laporan tahunan 2017 frim pcs · 3 ahli jawatankuasa kerja laporan tahunan frim pcs 2017 penasihat...

42
1

Upload: vominh

Post on 15-Aug-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

1

Page 2: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

2

LAPORAN TAHUNAN 2017

PERKHIDMATAN PENSIJILAN PRODUK FRIM

FRIM PCS

In st it ut Pen yelidikan Perhut an an Malaysia

F RIM

Page 3: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

3

Ahli Jawat an kuasa Kerja L aporan Tahun an F RIM PC S 201 7

Pen asihat

Dati n S alam ah S elamat

Set iausaha

N urfarahi n Mohd S ani

Ahli Jawat an kuasa

Pn Mazdi ana Mohd Zai n

Pn S uhana Raf i dah Md. Yus of

Pn N or Hal i yan T an S hi lan

Ci k Nur Elysa S haki ra Othman

Muhamm ad Ikhwan Mohd N or

Page 4: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

4

KANDUNGAN

Kata Alu-aluan daripada Ketua Pengarah FRIM …..…………………………………………… 5

Kata Alu-Aluan daripada Pengarah Urusan FRIM PCS ……………………………………….. 6

Carta Organisasi FRIM PCS……………………….………………………………………………………. 7

Visi, Misi dan Objektif………………………………………… …………………………………………... 8

Piagam Pelanggan…………………….……………………………………………………………………… 8

Ahli- Ahli Jawatankuasa FRIM PCS………………………………………………………………….. 9

Ahli-Ahli Jawatankuasa FIAC………………..…………………………………………………............. 10

Senarai Juruaudit …………….…………………………………………………………………………….... 11

Senarai Pasukan Teknikal …………….………………………………………………………………..... 12

Aktiviti FRIM PCS…………………………………………………………………………………………….. 18

Ringkasan Penyata Kewangan………………………………………………………………………….. 40

Akronim dan Singkatan...................................................................................................................,,,, 43

Page 5: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

5

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan Laporan Tahunan Perkhidmatan Pensijilan Produk

FRIM (FRIM PCS) 2017 ini. Secara umumnya, pencapaian setiap aktiviti yang dirancang bagi tahun 2017

amatlah membanggakan lebih-lebih lagi dengan pelbagai usaha dan semangat kerjasama berpasukan

yang telah mula menampakkan hasilnya.

FRIM PCS telah berupaya mempersijilkan semua kategori produk perabot mudah alih berasaskan

kayu. Dalam usaha memperkasakan industri perabot bumiputera khususnya dalam membekalkan

produk berkualiti kepada pelanggan, FRIM PCS telah melaksanakan pensijilan produk perabot

berasaskan kayu daripada 18 syarikat. Syarikat akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini dan

dijangka akan terus meningkat dengan terlaksananya Pekeliling Perbendaharaan PK 2 Lampiran 2.1

yang mewajibkan pensijilan FRIM PCS mulai Julai 2018.

Dalam usaha meningkatkan sumbangan dan peranan bumiputera dalam sektor perabot,

penekanan harus diberikan kepada program-program pembangunan produk yang menitikberatkan

peningkatan kualiti dan reka bentuk perabot yang dikeluarkan. Proses menarik minat pembeli untuk

jangka panjang akan melibatkan penawaran produk tempatan yang berkualiti dan mempunyai “value

for money”, bukannya semata-mata sebagai pembeli yang mengharapkan harga produk yang rendah.

Dalam industri kayu-kayan ketika ini, tumpuan perlu diberikan kepada industri hiliran yang

bernilai tambah seperti perabot untuk mempertingkatkan pendapatan negara selari dengan Dasar

Industri Kayu Kayan Negara (NATIP) dan Induk perindustrian (IMP)

Syabas dan terima kasih kepada semua kakitangan FRIM PCS yang bersungguh-sungguh

melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta menjayakan semua aktiviti yang dirancang dan

dianjurkan. Semoga kerjasama padu daripada semua pihak akan diteruskan bagi memastikan

perkhidmatan pensijilan FRIM akan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan mahupun

antarabangsa.

Dato’ Dr Abd Latif Mohmod

Page 6: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

6

Pengarah Urusan FRIM PCS

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk

memberikan sepatah dua kata dalam laporan ini. FRIM PCS memainkan peranan yang lebih luas sebagai

bahan pensijilan produk yang berasaskan hutan dan keluaran hutan berbanding dengan awal

penubuhannya. FRIM PCS menawarkan pensijilan bagi pelbagai jenis produk antaranya perabot mudah

alih, perabot pasang siap, pintu rintangan api dan dinding rintangan api. FRIM PCS dapat membantu

industri tempatan dalam menghasilkan produk berkualiti secara konsisten.

Malah, FRIM PCS akan memastikan industri berasaskan produk keluaran hutan memenuhi

spesifikasi yang diperlukan dan standard yang ditentukan oleh pihak-pihak berkepentingan dan

pengguna. Secara tidak langsung FRIM PCS membantu industri berasaskan kayu dalam pembuatan

produk yang berkualiti setanding dengan jangkaan dan keperluan pelanggan. FRIM PCS komited dalam

mencapai misi dan visinya untuk menjadi sebuah badan pilihan serantau bagi pensijilan, pemeriksaan,

pengesahan dan pengujian produk berasaskan hutan menjelang 2025.

Perkhidmatan pensijilan produk FRIM telah beroperasi selama empat tahun dalam

mempersijilkan produk perabot semenjak diakreditasi di bawah ISO/IEC 17065: Type 5 oleh Jabatan

Standard Malaysia (DSM) pada 12 Disember 2014. Ia selari dengan hasrat YB Menteri Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu yang mahukan FRIM menjadi badan komersialisasi sejajar

dengan Akta FRIM 782 yang telah diwartakan pada 31 September 2016.

Di bawah skim pensijilan FRIM PCS industri perabot perlu memastikan semua proses yang

terlibat dalam penghasilan produk serta kualiti produk akhir dipenuhi. Kesemua syarikat yang terlibat

dalam pensijilan produk akan diaudit dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti produk yang

dihasilkan adalah konsisten serta mereka ialah syarikat pembuat yang sebenar. Melalui pensijilan produk

juga, peningkatan tahap keupayaan dan kebolehupayaan syarikat dalam mengeluarkan produk berkualiti

dapat dipantau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat

menjayakan program FRIM PCS dan berharap objektif penubuhan akan tercapai.

