tokoh dan jejak pewaris 1-41 · pdf filemenempatkan saya di dalam kelas yang menawarkan ilmu...

15
87 BIODATA Pada 11 Oktober 2010 Ketua Pengarah FRIM Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah memilih sebuah makmal di bahagian Keluaran Hutan sebagai destinasi lawatan mengejut beliau iaitu Makmal Kejuruteraan Kayu yang diketuai oleh seorang Pegawai Penyelidik Kanan, Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir. Omar dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan pada 30 Jun 1962 dan dibesarkan di merata-rata tempat termasuklah di Melaka, Kuala Terengganu, Brickelds dan Sungai Way kerana mengikut ayahnya yang bekerja sebagai seorang juruteknik di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Omar memasuki kelas pra-sekolah pada 1968 di English Grammar School, Kuala Terengganu. Pada 1969–1973, Omar memasuki sekolah rendah iaitu di La Salle Primary School Brickelds, Kuala Lumpur, dan menyambung pendidikan di peringkat menengah di La Salle Secondary School, Petaling Jaya mulai 1974 hingga 1976, dan seterusnya bertukar pula ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan, Seremban pada 1977–1978. Omar mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Awam, UTM (1982), BSc (Civil Engineering) CBC-Memphis, USA (1986), Master Civil Engineering (Structural), University of British Columbia, Canada (1992) dan PhD (Automatic Control and Systems Engineering), University of Shefeld, UK (2005). Omar (kanan) ketika berumur enam bulan (1963) MOHAMAD OMAR MOHAMAD KHAIDZIR

Upload: trandung

Post on 30-Jan-2018

244 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

87

BIODATA

Pada 11 Oktober 2010 Ketua Pengarah FRIM Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah memilih sebuah makmal di bahagian Keluaran Hutan sebagai destinasi lawatan mengejut beliau iaitu Makmal Kejuruteraan Kayu yang diketuai oleh seorang Pegawai Penyelidik Kanan, Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir.

Omar dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan pada 30 Jun 1962 dan dibesarkan di merata-rata tempat termasuklah di Melaka, Kuala Terengganu, Brickfi elds dan Sungai Way kerana mengikut ayahnya yang bekerja sebagai seorang juruteknik di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Omar memasuki kelas pra-sekolah pada 1968 di English Grammar School, Kuala Terengganu. Pada 1969–1973, Omar memasuki sekolah rendah iaitu di La Salle Primary School Brickfi elds, Kuala Lumpur, dan menyambung pendidikan di peringkat menengah di La Salle Secondary School, Petaling Jaya mulai 1974 hingga 1976, dan seterusnya bertukar pula ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan, Seremban pada 1977–1978. Omar mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Awam, UTM (1982), BSc (Civil Engineering) CBC-Memphis, USA (1986), Master Civil Engineering (Structural), University of British Columbia, Canada (1992) dan PhD (Automatic Control and Systems Engineering), University of Sheffi eld, UK (2005).

Omar (kanan) ketika berumur enam bulan (1963)

MOHAMAD OMAR MOHAMAD KHAIDZIR

88

Sebelum bekerja di FRIM, Omar pernah bekerja di Televisyen Pendidikan, Jalan Ampang Kuala Lumpur dari Januari hingga Mac 1978, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (1982–1986) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (1987). Omar mula bertugas di FRIM pada tahun 1988 di Makmal Kejuruteraan Kayu dan pernah bertugas di Makmal Rintangan Api selama setahun bagi membantu menjalankan ujian-ujian semasa Dato’ Dr Abd Rashid Abd Malek melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di UK.

