berita arkib negara malaysia april-jun bil. asean ... bil.2 2010.pdf · berita arkib negara...

12
K UALA LUMPUR, 25 April 2010 - Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Bengkel ASEAN Emergency Response and Recovery Team For Records di Bangunan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV), Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta. Bengkel yang berlangsung dari 25 – 30 April ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Bengkel ini diadakan sebagai usaha awal untuk menubuhkan sebuah Pasukan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod di ASEAN yang lengkap dengan ilmu dan kepakaran yang diperlukan. Selain itu, bengkel ini turut menyediakan Direktori Pasukan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod di ASEAN, membangunkan Prosedur Operasi Piawai bagi Pasukan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod serta membangunkan Pelan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod. Seramai 38 orang peserta dari serata negara ASEAN telah mengikuti bengkel. Seramai 25 orang terdiri daripada peserta tempatan manakala selebihnya daripada negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Brunei dan Thailand. Secara keseluruhannya, peserta-peserta yang hadir merupakan Pegawai Arkib (Archivist) dan Ahli Pemulihara (Conservators). bersambung ke ms 4.. YBhg. Datuk Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) diperkenalkan kepada para peserta bengkel oleh YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (paling kiri). Turut kelihatan YBhg. Dato’ Mohammad Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK (dua dari kiri). Wawancara Bersama TKP (Penyelidikan) Irama Melayu Mewadah Warisan Bangsa Pelancaran Buku Braille Jalur Gemilang Dan Rukun Negara Mengenang Tun Tan Cheng Lock ASEAN Emergency Response and Recovery Team For Records mendapat sambutan penyertaan rantau ASEAN Norazme Mohd Nor ISSN 2180-3323 Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. 2/2010. www.arkib.gov.my

Upload: vuongduong

Post on 10-Mar-2018

293 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

1

KUALA LUMPUR, 25 April 2010 - Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Bengkel ASEAN Emergency Response and Recovery Team For Records di Bangunan Pusat

Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV), Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta. Bengkel yang berlangsung dari 25 – 30 April ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Bengkel ini diadakan sebagai usaha awal untuk menubuhkan sebuah Pasukan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod di ASEAN yang lengkap dengan ilmu dan kepakaran yang diperlukan. Selain itu, bengkel ini turut menyediakan Direktori Pasukan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod di ASEAN, membangunkan Prosedur Operasi Piawai bagi Pasukan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod serta membangunkan Pelan Tindakan dan Pemuliharaan Bencana bagi rekod.

Seramai 38 orang peserta dari serata negara ASEAN telah mengikuti bengkel. Seramai 25 orang terdiri daripada peserta tempatan manakala selebihnya daripada negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Brunei dan Thailand. Secara keseluruhannya, peserta-peserta yang hadir merupakan Pegawai Arkib (Archivist) dan Ahli Pemulihara (Conservators).

bersambung ke ms 4..

YBhg. Datuk Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Malaysia (KPKK) diperkenalkan kepada para peserta bengkel oleh YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua

Pengarah Arkib Negara Malaysia (paling kiri). Turut kelihatan YBhg. Dato’ Mohammad Mohd Daud, Timbalan

Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK (dua dari kiri).

Wawancara Bersama TKP (Penyelidikan)

Irama Melayu Mewadah Warisan Bangsa

Pelancaran Buku Braille Jalur Gemilang Dan Rukun Negara

Mengenang Tun Tan Cheng Lock

ASEAN Emergency Response and Recovery Team For Records mendapat sambutan penyertaan rantau ASEAN Norazme Mohd Nor

ISSN 2180-3323 Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. 2/2010. www.arkib.gov.my

Page 2: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

Perutusan Ketua PengarahYAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji

Abdul Razak telah menegaskan komitmen bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi serta berpaksikan keutamaan kepada rakyat melalui konsep 1Malaysia. Sehubungan itu setiap warga Arkib perlu memastikan konsep tersebut yang menjadi agenda pentadbiran kerajaan masa kini dalam memacu negara mencapai matlamat RMKe-10, Wawasan 2020 dan Misi Nasional direalisasikan.

Selari dengan tuntutan globalisasi, Perkhidmatan Awam pada hari ini juga telah mengalami banyak perubahan dan dalam menyesuaikan diri dengan kehendak perubahan tersebut adalah perlu untuk Arkib Negara sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat. Selain terus memastikan kewujudannya sentiasa relevan kepada masyarakat serta mampu melaksanakan peranannya sesuai kehendak masyarakat yang sentiasa berubah.

Untuk merealisasikan hasrat tersebut, saya sentiasa menyeru kepada setiap warga Arkib untuk lebih responsif, berani berubah, cekap dalam melaksanakan tugas dan sentiasa peka dengan perubahan semasa. Adalah penting untuk Arkib Negara bergerak sejajar dengan perkembangan dan hala tuju strategik kerajaan masa kini. Setiap kita perlu memantapkan daya saing dan keupayaan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan. Saya percaya, melalui sumber manusia yang kompeten, segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh Arkib Negara akan dapat ditangani. Dalam hal ini, setiap warga Arkib perlu mengamalkan tahap disiplin yang tinggi, mempunyai kredibiliti, berinovasi dan mempunyai kemantapan nilai dan etika sewaktu menjalankan tugas.

Memasuki separuh tahun bagi tahun 2010, pelbagai program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan melibatkan kerja-kerja ikhtisas jabatan seperti pengurusan rekod, kerja-kerja penyelidikan dan pelaksanaan program pengembangan. Dalam memastikan rekod-rekod kerajaan yang merupakan dokumen bukti dan sumber maklumat dapat diuruskan secara sistematik dan teratur, jabatan ini telah memulakan pelaksanaan Audit Pengurusan Rekod melibatkan jabatan dan agensi Kerajaan. Pengauditan rekod ini

dilaksanakan sebagai satu pendekatan dan kaedah baru yang lebih tegas dan strategik dalam memastikan jabatan dan agensi kerajaan menguruskan rekod mereka dengan betul.