Hj. Mohd Zamshari Abd Rahman

Page 7: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

7

C a r t a O r g a n i s a s i F R I M P C S

Page 8: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

8

Visi

Menjadi badan pilihan serantau bagi pensijilan, pemeriksaan, pengesahan dan pengujian produk

berasaskan hutan menjelang 2025.

Misi

Memberi perkhidmatan ujian, pemeriksaan, pengesahan dan pensijilan yang melangkau jangkaan bagi

operasi dan rantaian bekalan melalui jaminan kualiti.

Polisi Kualiti

Kami komited untuk memuaskan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang cekap dan

dipercayai.

Piagam Pelanggan

1 Memastikan laporan audit diteliti sepenuhnya dalam tempoh dua minggu setelah selesai audit.

2 Memastikan sijil dikeluarkan dalam tempoh enam minggu selepas selesai audit dan mesyuarat

panel pensijilan.

3 Memastikan laporan rasmi (bertulis) pelanggan ditangani dalam tempoh sepuluh hari bekerja.

Page 9: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

9

A h l i - a h l i J a w a t a n k u a s a P e r k h i d m a t a n P e n s i j i l a n P r o d u k F R I M

1 Dr Rahim Sudin Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) – Pengerusi FIAC

2 En. Mohd Zamshari Hj Abd Rahman

Pengarah (Kewangan) – Pengarah Urusan FRIM PCS

3 Dr Gan Kee Seng Pengarah (Keluaran Hutan) – Pengerusi Jawatankuasa FRIM PCS

4 Datin Salamah Selamat Ketua (Makmal)/Ketua (Pengurusan Jaminan Kualiti) – Pengurus Pensijilan FRIM PCS

5 Dr Zaihan Jalaludin Ketua Pasukan Auditor FRIM PCS

6 En. Azharizan M Norizan Pengurus Operasi FRIM PCS

7 En. Hashim W Samsi Ketua Pasukan Teknikal FRIM PCS

8 Dr Mary Khoo Bhg Hasilan Semula Jadi

9 Dr Siti Salwana Hashim Bhg Bioteknologi Perhutanan

10 Pn Suharti Samod Unit Pengurusan Kualiti – Pengurus Dokumen FRIM PCS

11 Pn Suhana Rafidah Md. Yusof Unit Pengurusan Kualiti – Pengurus Kualiti FRIM PCS

12 Pn Nor Haliyan Tan Shilan Unit Pengurusan Kualiti – Timbalan Pengurus Pensijilan FRIM PCS

13 Cik Nur Elysa Shakira Othman FRIM PCS – Setiausaha Mesyuarat

Page 10: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

10

A h l i - A h l i J a w a t a n k u a s a Kesaksamaan dan Rayuan

Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FRIM Impartiality and Appeal Committee—FIAC) diwujudkan

bagi memastikan integriti dan kesaksamaan perkhidmatan pensijilan yang ditawarkan oleh FRIM PCS.

Ahli-ahli FIAC dipilih berdasarkan pengalaman teknikal mereka yang luas dalam sektor industri.

Komposisi, bidang tugas, terma rujukan, kecekapan anggota dan tanggungjawab Jawatankuasa FIAC ini

telah didokumenkan dan diberi kuasa oleh pengurusan tertinggi FRIM.

Ahli FIAC terdiri daripada pelanggan FRIM PCS, wakil-wakil persatuan perdagangan dan industri, wakil

badan-badan kawal selia kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil-wakil persatuan

pengguna. Tempoh perkhidmatan ahli-ahli FIAC ialah dua tahun bagi setiap kitaran. Ahli-ahli FIAC terdiri

daripada wakil-wakil yang berikut:

1. Datuk Rahim Sudin (Pengerusi)

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

2. En. Samsuri Maslan

Ketua Penolong Setiausaha Teknikal

Bahagian Perolehan Kerajaan

Kementerian Kewangan Malaysia

3. En. Che Sukri Che Mat

Pengarah

Bahagian Standard Kepenggunaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

4. En. Nelson Tan Meng Seng

Timbalan Presiden

Malaysian Furniture Council (MFC)

