pelaksanaan kelas pengajian tilawah al-quran … · ilmu al-quran. kelas al-quran di rumah adalah...

16
517 PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN WANITA DI FELDA JENGKA 9, MARAN, NEGERI PAHANG WAHYU HIDAYAT ABDULLAH, MOHAMMAD MARZUQI ABDUL RAHIM, ABD HADI BORHAM & WAN YUSNA NABILA WAN MOHD AMIN Abstract: Pengajian tilawah al-Quran merupakan salah satu pengajian keagamaan yang menjadi keutamaan masyarakat Islam di tanah air. Peranan masyarakat setempat dalam mewujudkan aktiviti pengajian ilmu dan pusat pengajian al-Quran dapat dilihat melalui kelas pengajian ilmu dan pengajian al-Quran yang telah dijalankan. Memahirkan diri dengan bacaan al-Quran dan memupuk semangat cintakan al-Quran merupakan matlamat pertama bagi setiap individu yang mengikuti pengajian ini. Kertas kerja ini merupakan salah satu kajian pelaksanaan kelas pengajian tilawah al-Quran wanita yang dilaksanakan di Felda Jengka 9, Maran Pahang. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan dan menganalisa kaedah yang digunakan dalam kelas pengajian di kalangan wanita. Kajian yang menggunakan pendekataan kualitatif yang menggunakan instrumen temubual dan pemerhatian telah melibatkan 8 pengajian al-Quran di seluruh Felda Jengka 9, Maran, negeri Pahang, merumuskan bahawa pendekatan tradisional masih mempunyai pengaruh yang kuat dan berkesan dalam kaedah pengajaran tilawah al-Quran yang dijalankan. Kata kunci: Felda Jengka 9; Pengajian Tilawah Al-Quran Wanita; Kualitatif; Kaedah Pengajaran. PENGENALAN Al-Quran adalah kalam Allah SWT menjadi petunjuk dan pedoman kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan ini. Ia juga adalah mukjizat pemberian Allah SWT sebagai tanda kerasulan Muhammad SAW hingga ke akhir zaman. Al-Quran juga adalah kitab hidayah yang terkandung di dalamnya soal-soal akidah, akhlak, fiqh, ekonomi, undang- undang, syariah dan sebagainya. Antara yang menjadi kewajipan umat Islam terhadap al- Quran adalah dengan membaca, mempelajari dan menghayati serta mengamalkan segala isi kandungannya. Dalam falsafah pendidikan Islam, anak-anak yang diajarkan al-Quran sejak dari kecil akan memberi kesan yang mendalam dari segi akidah dan akhlaknya (Zakaria Stapa, Noranizah, Abdul Fatah, 2012). Amalan pengajaran Tilawah al-Quran telah menjadi suatu yang sebati dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak Islam tersebar di Malaysia (Ahmad, 2017). Kaedah halaqah di hadapan guru merupakan kaedah pembelajaran al-Quran terawal yang dijalankan di Malaysia (Abdullah Ishak, 1995). Proses pendidikan yang menekankan pembelajaran al-Quran diteruskan walaupun pada zaman penjajahan. Ini telah menunjukkan bahawa sikap keprihatinan masyarakat Islam kepada ajaran agama hingga kehari ini (1992). Namun menurut (Zulkifli & Nur Atiyah, 2014) realiti berkenaan penguasaan bacaaan al-Quran di Malaysia adalah pada paras yang membimbangkan. Ini kerana, masih lagi terdapat ramai umat Islam yang belum mampu menguasai bacaan al-Quran di mana bacaan mereka dilihat kurang lancar seperti lemah dari sudut bacaan mengikut tajwid yang betul dan tidak menyebut huruf hijai’yyah dengan lafaz makhraj yang tepat. Malah yang lebih menggusarkan adalah apabila didapati masih ramai umat Islam di Malaysia yang mengalami masalah buta huruf al- Quran. Jika sekiranya masyarakat Islam di Bandar Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh © Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

56 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

517

PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH

AL-QURAN WANITA DI FELDA JENGKA 9,

MARAN, NEGERI PAHANG

WAHYU HIDAYAT ABDULLAH, MOHAMMAD MARZUQI ABDUL RAHIM,

ABD HADI BORHAM & WAN YUSNA NABILA WAN MOHD AMIN

Abstract: Pengajian tilawah al-Quran merupakan salah satu pengajian keagamaan yang menjadi keutamaan

masyarakat Islam di tanah air. Peranan masyarakat setempat dalam mewujudkan aktiviti pengajian ilmu dan

pusat pengajian al-Quran dapat dilihat melalui kelas pengajian ilmu dan pengajian al-Quran yang telah

dijalankan. Memahirkan diri dengan bacaan al-Quran dan memupuk semangat cintakan al-Quran merupakan

matlamat pertama bagi setiap individu yang mengikuti pengajian ini. Kertas kerja ini merupakan salah satu

kajian pelaksanaan kelas pengajian tilawah al-Quran wanita yang dilaksanakan di Felda Jengka 9, Maran

Pahang. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan dan menganalisa kaedah yang digunakan dalam kelas

pengajian di kalangan wanita. Kajian yang menggunakan pendekataan kualitatif yang menggunakan

instrumen temubual dan pemerhatian telah melibatkan 8 pengajian al-Quran di seluruh Felda Jengka 9,

Maran, negeri Pahang, merumuskan bahawa pendekatan tradisional masih mempunyai pengaruh yang kuat

dan berkesan dalam kaedah pengajaran tilawah al-Quran yang dijalankan.

Kata kunci: Felda Jengka 9; Pengajian Tilawah Al-Quran Wanita; Kualitatif; Kaedah Pengajaran.

PENGENALAN

Al-Quran adalah kalam Allah SWT menjadi petunjuk dan pedoman kepada umat manusia

dalam menjalani kehidupan ini. Ia juga adalah mukjizat pemberian Allah SWT sebagai

tanda kerasulan Muhammad SAW hingga ke akhir zaman. Al-Quran juga adalah kitab

hidayah yang terkandung di dalamnya soal-soal akidah, akhlak, fiqh, ekonomi, undang-

undang, syariah dan sebagainya. Antara yang menjadi kewajipan umat Islam terhadap al-

Quran adalah dengan membaca, mempelajari dan menghayati serta mengamalkan segala

isi kandungannya. Dalam falsafah pendidikan Islam, anak-anak yang diajarkan al-Quran

sejak dari kecil akan memberi kesan yang mendalam dari segi akidah dan akhlaknya

(Zakaria Stapa, Noranizah, Abdul Fatah, 2012). Amalan pengajaran Tilawah al-Quran

telah menjadi suatu yang sebati dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak Islam tersebar

di Malaysia (Ahmad, 2017). Kaedah halaqah di hadapan guru merupakan kaedah

pembelajaran al-Quran terawal yang dijalankan di Malaysia (Abdullah Ishak, 1995). Proses

pendidikan yang menekankan pembelajaran al-Quran diteruskan walaupun pada zaman

penjajahan. Ini telah menunjukkan bahawa sikap keprihatinan masyarakat Islam kepada

ajaran agama hingga kehari ini (1992).

Namun menurut (Zulkifli & Nur Atiyah, 2014) realiti berkenaan penguasaan bacaaan

al-Quran di Malaysia adalah pada paras yang membimbangkan. Ini kerana, masih lagi

terdapat ramai umat Islam yang belum mampu menguasai bacaan al-Quran di mana bacaan

mereka dilihat kurang lancar seperti lemah dari sudut bacaan mengikut tajwid yang betul

dan tidak menyebut huruf hijai’yyah dengan lafaz makhraj yang tepat. Malah yang lebih

menggusarkan adalah apabila didapati masih ramai umat Islam di Malaysia yang

mengalami masalah buta huruf al- Quran. Jika sekiranya masyarakat Islam di Bandar

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah

Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,

Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,

Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh

© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Page 2: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

518

mempunyai masalah dalam bacaan al-Quran, sudah pasti masyarakat dipinggir bandar

menghadapi situasi yang lebih berat.

