tokoh

6
Tokoh-tokoh Pendidik Negara Tokoh-tokoh Pendidik Negara Pendita Za’ba, tokoh bahasa dan pemikir Melayu Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau. Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi. Pendidikan Awal Pendidikan awal Za'ba bermula di rumahnya sendiri, termasuk pelajaran asas agama dan tulis-menulis (Jawi). Pada bulan Julai 1907, Za'ba belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia bersekolah di Linggi. Di samping meneruskan pendidikan sekolah Melayu pada waktu pagi, Za'ba belajar agama dan nahu bahasa Arab di Masjid Linggi pada waktu petang daripada Abas bin Zakaria, ulama terkenal di Negeri Sembilan. Za'ba muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima, semasa di Linggi. Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban. Dia muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang calon. Pada mulanya Za'ba memilih untuk menjadi guru, tetapi akhirnya dia memilih memasuki sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban. Di sini dia belajar selama enam tahun (1910-1915), sehingga memperoleh sijil Senior Cambridge. Dia banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya, dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sumbangan Za’ba Za'ba ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya, dan selepas itu dia memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu (Jun

Upload: gekchieng-yeo

Post on 11-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tokoh

TRANSCRIPT

Tokoh-tokoh Pendidik Negara

Tokoh-tokoh Pendidik Negara

Pendita Za’ba, tokoh bahasa dan pemikir Melayu

Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah

Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,

Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau.

Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan

agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.

Pendidikan Awal

Pendidikan awal Za'ba bermula di rumahnya sendiri, termasuk pelajaran asas agama dan

tulis-menulis (Jawi). Pada bulan Julai 1907, Za'ba belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir

dan kemudiannya dia bersekolah di Linggi. Di samping meneruskan pendidikan sekolah

Melayu pada waktu pagi, Za'ba belajar agama dan nahu bahasa Arab di Masjid Linggi pada

waktu petang daripada Abas bin Zakaria, ulama terkenal di Negeri Sembilan. Za'ba muncul

sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima, semasa di Linggi.

              Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki

sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban.

Dia muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang calon. Pada mulanya Za'ba memilih

untuk menjadi guru, tetapi akhirnya dia memilih memasuki sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's

Institution, Seremban. Di sini dia belajar selama enam tahun (1910-1915), sehingga

memperoleh sijil Senior Cambridge. Dia banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan

pencapaiannya, dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama

berjaya dalam peperiksaan tersebut.

Sumbangan Za’ba

Za'ba ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya, dan selepas itu dia

memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu (Jun 1916-September

1918). Dia pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-April

1923), dan pada peringkat inilah Za'ba lulus peperiksaan ikhtisas perguruan (Normal Class,

pada tahun 1921); penterjemah di Pejabat Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat

dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur (Mei 1923-Mac 1924), dan Maktab

Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (April 1924-September 1939). Kemudian dan

menjadi penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi

penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura (Oktober 1939-

Januari 1941).

              Semasa pendudukan Jepun menduduki Tanah Melayu, Za'ba berkhidmat sebagai

ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta menyelenggarakan penerbitan

buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo-ka (Mac 1942-Julai 1945). Selepas perang

dunia kedua tamat, Za'ba bertugas sebagai penterjemah di Mahkamah

              Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur (September 1945-Julai

1946); kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa Melayu

dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran, Kuala Lumpur (Ogos 1946-Ogos 1947);

pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies

              (SOAS), Universiti London (September 1947-hingga bersara pada September

1950). Pada tahun 1953, Za'ba menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan

Pengajian Melayu yang pertama di Universiti Malaya, Singapura (April 1953-Januari 1959).

Semasa di University of London, Za'ba memperoleh Sarjana Muda Sastera (1953).

              Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an

lagi. Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam

bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba

merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada  dalam

bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang

bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.

Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan kolonial British, terutama

sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya

ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum di Biro

Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang khusus

dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.

Karya-karya dan hasil penulisan

Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di

maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara

karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang,

Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam

siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).

Dia juga terlibat secara aktif dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan

beberapa buku tentang agama Islam. Antaranya ialah Falsafah Takdir (1932), Pendapatan

Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934), dan Asuhan

Budi Menerusi Islam (1958). Buku kedua Za'ba itu telah diharamkan pengedarannya di

negeri Perak oleh pihak berkuasa pada zaman tersebut.

Sumbangan Politik

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik tanah air.

Dia menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) menggantikan Tengku Ismail.

Dia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang

berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946, yang kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO). Pada tahun 1956, Za'ba mengetuai satu lagi kongres yang penting

bagi bangsa Melayu.

Kali ini ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, dan pada akhir kongres

ini Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta". Ini dilakukan kerana mengenang jasanya yang

tidak terhingga dalam bidang bahasa. Walaupun penglibatannya dalam bidang-bidang lain

tidak boleh diperkecil, tetapi sumbangan dan tulisannya dalam bidang bahasa yang paling

menonjol. Dalam pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I misalnya, dia mencatatkan

kegigihannya menerapkan nahu Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu. Dengan itu dia

menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian tatabahasa Melayu yang

lengkap dan mendalam.

Atas segala khidmatnya Za'ba telah diberikan beberapa anugerah dan ijazah

kehormat, iaitu Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959), Ijazah

Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1973), dan darjah

Panglima Mangku Negara (P.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran

Tan Sri (1962).

Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 di Petaling Jaya.

Aminuddin Baki, Bapa Pendidikan Malaysia

Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia"

serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah

Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu

pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan

Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960.

Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

Kehidupan Awal

Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak 1926, Aminuddin memulakan pendidikan

awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah

lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang

merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan

menengahnya pada tahun 1941.

Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan

pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang

ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan

itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada

Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan

menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai

setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di

Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada

Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan

sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan

Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah

pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil

keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah

bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu

terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.

Walau bagaimanapun pada tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan

persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu,

beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di universiti, Aminuddin

berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru

sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949

hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik

sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan

Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan

Kepujian.

Sumbangan

Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan

menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sebentar waktu dan

kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau

melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London

dengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952.

Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan

pada bulan Julai 1953. Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di

Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam

kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955,

Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960,

beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul

Rahman Talib.

Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan

Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan

Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau

aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-

Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan

Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.

Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan

berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural

Organization (UNESCO)

Aminuddin Baki meninggal dunia pada tahun 1965 ketika berusia 39 tahun kerana

diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.