tinjauan literatur

Upload: fatihah-faezah

Post on 13-Oct-2015

82 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

asd

TRANSCRIPT

TINJAUAN LITERATURISU ISU YANG BERKAITANMenurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan. Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Hal ini disokong oleh Suhaimi Yunus (2009) yang menyatakan bahawa kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa lain Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.Dengan itu, saya berpendapat bahawa saya perlu mengatasi masalah ini. Berdasarkan kepada pengalaman saya berpraktikum untuk ketiga-tiga fasa, saya dapat melihat bahawa kebanyakan murid-murid sekolah rendah terutamanya Tahap Satu mempunyai masalah dalam menulis nombor. Nombor yang sering ditulis dengan salah ialah nombor 3 dan 8. Mereka dapat menunjukkan tiga jari apabila ditanyakan nombor 3 tetapi menulis simbol nombor yang salah. Menurut buku Teaching Mathematics oleh D.Pailing (1986) menyatakan bahawa murid perlu diperkenalkan dengan numeral (iaitu simbol nombor) dan diberi latihan untuk menggunakan dan menulis simbor nombor tersebut. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis. Jadi, saya perlu membantu murid-murid ini secara berperingkat dan berulang-ulang. Teori Jean Piaget menyatakan bahawa Peringkat Pra Operasi iaitu 2 hingga 7 Tahun, kanak-kanak dalam peringkat ini boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Mengulang kembali konsep yang mereka telah bina dengan menerangkan sesuatu konsep itu dengan perkataan mereka sendiri akan dapat membantu pembinaan konsep yang lebih kukuh (Noraini, 2006).Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988)i. peringkat pra menulis (Peringkat persediaan sebelum murid dapat menulis dengan kemas)ii. peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis iaitu selepas pramenulis,dan mereka dilatih membentuk lambang-lambang tulisan)iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis melahirkan fikiran murid secara bertulis)Oleh itu, saya perlu membimbing murid-murid ini cara memegang pensel dengan betul sebelum dapat melaksanakan kaedah Tracing. Mereka perlu dibantu dengan memegang tangan saya sendiri semasa mula-mula mahu menulis menggunakan kaedah Tracing. Dalam buku All you need to know to be your childs best teacher Math for Your 1st and 2nd Grader oleh Steve Salvin (1995), menyatakan seseorang guru perlu mengetahui konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Seseorang guru Matematik perlu memerhatikan perkembangan akademik anak muridnya dan memastikan mereka menguasai segala kemahiran asas sebelum melangkah ke kemahiran yang lebih mencabar. Justeru, sebagai seorang bakal guru Matematik, saya perlu memastikan sekurang-kurangnya murid-murid ini dapat menulis nombor 0-9 dengan betul walaupun mengambil masa yang agak lama.Betyl Webber, Jean Heigh (1995) dalam buku hasil karya mereka iaitu Inspirations for Maths mengatakan bahawa kanak-kanak perlu dibangunkan dengan pemahamaan yang jitu tentang konsep nombor dari pelbagai aspek dan urutan nombor itu sendiri untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Hal ini tidak boleh dicapai hanya dengan teori nombor sahaja tanpa mengetengahkan konsep asas nombor. Murid selalunya diajar tentang algoritma secara misteri dan abstrak oleh para guru. Sepatutnya, seseorang guru perlu mencuba untuk memotivasikan murid-muridnya dengan memberi pemahamaan yang jelas dan cara yang pelbagai untuk menyelesaikan masalah melibatkan nombor. Dalam hal ini, saya dapat melihat bahawa kemahiran asas Matematik itu perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum memperkenalkan mereka kepada sesuatu yang lebih abstrak dan mencabar.

Tidak dinafikan juga, kemahiran menulis nombor ini amnya penting kepada murid-murid selepas mereka meninggalkan sekolah dan beralih kepada dunia pekerjaan nanti. Sektor pekerjaan seperti perbankan pada abad ini memerlukan kemahiran dan pandangan idea yang bernas untuk memajukan sesuatu masyarakat. Pendapat ini disokong oleh Marohaini (1994) dan Gunnarsson (1997) yang menyatakan bahawa kemahiran menulis sememangnya tidak dapat disangkal sekiranya dilihat dari segi keperluan murid itu sendiri sebagai penuntut sekolah, calon peperiksaan dan bakal tenaga kerja mahir. Hal ini bermakna menulis nombor itu mempunyai pelbagai tujuan.Kesimpulannya, kemahiran menulis nombor bahkan perkataan ini penting kerana ianya adalah asas bagi meneruskan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan menulis nombor, murid dapat mengira wang, mengukur ketinggian dan lain-lain lagi. Lantaran itu, kemahiran menulis nombor dengan menggunakan kaedah Tracing diharapkan dapat membantu murid-murid saya mencapai objektif kajian ini kelak.

