skema jawapan bahagian a - laman bahasa melayu · pdf file– terdapat pelbagai daya...

17
SKEMA JAWAPAN Bahagian A Faktor-Faktor Yang Menjadikan Malaysia Sebagai Destinasi Pelacongan Yang Menarik Pendahuluan: industri pelancongan memberi sumbangan yang besar perkembangan ekonomi sesebuah negara Malaysia menerima kunjungan para pelancong dari seluruh negara terdapat pelbagai daya tarikan. Isi 1 : keadaan pantai yang bersih dan indah pantai yang memutih dan bersih udara yang nyaman pelbagai aktiviti laut boleh dijalankan banyak tempat menarik dan bersejarah bangunan tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi - pencakar langit yang disegani KLCC Menara Petronas di Bandar Raya Kuala Lumpur. Isi 2 : pelbagai kemudahan awam disediakan kemudahan pengangkutan rangkaian jalan raya yang baik para pelancong mudah bergerak dan selesa LRT, komuter, monorel. Isi 3 : terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama pelbagai perayaan disambut menggamit para pelancong luar datang ke Malaysia kerana kekayaan budaya di negara ini. Penutup: jumlah kedatangan para pelancong kian bertambah tanda baik merancakkan perkembangan ekonomi Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Bahagian B Soalan 1 : Diri Pelajar Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020. Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut. Pendahuluan: Remaja perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa akan datang - negara memerlukan tenaga kerja yang mahir tidak mahu bergantung kepada tenaga kerja asing - tenaga kerja diperlukan dalam pelbagai bidang - pertanian, perindustrian, pembuatan, perladangan dan sebagainya.

Upload: dangnhu

Post on 20-Feb-2018

338 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A

Faktor-Faktor Yang Menjadikan Malaysia Sebagai Destinasi Pelacongan Yang Menarik

Pendahuluan: industri pelancongan memberi sumbangan yang besar – perkembangan ekonomi sesebuah negara – Malaysia menerima kunjungan para pelancong dari seluruh negara – terdapat pelbagai daya tarikan. Isi 1 : keadaan pantai yang bersih dan indah – pantai yang memutih dan bersih – udara yang nyaman – pelbagai aktiviti laut boleh dijalankan – banyak tempat menarik dan bersejarah – bangunan tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi - pencakar langit yang disegani – KLCC – Menara Petronas di Bandar Raya Kuala Lumpur. Isi 2 : pelbagai kemudahan awam disediakan – kemudahan pengangkutan – rangkaian jalan raya yang baik – para pelancong mudah bergerak dan selesa – LRT, komuter, monorel. Isi 3 : terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama – pelbagai perayaan disambut – menggamit para pelancong luar datang ke Malaysia kerana kekayaan budaya di negara ini. Penutup: jumlah kedatangan para pelancong kian bertambah – tanda baik – merancakkan perkembangan ekonomi – Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal.

Bahagian B

Soalan 1 : Diri Pelajar

Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada

tahun 2020.

Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut.

Pendahuluan:

Remaja perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa akan datang - negara memerlukan tenaga kerja yang mahir – tidak mahu bergantung kepada tenaga kerja asing - tenaga kerja diperlukan dalam pelbagai bidang - pertanian, perindustrian, pembuatan, perladangan dan sebagainya.

Page 2: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

Isi-isi penting:

1. Peranan yang perlu dimainkan olehremaja – belajar bersungguh-sungguh supaya

Berjaya dalam bidang pelajaran- pelajaran dapat melahirkan remaja yang berdaya

saing- belajar dalam pelbagai lapangan

2. Belajar pelbagai kemahiran- melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian yang

menawarkan kursus-kursus kemahiran – Kolej Komuniti, Institut Kemahiran

Negara, Institut Kemahiran Mara dan sebagainya..

3. Bersiap sedia dengan ilmu kepimpinan – menjadi pemimpin yang berwibawa-

memastikan Negara terus berkembang dengan pesat - menghadiri seminar

motivasi dan belajar kepimpinan di sekolah- menjadi ketua dalam kegiatan

kurikulum dan kokurikulum.

4. Mempelajari sejarah Negara – menanamkan semangat cinta akan Negara dalam

diri – mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini

menghargai perjuangan mereka-berusaha agar penjajahan tidak berulang lagi.

5. Mempelajari ilmu agama- menjadi banteng diri - dapat menjauhi gejala yang tidak

baik – terlibat dengan penagihan dadah – bangkai bernyawa – musuh negara-boleh

menjejaskan nama baik negara.

