tokoh bahasa melayu.docx

Upload: adibah-ismail

Post on 14-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    1/11

    TOKOH BAHASA MELAYU DAN SUMBANGANNYA

    (Zainal Abidin bin Ahmad)

    Menyingkap tabir rahsia kejayaan tamdaun bahasa Melayu pada hari ini, salah

    satu daripadanya adalah hasil sumbangan salah seorang anak Melayu dari kampung

    yang berjiwa besar. Beliau ialah Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai

    Zaba, dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir,

    Jempol. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini berjaya mengukir namanya di persada

    Alam Melayu setelah melalui pelbagai cabaran dan liku hidup dalam mencapai cita-

    citanya. Cita-cita yang dimaksudkan ialah untuk mencari kemaajuan bangsanya, iaitu

    masyarakat Melayu yang beragama Islam. Demi mencapai cita-cita ini, beliau

    menumpukan usahanya untuk memperbaiki cara hidup masyarakat Melayu itu sendiri

    (Adnan 1996). Saya telah mengambil beberapa kajin berkaitan dengan Zaba ini.

    Antaranya ialah berkaitan dengan pemikiran Zaba dalam hubungannya dengan

    perkembangan serta perubahan social, ekonomi dan politik Tanah Melayu di

    zamannya. Zainal Abidin Bin Ahmad (1895-1973), yang lebih dikenali sebagai pendeta

    Zaba. Beliau telah mendapat pendidikan awal di seekolah Melayu seerta pendidikan

    asa Islam semasa membesar di kampungnya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran

    hingga lulus Senior Cambridge di Seremban).

    Dengan berbekalkan sijil persekolahan itu, Zaba diterima memasuki

    perkhidmatan pendidikan colonial sebagi seorang guru. Walaupun begitu, beliau anya

    menjadi guru. Walaupun begitu, beliau hanya menjadi guru selama tujuh tahun (1916-

    1923) sahaja kerana pemikirannya dianggap progresif oleh pihak berkuasa. Pemikiran

    itu dtakuti akan mempengaruhi pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah. dari 1923

    hingga empat tahun 1947 sebelum bersara, Zaba adalah pengarang dan penterjemah

    Melayu. Tugas utamanya ialah untuk menerbitkan buku teks dan buku bacaan umum

    untuk sekolah Melayu. Hanya pada 1947 barulah beliau kembali menjadi guru, iaitu

    sebagai Pensyarah di School of Oriental and African Studies, London. Beliau bersara

    secara rasmi pada 1951, tetapi beliau telah berkhidmat semula sebagai Pensyaraha

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    2/11

    Kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura selama

    enam tahun (1953-1958).

    Zaba adalah seorang penulis yang berbakat, sama ada dalam bahasa

    ibundanya ataupun dalam bahasa Inggeris. Kebolehan ini digunakan sepenunya sebaik

    saja beliau memasuki perkhidmatan pendidikan colonial pada tahun 1916. Kegiatan ini

    telah berakhir hampir lima puluh tahun kemudiaannya iaitu pada tahun 1964.

    Dengan itu ratusan rencana Zaba tersiar dalam akhbar, majalah dan jurnal

    akademik. Di samping itu Zaba turut menerbitkan buku-buku, terutama sekali mengenai

    ilmu bahasa. Pemikiran progresifnya mengenai berbagai aspek seperti Islam,

    pendidikan, bahasa Melayu, ekonomi dan juga politik orang Melayu dan Muslim telah

    memenuhi lembaran akhbar, majalah termasuklah juga di luar negara serta jurnal

    akademik dan buku-bukunya.

    Zaba juga diiktirafkan sebagai seorang pendeta Melayu. Tetapi erti pendeta

    seperti yang dimaksudkan ialah sebagai pendeta bahasa Melayu telah menjadi

    popular. Sebuah akhbar lain pernah merakamkan maksud yang sama apabila ia

    merujuk kepada sumbangan terbesar Zaba untuk orang Melayu iaitu the Malays

    regard him as the greatest champion of their language.

    Zaba juga dikenali sebagai seorang sarjana ahli fikir Melayu Zaba ketika

    hidupnya menulis berkenaan dengan berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan

    dan kebudayaan Melayu, agama, serta etika ekonomi orang Melayu. Namun demikian,

    perhaatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong

    kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu iaitu

    memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang

    diperkukuhkan oleh kesedaran serta kenyakinan mendalam. Selain itu juga, Zaba

    dikenali disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikan dan

    bahasa, tokoh agama dan politik. Zaba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu

    dalam pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus

    kesedaran politik Negara. Beliau juga telah diiktirafkan sebagai pengasas paling

    dinamik dalam perkembangan Pengajian Persuratan Melayu dan peningkatan

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    3/11

    keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyai kesedaran berkaitan dengan strategi

    bagaimana menyelesaikan masalah kepada perkembangan ekonomi sosial dan budaya

    bangsa.

    Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004) telah mengemukakan pandangan yang

    berikut:

    Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada Zaba. Pendeta Zaba ialah seorang

    tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di

    seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu

    Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita

    Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai

    sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan

    semangat juang bangsa.

    Di samping itu juga, beliau juga telah bergiat menterjemahkan buku-buku asing

    ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa

    Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati,

    Patriot; yang bermaksud orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Zaba, Z

    Penjelmaan Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan Melayu,

    dan Yang Hina Patriot.

    Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti

    Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada

    tahun 1962 beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri

    oleh Yang Dipertuan Agong Gelaran Pendeta dikurniakan ketika berlansungnya

    Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru pada tahun1956.

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    4/11

    Pendeta Zaba juga sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayudisebut

    sebagai Sistem Ejaan Zaba. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan

    menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun

    1914. Oleh sebab Sistem Ejaan Zaba digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh

    penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu,

    maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah.

    Walau bagaimanapun, Zaba menaruh harapan untuk kemudian kelak

    menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna

    tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit

    daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang

    sedia ada". Oleh kerana itulah, beliau digelar Bapa Bahasa Melayu Moden selepasMunsyi Abdullah.

    Zaba turut berusaha memperkembang dan meningkatkan penggunaan Bahasa

    Melayu dan turut terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu

    bersama-sama Ibrahim Mahmud, Dato Haji Muhammad Said, Abdul Rahim Kajai dan

    Osman Kalam. Zaba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan

    menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku

    yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. Ertinya, pada tahun 1918 beliau

    memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau

    mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah

    untuk menyeragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-

    undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau

    menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi).

    Zaba jelas berpendirian bahawa bahasa adalah alat mengeluarkan fikiran.

    Perkaitan di antara kedua-duanya itu sangat erat, dalam erti kata bahasa yang

    digunakan itu hendaklah dengan tepat menggambarkan fikiran. Zaba mengatur

    pedoman penggunaan bahasa, khususnya dalam karang-mengarang. Katanya :

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    5/11

    Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan

    mendengar atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati

    betul-betul seperti maksud yang di dalam hati, tentulah orang tersalah faham

    atau tiada dapat oleh mereka tujuan yang dikehendakkan itu.

    (Bab Permulaan, Ceraian 4)

    Zaba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan semangat

    dan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Zaba juga pernah mengkaji penggunaan

    bahasa dalam akhbar pada tahun 1900-1941. Bahasa sekitar tahun ini menggunakan

    bahasa mudah, bahasa pengarang dan tersendiri. Ada juga yang cenderung

    menggunakan perkataan lama dan ungkapan pinjaman dari Bahasa Arab.

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    6/11

    TOKOH BAHASA MELAYU DAN SUMBANGANNYA

    (Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim)

    Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember

    1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah menerima pendidikan

    awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah

    Zainab), dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan

    Damansara, Kuala Lumpur (sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga

    tamat Scholl Certificate. Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St.

    Francis Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga

    memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik

    (1965).

    Pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang

    Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutor di

    Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan

    pensyarah dan professor madya juga di Jabatan yang sama. Beliau kemudiannya

    dilantik sebagai Professor Pengajian Melayu. Pada tahun 2002, setelah bersara, beliau

    diberi penghormatan oleh Universiti Melayu melalui pelantikan sebagai Professor

    Emeritus. Dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya

    Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

    sebanyak

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    7/11

    Sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian Melayu

    (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-1992). Pada

    tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebaga i

    Timbalan Ketua Pengarah. Beliau telah bersara wajib dari Universiti Malaya pada bulan

    Disember 1994 tetapi telah disambung secara kontrak dengan memegang Kursi

    Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Beliau seterusnya diiktiraf sebagai

    Professor Adjing sehingga akhir tahun 2000. Beliau amat aktif dalam badan-badan

    professional. Sumbangan Nik Safiah Abdul Karim dalam ilmu linguistik begitu banyak

    sekali. Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim terkenal dalam bidang bahasa.

    Beliau telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah tentang bahasa.

    Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan yang ditulis bersam tiga orang ahli

    bahasa yang lain, Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa

    Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals. Beliau juga menjadi

    pakar rujuk bahasa bukan sahaja dalam negara malahan juga diluar negara. Misalnya

    oleh Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam.

    Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka

    selama 14 tahun. Beliau dilantik Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)

    yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam,

    Indonesia dan Malaysia (MABBIM), dan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa

    Bahasa Melayu (MABM). Beliau juga ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan dan

    ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia. Dalam bidang wanita, Datuk

    Dr. Nik Safiah telah banyak menyumbang, sama ada dalam bentuk penulisan ataupun

    penyertaan dalam persidangan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku

    tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di

    Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. Akhir-akhir ini beliau menumpukan

    perhatian (bersama Dr. Rokiah Talib) terhadap penulisan biografi wanita. Atas jasa dan

    sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun 1989 beliau

    dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), pada tahun 1995 Johan Mangku

    Negara (JMN) dan pada tahun 1997 Johan Panglima Negara (JPN) yang membawa

    gelaran Datuk. Beliau telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-

    Avon bagi kecermelangan dalam bidang pendidikan (1995), Anugerah Wanita

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    8/11

    Cemerlang sempena Perayaan 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku

    Kurshiah (1997), Tokoh Ilmuwan Bahasa (2001), Pingat Emas Tun Fatimah (2001) dan

    Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003).

    PERNYATAAN PERJUANGAN Kedudukan dan Kedaulatan Bahasa Melayu Bahasa

    lazimnya berkembang

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    9/11

    secara evolusi dan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, janganlah dilihat

    perjuangan bahasa dalam masa lima atau sepuluh tahun tetapi sebaliknya dalam

    konteks puluhan, bahkan, ratusan tahun. Untuk sekian lama, bahasa Melayu telah

    mengalami perkembangan dan kemajuan yang membanggakan, terutama dalam tahun-

    tahun selepas tercapainya kemerdekaan. Apa-apa rintangan yang dihadapi sekarang

    hendaklah dilihat sebagai masalah sementara. Bagi bahasa Melayu, yang penting ialah

    agar perjuangan untuk mempertahankan kedudukan serta kedaulatannya dijalankan

    secara berterusan, tanpa jemu-jemu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa

    Melayu mampu berperanan dalam pelbagai situasi dan latar. Maka demikian jugalah

    dengan bahasa Melayu dalam zaman yang penuh cabaran ini. Datuk Profesor Dr. Nik

    Safiah Karim Catatan Muring-Wien: Sebagai salah seorang murid yang kemudian

    menjadi rakan dalam pekerjaan di Universiti Malaya memang tidak ternafi tokoh begitu

    kukuh dengan asas mengajar dan memajukan bahasa Melayu. Beliau telah banyak

    menulis dan menghasilkan buku, kertas kerja, dan makalah dalam bidang Bahasa dan

    pengajian wanita. Antara bukunya yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (dengan tiga

    orang penulis lain), Yang Indah Itu Bahasa (Jilid I), Bimbingan Pelajar Bahasa Kita (Jilid

    2), Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu, dan Bahasa Melayu Grammar

    untuk Akademisi dan Profesional. Kini, beliau muncul semula dengan buku baru yang

    lengkap sebagai rujukan umum iaitu sebuah ' Liku-liku bahasa '.

    Buku ini bertujuan untuk memenuhi keperluan peminat bahasa, guru bahasa,

    para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami penggunaan Bahasa Malaysia

    dengan lebih cemerlang. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bidang. Dua bab

    pertama menumpukan perhatian terhadap persoalan ejaan dan kamus, kerana ini amat

    penting difikirkan perlu diulangi dan ditegaskan serta kepada para pembaca. Bahagian

    kedua menumpukan perhatian kepada aspek-aspek Sintaksis, iaitu ayat. Penekanan

    adalah huraian semua untuk memberi penjelasan. Kadang-kadang mirip pendekatan

    kepada aspek-aspek yang mendapat tekanan dalam peperiksaan kertas-kertas agar

    para pelajar dan guru mendapat manfaat sepenuhnya daripada buku ini. Diharapkan

    juga agar, kemunculan buku ini dapat membasmi rojak penggunaan bahasa yang

    semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita.

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    10/11

    TOKOH BAHASA MELAYU

    ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI (1796-1854)

    Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1976-

    1854M) telah menghasilkan karya sulungnya pada tahun 1830 M. karya sulungnya

    yang bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sahaja memperlihatkan

    perkembangan bahasa Melayu dalam karya kesusasteraan malah turut menyedari

    betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya, nahu sesebuah bahasa

  • 7/27/2019 TOKOH BAHASA MELAYU.docx

    11/11

    bukanlah dapat menyelesaikan pelbagai masalah bahasa. Hal ini lebih diperkuatkan

    lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya

    bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan

    kajian ilmiah tetapi kerana kepentingan tertentu.

    Abdullah Munshi telah melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang dibuat oleh

    orang asing itu hanyalah satu pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba

    diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu Abdullah Munshi telah mengatakan

    bahawa :

    Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau

    ada nahu bahasa Melayu itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan

    engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang