tinjauan lit

9
2.2.2 Kajian Lepas yang Berkaitan Banyak kajian berkenaan dengan teknik mengingat peta dan meningkatkan keupayaan mengingat murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran (p&p) melalui penggunaan kaedah mnemonik telah dijalankan oleh para pengkaji di dalam dan di luar negara. Salah satu kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam negara berkenaan dengan cara mengingat kedudukan lokasi dalam peta secara berkesan telah dilakukan oleh Aminah (2009). Kajian yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Geografi Berdasarkan Peta Dengan Betul Menggunakan “Teknik Nafisah” ” telah dijalankan untuk melihat sejauhmana ‘Teknik Nafisah’ dapat meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan berdasarkan peta dalam peperiksaan Geografi. Dalam “Teknik Nafisah” ciptaan pengkaji itu sendiri, murid- murid telah diajar langkah demi langkah tentang cara menanda, menulis dan secara serentak menyebut fakta yang ditulis itu sehingga terdengar suara pada telinga mereka sendiri (seolah-olah memberitahu orang lain akan maklumat yang ditulis itu). Teknik tersebut telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam membantu muridnya mengingat lokasi peta dengan lebih baik. Hasil daripada ujian pra dan pasca yang dilakukan oleh pengkaji, didapati bahawa peratusan murid gagal dalam ujian Geografi adalah tiada dan peratus pelajar baik dan cemerlang telah meningkat dalam jumlah yang besar melalui penggunaan “Teknik Nafisah” tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Aminah (2009) telah membuktikan bahawa guru perlulah kreatif dan inovatif dalam membantu murid menguatkan memori mengingat fakta berkaitan peta dengan mudah. Beliau telah membuktikan bahawa penggunaan “Teknik Nafisah” hasil ciptaannya sendiri telah menyebabkan subjek Geografi menjadi lebih mudah untuk dipelajari dan murid-muridnya lebih mudah untuk menjawab soalan berkaitan peta.

Upload: thaevakumari-anndy

Post on 25-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

2.2.2 Kajian Lepas yang BerkaitanBanyak kajian berkenaan dengan teknik mengingat peta dan meningkatkan keupayaan mengingat murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran (p&p) melalui penggunaan kaedah mnemonik telah dijalankan oleh para pengkaji di dalam dan di luar negara. Salah satu kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam negara berkenaan dengan cara mengingat kedudukan lokasi dalam peta secara berkesan telah dilakukan oleh Aminah (2009). Kajian yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Geografi Berdasarkan Peta Dengan Betul Menggunakan Teknik Nafisah telah dijalankan untuk melihat sejauhmana Teknik Nafisah dapat meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan berdasarkan peta dalam peperiksaan Geografi. Dalam Teknik Nafisah ciptaan pengkaji itu sendiri, murid- murid telah diajar langkah demi langkah tentang cara menanda, menulis dan secara serentak menyebut fakta yang ditulis itu sehingga terdengar suara pada telinga mereka sendiri (seolah-olah memberitahu orang lain akan maklumat yang ditulis itu). Teknik tersebut telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam membantu muridnya mengingat lokasi peta dengan lebih baik. Hasil daripada ujian pra dan pasca yang dilakukan oleh pengkaji, didapati bahawa peratusan murid gagal dalam ujian Geografi adalah tiada dan peratus pelajar baik dan cemerlang telah meningkat dalam jumlah yang besar melalui penggunaan Teknik Nafisah tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh Aminah (2009) telah membuktikan bahawa guru perlulah kreatif dan inovatif dalam membantu murid menguatkan memori mengingat fakta berkaitan peta dengan mudah. Beliau telah membuktikan bahawa penggunaan Teknik Nafisah hasil ciptaannya sendiri telah menyebabkan subjek Geografi menjadi lebih mudah untuk dipelajari dan murid-muridnya lebih mudah untuk menjawab soalan berkaitan peta.

