the education_ jelaskan perkembangan awal abad ke-20 di malaysia dengan memberikan contoh-contoh...

Upload: acapasyraaf

Post on 10-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

95

TRANSCRIPT

Ads by Info Ad Options

0 More Next Blog Create Blog Sign In

THE EDUCATION

Ads by Info Ad Options

8/12/2015THE EDUCATION: JELASKAN PERKEMBANGAN AWAL ABAD KE20 DI MALAYSIA DENGAN MEMBERIKAN CONTOHCONTOH YANG SESUAI.

http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/jelaskanperkembanganawalabadke20.html#10/10T h u r s d a y , J u n e 1 3 , 2 0 1 3

JELASKAN PERKEMBANGAN AWAL ABAD KE20 DI MALAYSIA DENGAN MEMBERIKAN CONTOHCONTOH YANG SESUAI.

PENGENALAN

Perkembangan pensejarahan pada awal abad ke20 khususnya dalam konteks Malaysia merupakan satu persoalan yang berkaitan dengan perkembangan penulisan pensejarahan dalam kalangan sejarawan British mahupun tempatan. Sebelum persoalan ini dihuraikan secara mendalam, sepatutnya maksud pensejarahan difahami terlebih dahulu. Pensejarahan atau historiography adalah penulisan sejarah tentang peristiwa yang telah berlaku iaitu prosesnya melibatkan kejadian, sumber, dan gambaran yang dilakukan oleh sejarawan dalam menghasilkan karya sejarah untuk makluman dan rujukan masyarakat umum.[1] Selain itu, pensejarahan boleh juga ditakrifkan sebagai the record of events or the events themselves yang bermaksud catatan peristiwaperistiwa dan peristiwaperistiwa ini saling berkaitan.[2]

Pensejarahan moden awal abad ke20 mempunyai dua bentuk iaitu pensejarahan yang masih lagi terpengaruh dengan tradisi

Melayu lama,[3] dan pensejarahan yang ditulis oleh sejarawan British yang bersifat Eurocentric.[4] Perkembangan pensejarahan pada

Labels

ASIA SELATAN ABAD KE20 (11) ASIA TIMUR ABAD KE20 (7) ISLAM DI ASIA TENGGARA (8) malaysia: melaka hingganegerinegeri melayu baru (9)SEJARAH DAN PENSEJARAHAN (38)

DEAR READER

first of all, thankz for visit my bloganda dipersilakan untuk mendapatkan input di dalam blog ini, namun anda tidak dibenarkan sama sekali untuk pelagiat.. maksudnya, tolong.. tolong... tolong la sangat, input

awal abad ke20 yakni dari tahun 1900 sehingg 1960. Namun, pengkajian ini akan mencangkupi perkembangan pensejarahan selepas tahun

1960an secara ringkas. Perkembangan pensejarahan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua tahap mengikut kronologi tahun iaitu yang ditulis oleh sejarawan British dan sejarawan tempatan. Sejarawan British cenderung mentafsir sejarah tempatan dari kaca mata Barat dan sejarawan tempatan akan mentafsir sejarah dari kaca mata tempatan. Kecenderungan sejarawan mentafsir sejarah, sama ada secara

Eurocentric mahupun dari kaca tempatan sebenarya telah memperkayakan pensejarahan Malaysia.

FAKTORFAKTOR SEJARAWAN MENULIS

input ni anda gunakan untuk menambahkan pemahaman sahaja. sekiranya mahu untuk menjadikan sebagai assignment anda juga, tolong la tukarkan ayat supaya tidak menjadi pelagiat.. ingat, pelagiat di

larang... kalau terkantoi dengan letc kan da susah... INGAT, ALLAH NAMPAK ! hehehe...

GUD LUCK

Sejarawan Britsh amat berminat untuk mengkaji tentang sejarah tempatan kerana telah wujud tradisi keilmuan di Barat, mereka akan cuba merakamkan segala peristiwa yang disaksikan ke dalam karyakarya mereka. Selain itu, mereka ingin mengetahui mengenaikeadaan sosiopolitik dan ekonomi tempatan. Contoh karya yang berkaitan dengan kekayaan negara yang dijajah adalah Political and

Statistical Accounts of the British Settlements in the Straits of Malacca oleh T.J.Newbold pada tahun 1839 yang mengambarkan keadaan ekonomi NegeriNegeri Selat dan Semenanjung Tanah Melayu.[5] Ini menunjukkan sejarawan British amat berminat untuk mengkaji tentang sejarah tempatan demi kepentingan politik dan ekonomi mereka, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu.