Penutup:

Semua remaja perlu mempersiapkan diri untuk kemajuan diri sendiri - mereka

merupakan aset yang berharga kepada negara - remaja kini melambangkan negara

pada masa akan datang – Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara

Soalan 2 : Diri dan keluarga.

Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula

dari rumah.

Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.

Pendahuluan:

Setiap ibu bapa menginginkan keluarga bahagia-bebas daripada sebarang masalah –

pergaduhan – perceraian-keluarga bahagia menjamin kehidupan anak-anak yang aman

dan sejahtera.

Isi-isi penting:

1. Keluarga merupakan unit terkecil dalam sebuah masyarakat dan negara-ibu bapa

memberi pendidikan awal

2. Ibu bapa member kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak

Page 3: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

3. Ibu bapa memberikan perhatian secukupnya

4. Ibu bapa memberikan pendidikan agama dan moral

5. Mewujudkan keluarga bahagia

Penutup:

Setiap keluarga bertanggungjawab menjadikan sebuah rumah tangga yang bahagia-

kebahagiaan rumah tangga menjamin kehidupan masyarakat dan negara yang aman

sejahtera – Rumahku Syurgaku.

Soalan 3 : Diri dan Masyarakat.

Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam

keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama

merupakan amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara

kaum.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Pendahuluan:

Malaysia terkenal di arena antarabangsa sebagai sebuah negara yang penduduknya

terdiri daripada rakyat berbilang kaum - aman makmur dan sentosa- keunikan yang

sukar didapati di mana-mana negara lain di dunia

Isi-isi penting:

1. Sikap toleransi rakyat Malaysia yang berbilang kaum – bebas mengamalkan agama

dan kepercayaan masing-masing.

2. Amalan rumah terbuka dan mengunjungi rakan-rakan yang berlainan agama pada

hari-hari perayaan.

3. Sikap saling menghormati tanpa mengira bangsa dan keturunan.

4. Sikap saling bekerjasama seperti menjaga rumah jiran yang pulang ke kampung dan

bergotong-royong membersihkan taman perumahan.

Penutup:

Semangat perpaduan yang wujud ini harus dikekalkan supaya keamanan dan

keharmonian kaum dan masyarakat Malaysia berkekalan.

Page 4: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

Soalan4 : Negara dan Antarabangsa Ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat telah menyebabkan Malaysia

menjadi tumpuan pekerja asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana

untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Kesan-kesan

Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita.”

Tulis rencana itu selengkapnya

Pendahuluan:

Kepesatan perkembangan ekonomi Malaysia mewujudkan peluang pekerjaan yang

banyak – menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan

Isi-isipenting:

Isi 1: Penglibatan pekerja asing dapat membantu menampung kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu – kebanyakan pekerja asing terlibat dalam sektor yang memerlukan tenaga kudrat atau kategori yang dianggap kotor, bahaya dan sukar dan tidak diminati oleh rakyat tempatan –kebanyakannya mereka terlibat dalam enam sektor, iaitu pembuatan, perladangan, pembantu rumah, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian – tanpa sumbangan buruh asing, terutamanya dalam sektor-sektor ini, ekonomi Negara tidak dapat berkembang dengan cepat.

Isi 2: dapat mengurangkan tekanan kenaikan kadar upah akibat kekurangan tenaga buruh- firma-firma di negara kita dapat mengurangkan tekanankenaikan kadar upah akibat kekurangan tenaga buruh - permintaan terhadap buruh dapat ditampung oleh penawaran buruh di pasaran - jika tidak kerana kemasukan pekerja asing, firma-firma terpaksa membayar kadar upah yang lebih tinggi kepada buruh tempatan dan tidak dapat memenuhi keperluan mereka sehingga firma-firma tidak akan dapat memaksimumkan pengeluaran dan keuntungan mereka. Isi 3: keselamatan sosial kita terancam- ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka - mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terus melakukan jenayah di sini - kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa.

Page 5: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

Isi 4: menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan - sikap majikan di negara gemar mengupah pekerja asing - kadar upah murah - sikap tidak memilih pekerjaan - hidup penduduk tempatan tersepit - kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan - Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan - kadar pengangguran semakin meningkat Isi 5: peningkatan jenayah - tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan – kos sara hidup semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global - pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain

Isi 6: kesan ekonomi – pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan - merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini - sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita - proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah - akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita. Penutup

Kita mengalu-alukan kemasukan warga asing untuk merancakkan ekonomi Negara

tetapi kerajaan perlu memastikan kemasukan mereka mempunyai niat yang betul.