Kajian yang dilakukan oleh (Haizuran, 2013) terhadap pengajian al-Quran di pinggir

bandar khusus di FELDA Bukit Goh Kuantan, Pahang telah melihat secara khusus keadaan

sebenar kelas pengajian al-Quran kepada golongan yang digelar peneroka. Dalam masa

yang sama kajian ini akan membuktikan sama ada pendekatan kaedah pengajaran yang

digunakan oleh tenaga pengajar dalam kelas al-Quran terhadap golongan peneroka ini

berkesan atau sebaliknya dan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan kelas pengajian al-

Qur’an di FELDA Bukit Goh ini samada mendapat sambutan dan menarik minat golongan

peneroka atau sebaliknya. Kajian ini turut membuktikan sebahagian besar golongan

peneroka di sini masih tidak mampu menguasai al-Quran.

Wanita merupakan golongan mukallaf yang turut difardukan dalam semua syariat

agama Islam. Tugas dan peranan utama wanita dalam dakwah Islam ialah menjadi

pembantu atau penolong kaum lelaki dalam semua aspek. Peranan wanita adalah amat

penting kerana mereka adalah sebahagian daripada umat dan suara mereka diperlukan

dalam memastikan misi dakwah tercapai. Seorang wanita tugasnya adalah sama

pentingnya dengan kaum lelaki. Setiap apa yang dilakukan oleh kaum lelaki, wanita ada

tempat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagi golongan wanita di Felda Jengka

9, Maran, negeri Pahang, peranan mereka bukan sahaja sebagai isteri dan ibu dalam rumah

tangga, bahkan kebanyakan mereka merupakan peneroka yang sama berperanan dengan

golongan lelaki dalam membangunkan Felda Jengka 9, di Maran. Mentaati perintah-

perintah dalam agama Islam, memantapkan ilmu dalam bidang keagamaan amat dilihat

penting oleh golongan wanita. Justeru pengajian al-Quran merupakan pengajian yang

mendapat tempat dan cukup popular dalam kalangan wanita di Felda Jengka 9, Maran,

negeri Pahang ini, sebagai langkah mendekati agama dan beramal dengan kitab suci al-

Quran.

TUJUAN KAJIAN

Secara keseluruhan kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan kelas pengajian al-

Quran wanita yang dijalankan di seluruh Felda Jengka 9, Maran, negeri Pahang. Secara

khususnya kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

a. Mengenalpasti kaedah-kaedah pengajaran tilawah al-Quran wanita yang digunakan

dalam kelas pengajian al-Quran.

b. Menganalisis kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar di kelas

pengajian al-Quran.

c. Memberikan cadangan penambahbaikan aspek-aspek kaedah pengajaran yang

bersesuaian dengan pengajian tilawah al-Quran Wanita di Felda Jengka, Maran,

Negeri Pahang.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kualitatif dipilih dalam kajian ini sebagai reka bentuk kajian. Dengan

menggunakan instrumen temubual berstuktur beberapa dapatan berkaitan dengan kaedah

pengajaran yang dilaksanakan di setiap kelas pengajian tilawah al-Quran dapat dibuktikan.

Pemerhatian turut digunakan bagi mengukuhkan bukti kajian yang telah dijalankan.

Jumlah sampel hanyalah melibatkan guru-guru yang terlibat dengan perlaksanaan kelas

pengajian al-Quran yang terdapat di FELDA Jengka 9, Pahang. Kajian ini dijalankan ini

Page 3: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

519

melibatkan semua pengajian yang berjalan sepanjang minggu samada di masjid, kelas

pengajian al-Quran dan rumah-rumah guru persendirian.

DAPATAN KAJIAN

Felda Jengka 9 atau lebih dikenali dengan Felda Kesumba Jengka 9 telah dibangunkan

pada tahun 1970 dan mempunyai satu peringkat sahaja, ianya terletak di Daerah Maran dan

berada di dalam Wilayah Jengka. Pekan yang berhampiran degan felda ini ialah Bandar

Tun Abdul Razak. Rancangan ini terletak di dalam Parlimen Jerantut dan kawasan Dewan

Undangan Negeri Pulau Tawar. Kemasukkan peneroka bermula pada 7 Januari 1974 dan

mempunyai (17) Blok. Jumlah bilangan peneroka di Felda Kesumba Jengka 9 seramai 336

orang. Berdasarkan jadual (1) pola pengajian tilawah al-Quran wanita yang dijalankan di

FELDA Jengka 9, telah menunjukkan sebanyak lapan (8) pengajian tilawah al-Quran

wanita telah dijalankan. Rumah-rumah persendirian merupakan salah satu tempat yang

paling banyak mendapat tempat pengajian. Manakala keunikan pengajian tilawah al-Quran

bagi wanita di FELDA Jengka 9, Pahang turut memperlihatkan bangunan sekolah agama

rakyat telah dimaksimumkan penggunaannya untuk pengajian al-Quran khusus untuk

golongan wanita. Intitusi masjid pula tidak ketinggalan menjadi pusat pengajian al-Quran

secara tradisi pengajian keagamaan dijalankan.

Jadual (1). Taburan Populasi Mengikut Tempat Pengajian

Tempat Pengajian Yang Dijalankan Bilangan Peratusan

Rumah-Rumah Persendirian 5 62.5 %

Bangunan Sekolah 2 25 %

Institusi Masjid 1 12.5 %

Jumlah 8 100%

Profil Responden

Seramai lapan (8) individu tenaga pengajar telahpun dijadikan responden dalam kajian ini.

Tema bagi soalan-soalan yang diajukan adalah terfokus kepada pendekatan pengajaran

yang diamalkan oleh responden-responden yang terlibat. Maklumat demografi responden

juga dikenalpasti bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian.

Maklumat Demografi Responden

Majoriti responden yang terlibat adalah terdiri daripada golongan wanita, namun terdapat

dua orang responden yang merupakan guru agama lelaki. Kebanyakan responden terdiri

daripada dalam kalangan mereka yang berumur 63 hingga 72 tahun. Angka ini bukan

merupakan sesuatu angka yang janggal kerana mereka dalam golongan peneroka dan

penerokawati itu sendiri iaitu generasi pertama. Dalam usia begini, kepercayaan

masyarakat setempat dilihat lebih tinggi berbanding dengan peringkat umur yang lain,

selain mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran al-Quran. Manakala latar

belakang pengajian pula, menunjukkan kesemua responden merupakan mereka yang

berlatar belakang pengajian keagamaan. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, rata-

rata responden mempunyai pengalaman menuntut ilmu di institusi keagamaan tidak formal

seperti, pengajian pondok dan kelas-kelas agama.

Manakala dari aspek kerjaya pula, menunjukkan kebanyakan responden adalah

mereka yang terdiri daripada peneroka sepenuh masa. Namun terdapat dua responden yang

Page 4: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

520

mempunyai kerjaya tambahan, iaitu imam di masjid di daerah FELDA Jengka 9, manakala

seorang responden lagi berpengalaman sebagai bekas guru sekolah agama rakyat.

Pola Perlaksanaan Kelas Pengajian al-Quran di FELDA Jengka 9

Berdasarkan dapatan yang telah di perolehi pelaksanaan kelas pengajian al-Quran di

FELDA Jengka 9 dapat dibahagi kepada tiga iaitu kelas pengajian di masjid, kelas

pengajian al-Quran dan rumah persendirian. Perincian mengenai kelas-kelas pengajian al-

Quran di FELDA Jengka 9.