Manakala sejarawan tempatan menulis tentang pensejarahan disebabakan karya karya sejarah ditulis oleh sejarawan British yang tidak menggambarkan pensejarahan yang sebenar dan agak meragukan terutama dari segi isi kandungan. Karya yang ditulis oleh sejarawan British umpamanya oleh Swettenham terlalu memendang rendah akan orang Melayu apabila mengatakan Melayu itu malas.[6]Selain itu, karyakarya yang terdapat pada masa itu tidak berkualiti yakni tidak memberi sebarang pengajaran kepada orang Melayu

supaya tidak mengulangi kembali sejarah lalu, karyakarya tersebut adalah seperti Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Bayan Budiman. Karya bukanlah ditolak seratus peratus tetapi isi kandungan boleh menyebabkan orang Melayu menganggap hikayathikayat tersebut sebahagian daripada kehidupan mereka, disamping merendahrendahkan martabat orang Melayu. Inilah antara beberapa sebab yang memaksa golongan terpelajar Melayu untuk bangkit menentang pandangan songsang sejarawan British terhadap orang Melayu yakni melalui penulisan sejarah..

Dua golongan ini menulis pensejarahan mengikut persepsi tersendiri dan cuba untuk merungkai sejarah tempatan dari kaca mata masingmasing. Oleh itu, karya mereka mempunyai pentafsiran yang berbezabeza antara satu sama lain.

PERKEMBANGAN PENSEJARAHAN

Pensejarahan pada awal abad ke20 telah dimulakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1906 menerusi karyanya iaitu British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British influence in Malaya. Karyakarya lain adalah seperti Kamus Perbendaharaan kata bahasa Inggerisbahasa Melayu, Suratsurat tanpa alamat dan Keteranganketerangan ringkas Melayu. Antara pentafsiran yang bercirikan Eurocentric yang dikemukakan beliau adalah seperti orang Melayu tidak mempunyai institusi politik dan orang Eropah secara semulajadi lebih pintar daripada orang Asia ( Melayu).[7] Pendapat ini amat bercanggah dengan fakta sebenar iaitu orang Melayu telahmempunyai institusi politik sejak zaman kerajaan Srivijaya dan kesultanan Melayu Melaka. Cuma yang berbeza hanya sistem politik yang

digunakan oleh orang Melayu dengan orang Eropah. Swettenham merupakan seorang sejarawan yang mengkaji sejarah tempatan dari kaca

Follower me

Join this sitewith Google Friend Connect

Members (26) More

Already a member? Sign in

Blog Archive

2014 (12)

2013 (80) June (49)TRANSLATE JURNAL DALAM SUMBER PENSEJARAHAN CHINAPENTAFSIRAN II SUMBER SEJARAH II PENSEJARAHAN CHINA MENGAPAKAH PENGADILANMORAL TIDAK DAPAT DIPISAHKA... SEJARAH MELAYU BUKTI PERHAMBAANSURATSURAT PERISTIWA KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD SY...

mata Barat terutama sekali apabila memberi pendapat mengenai masyarakat Melayu.

Beliau juga menyatakan orang Melayu ini malas tanpa mempunyai apaapa peraturan pun.[8] Beliau dengan sesuka hati telah menyatakan orang Melayu malas tanpa menyelidiki secara mendalam, hanya dengan pengamatan beliau terhadap kehidupan orang Melayu,

beliau telah mengeluarkan pendapat ini.

