tinta mac siri 005 2016

Upload: anonymous-pqjzxk3wq

Post on 06-Jul-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Tinta Mac Siri 005 2016

    1/5

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N 0 0 1 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N M A C / 0 0 5 2 0 1 6 N E X T  

    SanaSini   YeKe?   Sant@iPunch Card Terakhir:

    ’Kak tI’

    Pekeliling Kerajaan:

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Urusan Kematian Ahli KeluargaTerdekat

      Cuka Epal DIY 

    Utama

    LensaJimat dan MudahDengan Inovasi:

    Majlis Perasmian Perhimpunan Ahli Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) danPelancaran Kelab WawasanAnak Muda Perintis IntelektualSeMalaysia (WARIS)

  • 8/17/2019 Tinta Mac Siri 005 2016

    2/5

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N 0 0 1 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N M A C / S I R I 0 0 5 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

    :http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp042015.pdf 

    PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, 30 Mac 2016 - Bertempat di Dewan Tun Razak 1, PWTC, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Perhimpunan Ahli

    Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) dan Pelancaran Kelab Waris yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’

    Seri Najib Bin Tun Razak. Majlis itu telah dihadiri oleh Ahli-ahli PBKAM, Ahli-ahli Kelab Waris, Kakitangan KEMAS dan juga jemputan yang

    memenuhi dewan. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan

    Wilayah, YB Senator Tan Sri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam selaku Penasihat PBAKM, YBhg Dato’ Hassan Bin Mohd Amin, Ketua Pengarah KEMAS

    Malaysia, Datuk Hajah Melati Binti Ali, Presiden PBAKM dan Encik Azri Bin Abd Wahab, Presiden Kelab Waris.

    YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak yang hadir di majlis tersebut mengucapkan syabas dan tahniah diatas usaha keras

    PBAKM bagi mempastikan kejayaan penganjuran majlis perhimpunan kali ini. Beliau dalam ucapannya mengatakan bahawa kejayaan UMNO

    selama ini adalah sinonim dengan peranan yang dimainkan oleh KEMAS bagi mempastikan kerajaan yang sedia ada terus memerintah. Beliau

    mengingatkan kembali kepada hadirin yang hadir berkenaan peranan yang dimainkan oleh KEMAS diawal penubuhannya dan peranan yang

    dimainkan oleh pemimpin-pemimpin KEMAS dilapangan yang bertungkus lumus memberi pendidikan dan khidmat kepada masyarakat luar

    Bandar. Oleh yang demikian, sudah menjadi tanggungjawab beliau selaku Perdana Menteri untuk memberikan keprihatinan kepada bekas

    anggota KEMAS dan anggota KEMAS yang masih berkhidmat.

    Mengakhiri majlis, YAB Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Khas Perdana Menteri kepada 5 ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia

    (PBAKM) dari seluruh Negara

    Majlis Perasmian Perhimpunan Ahli Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) dan

    Pelancaran Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual SeMalaysia (WARIS)

  • 8/17/2019 Tinta Mac Siri 005 2016

    3/5

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N 0 0 1 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N M A C / S I R I 0 0 5 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

    PUNCH CARD TERAKHIR,‘KAK TI’PUTRAJAYA, 31 MAC 2016 – Sinonim dengan panggilan Kak Rock @ Kak Siti merupakan seorang kakitangan yang penuh komited dalammelakukan tugas. Beliau telah menceburi bidang sebagai Penjawat Awam tanggal 10 Feb 1983 di KementerianPembangunan Negara & Luar Bandar sebagai Pemaju Masyarakat Gred N11. Mula berkhidmat di Pejabat Menteri Dato’ Sanusi bin Junid padaketika itu selama 3 Tahun.Beliau memulakan perkhidmatan sebagai kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada Tahun 1987 di BahagianPentadbiran. Selama 16 Tahun beliau berada di Bahagian Pentadbiran menjalankan pelbagai tugasan yang diberikan dengan penuh nilaiestetika yang tinggi sebagai penjawat Awam. Pada Tahun 2003 beliau telah