INSPIRASI HIDUP

Yang sentiasa menjadi pendorong dan sumber inspirasi Omar ialah ibunya yang separuh lumpuh selepas melahirkan adik perempuannya dalam tahun 1975 semasa Omar dalam Tingkatan 2. Bagi Omar, ibunya seorang yang cekal, dan dalam keadaan badannya yang separuh lumpuh itu ibunya masih boleh bangun untuk menyediakan makanan, menjahit pakaian, membasuh pakaian dan segala kerja seorang suri rumah. Kami adik-beradik tidak pula membiarkan ibu membuat kerja-kerja itu berseorangan tetapi membantunya setiap masa bila berkelapangan. Tetapi ibunya selalu melakukan kerja-kerja itu sewaktu anak-anaknya ke sekolah atau semasa mereka bekerja. Oleh kerana separuh lumpuh, ibunya akan memotong bawang dengan cara duduk di atas kerusi dan pisau diselitkan di antara di bawah peha dan kerusi dan memotong bawang satu persatu dengan sebelah tangan. Perbuatan ibunya itu telah diabadikan Omar dalam sebuah haiku (sajak format tradisi Jepun) semasa berada di Amerika Syarikat. Haiku itu diberikan kepada Profesor bahasa Inggeris yang meminta mereka mencipta sebuah haiku sebagai kerja rumah. Haiku itu berbunyi:

Mama Cries No More Sitting on the knife, My old paralysed mother, Cuts red o-n-i-o-n-s...

Prof Elizabeth Broadwell terpegun dengan ciptaan Omar dan

Rotherham Park, Yorkshire, England (2003)

89

memberikannya A+ bagi kerja rumah tersebut. “Malah dalam tahun 2008 saya telah menghubungi Profesor itu dan beliau mengakui masih mengingati saya walaupun setelah 22 tahun masa berlalu kerana haiku saya itu adalah antara yang paling unik yang dihasilkan oleh pelajar-pelajarnya.” Kata Omar bangga.

Omar amat menghargai usaha ayahnya, Mohd Khaidzir Hassan, yang telah memelihara dan membesarkan mereka dengan susah payah sedang ibunya pula lumpuh. Beliau sentiasa mengutamakan pelajaran dan sentiasa memeriksa kerja-kerja sekolah anak-anaknya. “Semasa memasuki tingkatan empat, sekolah saya iaitu Sekolah Menengah La Salle tidak menempatkan saya di dalam kelas yang menawarkan Ilmu Hisab Tambahan dan ayah saya merasa kecewa. Ayah memasukkan saya ke Sekolah Menengah Teknik yang secara automatik mewajibkan Ilmu Hisab Tambahan pada semua pelajar. Saya begitu terhutang budi kerana usaha ayah itulah yang membolehkan saya mengambil jurusan Kejuruteraan hingga ke peringkat PhD. Ilmu Hisab Tambahan ialah tunjang utama sains dan teknologi dan ayah telah nampak kepentingan mengambil mata pelajaran tersebut,“ Cerita Omar dengan panjang lebar.

Sebagai seorang juruteknik gaji ayahnya tidak mencukupi untuk menyara hidup mereka anak-beranak di kawasan Lembah Kelang. Ditambah pula ayahnya terpaksa membawa ibu berubat sama ada secara moden

Wajah Ibu Omar yang sentiasa ceria Ibu dan ayah Omar semasa bercuti di Camaron Highlands pada2 011

90

atau tradisional bagi memulihkan keadaan ibu yang lumpuh itu. Oleh itu kehidupan mereka lima beradik sentiasa berada dalam kekurangan. “Abang saya dan saya pula terpaksa memikul beban memasak, membasuh, mengemas rumah, menyeterika baju, menjahit dan segala kerja yang ibu kami lakukan sebelum beliau lumpuh. Oleh kerana adik-adik kami masih kecil maka kami berdua yang terpaksa membahagikan waktu antara kerja-kerja rumah dan kerja-kerja sekolah.” Kata Omar lagi.