Bagi program pengembangan, Arkib Negara telah melaksanakan siri Program Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh negarawan seperti YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak dan

Tun Tan Cheng Lock. Sepanjang program berlangsung pelbagai acara sampingan diadakan seperti kuiz, bicara tokoh, pelancaran buku, pameran, jualan buku serta acara-acara sukan melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Kita merasa bertuah kerana bukan sahaja mendapat sokongan daripada pihak KPKK malah telah berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta mengambil bahagian dan memeriahkan acara yang dianjurkan. Ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan dan fungsi Arkib Negara. Justeru itu, adalah perlu untuk Arkib Negara sentiasa memastikan rakyat dilibatkan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan selaras dengan konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Oleh itu, untuk meneruskan kesinambungan tugas dan peranan Arkib Negara saya berharap semua warga Arkib dapat terus berganding bahu dan bekerja sama sebagai satu pasukan bagi menjayakan visi dan misi Jabatan. Budaya kerja yang baik dan beretika seperti ketepatan masa, ketelitian dalam melaksanakan tugas, pantas membuat keputusan dan dalam mengambil tindakan perlu diteruskan dan dijadikan amalan. Dengan pendekatan kerja seumpama ini saya percaya kita akan dapat menghasilkan outcome dan hasil mutu kerja yang berkualiti dan cemerlang.

“Teliti, Pasti, Jangka”

Selamat maju jaya

DATO’ HAJI SIDEK BIN HAJI JAMIL

PUSPAWANGSAPuspawangsa ialah dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit yang sangat popular digunakan dalam kesusasteraan Melayu lama. Puspa

membawa dua erti berlainan iaitu bunga dan mahkota. Perkataan wangsa pula bermaksud bangsa, kaum, masyarakat atau keluarga.

Perkataan Puspawangsa kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia merupakan istilah keramat dan ikon kepada fungsi Jabatan. Bersesuaian dengan maksud perkataan puspawangsa dan falsafahnya, ianya boleh dirujuk sebagai bunga mahupun mahkota kepada bangsa. Perkataan puspawangsa juga digunakan

sebagai tajuk lagu rasmi jabatan ini.

Sidang Redaksi Pihak Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk artikel/cadangan/komen dari seluruh warga Arkib. Sila e-mel kepada [email protected]

PenasihatYBrs. Pn. Hjh. Daresah Hj. IsmailTimbalan Ketua PengarahPenyelidikan dan Pengembangan

Ketua PengarangPn. Nor Zahriah Md. RazallyPengarahBahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi

PengarangPn. Zainab Rahmat Seksyen Penerbitan dan Percetakan

En. Nurul Azizi Shafie Seksyen Penyelidikan Khas Negara

Pn. Suzana Md. Isa Seksyen Pelupusan

Pn Saudah Ab. ManafSeksyen Inspektorat

En. Mohd Ariffin Santol Seksyen Rujukan Akses

Pn. Noriah Mohd Nor Seksyen Perolehan

Cik Shahida Mohd Salleh Seksyen Pengurusan Arkib Negarawan

En. Mohd Salleh Abdul ManafSeksyen Teknologi Maklumat

Rekabentuk dan Susun AturPn. Siti Kamaliah Madil En. Mohd Ridzwan SubohSeksyen Penerbitan dan Percetakan

JurufotoEn. Hasnan Boslam En. Suhaimi Ramli En. Mahadir Khidir Mohamed (Seksyen Arkib Pandang Dengar)

2

Page 3: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

3

Koleksi Surat Persendirian dan KeunikannyaNurul Azizi Shafie dan Suzana Md. Isa

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2010 – Kumpulan Surat-surat Persendirian

merupakan sebahagian daripada bahan-bahan sejarah negara yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia (ANM). Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), YBrs Hajah Daresah bt Ismail, usaha pengumpulan surat-surat persendirian dilakukan secara berterusan dari tahun ke tahun untuk menambah koleksi bahan di Arkib Negara.

Aktiviti pengumpulan Surat Persendirian telah dimulakan oleh ANM sejak tahun 1958 bagi melengkapkan bahan-bahan sejarah negara. Sehingga kini terdapat sebanyak 450 koleksi Surat Persendirian tersimpan di ANM. Koleksi tokoh yang pertama adalah Surat Persendirian Aminudin Baki (SP) 1. Manakala bahan terawal yang terdapat dalam koleksi Surat Persendirian ialah dari SP Sir Thomas Stamford Brigley Raffles (SP 22) iaitu bertulisan Jawi dari Sultan Ahmad Tajudin, Sultan Kedah kepada Stamford Raffles mengenai permohonan bantuan untuk menghantar ufti kepada kerajaan Siam dan juga penyataan kekecewaan Sultan Kedah kerana tidak dapat bertemu dengan Stamford Raffles semasa baginda ke Pulau Pinang.