5. En. Sharvin A/L A. Subramaniam

Eksekutif Teknikal

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

6. En. Mohd Zamshari Hj Abd Rahman

Setiausaha

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

Page 11: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

11

S e n a r a i j u r u a u d i t F R I M P C S 2 0 1 7

1 D r Z a i h a n J a l a l u d i n

2 E n . P u a d E l h a m

3 E n . K h a i r u l A z m i J a b a r

4 E n . K h a i r u l M a s s e a t

5 E n . Z a i r u l A m i n R a b i d i n

6 P n S u h a n a R a f i d a h M d . Y u s o f

7 E n . S h a h a r u d i n H a s h i m

8 P n S u h a r t i S a m o d

9 P n N o r H a l i y a n T a n S h i l a n

Page 12: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

12

S e n a r a i P a s u k a n T e k n i k a l F R I M P C S 2 0 1 7

1 E n . H a s h i m W S a m s i – K e t u a P a s u k a n T e k n i k a l

2 E n . M o h d J a m i l b i n A b d u l W a h a b

3 P n N o r H a l i y a n T a n S h i l a n

4 E n . Z a i r u l A m i n R a b i d i n

5 E n . K h a i r u l M a s s e a t

6 E n . K h a i r u l A z m i J a b a r

7 D r K h a i r u l A w a n g

8 D r R a f e a d a h R u s l i

9 D r T u m i r a h K h a d i r a n

1 0 P n S i t i Z a l i h a A l i

1 1 C i k Y a n t i A b d K a d i r

1 2 P n N o o r A z r i e d a A b d R a s h i d

1 3 E n . M u h a m m a d F a i z K a m a r u d i n

Page 13: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

13

KRONOLOGI LAPORAN AKTIVITI FRIM PCS 2017

A. MESYUARAT RASMI PCS

Bil Nama Mesyuarat Kekerapan Tarikh Pelaksanaan

1 Mesyuarat Jawatankuasa Kesaksamaan & Rayuan (FIAC)

1 5/9/2017

2 Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM

2 11/4 & 28/9/2017

3 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) PCS

2 11/4 & 3/10/2017

4 Mesyuarat Panel Pensijilan (CP) 1 Siri 1/2017; 20/4/2017

5 Panel Penilai JuruAudit (AEP) - tidak ada keperluan untuk dilaksanakan

6 Mesyuarat Pasukan Teknikal 4 20/1, 18/4, 10/7, 21 & 25/9/2017

B. PERBINCANGAN KHAS

Bil Nama Perbincangan Kekerapan Tarikh Pelaksanaan

1 Perbincangan kemajuan projek Ahli Pasukan Kerja Projek Khas Kementerian Kewangan (MOF)

12 7/4, 21/4, 27/4, 5/5, 8/5, 23/5, 26/5, 30/5, 15/6, 18/7, 15/9 & 29/9/2017

2 Perbincangan Program Pemasaran Program 7 1 20/6/2017

3 Perbincangan dengan Pasukan Teknikal Pensijilan Pintu Rintangan Api

1 2/5/2017

4 Perbincangan dengan Syarikat Fitters Warehouse & Production Facilities Sdn Bhd

1 28/4/2017

5 Perbincangan dengan Syarikat Intergrated Brick Works Sdn Bhd

1 17/5/2017

6 Perbincangan dengan FRIM PCS dan Perunding untuk Perancangan Perniagaan Bersama UiTM (UiTM Survey dan Business Plan)

5 26/4, 16/6, 26/09, 1/11 & 5/12/2017

7 Perbincangan dan Pembentangan Memorandum Jemaah Menteri

1 8/6, 9/6 & 20/6/2017

8 Perbincangan Projek Khas Hab Perabot Bumiputera

1 4/8/2017

9 Perbincangan Khas Berkenaan Pensijilan Herba 1 3/11/2017

10 Perbincangan Khas Pasukan Kerja FRIM PCS 1 3/11/2017

11 Perbincangan Berkenaan Bajet FRIM PCS 1 10/11/2017

Page 14: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

14

12 Perbincangan Khas Mekanisme Pelaksanaan Projek Khas FRIM PCS & MOF

3 13/11/2017

13 Perbincangan Khas Berkenaan Harga Produk Pasang Siap dan Mudah Alih

1 16/11/2017

14 Jawatankuasa Ad Hoc Penambahbaikan Reka Bentuk Produk Perabot Semasa Perolehan Kerajaan

3 27/11, 7/12 & 19/12/2017

C. PERBINCANGAN/MESYUARAT DENGAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)

Bil Nama Perbincangan/ Mesyuarat Kekerapan Tarikh Perlaksanaan

1 Akiviti-aktiviti pemerkasaan bumiputera di Malaysia Timber Industry Board (MTIB)

1 16/2/2017

2

Perbincangan pemerkasaan industri perabot Bumiputera dengan Economic Planning Unit (EPU) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB)

1 2/5/2017

3

Perbincangan dan pembentangan dengan MOF untuk melengkapkan keperluan perolehan perabot kerajaan bagi melonjakkan industri perabot Bumiputera

7 3/4, 17/4, 28/4, 2/6, 7/7, 26/7 & 16/8/2017

4 Perbincangan dengan Persatuan Pengusaha Perabot Bumiputra (PETRA)

6 23/1, 2/2, 8/5, 23/10 & 06/12/2017

5 Perbincangan dengan Golden Pharos 3 11/5, 29/09 & 29/11/2017

6 Perbincangan aktiviti berkaitan industri perabot yang dilakukan Furniture Industry Technology Center (FITEC)

1 8/5 & 12/9/2017

7 Pembentangan MJM di The Natural Resources and Environment ministry (NRE)

1 20/6, 29/8 & 31/10/2017

8 Perbincangan kemudahan yang ditawarkan oleh MITI untuk industri perabot bersama-sama Lifestyle Unit MATRADE

1 12/7/2017

9 Perbincangan dengan Furniture Industry Research Assosiation (FIRA) Installation Scheme dan Bruce Lovell

1 27/9/2017

10 Perbincangan pengurusan dana kewangan dengan SME Bank

3 05/10, 25/10 & 14/12/2017

11 Perbincangan dengan Greeentech – Myhijau Produk

1 30/10/2017

12 Perbincangan aktiviti yang boleh ditawarkan oleh SME Corp

1 14/8/2017

13 Perbincangan kerjasama pembangunan standard spesifikasi dengan Jabatan Kerja Raya (JKR)

2 10/11 & 21/12/2017

Page 15: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

15

14 Perbincangan kemudahan dan program yang ditawarkan oleh MIDC kepada industri perabot

2 21/12 & 11/1/2017

15 Perbincangan dengan Pihak UiTM dalam membangunkan kursus latihan

1 22/12/2017

16 Perbincangan FRIM CIDB Holdings dalam membangunkan Certified Installer

1 20/12/2017

17 Perbincangan dengan PEMASA dalam penghasilan sistem perabot makmal

1 29/12/2017

18 Perbincangan dengan pengusaha perabot berasaskan tilam- tilam tidak lagi disenaraikan dalam panel

1 5/1/2017

D. LATIHAN

Bil Nama Latihan Kekerapan Tarikh Pelaksanaan

1 Latihan & kompetensi juruauadit produk FRIM PCS berdasarkan in-situ ke atas 47 produk perabot sekolah

1 2 & 3/2/2017

2 Melaksanakan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 1 1& 2/3/2017

3 Awareness MS 9001:2015 1 6/3/2017

4 Pengenalan Akreditasi ISO/IEC 17025 1 14/4/2017

5 Pengendalian, tatacara & demonstrasi alat ujian in-situ baharu

1 18/4/2017

6 Pengukuhan Audit Dalam ISO/IEC 17065 1 23/5/2017

7 Refresher course ISO/IEC 17020 1 25/5/2017

8 Kursus & ujian kompetensi pembantu teknikal 1 13/10/2017

E. AKTIVITI AUDIT

Bil Nama Audit Kekerapan Tarikh Pelaksanaan

E.1 Audit Syarikat

1 Audit Pemantauan (SV2) – Syarikat MS Zabki Sdn Bhd- Khairul Azmi

1 26/1/2017

2 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Puncak Bumi Utama Sdn Bhd- Zairul Amin

1 20/2/2017

3 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Regal Bonus Sdn Bhd- Khairul Masseat

1 22/3/2017

4 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Subky Sdn Bhd- Zairul Amin

1 24/5/2017

5 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Teras Puncak Sdn Bhd- Khairul Masseat

1 24/5/2017

Page 16: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

16

6 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Alwy Development Sdn Bhd- Zairul Amin

1 25/25/2017

7 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Hasro Gallery Frunitre Sdn Bhd- Khairul Masseat

1 25/05/2017

8 Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat A.M.A.B Bina Enterprise Sdn Bhd – Dr. Zaihan Jalaludin & Yanti Abd Kadir

1 17/10/2017

9 Audit Pemantauan (SV2) & Pensijilan Semula – Syarikat Adunan Komersil Sdn Bhd – Khairul Azmi Jabar, Haliyan Tan Shilan & Suhana Rafidah

