tinta kata dekan Ê · tugasan yang diamanahkan dengan bertanggungjawab, mengandaikan bahawa tahun...

8
edisi januari 2021 | bil: 01 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA ˚ dan Salam Sejahtera kepada semua warga FRSB. Tahun 2020 telah meninggalkan 1001 kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan. Kita memulakan tahun 2020 dengan keazaman dan keyakinan untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan bertanggungjawab, mengandaikan bahawa tahun 2020 akan kita lalui dengan cemerlang, seperti tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai perancangan telah disusun untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2020 tetapi perencanaan Allah s.w.t.mengatasi segalanya. Tidak pernah terlintas dalam fikiran kita semua bahawa pada tahun 2020, seluruh rakyat Malaysia perlu melalui fasa “stay at home” selama 3 bulan kerana kehadiran wabak Covid-19. Pada bulan Jun 2020, kita kembali semula ke pejabat dengan norma baru. Pemakaian pelitup hidung dan mulut dan kekerapan menggunakan hand sanitizer kita patuhi demi membendung wabak tersebut. Amanah pekerjaan kita terus jalankan dengan penuh bertanggungjawab dan berharap kesudahan tahun 2020 disudahi dengan baik Kita memasuki tahun 2021 dengan kembali “stay at home”. Memang kita tidak menduga bahawa keadaan ini berlaku hanya 13 hari kita ditahun 2021. Namun saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Sama-samalah kita berdoa supaya keadaan menjadi pulih seperti sedia kala dan tiada antara kita yang akan dijangkiti wabak ini. Bersama kita berjuang melawan pandemik ini. Penerbitan “Sensasi FRSB” adalah satu usaha untuk mengembalikan satu legasi FRSB yang telah terhenti walaupun dalam bentuk maya. Melalui majalah ini, kita akan kongsikan berita terkini tentang fakulti dan mewar-warkan sedikit ilmu kepakaran dari ahli akademik mahupun staf fakulti ini. Di harapkan kewujudan semula Majalah e-Sensasi ini dapat menghubungkan kita semula selain meningkatkan keterlihatan kita kepada warga UPM, pelajar, alumni dan juga pemain industry serta masyarakat. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan “Selamat menyambut Tahun Baru 2021” . Semoga Allah swt melindungi kita semua. InsyaAllah #kita jaga kita #be strong #one faculty one heart beat Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina. TINTA KATA DEKAN Editor: Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan Editor Berita: Madiha Hailani Editor Grafik: Arizy Valentino Ramli Mohd Ghazali Razak Penulis / Penyumbang Bahan: Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Shahidan Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar Prof. Madya Ts. Dr. Hassan Alli Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid Mohd Yunos Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman www www .facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb .frsb.upm.edu.my cemerlang budaya kita

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • edis

    i jan

    uari

    2021

    | bi

    l: 01

    FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

    dan Salam Sejahtera kepada semua warga FRSB.Tahun 2020 telah meninggalkan 1001 kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan. Kita memulakan tahun 2020 dengan keazaman dan keyakinan untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan bertanggungjawab, mengandaikan bahawa tahun 2020 akan kita lalui dengan cemerlang, seperti tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai perancangan telah disusun untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2020 tetapi perencanaan Allah s.w.t.mengatasi segalanya. Tidak pernah terlintas dalam fikiran kita semua bahawa pada tahun 2020, seluruh rakyat Malaysia perlu melalui fasa “stay at home” selama 3 bulan kerana kehadiran wabak Covid-19.Pada bulan Jun 2020, kita kembali semula ke pejabat dengan norma baru. Pemakaian pelitup hidung dan mulut dan kekerapan menggunakan hand sanitizer kita patuhi demi membendung wabak tersebut. Amanah pekerjaan kita terus jalankan dengan penuh bertanggungjawab dan berharap kesudahan tahun 2020 disudahi dengan baikKita memasuki tahun 2021 dengan kembali “stay at home”. Memang kita tidak menduga bahawa keadaan ini berlaku hanya 13 hari kita ditahun 2021. Namun saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Sama-samalah kita berdoa

    supaya keadaan menjadi pulih seperti sedia kala dan tiada antara kita yang akan dijangkiti wabak ini. Bersama kita berjuang melawan pandemik ini. Penerbitan “Sensasi FRSB” adalah satu usaha untuk mengembalikan satu legasi FRSB yang telah terhenti walaupun dalam bentuk maya. Melalui majalah ini, kita akan kongsikan berita terkini tentang fakulti dan mewar-warkan sedikit ilmu kepakaran dari ahli akademik mahupun staf fakulti ini. Di harapkan kewujudan semula Majalah e-Sensasi ini dapat menghubungkan kita semula selain meningkatkan keterlihatan kita kepada warga UPM, pelajar, alumni dan juga pemain industry serta masyarakat.Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan “Selamat menyambut Tahun Baru 2021” . Semoga Allah swt melindungi kita semua. InsyaAllah#kita jaga kita#be strong#one faculty one heart beat

    DekanFakulti Rekabentuk dan Senibina.