Pengajian al-Quran di Masjid

Masjid FELDA Jengka 9 merupakan satu-satunya masjid bagi penduduk di situ untuk

menunaikan ibadah solat dan juga tempat melakukan pelbagai aktiviti seperti ceramah

agam, tazkirah, forum perdana, kelas pengajian al-Quran dan sebagainya. Masjid itu

terletak ditengah- tengah FELDA Jengka 9 dan ia bersebelahan dengan pejabat FELDA

Jengka 9. Terdapat satu kelas pengajian al-Quran yang dijalankan dan masih berjalan

dengan lancar serta sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kelas pengajian al-

Quran di masjid telah dikendalikan oleh imam masjid itu sendiri dan telah di jalan setiap

hari Isnin dari jam 8 pagi sehingga jam 10 pagi dengan jumlah pelajarnya seramai 20 orang

yang merangkumi golongan wanita.

Pengajian al-Quran di Kelas Sekolah Agama Rakyat

Pengajian al-Quran di kelas Sekolah Agama Rakyat telah ditubuhkan sejak tahun 2014.

Kelas pengajian al-Quran dilaksanakan di sini untuk memudahkan pengumpulan pelajar

yang agak ramai. Tambahan pula, tujuan kelas pengajian itu ditubuhkan adalah untuk

membantu masyarakat yang tidak tahu membaca al-Quran atau kurang mahir dalam

pengajian al-Quran khususnya untuk wanita. Terdapat dua kelas pengajian yang telah

dijalankan disini. Ini terjadi kerana satu kelas terdiri daripada pelajar yang tidak tahu

membaca dan satu kelas yang lain terdiri daripada pelajar yang kurang mahir sahaja.

Kelas pengajian ini hanya dijalankan dua (2) kali dalam seminggu sahaja iaitu, pada

hari Isnin dan Selasa. Masa yang diambil untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kelas ini

adalah 1 jam 30 minit yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi. Rata-rata pelajar

bagi kedua-dua kelas pengajian yang dibuat di Sekolah Agama Rakyat adalah 45 orang

keseluruhan. Namun begitu, kehadiran pada setiap minggu adalah tidak tetap. Ini kerana

jika terdapat urusan yang perlu diutamakan, para pelajar tidak akan menghadiri kelas

tersebut.

Pengajian al-Quran di Rumah Persendirian

Di samping kelas pengajian al-Quran di masjid dan kelas pengajian di SAR, penduduk

FELDA Jengka 9 juga menjadikan rumah- rumah penduduk sebagai tempat mendalami

ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran

berhampiran yang melihat kepentingan mendalami ilmu al-Quran khususnya mengulang

kembali bacaan di SAR, memperbaiki bacaan dan tajwid. Kebiasaannya kelas-kelas al-

Quran ini dihadiri oleh jiran-jiran terdekat. Di FELDA Jengka 9, terdapat sebanyak lima

(5) buah rumah yang dijadikan sebagai kelas al-Quran iaitu:

Page 5: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

521

a. Pertama di kawasan Blok 4, pada setiap petang pukul 5.00 petang. Di rumah ini

terdapat 5 orang golongan wanita.

b. Kedua, kelas pengajian turut diadakan di Blok 5 pada setiap hari Ahad jam 9 pagi. Di

rumah ini terdapat 4 orang golongan wanita yang mengikuti kelas al-Quran.

c. Ketiga, kelas pengajian turut di adakan di Blok 8. Kelas pengajian ini dilakukan pada

setiap hari pada jam 8 malam.

d. Keempat, kelas pengajian di adakan di Blok 14 yang mempunyai 6 orang pelajar

yang belajar di rumahnya dan waktu belajar adalah setiap hari pada jam 5 petang.

e. Kelima, kelas pengajian di turut di adakan di Blok 11 yang mempunyai 20 orang

pelajar dan waktu pengajarannya adalah setiap hari rabu dan khamis pada jam 9 pagi

hingga 11 pagi.

Jadual 2. Taburan Sepanjang Minggu Terhadap Kelas Pengajian al-Quran

Hari/

Tempat

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Jumlah

Pelajar

SAR 1 √ √ 23 orang

SAR 2 √ √ 22 orang

Masjid √ 20 orang

Rumah 5 √ √ 20 orang

Rumah 3 √ √ √ √ √ √ √ 7 orang

Rumah 4 √ √ √ √ √ √ √ 6 orang

Rumah 1 √ √ √ √ √ √ √ 5 orang

Rumah 2 √ 4 orang

Jadual: Taburan Sepanjang Minggu Terhadap Kelas Pengajian al-Quran

Analisa Pendekatan Pengajaran Dalam Pengajian Tilawah Al-Quran

Menurut al-Nahlawi (2004) terdapat banyak kaedah-kaedah pengajaran yang digariskan

serta disarankan al-Quran antaranya ialah kaedah hiwar (perbualan), kaedah qisasi

(bercerita), kaedah amthal (perumpamaan) dan kaedah tauladan, kaedah amalan kebiasaan,

kaedah ibadah dan mauizah dan kaedah targhib dan tarhib. Kaedah hiwar ialah kaedah

perbualan silih berganti antara dua pihak atau lebih melalui soal jawab mengenai sesuatu

topik yang menuju kepada sesuatu objektif atau tujuan. Al-Nahlawi (2004) membahagikan

kaedah hiwar terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah hiwar khitabi, hiwar

wasafi, hiwar qisasi dan hiwar jadali. Namun pendekatan yang digunakan untuk mengajar

sebenarnya bersifat subjektif, misalnya daripada konkrit kepada abstrak, daripada mudah

kepada kompleks, daripada keseluruhan kepada bahagian, daripada umum kepada khusus,

daripada spesifik kepada umum, daripada dekat kepada jauh dan daripada diketahui kepada

belum diketahui (Abdul Halim Tamuri,2006). Kesesuaian pendekatan pengajaran berkait

rapat dengan jenis pelajar dan jenis pengajaran guru. Dalam kajian ini, pendekatan

pengajaran yang dilaksanakan oleh para tenaga penganjar diperincikan kepada enam (6)

bahagian dibina, iaitu set induksi, alat bantu mengajar, objektif, kaedah pengajaran,

penilaian dan penutup serta sahsiah seperti berikut:

Penggunaan Set Induksi Dalam Pengajaran Di Kelas Pengajian Tilawah al-Quran

Set induksi yang dilakukan untuk menarik dan pembuka kelas pengajian al-Quran. Walhal

set induksi pengajaran al-Quran terpulanglah kepada kebijaksanaan guru, antaranya ialah

Page 6: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

522

guru boleh menjelaskan terjemahan, tafsir serta asbabun nuzul, di samping itu guru boleh

menjelaskan tajuk pelajaran dengan memaparkan ABM seperti gambar-gambar, slide atau

carta yang ada kaitan dengan isi pelajaran yang akan diajar, ataupun memasang kaset yang

berkaitan, contohnya cerita atau peristiwa yang ada kaitan dengan isi pelajaran (Yusuf

Ahmad, 2000). Berikut 5 maklum balas yang daripada ke semua temubual dan tinjauan

yang telah dijalankan:

Responden (1): Responden menjelaskan set induksi yang telah dilakukan adalah dengan

mengadakan unsur kecindan terhadap pengajaran agar pelajar tidak bosan. Menurut beliau:

“…Buatlah lawak-lawak cikit jangan garang sangat...sat lagi kelas pun jadi bosan,

tambah-tambah orang tua...sat lagi depa terasa tak mahu pergi dah...kita selit-selit sikit

unsur lawak-lawak bagi depa gelak...”. [Minit:6]. Melalui tinjauan yang telah dilakukan,

kajian mendapati guru tersebut sememangnya menggunakan cara yang mempunyai unsur

kecindan dalam tarikan pengajarannya dan pelajar juga kelihatan suka dan teruja.

Responden (2): Bagi tenaga pengajar yang kedua, ia menjelaskan bahawa set induksi yang

dilakukan adalah dengan bertanya akan pelajaran yang lepas. Menurut beliau: “…Ustazah

sembang-sembang je duhulu...lepas tu ustazah tanya lah balik ni baca semula tak ayat

kelas yang lepas…” [Minit:6]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, responden ini lebih

gemar menggunakan teknik soal jawab terhadap pelajaran yang lepas sebelum memulakan

pelajaran yang baharu.