Walaupun belajar di tiga universiti di luar negara, Omar tidak ada sekeping pun gambar semasa menerima ijazah, sarjana atau PhD kerana pada setiap peringkat pengajian, Omar bertekad untuk pulang segera ke Malaysia untuk menemui ibu dan ayah yang disayangi dan mahu berbakti kepada mereka secepat mungkin. Album semasa Omar di AS, Kanada dan England juga tidak banyak gambar-gambar percutian kerana beliau tidak ada masa dan wang untuk semuanya itu. Sewaktu bercuti di musim panas Omar akan mengambil beberapa pelajaran yang memberikannya kredit yang membolehkannya menamatkan pengajian dengan cepat.

Omar berkata, beliau bukanlah seorang yang pintar atau genius kerana setiap kali guru, pensyarah atau profesor mengajar baik di sekolah

Ibu dan ayah Omar semasa melawat beliau di England pada

2004

Sebuah bot nelayan yang terdampar di atas bumbung sebuah rumah selepas Tsunami di Banda

Aceh pada 2006

91

mahupun di universiti, beliau susah untuk memahami perkara yang diajar. Tetapi selepas itu beliau akan berusaha memahami pelajaran dengan membaca lebih banyak dan berulang kali meneliti nota serta buku-buku pelajaran yang berkaitan. “Sebab itu saya kadang kala terpaksa tidur lewat atau tidak tidur langsung bagi melakukan kerja-kerja rumah, projek atau disertasi. Adakalanya saya bersenam bagi menghilangkan rasa mengantuk dan kadang-kadang saya mengikat badan saya pada kerusi menggunakan tali pinggang supaya saya tidak tertidur semasa sedang belajar di tengah malam.”

Suatu perkara yang selalu dilakukan Omar untuk mengingati sesuatu konsep, formula atau penyelesaian sesuatu masalah dalam kerja-kerja sekolah atau universiti ialah dengan cepat-cepat mengajarkan ilmu itu kepada pelajar lain. Omar gemar memberikan penerangan dan tunjuk ajar kepada rakan-rakan dengan terperinci tanpa meninggalkan satu langkah kecil pun. “Malah semasa saya di sekolah dan universiti ada rakan-rakan mengatakan penerangan yang saya berikan bagi penyelesaian sesuatu masalah matematik atau sains adalah lebih mudah difahami.” Secara tidak sedar, kata Omar, rupa-rupanya apa yang dilakukan itu sejajar dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad (saw) iaitu “Penyakit ilmu adalah lupa dan ubatnya adalah dengan mengajarkannya.”

Omar sekeluarga semasa berkemah di luar kota London pada 2004

Omar dan keluarga di majlis Hari Tahun Baru Cina

anjuran Persatuan Cina Muslim Selangor

92

SUMBANGAN ISTIMEWA

Menurut cerita Omar, semasa mula bertugas di Makmal Kejuruteraan Kayu ini, keadaan peralatan dan juga mesin banyak yang rosak dan tidak terurus. Banyak alat ujian yang masih elok peninggalan British telah dilupuskan dan dijual sebagai besi buruk setahun sebelum beliau berkhidmat di makmal ini. Omar berasa sedih kerana kebanyakan alat itu dibuang tanpa ada usaha untuk memulihkannya. Segala kerja yang dipertanggungjawabkan kepada beliau tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna akibat alat-alat ujian yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Walaupun kelihatan usang dan tidak bermaya, makmal ini sering menjadi tumpuan pelawat sama ada dari dalam ataupun luar negara selain menjalankan ujian kekuatan kayu dan memberi khidmat nasihat kepada jurutera, arkitek, pelajar, pereka dalaman dan ahli akademik daripada sektor awam dan swasta. Makmal ini wujud pada asalnya di Sentul sebagai Timber Research Lab (TRL) di bawah Malayan Railways pada 1920-an dan dipindahkan ke FRIM selepas 1930. Ekoran daripada itu Omar dan kakitangan Makmal Kejuruteraan Kayu merasakan alat-alat itu perlu diperbaiki, tetapi malangnya tidak ada peruntukan khas bagi tujuan tersebut. Oleh itu Omar mengambil inisiatif membaiki sendiri alat-alat ujian itu dengan kerjasama kakitangan makmal. Omar mula membaiki mesin jenis Baldwin yang telah dipasang di makmal