Perkembangan pensejarahan bertambah pesat apabila beberapa sejarawan Brirtsh begitu berminat untuk mengkaji pensejarahan tempatan. Antara sejarawan tersebut ialah R.J.Wilkinson yang telah menghasilkan karyakarya History of Penisular Malays pada tahun1908, History of Perak pada tahun 1934 bersama dengan R.O.Winstedt dan The Malacca Sultanate. Antara pendapat beliau adalah seperti perluasan kuasa di Perak, bukanlah atas kehendak British tetapi keadaan tempatan yang sering bergolak sehingga memaksa British untuk berbuat sesuatu. [9] Manakala dalam karyanya iaitu The Malacca Sultanate, beliau menyatakan pembukaan Melaka, apabilaperkampungan kecil nelayan orang asli pada kurun ke13 telah menjadi sebuah pusat perdagangan kosmopolitan menjelang awal abad ke

20. Penggunaan perkataan orang asli jelas menggambarkan beliau tidak mengiktiraf orang Melayu sebagai bangsa yang bertamadun yakni sebelum Melaka, walaupun dari segi fakta orang Melayu sudah bertamadun sejak zaman Srivijaya lagi.

Sejarawan British iaitu J.M.Gullick telah menghasilkan karyakarya seperti A History of Negri Sembilan pada tahun 1916 dan Indigenous Political Systems of Western Malaya. Beliau mengatakan penanaman padi amat tidak sesuai untuk masyarakat Melayu.[10] Pandangan ini merupakan suatu pendapat yang menyatakan orang Melayu hanya pandai menanam padi dan tidak seharusnya menceburibidang lain. Gambaran sejarawan British tentang keadaan politik Tanah Melayu menjelang tahun 1874 sering kali diandaikan sebagai benar juga bagi seluruh Tanah Melayu.[11] Pandangan Gullick dalam Indigenous Political Systems of Western Malaya ditafsirkan sebagai benar untuk seluruh Tanah Melayu. Ini merupakan pandangan yang karut kerana sejarah tersebut bersifat setempat dan tidak bolehmewakili keseluruhan Tanah Melayu. Pengamatan sejarawan ini hanya di Negeri Sembilan, tetapi kesimpulannya mewakili keseluruhan orang Melayu di Tanah Melayu.

Seterusnya, sejarawan seperti R.O.Winstedt telah menyumbangkan beberapa karya iaitu A History of Malaya pada tahun 1935, History of Perak pada tahun 1934 bersama dengan Wilkinson, History of Johore pada tahun 1932 dan British and Malaya:17861941 yang dikarang pada tahun 1944. Beliau telah memburukburukan sistem perhambaan yang terdapat di Perak, juga tentang sistem berbangsa bangsanya dan sistem percukaian serta keadaan hamba abdi adalah sangat menyedihkan.[12] Pandangan ini merupakan suatu usaha untukmerendahrendahkan martabat orang Melayu. Selain itu, pihak British tidak berkehendak untuk menguasai Perak ataupun negerinegeri

Melayu yang lain tetapi pergolakan dalaman iaitu huruhara yang berlaku telah memaksa British untuk berbuat sesuatu.[13] Pandangan ini telah menghalalkan penjajahan British di Perak dengan menyatakan British tidak berniat pun untuk menguasai Perak. Sejarawan seperti Winstedt telah memutarbelitkan fakta sejarah demi kepentingan penjajah. Peristiwa sejarah sering kali dikaitkan dengan kelemahan dankepincangan yang melanda pemerintah Melayu pada masa itu.[14] Oleh itu, British terpaksa mendamaikan huruhara yang berlaku dengan

cara campur tangan dalam pentadbiran Perak menerusi perjanjian Pangkor.[15]

Bidang pensejarahan tempatan telah dikejutkan dengan pandangan seorang sejarawan dari Amerika Syarikat iaitu Rupert Emerson.

PENULISAN TUHFAT AL NAFIS KURANG OBJEKTIFPENGADILAN MORAL PENSEJARAHAN INDIA maharaja Cina yang baharumenaiki takhtamenggunak...TEMA, KAEDAH, PEMIKIRAN Huraikan perkembanganpenyelidikan sejarah diBara...SUMBER SEJARAH SUMBER SEJARAH JELASKAN PERKEMBANGANAWAL ABAD KE20 DIMALAYSIA... PENSEJARAHAN DI INDIAPENGERTIAN DAN KEPENTINGAN SEJARAH

Mengapa golongan relatif tidak bersetuju dengan pe...KRITIKAN SUMBER Bincangkan perbezaanantara kritikan dalamandan l...

KEPENTINGAN SEJARAH KEPADA MANUSIA

Huraikan jenisjenis fakta sejarah dan kepentingan...FAKTA DAN KEPENTINGAN BINCANGKAN PEMIKIRANTOKOHTOKOH BERIKUT: HERODOT...