1 02/11/2017

10 Audit Pensijilan Semula – Syarikat MS Zabki Sdn Bhd – Khairul Azmi Jabar

1 20 - 22/11/2017

11 Audit Penilaian (Kitchen cabinet) – Syarikat Regal Bonus Sdn Bhd – Khairul Masseat & Shaharuddin Hashim

1 28/11/2017

12 Audit Pensijilan Semula – Syarikat Ramaco Bena Sdn Bhd – Khairul Azmi Jabar & Suharti Samod

1 26/12/2017

E.2 Audit FRIM PCS

1 Self Audit - Taskforce FRIM PCS 2 31/1 & 13/11/2017

2 Audit DSM (SV1 & SV2) 2 7 & 8/2, 25 & 26/10/2017

3 Audit Dalam PCS 1 7 & 8/6/2017

F. AKTIVITI PROMOSI

Bil Nama Aktiviti Kekerapan Tarikh Pelaksanaan

1 Lawatan Kerja FRIM PCS ke CIDB Holdings 1 13/1/2017

2 Lawatan promosi ke kilang di Johor

(Smart Victory dan PSB Decoration Sdn Bhd) 1 27/2 & 28/2/2017

3 Lawatan JAIS ke FRIM PCS 1 21/2/2017

4 Penglibatan dalam pameran di MIFF 2017 1 8 – 11/3/2017

5 Lawatan promosi ke kilang di 1 20 – 24/3/2017

6 Lawatan ke Sarawak 1 18 - 21/5/2017

7 Lawatan promosi ke kilang di Zon Selatan 1 21 – 24/8/2017

8 Lawatan promosi ke kilang di Zon Utara 1 11 – 14/9/2017

G. BENGKEL/DIALOG

Bil Nama Aktiviti Kekerapan Tarikh Pelaksanaan

1 Bengkel pemurnian akhir dokumen teknikal

FRIM PCS (Siri1/2017) 2 - 4/8/2017

2 Bengkel hab perabot Bumiputera 13/9/2017

Page 17: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

17

3 Dialog PETRA dengan FRIM PCS - Perbincangan

untuk membuat dokumen dan katalog PETRA

dalam MOF 8/11/2017

H. LAIN-LAIN AKTIVITI

Bil Nama Aktiviti Kekerapan Tarikh Pelaksanaan

1 Lawatan Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Ke FRIM PCS

1 24/8/2017

Page 18: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

18

LAPORAN AKTIVITI FRIM PCS

2017

Page 19: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

19

A. MESYUARAT RASMI FRIM PCS

1 Mesyuarat Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FIAC)

Mesyuarat Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FIAC) Siri 1/2017 telah diadakan di Bilik

Mesyuarat Shorea, FRIM pada 5 Sept 2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datuk Dr

Rahim Sudin dan dihadiri oleh Encik Daniel Hu Tian Sum (Timbalan Presiden, MFC), Encik

Mohamad Adzizulrohim Abd Malek (Ketua Penolong Setiausaha Teknikal, MOF), En Sharvin

A/L Subramaniam (Eksekutif Projek Teknikal, FOMCA). Mesyuarat telah dijalankan bermula

jam 10 pagi sehingga 5 petang dan lawatan ke makmal ujian perabot FRIM diadakan di sebelah

petang.

Gambar i & ii Mesyuarat FIAC di Bilik Mesyuarat Shorea

B. PERBINCANGAN KHAS

1 Perbincangan Khas bersama Ahli Pasukan Kerja Khas MOF

Perkhidmatan pensijilan produk FRIM (FRIM PCS) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas

Ahli Pasukan Kerja Khas MOF yang telah berkuat kuasa pada 26 April, 2017. Jawatankuasa ini

ditubuhkan untuk membantu FRIM menjayakan program kerjasama bersama-sama Bahagian

Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dalam menambah baik Kontrak Pusat

Sistem Panel Kerajaan. Program ini bermatlamat untuk melonjak kemampuan Pengusaha

Perabot Bumiputera dalam membekalkan kualiti produk perabot serta berdaya saing bagi

memasuki pasaran yang sedia ada. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan sehingga

Julai 2017 dan ahli pasukan yang terlibat dalam projek FRIM-MOF terdiri daripada 16 orang

pegawai daripada Bahagian Keluaran Hutan.

Gambar i Gambar ii

Page 20: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

20

Gambar i Perbincangan dengan ahli pasukan Gambar ii Sesi percambahan minda

Gambar iii Perbincangan dengan ahli pasukan

2. Perbincangan dengan Pasukan Teknikal Pensijilan Pintu Rintangan Api

Perbincangan ini telah diadakan pada 2 Mei 2017, jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat FRIM

PCS. Tujuannya adalah untuk membincangkan berkenaan status terkini pensijilan Pintu

Rintangan Api berserta perincian tindakan yang telah dilaksanakan. Seramai 13 orang

pegawai terlibat dalam perbincangan tersebut.

Gambar i & ii Sesi perbincangan dengan pasukan teknikal pensijilan pintu rintangan api

Gambar i Gambar ii

Page 21: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

21

3. Perbincangan dengan Syarikat Fitters Warehouse & Production Facilities Sdn Bhd

Perbincangan dengan Syarikat Fitters Sdn Bhd telah diadakan pada 28 April 2017 di Fitters

Warehouse & Production Facilities Sdn Bhd. Tujuannya adalah untuk perkongsian maklumat

berkenaan proses pensijilan pintu rintangan api. Wakil syarikat Fitters Sdn Bhd yang hadir

ialah En Fiezan Izmar (Pengurus Kualiti Fitters), manakala wakil daripada FRIM ialah En

Izwam Ismail, En Khairul Azmi Jabar dan Pn Nor Haliyan Tan Shilan.

Gambar i dan ii Sesi perbincangan

C. PERBINCANGAN/MESYUARAT BERSAMA PEMEGANG TARUH- STAKEHOLDER

1. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama dengan pihak Kementerian Kewangan

Malaysia (MOF) untuk membincangkan peranan FRIM dalam melengkapkan keperluan

perolehan perabot kerajaan bagi melonjakkan industi perabot Bumiputera.

i. Perbincangan pertama telah diadakan pada 3 April 2017 bertempat di Bilik

Mesyuarat Tender, Blok Utara MOF, jam 9.30 pagi. Tujuan perbincangan adalah untuk

meneliti pembentangan Business Model FRIM dalam Kontrak Pusat Sistem Panel sebelum

dibentangkan kepada SUB Perolehan, Dato Othman Semail.

ii. Perbincangan dengan pegawai bahagian perolehan telah diadakan pada 17 April

2017 di Bilik Mesyuarat Utama Aras 5, Blok Utara MOF, jam 9.30 pagi. Tujuannya adalah

untuk membincangkan peranan FRIM dalam membantu Kontrak Pusat Sistem Panel,

FRIM telah membentangkan cadangan untuk melengkapkan keperluan kontrak pusat

sistem panel bagi memperkasakan industri perabot Bumiputera. Perbincangan tersebut

melibatkan wakil NRE, MOF dan FRIM.

