isi kandungan bil. perkara muka surat 1. setitik tinta ...pps.utem.edu.my/phocadownload/buku panduan...

35
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari Pendaftar 2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen 2.1 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 1-2 2.2 Pembayaran Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain Bayaran/Hutang Tertunggak 2-5 2.3 Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman Hikmah 5-6 2.4 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2018 6-8 2.5 Cenderahati Konvokesyen 9 2.6 Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan dan Q-Card 9-10 2.7 Pengambilan Jubah 10-11 3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen 3.1 Pendaftaran Graduan 12 3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 13-15 3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 16 4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen 4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 17-18 4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 18-20 4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 20 4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 20-21 4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 21 5. Tatacara Berpakaian 5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 22 5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 22-23 5.3 Penampilan Diri Graduan 24 6. Raptai 24 7. Graduan Kurang Upaya / Yang Memerlukan Bantuan Khas (Cacat atau Kemalangan) 24 8. Seni kata Lagu UTeM 25 9. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 26 10. Senarai Semak 27-30 Lampiran A 31-32

Upload: vuthien

Post on 19-May-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Setitik Tinta Dari Pendaftar

2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen

2.1 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 1-2

2.2 Pembayaran Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain

Bayaran/Hutang Tertunggak 2-5

2.3 Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman

Hikmah 5-6

2.4 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2018 6-8

2.5 Cenderahati Konvokesyen 9

2.6 Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan dan Q-Card 9-10

2.7 Pengambilan Jubah 10-11

3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen

3.1 Pendaftaran Graduan 12

3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 13-15

3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 16

4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen

4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 17-18

4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 18-20

4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 20

4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 20-21

4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 21

5. Tatacara Berpakaian

5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 22

5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 22-23

5.3 Penampilan Diri Graduan 24

6. Raptai 24

7. Graduan Kurang Upaya / Yang Memerlukan Bantuan Khas (Cacat

atau Kemalangan) 24

8. Seni kata Lagu UTeM 25

9. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 26

10. Senarai Semak 27-30

Lampiran A 31-32

SETITIK TINTA DARI KETUA PEGAWAI OPERASI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Majlis Konvokesyen Ke-14 UTeM akan dilaksanakan pada 26 & 27 November 2018 (Isnin dan Selasa) bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Majlis Konvokesyen adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada graduan. Justeru, kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Majlis Konvokesyen ini sebagai yang terbaik. Buku ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Majlis Konvokesyen. Buku Panduan Kepada Graduan ini WAJIB dibaca dan difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksampaian maklumat penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran graduan, tarikh raptai, tarikh pengambilan jubah, tuntutan Sijil & Transkrip Akademik, penahanan Sijil & Transkrip Akademik, pakaian graduan & ibu bapa, tuntutan gambar graduan dan Borang Kajian Pengesanan Graduat IPTA, IPTS dan Politeknik 2018. Panduan ini diharap membantu graduan sebelum, semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen. Graduan turut diingatkan supaya sentiasa melayari laman sesawang di konvo.utem.edu.my mendapatkan maklumat terkini tentang perjalanan Majlis Konvokesyen. Kerjasama daripada semua graduan amat saya harapkan untuk menjamin kejayaan keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti ini. Syabas dan tahniah kepada semua graduan. MASDZARIF BIN MAHAT Ketua Pegawai Operasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka

1

MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER 2018 (ISNIN & SELASA)

Selamat Sejahtera Tuan/Puan MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 UTeM (2018) Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menamatkan pengajian di UTeM pada tahun ini. Majlis Konvokesyen Ke-14 UTeM akan diadakan pada 26 & 27 November 2018 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Para graduan adalah dijemput hadir pada Majlis Konvokesyen di atas. Graduan diminta supaya membaca dengan teliti Buku Panduan Graduan ini dan mengikuti arahan yang terkandung di dalamnya. Satu senarai semak telah disediakan di muka surat akhir Buku Panduan Graduan ini untuk kemudahan tindakan oleh graduan. Jika mempunyai kemusykilan, para graduan diminta untuk menghubungi pegawai- pegawai Universiti yang dinyatakan. 2. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

2.1 PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)

Bagi memastikan Majlis Konvokesyen UTeM berjalan lancar, setiap graduan DIWAJIBKAN mengambil gambar untuk Kad Alumni. Kad Alumni bertujuan untuk memaparkan maklumat graduan semasa naik ke atas pentas. Para graduan diingatkan supaya berpakaian kemas semasa proses mengambil gambar Kad Alumni seperti berikut:-

Graduan lelaki : Memakai kemeja. Graduan turut diingatkan supaya berambut pendek

Graduan perempuan : Memakai pakaian yang sopan Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan gambar (Kad Alumni) :

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

2

: 23 November 2018 (Jumaat) - 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari - 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad) - Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengambilan gambar atau kad alumni, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Puan Azrina binti Alwi [email protected] 06-270 1900 Encik Muhammad Shuhaimi bin Abu Bakar

[email protected] 06-270 1977

Encik Zuhaimi bin Alias [email protected] 06-270 2847

NOTA PENTING:- i) SILA BAWA KAD ALUMNI INI KE KHEMAH PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK MENDAFTAR

DIRI SEBELUM NAIK KE PENTAS.

ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI) AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.2 PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN / YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG

TERTUNGGAK 2.2.1 YURAN KONVOKESYEN

a) Semua graduan DIWAJIBKAN membuat bayaran yuran konvokesyen. b) Graduan yang TIDAK HADIR ke Majlis Konvokesyen juga masih perlu

menjelaskan yuran konvokesyen untuk menuntut Sijil dan Transkrip Akademik.

c) Kadar yuran konvokesyen bagi setiap program adalah seperti berikut: i. Diploma : RM100.00 ii. Sarjana Muda : RM130.00 iii. Sarjana : RM150.00 iv. Kedoktoran : RM150.00

3

d) Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui empat (4) kaedah :

Kaedah 1: Pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – Graduan perlu mengemukakan nombor kad pengenalan graduan semasa hendak membuat pembayaran di kaunter BIMB. Graduan dikehendaki menyerahkan satu salinan slip bayaran (bank-in-slip) yang telah diperakui oleh Bank Islam di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Kaedah 2: Pembayaran yuran secara on-line dengan melayari laman sesawang www.bankislam.com.my. Resit perlu dicetak dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Kaedah 3: Pembayaran dibuat melalui mesin auto-teller BIMB. Resit perlu dicetak dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Kaedah 4: Pembayaran secara online melalui Financial Processing Exchange (FPX Payment) dengan melayari laman sesawang UTeM www.utem.edu.my. Resit perlu dicetak dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. Semua graduan DIGALAKKAN membuat pembayaran yuran konvokesyen bermula dari 24 September 2018 (Isnin) sehingga 16 November 2018 (Jumaat) sebelum jam 4.00 petang.

e) Kegagalan graduan untuk membuat bayaran yuran konvokesyen

akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH DITERUSKAN iaitu:- i. mengambil cenderahati dan kad jemputan konvokesyen; ii. mengambil jubah konvokesyen; iii. menghadiri Majlis Konvokesyen; dan iv. mengambil Sijil dan Transkrip.

4

2.2.2 YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK a) Graduan yang mempunyai yuran / lain-lain bayaran / denda / hutang

tertunggak dinasihatkan untuk menjelaskan semua pembayaran sebelum minggu pengambilan jubah bagi melancarkan urusan pengambilan jubah kelak.

b) Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 11/2011 berkenaan Peraturan Pembayaran Pelajar, pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran selepas tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan seperti berikut: i. Ditahan daripada membuat pendaftaran mata pelajaran ii. Ditahan slip menduduki peperiksaan iii. Ditahan keputusan peperiksaan iv. Digantung pengajian v. Diberhentikan vi. Ditahan menghadiri konvokesyen vii. Ditahan Sijil dan Transkrip

c) Pembayaran yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak boleh

dibuat menggunakan kaedah “Financial Processing Exchange” dengan melayari laman sesawang UTeM atau melalui bank draf/wang pos atas nama ‘Bendahari UTeM’ dan dipos ke Pejabat Bendahari atau selewat-lewatnya diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah.

d) Status yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak graduan akan disemak di Kaunter Yuran. Segala urusan pembayaran di Kaunter Yuran adalah menggunakan debit kad/kredit kad/bank draf/wang pos. PEMBAYARAN SECARA TUNAI TIDAK AKAN DITERIMA.

Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Yuran:

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat) - 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

5

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

:

25 November 2018 (Ahad) - Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Untuk sebarang pertanyaan mengenai yuran, sila berhubung dengan pegawai di Pejabat Bendahari seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Cik Farah Farhanah binti Md Lani [email protected] 06-270 2032 Encik Afiq bin Hashim [email protected] 06-270 2029 Encik Muhamad Hazwan bin Hassan [email protected] 06-270 2028 Puan Siti Hajar binti Abd Latiff [email protected] 06-270 2027

NOTA PENTING:-

i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN MENYEBABKAN

PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN. ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN JUGA MASIH PERLU

MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP. ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI

AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER YURAN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.3 PEMULANGAN BAHAN / KUNCI LOKER / DENDA PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

Semua graduan dinasihatkan untuk memulangkan bahan, kunci loker dan menyelesaikan pembayaran denda sebelum 22 November 2018 bagi melancarkan urusan pengambilan jubah. Status pemulangan bahan, kunci loker dan denda akan disemak di kaunter Perpustakaan Laman Hikmah dan bayaran boleh dibuat di Kaunter Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman Hikmah sekiranya terdapat tunggakan bayaran. Sila simpan resit transaksi sebagai bukti. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemulangan bahan/ kunci loker / denda Perpustakaan Laman Hikmah, sila berhubung dengan pegawai di Unit Sirkulasi seperti berikut:

