the 2nd training on statistical data dissemination

20

Upload: lynguyet

Post on 31-Dec-2016

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination
Page 2: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

SIDANG REDAKSIPenasihatYBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin HasanKetua Perangkawan Malaysia

Ketua PengarangTuan Haji Ismail bin YusoffTimbalan Ketua Perangkawan Malaysia(Program Sosial / Demografi)

Penolong Ketua PengarangPuan Nazaria BaharudinPengarah, Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna

PengarangPuan Siti Zakiah Muhammad Isa (BKKP)Puan Aidawani Abdullah (BPP)Puan Maimunah A. Rahman (BPTMS)Puan Nur Adnin Mohd Jamal @ Kamar (BKKP)Encik Muhamad Ridzuan Azahari (ILSM)Puan Mek Rauna Deraman (BMP)Puan Hana Sardan (BKKP)Puan Norhayati Yahya (BPPAS)Encik Ruslee Husain (BPPIB)Cik Suraiya Busron (BPHPP)Puan Siti Iesnorhana Ibarahim (BKKP)

SetiausahaPuan Nur Adnin Mohd Jamal @ Kamar (BKKP)

Pengurusan PercetakanEncik Nazrul Ikmal Ismail (BKP)

Reka Bentuk & CetakanPercetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd.

Emel - [email protected]

03 Perutusan Ketua Perangkawan

03 Tinta Pengarang

04 Profil Pengarah

08 Lawatan

08 Kunjungan Muhibbah ke Jabatan Imigresen Malaysia

09 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jabatan Perangkaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

09 Perhimpunan Bulanan Jabatan Bersama YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10 The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

10 The 5th Meeting of Working Group of Data Sharing Analysis Dissemination and Communication of Statistics (WGDSA)

11 The 1st Sub-Regional Course on System of Environmental-Economic Accounting (SEEA)

11 Virtual Participant for the 59th ISI World Statistics Congress Hong Kong, China

12 Majlis Penyampaian Sijil MS ISO/IEC 27001:2007 – Information Security Management Systems (ISMS) 2013

12 Majlis Apresiasi Pihak Media bersama Ketua Perangkawan Malaysia

13 2nd National Statistics Conference (MyStats2013)

14 Program Pertandingan Poster Tahun Statistik Antarabangsa 2013

14 Latihan Pengungsian Bangunan Jabatan Perangkaan Malaysia

15 Pembentangan Kertas Teknikal Jabatan Perangkaan Malaysia

15 Taklimat Memperkasakan Perkhidmatan Unit Khidmat Pengguna 2013

16 Aktiviti Sosial dan Kebajikan • Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-5 Peringkat Jabatan Perangkaan Malaysia 2013/1434H • Majlis Silaturahim & Pengimarahan Ramadhan Al-Kareem 2013 • Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 • Aktiviti PPPP JPM • Aktiviti Puspanita • Aktiviti Kelab Sukan Statistik • Aktiviti PERKISA

20 Larian Statistik (StatsRun 2013)

Page 3: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

TINTA PENGARANG

KetuaPerangkawanMalaysia

Assalamu’alaikum w.b.t, Assalamu’alaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1 Statistik

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kesinambungan Berita Stats dapat diteruskan lagi bagi keluaran kedua 2013. Tahniah dan sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Sidang Redaksi yang menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada semua.

Separuh Kedua 2013 dimulai dengan acara Perhimpunan Bulanan yang turut disertai oleh YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 5 Jun 2013. Selain itu, beliau juga turut diberi taklimat ringkas berkenaan Jabatan.

Pelbagai kejayaan telah diraih oleh Jabatan sepanjang Separuh Kedua 2013 seperti penganjuran latihan dan mesyuarat di peringkat antarabangsa iaitu The 2nd Training on Statistical Data Dissemination, The 5th Meeting of Working Group of Data Sharing Analysis, Dissemination and Communication of Statistics (WGDSA) dan The 1st Sub-Regional Course on System of Environmental-Economic Accounting (SEEA).

Kejayaan Jabatan juga diteruskan dengan pengiktirafan 5S daripada MAMPU yang diperoleh pada 25 November 2013. Selain itu, Jabatan juga telah menjadi Naib Johan bagi pertandingan Montaj sempena Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Perangkaan Negeri Melaka juga turut mengharumkan nama Jabatan apabila memenangi Johan Konvensyen KIK bagi peringkat Negeri Melaka.

Bersempena dengan Sambutan Tahun Statistik Antarabangsa 2013, Jabatan juga telah menganjurkan beberapa aktiviti dalam usaha memperkenalkan peranan Jabatan serta kepentingan statistik kepada umum. Aktiviti tersebut ialah Stats Run 2013 serta The 2nd National Statistics Conference (MyStats2013).

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua warga Jabatan terhadap dedikasi dan komitmen penuh yang diberikan dalam usaha memartabatkan lagi Jabatan di persada dunia. Akhir kata, semoga Berita Stats akan sentiasa menjadi saluran informasi terbaik.

Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman HasanKetua Perangkawan Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T., lantaran izin dan kehendak-Nya jua, kita bertemu

kembali dalam Berita Stats Bil. 2/2013. Ia merupakan kesungguhan dan komitmen warga Jabatan dalam usaha mempertingkatkan kualiti produk dan imej Jabatan. Berita Stats merupakan antara saluran maklumat kepada warga Jabatan dengan memaparkan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan.