Gambar ii Gambar i

Page 22: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

22

Gambar i & ii Wakil FRIM dan MOF yang hadir semasa perbincangan

2. Golden Pharos Sdn Bhd

Perbincangan bersama dengan Golden Pharos Sdn Bhd telah diadakan pada 11 Mei, 2017 di

Bilik Licuala FRIM. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan dan sokongan daripada

Golden Pharos berkenaan perjalanan FRIM PCS. Perbincangan melibatkan seramai 12 orang

wakil FRIM dan enam orang wakil Golden Pharos

Gambar i Perbincangan wakil FRIM dan GP Gambar ii Sesi bergambar selepas selesai

perbincangan

Gambar i Gambar ii

Page 23: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

23

D. LATIHAN

1 Latihan dan Kompetensi Juruaudit Produk FRIM PCS Berdasarkan In-situ Ke Atas 47

Produk Perabot Sekolah

Latihan ini dilaksanakan lanjutan daripada latihan amali in-situ yang telah diadakan di Kilang

Puncak Bumi Utama Sdn Bhd, Pulau Pinang (23 November 2016) dan di Kilang Ramaco Bena

Sdn Bhd, Terengganu (6 Disember 2016).

Bagi pelaksanaan latihan ini, peserta yang terdiri daripada Juruaudit Produk dibahagikan

kepada lima kumpulan yang mana setiap kumpulan ditugaskan membuat slaid pembentangan

bagi tatacara in-situ mengikut produk-produk yang telah ditetapkan. Tatacara in-situ telah

disusun semula mengikut kelompok produk yang menggunakan standard yang sama.

Semasa latihan, setiap kumpulan perlu membuat pembentangan terhadap tatacara in-situ

produk secara ringkas dan penilaian terhadap kefahaman dan kompetensi juruaudit secara

menyeluruh bagi tatacara in-situ dilaksanakan pada 3 Februari 2017 (10.00 pagi).

Pemarkahan penilaian ini membawa markah sebanyak 65%; manakala penilaian bagi

kompetensi teknikal dibuat berdasarkan amali di Syarikat Puncak Bumi dan Syarikat Ramaco

Bena.

Gambar i & ii Sesi pembentangan kumpulan

Gambar iii Soal jawab dan perbincangan Gambar iv Sesi penilaian kompetensi

Gambar i Gambar ii

Page 24: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

24

2. Latihan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 (1-2 Mac 2017) dan Kesedaran MS 9001:2015

(6 Mac 2017)

Kedua-dua latihan ini telah diadakan sebagai keperluan dan persediaan calon untuk menjadi

seorang Juruaudit Produk disamping meluaskan kesedaran di kalangan kakitangan PCS.

Latihan ini telah dikendalikan oleh Intertek International Sdn Bhd yang terlibat dalam system

pensijilan dan pengurusan kualiti.

Gambar i & ii Sesi penerangan Standard MS ISO 9001;2015

Gambar iii Sesi penerangan Standard MS ISO 9001:2015

3. Pengenalan Akreditasi ISO/IEC 17025 (14 April 2017)

Latihan ini diadakan bagi memberi pengetahuan kepada pasukan juruaudit produk, pasukan

teknikal dan kakitangan FRIM PCS. Sebagai pengetahuan asas kepada peserta, keperluan

akreditasi makmal ujian mengikut Standard MS ISO/IEC 17025 telah diterangkan mengikut

klausa yang berkaitan. Bagi skop akreditasi ISO/IEC 17065, pelaksanaan ujian ke atas produk

yang hendak dipersijilkan dilaksanakan oleh makmal ujian yang telah diakreditasi di bawah

sistem ISO/IEC 17025. Justeru personel yang terlibat dengan FRIM PCS perlu mahir dengan

keperluan sistem ini.

Page 25: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

25

Gambar i Sesi penerangan teori Gambar ii Sesi menjawab soalan

4. Pengendalian, Tatacara dan Demonstrasi Alat Ujian In-situ (Baharu) (18 April 2017)

Latihan ini diadakan bagi memastikan setiap Pasukan Juruauadit Produk, Pasukan Teknikal,

Pembantu Teknikal dan Personel FRIM PCS mampu melaksanakan proses ujian in-situ di

kilang/syarikat dengan menggunakan alat ujian in-situ yang telah ditambah baik

komponennya. Antara isi kandungan latihan yang ditekankan ialah tatacara penggunaan

beban (weight), daya (force) dan bilangan setiap turun naik beban yang diperlukan pada setiap

ujian yang dibuat.

Gambar i Sesi pemasangan alat ujian in-situ

Gambar ii Proses ujian in-situ

5. Latihan pengukuhan ISO/IEC 17065 (23 Mei 2017)

Tujuan latihan pengukuhan ini adalah bagi membantu pasukan juruaudit dalam

meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan keperluan sistem

ISO/IEC 17065. Maklumat ini dapat digunakan atau diaplikasikan melalui tugasan Audit

Dalam yang dilaksanakan ke atas FRIM PCS berdasarkan Standard ISO/IEC 17065. Pengajar

telah memberi penerangan mengikut klausa standard dan contoh- contoh objective evidence

berdasarkan kepada rekod atau dokumen yang ada di FRIM PCS.

Page 26: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

26

Gambar i Kehadiran juruaudit dalam ISO/IEC 17065

Gambar ii Sesi penerangan ISO/IEC 17065

6. Latihan Pengukuhan ISO/IEC 17020:2012 (Pemeriksaan)

Sebagai Latihan Pengukuhan kepada semua pasukan Juruuadit Produk, Teknikal dan

Pembantu Teknikal serta personel FRIM PCS. Latihan ini menekankan keperluan-keperluan

berkaitan dengan skop “Inspection” yang dinyatakan dalam standard ISO/IEC 17020.