6

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Puan Norfazlin binti Tambi Chek [email protected] 06-270 1200/ 06-270 1202

Puan Norfaradilla Idayu binti Ab. Ghafar [email protected] 06-2701232

Encik Thaqif bin Mohd Isa

[email protected] 06-2701277

NOTA PENTING:- i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN MENYEBABKAN

PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN. ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN MASIH PERLU MEMBUAT

PEMULANGAN BAHAN / KUNCI LOKER / DENDA PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.

iii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.4 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan kajian pengesanan graduan bagi semua graduan Universiti Awam (UA) dan IPTS secara on-line mulai tahun 2006. Sehubungan dengan itu, semua bakal graduan diwajibkan mengisi borang kajian pengesanan graduan IPT 2018. Kajian pengesanan graduan IPT merupakan satu kajian tahunan bertujuan untuk mengukur daya tahap employability dan marketability graduan, mendapat pandangan / persepsi graduan tentang keberkesanan program akademik, sistem pengajian prasarana di IPT masing-masing, mewujudkan pangkalan data graduan-graduan IPT serta merupakan salah satu cara graduan untuk menyumbang kembali kepada institusi masing-masing dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT. Justeru itu, bakal graduan UTeM adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi borang tersebut yang boleh dilayari secara on-line di http://graduan.moe.gov.my/ atau melayari portal UTeM http://www.utem.edu.my (ruang campus events) bermula 26 Oktober 2018 (Jumaat) sehingga 25 November 2018 (Ahad). Graduan PERLU mencetak “Slip Pengesahan Kajian” dan mengemukakan slip tersebut semasa proses pengambilan jubah konvokesyen.

7

Graduan dikehendaki menyerahkan Slip Pengesahan Kajian tersebut seperti ketetapan berikut: Tempat : Ruang Santai,

Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat) - 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari - 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad) - Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Kerjasama graduan adalah dipohon untuk mengemaskini status pekerjaan masing-masing dalam tempoh enam (6) bulan setelah konvokesyen dalam laman sesawang http://graduan.mohe.gov.my/update/ Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila berhubung dengan ‘UTeM Career Connect’, Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Encik Mohd Zahier bin Mohd Yusoff [email protected] 06-270 1916 Encik Ahmad Haikal bin Shamshul Bahrin

[email protected] 06-270 4013

Tuan / puan juga adalah DIGALAKKAN untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni UTeM (AUTeM). Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pengesanan Graduan atau di Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM), Samsung IoT, Bangunan FTK, Kampus Teknologi UTeM dengan yuran sebanyak RM30.00 (secara tunai). Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ahli AUTeM, sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

8

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER KAJIAN PENGESANAN GRADUAN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.5 CENDERAHATI KONVOKESYEN

Semua graduan diberikan cenderahati konvokesyen daripada AUTeM. Sehubungan dengan itu, graduan dikehendaki mengambil cenderahati tersebut seperti ketetapan berikut: Tempat : Ruang Santai,

Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat) - 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari - 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad) - Selepas raptai hingga jam 7.00 petang

Untuk sebarang pertanyaan mengenai cenderahati, sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Puan Ernawatie Binti Md Sah [email protected] 06-270 4011 Encik Muhammad Akmal bin Mad Yatim

[email protected] 06-270 4014

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Puan Ernawatie binti Md Sah [email protected] 06-270 4011 Encik Muhammad Akmal bin Mad Yatim

[email protected] 06-270 4014

9

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN CENDERAHATI KONVOKESYEN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.6 KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD

2.6.1 Kad jemputan, pas masuk, pas kenderaan dan Q-Card akan diserahkan mulai

22 November (Khamis) hingga 25 November 2018 (Ahad).

2.6.2 Setiap graduan yang hadir dibenarkan membawa tetamu mengikut jumlah pas masuk yang diterima. Jumlah pas masuk bagi setiap graduan adalah mengikut sesi seperti berikut:

2.6.3 Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan

kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

2.6.4 Graduan DIWAJIBKAN meletakkan pas kenderaan di atas papan pemuka (dashboard) sebelah kanan cermin kenderaan yang dinaiki oleh graduan untuk kelancaran trafik.

2.6.5 Sila patuhi arahan petugas keselamatan dan papan tanda yang disediakan semasa anda meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan dan halangan kepada kenderaan lain.