Pensejarahan India selepas kedatangan Islam.

KEPENTINGAN SEJARAH DISIPLIN SEJARAHFAKTA SEJARAH DAN KEPENTINGANNYAKRITIKAN SUMBER Mengapa golongan relatiftidak bersetuju dgnpemik...

KEOBJEKTIFAN PENULISAN SEJARAH

Karyanya iaitu Malaysia: A Study in Direct and Indirect rule yang dikarang pada tahun 1937 secara jelas cuba untuk mengkritik dasardasar imperialisme British di Tanah Melayu.[16] Ini menujukkan bahawa bukan semua sejarawan Barat menulis demi kepentingan penjajah, dan terdapat juga sejarawan yang menulis seperti yang sebenarnya berlaku.[17]

Perkembangan pensejarahan di Tanah Melayu mengalami suatu perubahan pada tahun 1918 apabila mata pelajaran sejarah (

tawarikh pada masa itu) telah dipisahkan daripada mata pelajaran kesusateraan dan dijadikan sebagai salah satu daripada mata pelajaran di Maktab Melayu Melaka.[18]Orang Melayu mula menyedari bahawa mereka telah disogok dengan karya sejarah yang merendahrendahkan martabat orang Melayu terutama sekali karyakarya sejarawan British. Oleh itu, pada tahun 1925, cikgu Abdul Hadi Hassan telah mengarang buku Sejarah Alam Melayu.[19] Penghasilan karya ini merupakan suatu manefestasi cikgu Abdul Hadi terhadap karya Winstedt yang suka merendahrendahkan keupayaan bangsa Melayu. Sebanyak tiga jilid telah dihasilkan oleh cikgu Abdul Hadi dan telah diselesaikan menjadi lima jilid

oleh Haji Buyong Adil.[20] Beliau telah cuba menaikkan semangat nasionalisme orang Melayu melalui pensejarahan, disamping menjadi inspirasi kepada tokoh pejuang Melayu seperti Ibrahim Yaacob.

Disamping itu, terdapat seorang sejarawan Melayu yang telah menggunakan karyakarya agung Melayu seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah sebagai sumber utama pensejarahan. Beliau adalah Ahmad bin Abdullah yang telah mengarang beberapa buku, antaranya adalah Darah Melaka, Keris Melaka, Falsafah Hang Tuah, Melayu Takan Hilang dan Hujan Darah Di Selat Melaka.[21]Beliau telah mendapat tunjuk ajar daripada cikgu Abdul Hadi, tidak hairanlah jika penghasilan karyanya mencerminkan kehebatan dan ketertinggian martabat orang Melayu menerusi karya yang berkaitan dengan Melaka.[22] Penggunaan karya seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah merupakan suatu usaha untuk mencari kembali kekuatan bangsa yang dikatakan pernah menakluk kawasannusantara pada kurun ke15 sama ada melalui ketenteraan mahupun melalui pengaruh. Zaman penjajahan British telah menenggelamkan kehebatan bangsa Melayu. Oleh itu, usaha beliau mengarang buku ini amat perlu demi menyemai kesedaran dalam hati orang Melayu bahawa mereka mereka merupakan bangsa yang hebat dan setaraf dengan orang Inggeris.

Selain daripada bukubuku yang dihasilkan oleh sejarawan tempatan, terdapat juga makalah yang berkaitan dengan pensejarahan dalam akhbar dan majalah. Misalnya, makalah yang bertajuk Tarikh yang dimuatkan dalam majalah Tunas Melayu keluaran 1913, manakala majalah Neraca antara tahun 19111915 serta majalah Pengasuh antara tahun 19181932 telah memuatkan makalah yang mengimbau kembali peristiwa sejarah agar menjadi teladan kepada masyarakat. Kesemua makalah ini cuba memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sejarah agar dapat dijadikan sebagai iktibar demi memajukan bangsa dan memupuk semangat cinta akantanah air.[23]

Selain daripada itu, terdapat tokoh yang cukup berjasa kepada pensejarahan tempatan iaitu Haji Mohd. Said Haji Sulaiman. Beliau telah menerbitkan majalah Peredar antara tahun 19351940, disamping menulis tentang sejarah Johor dan antarabangsa seperti Hikayat Queen Victoria, Ringkasan Tawarikh Nippon dan Tawarikh England. Beliau merupakan tokoh yang banyak menulis tentang sejarah tempatan mahupun antarabangsa demi keperluan orang Melayu yang perlu mengetahui sejarah melalui kaca mata tempatan agar tidak terpengaruh dengan dakyah penjajah untuk merendahrendahkan martabat orang Melayu.

