tksonomi blo0m & domain krthwohl

16
Zaini Abdullah 1 Taksonomi objektif pendidikan - cara menyatakan objektif dalam berbagai mata pelajaran 1. Taksonomi Bloom: i.Domain kognitif ii.Domain afektif dan iii.Domain psikomotor Objektif/ Hasil Pembelajaran 2. Taksonomi SOLO

Upload: rielsyah90

Post on 20-Jun-2015

1.085 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

By Zaini Abdullah

TRANSCRIPT

Page 1: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 1

Taksonomi objektif pendidikan - cara menyatakan objektif dalam berbagai mata pelajaran

1. Taksonomi Bloom:

i. Domain kognitif

ii. Domain afektif dan

iii.Domain psikomotor

Objektif/ Hasil Pembelajaran

2. Taksonomi SOLO

Page 2: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 2

Kategori objektif: Domain Kognitif – aspek pengetahuan. Berbeza

mengikut kompleksnya Domain Afektif – sikap perasaan, emosi. Berbeza

mengikut aras penghayatan

Domain Psikomotor – perkembangan kemahiran motor – berbeza mengikut kepakaran pelaksanaannya

Objektif Pembelajaran

Page 3: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 3

Page 4: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 4

Domain Objektif Kognitif (Taksonomi Bloom)

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sistesis

Penilaian

Ingatan semula: Istilah, fakta, laziman, turutan, dll

Kebolehan faham prinsip: memahami, meramal, menjelas, menterjemah

Kebolehan mengguna prinsip: mengguna, menunjuk, melakukan, kembangkan, membina dll

Memisah & senaraikan elemen: pisahkan, tentukan, asingkan, kategorikan, mengesan dll.

Mencantum elemen: gabungkan, ringkaskan, menyusun, mengelas, merumus, mengubah dll.

Menghakim alat & kaedah untuk capai tujuan: Nilaikan, cadangkan, kritikan, sokongan, bangkangan, mencabar, menentukan dll.

Pemikiran Aras Rendah

Pemikiran Aras Tinggi

[Moore menggabungkan sintesis dan penilaian menjadi aras creation]

Page 5: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 5

Ciri-ciri khusus Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti

istilah, fakta, prinsip, prosedur.

Tiada manipulasi atau interpretasi

Contoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai,

Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat;

i. menamakan 7 orang Menteri Besar di Malaysia.

Domain Kognitif Aras 1 - Pengetahuan

Page 6: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 6

Pengetahuan tentang: Perkara khusus Istilah Fakta khusus Cara/ kaedah kendalikan perkara khusus Perkara lazim Trenda dan urutan Pengkelasan dan kategori Kriteria Pengkaedahan Perkara universal dan pengabstrakan Prinsip dan generalisasi Teori dan struktur pengetahuan

Page 7: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 7

Ciri-ciri khusus: Interpretasi mudah Menunjukkan bukti yang pelajar faham Kebolehan menggunakan maklumat Mengubah ke bentuk baru

Contoh kata kerja: membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus

Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:i. menerangkan keadaan yang menyebabkan perang saudara berlaku di negeri Perak.

Domain Kognitif Aras 2 – Kefahaman

Page 8: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 8

Kategori Kefahaman

TerjemahanDapat menyatakan atau meringkaskan apa yg diketahui dalam bentuk lain dgn tepatCth menyatakan simbol matematik dalam bentuk perkataan dan sebaliknya; menghuraikan makna metafora, sindiran dsbnya

InterpretasiKebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruhCth Dapat mentafsir berbagai jenis data dan maklumat tentang pendidikan; dapat menghurai dan merumus sesuatu

EkstrapolasiKebolehan membuat perluasan [extension], kesimpulan, penelahan dpd data atau maklumat yg diketahui unutk melihat implikasinya, kesannya dsb

Page 9: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 9

Ciri-ciri khusus Penggunaan idea, teori, prinsip, kaedah atau maklumat ke situasi baru Mengaplikasi peraturan, idea, konsep, prinsip. Pemindahan pembelajaran

Contoh kata kerja: menyelesaikan, menunjukkan

Contoh hasil pembelajaran:Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:i. melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang diberi.