2.6.6 Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan Dan Q-Card:

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

SESI TARIKH PAS MASUK

I 26 November 2018 (Isnin, Pagi) 2

II 26 November 2018 (Isnin, Petang) 2

III 27 November 2018 (Selasa, Pagi) 2

IV 27 November 2018 (Selasa, Petang) 2

10

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat) - 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari - 2.45 petang hingga 5.00 petang -

: 24 November 2018 (Sabtu) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad) - Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kad jemputan, pas masuk, pas kenderaan dan Q-Card, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti berikut:

NOTA PENTING:- SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD

25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.7 PENGAMBILAN JUBAH Graduan DIWAJIBKAN untuk menyelesaikan urusan-urusan di perenggan 2.1 hingga 2.6 sebelum membuat pengambilan jubah. Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan jubah :

Tempat : Aras 3, Dewan Canselor, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-2701962 Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-2701968 Encik Mohd Reduan bin Ahmad @ Samad

[email protected] 06-2702839

11

: 23 November 2018 (Jumaat) - 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari - 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu) - 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad) - Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Pengambilan jubah selepas daripada tempoh di atas TIDAK AKAN DILAYAN.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti berikut:

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD

25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH

ITU, KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS

RAPTAI.

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-2701962 Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-2701968 Puan Siti Salwah binti Ahmad [email protected] 06-2701961 Puan Sharifah Intan binti Osman [email protected] 06-2701965 Encik Mohd Asri bin Mohd Mokhtar

[email protected] 06-2701966

12

3. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

3.1 PENDAFTARAN GRADUAN

3.1.1 Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftarkan diri kepada petugas di Khemah Persediaan Graduan dengan membawa bersama-sama Q-Card dan Kad Alumni. Masa pendaftaran adalah seperti di perenggan 3.2 di bawah.

3.1.2 Graduan diminta supaya TIDAK MEMBAWA sebarang beg / beg tangan

semasa melaporkan diri kerana ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan Canselor UTeM. HANYA Q-CARD DAN KAD ALUMNI SAHAJA YANG PERLU DIBAWA BERSAMA. Beg / beg tangan / apa-apa barangan peribadi juga tidak dibenarkan disimpan/ditinggalkan di Khemah Persediaan Graduan. Universiti tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa kehilangan/ kerosakan kepada beg/ beg tangan / apa-apa barangan peribadi graduan jika ditinggalkan di dalam Khemah Persediaan Graduan

3.1.3 Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi) dinasihatkan agar bersarapan pagi lebih awal

sebelum mendaftar diri.

3.1.4 Graduan Sesi II dan IV (Sesi Petang) dikehendaki mendaftar diri selepas menunaikan solat zohor.

Jika menunaikan solat zohor selepas mendaftar diri, anda dikehendaki segera masuk ke dalam barisan sebaik sahaja selesai solat zohor mengikut susunan yang telah ditetapkan. (Waktu solat bagi negeri Melaka adalah seperti di belakang buku ini)

3.1.5 Semua graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga selesai

Majlis Konvokesyen.

NOTA PENTING: GRADUAN YANG DIDAPATI TIDAK KEMBALI SEMULA KE DALAM BARISAN SEHINGGA BARISAN

GRADUAN TELAH MASUK KE DALAM DEWAN, TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE DALAM

DEWAN.

13

3.2 PECAHAN SESI MAJLIS KONVOKESYEN:

SESI TARIKH PROGRAM MASA PENDAFTARAN

I

(Pagi)

26/11/2018

(Isnin)

Kedoktoran Doktor Falsafah Doktor Kejuruteraan Sarjana Sains Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektrik Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekatronik Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektronik Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekanikal Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Pembuatan Sarjana Sains Dalam Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi Sarjana Sains Dalam Pengurusan Teknologi Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia

Sarjana Mod Campuran Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa &

Pemacu) Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Tenaga) Sarjana Mod Kerja Kursus Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan

Komputer) Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik) Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem

Telekomunikasi) Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Kejuruteraan

Tenaga) Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Reka bentuk Produk) Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan Sistem

Pembuatan) Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan

Sistem Kualiti) Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan

Industri) Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian

Internet) Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan Data) Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Dan

Kepintaran) Sarjana Sains Komputer (Sains Keselamatan) Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran

Multimedia) Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi

Termaju) Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan

Teknologi Dan Inovasi)

7.30 pagi

14

Sarjana Muda Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan

Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan

Komputer) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik

Industri) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik

Telekomunikasi) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi

Wayarles) Dengan Kepujian

Anugerah Hadiah Akademik Pelajar Cemerlang

II

(Petang)

26/11/2018

(Isnin)

Sarjana Muda Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa

Industri) Dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik

(Automasi Industri & Robotik) Dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik

(Telekomunikasi) Dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik

(Elektronik Industri) Dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer

(Sistem Komputer) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik & Automasi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Bahan Kejuruteraan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Pembuatan) Dengan Kepujian

1.00 petang

15

III

(Pagi)

27/11/2018

(Selasa)

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan,

Instrumentasi & Automasi) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa

& Pemacu) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan

Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)

Dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer)

Dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan

Pangkalan Data) Dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi

Permainan) Dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan)

Dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif)

Dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan

Perisian) Dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan

Komputer) Dengan Kepujian Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan Kepujian Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan

Kepujian (Inovasi Teknologi) Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan

Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi)

7.30 pagi

IV

(Petang)

27/11/2018

(Selasa)

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan

Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk &

Inovasi) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji &

Penyenggaraan) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur &

Bahan) Dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-

Bendalir) Dengan Kepujian Diploma Diploma Kejuruteraan Elektrik Diploma Kejuruteraan Elektronik Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Kejuruteraan Pembuatan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.00 petang

16

3.3 PANDUAN KEPADA GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN PENTING:- Sila baca panduan ini dengan teliti.