MANUSKRIP MELAYU MANUSKRIP PENTAFSIRANTEMA MANUSKRIP TOKOH PENSEJARAHANBARAT

Isu komunalisme merupakan isu utama yang terpaksa ...

Masalah Kashmir merupakan duri dalam daging dala...

Jelaskan perhubungan antara pihak Jepun dengan kal...

Idea Negara Dua Bangsa menjadi punca kebangkitan...

Pilihanraya 1937 mempunyai kesan politik yang besa...

Tunjukkan bukti yang jelas Sayyid Ahmad Khan adala...

Apakah sumbangan terpenting Mahatma Gandhi hingga ...

Pendidikan Inggeris menjadi faktor penting kepada ...

Jelaskan peri pentingnya Dahagi 1857 dalam perkemb...

Dengan memilih sama ada pertanian dan perindustria...

Nyatakan faktorfaktor yang menyebabkan British le...

May (31)

ANY QUESTION ? ^_^

Selain itu, terdapat juga usaha dalam kalangan sejarawan tempatan untuk menterjemah karya dalam bahasa asing ke bahasaMelayu agar orang Melayu dapat menilai sendiri karya tersebut. Misalnya, Zaba telah menterjemah makalah Winstedt iaitu Malaya dalam majalah Guru. Abdul Samad Ahmad pada tahun 1936 telah menterjemah karya yang berjudul Abraham Lincoln karya Earnest Foster,

penterjemahan ini bukanlah bertujuan untuk menyanjung tokoh Barat itu, tetapi untuk dijadikan sebagai iktibar daripada tokoh ini yang merupakan seorang budak miskin yang cekal dan gigih berusaha sehingga berjaya menjadi seorang peguam seterusnya menjadi presiden Amerika Syarikat, beliau hendak orang Melayu mengambil iktibar daripada kesungguhan tokoh ini supaya orang Melayu boleh berjaya.[24]Ahmad Boestamam telah menterjemah karya A.J.Toynbee iaitu Dunia dengan Barat, dan Abdul Rahman alKudsi telah menterjemah karya

R.O.Pringle iaiatu Kisah Hidup Sir Stamford Raffles.

Zaba telah menegaskan jangan sekalikali disentuh oleh bangsa pemerintah dan kekayaanya serta kekuatannya kerana itu boleh memarakkan api daripada bara yang sememangnya terdapat dalam hati setiap bangsa yang diperintah oleh bukan sebangsa dengannya. [25] Penegasan ini merupakan manefestasi daripada seorang tokoh yang berpendapat penulisan sejarah tidak sepatutnya dikongkong olehpandangan eurocentric seperti jangan sekalikali disentuh oleh bangsa pemerintah dan kekayaanya serta kekuatannya Ini bermaksud

penulisan sejarah haruslah berteraskan aspirasi orang tempatan iaitu menuntut kemerdekaan dan tidak dipengaruhi oleh dakyah penjajah yang mahu mengekalkan kekuasaan mereka di bumi Malaya.

Terdapat juga karyakarya pensejarahan yang dikarang dengan tujuan untuk menaikkan semangat nasionalisme Melayu, disamping mengesa orang Melayu agar belajar daripada sejarah silam. Antara tokoh yang menulis adalah Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin alHelmi. Kemunculan golongan ini adalah sebelum Perang Dunia Kedua yakni antara tahun 19351940. Golongan ini merupakan wartawan dan juga sejarawan yang menghasilkan karyakarya dengan hanya satu tujuan iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang nasionalisme ( fahaman kebangsaan ).