    TINTA KATA DEKAN

    Editor:Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan

    Editor Berita:Madiha Hailani Editor Grafik:

    Arizy Valentino RamliMohd Ghazali Razak

    Penulis / Penyumbang Bahan:Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Shahidan

    Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afarProf. Madya Ts. Dr. Hassan Alli

    Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd YusofProf. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid Mohd YunosProf. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman

    www

    www.facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb

    .frsb.upm.edu.myc e m e r l a n g b u d aya k i ta

  • 2 edisi januari 2021 | bil: 01

    BERITA FRSB

    LOGO CIPTAAN ALUMNI BACELOR SENIBINA LANDSKAP DIPILH MEMENANGI PERTANDINGAN LOGO SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPMProf. Madya Dr. Mohd Fairuz Shahidan Jabatan Senibina Landskap

    Logo ciptaan Encik Mohd Hairul Azizi Bin Amat Tokimin yang merupakan alumni kelas 2005 (Bacelor Senibina Landskap) telah dipilih untuk memenangi Pertandingan Logo Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 tahun UPM. Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Place To Go Asia Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan perundingan senibina landskap. Beliau telah berkecimpung selama 18 tahun dalam projek konsultasi landskap seperti Felda Hot Residence Sungkai Perak, Perbadanan Hang Tuah Jaya dan Goldsands Hotel, Langkawi. Logo ini dicipta dengan inspirasi idea menggunakan Pelepah Daun Palma Serdang yang segar dan mekar di kiri logo mewakili simbol dahan yang melambangkan kepelbagaian bidang dan rumpun warga UPM serta kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan kekuatan UPM seiring Pelan Strategik UPM. Garisan 3 melengkung di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan dan juga membawa maksud tiga fungsi utama universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Bentuk bulatan ibarat sebuah institusi yang bergerak dengan pantas dan konsisten. Manakala kombinasi warna emas, hijau, merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme kekal sehingga kini di usia 50 tahun dalam sistem pendidikan tinggi. Setinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Hairul Azizi Bin Amat Tokimin diatas kemenangan beliau. TAHNIAH!

  • 3edisi januari 2021 | bil: 01

    The Class of 2021 Bachelor Science in Architecture will be launching the inaugural COGnitii 2021 Virtual Exhibition in the month of February 2021. COGnitii is planned as a digital repository for documenting the conceptual design philosophies development for ARC4902 Topical Studies course. COGnitii 2021 is led by students Cheah Wing Shen and Mariani Mohammad Dini as its first Exhibition Curators. They are assisted by Muhammad Najmi Zesdyzar and Maram Yasser respectively as Catalogue Editors, while the COGnitii virtual space is designed and prepared by Tey Jin Hong and Muhammad Afiq Saharuddin. The Department is proud that all the 48 students from the ARC4902 Topical Studies course had contributed individual artifacts. These artifacts are prepared in tandem with the ARC3016 Architectural Design Studio works which focus on the township of Shah Alam and Kajang.

    COGNITII REPOSITORYAssoc. Prof. Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afarDepartment of Architecturee

    Earlier during planning teaching activities for 2020/2021, the Department of Architecture has put forth a challenge to the course coordinators for Academic Year 2020/2021 to find ways in initiating bringing in humaneness especially into the studio design process. The point being, architecture education will start requiring students to be self-compelled to look deeper into their selves and of others when they are in their built environment. For this first virtual exhibition, artifacts were prepared in course works to tell the story how students would take the meanings from their perceptive experiences while they were in the townships’ context. Each meaning represents a cognitii each. The cognitii would eventually drive the development of an architectural conceptual philosophy which could be translated into architectural representations of their studio project.

