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut. Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga

5

Page 6: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

nombor 1 Dunia dalam sukan ini. Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada April 1983. Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis dan Terbuka Kuala Lumpur. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia. Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia. Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita. Beliau menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah Nicol turut menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge, Kejohanan Terbuka British Dunlop, Terbuka Hong Kong, Terbuka Pulau Pinang dan Terbuka Malaysia CIMB. Nicol mengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing terdekatnya, Rachael Grinham, dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit. Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit. Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di Sukan Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini. Pada bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan.

Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah. Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific buat kali ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan. Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas. Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari, diikuti dengan Terbuka KL di Malaysia, Terbuka British di England, Terbuka Seoul di Korea Selatan, Terbuka Malaysia, Masters Singapura Terbuka Belanda,Terbuka Dunia di England, Qatar Classic dan Terbuka Hong Kong. Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998, kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.

Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie

6

Page 7: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Grinham (Belanda) di tangga kedua ; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di tangga ketiga; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di tangga keempat. Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusingan akhir. Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA. Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat set.

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set. Sebulan kemudian, pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set. Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.

Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam sebulan. Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu. Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita. Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat. [ Nicol mengakhiri tahun ini dengan hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.

Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut. Wajahnya muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari. Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac; beliau memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya. 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu. Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008.

7

Page 8: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Nicol memenangi lima lagi kejuaraan jelajah sejak April, termasuklah menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij” pada 22 September. The World Open win was Nicol fifth thus equalling Sarah Fitz-Gerald's record for the most times World Open win. Pada bulan Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan komanwel di Dehli,Nicol menumpaskan Jenny Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas.

8

Page 9: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Pencapaian Nicol Ann David1999 Terbuka Remaja British – Juara di bawah 17 tahun, Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia - Juara Berkumpulan, Terbuka Remaja Jerman – Juara, Kejohanan Remaja Malaysia – Juara, Kejohanan Remaja Dunia – Juara, Terbuka Remaja Scotland – Juara di bawah 17 tahun, 1998 Terbuka Remaja British – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara Di bawah 17, Kejohanan Wanita Asia – Juara, Asian Junior Squash Grand Circuit Final – Juara di bawah 19 tahun, Sukan Asia – Pingat Emas, 1997 Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 15 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 17 tahun, 1996 Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara bawah 14 tahun 1995 Terbuka Remaja Scottich – Juara 14 tahun Lain-lain Anugerah Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001), Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005), Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.

2006 Kejohanan Asia - Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan 2005 Terbuka Kuala Lumpur Country View - Juara Perseorangan, Terbuka Sheika Al Saad Kuwait - Juara, Terbuka Squash Mamut Dutch - Juara, Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia– Juara, Terbuka Dunlop British - Juara, Terbuka Carol Weymuller – Juara, Kejohanan Dunia - Juara 2004 Terbuka MAS Kuala Lumpur – Peserta Akhir, Terbuka Wanita Malaysia – Peserta Akhir, Kejohanan Shanghai Wispa Worldstar – Peserta Akhir 2003 Kejohanan Dunia – Pemenang pingat perak 2002 Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan, Sukan Komenwel 2002 (Beregu) – Pemenang pingat perak Terbuka Kuwait - Juara perseorangan, Terbuka Belanda – Juara perseorangan, Terbuka Malaysia – Juara perseorangan 2001 Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia – Juara Berkumpulan, Kejohan Remaja Dunia – Juara 2000 Terbuka Finland – Juara Perseorangan, Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara, Finnish Open - Juara

   

9

Page 10: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

1999 Terbuka Remaja British – Juara di bawah 17 tahun, Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia - Juara Berkumpulan, Terbuka Remaja Jerman – Juara, Kejohanan Remaja Malaysia – Juara, Kejohanan Remaja Dunia – Juara, Terbuka Remaja Scotland – Juara di bawah 17 tahun, 1998 Terbuka Remaja British – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara Di bawah 17, Kejohanan Wanita Asia – Juara, Asian Junior Squash Grand Circuit Final – Juara di bawah 19 tahun, Sukan Asia – Pingat Emas, 1997 Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 15 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 17 tahun, 1996 Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara bawah 14 tahun 1995 Terbuka Remaja Scottich – Juara 14 tahun Lain-lain Anugerah Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001), Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005), Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.

10

Page 11: Tokoh Kebanggan Negara

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Rujukkan

1 . Internet

2 . Surat Khabar

3 . Majalah Sukan

11