Soalan 5 : Unsur Sastera

Ibu anda menghadiahkan sebuah novel sempena ulang tahun kelahiran anda.

Ulaskan keistimewaan novel tersebut.

Pendahuluan:

Ibu menghadiahi saya sebuah novel yang sangat menarik sempena ulang tahun kelahiran saya. Novel itu berjudul “Retak” karya Mohad Salleh Rahman.

Isi-isi penting:

1. Saiz buku agak kecil berbanding buku-buku yang lain. Walaupun tebal sedikit, tetapi

buku bersaiz sedemikian sesuai dimasukkan kedalam beg kecil dan mudah dibawa.

2. Ilustrasi pada kulit buku sangat menarik. Selain memaparkan gambar ahli sukan

yang saya minati, warna yang dipilih juga amat menarik.

3. Plot cerita sangat menarik. Pengarang menggunakan pendekatan pencerita serba

tahu. Pengarang memulakan cerita tentang keadaan keluarga watak utama yang

miskin dan amat daif.

Page 6: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

4. Terdapat banyak kejutan dalam novel ini. Kejutan paling mendebarkan apabila Wan

selaku watak utama tertinggal hamper seratus meter dalam acara lari 1500 meter.

Tetapi akhirnya memenangi perlumbaan tersebut.

5. Penulis menggunakan laras sukan untuk menarik minat pembaca yang meminati

sukan. Setiap kali membaca satu ayat, saya akan berminat untuk membaca ayat

yang seterusnya.

Penutup:

Kesimpulannya, novel ini perlu dibaca oleh semua orang, terutamanya remaja yang terlibat dalam aktiviti sukan. Penulis menggarap cerita membuatkan kita seolah-olah berada dalam keadaan sebenar.

Page 7: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

Markah penuh: 110 markah

Soalan 1: Rumusan

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [ 20 markah]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan :

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan

nama khas

perkataan berulang / kata ganda

penggunaan kata sendi di dan ke ( di sini / ke sana)

tarikh

angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu

diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja

Bahagian Markah Markah

Pendahuluan 2

Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20

Page 8: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk pada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah

Isi

Markah

Bahasa Huraian

Baik 18 – 20

15 - 17

9 – 10

7 - 9

Kesinambungan isi baik

Struktur ayat/tatabahasa baik

Kosa kata luas

Tanda bacaan / ejaan betul

Sederhana 12 – 14

8 - 11

6 – 7

4 - 6

Kesinambungan isi masih baik

Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan

Kosa kata masih memuaskan

Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan

Lemah 1 - 7 1 - 4 Keseluruhan serba kekurangan/tidak memuaskan

Nota:

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat, perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah

perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan markah tidak dipotong

Page 9: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

SKEMA JAWAPAN

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan kebaikan bersukan [0 markah]

Petikan menerangkan manfaat/kelebihan/kepentingan bersukan [1 markah]

Petikan menerangkan manfaat/kelebihan/kepentingan bersukan kepada masyarakat/pelajar /individu

[2markah]

Isi Tersurat: (4 hingga 12 markah)

1. dapat menjamin kesihatan seseorang. [2 markah]

2. dapat membantu murid menumpukan perhatian dalam pelajaran [2 markah]

3. dapat meningkatkan daya tumpuan apabila melakukan sesuatu aktiviti [2 markah]

4. mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah [2 markah]

5. mencegah daripada penyakit [2 markah]

6. dapat memupuk integrasi kaum [2 markah]

7. dapat mengeratkan tali silaturahim [2 markah]

8. mengurangkan stres dan merehatkan minda [2 markah]

9. meningkatkan daya ingatan [2 markah]

Isi Tersirat: (4 hingga 12 markah)

1. memberi ganjaran yang setimpal kepada atlet sukan yang berjaya pada peringkat antarabangsa

atau kebangsaan/memberi hadiah/kewangan [2 markah]

2. pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan [2 markah]

3. menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara kita [2 markah]

4. pengambilan jurulatih berpengalaman / luar Negara [2 markah]

5. persatuan-persatuan sukan berkerjasama memajukan sukan negara [2 markah]

6. program pembangunan atlet diperbaiki dan diberi nafas baru [2 markah]

7. mendedahkan atlet negara ke kejohanan antarabangsa secara kerap [2 markah]

( Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai )

Penutup: (Cadangan + Kesan)

Kesimpulannya, aktiviti bersukan hendaklah diteruskan agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan

ceria [2 markah]

Not: Jika ayat di dalam petikan diambil terus sebagai kesimpulan – [0 markah]

Jika ada isi tersurat di dalam kesimpulan – terima sebagai isi tersurat sekiranya belum ditulis

Page 10: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 2

Markah penuh 35 dibahagikan kepada

Soalan 2 (a) - 9 markah

Soalan 2 (b) - 9 markah

Soalan 2 (c) - 8 markah

Soalan 2 (d) - 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan tepat/betul, berikan separuh (50%) daripada

markah yang diperuntukkan sahaja.