Antara kajian yang pernah dilakukan berkaitan dengan merangsang daya ingatan yang lebih baik pula telah dijalankan oleh Abdul Rahman pada tahun 2007. Kajian yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkenaan Topik Dokumen Perniagaan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Melalui Kaedah Magik Huruf telah menunjukkan bahawa pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan berkaitan Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf yang berasaskan kepada kaedah mnemonik. Kajian tersebut turut membuktikan bahawa kaedah mnemonik yang telah digunakan memudahkan ingatan pelajar mengenai konsep prinsip perakaunan dengan lebih baik.

Hal ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Muslizaira et. al, (2011) bertajuk Penggunaan Akronim Untuk Meningkatkan Pengingatan Fakta Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan Dua yang menyatakan bahawa teknik akronim di bawah kaedah mnemonik berjaya meningkatkan kemahiran mengingati fakta sejarah dalam kalangan pelajar sekolah tersebut. Hasil kajian mereka telah menunjukkan terdapat peningkatan daripada segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menjawab soalan sejarah dengan selepas menggunakan kaedah mnemonik tersebut. Menurut Muslizaira et. Al, (2011), sistem pembelajaran menggunakan kaedah mnemonik memberikan pelajar-pelajar mereka satu cara terbaru untuk meningkatkan daya ingatan mereka terhadap fakta-fakta dalam subjek Sejarah. Walaupun tidak semua pelajar dalam kajian tersebut dapat mencapai tahap yang baik namun sekurang-kurangnya sistem tersebut telah memberi mereka ruang dan peluang untuk menghilangkan penyakit lupa mereka dan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Sejarah mahupun subjek-subjek lain juga. Muslizaira et. Al, (2011) turut berpandangan bahawa kaedah mnemonik harus diperkenalkan untuk semua topik dalam sukatan pelajaran Sejarah kerana sekiranya kaedah tersebut dapat diaplikasikan, pelajar akan lebih berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah seterusnya kualiti jawapan yang diberi oleh pelajar semasa menjawab ujian Sejarah akan meningkat. Kajian yang telah dijalankan oleh Tang Geok Ling (2005) yang bertajuk Meningkatkan Keupayaan Pelajar Tingkatan 1 Amanah Di SMK Engkilili Dalam Mengingat Fakta-Fakta Sejarah Dengan Menggunakan Kaedah Mneumonik juga turut membuktikan bahawa para pelajar dapat mengingati fakta Sejarah dengan lebih berkesan dan membuat ulang kaji dengan lebih mudah melalui penggunaan kaedah mnemonik. Dalam kajian tersebut, beliau telah melaksanakan kaedah mneumonik dalam dua peringkat. Peringkat pertama, melibatkan pengenalan kaedah mneumonik dan dilaksanakan secara individu manakala pada peringkat kedua pula, kaedah ini dilaksanakan secara berkumpulan.Menurut Tang Geok Ling (2005), walaupun pada peringkat awal terdapat sebilangan pelajar tidak mampu menghasilkan rangkaian kata untuk diri sendiri, tetapi masalah tersebut dapat diatasi melalui kaedah mneumonik berkumpulan. Hal itu bermakna pelajar lebih menghargai dan berasa puas dengan apa yang diciptanya sendiri (sumbangan dalam kumpulannya) berbanding dengan apa yang diberi tanpa melibatkan usaha sendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa para pelajar amat mengharapkan guru untuk menerapkan kaedah mneumonik dalam tajuk yang sesuai pada masa akan datang atau mempraktikkan kaedah mneumonik berkumpulan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana mereka berpendapat bahawa perbincangan dalam kumpulan dapat memperkukuhkan ingatan mereka tentang fakta Sejarah. Perkara ini dapat menyimpulkan bahawa sebenarnya kaedah mneumonik boleh digunakan sebagai satu kaedah atau teknik pengajaran bagi guru dan pembelajaran bagi pelajar. Penggunaan teknik ini tidak terbatas kepada mana-mana mata pelajaran, cuma memerlukan inovasi dan kreativiti guru itu sendiri. Kesesuaian kaedah mnemonik juga didapati lebih bermakna jika guru dan pelajar itu sendiri mempunyai kreativiti yang tinggi dalam membentuk sesuatu rangkai kata. Perkara ini adalah amat bersesuaian dengan pandangan Tokoh Konstruktivisme iaitu John Dewey dalam Mok Soon Sang (2002) yang mengatakan bahawa seorang guru harus cekap dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan dalam diri murid-murid. Hal ini turut disokong oleh Wittrock (1978) dalam Kamarudin (1993) yang menyatakan bahawa penekanan perlu diberikan kepada menyediakan murid dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan di mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan. Kajian tentang peningkatan pencapaian murid melalui penggunaan kaedah mnemonik pula pernah dilakukan oleh para pengkaji di luar negara iaitu Gungur Keskinkilic dan Ali Murat Sunbul (2011) yang berasal dari Turkey. Kajian mereka yang bertajuk The Effects Of Mnemonic Key Word Method On Science Lessons: Access And Attitude Of Students telah dijalankan untuk melihat keberkesanan teknik kata kunci di bawah kaedah mnemonik terhadap pencapaian dan sikap para pelajar. Kajian yang telah dijalankan oleh Gungur Keskinkilic dan Ali Murat Sunbul (2011) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang telah diajar dan dilatih untuk menggunakan kaedah mnemonik dalam pembelajaran Sains berjaya mencapai pencapaian yang lebih tinggi daripada para pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional.

