tilawah al-quran tingkatan 3

3
TILAWAH AL-QURAN AYAT KEFAHAMAN / HAFAZAN PEL. 1: MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH ( Surah al-A’raf: Ayat 23 ) Maksud ayat : Kedua-duanya berkata: Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri Dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi. Latar Belakang Ayat Allah mencipta nabi Adam daripada tanah dan Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam, kemudian Allah memasukkan kedua-duanya ke dalam syurga. Di dalam syurga Allah melarang Nabi Adam dan isterinya Hawa mendekati sepohon pokok. Iblis mengambil peluang ini untuk memperdaya Nabi Adam dan Hawa memakan buah daripada pokok tersebut dengan memberi alasan bahawa sesiapa yang memakannya akan bertukar menjadi malaikat dan dapat tinggal selama-lamanya di dalam syurga. Akhirnya Nabi Adam dan Hawa terpedaya dengan tipu helah iblis. Sebaik sahaja mereka memakan buah daripada pokok tersebut, pakaian mereka terungkai daripada badan. Allah menghukum Nabi Adam dan Hawa keluar dari syurga dan turun ke dunia. Nabi Adam menyesal atas perbuatan tersebut lalu memohon ampun kepada Allah dengan lafaz seperti yang disebutkan di dalam ayat 23 surah al- a’raf. Jenis dan contoh-contoh kezaliman 1. Zalim terhadap Allah: seperti tidak solat, tidak berpuasa pada bulan Ramadan. 2. Zalim terhadap diri sendiri: seperti menghisap dadah dan membunuh diri. 3. Zalim terhadap sesama manusia: seperti membuli kawan, mencaci dan merosakkan harta benda awam. 4. Zalim terhadap alam sekitar: seperti membuang sampah di merata-rata tempat.

Upload: wardatul-sakinah

Post on 30-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Memohon Keampunan dan Rahmat Allah

TRANSCRIPT

Page 1: Tilawah Al-Quran Tingkatan 3

TILAWAH AL-QURAN AYAT KEFAHAMAN / HAFAZAN

PEL. 1: MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH

(Surah al-A’raf: Ayat 23)

Maksud ayat:Kedua-duanya berkata: Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri Dan jika Engkau tidak mengampuni kamidan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi.

Latar Belakang AyatAllah mencipta nabi Adam daripada tanah dan Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam, kemudian Allah memasukkan kedua-duanya ke dalam syurga. Di dalam syurga Allah melarang Nabi Adam dan isterinya Hawa mendekati sepohon pokok. Iblis mengambil peluang ini untuk memperdaya Nabi Adam dan Hawa memakan buah daripada pokok tersebut dengan memberi alasan bahawa sesiapa yang memakannya akan bertukar menjadi malaikat dan dapat tinggal selama-lamanya di dalam syurga. Akhirnya Nabi Adam dan Hawa terpedaya dengan tipu helah iblis. Sebaik sahaja mereka memakan buah daripada pokok tersebut, pakaian mereka terungkai daripada badan. Allah menghukum Nabi Adam dan Hawa keluar dari syurga dan turun ke dunia. Nabi Adam menyesal atas perbuatan tersebut lalu memohon ampun kepada Allah dengan lafaz seperti yang disebutkan di dalam ayat 23 surah al-a’raf.

Jenis dan contoh-contoh kezaliman1. Zalim terhadap Allah: seperti tidak solat, tidak berpuasa pada bulan Ramadan.2. Zalim terhadap diri sendiri: seperti menghisap dadah dan membunuh diri.3. Zalim terhadap sesama manusia: seperti membuli kawan, mencaci dan merosakkan harta benda awam.4. Zalim terhadap alam sekitar: seperti membuang sampah di merata-rata tempat.

Maksud menzalimi diri sendiriOrang yang melakukan dosa terhadap Allah seperti mencuri, minum arak, meninggalkan solat, tidak berpuasa pada bulan Ramadan atau merosakkan harta benda awam dianggap menzalimi diri sendiri kerana melanggar hukum syarak dan mendedahkan diri mereka kepada kemurkaan dan azab Allah.

Maksud keampunan AllahPenghapusan dosa oleh Allah kepada hambaNya yang berdosa dan memohon taubat kepadaNya.

Langkah-langkah untuk mendapat keampunan Allah1. Mengaku kesalahan.2. Menyesal atas kesalahan yang dilakukan.3. Menempelak diri.4. Bertaubat.5. Tidak berputus asa.

Maksud rahmat AllahKasihan belas yang dilimpahkan oleh Allah kepada orang yang dikehendakiNya.

Page 2: Tilawah Al-Quran Tingkatan 3

Cara-cara untuk mendapat rahmat Allah1. Berlaku adil terhadap orang lain.2. Bertaubat dengan ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan.3. Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna.4. Berkasih sayang bersama anggota keluarga dan masyarakat.5. Membelanjakan harta pada jalan Allah ketika senang atau susah.

Pengajaran Ayat1. Mengaku kesalahan dan menyesali dosa yang dilakukan ialah sifat terpuji.2. Orang yang beriman wajib mencontohi taubat yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s.3. Orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan godaan syaitan.4. Keampunan suatu rahmat Allah kepada hambanya.

PENILAIAN1. Nyatakan pengertian menzalimi diri sendiri. )2m)2. Jelaskan maksud keampunan dan rahmat Allah. )4m)3. Terangkan empat langkah untuk mendapat keampunan Allah. )4m)4. Huraikan cara-cara untuk mendapatkan rahmat Allah.5. Orang yang tidak mendapat rahmat dan keampunan Allah ialah orang yang rugi. Huraikan tiga ciri kehidupan orang yang tidak mendapat rahmat Allah dan keampunan Allah. )6m)