Perkongsian maklumat ini adalah bagi menambah pengetahuan setiap pasukan di bawah

FRIM PCS berkaitan akreditasi ISO/IEC 17020 iaitu keperluan dan persediaan yang perlu

dilaksanakan sekiranya FRIM PCS ingin melaksanakan skop ini.

Gambar i & ii Penerangan keperluan ISO/IEC 17025

7. Latihan Pengendalian Ujian In-situ dan Kompetensi Pembantu Teknikal (13 Okt 2017)

Latihan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kompentensi Pembantu

Teknikal dalam pelaksanaan proses ujian In-situ selaras dengan tanggungjawab Pembantu

Teknikal yang perlu membantu Juruaudit Produk melaksanakan ujian in-situ semasa Audit

Pemantauan dijalankan di kilang. Proses ujian in-situ juga dijalankan semasa proses batch

inspection. Ujian kompetensi juga dijalankan semasa proses latihan ini.

Page 27: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

27

Gambar i Proses ujian in-situ sedang dijalankan

Gambar ii Penilaian kompetensi ujian in-situ

E. AKTIVITI AUDIT

E1. AUDIT SYARIKAT

1. Audit Pemantauan (SV1) – Syarikat Puncak Bumi Utama Sdn Bhd

Audit pemantauan tahun pertama telah dijalankan ke atas syarikat Puncak Bumi Utama Sdn

Bhd pada 21 Februari 2017 oleh En. Zairul Amin selaku ketua juruaudit dan En. Puad Elham

selaku juruaudit. Proses ujian in-situ ke atas sampel produk juga telah dijalankan bagi

keempat-empat produk syarikat (BDR1, BDR2, BDM3 & BDM4) dan syarikat telah menerima

sebanyak tiga teguran ketidakpatuhan.

Gambar i Juruaudit sedang memasang mesin

untuk ujian in-situ ke atas meja

Gambar ii Ujian drop test sedang dijalankan

ke atas produk BDM3

2. Audit Pemantauan (SV1) – Regal Bonus Sdn Bhd

Audit pemantauan tahun pertama telah dijalankan ke atas syarikat Regal Bonus Sdn Bhd pada

22 Mac 2017 oleh En. Khairul Masseat selaku ketua juruaudit dan En. Puad Elham selaku

juruaudit. Proses ujian ujian in-situ ke atas sampel produk juga telah dijalankan bagi keempat-

empat produk (meja kerani, meja guru berpedestal, meja guru karel berpedestal, rak pigeon

holes 12s) dan syarikat tidak menerima sebarang teguran ketidakpatuhan.

Page 28: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

28

Gambar i En. Puad dibantu oleh En. Hafiz

mengambil ukuran produk rak

Gambar ii Juruaudit sedang menjalankan

ujian kekuatan sokongan

Gambar iii Ujian in-situ ke atas rak meja Gambar iv Ujian beban melintang ke atas

produk meja guru

E2. AUDIT FRIM PCS

1. Audit Kendiri

Audit kendiri siri1/2017 telah dijalankan pada 16 Januari 2017 bagi persediaan kepada audit

luar yang akan diljalankan pada 7 dan 8 Februari 2017. Audit kendiri siri 2/2017 pula telah

dijalankan pada 30 Mei–2 Jun 2017 bagi persediaan audit dalam pada 7 dan 8 Jun 2017. Audit

ini melibatkan semakan ke atas fail-fail rasmi, syarikat dan rekod-rekod yang berkaitan

dengan perkhidmatan pensijilan produk di Bilikan Gerakan(BG) Ixora, PJK.

Gambar i Pengurus Pensijilan sedang

memberikan kata alu-aluan pembukaan

audit kendiri

Gambar ii Pasukan kerja yang hadir di sesi

perbincangan

Page 29: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

29

2. Audit Dalam FRIM PCS

Audit dalam FRIM PCS telah dijalankan pada 7 dan 8 Jun 2017 di Pejabat FRIM PCS dan

dihadiri oleh pasukan kerja PCS (Operasi dan Juruaudit). Audit ini dilaksanakan bagi

memastikan kepatuhan Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) terhadap

keperluan standard ISO/IEC 17065. Audit ini diketuai oleh Dr Kevin Ng Kit Siong dan dibantu

oleh Dr Lee Chai Ting dan Pn Noor Rasyila Mohamed Noor. Terdapat empat penambahbaikan

yang diusulkan kepada FRIM PCS dan kesemua penambahbaikan telah diambil tindakan

segera. Mesyuarat penutupan audit telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zamshari (Pengarah

Urusan FRIM PCS) dan dihadiri oleh pegawai-pegawai PCS.

Gambar i Mesyuarat pembukaan audit Gambar ii Juruaudit sedang menjalankan

semakan ke atas dokumentasi syarikat

Gambar iii En. Izwan sedang memberikan

penerangan kepada Juruaudit

Gambar iv Dr Lee Chai Ting sedang

membuat semakan ke atas fail syarikat

Page 30: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

30

3. Audit Luar FRIM PCS

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) telah berjaya menjalani Audit Luar

ISO/IEC 17065 (SV 4) pada 7 dan 8 Feb 2017. Audit ini telah dilaksanakan di BG Ixora, PJK

yang dihadiri oleh pasukan kerja PCS (operasi dan pensijilan) serta juruaudit daripada Jabatan

Standard Malaysia iaitu En. Ir. Boey Her Meng, En. Gan Boon Keong dan En. Mark Mariba

(pemerhati audit).

Tiada sebarang penemuan ketidakpatuhan yang diterima, hanya tujuh peluang

penambahbaikan yang diusulkan kepada FRIM PCS. Mesyuarat penutupan ini turut dihadiri

oleh Datuk Dr Rahim Sudin (Timbalan Ketua Pengarah Operasi), En. Mohd Zamshari Hj. Abd

Rahman (Pengarah Urusan PCS), Dr Zaihan Jalaludin (Ketua Pasukan Audit), En. Hashim W.

Samsi (Ketua Pasukan Teknikal), Pegawai-pegawai FRIM PCS dan PJK.

Hasil penilaian yang dijalankan selama dua hari, pasukan juruaudit Jabatan Standard Malaysia

merumuskan bahawa FRIM sebagai Badan Pensijilan telah mengekalkan sistem pengurusan

berdasarkan kepada keperluan MS ISO/IEC 17065:2012 serta polisi dan prosedur yang

ditetapkan oleh Standards Malaysia bagi aktiviti pensijilan produk dan skop akreditasi terkini.