Domain Kognitif Aras 3 – Aplikasi

Page 10: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 10

Ciri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Contoh kata kerja - membezakan, mengenalpasti

Contoh hasil pembelajaran:Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:i. Diberi satu ayat, pelajar dapat mengenalpasti

komponen utama dalam satu ayat yang diberi.

Domain Kognitif Aras 4 - Analisis

Page 11: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 11

Kategori Analisis

Analisis unsur Kenalpasti unsur-unsur yg terdapat dalam sesuatu idea, prinsip, kaedah, maklumat dsbnya. Kebolehan melihat atau mengenal andaian-andaian yg tersirat, yg tidak dinyatakan. Kebolehan membezakan antara fakta dan hipotesis, contoh dan prinsip dsbnya

Analisis hubungan antara unsur [relationships]Kebolehan melihat dan mencerakinkan hubungan antara pemboleh ubah, bahagian atau unsur di dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea dgn idea yg lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah, maklumat dsbnya

Analisis prinsip organisasi unsurKebolehan mencerakinkan bahagian-bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yg menyatukan sesuatu idea, teori, hujah, kaedah dsbnya termasuk struktur yg eksplisit dan implisit, dan elemen-elemen di dalamnya yg menjadikan satu unit Cth kebolehan mengecam dan melihat bentuk [form] dan pola sesebuah novel, puisi, lukisan, teori dsbnya.

Page 12: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 12

Ciri khusus: Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini

Contoh kata kerja – berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan.

Contoh hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:i. Membina model tiga dimensi sistem solar.

Domain kognitif aras 5 - Sintesis

Page 13: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 13

Kategori Sintesis

Penghasilan satu komunikasi unikPembinaan suatu komunikasi dimana pelajar cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Cth kebolehan menulis dgn susunan dan gaya yg menarik untuk menyampaikan sebuah cerpen dsbnya

Penghasilan suatu rancangan/ pelan operasiMembina sebuah pelan tindakan atau rancangan operasi untuk sesuatu tujuan, mengikut keperluan tertentu

Membina suatu hubungan yg abstrak Kebolehan membina/ membangunkan satu set hubungan yg abstrak spt teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yg diberikan. Cth dapat membuat suatu teori dpd data atau faktor-faktor diberi, dapat memperbaiki teori yg sedia ada berdasarkan fakta baru, kebolehan membuat penemuan atau generalisasi baru dalam bentuk simbol matematik

Page 14: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 14

Ciri-ciri khusus: Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam.

Contoh kata kerja: membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan

Contoh penulisan hasil pembelajaran:Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:i) Menjustifikasikan Dasar Ekonomi Baru sebagai pemangkin pembangunan seimbang antara kaum di Malaysia.

Domain kognitif aras 6 - Penilaian

Page 15: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 15

Pertimbangan Dalam Penilaian

i. Pertimbangan dari segi bukti dalaman Menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan

dll kriteria dalaman

Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yg dikemukakan oleh seseorang

ii. Pertimbangan dari segi kriteria luaran Penilaian bahan yg merujuk kepada beberapa kriteria yg dipilih atau

yg diingati

Contoh perbandingan mengenai teori-teori utama, generalisasi, dan fakta mengenai kebudayaan tertentu

Page 16: Tksonomi blo0m & domain krthwohl

Zaini Abdullah 16

Domain Objektif Afektif (Krathwohl)

Menerima Sedar & sedia menerima sesuatu (idea, proses, benda dll), perhatian yang terkawal/ terpilih.

Gerakbalas/ respon

Persetujuan & kesudian bertindakbalas dan hasilkan tingkahlaku baru sebagai hasil pengalaman

Menilai/ menghargai

Penerimaan & kecenderungan terhadap sesuatu nilai serta minat menyertai & memberi komitmen.

OrganisasiTanggapan & organisasi sesuatu sistem nilai Mensepadukan dlm nilai baru mengikut keutamaan.

Pencirian Generalized set & perwatakan. Bertindak secara berterusan dengan nilai yang baru.

Aras Rendah

Aras Tinggi

Komitmen