Golongan ini telah mengarang beberapa karya, antaranya ialah Melihat Tanah Air pada tahun 1941, Sejarah dan Perjuangan di Malaya pada tahun 1948, Nusa dan Bangsa pada tahun tahun 1951 dan Sekitar Malaya Merdeka pada tahun 1957. Ahmad Boestamam telah mengarang beberapa makalah dalam akhbar seperti Majlis dan Warta Malaya. Misalnya dalam akhbar Majlis pada tahun 1940, beliau telah mengesa pihak British memberi layanan dan dasar politik yang lebih kepada orang Melayu dan menentang penggunaan nama British Malaya. [26] Namanama besar seperti Boestamam dan ramai lagi telah menggunakan sejarah sebagai alat untuk menyedarkan masyarakat supayamembebaskan diri daripada cengkaman penjajah.[27] Mereka dengan sedaya upaya berusaha membebaskan tanah air tercinta melalui

mata pena yakni menggunakan sejarah sebagai sumber inspirasi.

Selain itu, beliau turut menulis dalam akhbar Warta Malaya pada 1 April 1940 iaitu Bangsa Melayu patut sedar bahawa pada masa ini semua perniagaan dalam genggaman bangsa asing . Makanan bergantung kepada bangsa asing, pakaian bergantung kepada bangsa asing.[28] Beliau merupakan seorang yang berjiwa patriotik dan sentiasa mengesa orang Melayu agar belajar daripada kesilapan nenekmoyang mereka yang telah menggadaikan negara ini demi kepentingan wang ringgit sedangkan generasi selepas mereka dijajah dan

dipergunakan demi kepentingsn penjajah.

Guest http:// Message Shout

si comel sabo la28.12.201415:25:16Guest 183 adedeh28.12.201415:24:52Guest 115 tulisdlm mna2 kertas pn jadilah. takkansmua nak copy paste jer?25.12.201419:44:33Guest 175 bagi jelah org copy. tak

Shoutbox

Feedjit

Live Traffic FeedA visitor from Kota Bharu, Kelantan viewed "THE EDUCATION: JELASKAN PERKEMBANGAN AWAL ABAD KE20 DI MALAYSIADA EvNisGitoArNfroMmEMP aBntEaRi, INKeAgNeri CS eOmNbTilOanHvCieOwNedT"OTHHEYANG SE EDSUUCAAIT."IO28Nm: inEstnaigkoRohingya dianggap paling malang antara banyak etnik minoriti di Asia Tenggara. Bincangkan kenyataan tersebut dengan merujuk kepada buku karyaAzvhiasrituodrdfirnomMoPhaanmtaei,dNDeaglei rdianAS ezmlinbailraianhvAiebwdeudll"aThHyEang

Terdapat juga majalah atau akhbar yang berbentuk pensejarahan yang cuba membangkitkan semangat perjuangan orang Melayu untuk menentang penjajah Barat. Majalah ini ialah Fajar Asia,[29] yang memuatkan cerita sejarah seperti Dol Said dan Tun Fatimah, malah turut memuatkan cerita tentang kehebatan Diponegoro, Raden Adjeng Kartini dan Hayam Wuruk.[30] Tujuan utama ceritacerita ini dimuatkan dalam majalah ini adalah untuk mengingatkan orang Melayu bahawa pada suatu masa dahulu telah wujud golongan pejuangyang hebat menentang penjajah, dan orang Melayu harus mengambil contoh daripada keberanian mereka untuk menetang penjajah. Selain itu, penulisan pensejarahan yang terdapat dalam Fajar Asia merupakan seruan khusus iaitu mendorong serta membangkitkan semangat perjuangan menentang penjajah Barat dan membangunkan anak bangsa sendiri.[31]Golongan wartawan merupakan dominan dalam penghasilan karyakarya sejarah dan karya mereka sering kali melawan arus apabila menentang pendapat sejarawan British. Mereka amat tidak bersetuju dengan pendapat sejarawan British yang disifatkan suka memperlekeh orang Melayu apabila menulis tentang Tanah Melayu. Namun begitu, selepas kemerdekaan, peranan golongan ini kian pudar dan tugas penulisan sejarah telah dipikul oleh golongan terpelajar yakni mahasiswa Universiti. Mereka telah diajar tentang kaedah saintifik semasa menghasilkan sesuatu penulisan sejarah. K.J. Trigony menegaskan bahawa penulisan sejarah Tanah Melayu seharusnya ditulis dari kaca mata tempatan dan tidak lagi dikongkong oleh pandangan eurocentric. Mahasiswa universiti telah digalakkan untuk menulis daripada pelbagai sudut. Pendedahan inilah yang menggalakkan merka untuk mereka untuk menulis tentang sejarah tempatan.

Namun selepas tahun 1960an, terutama sekali selepas kemunculan ramai sejarawan tempatan berkelulusan universiti yang mengarang bukubuku pensejarahan berdasarkan kaca mata tempatan seperti R.Sutharalingam, Khoo Kay Kim dan Muhd Yusof Ibrahim.

KESIMPULAN

Bidang pensejarahan Malaysia pada awal abad ke20 merupakan suatu perkara yang amat menarik untuk dikaji, ini disebabkan terdapat pelbagai golongan yang cuba untuk menghuraikan sejarah mengikut pandangan mereka. Jelas sekali peranan golongan ini tidak boleh disanggkal sekalipun terdapat antara pendapat mereka yang jelas bercanggah dengan fakta yang sebenarnya. Walaupun begitu, bidang pensejarahan amat penting kepada negara seperti katakata George Santayana iaitu sesiapa yang tidak mengetahui sejarah akan mengulanginya. Jika tanpa sejarah , manusia secara keseluruhannya akan kehilangan arah, malah tidak mempunyai identiti diri, bangsadan budaya yang sebenar.[32]Kepentingan sejarah kepada masyarakat dan negara perlu dihayati dari segi dimensi sosial dan dimensi intriksik.[33] Dimensi sosial bermaksud sumbangan seseorang individu kepada agama, masyarakat , bangsa dan negara kesan daripada mempelajari sejarah. Dimensi intrinsik pula bermaksud keupayaan sesebuah negara itu melahirkan rakyat yang berpendidikan yang menyeluruh , dan meresapi sejarah dalam kehidupan mereka. Pensejarahan malaysia seharusnya dikaji secara mendalam dan dihayati oleh generasi masa ini agar semangat dan keazaman sejarawan dahulu yang bersusah payah menulis karyakarya sejarah dapat dijadikan sebagai suatu inspirasi agar generasi kini mampu mempertahankan keaslian pensejarahan Malaysia daripada ditafsir secara semberono oleh sejarawan asing. Seterusnya, mempertahankan negara ini daripada dijajah semula sama ada secara fizikal mahupun pemikiran. Akhir sekali, pesanan Tun Seri Lanang kepada orang Melayu iaitu supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkan oleh mereka itu,syahdan beroleh faedah daripadanya[34]

bE eDrjUudCuAl TAIiOr NM:aPtaEKNeGsEenRgTsaIAraNanRD oA"N37KmEPinEsNaTgoINGANSA EvJiAsiRtoAr Hfr"om38Pmanintasi,agNoegeriSembilan viewed "THE EDUCATION: Etnik Rohingya dianggap paling malang antara banyak etnik minoriti di Asia Tenggara. Bincangkan kenyataan tersebut dengan merujuk kepada buku karyaAzvhiasrituodrdfirnomMoPhaanmtaei,dNDeaglei rdianAS ezmlinbailraianhvAiebwdeudll"aThHyEang bE eDrjUudCuAl TAIiOr NM:ataEtKneikseRnoghsainragayna Rd ioa"ng1gharp4p9alminignsmaagloang antara banyak etnik minoriti di AsiaTenggara. Bincangkan kenyataan tersebut dengan merujuk kepada buku karyaAzvhiasrituodrdfirnomMoMhamlayedsiaDvailei wdaend

R"ATzHlinEa EriDahU ACbAdTuIllOahN :y aSnUgMBER bS eErJjuAdRuAl AHirIIM" 3atharKs 8esmenignsaargaoan A visitor from Pantai, NegeriS eom" b2ilharns v5i7ewmeinds"aTgHoEEDUCATION: Bincangkan perbezaan antara kritikan dalaman dan luaran dalambA idvainsigtosrefjaroramh.P" e3tahlrins g9 Jmayinas,aSgeolangor viewed "THEEDUCATION: PERANANULAMA PENTING DALAM PENYEBARAN ISLAM DINA UvSisAitoNrTfAroRmAP. eBnAanHgA, PSuKlaAuN."3Pihnrasn1g3vmiewinesdag"To HE EDUCATION: PERANAN ULAMA PENTING DALAM PENYEBARAN ISLAM DINA UvSisAitoNrTfAroRmAK. BuaAnHtaAn,SPKaAhaNn.g"4vihewrse6d m"TinHsEagEoDUCATION: Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun terpaksa menerima Realtime view Get Feedjit

BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Hj Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.

Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Melayu dan Nasionalisme Setanah Melayu,dalam IsuIsu Pensejarahan, Abu Talib Ahmad (ed.), Georgetown: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1995.

Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002.

A.Samad Ahmad (ed ), Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka, 1979.

Gullick, J.M, A History of Negri Sembilan, JMBRAS, 1916, Terbitan Semula, MBRAS,2003.

Mohd Zamberi Abdul Malik, Harimau Malaya, Bangi : Penerbitan UniversitiKebangsaan Malaysia, 1999

Muhammad Yusoff Hashim, Buku Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992.

Muhd. Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah,Pengertian dan Kaedah, KualaLumpur,:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Mohd. Yusuf Ibrahim, Pensejarahan Melayu: 18001960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Ramlah Adam, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994..

Wan Mohd Mahyiddin, Isuisu Nasional, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,1978.

Winstedt, R.O dan Wilkinson, R.J, A History of Perak, JMBRAS, 1934, TerbitanSemula, MBRAS, 1974.

[1] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 68.[2] Muhammad Yusoff Hashim, Buku Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, Hlm.2.[3] Hikayathikayat lama misalnya Misa Melayu.[4] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 132.

[5] Ibid. hlm 133.[6] Muhd. Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah,Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur,:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 204.

[7] Ibid, hlm 204.[8] Ibid.[9] Ibid, hlm 206.[10] J.M.Gullick, A History of Negri Sembilan, JMBRAS, 1916, Terbitan Semula, MBRAS, 2003, hlm 128.[11] Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Melayu dan Nasionalisme Setanah Melayu, dalam IsuIsu Pensejarahan, Abu Talib Ahmad(ed.), Georgetown: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1995, hlm 164.[12] R.O, Winstedt dan R.J, Wilkinson, A History of Perak, JMBRAS, 1934, Terbitan Semula, MBRAS, 1974, hlm 91.[13] Muhd. Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah,Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur,:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 206. [14] Kekacauaan dan huruhara yang berlaku di Perak disebabkan perebutan takhta antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail, selain itu pembesar lebih berkuasa daripada sultan telah memburukkan keadaan.[15] Ditandatangani oleh Sultan Abdullah dengan pihak British pada tahun 1874.[16] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 135.[17] Muhd. Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah,Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur,:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 22.[18] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, 2002, hlm 135.

[19] Ibid, hlm 136.[20] Ibid.[21] Ibid, hlm 137.[22] Kesultanan Melayu Melaka dianggap oleh orang Melayu sebagai simbol keagungan tamadun Melayu, selain itu Melaka merupakan antara kuasa terpenting di rantau nusantara pada kurun ke15.[23] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 138.

[24] Mohd. Yusuf Ibrahim, Pensejarahan Melayu:18001960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 129.[25] Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Melayu dan Nasionalisme Setanah Melayu, dalam IsuIsu Pensejarahan, Abu Talib Ahmad(ed.), Georgetown: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1995, hlm 170.

[26] Ramlah Adam, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm 25 [27] Mohd Zamberi Abdul Malik, Harimau Malaya, Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999, hlm.58. [28]Ramlah Adam, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, 1994, hlm 27.[29] Diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 19421945.[30] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 140.[31] Mohd. Yusuf Ibrahim, Pensejarahan Melayu:18001960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 156.

[32] Wan Mohd Mahyiddin, Isuisu Nasional, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm 29[33]Abdul Rahman Hj Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm.60.[34] A.Samad Ahmad (ed ), Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 3.

Posted by hani at 11:25 AM

Labels: SEJARAH DAN PENSEJARAHAN

Recommend this on Google

No comments:

Post a Comment

Enter your comment...

Comment as: Unknown (Goo

Publish Preview

Sign out

Notify me

Newer Post

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

disable highlight

Simple template. Powered by Blogger.

Ads by Info Ad Options