Dapatan kajian mereka disokong oleh pendapat Erden dan Akman (1996) yang menyatakan bahawa kaedah mnemonik mampu mempercepatkan pembelajaran maklumat secara lisan dan juga pendapat Ulgen (1996) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah mnemonik mempunyai kesan yang ketara kepada konsep-konsep pembelajaran. Hal ini adalah kaedah mnemonik membantu mempercepatkan proses ingatan pelajar dari segi membantu mereka memahami dan mengingati maklumat dan konsep yang terdapat dalam kandungan pelajaran melalui contoh imej dan perkataan-perkataan yang mudah.

Peranan seorang guru dalam memperkenalkan kaedah mnemonik kepada murid secara berkesan berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada mereka pula dapat dikaitkan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Sarah Beth Butler (2007) yang bertajuk How Mnemonic Devices and Songs Help Third and Fourth Graders Learn and Retain Information. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa penggunaan kaedah mnemonik dalam proses p&p akan lebih berkesan apabila murid sudah biasa dengan kandungan pelajaran dan boleh memahami maklumat yang perlu diingat kembali. Hal ini adalah kerana maklumat yang disimpan dalam memori susah untuk diingat kembali sekiranya maklumat tersebut tidak biasa kepada pengetahuan sedia ada seseorang individu. Dapatan kajian tersebut disokong oleh pendapat Levin (1993) yang mengatakan bahawa tugas seorang guru dalam memperkenalkan sesebuah strategi kognitif kepada murid adalah satu cabaran yang amat besar dan kaedah mnemonik dapat membantu guru meningkatkan keupayaan kognitif murid dengan lebih baik sekiranya kaedah tersebut digunakan berasaskan kepada pengetahuan sedia ada murid dalam sesebuah topik yang ingin diajar.

2.2.2.1 Kajian Berkaitan Dengan Meningkatkan Daya Ingatan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Melalui Kaedah Magik Huruf

Kajian ini telah dijalankan oleh Abdul Rahman pada tahun 2007 dan ia berkaitan dengan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah magik huruf. Majik huruf merupakan perkataan yang dibentuk menggunakan salah satu teknik di dalam kaedah mnemonik iaitu teknik akronim dalam merangsang ingatan yang lebih baik. Kajian tersebut dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar Tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa ditanya dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan serta melibatkan seorang guru. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu menggunakan teknik mnemonik akronim. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf yang berasaskan kepada kaedah mnemonik. Kajian ini juga membuktikan bahawa kaedah mnemonik yang telah digunakan memudahkan ingatan pelajar mengenai konsep prinsip perakaunan dengan lebih baik.