Ditanya mengenai kaedah perolehan surat-surat persendirian ini, beliau menjelaskan bahawa usaha pengesanan dilakukan melalui pelbagai sumber seperti temubual, pengesanan atau pemberitahuan daripada orang ramai, internet atau surat khabar. Tujuan pengumpulan surat-surat persendirian ini adalah untuk memudahkan rujukan oleh generasi yang akan datang untuk membuat penyelidikan mengenai

ketokohan dan sumbangan seseorang tokoh. Walau bagaimanapun, dalam usaha mendapatkan surat-surat persendirian ini, mungkin tidak semua bahan akan dapat diperolehi daripada seseorang tokoh dalam satu-satu masa kerana ianya bergantung kepada kesediaan tokoh atau waris bahan-bahan tersebut untuk menyerahkannya kepada ANM. Arkib Negara juga tidak berupaya mengawal atau menghalang sekiranya seseorang tokoh atau waris ingin menyimpan sendiri atau menyerahkan bahan-bahan yang ada di dalam simpanannya kepada mana-mana pihak sama ada di dalam atau di luar negeri.

Menurut beliau lagi, adalah menjadi satu kerugian kepada negara terutama kepada penyelidik tempatan yang ingin mendapatkan bahan-bahan tersebut untuk dirujuk sekiranya surat-surat persendirian tersebut disimpan di luar negara. Dan alangkah baiknya jika koleksi surat-surat persendirian yang ada kaitan dengan Malaysia ini dapat disimpan di mana-mana institusi dalam negara bagi memudahkan rujukan di samping menambah koleksi simpanan surat-surat persendirian sedia ada.

Peranan Arkib Negara sebagai penyimpan khazanah warisan negara semakin dikenali di dalam dan di luar negara. Ini terbukti melalui program yang dijalankan oleh British Broadcasting Corporation (BBC) yang membuat penggambaran di Arkib Negara pada 1 Julai 2010 untuk siri dokumentari realiti Who Do You Think You Are? dimana selebriti yang terlibat telah menjalankan penyelidikan di Arkib Negara untuk menyelidiki dan menjejaki sejarah perkhidmatan dan

kematian datuknya di Tanah Melayu. Maklumat mengenai datuknya dalam bentuk fail telah dikenalpasti berada dalam simpanan Arkib Negara Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahan-bahan tersebut disimpan dan dipelihara dengan selamat di sini dan dapat dirujuk apabila diperlukan.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau

menegaskan bahawa usaha pengumpulan surat-

surat persendirian perlu diteruskan dengan lebih giat lagi dan tidak boleh

berpuas hati dengan kaedah perolehan yang dijalankan

selama ini sahaja. Arkib Negara perlu proaktif, peka

dan agresif dalam usaha mendapatkan surat-surat

persendirian.

Di samping itu, Arkib Negara juga memohon supaya mana-mana individu yang mempunyai koleksi surat-surat persendirian bernilai sejarah untuk menyumbangkan bahan-bahan tersebut bagi menambahkayakan koleksi surat-surat persendirian di Arkib Negara untuk tatapan generasi yang akan datang.

Sesi wawancara bersama Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pengembangan) yang diadakan di pejabat beliau oleh Sidang Redaksi, Encik Nurul Azizi Shafie dan Puan Suzana Md. Isa.

Page 4: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

Emergency Response and Recovery Team For Records mendapat sambutan penyertaan rantau ASEAN sambung dari ms 1

Peserta-peserta Malaysia pula terdiri daripada penjawat-penjawat awam yang mewakili sembilan (9) organisasi iaitu Arkib Negara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, MAMPU, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Warisan, dan Muzium Tentera. Seorang peserta dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dilantik sebagai pemerhati.

Fasilitator bengkel terdiri daripada dua (2) orang ahli pemulihara (conservator) profesional daripada organisasi Preservation Australia. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang pemuliharaan bahan-bahan berasaskan kertas dan tekstil.

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

4

Fasilitator pertama ialah Puan Kay Soderland. Beliau telah bertugas sebagai ahli pemulihara lebih daripada 25 tahun di beberapa buah institusi muzium dan perpustakaan di Australia. Beliau mempunyai kelayakan akademik Bachelor of Applied Science in the Conservation of Cultural Material daripada Universiti Canberra, Australia. Fasilitator kedua ialah Cik Tegan Anthes. Beliau telah bertugas sebagai ahli pemulihara semenjak tahun 1996 lagi di Perpustakaan Negeri New South Wales, Australia. Beliau mempunyai kelayakan akademik Bachelor of Applied Science in the Conservation of Cultural Material daripada Universiti Canberra, Australia.

Para peserta bengkel mengikuti sesi ceramah di Bilik Latihan PPPAV, Arkib Negara Malaysia pada 26 April 2010.

Para peserta menjalani latihan amali menyelamatkan rekod yang rosak sambil ditunjuk ajar oleh fasilitator bengkel, puan Kay Soderland (paling kiri) dari Australia.

Encik Ruslan Abd. Hamid

sedang menunjukkan kaedah

baik pulih rekod secara

tradisional kepada para

peserta bengkel di Seksyen

Pemeliharaan dan Reprografi,

Arkib Negara Malaysia.

Page 5: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

Lawatan Delegasi Singapura Saudah Ab. Manaf

Kuala Lumpur, 6 Mei 2010 - Arkib Negara Malaysia telah menerima lawatan delegasi dari Singapura seramai empat

(4) orang. Lawatan selama 2 hari ini bertujuan untuk melihat mengenai kemudahan yang ada di Arkib Negara Malaysia. Antara seksyen yang dilawati pada 6 Mei 2010 adalah Seksyen Pemuliharaan dan Reprografi (PRG), Seksyen Pandang Dengar (APD), Seksyen Reposotori. Lawatan para delegasi bersambung pada 7 Mei 2010 di Arkib Negarawan seperti Pustaka Peringatan P.Ramlee, Memorial Tun Abdul Rahman, Memorial Tun Hussein Onn dan Memorial Tun Abdul Razak. Lawatan delegasi berakhir pada pukul 5.00 petang 7 Mei 2010.