KAJIAN LEPASKAJIAN 1Tajuk Artikel: BUTA NOMBORPenulis : BENJAMIN ANAK KIBONGArtikel yang telah dikaji ini adalah berkenaan dengan penggunaan kaedah Tracing dalam mengatasi masalah kemahiran menulis nombor dalam kalangan murid Tahun 1. Penulis membuat kajian terhadap isu ini kerana beliau menghadapi masalah yang sama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau memberi tumpuan kepada seorang murid bernama Enoh kerana murid ini masih tidak dapat menulis nombor 0-9 dengan baik. Beliau bercadang untuk menggunakan kaedah Tracing bagi membantu Enoh mengatasi masalah kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran menulis nombor adalah penting bagi semua murid sebelum meneruskan sesuatu kemahiran yang lain.Beliau mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Enoh dengan menggunakan pemerhatian. Semasa beliau mengajar murid-murid menulis nombor di papan hitam, semua murid dapat mengikut apa yang ditulis walaupun tidak sempurna tetapi keadaan yang berlainan pula berlaku pada Enoh. Enoh masih juga menulis semua nombor itu sebagai nombor 0 untuk nombor 0 hingga 9 dan seterusnya tidak dapat menulis nombor selain daripada nombor 0. Pengkaji menggunakan kaedah Tracing yang telah diubahsuai daripada idea daripada Textbook Part 1, MATHEMATICS YEAR 1 yang dihasilkan oleh Wan Yusof bin Wan Ngah, Fezarudin bin Mahamudin dan Mohd. Marzuki bin Maulud (2003) dengan menambah sehelai kertas minyak di atas kertas bernombor sebelum membuat tracing dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh Enoh.

Beliau telah merancang tiga tindakan untuk membantu Enoh. Tindakan pertama yang dijalankan ialah untuk membantu Enoh memegang pensel dengan cara yang betul. Ini dilakukan dengan memegang tangannya sambil menulis. Tindakan ini adalah bertujuan untuk membiasakan tangan Enoh memegang pensel dan menulis setiap nombor yang diberikan dengan betul. Kedua, beliau juga telah menggunakan teknik tracing dengan meletakkan sekeping kertas yang mempunyai nombor 0 hingga 9 di bawah sekeping kertas minyak (lutsinar) dan meminta Enoh menulis mengikut nombor itu. Ini juga disertakan anak panah yang menunjukkan bentuk nombor-nombor itu. Seterusnya, beliau memperbanyakkan aktiviti dan permainan yang boleh memberi keseronokan seperti fun numbers kepada semua murid terutamanya Enoh. Aktiviti-aktiviti ini hanya dijadikan sebagai tindakan sampingan agar semua murid khususnya Enoh sentiasa menunjukkan minat dalam mata pelajaran Matematik.Beliau mengumpul data melalui pemerhatian dan lembaran kerja. Hasilnya, teknik tracing yang digunakan juga tidak berhasil untuk membantu Enoh menulis dan mengenali nombor terutamanya nombor 2 hingga 9. Tetapi beliau tetap berbangga kerana salah satu objektif kajian telah tercapai iaitu Enoh sudah pandai memegang pensel dengan cara yang betul dan Enoh juga sudah boleh menulis nombor 0 dan 1.

