wan zahiri wan ya’acob biodata - frim.gov.my · 4 membangunkan laman sesawang frim bermula tahun...

6
14 WAN ZAHIRI WAN YA’ACOB BIODATA Wan Zahiri Wan Ya’acob dilahirkan di Machang, Kelantan pada 18 Ogos 1963 dan merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik. Bapa Wan Zahiri meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun dan ibu beliau kini berumur 74 tahun. Wan Zahiri mendirikan rumah tangga pada tahun 1988 dan dikurniakan tiga orang cahayamata— dua orang lelaki dan seorang perempuan. Wan Zahiri mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hamzah, Machang, Kelantan dan berpindah ke Sekolah Menengah Sri Perak sehingga Tingkatan III dan kemudian memasuki Aliran Sains Tingkatan IV dan V di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang di Parit Buntar, Perak. Wan Zahiri memperoleh Diploma Sains Komputer pada tahun 1984 daripada Universiti Teknologi Malaysia dan kemudian menamatkan Ijazah Sains Komputer (Kepujian) pada tahun 1986 di universiti yang sama. Wan Zahiri mula menjejaki dunia pekerjaan di Jabatan Pendaftaran Negara pada akhir tahun 1986 secara sambilan. Selepas lapan bulan beliau ditawarkan jawatan tetap di MARDI sebagai Juruanalisis Sistem Gred A20 pada tahun 1987. Selepas hampir lima tahun bertugas di MARDI dan dengan pengalaman Wan Zahiri dalam Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) di agensi penyelidikan, pada tahun 1991 beliau ditawarkan oleh Lembaga Koko Malaysia (yang baru ditubuhkan) jawatan sebagai Ketua Unit Teknologi Maklumat dengan jawatan Juruanalisis Sistem gred A11. Di Lembaga Koko Malaysia, Wan Zahiri dipertanggungjawab menubuhkan sebuah Pusat Komputer untuk kegunaan penyelidikan koko yang beribu pejabat di Kota Kinabalu, Sabah. Wan Zahiri semasa berumur lima tahun Perkahwinan Wan Zahiri dengan gadis pujaanya

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

14

WAN ZAHIRI WAN YA’ACOB

BIODATA

Wan Zahiri Wan Ya’acob dilahirkan di Machang, Kelantan pada 18 Ogos 1963 dan merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik. Bapa Wan Zahiri meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun dan ibu beliau kini berumur 74 tahun. Wan Zahiri mendirikan rumah tangga pada tahun 1988 dan dikurniakan tiga orang cahayamata—dua orang lelaki dan seorang perempuan.

Wan Zahiri mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hamzah, Machang, Kelantan dan berpindah ke Sekolah Menengah Sri Perak sehingga Tingkatan III dan kemudian memasuki Aliran Sains Tingkatan IV dan V di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang di Parit Buntar, Perak. Wan Zahiri memperoleh Diploma Sains Komputer pada tahun 1984 daripada Universiti Teknologi Malaysia dan kemudian menamatkan Ijazah Sains Komputer (Kepujian) pada tahun 1986 di universiti yang sama.

Wan Zahiri mula menjejaki dunia pekerjaan di Jabatan Pendaftaran Negara pada akhir tahun 1986 secara sambilan. Selepas lapan bulan beliau ditawarkan jawatan tetap di MARDI sebagai Juruanalisis Sistem Gred A20 pada tahun 1987. Selepas hampir lima tahun bertugas di MARDI dan dengan pengalaman Wan Zahiri dalam Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) di agensi penyelidikan, pada tahun 1991 beliau ditawarkan oleh Lembaga Koko Malaysia (yang baru ditubuhkan) jawatan sebagai Ketua Unit Teknologi Maklumat dengan jawatan Juruanalisis Sistem gred A11. Di Lembaga Koko Malaysia, Wan Zahiri dipertanggungjawab menubuhkan sebuah Pusat Komputer untuk kegunaan penyelidikan koko yang beribu pejabat di Kota Kinabalu, Sabah.

Wan Zahiri semasa berumur lima tahun

Perkahwinan Wan Zahiri dengan gadis pujaanya

15

Pada tahun 1996, Wan Zahiri ditawarkan jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q2 oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Beliau dilantik sebagai Ketua Unit Komputer di bawah seliaan Pengarah Tekno Ekonomi, Dr Abdul Rahim Nik. Mulai 2011, beliau dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal.

SUMBANGAN ISTIMEWA

Di awal perkhidmatan di FRIM, Wan Zahiri berjaya menyelia/membangunkan beberapa perkara dalam infrastruktur komputer dengan bantuan dan usaha gigih Mohd Rasol Abdul Manaf (kini Dr), Nurul Hilal

Ahmad Tarmizi dan Maizura Ishak. Antaranya adalah seperti yang berikut;

1 Menukarkan sistem komputer operasi linux (unix) kepada sistem komputer berasaskan Windows pada tahun 1998,

2 Memperkenal dan menggunakan pelayan e-mel—Windows Exchange pada tahun 1998,

3 Meningkatkan infrastruktur rangkaian (networking) FRIM kepada gentian optik sepenuhnya pada tahun 2000,

4 Membangunkan laman sesawang FRIM bermula tahun 1998, dan5 Meningkatkan kelajuan akses Internet daripada 64kbps kepada 2Mbps

(JARING) pada tahun 2000 dan kepada 2x2Mbps (GITN) pada tahun 2007.