Encik Hamdan Syed Hassan sedang menunjukkan teknik jahitan buku kepada para delegasi dari Singapura di Seksyen

Pemeliharaan dan Reprografi sempena lawatan mereka ke Arkib Negara Malaysia pada 6 Mei 2010.

Moscow, 15 Mac 2010 - Arkib Negara Malaysia telah mengadakan

Program Pengurusan Rekod di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Persekutuan Rusia. Program pengurusan rekod yang berlangsung dari 15-19 Mac 2010 ini merupakan tindakan susulan kepada permohonan dari Duta Besar, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow yang memohon agar Arkib Negara Malaysia membuat penilaian ke atas dokumen-dokumen asal yang terdapat di pejabat mereka.

Selain menguatkuasakan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), program ini juga membantu mengumpul bahan sejarah/rekod awam yang bernilai kekal yang terdapat di pejabat-pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. Ini secara tidak langsung dapat menambahkayakan koleksi bahan Arkib Negara Malaysia di samping membuka ruang dan menyediakan rangkaian serta ‘platform’ bagi kerjasama berterusan dengan Kedutaan/Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara dari segi perolehan dan pengumpulan rekod-rekod.

Program selama 4 hari ini telah dilaksanakan oleh dua orang Pegawai Arkib daripada Seksyen Pelupusan Rekod iaitu Encik Jaafar Sidek Abdul Rahman dan Puan Suzana Md Isa dengan kerjasama pihak Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Persekutuan Rusia. Program yang diadakan meliputi aktiviti taklimat pengurusan rekod, pengasingan, penyusunan, penyenaraian dan penilaian rekod. Melalui program ini juga Arkib Negara berjaya mengenalpasti rekod-rekod yang bernilai sejarah dan

kebangsaan yang menjadi sumber khazanah warisan Negara dan ‘institutional memory’ kepada Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Moscow selain dapat menyelamatkan rekod-rekod hubungan awal negara dengan Rusia dari era komunis hingga kepada pembentukan Persekutuan Rusia dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi sejarah dan hubungan diplomatik.

Adalah diharapkan program seperti ini dapat dillaksanakan secara berterusan bagi tujuan memperolehi, mengumpul dan menyelamatkan rekod-rekod bernilai sejarah dan kebangsaan yang menjadi khazanah dan warisan negara serta sumber rujukan sejarah kepada agensi kerajaan, penyelidik dan generasi masa depan terutama di pejabat-pejabat kedutaan yang telah lama/awal ditubuhkan di luar negara sekitar tahun 1960-an dan 1970-an seperti di Amsterdam, London, Tokyo, Singapura, Filipina dan sebagainya.

Pasukan Projek Pelupusan Rekod sedang tekun menjalankan kerja-kerja penilaian dan penyenaraian rekod sambil dibantu oleh Encik Jaafar Sidek Abdul Rahman, Ketua Seksyen Pelupusan (paling Kanan) dan Puan Suzana Md. Isa, Pegawai Arkib dari Seksyen Pelupusan Arkib Negara Malaysia (dua dari kiri) sewaktu melaksanakan Program Pengurusan Rekod di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia pada 15 - 19 Mac 2010.

Pengurusan Rekod di Moscow, RusiaSuzana Md. Isa

Rekod-rekod yang telah siap diasingkan, disusun dan disenaraikan oleh Pasukan Projek Pelupusan Rekod yang dilaksanakan di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia pada 15 – 19 Mac 2010.

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

5

Page 6: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

Kuala Lumpur, 4 Mei 2010 – Majlis Bicara Lagu dengan tema Irama Melayu Mewadah Warisan Bangsa telah diadakan

di Auditorium Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV). Majlis yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Penyanyi-Pemuzik-Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) ini merupakan manifestasi kepada jalinan kerjasama antara Arkib Negara Malaysia dan penggiat seni tanah air. Cetusan jalinan kerjasama dengan penggiat seni telah dimulakan dengan mengadakan Sesi Dialog Antara Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Dengan Penggiat Seni pada 2 Mac 2010 di Auditorium PPPAV.

Objektif utama penganjuran majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia ini adalah untuk memperkukuhkan jalinan hubungan kerjasama antara Arkib Negara Malaysia dan penggiat seni terutamanya persatuan yang berkaitan selain mengumpul, menambah dan melengkapkan maklumat berkaitan industri seni hiburan amnya dan lagu-lagu Melayu khasnya untuk simpanan Arkib Negara Malaysia dan seterusnya dibuka kepada para penyelidik untuk rujukan. Melalui program ini juga maklumat lisan daripada tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan industri hiburan tanah air dapat direkodkan bagi melengkapkan maklumat bertulis berkaitan industri seni hiburan yang sedia ada di Arkib Negara Malaysia di samping memperkenalkan bangunan PPPAV sebagai pusat pengurusan, penyimpanan, pemeliharaan dan penyelidikan bahan audiovisual negara.

