tinta murabbi musim assignments edit

1
“ Sesungguhnya hati seseorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai hakikat kelazatan iman kepada Allah SWT. Imam Hassan al-Banna Nasihat Imam Ghazali : Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali memberi nasihat 4 perkara yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin muslim di awal pagi sebelum subuh. Katanya 4 perkara itu ialah : (1) Membaca Al-Quran Melalui hari-hari dalam kehidupan, tanpa ruh Al-Quran adalah tanda kepincangan dan kelesuan jiwa yang sangat kronik. Harus kita memprogram diri untuk membaca, menghayati dan memahami intipati Al-Quran. Biarkan ruh Al-Quran mengalir dalam setiap urut nadi darah kita dengan harmoni, dan aman. (2) Berdoa Berdoa adalah senjata kekuatan mukmin yang sangat ampuh. Sangat pelik jika, seorang mukmin itu jarang-jarang berdoa. Menjadikan doa sebagai amalan harian adalah salah satu kaedah yang sangat baik dalam membina hubungan yang kukuh antara makhluk dan Khaliq. Berdoa akan melahirkan jiwa mukmin yang sentiasa menyakini janji-janji Allah SWT, pasrah kepada ketentuanNya, sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dalam setiap tanduknya dan ia merupakan tanda ketundukan serta penyerahan sepenuhnya kepada Rabbul Alamin. (3) Berzikir Zikrullah adalah amalan soleh yang sangat baik kepada hati. Ia akan menghidupkan, menyegarkan dan memantapkan hubungan hati kita dengan Allah SWT. Banyak zikir-zikir yang boleh kita jadikan amalan dalam hidup ini. Salah satunya juga ialah, zikir al- Mathurat yang disusun oleh Imam Hassan Al-Banna (4) Berfikir Banyak ayat Al-Quran yang mengalakan usaha-usaha untuk berfikir. Islam adalah agama yang sangat mengalakan umatnya berfikir. Semasa awal subuh juga, kita boleh merencanakan waktu untuk membaca buku, ulangkaji pelajaran, merancang tugasan harian dan berfikir untuk melakukan sesuatu untuk masa hadapan kita. Berfikir itu adalah langkah bagi melaksanakan tuntutan ubudiyah dengan jalan yang terbaik! http://langitillahi.com “Dalam kesibukan kita menyelesaikan tugasan assignments,jangan dilupa tanggungjawab utama kita terhadap Allah Taala yang jauh lebih perlu diutamakan.Semoga amalan yang dicadangkan ini dapat kita amalkan sambil menyiapkan assignment,semoga ada keberkatannya.”

Upload: abdullah-kadir

Post on 03-Jul-2015

336 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tinta murabbi musim assignments edit

“ Sesungguhnya hati seseorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai

hakikat kelazatan iman kepada Allah SWT.

Imam Hassan al-Banna

Nasihat Imam Ghazali :

Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali memberi nasihat 4 perkara yang perlu

dilakukan oleh seorang mukmin muslim di awal pagi sebelum subuh. Katanya 4 perkara

itu ialah :

(1) Membaca Al-Quran

Melalui hari-hari dalam kehidupan, tanpa ruh Al-Quran adalah tanda kepincangan dan

kelesuan jiwa yang sangat kronik. Harus kita memprogram diri untuk membaca,

menghayati dan memahami intipati Al-Quran. Biarkan ruh Al-Quran mengalir dalam

setiap urut nadi darah kita dengan harmoni, dan aman.

(2) Berdoa

Berdoa adalah senjata kekuatan mukmin yang sangat ampuh. Sangat pelik jika, seorang

mukmin itu jarang-jarang berdoa. Menjadikan doa sebagai amalan harian adalah salah

satu kaedah yang sangat baik dalam membina hubungan yang kukuh antara makhluk dan

Khaliq.

Berdoa akan melahirkan jiwa mukmin yang sentiasa menyakini janji-janji Allah SWT,

pasrah kepada ketentuanNya, sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dalam setiap

tanduknya dan ia merupakan tanda ketundukan serta penyerahan sepenuhnya kepada

Rabbul Alamin.

(3) Berzikir

Zikrullah adalah amalan soleh yang sangat baik kepada hati. Ia akan menghidupkan,

menyegarkan dan memantapkan hubungan hati kita dengan Allah SWT. Banyak zikir-zikir

yang boleh kita jadikan amalan dalam hidup ini. Salah satunya juga ialah, zikir al-

Mathurat yang disusun oleh Imam Hassan Al-Banna

(4) Berfikir

Banyak ayat Al-Quran yang mengalakan usaha-usaha untuk berfikir. Islam adalah agama

yang sangat mengalakan umatnya berfikir. Semasa awal subuh juga, kita boleh

merencanakan waktu untuk membaca buku, ulangkaji pelajaran, merancang tugasan

harian dan berfikir untuk melakukan sesuatu untuk masa hadapan kita. Berfikir itu adalah

langkah bagi melaksanakan tuntutan ubudiyah dengan jalan yang terbaik!

http://langitillahi.com

“Dalam kesibukan kita menyelesaikan tugasan assignments,jangan dilupa tanggungjawab

utama kita terhadap Allah Taala yang jauh lebih perlu diutamakan.Semoga amalan yang

dicadangkan ini dapat kita amalkan sambil menyiapkan assignment,semoga ada

keberkatannya.”