Omar bersama-sama alat ujian Buckton yang dikagumi dan disayangi. Alat ini berumur 72 tahun dan sudah dikomputerisasi menggunakan

perisian yang ditulis olehnya

93

ini pada tahun 1961. Mesin ini digunakan untuk menguji kekuatan kayu (ujian lenturan, kemampatan, kekerasan dan kerekahan kayu) dengan kapasiti 30 tan dalam setiap ujian. Mesin kedua yang dibaiki oleh Omar ialah jenis Zwick berkapasiti hanya satu tan sahaja dan seterusnya beberapa lagi mesin telah dibuat penambahbaikan mengikut keperluan semasa. Salah satu mesin yang amat disayangi oleh Omar ialah alat ujian Buckton yang berharga hampir satu juta jika dibeli baharu pada awal tahun 90-an. Mesin itu sebenarnya telah digunakan di Prince Risborough Lab di England selama enam tahun sebelum dibawa ke Malaya dan dipasang di Timber Research Lab di Sentul pada 1928. Alat Buckton itu dipindahkan ke makmal selepas 1930, tetapi tidak ada sesiapa yang tahu tarikh sebenarnya kerana kebanyakan rekod telah musnah semasa Zaman Pemerintahan Jepun (1941–1945). Mesin ini juga berkapasiti 30 tan dan bersaiz besar sesuai untuk menguji komponen-konponen struktur berskala besar seperti jambatan dan bangunan. Kakitangan yang terlibat dalam membantu Omar membaik pulih mesin-mesin di dalam makmal ini ialah Nor Azian Mohd Kasby, Roszalli Mohd, Chong Yoon Thai, Othman Mohd Desa dan Mohd Yatim Abd Aziz. Pembaikan dilakukan tanpa menggunakan sebarang buku panduan kerana buku-buku itu sudah hilang. Cara pembaikan adalah dengan meneliti semula sistem enjin hidraulik atau elektronik usang yang ada dan membetulkan komponen-komponen menggunakan bahan-bahan yang boleh diperoleh daripada bengkel kerja besi ataupun diambil daripada alat-alat usang yang lain. Kos pembaikan begitu minimum kerana tidak melibatkan pembelian mahal. Semua kakitangan tersebut melakukan pembaikan dengan berbincang terlebih dahulu mengenai kerosakan yang timbul dan mengatasinya selepas beberapa pengiraan berdasarkan prinsip-prinsip matematik atau fi zik bagi ujian yang akan dijalankan oleh mesin-mesin tersebut. Pada tahun 1992 selepas Omar pulang dari Kanada kerana menyiapkan ijazah Master in Civil Engineering (Structural) beliau mula menulis perisian komputer untuk menyambung mesin lama kepada komputer bagi mendapatkan data-data hasil daripada ujian yang dijalankan. Semasa berada di Kanada Omar mencari maklumat yang perlu di universiti dan di beberapa makmal ujian bagi mempelajari cara-cara mengkomputerisasikan alat-alat lama yang dibina sebelum zaman komputer. Selain itu, beliau belajar secara sendiri dengan membeli beberapa buku berkenaan Machine-Computer Interfacing sebagai panduan. Pada 1992, menurut Omar, beliau pernah ditegur oleh Pengarah Bahagian Keluaran Hutan ketika itu, En Hong Lay Thong, yang mendakwa apa