    Figure 1: Shah Alam Township (Source: iproperty.com)

    Figure 2: Kajang Township (Source: theedgemarkets.com)

  • 4 edisi januari 2021 | bil: 01

    REKA BENTUK PERINDUSTRIAN MELANGKAH KE 2 DEKADProf. Madya Ts. Dr. Hassan Hj. AlliJabatan Reka Bentuk Perindustrian

    Jabatan Reka Bentuk Perindustrian (JRP) ditubuhkan pada tahun 2002 dan akan melangkah ke 2 dekad pada tahun 2022. JRP menawarkan program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) bertujuan melahirkan pereka bentuk profesional yang mempunyai ilmu mendalam dalam bidang reka bentuk perindustrian, berkemahiran, berinovasi dan berfikiran kritis untuk mengendalikan pembangunan produk baharu. Program ini telah melalui tiga revolusi yang mana awalnya ditawarkan selama 3 tahun menjurus kepada reka bentuk berasaskan pertanian dan kejuruteraan selari dengan visi dan misi UPM. Pada tahun 2010, program ini telah digubal semula dengan menekankan kepada reka bentuk berdaya saing iaitu penghasilan produk kegunaan melalui penerapan aspek kejuruteraan dan pembuatan supaya mampu untuk dikomersialkan berbanding hanya bersifat konsep. Jangka masa program ini juga ditambah kepada 4 tahun. Seterusnya, pada tahun 2020 program ini telah di revolusi semula dengan menekankan kepada reka bentuk IR4.0 iaitu penerapan reka bentuk produk pintar dan lestari. Penambahbaikan ini mampu melahirkan graduan berkepakaran tinggi dalam pembangunan produk mengikut keperluan dan trend global. Pada tahun 2021 program ini dikenali sebagai Bacelor Reka Bentuk Perindustrian (BRBP) dengan Kepujian setelah dijenamakan semula.

  • 5edisi januari 2021 | bil: 01

    PeREKA ONLINE FEST / deARTsa ONLINE FESTProf. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & Hepa)Persatuan Mahasiswa Fakulti Rekabentuk dan Senibina (PeREKA) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program PeREKA ONLINE FEST / deARTsa ONLINE FEST yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 8 hingga 10 Disember 2020. Program ini telah dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan platform digital YouTube dan Facebook Live. Jumlah penyertaan peserta dianggarkan seramai kira-kira 375 pelajar.

    Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan baharu PeREKA dan memaklumkan kepada pelajar tentang program dan inisiatif PeREKA. Antara tentatif program yang telah dijalankan ialah penayangan video Virtual Fakulti Rekabentuk dan Senibina, video barisan baharu deARTsa 20/21, pembentangan aktiviti tahunan deARTsa 20/21, deARTsa Industrial Talk (Landskap, Seni Bina dan Reka Bentuk Perindustrian) dan deARTsa Exhibition Talk (Landskap, Seni Bina dan Reka Bentuk Perindustrian).Objektif program ini antaranya adalah membantu pelajar mendapatkan merit, menggalakkan penglibatan peserta dalam PeREKA ONLINE FEST dan merapatkan hubungan sesama pelajar dengan membangunkan jalinan integrasi yang erat.

  • 6 edisi januari 2021 | bil: 01

    GERAN FRGS 1/2020 DAN GERAN ANTARABANGSAProf. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid Mohd YunosPejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Siswazah)

    Tahniah kepada Dr Siti Mastura Ishak kerana berjaya mendapatkan geran FRGS pada November 2020 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Geran tersebut di bawah tajuk penyelidikan ‘Pembentukan Kriteria Kerangka Proses Guna-semula Produk

    Terpakai melalui Penilaian Imejan Orang Asli untuk kemampanan Reka Bentuk Hijau’.

    Pembukaan geran FRSG dan PRGS pusingan 1/2021 telah dibuka pada Januari ini. Diharapkan ramai pensyarah dari FRSB akan memohon bagi memacu penyelidikan di fakulti.

    Tahniah juga kepada Ts. Dr. Sreetheran Maruthaveeran atas kejayaan mendapatkan Geran

    Antarabangsa pada November 2020, iaitu Strategic Priorities

    Grants (SPGs) daripada World Leisure Organization (WLO),

    daripada negara Sepanyol. Semoga kejayaan ini

    memberi motivasi dan mencetuskan semangat kepada pensyarah lain

    untuk berusaha mendapatkan geran

    antarabangsa.

    AKREDITASI PENUH MASTER REKABENTUK BANDAR TROPIKA

    Kursus Master Rekabentuk Bandar Tropika yang mula ditawarkan pada Semester 1 Sesi 2019/2020 telah menjalani Audit Akreditasi Penuh dengan jayanya pada 17 dan 18 November 2020. Sebanyak enam bidang utama telah diaudit dan mendapat maklum balas dengan skala penarafan yang baik. Susulan daripada Audit Akreditasi tersebut, Pusat Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Swaakreditasi pada 8 Januari 2021 dan hasilnya, kelulusan Senat diperolehi untuk Akreditasi Penuh.