Tokoh Pembicara yang terdiri daripada SN Datuk (Dr.) Ahmad Nawab, Dato’ A. Rahman Hassan dan Dato’ Yusni Hamid telah berjaya mengupas definisi lagu Melayu, asal usul lagu Melayu dan impaknya terhadap perkembangan sosiobudaya masyarakat Malaysia. Kehadiran dan penglibatan tokoh-tokoh seni tanah air sebagai peserta seperti Datin Orkid Abdullah, Puan Habsah Hassan, Datuk Aziz Satar dan ramai lagi telah menambahkan kehangatan perbincangan. Sesi bicara ini dipengerusikan oleh

Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Kejayaan penganjuran majlis ini turut diserikan dengan acara penyerahan bahan oleh tokoh dan penggiat seni tanah air, iaitu Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Daud, Tuan Haji Mohd Wazata Mohd Zin, Encik Borhan Ahmad, Kumpulan Sometimes dan PAPITA. Sebanyak 181 bahan yang terdiri daripada bahan audiovisual dan bukan audiovisual telah diserahkan untuk disimpan dan dipelihara di Arkib Negara Malaysia.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pembicarah tersebut bolehlah membuat rujukan di Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Dewan Penyelidikan dibuka Isnin – Jumaat. Bagi hari Isnin dan Jumaat dewan dibuka dari pukul 9.00 pagi – 5.00 petang manakala hari Selasa – Khamis dewan dibuka dari pukul 9.00 pagi – 6.00 petang. Dewan Penyelidikan ditutup pada Cuti Umum.

Irama Melayu Mewadah Warisan BangsaNor Kamisah Yusoff

Barisan tetamu kehormat di Majlis Bicara Lagu: Irama Melayu Mewadah Warisan Bangsa. Dari kiri, Dr. Hajah Samsiah Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Arkib Negara Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg. Dato’ M.Daud, Presiden PAPITA dan YBhg. Dato’ Malek Ridzuan, Timbalan Presiden PAPITA.

Para tetamu sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pembicara semasa Majlis Bicara Lagu: Irama Melayu Mewadah Warisan Bangsa di Auditorium PPPAV, Arkib Negara Malaysia pada 4 Mei 2010. Kelihatan dua dari kiri, artis veteran, YBhg. Dato’ Aziz Satar dan Puan Habsah Hassan (ketiga dari kiri), Presiden Music Authors’ Copyright Protection (MACP).

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

6

Pengerusi dan barisan tokoh pembicara semasa Majlis Bicara Lagu : Irama Melayu Mewadah Warisan Bangsa yang diadakan di Auditorium PPPAV, Arkib Negara Malaysia pada 4 Mei 2010. Dari kiri, YBhg. Datuk Ahmad Nawab, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (Pengerusi), YBhg. Dato’ A. Rahman Hassan dan YBhg. Dato’ Yusni Hamid.

Page 7: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

Keningau, 20 April 2010 – Arkib Negara

Malaysia Cawangan Sabah dengan

kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG)

Kampus Keningau telah mengadakan Majlis

Pengisahan Sejarah Institut Pendidikan Guru

(IPG) Keningau, Sabah. Pengisahan Sejarah

merupakan antara aktiviti yang dijalankan

bertujuan untuk mengesan dan mengumpul

bahan-bahan berkaitan seseorang tokoh,

sesuatu peristiwa mahupun tempat-tempat

bersejarah. Program ini merupakan salah

satu cara untuk mengumpul, melengkap dan

menambahkan maklumat sejarah bagi mengisi

jurang maklumat rekod-rekod bertulis yang

terdapat di Arkib Negara. Segala maklumat

yang diperoleh akan disimpan dan dipelihara

untuk dijadikan sumber rujukan kepada para

pelajar, penyelidik dan pencinta sejarah yang

berminat mengenali dan mengkaji tentang

seseorang tokoh, sesuatu peristiwa mahupun

tempat-tempat bersejarah selaras dengan visi

Arkib Negara Malaysia menjadi Pusat Arkib

dan Penyelidikan Negara yang unggul.

Sesuai dengan tujuan tersebut satu Majlis

Pengisahan Sejarah Institut Pendidikan Guru

(IPG) Kampus Keningau telah diadakan pada

20 April 2010 bertempat di Dewan Besar IPG

Kampus Keningau. Ia diadakan sempena

sambutan Jubli Perak IPG Kampus Keningau.

Pengisahan ini melibatkan tokoh-tokoh yang

terlibat secara langsung dalam rentetan

sejarah penubuhan dan perkembangan IPG

Kampus Keningau. Majlis anjuran bersama

Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah dan

IPG Kampus Keningau ini telah disempurnakan

perasmiannya oleh YBhg Dato’ Haji Sidek

bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara

Malaysia. Sesi pengisahan telah dipengerusikan

oleh Encik Mohd. Firdaus Abdul Salam, Ketua

Jabatan Pengajian Melayu dan menampilkan

3 orang tokoh pengisah yang terdiri daripada

Tuan Haji Jikal bin Gabie, Mantan Pengetua

Pertama IPG Kampus Keningau, Puan Hajah

Aminah binti Haji Musally merupakan Mantan

Pengetua Kedua IPG Kampus Keningau dan

Tuan Haji Mohd. Darus bin Jamian, Mantan

Ketua Jabatan HEP Pertama IPG Kampus

Keningau.

Selain pengisahan, pameran tentang IPG

Kampus Keningau dan Arkib Negara Malaysia

turut diadakan bagi mengetengahkan

maklumat dan fungsi yang dimainkan oleh

kedua-dua buah institusi tersebut khususnya

dalam membina dan membentuk masyarakat

yang berilmu dan cintakan negara. Majlis

ini telah dihadiri seramai 600 orang tetamu

undangan yang terdiri daripada pegawai

dan kakitangan Kerajaan Persekutuan dan

Negeri Sabah, pensyarah, kakitangan dan

pelajar IPG Kampus Keningau. Orang ramai

yang berminat untuk mendapatkan maklumat

yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pengisah

tersebut bolehlah membuat rujukan di

Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia

Cawangan Sabah yang terletak di Km. 4,

Jalan Penampang, Kota Kinabalu. Dewan

Penyelidikan dibuka Isnin – Khamis bermula

8.30 pagi hingga 4.30 petang, manakala hari

Jumaat dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi dan

2.00 hingga 4.30 petang.

