bab 7 - tiang

Upload: nurairaashirah

Post on 07-Jul-2015

4.297 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

BAB 7 : TIANG (COLUMN)

7.1 Pembinaan Tiang 7.1.1 Pengenalan

Pada amnya, pembinaan tiang bertujuan untuk menyokong balak atau rasuk untuk sesuatu lantai dimana kotak bentuknya mempunyai papan yang dipanggil sheating. Tiang juga berfungsi menerima beban daripada rasuk dan memindahkannya kepada asas bangunan. Tiang merupakan struktur yang dibina pugak untuk menanggung beban. Tiang terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Tiang tunggal 2. Tiang jinjang

121

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

7.2 Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan Untuk Pembinaan Tiang 1. Kotak Bentuk untuk acuan tiang

2. Penukul

3. Paku

122

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

4. Pita Ukur

5. Mesin Penggaul Konkrit

6. Penyodok

7. Baldi

123

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

8. Gergaji

9. Tali Pembenang

10. Plumbup

124

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

7.3 Fungsi Peralatan Yang Digunakan 7.3.1 Kotak Bentuk Acuan Tiang Kotak bentuk acuan untuk struktur tiang ini diperbuat daripada kayu. Ia terdiri daripada papan lapis sebagai pendinding (sheating), perambat dan dikukuhkan dengan tupang. Ia digunakan sebagai acuan bagi membentuk struktur tiang. Ia sangat ekonomik digunakan pada masa kini dan penggunaanya boleh diulangi. Namun ia tidak boleh diulangan melebihi empat kali penggunaan. 7.3.2 Penukul Penukul digunakan untuk kerja menyatukan sisi kotak bentuk tiang bagi membentuk segi empat. Ia juga disebut sebagai tukul kuku kambing. Tukul ini diperbuat daripada besi keluli. Ia juga digunakan untuk menanggalkan kotak bentuk apabila ia telah siap dikonkrit. 7.3.3 Paku Paku digunakan untuk mengemaskan sisi dan menyatukan setiap bahagian untuk menghasilkan satu ktak bentuk tiang yang sempurna. Ia juga digunakan untuk melekatkan perempat supaya binaannya lebih kukuh. Ia diperbuat daripada besi, mempunyai bentuk lurus dan tajam dihujungnya.

125

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

7.3.4 Pita Ukur Ia digunakan untuk mengukur saiz kotak bentuk yang diperlukan mengikut saiz yang dikehendaki. Ia juga digunakan untuk mendapatkan ketinggian tiang yang sebenar. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianya mudah digunakan dan ekonomik. 7.3.5 Mesin Penggaul Konkrit Mixture Kebiasaanya ia dipanggil mixture. Alat ini digunakan untuk menggaul konkrit untuk diisikan kedalam kotak bentuk tiang. Bahan yang digaul untuk menghasilkan konkrit adalah simen, batu baur kasar, batu baur halus dan air. Nisbah bancuhan adalah 1:2:4. 7.3.6 Penyedok Alat ini diperbuat daripada besi. Ia digunakan untuk mengisikan konkrit ke dalam baldi untuk dituang kedalam acuan kotak bentuk tiang. Ia merupakan satu kaedah insani yang menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. 7.3.7 Baldi Baldi digunakan untuk mengisi konkrit yang telah siap dibancuh dan dibawa ke tempat kerja yang dikehendaki. Baldi yang telah siap diisi konkrit akan diberi kepada pekerja yang berada dibahagian atas permukaan tiang dan dituang kedalam kotak bentuk. 7.3.8 Gergaji Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz kotak bentuk yang diperlukan. Ketinggian tiang mestilah mengikut didalam pelan lukisan yang telah ditetapkan oleh jurutera. Papan akan digergaji setelah diukur dengan tepat mengikut pelan lukisan. 7.3.9 Tali Pembenang

126

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Benang ini digunakan bersama plumbup. Ia digantung dengan plumbup dan di ikat pada katu yang akan menyelaraskan kotak bentuk nanti. Benang ini yang menjadi panduan kepada pekerja untuk memastikan acuan kotak bentuk dalam keadaan tegak atau tidak. Ia diperbuat daripada nilon. 7.3.10 Plumbup Alat ini digunakan bersama tali pembenang. Ia akan di ikat dengan benang dan dibiarkan tergantung. Ia berbentuk segi tiga yang mana salah satu bucunya tajam dan bucu yang tajam ini akan menghadap kebawah dan diseimbangkan supaya benang masuk ke tempat yang telah dibuat untuk keselarasan.