Responden (3): Responden menjelaskan bahawa tidak melakukan apa-apa pada bahagian

set induksi. Menurut beliau, “…Ustaz tak buat apa-apa kot...tak tahulah...” [minit:5].

Berdasarkan tinjauan, mendapati responden telah menggunakan bacaan taranum untuk

menarik perhatian pelajar-pelajar bagi memulakan pengajian.

Responden (6): Bagi responden ini, ia menjelaskan set induksi yang dilakukan adalah

dengan memberikan tazkirah berkenaan al-Quran. Menurut beliau: “...Kita bagi takzirah

lah sikit apa-apa pasal al-Quran ni…tak pun kita baca surah pilihan sebelum mengaji…”

[Minit: 9]. Melalui tinjauan yang dilakukan responden telah memberi tazkirah atau

peringatan kepada pelajar berkenaan al-Quran sebelum memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran al-Quran.

Responden (7): Penjelasan yang dilakukan mengenai set induksi adalah responden telah

menerangkan hukum-hukum tajwid. Menurut beliau: “Makcik tak pandai sangat cuma

makcik bacakan…ni haa! terang hukum tajwid dekat orang-orang…”.[minit:7].

Berdasarkan tinjauan ukan cara responden ini menarik perhatian pelajar adalah

memperjelaskan hukum tajwid dan mengajar tajwid dengan menggunakan kaedah berlagu.

Dapat dirumuskan bahawa set induksi yang telah dilakukan adalah berbeza di antara

responden dengan responden yang lain. Ini kerana, pemahaman kesemua responden

terhadap set induksi itu sendiri adalah berbeza-beza. Oleh itu, adalah di dalam kalangan

pengkaji yang menggunakan unsur kecindan, soal jawab, tazkirah ringkas, membaca tajwid

dan tarannum, mengulang kembali ayat pada pelajaran yang lepas. Ia turut dikenalpasti

sebagai induksi bebas dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di Dalam Kelas Pengajian Tilawah al-Quran

Teori pengajaran Ibnu Khaldun dari aspek ABM beliau menekankan pentingnya buku teks

sebagai ABM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penilaian guru terhadap

pelajar hendaklah berdasarkan sukatan pelajar yang ditentukan (buku teks). Untuk

meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam pengajaran al-Quran, disarankan agar

penggunaan ABM dalam pengajaran alQuran diperkasakan disamping setiap pelajar

hendaklah memiliki al-Quran peribadi. Dalam pengajaran al-Quran ABM yang terpenting

Page 7: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

523

bagi setiap pelajar ialah Mushaf Al-Quran. Berikut disenaraikan (5) maklum balas yang

daripada ke semua temubual dan tinjauan yang telah dijalankan:

Responden (1): Bagi responden memberikan penjelasan berkenaan ABM adalah

menggunakan al-Quran, buku tajwid, papan hitam semasa di dalam sesi pengajaran.

Menurut beliau: “…Macam biasa lah..depa bawak Quran..lepas tu tulis dekat papan

hitam..bawalah pen marker ni...senang nak tulis kat kelas tak dok.. Gunalah...tu haa buku

macam mak hang dok ada tu..tapi tu buku lama...tulisan jawi...baru ni buat buku baru plak

tulis rumi..depa kata tak faham baca jawi... haa pi lah tolong tulis kat depa... tak siap lagi

rasanya depa pi hantaq kedai…” [Minit:8]. Melalui tinjauan mendapati responden telah

menggunakan ABM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Responden (2): Responden ini telah menjelaskan bahawa menggunakan al-Quran dan

buku tajwid sebagai ABM di dalam kelas. Menurut beliau: “…Ustazah guna al-Quran

jelah. Bawa Quran masing-masing dari rumah...hurm tu je… tak de pon yang lain…

Haa...adalah jugok guna buku tajwid tu. Buku yang beli dekat kedai tu haa… Sat ustazah

tunjuk buku tu… Ni haa…lagi satu yang ustazah Som tulis pastu depa p kedai

photostat…”[minit:9]. Berdasarkan tinjauan responden ini menggunakan al-Quran yang

dibawa masing-masing sebagai ABM utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Malah responden juga menggunakan buku tajwid yang telah dibeli di kedai dan buku

tajwid yang telah ditulis oleh responden sendiri.

Responden (3): Penjelasan terhadap ABM yang digunakan dalam sesi pengajaran adalah

al-Quran dan buku tajwid. Menurut beliau “…Tak dop pon guna mende-mende tu...kita

guna Quran jelah…gitu je. Guna lah jugak...memang adalah buku yang kita nak rujuk

tu…alah buku-buku macam beli kedai tu je.” [Minit: 8]. Melalui tinjauan yang dijalankan

responden menggunakan al-Quran sebagai ABM dan menggunakan buku tajwid sebagai

bahan rujukan.

Responden (5): Responden hanya menggunakan al-Quran sahaja sebagai ABM di dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau; “…Ngaji dekat rumah ni kita pakai al-

Quran je…kita tak guna pun buku-buku tajwid tu...” [minit:6]. Melalui tinjauan yang

dijalankan respoden hanya menggunakan al-Quran dan tidak menggunakan buku tajwid

atau sebagainya.

Responden (7): Responden menjelaskan bahawa hanya menggunakan al-Quran dan buku

tajwid sebagai ABM di dalam pengajian. Menurut beliau: “….Pakai Quran biasa tu je

lah…pastu kadang-kadang guna buku tajwid jugak…”[minit:10]. Melalui tinjauan yang

dijalankan mendapati responden menggunakan al-Quran dan buku tajwid semasa sesi

pengajian al-Quran.

Berdasarkan menggunakan ABM dalam pelaksanaan kelas pengajian al-Quran.

Dapat dirumuskan lima (5) daripada (8) lapan responden telah menggunakan beberapa

bahan penting dalam seperti al-Quran, buku-buku tajwid dan beberapa nota bacaan.

Namun terdapat tiga (3) daripada lapan responden menyatakan mereka hanya

menggunakan kitab suci al-Quran sahaja dalam proses pengajian yang dijalankan.

Manakala penggunaan ABM standard di dalam kelas pengajian al-Quran adalah seperti

papan putih, buku, pen dan sebagainya. Hanya kelas pengajian tumpangan di bangunan

Sekolah Agama Rakyat menggunakan ABM standard seperti papan hitam dan sebagainya.

Ini adalah berdasarkan faktor infrastuktur yang menyebabkan kelas pengajian di bangunan

Sekolah Agama Rakyat mempunyai kemudahan seperti berikut.

Page 8: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

524

Objektif Pengajaran Dalam Kelas Pengajian Tilawah al-Quran

Dari aspek objektif pengajaran berdasarkan teori pengajaran Ibnu Khaldun menyarankan

agar guru menjelas dan membincangkan tajuk pelajaran yang akan diajar dahulu dan tajuk

atau isu tersebut hendaklah jelas dan betul-betul difahami pelajar dan mengulas tajuk atau

isu tersebut secara ringkas dan sepintas lalu. Dengan perkataan lain, ulasan tajuk hendaklah

jelas tetapi ringkas dan tajuk pengajaran berkaitan dengan objektif pengajaran (Misnan,

Abdul Halim & Azmil, 2014). Objektif pengajaran dari perspektif yang lebih luas dan

bersepadu dalam pengajaran al-Quran ditegaskan dengan menyatakan bahawa Rasulullah

SAW telah melaksanakan (6) enam prinsip pengajaran dan pembelajaran al-Quran,

kemudian diikuti oleh para sahabat sehinggalah ke generasi hari ini. Enam kaedah dan

amalan pendidikan pengajaran al-Quran itu ialah (Al-Badry, 1983) tilawah; tafahhum dan

tafsir; tatbiq; tahfiz; tarannum; ta’lim. Berikut disenaraikan (4) empat maklum balas

mengenai objektif pengajaran dalam kelas pengajian al-Quran:

Responden (1): Responden bersetuju dengan peranan objektif yang telah digariskan di

dalam pengaran al-Quran namun beliau mengatakan tidak sesuai untuk digunakan pada

kelas tersebut. Menurut beliau: “…Setuju ja… tapi kelas hat ni, kena belajaq kena huruf

dulu…kadang-kadang depa kena huruf tapi bila bersambung depa xboleh nak kata...nak

baca...” [minit:16]. Melalui tinjauan yang dijalankan mendapati responden mengukuhkan

lagi kenyataan beliau, yang mana responden hanya menggunakan kaedah tilawah di dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Responden (2): Responden kedua menyatakan, semasa sesi pengajaran hanya

menggunakan tilawah sahaja kerana pelajar sukar untuk fahami ayat-ayat al-Quran itu lagi.

