tinta murabbi

1
http://majlistarbiyahnuqaba.blogspot.com/ Ada orang menyebutkan suara wanita itu adalah aurat dan wanita tidak boleh berkata-kata kecuali kepada suami dan mahramnya sahaja. Perkara ini tidaklah benar sama sekali. Al-Quran mengharuskan para sahabat daripada golongan lelaki menanya isteri-isteri nabi SAW dari balik tabir. Permintaan dan pertanyaan itu memerlukan jawapan dari ummahatul mukminin (gelaran yang diberi kepada isteri-isteri nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa daripada mereka dan meriwayatkan hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka. Pernah seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum lelaki. Dia tidak merasa keberatan melakukan hal itu dan nabi pun tidak melarangnya. Pernah ada seorang wanita menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan mengakui kebenaran wanita itu dan mengakui kesalahannya sendiri. Meskipun ada ulama' yg mengatakan suara wanita adalah aurat, tetapi jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu. Dalil ialah ayat 32 dalam surah al-Ahzab : “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat,'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

Upload: abdullah-kadir

Post on 03-Jul-2015

760 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tinta murabbi

http:/

/majl

istar

biyah

nuq

aba.b

logs

pot.c

om/

Ada orang menyebutkan suara wanita itu adalah aurat dan wanita tidak boleh berkata-kata

kecuali kepada suami dan mahramnya sahaja. Perkara ini tidaklah benar sama sekali. Al-Quran

mengharuskan para sahabat daripada golongan lelaki menanya isteri-isteri nabi SAW dari balik

tabir. Permintaan dan pertanyaan itu memerlukan jawapan dari ummahatul mukminin (gelaran

yang diberi kepada isteri-isteri nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta

fatwa daripada mereka dan meriwayatkan hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka.

Pernah seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum lelaki. Dia tidak merasa

keberatan melakukan hal itu dan nabi pun tidak melarangnya. Pernah ada seorang wanita

menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar

tidak mengingkarinya, bahkan mengakui kebenaran wanita itu dan mengakui kesalahannya

sendiri.

Meskipun ada ulama' yg mengatakan suara wanita adalah aurat, tetapi jumhurul Ulama' lebih

kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr

(agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi

dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita

berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara

wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al-Ahzab :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau

kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah

dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”.

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat,'suara wanita bukanlah aurat

kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan

bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan

suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa

fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil

Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)