7.4. Proses Kerja Yang Dilakukan Untuk Pembinaan Tiang Disini saya akan menerangkan mengenai tetulang tiang yang digunakan dan cara mendirikannya ditapak bina. Kaedah yang digunakan untuk pembinaan tiang ini bukan menggunakan kaedah insani. Ia menggunakan jentera seperti kren untuk mengangkat tetulang tiang dari tempat pemasangan tetulang dan seterusnya membawa tetulang tiang tersebut ke tapak asas yang telah siap dibina. 7.4.1 Pemasangan Tetulang Ditapak Bina 1. Tetulang yang digunakan terdiri daripada keluli tegangan tinggi iaitu Y16,Y20 dan Y25.

127

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.1 Menunjukkan tetulang tiang yang digunakan.

Rajah 7.2 Menunjukkan Keluli tegangan tinggi Y20. 2. Tetulang ini akan diikat bersama dengan tetulang keluli lembut yang disebut link bersaiz R10. Ia dipasang pada jarak 25omm setiap satu.

128

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.3 Menunjukkan pekerja sedang memasang dan mengikat keluli tengan lembut link R10 pada tetulang tiang. 3. tiang ini akan didirikan. Kemudian

tetulang yang telah siap dipasang akan dibawa ke tapak bina dimana tetulang

Rajah 7.4 Menunjukkan Tetulang tiang yang telah diikat bersama link diangkat dengan menggunakn kren untuk dibawa ke tapak asas tiang.

129

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.5 Menunjukkan tetulang tiang sedang dibawa ke tapak asas tiang. 4. Ditapak bina, tetulang tersebut akan ditegakkan dan didirikan diatas

tetulang asas yang telah ditanam dibawah tanah dan diikat dengan menggunakan dawai halus.

Rajah 7.6 Menunjukkan pekerja sedang memegang tetulang tiang untuk dimasukkan kedalam tapak asas yang telah siap dibina.

130

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.7 Menunjukkan Pekerja sedang memasukkan tetulang tiang ke dalam tetulang asas yang telah ditanam dibawah tanah. 5. Kerja mengikat tetulang tiang memerlukan sekurang kurangnya 3

orang pekerja untuk mengikat dan memegang tetulang semasa diikat.

Rajah 7.8 Menunjukkan Pekerja sedang mengikat tetulang tiang bersama dengan tetulang bawah tanah.

131

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

6. dan stabil.

Kerja ini dilakukan sehingga kedudukan tiang benar benar kukuh

Rajah 7.9 Menunjukkan tetulang tiang yang telah siap diikat. 7.4.2 Pemasangan Kotak Bentuk Untuk Tiang 1. Kotak bentuk tiang ada beberapa bahagian iaitu pendinding, perembat dan pengikat.

2. Pendinding diperbuat daripada papan lapis dan saiznya mengikut ketinggiantiang. 3. Perembat terdiri daripada kayu dan dipasang pada pendinding bagi mengemaskan kedudukan dan membentuk seperti anak tangga.

132

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.10 Menunjukkan acuan kotak bentuk untuk tiang.

Rajah 7.11 Menunjukkan peralatan yang digunakan untuk membina kotak bentuk. 4. Kotak bentuk diatur dalam keadaan tegak mengikut bentuk tiang iaitu bentuk segi empat. 5. Kotak bentuk tiang dibina dengan menyusun ketiga tiga sisi tiang tetapi pada sisi keempat ia hanya dilekatkan apabila pemasangan sepenuhnya ditapak.

133

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.12 Menunjukkan pekerja sedang memaku bahagian sisi papan untuk membuat kotak bentuk tiang.

Rajah 7.13 Menunjukkan keadaan kotak bentuk yang telah siap dipaku untuk 3 sisi bahagian.

134

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.14 Menunjukkan pekerja sedang memasang kotak bentuk pada tetulang tiang yang telah didirikan. 6. Manakala pada setiap pendinding dibuat lubang kecil dan diikat dengan keluli lembut R10. Ia dibiarkan terjulur untuk kerja kerja mengikat batu bata nanti. 7. Pemasangan kotak bentuk ini akan dikukuhkan lagi dengan tupang yang akan menahan kotak bentuk daripada runtuh semasa kerja kerja menuang konkrit ke dalam kotak bentuk tiang.