    beralih kepada Bahagian Kurikulum Naziran selama 6 Tahun. Pada Tahun 2008 pula beliau menjalankan tugas sebagai Setiausaha Pejabatkepada En Mohamad Bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Tahun 2009 sehingga 2016 beliau telah menabur bakti sebagai PembantuPembangunan Masyarakat Gred N17 di Bahagian Pembangunan KEMAS Ibu Pejabat.Sebagai Penjawat Awam beliau telah melaksanakan tugas yang diberikan tanpa memberi pelbagai alasan selama 30 tahunperkhidmatan beliau bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Pn Siti Rokiah binti Ahmad sangat berintegriti dalam melakukan tugasanyang diberikan kepadanya.Sehubungan itu, melalui perkhidmatan beliau bersama KEMAS selama 30 tahun, Pn Siti Rokiah akan meletakkan jawatan atas tiket bersara wajibtanggal 31 Mac 2016. Bibit-bibit terakhir beliau kepada warga KEMAS “ Saya menyeru kepada semua warga KEMAS agar meneruskanperjuangan demi Jabatan khususnya dan Kementerian amnya supaya terus maju serta membangunkan masyarakat Luar Bandar”

  • 8/17/2019 Tinta Mac Siri 005 2016

    4/5

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N 0 0 1 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N M A C / S I R I 0 0 5 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

      Untuk maklumat lanjut sila layari

    :http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp042015.pdf 

    1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan

     berkaitan dengan penambahbaikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan

    kematian ahli keluarga terdekat kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

    LATAR BELAKANG

     

    2. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat

    diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama tiga (3) hari untuk

    menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga

    terdekat yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002

    (PP Bil. 10/2002).

     

    3. Mengikut PP Bil. 10/2002, ahli keluarga terdekat terdiri daripada suami atau

    isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada pegawai berkenaan. Oleh itu,

    selaras dengan hasrat untuk menjaga kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam,

    Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod tersebut

    dengan memperluas kemudahan ini kepada urusan kematian ibu dan bapa mentua, ibu

      dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak

    angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang.

    KERAJAAN MALAYSIA

    PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

    KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD

    BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

    TAFSIRAN

     

    4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini -

      ‘ahli keluarga terdekat’  bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu

    angkat, bapa kandung atau bapa angkat, ibu mentua, bapa mentua, anak

    kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto

      dan anak pelihara.

      ‘anak angkat’ bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh

    Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula

      ‘anak angkat de facto’  bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam

     jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai

    anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak

    kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh

     permohonan tersebut di bawah seksyen 6, Akta Pendaftaran Pengangkatan

    1952 (Akta 253).

    ‘anak pelihara’  bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan,

     jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e)

    Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

    ‘bapa angkat’ bermaksud bapa kepada anak angkat seperti diperuntukkan di

     bawah Akta 257.

    ‘bapa mentua’ bermaksud bapa kepada isteri atau suami yang sah

    JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2)

    TUJUAN

  • 8/17/2019 Tinta Mac Siri 005 2016

    5/5

    Bahan : Kulit epal dan empulur, Gula(2 1/2 sudu ) Air (2 1/2 cawan) & Jar Kaca

    1) Isi jar kaca 3/4 dengan kulit dan empulur epal

    2) Kacau gula sehingga larut tuang di dalam jar sehingga meliputi jar  (Tinggalkan seinci sebelum penutup)

    3)Tutup dengan kain putih yang diikat dengan getah dan simpan

    ditempat gelap dan kering selama 2 minggu.

    4) Kacau sekali sekali selang beberapa hari,buang kotoran dan

    bendasing yang wujud.

      Selepas dua minggu,tapis isi dan cecair.(Ditahap ini,komponen cuka telah

    terbentuk dan mempunyai bau yang hampir sama dengan cuka epal)

    5) Biarkan lagi sehingga dua minggu(bau dan rasa cuka epal yang

      sebenar akan terbentuk ketika ini,jika ia belum matang, biarkan lagi  beberapa hari,sehingga anda berpuas hati.

    6) Setelah berpuas hati anda boleh tutup ia rapat menggunakan penutup

      dan simpan didalam peti sejuk.

    7) Gunakan untuk diminum,memasak dan membersih.

     

    Selamat mencuba!

    CUKA EPAL DIY

    Lensa Utama Sana Sini Ye Ke? Santai

    K E L U A R A N M A C / S I R I 0 0 5 2 0 1 6 U T A M A B A C K N E X T  

    Cuka epal mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan,

    ia membantu mengurangkan berat badan,detox,mengurangkan

    kandungan gula dalam darah,menghilangkan bau mulut serta banyak lagi.

    Basuh buah-buahan menggunakan cuka epal dapat menghilangkan wax

    yang ada pada kulit buah.Memandangkan ia banyak manfaatnya mari kita

    cuba untuk menghasilkanya sendiri