3.3.1 Penganugerahan Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda dan Diploma akan

disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil

Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka selaku Canselor UTeM atau oleh

Yang Berbahagia Datuk Wira Ismail bin Salleh atau Yang Berbahagia Tan Sri

Datuk Dr. Hadenan bin Jalil selaku Pro-Canselor UTeM.

3.3.2 Apabila nama tuan/puan diumumkan, tuan/puan diminta berjalan terus ke

arah Tuan Yang Terutama Tun Canselor, tunduk sebagai tanda hormat,

berjabat tangan dan menerima album Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda

/ Diploma dengan kedua-dua belah tangan dan mengucapkan “TERIMA

KASIH TUN”. Bagi penganugerahan oleh Pro-Canselor, ucapannya adalah

“TERIMA KASIH DATUK WIRA” atau “TERIMA KASIH TAN SRI”.

17

4. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

4.1.1 Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood WAJIB dipulangkan sebaik sahaja sesi penganugerahan Doktor Falsafah / Sarjana / Sarjana Muda / Diploma tuan/puan berakhir.

4.1.2 Graduan Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki memulangkan jubah

mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh Tempat Masa a) 26 November 2018

(Isnin) Ruang Santai, Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari hingga 7.00 malam

b) 27 November 2018 (Selasa)

8.00 pagi hingga 7.00 malam

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan

dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja

bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan

kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.

4.1.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana dikehendaki memulangkan jubah mengikut

ketetapan berikut:-

Tarikh Tempat Masa a) 26 November 2018

(Isnin) Pejabat Pentadbiran, Aras 2, Pusat Pengajian Siswazah Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari hingga 7.00 malam

b) 27 November 2018 (Selasa)

8.00 pagi hingga 5.00 petang

c) 28 November 2018 (Rabu)

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan

dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja,

bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan

kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.

18

4.1.4 Graduan akan dikenakan bayaran sewa jubah sekiranya memulangkan jubah

bermula pada 29 November 2018 (Khamis) dan seterusnya. Kadar sewaan

adalah seperti di jadual berikut:-

Tempoh Pemulangan Kadar Sewaan

29 November 2018 (Khamis) hingga 5

Disember 2018 (Rabu)

RM2.00/sehari*

06 Disember 2018 (Khamis ) dan seterusnya RM30.00/sehari*

*kadar sewaan dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

4.1.5 Mana-mana graduan yang telah menghilangkan jubah dan/atau mana-

mana kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) akan

dikenakan denda kehilangan seperti berikut:

Item Kadar Denda

a) Jubah RM700.00 b) Mortarboard RM100.00 c) Bonnet RM200.00 d) Hood RM100.00

4.1.6 Bagi graduan yang memulangkan jubah dan/atau mana-mana

kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) di dalam

keadaan rosak, graduan dianggap telah menghilangkannya dan akan

dikenakan bayaran mengikut denda kehilangan.

4.1.7 Jika graduan turut lewat memaklumkan mengenai kerosakan ini, graduan

akan dikenakan bayaran sewaan, denda lewat dan denda kehilangan.

4.1.8 Semua bayaran berhubung dengan sewaan, denda lewat atau denda

kehilangan hendaklah dibayar di Kaunter Pejabat Bendahari sebelum

mengambil Sijil dan Transkrip.

4.2 TUNTUTAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

4.2.1 Sijil dan Transkrip akan diserahkan selepas graduan memulangkan jubah,

mortar board dan hood dan telah menyelesaikan denda atau hutang

tertunggak dengan Universiti.

4.2.2 Graduan Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip

masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :-

19

Tarikh Tempat Masa a) 26 November 2018

(Isnin) Ruang Santai, Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari hingga 7.00 petang

b) 27 November 2018 (Selasa)

8.00 pagi hingga 7.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar. Waktu pengambilan

adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.2.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana, dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip

masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :

Tarikh Tempat Masa a) 26 November 2018

(Isnin) Pejabat Pentadbiran, Aras 2, Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari hingga 7.00 petang

b) 27 November 2018 (Selasa)

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di Pusat

Pengajian Siswazah. Waktu pengambilan adalah pada hari bekerja sahaja

bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.2.4 Sijil dan Transkrip hendaklah dituntut di dalam tempoh 90 hari dari tarikh Majlis

Konvokesyen. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak

Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan,

kehilangan atau sebagainya.