Duduk dari kiri: Encik Mohd. Firdaus bin Abdul Salam (Pengerusi), Encik Shahlin bin Ali (Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah), Tuan Haji Jikal bin Gabie (Tokoh Pengisah), Puan Lim Sai Kiow@Penny Lim (Pengarah IPG Kampus Keningau), YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil (Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia), YBhg Tan Sri Suffian bin Koroh (Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah) dan isteri YBhg Puan Sri Mariaty Koroh, Puan Hajah Aminah binti Haji Musally (Tokoh Pengisah) dan Tuan Haji Mohd. Darus bin Jamian (Tokoh Pengisah)

YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil (Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia) melawat pameran IPG Kampus Keningau dan Arkib Negara Malaysia selepas Majlis Pengisahan Sejarah di Pusat Sumber IPG Kampus Keningau.

TAN SRI DR P.RAMLEE TERUS DIKENANG Nazrim Syah Nazari

Pulau Pinang, 29 Mei 2010 - Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian

Melayu Negeri Pulau Pinang (PEMENANG) telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee bertempat di Masjid Jamek Jalan Hatin, Pulau Pinang.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperingati Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee yang telah kembali pada 29 Mei 1973. Seramai 150 orang tetamu terdiri daripada ahli-ahli PEMENANG, pegawai dan kakitangan kerajaan, anak-anak yatim serta orang ramai telah hadir ke majlis ini. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden PEMENANG, YBhg. Dato’ Abdul Rashid Ismail, Timbalan Presiden PEMENANG, Encik Ihsan Haji Hassan, Pemangku Pengarah Bahagian Arkib Negarawan mewakili Ketua Pengarah Arkib Negara dan Encik Nasser Malim, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang.

Para hadirin mengaminkan doa di Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee yang diadakan di Masjid Jamek Jalan Hatin, Pulau Pinang pada 29 Mei 2010.

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

7

Sejarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau Sabah Shahlin Ali

Page 8: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

Warisan Agung Negara ke Korea Saemah Mokhtar

Seoul, 1 Jun 2010 - Arkib Negara Malaysia telah mempamerkan Koleksi Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid (1882-1943) yang

telah mendapat pengiktirafan UNESCO dan didaftarkan sebagai Warisan Dunia pada tahun 2001, beserta 20 koleksi bahan terpilih dari koleksi gedung Arkib Negara dan 10 koleksi bahan yang mempunyai kaitan dengan Korea di INTERNATIONAL ARCHIVAL CULTURE EXHIBITION (IACE 2010 ) anjuran Arkib Negara Korea dan Pertubuhan Pengurusan Arkib Korea yang berlangsung di bangunan COEX, bandaraya Seoul, Korea Selatan pada 1 hingga 6 Jun 2010.

Penyertaan pameran yang berprestij ini merupakan satu penghormatan dan menjadi kebanggaan kepada Arkib Negara Malaysia khususnya dalam penglibatan aktiviti antarabangsa dan negara Malaysia amnya kerana dijemput khas untuk mempamerkan Surat-Surat Sultan Abdul Hamid dari Kedah (1882 – 1943) yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Dokumen Warisan Dunia menerusi Program Memory Of

YBhg Dato’ Haji Sidek Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia melayani wakil Majlis Arkib Antarabangsa yang melawat ke lokasi bahan pameran Arkib Negara Malaysia.

The World pada tahun 2001 serta ekoran daripada pengiktirafan sebagai pemenang Anugerah Peringatan Jikji Dunia (Jikji Memory of The World Prize) yang telah diumumkan oleh UNESCO pada September 2009. Penglibatan dalam pameran ini juga sebagai mengambil sempena 50 tahun hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Korea.

Sebanyak 18 negara termasuk Malaysia telah menyertai pameran IACE 2010 yang memberi tumpuan untuk mengenengahkan bahan yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dan didaftarkan dalam Senarai Daftar Warisaan Dunia oleh UNESCO serta mempromosi bahan terpilih yang terdapat dalam simpanan di beberapa institusi Arkib di negara peserta termasuk bahan yang ada hubungan dengan negara Korea. Pameran ini juga memperkenalkan teknologi dan peralatan baru dalam pengurusan arkib.

Bersempena pameran tersebut juga turut diadakan Seminar International Archival Culture dan juga seminar EASTICA serta Mesyuarat Majlis Arkib Antarabangsa yang membuka peluang pertukaran maklumat berkaitan isu semasa dalam pentadbiran arkib. Arkib Negara Malaysia telah diwakili oleh YBhg Dato’ Haji Sidek Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara, Hajah Daresah Ismail Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Encik Kamarudin Aziz - Ketua Seksyen Perkhidmatan Arkib Negarawan dan Hajah Saemah Mokhtar -Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan.

Peserta Seminar IACE 2010 melawat pameran koleksi surat menyurat Sultan Abdul Hamid (1882-1943).

Koleksi Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid dan maklumat organisasi yang di pamerkan sempena IACE 2010 di Seoul Korea.

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

8

Page 9: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

Projek Pembangunan ERMS Sektor Awam Siri 2 Zam Zarina Ishak

Mesyuarat JITIK Bil. 3/2009 pada 30 November 2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)

telah memutuskan supaya MAMPU membangunkan Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (ERMS) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM). Kajian Keperluan Pembangunan ERMS Sektor Awam telah diadakan mulai 12 April sehingga 25 Jun 2010. Pasukan Subject Matter Expert (SME) dari ANM telah memberikan input dari aspek pengurusan rekod semasa kajian tersebut. Fasa seterusnya bagi projek ini ialah Merekabentuk Use Cases bagi Modul Pewujudan dan Penawanan Rekod serta menghasilkan Laporan System Requirement Specification (SRS).