Gambar i Sesi pembukaan audit Gambar ii Pn. Suhana sedang memberi penerangan kepada En. Gan

Gambar iii Sesi penutupan audit Gambar iv Sesi bergambar beramai-ramai

Page 31: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

31

F. AKTIVITI PROMOSI

1. Lawatan Ke Kilang di Johor

Pada 27 Februari 2017, Pasukan Pemasaran diketuai oleh En. Mohd. Izwan Ismail bersama-

sama Ketua Pasukan Juruaudit, Dr Zaihan Jalaludin dan Pn Mazdiana Mohd Zain telah

mengadakan satu sesi lawatan ke Smart Victory Sdn Bhd, sebuah syarikat perintis FRIM PCS

di Johor Bharu, Johor.

Pada 28 Mac 2017, FRIM PCS telah menjalankan lawatan ke PSB Décoration Sdn. Bhd. Walau

bagaimanapun FRIM PCS mendapati tiada proses penghasilan produk dijalankan berkaitan

kerusi dan meja sekolah semasa lawatan dijalankan di kedua-dua kilang. Pasukan Pemasaran

telah mendapatkan maklum balas status terkini mengenai syarikat Smart Victory yang masih

tidak dapat menjalankan audit pemantauan disebabkan syarikat tidak mendapat sebarang

tender SST daripada MOF. Lawatan ke syarikat PSB Decoration adalah bagi menjalankan kaji

selidik syarikat bumiputera dan juga bagi menawarkan perkhidmatan pensijilan produk

kepada syarikat.

1.1 Smart Victory Sdn Bhd pada 27 Februari 2017

Gambar i Keadaan syarikat ketika ini Gambar ii Sesi bergambar

1.2 PSB Decoration Sdn Bhd pada 28 Mac 2017

Gambar i Produk-produk yang dihasilkan oleh

syarikat

Gambar ii Susun atur mesin di kilang

Page 32: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

32

2. Lawatan Ke Kilang Perabot Di Perak

Satu lawatan kerja ke kilang Perabot di Perak telah dijalankan oleh pasukan pemasaran FRIM

PCS 20–24 Mac 2017 yang diketuai oleh En. Izwan Ismail, selaku Pengurus Operasi FRIM PCS

bersama-sama Pn Nor Haliyan Tan Shilan, Timbalan Pengurus Pensijilan FRIM PCS. Sebanyak

lima kilang telah dilawati dalam siri promosi ini bertujuan bagi menerangkan dengan lebih

terperinci tujuan skim pensijilan produk ini diadakan. Maklum balas yang diterima daripada

pengusaha berkaitan perkhidmatan pensijilan yang ditawarkan oleh FRIM PCS adalah positif

walaupun terdapat kekangan pasaran yang sedang dihadapi oleh pengusaha.

2.1 Paharudin Industries Sdn Bhd pada 20 Mac 2017

Gambar i Pintu utama kilang

Perabot Paharudin

Gambar ii Sesi temu bual

dengan En. Zairul Anuar

Paharudin selaku Pengurus

kilang

Gambar iii Keadaan dalam

kilang Paharudin Industries

2.2 Lembut Bestari Sdn Bhd pada 21 Mac 2017

Gambar i Temu bual dengan En. Yatim dan

pekerja beliau

Gambar ii Keadaan peralatan yang tidak

beroperasi kerana tiada tempahan

Page 33: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

33

2.3 Setia Meranti Sdn Bhd pada 21 Mac 2017

Gambar i Bergambar di dalam pejabat Setia

Meranti bersama-sama En. Osman dan anak

beliau En. Khairul

Gambar ii Keadaan kilang yang masih beroperasi

menghasilkan produk tempahan selain MOE

2.4 Perabot Manaq Sdn Bhd pada 22 Mac 2017

Gambar i Lawatan ke kilang

Perabot Manaq dan temu bual

bersama-sama Tuan Haji

Mohd Syukri

Gambar ii Temu bual di

pejabat operasi

Gambar iii Stok kerusi dan

meja perabot sekolah yang

masih ada.

2.5 JuszJunnEmpire Sdn Bhd pada 23 Mac 2017

Gambar i Temu bual dengan En. Jusszuraini

dan pekerja beliau di pejabat urusan

Gambar ii Syarikat mempelbagaikan

pembuatan perabot berasaskan kayu palet

Page 34: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

34

3. Lawatan Ke Jabatan Agama Islam Selangor

Satu lawatan kerja ke Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah

diadakan pada 21 Feb 2017. FRIM PCS yang diketuai oleh Dr Zaihan Jalaludin adalah dalam

usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan perolehan kerusi dan meja

murid bagi semua sekolah di bawah seliaan JAIS. Wakil dari pihak JAIS Ustaz Samsuri Sibadar

telah menyambut kedatangan FRIM PCS.

Gambar i Wakil FRIM PCS dan Pegawai JAIS bergambar

selepas perbincangan

4. Penyertaan Pameran di Ekspo Perkayuan Sarawak dan Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) ke 3, 18 hingga 21 Mei 2017

Ekspo Perkayuan Sarawak dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke 3 2017 telah

diadakan pada 18 hingga 21 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Pameran

bertemakan Timber and Beyond bertujuan untuk mempromosikan penggunaan pokok Akasia

dan buluh. Ekspo ini ialah anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak

(PUSAKA) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sarawak.

Sejumlah 494 gerai pameran daripada 280 pempamer terdiri daripada pengusaha industri

perkayuan, persatuan industri perabot, pengusaha kecil dan sederhana dan pempamer antara

bangsa dari Korea, Vietnam, India, Indonesia dan China. FRIM telah mengambil bahagian

dalam pameran sempena ekspo tersebut dan mempromosikan aktiviti penyelidikan akasia

dan buluh serta Skim Pensijilan Produk FRIM.

Page 35: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

35

Gambar i Logo Sarawak Timber SMEs Expo Gambar ii Sesi penerangan kepada pelawat

Gambar iii Pelawat yang hadir ke pameran

5. Penyertaan Pameran Malaysia International Furniture Fair (MIFF 2017)

Wakil FRIM PCS telah menyertai pameran MIFF yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra

(PWTC) 8–11 Mac 2017 bagi mempromosikan Pensijilan Produk Perabot kepada pengusaha

perabot tempatan yang hadir ke pameran ini. FRIM PCS berkongsi ruang pameran bersama-

sama FRIM semasa pameran ini. Impak pameran ini, pengusaha tempatan mengetahui

kewujudan FRIM PCS dan kelebihan pensijilan ke atas produk perabot.