Menurut beliau, “…Saya setuju …tapi mengajar orang-orang tua ni susah… kami kat sini

guna je yang tilawah tu...sebab kelas ni untuk betulkan bacaan je…kami buat kelas ni pun

sebab nak suruh yang tak pandai datang mengaji…. nak ajaq depa ja…yang nak belajaq

tarannum semua tu…depa kena pergi ke masjid…” [minit:17]. Ini dikukuhkan lagi dengan

tinjauan yang dijalankan, yang mana responden hanya menggunakan kaedah tilawah di

dalam kelas pengajian.

Responden (3): Bersetuju berkenaan objektif tersebut dan menyatakan beliau turut

menggunakan tilawah, membaca tajwid dan bertarannum. Menurut beliau: “…Setuju…kita

buat jugok...kita mengaji, baca tajwid...hurmm pastu kadang-kadang kita ajar

tarannum...” [minit:15]. Berdasarkan tinjauan, dijalankan, responden menggunakan

kaedah tilawah dalam kelas, namun di unsurkan juga dengan tarannum apabila responden

membacakan di hadapan kelas.

Responden (4): Responden mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan objektif yang

telah digariskan dan mengatakan bahawa orang akan suka akan bacaan al-Quran yang

sedap. Menurut beliau, “…..Setuju…benda-benda tu memang penting…orang lain pon

suka dengor orang yang sedap bila baca Quran ni...” [minit:13]. Melalui tinjauan yang

dijalankan responden hanya menggunakan kaedah tilawah di dalam kelas pengajian.

Keseluruhanya, responden tidak meletakkan satu objektif yang khusus setiap kali

kelas pengajian yang telah dijalankan. Dari aspek jumlah bacaan ayat al-Quran, terdapat di

kalangan responden hanya mengajar (3) tiga hingga (4) empat buah ayat sahaja dalam satu

sesi pertemuan. Namun terdapat sebahagian yang lain akan mengalihkan kepada bacaan

lain setelah pelajar lancar ayat sebelumnya.

Berdasarkan objektif kelas pengajian al-Quran yang menekankan enam prinsip iaitu

tilawah (membaca), tafahhum dan tafsir (mengetahui makna dan faham maksud ayat),

tatbiq (menghayati dan merealisasikan ajaran al-Quran), tahfiz (hafaz untuk amalan

Page 9: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

525

seharian), tarannum (membaca dengan berlagu) dan ta’lim (mengajar al-Quran). Kesemua

responden telah bersetuju teori dan objektif-objektif tersebut hendaklah berada dalam

pengajaran al-Quran. Namun begitu dari aspek aplikasi, hanya sebahagian responden

hanya menggunakan tilawah dan taranum sahaja dalam kelas pengajian.

Kaedah Pengajaran Dalam Kelas Pengajian Tilawah al-Quran

Kaedah pengajaran adalah cara atau bentuk yang memperincikan panduan kepada guru

sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah kaedah mestilah sesuai

dengan tujuan dan matlamat mata pelajaran yang diajar, kaedah hendaklah sesuai dengan

tabiat (nature) pelajaran yang diajar, kaedah mestilah sepadan dan setara dengan umur

pelajar, kaedah mestilah mampu dilaksanakan oleh guru, masa yang mencukupi untuk

mengaplikasikan kaedah berkenaan dan kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan

kemudahan yang ada (al-Kaylani, 1986). Antara kaedah yang digunakan semasa

pengajaran tilawah al-Quran ialah talaqqi dan musyafahah (Mohd Yusuf, 2000). Jelasnya,

apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai

objektif pengajaran tilawah al-Quran, maka ia adalah kaedah pengajaran. Dalam analisa

yang dilakukan kajian merumuskan beberapa bentuk bacaan seperti talaqqi musyafahah,

bacaan tahqiq dan bacaan tadrij digunakan dalam kelas-kelas tilawah al-Quran yang

dijalankan.

Kaedah Talaqqi Musyafahah

Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.

Manakala dari segi istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Ringkasnya kaedah Talaqqi bermula dengan guru akan memberi contoh bacaan dan murid

mengikut bacaan guru tersebut. Musyafahah menurut bahasa adalah bercakap-cakap antara

dua pihak atau sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir.

Manakala menurut istilah pula bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru

dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya. Oleh yang demikian, Talaqqi

Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di dalam satu

majlis pada satu masa tertentu di mana murid menerima pengajaran dengan melihat

pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru atau guru mendengar bacaan murid dan

membetulkan kesalahan mereka (Nik Jaafar: 2004). Berikut adalah sebahagian maklum

balas yang diperolehi daripada temu bual dan pemerhatian adalah seperti berikut:

Responden (1): Responden menyatakan guru berperanan membaca dahulu ayat tersebut

dan akan diikuti oleh pelajar. Menurut beliau: “...Macam hang tengok tulah…kita baca

pastu depa ikut...kadang-kadang tu ikot saja...tapi tunjuk ayat tu merapu dah...kita baca

tang ni depa tunjuk tang lain dah...lepas kita baca tu...pi lah dekat sorang-sorang dengaq

depa duk baca plak...” [minit:18]. Melalui tinjauan mendapati responden sememangnya

menggunakan kaedah tallaqi musyafahah dalam kelas pengajian.

Responden (2): Responen menggunakan kaedah tallaqi musyafahah iaitu beliau pergi

mendengar bacaan pelajar. Dalam tembual yang dijalankan beliau menyatakan: “Hoo

lah…guna hak ni lah (talaqqi musyafahah)...macam yang tengok tulah...ustazah pergi

dekat sorang-sorang dengar bacaan depa…” [Minit: 20]. Berdasarkan tinjauan yang

responden ini juga telah menggunakan kaedah tallaqi musyafahah dalam kelas pengajian.

Responden (3): Responden ini mengatakan bahawa beliau menggunakan kaedah talaqqi

musyafahah iaitu denganr bacaan pelajar dan terus menegur kesalahan jika ada. Menurut

beliau: “Yelah …kita dengar lah orang ngaji sorang-sorang...betulkan yang mana

Page 10: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

526

salah…tegur teruslah...”[minit:18]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati

responden menggunakan kaedah tallaqi musyafahah dalam kelas pengajian.

Responden (7): Menyatakan bahawa senang menggunakan kaedah ini. Ini kerana senang

untuk menyemak bacaan betul atau salah. Menurut beliau: “Ya…mudah sikit, dia baca kita

semak…begitukan! senang nak tahu mana salah mana betul…” [minit:18]. Berdasarkan

tinjauan yang dijalankan juga mengesahkan bahawa responden ini menggunakan kaedah

talaqqi musyafahah.

Responden (8): Responden yang terakhir ini juga mengatakan beliau menggunakan

kaedah ini dan rakan-rakan pelajar yang lain menyemak bacaan rakan lain. Menurut beliau,

“Ya…! saya akan dengar bacaan makcik hok lain...pastu bila orang lain baca…kawan-

kawan yang lain juga kena semak bacaan tersebut…”[minit:17]. Berdasarkan tinjauan

yang dijalankan mendapati responden menggunakan kaedah tallaqi musyafahah.

