tiang cengal dinding sayung

4
Tiang Cengal Dinding Sayung Tema- Kesetiaan dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) Jimah tetap menunggu suaminya di pantai setelah kejadian tsunami sejak empat hari yang lalu walaupun anak-anaknya memujuk supaya pulang ke rumah Persoalan Contoh Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi Jimah tetap yakin bahawa suaminya masih hidup dan akan tetap menunggu kepulangannya di pantai Persoalan sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga Sani menghormati semua abang dan kakaknya walaupun dia anak angkat Jimah Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang Pak Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat yang hilang di laut selepas kejadian tsunami Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat Man Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat berkenaan kehilangannya Persoalan sikap sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup Jimah sabar dan tabah menghadapi saat kehilangan suaminya akibat tsunami Persoalan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa Sani dan isterinya melawat Jimah sekeluarga setiap minggu walaupun dia hanya anak angkat kepada Jimah Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain Wahid dan Senin mengambil kesempatan dengan memasuki rumah Jimah apabila anak-anak mereka sibuk menguruskan hal Jimah dan menghadapi saat-saat kehilangan ayah mereka Nilai Contoh Kasih sayang Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan dan tetap menunggu kepulangan suaminya di pantai Kesetiaan Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya dan yakin suaminya masih hidup Hormat-menghormati Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dihina dan dipandang serong oleh kakanya itu Nasihat-menasihati Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani yang merupakan anak angkat ibunya Tanggungjawab Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu dan bapanya walaupun dia hanya anak angkat Simpati Pak Man bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya, Pak Jumaat yang hilang akibat tsunami Pengajaran Contoh Kita hendaklah bersama-sama mengharungi kesusahan hidup agar masalah dapat diselesaikan Sani meminta abang dan kakaknya menerima kesedihan yang dihadapi oleh ibunya dan bukannya mementingkan diri sendiri Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita Sani mengenang jasa yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sehingga dia menjadi doktor dengan sentiasa melawat mereka di kampung

Upload: koay-kang-hao

Post on 28-Jan-2016

300 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Komsas spm bm

TRANSCRIPT

Tiang Cengal Dinding Sayung

Tema- Kesetiaan dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa)Jimah tetap menunggu suaminya di pantai setelah kejadian tsunami sejak empat hari yang lalu walaupun anak-anaknya memujuk supaya pulang ke rumah

Persoalan ContohPersoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi

Jimah tetap yakin bahawa suaminya masih hidup dan akan tetap menunggu kepulangannya di pantai

Persoalan sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga

Sani menghormati semua abang dan kakaknya walaupun dia anak angkat Jimah

Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang

Pak Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat yang hilang di laut selepas kejadian tsunami

Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat

Man Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat berkenaan kehilangannya

Persoalan sikap sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup

Jimah sabar dan tabah menghadapi saat kehilangan suaminya akibat tsunami

Persoalan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa

Sani dan isterinya melawat Jimah sekeluarga setiap minggu walaupun dia hanya anak angkat kepada Jimah

Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain

Wahid dan Senin mengambil kesempatan dengan memasuki rumah Jimah apabila anak-anak mereka sibuk menguruskan hal Jimah dan menghadapi saat-saat kehilangan ayah mereka

Nilai Contoh

Kasih sayang Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan dan tetap menunggu kepulangan suaminya di pantai

Kesetiaan Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya dan yakin suaminya masih hidup

Hormat-menghormati Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dihina dan dipandang serong oleh kakanya itu

Nasihat-menasihati Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani yang merupakan anak angkat ibunya

Tanggungjawab Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu dan bapanya walaupun dia hanya anak angkat

Simpati Pak Man bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya, Pak Jumaat yang hilang akibat tsunami

Pengajaran Contoh

Kita hendaklah bersama-sama mengharungi kesusahan hidup agar masalah dapat diselesaikan

Sani meminta abang dan kakaknya menerima kesedihan yang dihadapi oleh ibunya dan bukannya mementingkan diri sendiri

Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita

Sani mengenang jasa yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sehingga dia menjadi doktor dengan sentiasa melawat mereka di kampung

Kita hendaklah menyesal atas kesalahan yang telah kita lakukan supaya kehidupan menjadi tenang

Sabariah insaf dan memohon maaf kepada ibunya atas kesilapan melukakan hati ibunya

Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin seperti memberikan pendidikan kepada anak-anak

Pak Jumaat dan Mak Jimah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti dan berjaya menjawat jawatan yang tinggi

Jangan kita mementingkan diri dan kerjaya sehingga melukakan hati ibu bapa kita

Contohnya, anak-anak Mak Jimah tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri dan mengguris perasaan ibu.

Jangan kita memandang hina kepada orang-orang yang kurang normal kerana mereka mempunyai hati yang bersih

Man Begap membantu untuk menangkap pencuri yang mengambil lesempatan,Wahid dan Senin.

Watak Utama

JimahIsteri Jumaat, berusia 55 tahunSeorang yang setia, peyayang dan bertanggungjawab.Seorang yang setia, peyayang dan bertanggungjawab.Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya ituSabar dengan dugan dengan berdoa.Jimahsentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejakkejadian suaminya hilang di laut.

Watak Sampingan

SaniAnak angkat Jimah-seorang doktor dan telah beristeriSeorang yang bertanggungjawab dan sabar.Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang.

Sabrianak sulung JimahPenyabar.Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka belum ditemui

SabariahGraduan ekonomi bekerja di LondonPanas baran, anak kedua dan menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulana dikirim setiap bulanTidak sukakan Sani.Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai danberdolak dalik tentang soal kematian.Dia juga mengingatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

ShahrulAnak ketigaSeorang akauntan di Kuala LumpurMementingkan kerjayanya dengan meminta untuk pulang setelah waktu cuti sudah habis.Berselisihan faham dengan Sani. Shahrul suka menyindir Sani.

SalmahSeorang pereka fesyenSeorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang dengan memakai skirtLebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampong atas urusan pekerjaan.

Isteri Sani

Banyak menolong Sani menjaga Jimah. Dia turut berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

Man BengapPemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong menyebabkan Pak Man ketawa.

Pak Man

Jiran Jimah yang prihatin dengan keluarga Jimah.Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah.Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarganya.

Mak JahIsteri Pak ManSeorang yang peyayang, mak Jah sanggup bersama-sama keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih.

Wahid dan Senin

Penjahat yang mengambil kesempatan denganberpura-pura ditugaskan membanci kerugian namun sebaliknya mencuri.Mencuri harta mangsa tsunami dan berniat untuk mencuri di rumah Jumaat.

Latar masyarakat

Masyarakat yang hidup berdikari iaitu sikap Jimah danJumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia tua.

Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan misalnya Pak Man yangdatang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

Masyarakat yang berpendidikan dan bekerjaya seperti anak-anak Jimah yang berjaya dalamkerjaya masing-masing Salmah sbg pereka fesyen,Sani sbg doktor,Shahrul sbg akauntaun, Sabariah sbg graduan ekonomi yang bekerja di London dan Sabri sbg arkitek.

Masyarakat yang mementingkan kerjaya seperti anak-anak Jimah.Shahrul ingin kembali ke Kuala Lumpur selepas tamat cutinya.Salmah balik lambat kerana lebih mementingkan kerjaya.

Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.