94

yang dilakukan oleh beliau itu adalah di luar bidang kerja. Tetapi Omar memberitahu bahawa jika alat-alat ujian itu tidak dibaik pulih maka tidak ada sebarang ujian dapat dilakukan. Ditambah lagi harga bagi membeli alat-alat ujian itu adalah tinggi dan hanya dengan cara memperbaiki dan mengkomputerisasi alat-alat itu maka ujian-ujian dapat dijalankan dengan lancar. Seorang pegawai GTZ (German Technical Cooperation Agency) Mr Wulf Killmann, yang mempunyai pejabat di FRIM pernah mencadangkan kepada Dr Salleh Mohd Nor supaya alat ujian Buckton itu dipasang di tepi tasik utama FRIM untuk dijadikan tugu atau monumen yang dicat warna merah. Omar tidak bersetuju dan meminta beliau diberikan peluang untuk cuba membaiki alat tersebut. Maka Omar dan kakitangan Makmal Kejuruteraan Kayu telah bertungkus-lumus membaiki alat tersebut. Omar cuba menulis perisian komputer berdasarkan bahasa pengaturcaraan komputer ‘Turbo C’ yang dipelajari daripada buku-buku yang dibelinya. Pada hujung 1993 projek pembaikan dan komputerisasi alat-alat ujian lama (vintage testing equipments) Buckton (1928), Balwin (1961) dan Zwick (1979) telah berjaya diselesaikan. Ketiga-tiga alat tersebut telah dihidupkan semula setelah tidak berfungsi sekian lama. Malah perisian itu diberi anugerah inovasi FRIM peringkat ‘Terpuji’ pada 1993. Makmal ini juga diberikan Anugerah Khidmat Cemerlang Kumpulan pada tahun 1995. Omar juga menceritakan, beliau pernah begitu taksub menulis perisian itu sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ketika itu beliau sedang cuba membuat suatu modul subprogram bagi menganalisis graf ujian lenturan yang dibaca secara dalam talian dan realtime daripada alat ujian lama itu. (Pada tahun 1992 dan 1993 Windows belum wujud lagi, semuanya mengunakan MS DOS dan kod sumber ditulis seratus peratus menggunakan teks dan tidak ada library bagi setiap fungsi, semua fungsi harus ditulis daripada scratch. FRIM belum ada pengatur cara komputer dan Cawangan ICT belum lagi wujud). Mimpi yang berlaku pada Ramadan 1993 itu memberi ilham kepada Omar untuk menulis kod sumber perisian itu satu-persatu. Omar segera bangun dan mencatatkan ilham daripada mimpi itu di atas kertas. Selepas sahur dan sembahyang subuh Omar terus memandu dari rumahnya di Sg Way ke FRIM dan terus menaip kod sumber itu ke dalam komputer dan setelah di‘compile’ perisian tersebut berjaya berfungsi dan merakam data serta membentuk graf secara realtime ke atas skrin komputer. Di hujung analisis itu pula jawapan bagi pengiraan untuk modulus kekenyalan dan modulus kepecahan bahan yang diuji telah diperoleh secara automatik. Alat ujian usang itu telah berjaya dihidupkan semula! Akhirnya hingga ke hari ini segala mesin yang berada di dalam makmal dapat dibaiki dan berfungsi dengan baik.

95

Sejak tahun 1994 hingga 2010 jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ujian telah meningkat. Jumlah pelanggan pada 2010 ialah tiga kali ganda daripada tahun-tahun 90-an. Omar juga telah menerima beberapa anugerah inovasi seperti pingat Emas daripada MINDEX pada tahun 1997 dan pingat Perak dari ITEX pada tahun 2005. Selain itu beliau juga telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa induk, ahli kumpulan kerja dan pengerusi modul bagi menyediakan beberapa piawaian di bawah MS 544: Code of Practice for Structural Use of Timber. Piawaian ini digunakan sebagai spesifi kasi yang perlu dituruti oleh jurutera, arkitek dan kontraktor bagi membina bangunan atau struktur daripada kayu. Berdasarkan pengetahuan beliau dalam penulisan perisian, banyak masalah yang berkaitan dengan matematik sewaktu penyiapan MS 544 itu telah dapat diselesaikan, terutamanya ketika ada penyelesaian bagi beberapa persamaan serentak. Di samping itu juga Makmal Kejuruteraan Kayu sedang di peringkat akhir penilaian bagi mendapat persijilan ISO 17025, selain persijilan ISO 9001 yang sudahpun diperoleh. Omar begitu aktif memberikan syarahan kepada pelajar, jurutera, arkitek, pereka bentuk dalaman dan ahli-ahli akademik berkenaan bidang Kejuruteraan Kayu dari dalam dan luar negara. Omar telah menjadikan sebahagian daripada ruang di makmalnya sebagai bilik kuliah untuk syarahan-syarahan berbentuk amali tersebut. Sebahagian daripada kerusi bagi peserta syarahan itu ialah kerusi yang telah dilupuskan dan pernah digunakan sebagai kerusi laman di auditorium FRIM dan sebahagian pula diperbuat daripada kayu Acacia lebihan daripada uji kaji kekuatan. Syarahan-syarahan itu diberikan bagi mempromosi kayu sebagai bahan ‘hijau dan mesra alam’ berbanding dengan bahan seperti keluli atau konkrit.

Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) selalu mengunakan khidmat Omar apabila ada kursus binaan yang diberikan kepada jurutera dan arkitek daripada luar negara di bawah program Malaysian Technical Cooperation oleh Jabatan Perdana Menteri. Omar juga diminta memberikan syarahan-syarahan teknikal kepada pelajar-pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga kolej/universiti swasta seperti Taylor’s, SeGI, Sunway dan sebagainya. Beliau juga telah memberikan pelbagai khidmat teknikal untuk agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Kayu-Kayan Malaysia (MTIB), Petroliam Nasional (PETRONAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebagainya. Data-data ujian daripada makmal ini telah digunakan juga di pelbagai projek besar seperti Qatar International Airport, Teluk Sepangar Scorpene Submarine Base, Oil Refi nery Jurong, Singapura, pelantar-pelantar minyak Petronas di Pantai Timur, KLCC Landscaping dan KL

96

Sentral Station. Kebanyakan reka bentuk bangunan-bangunan dan struktur-struktur di seluruh dunia yang menggunakan kayu yang dibawa dari Malaysia akan berpandukan data-data ujian yang dihasilkan di makmal ini. Penerbitan kejuruteraan kayu di negara-negara maju telah menggunakan data-data ujian bagi kayu tropika Malaya/Malaysia yang datang dari makmal ini sejak 1920-an lagi. Dengan pengetahuannya dalam bidang “Computer-Machine Interfacing” Omar telah berjaya mencipta sebuah alat ujian tanpa kemusnahan (Non-Destructive Testing) semasa menyiapkan thesis PhD-nya. Alat ini menggunakan kaedah meramal kekuatan kayu menggunakan bunyi dan berdasarkan analogi pendengaran dan pemikiran manusia (Ear-Brain Analogy) dan penulisan perisian berasaskan teknik neuro-fuzzy. Alat ini dalam proses untuk dipatenkan dan akan digunakan bagi mengklasifi kasi kekuatan kayu secara automatik. Omar menyatakan, kita jangan terlalu mudah melupuskan sesuatu alat atau harta FRIM dan memberikan pembaikan untuk dibuat oleh syarikat swasta. Kita mesti ada sikap sayang kepada alat atau teknologi lama dan menggunakannya dengan seoptimum yang mungkin. Dengan cara itu kita tidak membazir wang rakyat yang diamanahkan kepada kita. Omar juga memberitahu bahawa selama 22 tahun menduduki makmal ini masih ada yang tidak sempurna walaupun selalu diperbaiki sehingga ke hari ini seperti masih ada kebocoran pada bumbung bangunan makmal ketika hujan lebat, tetapi kesemua pembaikan dibuat sendiri oleh kakitangan makmal dengan menggunakan peralatan-peralatan yang sedia ada. Hanya pembaikan yang besar dan yang tidak boleh diperbetulkan akan menggunakan khidmat daripada Cawangan Penyelenggaraan FRIM. Omar berterima kasih kepada Mohd Jamil Abd Wahab, Roszalli Mohd, Nor Azian Kasby, Rozaida Latip, Othman Mohd Desa, Chong Yoon Thai, Jaafar Sulaiman, Mohd Yatim Abd Aziz, Sakri Ismail dan Ehwan Nasser Hamsan yang selalu memberikan kerjasama bagi menentukan makmal ini sentiasa berfungsi, kemas dan teratur sejak daripada 1988 sehingga hari ini.