Secara keseluruhannya, kesemua responden menggunakan kaedah talaqqi musyafahah di

dalam kaedah pengajarannya. Kaedah ini juga adalah salah satu kaedah yang telah popular

yang diamalkan sejak di zaman baginda Rasulullah SAW dan ia masih mempunyai

kekuatan tersendiri dan digunakan hingga ke hari ini.

Kaedah Bacaan al-Tahqiq

Kaedah al-Tahqiq iaitu bacaan hampir menyamai bacaan tartil namun ia lebih perlahan

tenang (Ibn al-Jazari, 1981). Bentuk pengajaran tilawah al-Quran dikenalpasti

menggunakan bentuk bacaan al-Tahqiq. dan tidak tergopoh gapah telah dipraktikan di

dalam kelas pengajian. Dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut:

Responden (1): Responden menyatakan beliau menggunakan kaedah ini kerana kasihan

akan pelajar yang terlalu lemah. Menurut beliau: “Oh...yelah…gunalah yang ini...kita jadi

kesian nanti yang tak tahu tu lagi tak tahu kalau duk baca laju-laju...” [minit: 19]. Melalui

tinjauan pula mendapati responden telah mengamalkan kaedah bacaan ini di dalam kelas

pengajiannya. Ini kerana terdapat pelajar di dalam kelas yang tidak mengenal huruf

hija’iyyah.

Responden (2): menggunakan kaedah ini kerana menurut beliau, jika para pelajar diajar

dengan cara bacaan yang lebih laju, mereka tidak akan mampu untuk mengikutnya.

Menurut beliau: “…Gunalah hat ni...sat lagi kalu laju-laju depa tak dapat tangkap plak…

itu yang buat sehari 3 atau 4 ayat jah…sebab kalau baca laju, depa jadi lambat…”

[minit:21]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, responden membaca dalam keadaan yang

tenang dan tidak tergopoh-gopoh dalam kelas pengajian untuk mengajar kepada

pelajarnya.

Responden (3): Responden ini juga menggunakan kaedah ini dalam kaedah

pengajarannya. Menurut beliau, “Gunalah, tak boleh lah ajar laju-laju...nak pergi mana

kalau ajar laju-laju...” [minit:19]. Tinjauan yang dilakukan telah menunjukkan bahawa

responden menggunakan kaedah al-tahqiq ini dalam sesi pengajian.

Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dilakukan terhadap ke semua

responden, menunjukkan mereka menggunakan kaedah al-tahqiq ini di dalam pengajaran

al-Quran. Para responden juga turut menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan adalah dilakukan secara beransur-ansur, satu demi satu dan sedikit demi

sedikit (tadrij). Kebanyakan maklumbalas di kalangan mereka, yang mengatakan bahawa

jika dengan kadar yang cepat kualiti yang diperolehi tidak bermutu, selagi tidak lancar

bacaan yang sebelumnya, selagi itu para pelajar tidak akan di ajar ayat-ayat yang baharu.

Page 11: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

527

Kaedah Bacaan al-Tadrij

Ibnu Khaldun (2000) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah

pengajaran dilakukan secara beransur-ansur, satu demi satu dan sedikit demi sedikit

(tadrij), terutamanya dalam pengajaran al-Quran. Ini kerana ia merupakan mata pelajaran

asas terpenting di peringkat awal dan pelajar akan membaca dan menghafaz berdasarkan

pengajaran yang disampaikan guru.Pengajaran jenis ini adalah berkesan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut:

Responden (1): Responden ini mengatakan bahawa mengajar orang yang berumur ini

perlulah di dalam keadaan yang perlahan-lahan. Menurut beliau: “Ya lah…! tambah-

tambah ngajaq orang tua...kena slow...bukan macam otak budak-budak...tapi tulah depa

mau jugak mai belajaq ngaji…..” [minit:20]. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan

menunjukkan responden telah mengamalkan kaedah ini dalam kelas pengajian.

Responden (2): Responden ini mengatakan bahawa kaedah ini amat diperlukan kerana

penerimaan orang berumur adalah perlahan. Menurut beliau, “…Ya lah tambah plak

orang-orang tua ni…bukan boleh banyak..banyak kalu xdapat xjadi jugok…”(Responden

2 : minit ke 21). Melalui tinjauan yang dijalankan responden mempraktikan kaedah ini di

dalam kelas pengajian yang telah dijalankan.

Responden (3): Responden ini juga telah bersetuju dalam penggunaan kaedah ini dalam

pengajaran kelas al-Quran. Menurut beliau, “….Betullah tu..laju-laju nak g mana..kita

ngaji Quran ni kena bertenang…”(Responden 3 : minit ke 20). Berdasarkan tinjauan yang

dilakukan Responden telah menggunakan kaedah ini, tidak gopoh dan laju.

Responden (4): Responden mengatakan bahawa kaedah ini sesuai kerana terdapat di

kalangan pelajar tidak mengenal huruf hijaiiyah. Menurut beliau, “…Hooo..betullah

tu..kalau orang ngenal huruf tak pe baca laju-laju...kalau orang yang xngenal huruf kena

baca slow-slow….” [minit:18]. Melalui tinjauan yang dijalankan mendapati responden

menggunakan kaedah ini kepada pelajar-pelajar yang belajar.

Responden (5): Responden ini mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan kaedah ini.

Menurut beliau, “…..Betullah tu….kayuh laju-laju nak pi mana..” [minit:17]. Melalui

tinjauan yang dilakukan Responden mengajar secara perlahan-lahan dan sediki demi

sedikit sampai pelajar membaca dengan lancar dan betul.

Kesimpulannya, kesemua responden mengatakan setuju bahawa pengajaran dan

pembelajaran tadrij ini perlu dipraktikkan di dalam kelas pengajian al-Quran. Ini kerana di

kalangan mereka yang mengatakan bahawa jika dengan kadar yang cepat kualiti yang

diperolehi tidak bermutu, selagi tidak lancar bacaan yang sebelumnya, selagi itu tidak akan

di ajar ayat yang baru.

PENILAIAN DAN PENUTUP

Penutup dan penilaian ini adalah terdapat dua aspek utama dalam penyimpulan proses

pengajaran. Pertama, penyimpulan hasil pembelajaran; penyimpulan ini bertujuan

mengukuhkan apa-apa yang telah dipelajari dengan menumpukan perhatian kepada butir-

butir utama yang telah dipelajari. Penyimpulan hasil pembelajaran ini haruslah menarik

dan sedapat-dapatnya membawa kepada beberapa kemungkinan dan persoalan-persoalan

baru. Manakala yang kedua ialah penyimpulan dorongan (motivasi), iaitu penyimpulan ini

bertujuan memberi pelajar-pelajar dorongan pencapaian (Misnan, Ab. Halim & Azmil,

2014). Motivasi ini bertujuan menimbulkan dan mengekalkan minat, peneguhan dan

sebagainya. Dalam pengajaran tilawah al-Quran perkara penting ialah menanamkan minat

Page 12: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

528

pelajar-pelajar untuk memahami, mengamalkan dan menghayati bacaan al-Quran dalam

kehidupan harian sehingga menjadi sebati dengan darah daging. Minat penghayatan itu

juga akan dapat dicapai dengan strategi yang menarik (Yusuf Ahmad, 2000).

Penilaian di Akhir Kelas

Penilaian dan penutup di akhir kelas juga perlu dilakukan. Ini kerana untuk melihat sejauh

mana hasil pembelajaran pada hari berkenaan. Oleh itu, dapatan yang diperolehi mengenai

ini adalah seperti berikut:

Responden (1): Responden menyatakan bahawa pada pengakhiran kelas, beliau bersama-

sama pelajar membaca surah pilihan, qunut nazilah dan selawat ke atas Nabi SAW.