4. Kesalahan bahasa dan ejaan/struktur hendaklah ditolak ½ markah yang diperoleh daripada

setiap soalan.

5. Jawapan bagi Soalan 2 (b), 2 (c), dan Soalan 2 (d) mestilah berdasarkan teks Komponen

Kesusasteraan Melayu yang ditetapkan.

Soalan 2 (a): Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata masa senggang

- Waktu / ketika lapang (2m)

- Waktu / ketika tidak sibuk (2m)

- Waktu / ketika terluang (2m)

- Masa lapang/tidak sibuk/terluang (1m)

- Waktu/ Ketika senggang (1m)

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Badan jadi segar dan cergas

- Kandungan air dan garam yang berlebihan akan dikeluarkan

- Toksin yang berbahaya akan dikeluarkan dari badan

- Hormon endokrin akan dikeluarkan atau diseimbangkan

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Peranan ibu bapa

- Memberi motivasi,tunjuk ajar atau sokongan padu untuk menyertai aktiviti sukan

- Menghantar anak-anak ke persatuan sukan atau kelab sukan sejak kecil

- Membeli peralatan sukan untuk kegunaan anak-anak

- Membeli majalah sukan yang diminati oleh anak-anak

- Menggalakkan anak-anak terlibat secara aktif kegiatan kokurikulum sekolah

- Memberi hadiah galakkan kepada anak yang telah menempah kejayaan dalam sukan

(terima mana-mana jawapan yang sesuai tetapi cuma libatkan ibu bapa sahaja)

[Maksimum: 4 markah]

Page 11: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen

(i) Justifikasi yang diberikan oleh Mak Tua ialah:

- Mereka bukan sengaja mahu merosakkan hutan

- Mereka cuma mencari makan

- Mereka tidak harus menolak rezeki pemberian Tuhan

- Usaha merosakkan hutan tidak sia-sia kerana mereka mampu membesarkan dan

menyekolahkan anak-anak ke tahap yang paling tinggi tanpa bantuan sesiapa

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Usaha yang boleh dilakukan ialah:

- Menjalankan kegiatan penebangan hutan yang terkawal

- Mengazetkan kawasan-kawasan hutan tertentu sebagai hutan simpan

- Melancarkan kempen kesedaran untuk memberitahu penduduk bahawa pembangunan yang

pesat tanpa pemuliharaan dan pemeliharaan akan membawa musibah kepada manusia.

[Maksimum: 3markah]

(iii) Latar masyarakat terdapat dalam petikan:

- masyarakat pembalak yang merosakkan hutan- Pak Tua yang bekerja sebagai pembalak yang

memusnahkan hutan warisan alam

Latar masyarakat terdapat dalam keseluruhan cerpen:

- masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan petempatan - Pak Tua

yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka

sebagai kawasan pelancongan.

[Maksimum: 4markah]

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Klasik

(i) Maksud merosakkan kalbu

- Menghancurkan perasaan/emosi/naluri/jiwa

[Maksimum: 2markah] (ii) Cara memujuk

- Menggunakan kata-kata manis

- Menganggap Tuan Puteri adalah nyawanya

- Menasihati Tuan Puteri supaya berhenti menangis kerana banyak menangis boleh

menyebabkan mata menjadi kabur dan suara pula menjadi parau

[Maksimum: 3markah]

(iii) Sebab memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi

- Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ialah kekasih hatinya

- Tuan Puteri memerlukan seseorang untuk mententeramkan hatinya yang sedih

- Raja Indera Bumaya telah menceroboh kediaman Tuan Puteri

[Maksimum: 3 markah]

Page 12: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 2 (d): Petikan Sajak

(i) Sebab si tua tersenyum mesra

- Si tua tersenyum mesra melihat pasangan teruna dan dara yang sama padan duduk bersanding

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Cara memastikan remaja tidak mudah dipengaruhi oleh kesan negatif akibat perubahan

zaman

- Remaja hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama sebagai panduan untuk mengekang

mereka daripada melakukan perkara yang melanggar norma-norma hidup.