4.2.5 Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil dan Transkrip, boleh

berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik (bagi graduan

program Diploma dan Sarjana Muda) atau Pusat Pengajian Siswazah (bagi

graduan program Kedoktoran dan Sarjana) dan meminta Sijil dan Transkrip

berkenaan diposkan dengan memberikan alamat terkini yang lengkap serta

salinan Kad Pengenalan. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab

sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa perjalanan pos. Semua

urusan pos untuk menghantar Sijil dan Transkrip akan dibuat melalui Pos Laju.

Pihak Universiti akan hanya mengirimkan Sijil dan Transkrip setelah graduan

20

mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah

menyelesaikan hutang tertunggak dengan Universiti.

4.2.6 Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil Sijil dan Transkrip

bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan salinan kad

pengenalan graduan serta mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan

individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak Universiti akan hanya

menyerahkan Sijil dan Transkrip kepada wakil yang dilantik jika graduan telah

mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah

menyelesaikan hutang tertunggak dengan Universiti.

4.3 PENAHANAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Graduan yang masih berhutang dengan pihak UTeM atau belum memulangkan buku Perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Pejabat di UTeM, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan Pejabat berkenaan selewat- lewatnya 1 minggu sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan sewaktu menuntut Sijil dan Transkrip. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Sijil dan Transkrip graduan ditahan.

4.4 KEHILANGAN SIJIL ATAU TRANSKRIP AKADEMIK

4.4.1 Pihak UTeM telah menetapkan bahawa Sijil Dan Transkrip Akademik asal cuma dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk menggantikan yang hilang atau rosak. Sekiranya sijil dan/atau transkrip hilang atau rosak, pihak Universiti cuma dapat mengeluarkan salinan sijil dan/atau transkrip berkenaan.

4.4.2 Bagi kes kehilangan sijil dan/atau transkrip, pelajar perlu membuat laporan

kepada pihak polis dan laporan tersebut hendaklah dilampirkan semasa

membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik bagi graduan

Sarjana Muda dan Diploma atau Pusat Pengajian Siswazah bagi graduan

Kedoktoran dan Sarjana.

4.4.3 Bagi kes kerosakan sijil atau transkrip, graduan perlu melampirkan sijil atau transkrip yang rosak tersebut kepada Bahagian Pengurusan Akademik atau Pusat Pengajian Siswazah (mana yang berkenaan) semasa membuat permohonan.

21

4.4.4 Permohonan salinan sijil atau transkrip akan dikenakan bayaran RM50.00 setiap satu bagi graduan Sarjana Muda dan Diploma. Manakala bagi graduan Kedoktoran dan Sarjana bayaran yang dikenakan untuk setiap salinan sijil adalah RM100.00 dan transkrip RM50.00. Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan graduan membuat salinan yang mencukupi.

4.5 KESILAPAN MAKLUMAT DALAM SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip, setiap graduan perlu menyemaknya untuk

mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam Sijil

atau Transkrip ianya boleh diganti baru dengan syarat kesilapan itu adalah dari pihak

UTeM sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam tempoh empat (4) minggu selepas

tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang tidak menghadiri konvokesyen.

Selepas daripada tempoh ini Sijil atau Transkrip tidak lagi dikeluarkan.

22

5. TATACARA BERPAKAIAN

5.1 PAKAIAN TETAMU/IBU BAPA SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.1.1 Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam)

Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/lounge suit atau pakaian tertib. Maksud pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T adalah tidak dibenarkan).

5.1.2 Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam)

a) Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.

b) Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun atau

skirt mestilah melebihi paras buku lali. c) Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras

buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Canselor UTeM.

NOTA PENTING i) Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan panduan

etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi. ii) Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam

dewan. iii) Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu

bapa graduan dari memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.

5.2 PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.2.1 Graduan lelaki:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).

b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).

c) Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap serta

bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas

ATAU

23

Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima (Baju Melayu cekak

musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan

dipakai tanpa menggunakan bengkung.

d) Kasut kulit hitam bertutup penuh.

5.2.2 Graduan perempuan:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).

b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).

c) Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya

Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh memakai

lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

ATAU

Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang

berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).

d) kain pakaian jenis “lace” boleh dipakai dengan syarat mempunyai

lining.

e) Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.

f) Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

g) Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi tudung

tersebut adalah bebas.

h) Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal)

tidak dibenarkan sama sekali.