Aplikasi ERMS yang lengkap dengan keupayaan menguruskan rekod di sepanjang kitaran hayat rekod dijangka akan siap pada tahun 2015. Fasa 1 Pelaksanaan Penggunaan ERMS Sektor Awam akan dimulakan di peringkat Kementerian. Di samping itu, sebanyak enam (6) Pasukan Penyediaan Pra-Syarat (Klasifikasi dan Jadual Pelupusan Rekod) telah dibentuk untuk menyediakan Tesaurus Sektor Awam serta Klasifikasi Fail dan Jadual Pelupusan Rekod bagi semua Kementerian untuk tujuan penyeragaman. Penyediaan pra-syarat ini amat penting bagi

memastikan rekod yang diwujudkan dapat ditawan dalam fail-fail yang betul supaya ia mudah dikesan dan diakses apabila dikehendaki. Penyediaan pra syarat ini juga dapat memastikan supaya semua rekod diselenggara selama tempoh pengekalan yang ditetapkan serta membolehkan pemindahan rekod yang bernilai kekal ke repositori digital (AMS) di ANM.

Selain itu, seramai tiga pegawai dari ANM dan seorang pegawai dari MAMPU telah menjalani program latihan penempatan di Kanada serta menghadiri Persidangan “Managing Information in The Public Sector – Shaping the New Information Space” dari 24 April sehingga 10 Mei 2010. Tujuan latihan penempatan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pegawai mengenai kaedah pelaksanaan ERMS secara statewide di seluruh sektor awam di Ontario dan British Columbia, Kanada serta menambah pengetahuan dan mengumpul maklumat mengenai amalan-amalan baru dalam bidang pengurusan dan pemeliharaan rekod elektronik.

Adalah diharapkan kerjasama yang dijalinkan antara ANM dan MAMPU dapat memberikan impak positif dan transformasi pengurusan rekod di seluruh sektor awam.

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

9

Bermula pada tahun 2010, Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Bagi suku kedua 2010,

sebanyak 190 kumpulan arkib/rekod yang mengandungi 648 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk.

Segala maklumat lanjut berkaitan fail-fail di atas bolehlah melayari portal arkib di www.arkib.gov.my pada capaian carian bahan arkib atau datang terus ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia yang teletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi fail yang terdapat di Ibu Pejabat dan ke Arkib Negara Cawangan Negeri yang berkenaan bagi fail yang terdapat di Cawangan Negeri.

REKOD TERKINI YANG BOLEH DIRUJUK BAGI SUKU KEDUA 2010

INFOREKOD

Mohd Ariffin Santol

Page 10: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

10

Tetamu kehormat dan para tetamu yang hadir ke Majlis Mengenang Tokoh Tun Tan Cheng Lock yang diadakan pada 23 Mei 2010 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka. Barisan tetamu kehormat, dari kiri, YBhg. Dato’ Mohammad Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YBhg. Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri KPKK (perasmi majlis), YB Datuk Seet Har Cheow, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka dan Cik Tan Siok Choo, cucu Tun Tan Cheng Lock.

Mengenang Tun Tan Cheng Lock

Shahida Mohamad Salleh

Banda Hilir, 23 Mei 2010 – Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Program Mengenang Tokoh

Negarawan Tun Tan Cheng Lock. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Program Mengenang Tokoh merupakan aktiviti yang diadakan berkonsepkan penghayatan tokoh yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama. Program ini merupakan salah satu cara untuk mendekatkan semua lapisan masyarakat supaya menghayati pengorbanan dan sumbangan tokoh-tokoh negawaran. Program ini dibuat secara berterusan melibatkan semua tokoh utama negara. Ianya diadakan mengikut tarikh-tarikh tertentu berkaitan dengan tokoh seperti tarikh lahir, tarikh perkahwinan ataupun tarikh kematian. Sehingga kini Arkib Negara telah mengadakan Program Mengenang Tokoh melibatkan Allahyarham Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra dan Allahyarham Tun Abdul Razak.

Bagi meneruskan siri program tersebut, pada 22 – 23 Mei 2010 Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock telah diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Di majlis ini juga YB Timbalan Menteri telah berkesempatan untuk melancarkan buku Braille Jalur Gemilang dan Rukun Negara.

Selain itu, pameran yang memaparkan sejarah berkaitan Tun Tan Cheng Lock turut diadakan bagi mengenengahkan maklumat mengenai sejarah perjuangan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh sepanjang hayatnya. Pameran ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 22 Mei hingga 20 Jun 2010. Bersempena dengan Majlis ini juga Arkib Negara melalui YB Timbalan Menteri telah berbesar hati menerima koleksi bahan-bahan Tun Tan Cheng Lock yang diserahkan oleh ahli keluarga mendiang untuk disimpan di Arkib Negara.

.. .bersambung ke ms 11| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

10

Page 11: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

11

Bagi mengimbau sejarah dan kenangan bersama Tun Tan Cheng Lock, Majlis Bicara Tokoh diadakan pada petang 23 Mei 2010 di Dewan Merdeka, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Puan Tan Siok Choo yang merupakan cucu kepada mendiang telah diundang sebagai tokoh pembicara manakala Dr. Oong Hak Ching, bekas Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah Univerisiti Kebangsaan Malaysia telah bertindak sebagai pengerusikan majlis. Majlis didahului dengan Kata Alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Turut memeriahkan majlis adalah Persembahan Lapangan yang diadakan selama 2 hari bermula 22 Mei. Persembahan Lapangan ini diadakan dengan kerjasama dan penglibatan daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Melaka serta agensi swasta negeri Melaka dengan masing-masing agensi mengadakan pameran/jualan produk daripada agensi masing-masing.