97

Mesin Baldwin yang dipasang pada tahun 1961 dan sudah dikomputerisasi

Omar (kiri) menunjukkan kepada Dato’ KP kad rekod data ujian dari tahun 1929 yang masih tersimpan rapi

98

Dewan kuliah Makmal Kejuruteraan Kayu yang terdiri daripada perabot-perabot terpakai yang telah dibaik pulih serta lebihan kayu yang digunakan untuk ujian

Ruang makmal yang kondusif untuk ujian, kajian dan pembelajaran

99

Menyampaikan kuliah kepada jurutera-jurutera dari luar negara

Alat ujian tanpa kemusnahan berdasarkan analogi pendengaran dan pemikiran manusia menggunakan teknik neuro-fuzzy ciptaan Omar

HOBI

Pada waktu lapang, Omar gemar aktiviti-lakukan-sendiri (DIY), fotografi , sastera, penulisan perisian komputer dan memasak, manakala bidang sukan yang diminati ialah bola keranjang, berbasikal dan luncur ais.

Pada 1989, Omar telah menulis sebuah sajak yang diterbitkan di dalam surat berita FRIM yang bernama FRIMA.

100

My Special Leaf

Here againon the antique arboretum benchwith cool breeze in sweet refrainI hear voices in dying whispers

The solemness suggests solitairebut, the other loner looks with a stareand swaying herself very gracefullyas though asking who I could be

I see the blue sky through her headof her beauty nothing to be saidbut, for one leaf that sleeps by her fi ngermakes me wonderif the days count no order

I choose to stop listeningI choose to stop smilingto the cooling breeze,to her empty head

For this special leaf I now admirethat sleeps in sweet tenderwhile its friends sadfully whither

Hey, special leafare you the answer to eternity?Then teach me of this perplexity,while seeing your friends dying awayso calmly that you stay?

Oh, how nice if I could be therein an age so ripe, so rareoffspring with offspring they bearwatching one lives, one dieskeeping the answers with my eyesof all riddles, and of all lies

With my dream still ajarthe breeze won’t let me go farand she envies the whole affairof me liking not her but her last hair

The breeze willingly cooperatesand harder she sways and agitatestill her last hair thrown out of bed

That’s the last of the last leafcatching its friends around her cold feetwhispering in the silence of their own tomblaying a golden carpet that I walk away.......

I’ll be like you, one daymy special leaf .........

Copyright 1989: Omar-Khaidzird

r fi nger

re

r

?ity,g away

ere

bears

my eyes

Copyright 1989: Omar Kha

101

ULASAN KETUA PENGARAH

Apa yang diusahakan oleh Dr Omar merupakan R&D berinovatif tinggi dan memberikan impak besar kepada industri perkayuan FRIM dan negara. Dengan kos kurang daripada RM10 000 bagi memulih peralatan ujian lama tidak terpakai dan kini bernilai jutaan ringgit sehingga boleh diguna dan diterima oleh industri di dalam dan di luar negara membuktikan bahawa beliau tergolong dalam kelompok warga FRIM yang cekal dan bermentaliti world class serta membina kecanggihan daripada kekangan sumber dan peralatan. Usaha beliau memulihara peralatan-peralatan yang berusia lebih 80 tahun jelas memantapkan keunggulan status FRIM sebagai Warisan Semula Jadi Kebangsaan. Tabik hormat buat Dr Omar dan rakan-rakan sekerja atas usaha gigih selama ini dan moga diberkati allah swt jua selamanya. Amiin.