- Remaja perlu mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat

ketimuran.

- Remaja hendaklah bijak memilih kawan agar tidak dipengaruhi oleh rakan yang bersikap

negatif serta terhindar daripada pergaulan bebas.

- Remaja perlu memenuhkan telaga hati dan sungai minda dengan ilmu yang bermanfaat

[Maksimum: 4 markah]

(iii) Persoalan yang terdapat dalam sajak

- Adat ketimuran yang tinggi nilainya.

- Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda.

- Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda.

- Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negative

[Maksimum: 3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3 (a) - 6 markah

Soalan 3 (b) - 6 markah

Soalan 3 (c) - 6 markah

Soalan 3 (d) - 6 markah

Soalan 3 (e) - 6 markah

Perhatian bagi Soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada setiap ayat

3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa/kata nama khas, berikan 0 markah

4. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah

5. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat

6. Jika membina dua ayat daripada satu perkataan yang diuji, berikan 0 markah

7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya

9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah

10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah

Page 13: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

(a) Membina ayat

(i) Mendukung

membawa kanak-kanak kecil sama ada bercelapak pada pinggang (atau di

belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah

tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya

menggendong

memikul atau menyokong dan berusahauntuk menjayakan (memperkukuh,

menegakkan)

Contoh Ayat:

- Pelakon terkenal yang mendukung watak sebagai anak hartawan telah berjaya menghidupkan

drama itu.

- Ketika melintas jalan, kakak mendukung adik sambil memegang beg tangan.

(ii) Celik

terbuka

sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan)

boleh melihat, tidak buta

kenal akan yang benar (betul)

Contoh Ayat:

- Matanya celik setelah dipanggil ibu dengan suara yang lembut.

- Kanak-kanak prasekolah perlu celik huruf sebelum melangkah masuk ke sekolah rendah.

(iii) Sempit

tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian)

cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll)

tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus

sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll)

Contoh Ayat:

- Barang-barang yang diberi oleh kakak tidak dapat saya simpan di bilik yang sempit itu.

- Masyarakat di kampung itu berfikiran sempit sehingga tidak menerima pembangunan yang

ditawarkan kerajaan negeri.

(b) Menukarkan Cakap Ajuk - Cakap Pindah

(i) Polis bertanyakan Jaafar barang-barangnya yang hilang.

(ii) Jaafar memberitahu bahawa dia kehilangan komputer riba dan seutas tangan jenama

Rolex.

(iii) Polis menanyakan pula cara pencuri memecah masuk ke rumah Jaafar.

(iv) Jaafar memberitahu polis bahawa pencuri itu memecah masuk melalui tingkap setelah

tidak berjaya mengumpil pintu hadapan rumahnya.

(v) Polis memaklumkan kepada Jaafar bahawa pencuri tersebut juga telah memecah masuk

sebuah rumah pada hari semalam dan mereka akan menjalankan siasatan.

(vi) Jaafar mengucapkan terima kasih dan berharap pencuri tersebut akan ditangkap.

Page 14: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

Salah Betul (i) berhabis menghabiskan

snooker snuker

(ii) memuflis memufliskan

prodaktiviti produktiviti

(iii) mengembeleng menggembleng

penghidupan kehidupan

(d) Kesalahan Kata/Istilah dan Tatabahasa

Salah Betul (i) Selain daripada kurangnya Selain kurangnya

kehilangan keruntuhan

(ii) di masa pada masa

terang-benderang terang-terangan

(iii) Senarai nama peserta-peserta Senarai nama peserta

ekstradisi ekspedisi

(e) Peribahasa

(i) Alah membeli, menang memakai

(ii) Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

(iii) Bagai mencurah air ke daun keladi. / Telinga kuali

Soalan 4 : Novel

Soalan (a) – Peristiwa menarik dalam novel

Novel Melunas Rindu

1. Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin, iaitu jiran

Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan

berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.

Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui

cerita yang seterusnya.

2. Peristiwa Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama

Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah

Lias.

Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar

Fuad.

3. Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Mariana dirawat di

Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di

hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) ialah ibu kandungnya yang dicari

selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) ialah ibu Farhana. Farhana

gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya ialah adik kandungnya sendiri.

Page 15: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad

dan Farhana yang baru mula ingin bercinta.Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.