Menurut beliau, “…Kalau nak habis kelas macam tadi yang hang tengoklah, dah habis

mengaji tu, kita bacalah sama-sama surah-surah pilihan tu, doa qunut nazilah, selawat ke

atas Nabi, itu sahaja...” [minit:21]. Berdasarkan tinjauan, menunjukkan responden

membaca surah al-Waqi’ah selepas bacaan al-Quran, qunut nazilah, zikir dan diakhiri

dengan bacaan doa.

Responden (2): Responden menjelaskan bahawa akan mengulang kembali bacaan

sebelum pulang ke rumah, jika pelajar yang hadir ramai penutup kepada kelas adalah

bacaan dia sahaja. Menurut beliau, “...Tutup macam tu jelah...kadang-kadang kalau ada

masa lagi, kami ulang balik bacaan tadi...kalau tak de masa dah...kami balik jelah...baca

doa balik...macam hari ni tak ramai yang datang...tu yang ulang balik bacaan...” [minit:

22]. Melalui tinjauan yang dijalankan responden meminta pelajar-pelajar untuk mengulang

semula bacaan secara ramai-ramai.

Responden (3) : Responden menyatakan penutup kelas pengajian adalah bacaan doa

sahaja. Menurut beliau; “...Kita tunggu habis semua orang baca, lepas tu baca doa...kita

baliklah…” [minit;21]. Tinjauan yang dijalankan mendapati responden hanya menutup

dengan bacaan doa sahaja.

Responden (4): Responden mengatakan penutup kelas pengajian adalah bacaan doa.

Menurut beliau; “Lepas habis baca tu..kita balik gitu jelah…” [minit:21]. Berdasarkan

tinjauan yang dilakukan responden hanya menutup dengan bacaan doa sahaja.

Responden (5): Responden mengatakan bahawa selesai bacaan al-Quran, pelajar akan

pulang ke rumah masing-masing. Menurut beliau: “Depa habis baca...mengaji terus

balik…gitu ja” [minit:19]. Melalui tinjauan yang dijalankan responden menutup dengan

bacaan doa.

Responden (6): Responden mengatakan bahawa untuk menilai, beliau meminta pelajar

membaca kembali ayat berkenaan. Menurut beliau; “…Nak nilai tu, makcik suruh baca

semula bacaan sebelum ni…” [minit: 20]. Tinjauan yang dijalankan mendapati Responden

meminta pelajar mengulang kembali bacaan yang di ajar sebelum balik ke rumah masing-

masing.

Responden (7): Responden menyatakan bahawa penutup bagi kelas pengajiannya adalah

bacaan doa sahaja. Menurut beliau: “…baca doa...lepas tu kita balik la… [minit:21].

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati responden hanya menutup dengan bacaan

doa sahaja.

Responden (8): Responden ini mengatakan bahawa sebagai penutup kelas pengajian,

ulang kembali bacaan kemudian membaca doa. Menurut beliau: “…Kita ulang balik

bacaan sama-sama...baca doa..lepas tu kita balik lah…” [minit:20]. Melalui tinjauan yang

dijalankan responden meminta pelajar ulang kembali bacaan dan tutup dengan bacaan doa.

Kesimpulannya, 50% responden melakukan penilaian akhir dengan hanya menutup kelas

pengajian al-Quran dengan mengulang kembali bacaan, iaitu sebanyak 4 daripada 8 orang

Page 13: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

529

responden. Dapatan ini nilai penilaian akhir hanya diperingkat sederhana. Manakalah

sebahagian yang lain tidak melakukan penilaian akhir di dalam proses pembelajaran

pelajar yang digunakan dalam penilaian formal seperti di penilaian peringkat sekolah

didapati tidak berlaku.

Motivasi

Motivasi ini bertujuan menimbulkan dan mengekalkan minat, peneguhan dan sebagainya.

Dalam pengajaran tilawah al-Quran perkara penting ialah menanamkan minat pelajar-

pelajar untuk memahami, mengamalkan dan menghayati bacaan al-Quran dalam kehidupan

harian sehingga menjadi sebati dengan darah daging. Minat penghayatan itu juga akan

dapat dicapai dengan strategi yang menarik (Yusuf Ahmad, 2000). Oleh itu dapatan yang

diperolehi adalah;

Responden (1): Responden mengatakan bahawa beliau menasihati pelajar agar sentiasa

membaca al-Quran. Menurut beliau: “…Kata jugoklah kat depa walaupun dok marah-

marah…tak pandai tak mengapa...janji ada rasa nak p belajaq mengaji…hat susah tak

pandai tapi tak mahu pi belajaq..” [minit:23]. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan

mendapati responden meminta pelajar untuk terus membaca al-Quran.

Responden (2): Responden ini juga menyatakan bahawa beliau seringkali menasihati agar

mebeca al-Quran walau dimana berada. Menurut beliau, “…Kadang-kadang tu selit

jugaklah...cakaplah yang kita baca dalam kelas ni sikit ja…balik rumah baca lah

balik…baca Quran ni tak rugi…” [minit:24]. Melalui tinjauan yang dijalankan responden

menasihati pelajar dengan meminta pelajar agar sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Responden (3): Responden seringkali memesan untuk membaca al-Quran dan jangan

tinggalkannya. Menurut beliau “…Pesanlah suruh ngaji sokmo...bukan dekat kelas ni je...”

[minit:21]. Tinjauan yang dijalankan mendapati responden mahu pelajar agar sentiasa

membaca al-Quran.

Kesimpulannya, guru di kelas pengajian di bangunan tumpangan sekolah agama

rakyat dan di masjid seringkali menasihati pelajarnya agar membaca al-Quran walau di

mana pun berada. Ini kerana membaca itu satu ibadat dan banyak manfaat yang diperolehi

daripadanya.

ANALISIS SAHSIAH (TERTIB DAN ADAB) DALAM PENGAJARAN DI KELAS

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN

Guru merupakan model berdasarkan syarak yang menjadi contoh dan ikutan pelajar

terutama mencontohi bacaan al-Quran yang betul dan fasih. Sentiasa menggunakan bahasa

yang standard, pengajarannya ayat kefahamana mudah dan senang difahami. Suara guru

hendaklah jelas dan lantang dan bercakap menghala pelajar. Guru hendaklah menggunakan

bacaan dan hafazan al-Quran yang fasih, licin dan lancar serta suara guru tidaklah senada

sahaja. Bahasa guru hendaklah sesuai dengan tahap pencapaian pelajar (Misnan, Abd

Halim & Azmil 2014). Tertib dan adab semasa pengajaran tilawah al-Quran amat perlu

dititik beratkan. Berikut merupakan empat dapatan yang disenaraikan daripada temu bual

dan pemerhatian;

Responden (2): Responden mengatakan bahawa untuk mengaji al-Quran mestilah

memakai pakaian yang menutup aurat dan mengambil wudhuk. Menurt beliau, “….Kami

pakai macam nilah…pakai baju kurung…depa pon tau nak mengaji ni kena tutup aurat,

Page 14: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

530

kena ada wudhuk…..”[Minit: 26]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dapati pakaian

yang di pakai oleh responden adalah menutup aurat.

Responden (3): Responden mengatakan bahawa untuk mengaji atau membaca al-Quran

mestilah menutup aurat. Menurut beliau: “Pakai pakaian tutup auratlah…lagipun kita

duduk dalam masjidkan…” [Minit: 24]. Tinjauan yang telah di lakukan mendapati pakaian

yang di pakai oleh responden adalah menutup aurat.

Responden (4): Responden ini juga mengatakan bahawa adab dalam membaca al-Quran

adalah memakai pakaian yang menutup aurat seperti baju kurung. Menurut beliau;

“…Memakai pakaian yang menutup aurat macam baju kurung dan sebagainya...” [Minit:

23]. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan responden telah memakai pakaian yang

menutup aurat.