Rajah 7.15 Menunjukkan penggunaan penupang pada kotak bentuk tiang.

135

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.16 Menunjukkan kotaka bentuk tiang yang telah siap didirikan. 7.4.3 Pelarasan Kotak Bentuk

1. Setelah kerja kerja pemasangan kotak bentuk tiang siap dipasang, ianyaperlu dilaraskan supaya kedudukan kotak bentuk tersebut berada dalam keadaan tepat 900.

2. Pelarasan ini du buat secara berhati hati untuk mengelakkan daripadaberlakunya kedudukan balak atau rasuk yang tidak selaras dan akan menyebabkan binaan bangunan tidak selamat serta merbahaya. 3. Kerja pelarasan ini dilakukan dengan menggunakan tali pembenang yang diikat pada kayu yang mana panjangnya sama dengan ketinggian kotak bentuk tiang.

Rajah 7.17 Menunjukkan kerja melaraskan benang sedang dilakukan.

136

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

4. Pemberat atau plumbup diikat pada benang agar berada dalam keadaantergantung dan seterusnya ia dilaraskan dengan betul sehingga ianya berada dalam keadaan tepat 900.

Rajah 7.18 Menunjukkan seorang pekerja sedang mengukur kelarasan tiang dengan menggunakan pita ukur.

Rajah 7.19 Menunjukkan pekerja sedang melaraskan kotak bentuk.

137

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

5. pada dua bahagian iaitu kea rah utara dan kearah barat.

Ia

dijalankan

6.

Setelah

keadaan kotak bentuk tiang berada dalam keadaan seimbang, tupang perlu dilekatkan supaya kedudukan tiang stabil dan berada pada paras 900.

Rajah 7.20 Menunjukkan kerja menupang kotak bentuk sedang dilakukan. 7. tengah bangunan. 8. dan seterusnya dikemaskan. Kemudian binaan tiang dikuatkan lagi dengan memasang perembat yang menyentuh tiang Kerja kerja

ini dimulakan pada setiap bahagian penjuru bangunan dan diikuti pada bahagian

138

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.21 Menunjukkan kerja mengemaskan kotak bentuk dilakukan.

Rajah 7.22 Menunjukkan kotak bentuk yang telah siap didirikan dan distabilkan pugak 900. 7.4.4 Penuangan Konkrit Ke Dalam Kotak Bentuk

1.

Kerja

menuang konkrit memerlukan 4 orang pekerja binaan, dimana 2 orang akan memegang mesin vibrator dan dua orang lagi akan memegang papan ketika hendak menuang konkrit. Ini adalah untuk memudahkan konkrit masuk kedalam kotak bentuk tiang.

139

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

2. bentuk yang telah siap didirikan.

Kren

digunakan untuk mengangkat bakul konkrit yang telah diisi konkrit ke kotak

Rajah 7.23 Menunjukkan kren yang digunakan untuk mengangkat konkrit.

Rajah 7.24 Menunjukkan kerja penuangan konkrit kedalam bakul konkrit.

140

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

3. atas untuk menuang konkrit tersebut.

Untuk

menuang konkrrit, pekerja perlu menggunakan peranca untuk naik ke bahagian

4.

Pekerja

akan

menuang konkrit kedalam kotak bentuk sehingga ke paras yang dikehendaki.

Rajah 7.25 Menunjukkan pekerja sedang menunggu bakul konkrit untuk kerja menuang konkrit.

Rajah 7.26 Menunjukkan pekerja sedang menuang konkrit ke dalam kotak bentuk.

141

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

5.

Semasa

menuang konkrit, mesin vibrator perlu digunakan untuk memadatkan konkrit supaya tiada ruang 0 ruang udara yang terbentuk dan akan mengakibatkan honey comb.

6.konkrit diisi dengan penuh sehingga mencapai tinggi tiang.

Pastikan

Rajah 7.27 Menunjukkan mesin vibrator digunakan untuk memadatkan konkrit.