  • 7edisi januari 2021 | bil: 01

    PELAKSANAAN PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTURProf. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman Pejabat Timbalan Dekan (Jinm & Pembangunan)

    Perancangan dari Pejabat Timbalan Dekan JINM & Pembangunan tetap diteruskan bagi pelaksanaan pembangunan dan infrastruktur fakulti walaupun telah dimaklumkan akan kekangan waktu pengoperasian semasa wabak Covid-19 sedang berlaku. Kerja-kerja bagi menaiktaraf kemasan lantai beberapa bilik pensyarah, koridor tingkat 1 dan Makmal GIS telah mendapat kelulusan pengurusan fakulti. Kerja-kerja renovasi tersebut telah bermula pada 15

    Kerja Naiktaraf Koridor Tingkat 1, FRSB

    Kerja Naiktaraf Lantai Bilik Pensyarah

    Kerja Naiktaraf Makmal GIS.

    Disember 2020 dan siap sepenuhnya pada 5 Januari 2021. Terima kasih kepada Staff Pejabat Timbalan Dekan JINM & Pembangunan dan kontraktor telah memberikan komitmen yang tinggi dalam tempoh PKPB untuk hadir bekerja dengan memastikan pelaksanaan projek menaiktaraf kemasan lantai berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

  • 8 edisi januari 2021 | bil: 01

    BENGKEL PELAN STRATEGIK FRSB 2020 Puan Madiha Hailani Bahagian Korporat Pejabat Dekan FRSB

    Bengkel di Admiral Cove , PD (14-16 Feb 2020)

    Bengkel di Thistle Hotel, PD (2-4 Oktober 2020)

    Seterusnya, pada 22 Jun 2020, Bengkel Pemurnian Cadangan Pelan Transformasi dan Strategi FRSB 1 telah dilaksanakan bertujuan untuk penyelarasan Cadangan Pelan Transformasi dan Strategi FRSB dengan UPM Transformation Plan Beyond 2025 dan pemurnian dan cadangan Pelan Transformasi, Strategik dan Tindakan FRSB 2020 – 2025.Pada 3 Julai 2020, satu perbincangan bersama Cosscomm telah diadakan bagi membincangkan Keperluan QS dan THE Ranking dalam Pelan Strategik dan Pelan Tindakan FRSB disusuli dengan bengkel mini Pelan strategi dan tindakan FRSB secara berkumpulan sepanjang bulan Ogos 2020 yang dihadiri oleh ahli akademik yang dilantik. Kesemua bengkel ini telah diadakan di Bilik Seminar, Fakulti Rekabentuk dan Senibina.Penutupan bagi siri bengkel ini; Bengkel Pemurnian Pelan Strategik FRSB 2021-2025 telah diadakan pada 2-4 Oktober di Hotel Thistle , Port Dickson. Bengkel ini dihadiri oleh Ahli Pengurusan Fakulti. Objektif bengkel ini adalah untuk memurnikan cadangan Pelan Strategik dan tindakan, membincangkan pemantauan dan penambahbaikan secara berterusan terhadap KPI dan pelan strategik serta membincangkan penambahbaikan struktur fakulti dan organisasi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dapat diberikan dengan dengan lebih cekap.

    Fakulti Rekabentuk dan Senibina dalam proses menyediakan Pelan Strategik FRSB 2021-2025 telah membina rangka kerja 5 tahun yang akan menjadi kesinambungan kepada Pelan Strategik yang terdahulu dengan memberi penekanan kepada transformasi dan kerelevanan fakulti terhadap Universiti. Pelan Strategik FRSB terdahulu (2016-2020) telah menetapkan hala tuju dalam menjadikan FRSB UPM sebuah fakulti bereputasi antarabangsa dalam bidang reka bentuk dan alam bina mampan. Selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat Universiti, Kementerian dan juga Negara, fakulti perlu memperhalusi strategi serta membuat perancangan bagi menempatkan diri di landasan yang tepat dalam menjadikan FRSB terus relevan. Fakulti telah melaksanakan beberapa siri bengkel dalam membentuk Pelan Strategik ini yang dijangka dilancarkan pada Januari 2021.Pada 14-16 Februari 2020, Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah melaksanakan Bengkel Pelan Strategik di Hotel Avillion Admiral Cove , Port Dickson. Bengkel selama 3 hari 2 malam itu telah dihadiri oleh 11 orang Ahli Pengurusan Fakulti, 17 Ahli Akademik fakulti dan seorang urusetia. Objektif bengkel ini adalah bagi membentangkan pencapaian Pelan Strategik FRSB 2016-2020 dan perbincangan berkenaan Pelan Transformasi dan Strategik FRSB 2020-2022.