Responden (5): Responden mengatakan bahawa pakai pakaian yang elok dan menutup

aurat serta mengambil wudhuk dalam adab membaca al-Quran. Menurut beliau: “…Pakai

baju yang elok…tutup aurat...ambil wudhuk… begitulah kot...”[Minit:22]. Melalui tinjauan

yang dijalankan, pakaian yang di pakai oleh responden adalah menutup aurat.

Dapat dirumuskan kesemua responden bersetuju bahawa adab dan tertib adalah menjaga

aurat, pakai pakaian yang elok dan mengambil wudhuk. Perkara ini bukanlah satu masalah

yang besar kerana golongan sebegini kebiasaanya pakaian yang dipakai telah sempurna

aurat ditutup.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa rumusan telah dapat dibahagikan kepada tiga

bahagian seperti berikut;

i. Bentuk Pelaksanaan Kelas Pengajian Al-Quran.

Kajian berdasarkan bentuk pelaksanaan kelas pengajian al-Quran yang dilalui oleh

masyarakat Felda Jengka 9 menunjukkan bahawa terdapat tiga (3) buah tempat.

Antaranya adalah masjid, kelas pengajian sekolah agama rakyat dan di rumah

persendirian. Pemilihan tempat pengajian adalah mengikut tahap kemahiran bacaan

yang dimiliki oleh pelajar. Oleh itu, pihak pengurusan kelas al-Quran perlu merangka

sebarang usaha ke arah penambahbaikan pelaksanaan kelas pengajian al-Quran di

sini supaya ianya dapat menarik minat bagi golongan wanita yang lain untuk

menghadiri kelas pengajian al-Quran.

ii. Kaedah-Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran Yang Digunakan.

Pengajaran yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah tenaga

pengajar yang mempunyai set induksi pada permulaan kelas pengajiannya,

menggunakan alat bantu mengajar yang mencukupi, menetap satu objektif objektif

yang ingin dicapai pada setiap kali sesi pertemuan, menggunakan kaedah pengajaran

yang sesuai denga keadaan setempat dan membuat penilaian dan penutup yang baik

kepada pelajar. Tenaga pengajar juga perlu mempunyai sahsiah yang baik dan boleh

dicontohi oleh masyarakat setempat.

iii. Analisa Kaedah Yang Digunakan Oleh Tenaga Pengajar.

Berdasarkan kesesuaian latar belakang, budaya dan sosio ekonomi masyarakat

FELDA Jengka 9, kajian telah membuktikan bahawa kaedah yang digunakan oleh

Page 15: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

531

tenaga pengajar adalah kaedah talaqqi musyafahah. Kaedah ini berkait terus dengan

amalan pembacaan al-Quran yang diajar. Tenaga pengajar perlu mempertingkatkan

mutu pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan

lancar dan mengikut kehendak penduduk setempat.

CADANGAN

Pelaksanaan kelas pengajian al-Quran di sesuatu tempat amatlah diperlukan. Namun begitu

terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan kelas pengajian menjadi suram dan

menjadi kurang tumpuan terhadap penduduk setempat. Beberapa cadangan untuk kelas

pengajian tilawah al-Quran tersebut. Antaranya adalah:

a. Pemilihan tempat yang agak sesuai, lawatan daripada tenaga pengajar yang lebih

mahir dan modul yang lebih kemas dan boleh diikuti oleh masyarakat FELDA

Jengka 9.

b. Pemilihan tempat yang agak sesuai kerana jika dilihat keadaan agak sempit dengan

bilangan pelajar yang agak ramai. Oleh itu pengkaji mencadangkan untuk pihak

pengurusan FELDA itu sendiri cakna akan tempat yang boleh digunakan seperti di

Dewan Semai Bakti II. Kelengkapan seperti meja dan kerusi juga mampu untuk

menampung bilangan pelajar yang agak ramai di kelas pengajian Sekolah Agama

Rakyat. Keselesaan persekitaran mampu untuk menarik minat pelajar datang ke kelas

pengajian.

c. Pihak bertanggungjawab juga perlu membantu tenaga pengajar untuk menjemput

guru al-Quran yang lebih bertauliah untuk memantau aktiviti yang dijalankan. Ini

kerana terdapat rungutan daripada responden bahawa mereka mahukan oleh yang

lebih arif untuk memantau kelas yang di lakukan. Perkara ini perlu diketengahkan

agar kelas pengajian al-Quran bukan hanya dibuat sekadar melepaskan batuk di

tangga tetapi dapat dilakukan dengan lebih baik.

d. Penggunaan terhadap satu modul sahaja dapat membuatkan kelas pengajian al-Quran

di FELDA Jengka 9 menjadi lebih teratur dan sistematik. Perkara ini amat penting

kerana ia memudahkan lagi pendekatan atau kaedah pengajaran yang digunakan oleh

tenaga pengajar di dalam kelas al-Quran di mana tenaga pengajar tidak perlu kembali

mengajar perkara-perkara asas.

e. Kajian ini hanya tertumpu di kelas-kelas pengajian al-Quran yang terdapat di

FELDA Jengka 9 sahaja. Oleh itu, ia boleh diperluaskan kepada kelas-kelas

pengajian al-Quran yang terdapat di sekitar FELDA berkenaan iaitu FELDA Jengka

8, FELDA Jengka 12 dan FELDA Jengka 13 yang turut mempunyai masalah dalam

mengikuti kelas pengajian al-Quran Wanita.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Mohd Aderi

Che Noh. 2006. Kajian Amalan Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan menengah.

Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK2006, Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Abdullah Ishak, (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa &

Pustaka.

Ahmad Mohd Salleh, (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi , Shah Alam, Fajar Bakti

Sdn.Bhd.

Al-Badry Muhammad Abdullah Al-Mahdy (1983). Al-Quran al-Karim Tarikhuhu wa ulumuhu. Mesir. Dar

al-Maarif.

Page 16: PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN … · ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran berhampiran yang melihat kepentingan mendalami

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

532

Al-Kaylani (1986) dalam Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi Che Noh, (2013), Sejarah, Kaedah, Serta

Model Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran, Kertas kerja pertama ini dibentangkan dalam Bengkel

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) al-Quran SRA JAWI pada 28-29

Oktober 2013 bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur.

Al-Nahlawi, Abd al-Rahman (2004). Usul al-Tarbiyyah wa al-Islamiyyah wa Asiluha fi al-Bayt wa al-

Madrasah wa al-Mujtama’. Beirut. Dar al-Fikr.

Haizuran Mohd Jani, (2013), Mengkaji Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajian al-Quran dalam

Kalangan Masyarakat FELDA: Kajian Di FELDA Bukit Goh, Kuantan Pahang, Universiti Malaya,

Thesis Master.

Haji Nik Ja’far Nik Ismail. (2004) Buku Qawaid: Cara Berlagu, Kuala Lumpur, Darul Fikir.

Ibn al-Jazari. Shamsuddin. (1918). Al-Nashr Fi al-Qiraat al-Ashar. Dar al-Kitab al-Ilmiyaah. Beirut.

Ibn Khaldun (2000). Mukaddimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.

Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri, Azmil, (2014), Kaedah Pengajaran Al-Quran Sekolah Menengah

Kebangsaan di Negeri Perak, International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education,

1, 35-44.

Mohd Salleh Lebar, (1992), Perubahan dan kemajuan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur, Nurin

Enterprise.

Mohd Yusuf Ahmad, (2000), Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti

Malaya.

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Shaharudin (2012), Pendidikan Menurut al-Quran dan Sunnah

serta Peranannya dalam Memperkasakan Tamadun Ummah. Jurnal Hadhari. Vol: 7-22.

Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Nur’Atiyah Suratem, (2014), Senario Semasa Dan Strategi Pengembangan

Pengajian Ilmu Al-Quran, Kertas Perbentangan Seminar Memperkasa Pengajian Al-Quran pada

November 2013.

Temubual 8 Responden kaedah pengajaran tilawah al-Quran Wanita (2018) di Felda Jengka 9, Maran Pahan.