Mengenang Tun Tan Cheng Lock .. .sambungan dar i ms 10

Siti Kamaliah Madil

Sinopsis

Buku ini merangkumkan bahan-bahan terpilih daripada koleksi arkib. Maklumat bahan arkib yang terkandung dalam buku ini adalah merupakan rekod-rekod awam yang mencakupi pelbagai bidang berkaitan perundangan, pentadbiran, sejarah dan hak individu. Buku ini diterbitkan dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Tahun Diterbitkan:2005Harga:RM220.00ISBN: 967 – 61 – 1813 – 3Terbitan: Arkib Negara Malaysia

Synopsis The documents contained in this book provide a comprehensive view of the nation’s history and include law and administration, socio-economic matters, history and Royal Archives collections. Date Published: 2008Price: RM130.00ISBN: 978 – 967 – 61 – 2149 - 5

Arkib Warisan Eksklusif Archives Exclusive Heritage

Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap individu yang ingin mengetahui koleksi bahan yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia. Keterangan lanjut untuk memiliki buku ini, sila layari www.arkib.gov.my

YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri KPKK (dua dari kanan) menerima koleksi bahan Tun Tan Cheng Lock berupa album gambar yang diserahkan oleh Cik Tan Siok Choo, cucu mendiang Tun Tan Cheng Lock untuk disimpan di Arkib Negara Malaysia. Turut kelihatan, YB Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka (kiri), YBhg. Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (dua dari kiri) dan YB Datuk Seet Har Cheow, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka (paling kanan).

Hadirin dan tetamu kehormat yang hadir ke Majlis Bicara Tokoh yang diadakan pada sebelah petang 23 Mei 2010 di Dewan Merdeka, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka. Dari kiri Cik Tan Siok Choo, cucu Tun Tan Cheng Lock (tokoh pembicara), YBhg. Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (perasmi majlis) dan Dr. Oong Hak Ching, bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Univerisiti Kebangsaan Malaysia (pengerusi majlis).

I N F O B U K U

Page 12: Berita Arkib Negara Malaysia April-Jun BIL. ASEAN ... Bil.2 2010.pdf · Berita Arkib Negara Malaysia 1 K ... Mengenang Tokoh untuk tokoh-tokoh ... cemerlang. “Teliti, Pasti, Jangka

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

12

Braille Jalur Gemilang & Rukun Negara

Melaka, 23 Mei 2010 – Arkib Negara Malaysia telah melancarkan buku Jalur Gemilang dan Rukun Negara

yang dicetak dalam bentuk Braille. Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersempana Majlis Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock. Majlis Pelancaran telah diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka .

Buku Jalur Gemilang dan Rukun Negara yang dibuat dalam bentuk Braille ini disediakan sebagai bahan rujukan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan. Ianya bertujuan untuk memasyarakatkan arkib kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan OKU Penglihatan sekaligus meningkatkan penggunaan bahan arkib bagi melahirkan golongan OKU yang berilmu pengetahuan ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia. Tindakan ini juga dilihat sebagai usaha Arkib Negara dalam melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu golongan OKU khususnya OKU Penglihatan.

Sempena majlis yang diadakan ini, sebanyak 7 buah sekolah terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah yang mempunyai pelajar-pelajar OKU Penglihatan sekitar Melaka, Johor dan Selangor telah hadir bagi menerima sumbangan buku-buku tersebut untuk ditempatkan di pusat sumber sekolah masing-masing. Bagi memenuhi objektif yang diharapkan, buku-buku Braille Jalur Gemilang dan Rukun Negara ini telah diedarkan ke semua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai pelajar OKU Penglihatan serta persatuan-persatuan berkaitan OKU Penglihatan di seluruh negara.

Melengkapkan acara pelancaran, pelajar-pelajar OKU Penglihatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu dan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh Melaka telah menunjukkan kebolehan mereka membacakan Ikrar Rukun Negara yang dipetik daripada buku Braille tersebut selain gerai jualan yang disediakan untuk OKU Penglihatan membuat demonstrasi penggunaan mesin Braille serta menjual barangan kraftangan dan urutan refleksologi.

Tetamu kehormat menunjukkan buku Braille Jalur Gemilang dan Rukun Negara yang dilancarkan oleh YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri KPKK (tengah) di Majlis Mengenang Tokoh Tun Tan Cheng Lock. Dari kiri, Cik Tan Siok Choo, cucu Tun Tan Cheng Lock, YB Datuk Seet Har Cheow, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka, YBhg. Dato’. Mohammad Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK dan YBhg. Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Para pelajar Kurang Upaya (OKU) Penglihatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu dan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh Melaka sedang membaca Ikrar Rukun Negara selepas acara pelancaran buku Braille Rukun Negara dan Jalur gemilang di Majlis Mengenang Tokoh Tun Tan Cheng Lock di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka pada 23 Mei 2010.

Encik Abu Saim Daud, Pengerusi Dewan Muda Publications sedang menunjukkan cara menggunakan mesin Braille kepada YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri KPKK sambil diperhatikan YBhg. Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (paling kiri) semasa lawatan ke gerai jualan yang diadakan sempena Majlis Mengenang Tokoh Tun Tan Cheng Lock pada 23 Mei 2010 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka.|

PUSP

AW

AN

GSA

Ber

ita A

rkib

Neg

ara

Mal

aysi

a

12

Zainab Rahmat

Pelancaran Buku