Novel Kabus di Perbukitan

1. Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam

sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah

memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu.

Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia.

Peristiwa ini menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahayu yang

masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.

2. Peristiwa Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New Zealand.

Pertemuan itu menguatkan lagi keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga

berasal dari Sungai Besar, Selangor.

3. Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya,

Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas

kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.

(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Soalan 2 (b) – set 4

Novel Melunas Rindu

Farhana

- bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya.

- berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara dan berumur

dua puluh empat tahun.

- bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia serta diamanahkan

sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam

menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

- seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. Dia juga seorang yang

nakal dan lincah.

- seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah

ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh Cikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu

anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

- seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik -adiknya. Di samping itu, dia

juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad.Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi

perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.

- seorang yang tegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar

dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.

- seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu

Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

- Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang

sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya

Page 16: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima

kenyataan itu pada peringkat awalnya

Mariana

- Ibu Fuad dan Farhana

- Isteri kepada Robert Lim / Roslan dan Fakhruddin.

- Gila meroyan akibat ditinggalkan oleh Roslan setelah berkahwin tiga bulan.

- Setelah pulih, berkahwin dengan Fakhruddin dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

- Menghidap sakit lelah.

- Walaupun berpisah dengan Abdul Halim/Joshua/Fuad sejak kecil, beliau tidak pernah melupakan

anaknya dan merupakan ibu yang penyayang.

Pak Ismail

- Suami Mak Salmah

- Bapa angkat Fuad dan Sofea

- Pembimbing Fuad dalam hal agama

- Bekas pekerja Robert Lim

- Bapa angkat kepada anak Robert Lim dan Susan, iaitu Sofea

- Seorang suami yang penyayang. Pak Ismail menjaga Mak Salmah yang sakit akibat kematian

anak mereka Sofia.

- Tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di surau.

- Seorang bapa angkat yang amat bertanggungjawab. Dia membimbing Fuad mendalami bacaan

Al-Quran dan amalan hidup Islam.

- Mengajar Fuad membaca Al quran selepas solat Maghrib di surau.

- Pak Ismail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik setelah Robert Lim menerangkan

tujuan kedatangannya pada suatu malam. Robert Lim dipelawa naik ke rumahnya dan Pak Ismail

bersama-sama Robert Lim dan Chin ke Kuantan untuk mengesahkan cerita Fuad tentang

Mariana.

Mak Salmah

- Isteri Pak Ismail

- Ibu angkat kepada Sofia

- Menjaga makan minum Fuad dengan baik walaupun masih marah akan tindakan Fuad melarikan

Sofia dari jagaannya.

- Mak Salmah amat menyayangi Sofia sehingga jatuh sakit selama sebulan selepas kematian Sofia

- Mak Salmah tidak membantah tindakan Pak Ismail membenarkan Fuad tinggal bersama-sama

mereka waaupun dia amat marah akan perbuatan Fuad melarikan Sofia.

- Mak Salmah menunaikan kewajipan bersolat dengan tekun. Ketika Fuad sampai ke rumah pada

waktu Maghrib, Mak Salmah baru sahaja selesai solat Maghrib.

- Mak Salmah menunaikan umrah bersama-sama Pak Ismail, Mariana dan Fuad di Mekah.

Novel Kabus di Perbukitan

Rahayu

- Merupakan adik kembar kepada Faridah.

- Dia menghidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap “lembik”.

- Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.

- Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar

sebagai “ulat buku” oleh Azrul.

Page 17: SKEMA JAWAPAN Bahagian A - LAMAN BAHASA MELAYU · PDF file– terdapat pelbagai daya tarikan. ... mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini ... terdiri

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching[Lihat halaman sebelah

SULIT

- Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur

sekiranya tiada kuliah.

- Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri,

hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.

Azrul

- Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.

- Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja

penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan

kepada murid tentang alam sekitar.

- Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya dan

sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.

- Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk

makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.

- Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang

penternakan hasil usaha gigihnya itu.

- Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne

rosak.

- Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi

terhadap Puan Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.

- Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.

Salmah

- Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.

- Isteri pertama kepada Kamarudin.

- Usianya menjangkau 50 tahun.

- Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke

hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.

- Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.

- Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.

- Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap

menyayangi Rahayu.

(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Huraian tanpa pernyataan [0 markah]

Pernyataan sahaja [1 markah]

Pernyataan dan huraian kurang lengkap [2 markah]

Pernyataan dan huraian lengkap [3 markah]