2.2.2.2 Kajian Berkaitan Dengan Penggunaan Kaedah Mnemonik Untuk Meningkatkan Pengingatan Fakta Sejarah

Kajian ini telah dijalankan oleh Muslizaira et. al, pada tahun 2011 untuk meningkatkan penguasaan fakta bagi mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tapu, Terengganu. Kaedah yang digunakan oleh beliau dan rakan-rakan dalam kajian mereka ialah kaedah mnenomik menggunakan teknik akronim. Sebelum menjalankan kajian tersebut, mereka mendapati bahawa pelajar-pelajar di sekolah tersebut kurang mengingati fakta dalam matapelajaran Sejarah. Kesukaran mengingat fakta menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab ujian dengan baik. Oleh itu, mereka telah memperkenalkan teknik akronim bagi meningkatkan kemahiran mengingati fakta sejarah dalam kalangan pelajar sekolah tersebut. Hasil kajian mereka telah menunjukkan peningkatan daripada segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menjawab soalan sejarah dengan selepas menggunakan kaedah mnemonik tersebut. Menurut Muslizaira et. Al, (2011), sistem pembelajaran menggunakan kaedah mnemonik tersebut telah berjaya memberikan pelajar-pelajar mereka satu cara terbaru untuk meningkatkan daya ingatan mereka terhadap fakta-fakta dalam subjek Sejarah. Walaupun tidak semua pelajar dapat mencapai tahap yang baik namun sekurang-kurangnya sistem tersebut telah memberi mereka ruang dan peluang untuk menghilangkan penyakit lupa mereka dan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Sejarah mahupun subjek-subjek lain juga. Menurut mereka lagi, kaedah mnemonik tersebut harus diperkenalkan untuk semua topik dalam sukatan pelajaran Sejarah kerana sekiranya kaedah tersebut diaplikasikan, pelajar akan lebih berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah seterusnya kualiti jawapan yang diberi oleh pelajar semasa menjawab ujian Sejarah akan meningkat.

2.2.2.3 Kajian Berkenaan Dengan Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah Dengan Menggunakan Kaedah Mneumonik

Kajian ini telah dijalankan oleh Tang Geok Ling pada tahun 2005 bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar Tingkatan 1 Amanah di SMK Engkilili dalam mengingat fakta-fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah mneumonik. Dalam kajian tersebut, beliau telah melaksanakan kaedah mneumonik dalam dua peringkat. Peringkat pertama, melibatkan pengenalan kaedah mneumonik dan dilaksanakan secara individu manakala pada peringkat kedua pula, kaedah ini dilaksanakan secara berkumpulan. Kajian ini pada akhirnya didapati dapat membantu para pelajar mengingati fakta Sejarah dengan lebih berkesan dan memudahkan mereka membuat ulang kaji melalui penggunaan kaedah mnemonik.Menurut Tang Geok Ling (2005), walaupun pada peringkat awal terdapat sebilangan pelajar tidak mampu menghasilkan rangkaian kata untuk diri sendiri, tetapi masalah tersebut dapat diatasi melalui kaedah mneumonik berkumpulan. Hal itu bermakna pelajar lebih menghargai dan berasa puas dengan apa yang diciptanya sendiri (sumbangan dalam kumpulannya) berbanding dengan apa yang diberi tanpa melibatkan usaha sendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa para pelajar amat mengharapkan guru untuk menerapkan kaedah mneumonik dalam tajuk yang sesuai pada masa akan datang atau mempraktikkan kaedah mneumonik berkumpulan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana mereka berpendapat bahawa perbincangan dalam kumpulan dapat memperkukuhkan ingatan mereka tentang fakta Sejarah. Perkara ini dapat menyimpulkan bahawa sebenarnya kaedah mneumonik boleh digunakan sebagai satu kaedah atau teknik pengajaran bagi guru dan pembelajaran bagi pelajar. Penggunaan teknik ini tidak terbatas kepada mana-mana mata pelajaran, cuma memerlukan inovasi dan kreativiti guru itu sendiri. Kesesuaian kaedah mnemonik juga didapati lebih bermakna jika guru dan pelajar itu sendiri mempunyai kreativiti yang tinggi dalam membentuk sesuatu rangkai kata. Hal ini amat relevan dengan keadaan para pelajar zaman sekarang dan pada masa hadapan yang memerlukan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang mudah tanpa menjejaskan objektif pengajaran dan pembelajaran.