KAJIAN 2Tajuk Artikel: MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10Penulis : Law Hie Hieng @ Law Hui HuiArtikel yang telah dikaji ini adalah berkenaan dengan satu program telah dirancang untuk membantu Ah Yew dari memegang tangan beliau untuk menulis nombor, menulis mengikut garisan nombor yang dilukiskan sehingga dapat menulis nombor itu sendiri. Penulis membuat kajian terhadap isu ini kerana beliau mendapati bahawa Ah Yew tidak dapat menulis nombor 0 hingga 10. Beliau memberi tumpuan kepada Ah Yew kerana mempunyai masalah dari segi pertuturan, penampilan, pergerakan dan penulisan. Beliau bercadang untuk melaksanakan dari memegang tangan Ah Yew untuk menulis nombor, menulis mengikut garisan nombor yang dilukiskan sehingga dapat menulis nombor itu sendiri. Hal ini kerana menulis nombor boleh dianggap sebagai kemahiran yang paling senang dikuasai. Murid tidak dapat menguasai bukan saja tanggungjawab guru, malah masyarakat dan ahli keluarga juga memainkan peranan yang penting. Beliau mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Ah Yew dengan menggunakan pemerhatian dan temubual. Ah Yew adalah seorang murid yang diam tetapi sibuk dengan pergerakan psikomotor di tempat duduknya. Dia juga didapati mempunyai masalah dari segi pertuturan, penampilan, pergerakan dan penulisan. Ah Yew kurang mahir dalam mengurus diri sendiri dan tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran biasa seperti murid yang lain. Perhatiannya tidak dapat ditumpukan dan senang dipengaruhi oleh persekitaran.Pengkaji melaksanakan program yang dirancang untuk membantu Ah Yew dari memegang tangan beliau untuk menulis nombor, menulis mengikut garisan nombor yang dilukiskan sehingga dapat menulis nombor itu sendiri. Ah Yew diminta menyebut, membaca , mengecam dan menulis nombor 0 hingga10. Beliau medapati bahawa Ah Yew langsung tidak dapat berbuat demikian manakala kawannya yang lain dapat melakukannya. Memandangkan Ah Yew tidak dapat menyebut, membaca, mengecam dan menulis nombor 0 hingga 10, beliau telah mengecilkan fokus beliau kepada nombor 0 dan 1. Malangnya, Ah Yew tetap tidak dapat membaca nombor 0 dan 1 tetapi dapat menulis nombor 0. Kelemahan yang ditunjukkan oleh Ah Yew amat ketara, beliau telah pun berfikir dan merancang strategi yang lain untuk membantu Ah Yew. Ah Yew dapat menulis nombor 1 dalam petak yang agak besar (3cm x 3cm) tetapi tidak mahir menulis ikut garis putus-putus yang telah disediakan. Ah Yew dapat menulis nombor 0 dan 1 dapat ditulis dalam petak yang disediakan. Seterusnya, Ah Yew diminta menulis nombor 3 dan didapati ada yang dapat ditulis dengan baik dan kadang kala tidak dapat ditulis dengan baik. Cara penulisan Ah Yew untuk nombor 3 berpusing-pusing, maka beliau telah bercadang untuk mengajar Ah Yew menulis nombor 2. Nombor 2 telah diajar dengan bantuan guru iaitu sambil memegang tangan untuk menulis. Akhirnya, Ah Yew dapat menulis nombor 2 tetapi tidak dalam petak yang disediakan terutamanya dalam petak yang kecil tetapi dalam petak yang lebih besar. Pengkaji masih memberi nombor 2 kepada Ah Yew. Ah Yew akhirnya dapat menulis dalam petak yang disediakan tanpa bantuan. Dia bukan saja menulis dengan baik tetapi juga menulis sebanyak 2 muka surat. Selepas itu, beliau mengajar Ah Yew menulis nombor 4. Nombor 4 ditulis dengan bantuan guru untuk memegang tangan. Kefahaman Ah Yew terhadap nombor 4 pula diperkukuhkan dengan menyediakan kertas yang mempunyai petak yang besar pada sesi seterusnya. Pengumpulan data dan program yang dilakukan oleh beliau menampakkan hasil. Walaupun pada awalnya beliau mendapati bahawa pada peringkat awal tiada siapa yang mahu mengatakan bahawa Ah Yew dapat melakukan sesuatu. Tambahan pula bapa Ah Yew sendiri pun tidak mahu menghadapi kenyataan yang dipaparkan di depan matanya. Selain itu, sikap guru juga memainkan peranan yang penting. Ada guru menganggap memang ada murid yang tidak dapat diselamatkan dan sememangnya tidak berusaha untuk membantu mereka. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej guru dan memberi teladan yang tidak baik kepada guru yang lain.Kemajuan yang ditunjukkan oleh Ah Yew memberikan beliau satu dorongan yang khas untuk terus berjuang demi masa depan anak didik. Dengan adanya Ah Yew, barulah beliau mengetahui bahawa masa yang lebih diberikan kepada seseorang murid yang bermasalah (tak kira masalah apa) akan membawa hasil juga.