5.2.3 Jubah Graduan

NOTA PENTING PAKAIAN SELAIN DARIPADA JENIS PAKAIAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (SILA LIHAT LAMPIRAN DI BELAKANG IAITU CONTOH PAKAIAN GRADUAN YANG DIBENARKAN)

a) Kedoktoran : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga jalur dilengan mengikut warna Fakulti dengan hood

b) Sarjana : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua jalur di lengan mengikut warna Fakulti dengan hood

c) Sarjana Muda

: Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu jalur di lengan mengikut warna Fakulti dengan hood

d) Diploma : Blue Black tanpa jalur di lengan tangan

24

5.3 PENAMPILAN DIRI GRADUAN

5.3.1 Graduan lelaki Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak mencecah kolar baju. (Lihat lampiran)

5.3.2 Graduan Perempuan

Hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

6. RAPTAI

Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai bagi melancarkan Majlis Konvokesyen. Semasa raptai, graduan akan diberi taklimat mengenai proses-proses sebelum dan semasa Majlis Konvokesyen tersebut. Berikut ialah ketetapan bagi majlis raptai tersebut. Tempat : Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Tarikh : 25 November 2018 (Ahad) Masa : 9.00 Pagi Semasa raptai, graduan dikehendaki berlatih menyanyikan lagu “UTeM TERBILANG”. Seni kata/ lirik lagu tersebut ada di muka surat akhir Buku Panduan ini.

7. GRADUAN KURANG UPAYA / MEMERLUKAN BANTUAN KHAS (CACAT ATAU KEMALANGAN)

Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Akademik di Kaunter Pengambilan Jubah semasa mengambil jubah atau kepada petugas penyusunan graduan semasa raptai.

JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.

25

8. SENI KATA LAGU UTeM

“UTeM TERBILANG”

DI SINI SEGALA BERMULA CEMERLANG MENCIPTA GEMILANG

BERTUAH BUMIKU MENYAKSI BERSAMA KITA BERJUANG

TERSOHOR PERSADA DUNIA

SENADA WAWASAN NEGARA MELAHIR INSAN LUHUR JIWA MAMPAN MENAMBAT DUNIA

PERKONGSIAN PINTAR

UNIVERSITI DAN INDUSTRI KREATIF INOVATIF

PEMBELAJARAN TERAS

APLIKASI DAN KOMPETENSI TEKAD MENCAPAI VISI

DEMI SEMANGAT NEGARA

KAMI MENCURAH BAKTI NASIB PERTIWI TERUS DIBELA

KEPADA IBUNDA KAMI BERJANJI

UTeM KU CEMERLANG UTeM KU GEMILANG UTeM KU TERBILANG

UTeM TERUS BERJUANG

26

9. WAKTU SOLAT BAGI NEGERI MELAKA

Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak

25-11-2018 Ahad 5:36 6:57 12:59 16:22 18:59 20:12

26-11-2018 Isnin 5:36 6:57 13:00 16:23 18:59 20:12

27-11-2018 Selasa 5:37 6:58 13:00 16:23 18:59 20:13

28-11-2018 Rabu 5:37 6:58 13:00 16:23 18:59 20:13

Sumber daripada www.al-azim.com

27

10. SENARAI SEMAK

APA PERLU ANDA BUAT:

MASA BIL. TINDAKAN DOKUMEN PERLU DISERTAKAN/DIBAWA

SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

1 Layari laman web http://www.utem.edu.my dari masa ke semasa untuk mengetahui berita terkini Majlis Konvokesyen

2 Baca dengan teliti setiap maklumat/ kandungan set jemputan konvokesyen

3 Semak sesi konvokesyen anda

4 Semak tatacara berpakaian dan penampilan semasa konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada. Maklumkan kepada tetamu/ibu bapa mengenai tatacara berpakaian tetamu/ibu bapa semasa Majlis Konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada.

5 Layari laman web http://graduat.mohe.gov.my atau http://www.utem.edu.my dan isikan Kajian Pengesanan Graduan IPT 2018. Sila cetak Slip Pengesahan Kajian dan simpan dengan baik (anda perlu menunjukkan slip ini kepada petugas di Kaunter Pengesanan Graduan)

6 Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah di perenggan 2.4 Buku Panduan Graduan. Simpan resit dengan baik (anda perlu menunjukkan resit ini kepada petugas di Kaunter Yuran)

7 Semak dan bayar yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak mengikut kaedah di perenggan 2.4.1 Buku Panduan Graduan. Simpan resit atau bukti bayaran dengan baik (anda perlu menunjukkan resit/bukti ini kepada petugas di Kaunter Yuran)

8 Datang ke Universiti pada tarikh yang ditetapkan untuk urusan pengambilan jubah.

- Slip Pengesahan Kajian

- Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak

28

9 Ambil gambar untuk Kad Alumni di Kaunter Pengambilan Gambar. Ambil, semak dan simpan Kad Alumni dengan baik (sila bawa Kad Alumni ini semasa Majlis Konvokesyen)

- Kad Alumni

10 Tunjukkan resit bayaran yuran konvokesyen dan yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak dan/atau semak status berhutang anda di Kaunter Yuran. Jelaskan hutang (jika masih ada) dan simpan resit pembayaran. (Sijil dan Transkrip tidak akan diserahkan jika masih berhutang kepada Universiti)

- Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak

11 Semakan pemulangan bahan / kunci loker / denda di Kaunter Perpustakaan Laman Hikmah

-

12 Tunjukkan Slip Pengesahan Kajian di Kaunter Kajian Pengesanan Graduan (PJIM)

- Slip Pengesahan Kajian

13 Ambil cenderahati di Kaunter Cenderahati Konvokesyen.

- Cenderahati Konvokesyen

14 Terima Kad Jemputan menghadiri konvokesyen, pas masuk, pas kenderaan dan Q-Card (sila serahkan pas masuk kepada tetamu/ibu bapa yang akan masuk ke Dewan Canselor UTeM)

- Kad Jemputan - Pas Masuk - Pas Kenderaan - Q-Card

15 Ambil jubah konvokesyen di Kaunter Pengambilan Jubah (sila bawa jubah konvokesyen dan Q-Card semasa Majlis Konvokesyen)

- Jubah Graduan

16 Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Kehadiran bagi majlis raptai adalah diwajibkan kepada semua graduan (sila rujuk Buku Panduan Graduan)

- Kad Alumni - Q- Card

SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

17 Datang ke Khemah Persediaan Graduan di Dewan Canselor UTeM dan mendaftar diri kepada petugas pengurusan graduan (sila tepati masa dan tatacara berpakaian yang telah ditetapkan di dalam Buku Panduan Graduan). Graduan Sesi I dan III dinasihatkan bersarapan lebih awal.

- Pas Kenderaan (letakkan pada sebelah kanan cermin depan kenderaan)

- Kad Jemputan (dipegang oleh ibubapa/ tetamu graduan)

- Pas Masuk (dipegang oleh ibubapa / tetamu graduan yang masuk ke Dewan Canselor UTeM)

29

- Kad Alumni (dipegang oleh graduan)

- Q-Card (dipegang oleh graduan)

- Jubah, mortar board atau bonnet hood (dipegang oleh graduan)

PERINGATAN: Graduan diminta supaya tidak membawa sebarang beg / beg tangan, barang berharga dan dompet wang semasa mendaftar diri kecuali beg kertas yang menyimpan Jubah sahaja. Beg / beg tangan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam Dewan Canselor UTeM. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan / kerosakkan harta benda.

18 Beratur di dalam barisan / kursus anda mengikut arahan petugas

- Q- Card

19 Berarak masuk ke dewan dengan tertib

20 Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut arahan Pepandu Graduan

21 Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima Ijazah / Diploma

22 Beratur untuk menerima Ijazah/Diploma apabila mendapat arahan Pepandu Graduan

23 ‘Swipe’ Kad Alumni apabila diminta oleh petugas untuk tujuan paparan nama di skrin.

- Kad Alumni

30

24 Terima Ijazah / Diploma (sila rujuk perenggan 3.3 Buku Panduan Graduan)

25 Keluar dewan apabila pemakluman selesai majlis

SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN

26 Pulangkan jubah konvokesyen, hood dan motarboard/bonnet dalam keadaan baik. Tempat pemulangan jubah konvokesyen adalah seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.1 Buku Panduan Graduan.

27 Ambil Sijil dan Transkrip di Kaunter Sijil dan Transkrip adalah seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.2 Buku Panduan Graduan.

- Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak

31

LAMPIRAN A

A) Kaunter Bank – Cara Pembayaran

1. Isikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan pelajar di Slip Pembayaran/Bill Payment.

2. Isikan di ruangan nama universiti dengan nama “Universiti Teknikal Malaysia Melaka”. 3. Isikan di ruangan No. Rujukan/No Akaun Bil dengan “YK” dan diikuti dengan no matrik

pelajar. Contoh : YKB010110111 4. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat

seperti di bawah.

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui Kaunter Bank Islam

B) Internet Banking – Cara Pembayaran

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ melalui Perbankan Internet Bank Islam 1. Layari www.bankislam.com.my

2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank

Islam.

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5. Pilih Universiti pada bahagian senarai Universiti.

6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7. Senarai bil akan dipaparkan. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

32

8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account”

yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.

10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya. 11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan

adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

C) ATM BANK ISLAM – Cara Pembayaran

Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui ATM Bank Islam

Pilih Menu:

LAIN-LAIN

PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

YURAN IPT

Pilih AKAUN PEMBAYAR ( akaun yang akan didebit )

Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

Pilih Bil yang ingin dibayar. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

Sahkan amaun yang ingin dibayar

* Transaksi selesai dan ambil Resit

33

Segala pertanyaan umum boleh dimajukan kepada: Bahagian Pengurusan Akademik,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Telefon : 06-270 1990/ 1961 / 1965 / 1966 / 1962 / 1968 / 2839 /

1970 / 1974 / 1963 / 1964/ 1959 Faks : 06-270 1067

E-mel : [email protected]