Manakala dalam pembangunan sistem pula, Wan Zahiri berjaya menyelia/membangun beberapa sistem komputer dengan bantuan Zahari Othman dan Norul Maslissa Ahmad. Antaranya adalah seperti yang berikut;

1 Sistem Pengurusan Gaji Sistem ini dibangunkan pada tahun 1996 yang bertujuan untuk

menguruskan pembayaran gaji kakitangan FRIM mengikut syarat-syarat di dalam pekeliling kerajaan.

2 Sistem Panjar Wang Runcit Sistem ini dibangunkan pada tahun 1997 bagi mengurus sistem panjar

Bersama-sama ibu tersayang selepas majlis konvokesyen

16

wang runcit untuk tujuan pembayaran secara runcit seperti tuntutan perubatan, dan wang pendahuluan tunai.

3 Laman Web IUFRO Membangunkan laman sesawang IUFRO pada tahun 1998. Laman

ini bertujuan untuk mempromosi dan menyebar maklumat tentang Kongres Sedunia IUFRO di PWTC tahun 2000.

4 IUFRO – Sistem Kawalan Inventori Sistem pangkalan data maklumat inventori komputer dan peralatan

(lebih daripada 2000 item) yang digunakan semasa Kongres Sedunia IUFRO di PWTC pada tahun 2000. Kaedah kawalan menggunakan teknologi kod jalur untuk mengesan pergerakan komputer dan peralatan multimedia semasa persidangan.

5 infoCenter Memperkenalkan konsep dan membangunkan InfoCenter yang

merupakan Sistem Intranet Bersepadu yang berasaskan laman sesawang. InfoCenter ini menyediakan maklumat profi l kakitangan dan aplikasi dalaman yang dapat diakses oleh kakitangan dengan kawalan kata laluan. Pembangunan InfoCenter ini telah bermula pada tahun 1999 dan diguna pakai bermula pada tahun 2000.

6 Penang Urban Tree Information System (PETIS) Membangunkan sistem pengurusan maklumat inventori dan pangkalan

data pokok-pokok bandar di Pulau Pinang pada tahun 2001. Sistem ini menggunakan gabungan pangkalan data dan teknologi geographic Information system (GIS) yang mampu memaparkan lokasi setiap pokok serta ciri-ciri masing-masing pada pemetaan digital.

7 ePublication Sistem laman sesawang eDagang—dibangunkan untuk menyebarkan

penerbitan-penerbitan FRIM secara dalam talian (on-line) dengan bayaran kepada pengguna menerusi Internet. Sistem ini dibangunkan pada tahun 2002.

8 Research Information Management System (RIMS) Memulakan kajian dan pembangunan sistem RIMS pada tahun 2003

dan dibangun semula secara komprehensif oleh Norul Maslissa.

9 Input-ouput Analysis Tools Aplikasi menganalisis input-output ini digunakan oleh ahli ekonomi

untuk menentukan kedudukan setiap sektor dalam ekonomi negara

17

apabila berlaku perubahan dalam sesuatu sektor. Aplikasi ini dibangunkan bersama-sama Dr Ahmad Fauzi Puasa pada tahun 2007.

10 ePrestasi Membangunkan Sistem Penilaian Prestasi secara dalam talian pada

tahun 2008. Sistem yang berasaskan laman sesawang ini diguna pakai bermula pada tahun 2009.

Mulai 1997 hingga sekarang, Wan Zahiri, antara lain, terlibat dalam menjalankan khidmat perundingan berkaitan pembangunan dan penyenggaraan Sistem Pengurusan Gaji dan Sistem Pengurusan Gaji (eSPG) berasaskan Sistem Saraan Malaysia dan Sistem Saraan Baru di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan (MPOB). Wan Zahiri juga turut menjalankan khidmat perundingan dengan membangunkan Modul Pengurusan Kewangan Sistem Maklumat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (CRIMS) serta Sistem Maklumat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (CRIMS) di LKM; membangunkan Sistem Inventori Pokok untuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dijalankan bersama-sama Program Hutan Bandar FRIM; membangun dan melaksanakan Sistem Pengurusan dan Pemantauan Persidangan/Seminar untuk MARDI; membangun dan melaksanakan Modul Pencen dan Cukai Pendapatan serta Penyata Kewangan 8 untuk MARDI. Bersama-sama Program

Wan Zahiri sedang menerangkan tentang perisian hasil reka cipta beliau

18

Hutan Bandar FRIM, Wan Zahiri juga membangunkan Sistem PETIS (Penang Urban Tree Information System) untuk JPBD Pulau Pinang.

Di sepanjang perkhidmatan di FRIM, Wan Zahiri telah menerima pelbagai anugerah seperti yang berikut;

2001 Pingat emas—Rekacipta FRIM Penang Urban Tree Information System

2002 Anugerah Khidmat Cemerlang (Individu)

2003 Anugerah Khidmat Cemerlang Berkumpulan (Kumpulan Unit ICT)

2009 Anugerah Khas Ketua Pengarah FRIM

2006 Anugerah Khidmat Cemerlang (Individu)

2009 Anugerah Khidmat Cemerlang (Kumpulan Pembangunan Sistem Tuntutan Online)

PESANAN UNTUK WARGA FRIM

Bekerjalah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki.

Wan Zahiri (dua dari kiri) bersama-sama isteri dan anak-anak

19

ULASAN KETUA PENGARAH

En Wan Zahiri yang saya kenali ialah seorang yang sentiasa komited dalam menjalankan tugasnya dalam bidang ICT dan banyak hasil kerjanya dirujuk agensi luar menerusi khidmat perundingan yang dilaksanakan. Secara peribadi, saya mengagumi sikap beliau yang sentiasa berhemah dalam sebarang tindakan dan tutur katanya menyebabkan En Wan senang didekati oleh semua.

Bagi saya, beliaulah satu-satunya ”Tokoh ICT FRIM”.