142

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.28 Menunjukkan kotak bentuk yang telah siap diisi konkrit. 7.4.5 Menanggalkan Kotak Bentuk 1. bentuk akan dilakukan. 2. dilakukan bagi mendapatkan satu struktur tiang yang sempurna. 3. mengalami sebarang kecacatan. 4. ditanggalkan dengan mudah. 5. 6. tersebut. Ia dimulakan besi dengan mengetuk bahagian bawah kotak bentuk dan sehingga bahagian atas. Pastikan R10 tidak tertanggal bersama semasa menanggalkan kotak bentuk tiang Kerja ini menggunakan penukul untuk mengetuk bahagian kotak bentuk supaya dapat Kotak bentuk dibuka secara perlahan lahan dan berhati hati supaya binaan tiang tidak Kerja ini Setelah konkrit

tiang mengeras dan kering sepenuhnya, kerja kerja menanggalkan kotak

143

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 7.29 Menunjukkan besi teulang R10 dibiarkan terjulur.7. ruang udara, penampalan akan dibuat keatas tiang tersebut. Jika terdapat

Rajah 7.30 Menunjukkan tiang yang telah siap ditanggalkan acuannya.

144

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

8. yang seterusnya.

Kotak

bentuk

yang telah siap ditanggalkan akan dikumpulkan disatu tempat untuk kegunaan

Rajah 7.31 Menunjukkan struktur tiang yang telah siap didirikan.

7.5 Komen Dan Cadangan Antara beberapa perkara yang ingin saya komenkan disini adalah langkah kerja yang dilakukan tidak teratur dan efektif. Ada sesetengah pekerja tidak melakukan kerja dengan sempurna dan membiarkan konkrit yang lebih tidak digunakan dan ini akan menyebabkan pembaziran. Selain itu, semsa pemasangan kotak bentuk, sesetengah pekerja tidak berhati hati melakukannya. Posisi kedudukan untuk memaku kotak bentuk semasa berada di atas kayu yang dilapik peranca agak berbahaya. Jika berlaku kecuaian, ia boleh mengakibatkan maut. Selain itu, pengggunaan sarung tangan getah juga tidak di aplikasikan sepenuhnya semasa bekerja. Pekerja sering tidak memakai sarung tangan ketika melakukan kerja. Malahan pekerja binaan juga tidak mengamalkan peraturan semasa berada di tapak bina sepenuhnya. Pekerja tidak memakai topi keselamatan semasa bekerja.

145

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Ini amat berisiko tinggi kepada pekerja binaan yang berada di tempat tinggi., mungkin terdapat bahan binaan yang jatuh kebawah dan akan terkena pada kepala pekerja dibawah dan ini akan menyebabkan kemalangan di tapak bina. Perkara perkara dan peraturan semasa berada di tapak bina seharusnya menjadi tanggungjawab majikan sepenuhnya. Antara beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan disini adalah memanfaatkan bahan binaan dengan sepenuhnya. Jika ada bahan binaan yang lebih, ia hendaklah bijak digunakan di tempat tempat yang perlu. Contohnya, jika ada konkrit yang berlebihan, ia boleh ditampal di struktur tiang yang terdapat ruang udara ataupun konkrit tersebut dijadikan lean konkrit. Selain itu, ia juka boleh digunakan untuk menampal jalan yang berlopak atau jalan sementara. Seterusnya, saya juga ingin menasihatkan supaya majikan hendaklah memeberitahu dan menyediakan peralatan keselamatan secukupnya kepada pekerja. Ini kerana ada sesetangah pekerja sahaja yang memakai kasut keselamatan safety boot dan setengah yang lain tidak memakainya. Penggunaan sarung tangan juga begitu. Majikan tidak boleh memandang ringan akan hal ini. ini adalah untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku dimasa hadapan.

7.6 Kesimpulan Apa yang saya dapat simpulkan disini adalah kebijaksanaan dalam

menggunakan alatan dan bahan binaan. Bahan binaan yang hendak digunakan hendaklah disukat dengan betul dan tepat. Ia adalah untuk mengelakkan daripada pembaziran bahan. Namun ia jarang sekali berlaku. Semasa menjalani latihan industry, saya juga dapat melihat sendiri bagaimana konkrit dicurah kedalam bakul konkrit dengan menggunakan truck mixer, mengikat besi pada tiang dan sebagainya walaupun berada dibawah cahaya matahari. Saya juga dapat mengetahui bagaimana cara cara memasang tetulang, membengkok tetulang dan banayk lagi dengan lebih mendalam.

146

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

147