Gambar i Logo MIFF 2017 Gambar ii Wakil FRIM yang hadir semasa

majlis perasmian MIFF

Page 36: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

36

Gambar iii Datuk Dr Rahim Nik yang

datang melawat booth FRIM

Gambar iv Wakil PCS dan FTL yang

bertugas semasa pameran

G. BENGKEL / DIALOG

1. Dialog Persatuan Perabot Bumiputera (PETRA) Bersama FRIM PCS

Persatuan Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA) telah menganjurkan sesi dialog bersama

dengan FRIM pada 8 November 2017 di Auditorium FRIM. Turut hadir ialah wakil-wakil

daripada PEKA, GABUKA dan PUPUK.

Tujuan sesi dialog ini adalah bagi mengenal pasti isu-isu pengusaha perabot Bumiputera

dalam pasaran perabot tempatan dan perolehan kerajaan.

Pembentangan seminar dialog telah disampaikan oleh Datin Salamah Selamat bertajuk

”Pasaran Kerajaan Sebagai Landasan Melonjakkan Pemerkasaan Pengusaha Perabot

Bumiputera”. Sesi dialog ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang mana

hampir 70 pengusaha perabot BUMIPUTERA telah hadir.

Gambar i Ucapan pembukaan oleh Pengerusi PETRA, Dato’ Nadzir Sheikh Fazir

Gambar ii Pembentangan daripada Datin Salamah Selamat

Page 37: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

37

Gambar iv Peserta-peserta yang telah hadir di Majlis Forum

Page 38: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

38

La p o r a n P e r b e l a n j a a n d a n P e n d a p a t a n F R I M P C S 2 0 1 7

Vot No: 23410107006

RM

Pendapatan

Baki awal (10,058.47)

Peruntukan kerajaan Malaysia 180,000.00

Pindahan peruntukan 91,288.87

Jumlah Pendapatan 261,230.40

Komitmen

Semua perkhidmatan lain 11,000.00

Perbelanjaan

Pembayaran gaji, imbuhan, KWSP dan Socso 21,483.87

Imbuhan tetap 9,070.98

Sumbangan berkanun 4,507.30

Elaun lebih masa 490.18

Kos tuntutan perjalanan (TNT) 7,024.12

Perhubungan dan utiliti 43.92

Sewaan 3,510.00

Bekalan bahan mentah dan bahan penyelenggaraan 77.05

Bekalan dan bahan-bahan Lain 6,201.70

Penyelenggaraan dan pembaikan kecil 3,505.84

Perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti 17,234.14

Aset 54,922.00

Ganjaran 1,440.75

Cukai dan insuran 9,500.00

Jumlah Perbelanjaan 141,436.85

Baki 108,793.55

Page 39: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

39

Vot No : 23410102002

RM

Pendapatan

Baki awal 220,358.82

Peruntukan kerajaan Malaysia 495,000.00

Pindahan peruntukan 29,274.02

Jumlah Pendapatan 744,632.84

Komitmen

Penyelenggaraan bangunan pejabat 14,031.85

Perbelanjaan

Elaun lebih masa 322.08

Kos tuntutan perjalanan (TNT) 8,117.25

Perhubungan dan utiliti 8.28

Bekalan bahan mentah dan bahan penyelenggaraan 292.90

Sewaan 300.00

Bekalan dan bahan-bahan lain 69,396.64

Penyelenggaraan dan pembaikan kecil 286,252.70

Perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti 289,984.14

Aset 66,482.00

Cukai dan insuran 45.00

Jumlah Perbelanjaan 721,200.99

Baki 9,400.00

Page 40: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

40

Pendapatan FRIM PCS 2017 Vot No : 55210101005

RM

Pendapatan

Alwy Development Sdn Bhd 486.00

Subky Sdn Bhd 468.00

Homestead Wood Industries Sdn Bhd 288.00

Puncak Bumi Sdn Bhd 2,229.25

Ramaco Bina Sdn Bhd (2,880.00)

Syarikat Ms Zabki (M) Sdn Bhd 2,037.74

Regal Bonus (M) Sdn Bhd 1,383.02

Puncak Bumi Sdn Bhd (3,560.00)

Cantuman AnggeriK Sdn Bhd 1,000.00

Syarikat Subky Sdn Bhd 2,382.08

Alwy Development Sdn Bhd 2,382.08

Alwy Development Sdn Bhd 198.00

Teras Puncak Sdn Bhd 1,854.72

Hasro Furniture Gallery (M) Sdn Bhd 1,854.72

Jumlah 10,123.61

Page 41: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

41

Akronim dan Singkatan

AEP Panel Penilai Juruaudit MOE Ministry of Education

BG Bilik Gerakan MOF Ministry F Finance

CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

MTIB Malaysia Timber Industry Board

EPU Economic Planning Unit NATIP National Timber Industry Policy

FIAC FRIM Impartiality Appeal Community

NGO Non-Government Organization

FIRA Furniture Industry Research Assosiation

NRE The Natural Resources and Environment ministry

FITEC Furniture Industry Technology Center

PCS Product Certification Services

FOMCA Federation of Malaysian Consumers Associations

PEB Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

FRIM Forest Research Institute Malaysia PEKA Persatuan Pengusaha Kayu-

kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia

FTL Furniture Testing Lab PEMASA Persatuan Perabot Makmal Sains

IMP Industrial Master Plan PETRA Persatuan Pengusaha Perabot Bumiputra

JAIS Jabatan Agama Slam Selangor PJK

JKR Jabatan Kerja Raya PK Pekeliling Kerajaan

MATRADE Malaysia External Trade Development Corporation

PKS Perusahaan Kecil Sederhana

MFC Malaysia Furniture Council PUPUK Perabot Usahawan Bumiputera

Kebangsaan MTDC Malaysia Technology Development

Corporation SME Small And Medium Enterprises

MIFF Malaysia International Furniture Fair

SST Surat Setuju Terima

MITI Ministry Of International Trade And Industry

SV1 Surveillien Audit

MKSP Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Page 42: LAPORAN TAHUNAN 2017 FRIM PCS · 3 Ahli Jawatankuasa Kerja Laporan Tahunan FRIM PCS 2017 Penasihat Datin Salamah Selamat Setiausaha Nurfarahin Mohd Sani Ahli Jawatankuasa Pn Mazdiana

42

Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh menghubungi maklumat seperti di bawah:

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) Blok JKR 508, Jalan Jelutong

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Email: [email protected]

Website: http://pcs.frim.gov.my Tel: 603 62797732/7731/7730

Faks: 603 6270 1487