Tahun 2013 sudah tentunya meninggalkan pelbagai kenangan kepada seluruh warga Jabatan. Jabatan telah mengadakan Kunjungan Muhibah ke Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengukuhkan jalinan kerjasama yang sedia terjalin. Selain itu, Jabatan juga menerima pelawat daripada delegasi Indonesia dan Korea serta pelajar-pelajar daripada beberapa universiti tempatan.

Dalam usaha untuk meningkatkan engagement berterusan, jaringan kerjasama antara Jabatan dengan Institut Pendidikan Tinggi di Malaysia turut terjalin dengan termetrainya Memorandum Persefahaman antara Jabatan

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 3

Perangkaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta MoU bersama Universiti Malaya. Memorandum ini sudah pastinya memberi impak yang positif terutamanya daripada segi kerjasama bagi kedua-dua pihak yang terlibat.

Selain itu, Jabatan turut menzahirkan penghargaan kepada pihak media melalui Majlis Apresiasi Media bersama Ketua Perangkawan Malaysia yang banyak membantu dari segi mempromosikan produk dan perkhidmatan Jabatan.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga Jabatan yang telah memikul amanah kerja dengan sebaik mungkin dan berusaha memartabatkan Jabatan di mata umum. Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada Sidang Redaksi yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi menjayakan penerbitan Berita Stats kali ini.

Haji Ismail bin YusoffTimbalan Ketua PerangkawanSosial/Demografi

Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Page 4: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

4 J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

Nama : MOHD UZIR BIN MAHIDIN Tarikh Lahir : 8 Julai 1966Tempat Lahir : SelangorPendidikan Rendah : Sek. Ren. Keb. Kg. Bharu, Sabak Bernam, Selangor Pendidikan Menengah : Sek. Men. Ungku Aziz, Sabak Bernam, SelangorKelulusan : Master of Arts (Economics) – Venderbilt University, Tennessee, USA Doctor of Philosophy, PhD (Economics) – The University of Sheffield, UKMula berkhidmat / Lantikan: 2 Januari 1990

Pengalaman Kerja:

BIL TARIKH BAHAGIAN JAWATAN

1. Jan. 1990 - Mei 1992 Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang Perangkawan

2. Jun 1992 - Ogos 1992 Bahagian Perdagangan Luar Negeri Perangkawan

3 Sept. 1992 - Ogos 2001 Bahagian Perangkaan Akaun Negara Perangkawan

3. Mac 2003 - Okt. 2007 Bahagian Perangkaan Akaun Negara Timbalan Pengarah

4. Okt. 2007 - Mac 2008 Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Pengarah

5. Sept. 2011 - Sept. 2013 Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan Pengarah

6. Okt. 2013 - Kini Bahagian Perangkaan Perkhidmatan Pengarah Kanan

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat luar negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH

1. High Level Meeting on the Improvement of Civil Registration and Vital Statistics in Asia and the Pacific (CVRS)

Bangkok, Thailand 10 - 11 Dis. 2012

2. Third Session of the Committee on Statistics Bangkok, Thailand 12 - 14 Dis. 2012

3. High Level Forum “Response To The Rio +20 Mandate For Broader Measures of Progress

United Nation, New York 25 Feb. 2013

4. The 44th Statistical Commission United Nation, New York 26 Feb. - 1 Mac 2013

5. 3rd Meeting of the Steering Group for the Regional Programme on Economic Statistics

Bangkok, Thailand 29 - 31 Okt. 2013

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat dalam negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH

1. Program Perunding Awam ”Improving Effeciency in the Dealing with Construction Permit in Kuala Lumpur”

Hotel Mandarin, Oriental, Kuala Lumpur

3 April 2012

2. Round-Table Discussion on Accelerating IBS Implementation in Malaysia: Issues and Challenges, Kuala Lumpur

Blok Innovasi MPC, Kuala Lumpur

27 Sept. 2012

3. Workshop on Policy Intervention via Economic Instruments for Enhancement of Local Biomass Industry

Hotel Equatorial, Bangi 16 – 17 Okt. 2012

4. World Innovation Forum – Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL) Kuala Lumpur Convention Centre

5 Nov. 2012

PROFIL PENGARAHBAHAGIAN PERANGKAAN PERKHIDMATAN

Page 5: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

PROFIL PENGARAHBAHAGIAN METODOLOGI DAN PENYELIDIKAN

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 5

Nama : SITI HASLINDA BINTI MOHD DINTarikh Lahir : 6 Februari 1971Tempat Lahir : Johor BahruPendidikan Rendah : Sek. Ren. Jln. Yahya Awal, Johor Bahru, JohorPendidikan Menengah : Sek. Men. Sains Johor, Kluang, JohorKelulusan : Bsc. (Hons) Statistics (UiTM) Msc. Statistics (UKM)Mula berkhidmat / Lantikan: 1 Ogos 1996

Pengalaman Kerja:

BIL TARIKH BAHAGIAN JAWATAN1. Ogos 1996 - Okt. 2000 Bahagian Epidemiologi & Kawalan Penyakit, Institut Kesihatan

Umum, Kementerian Kesihatan MalaysiaPerangkawan N3

2. Nov. 2000 - April 2005 Bahagian Pengurusan Maklumat, Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia

Ketua Bahagian N3

3. April 2005 - Mac 2006 Bahagian Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan dan Statistik Perubatan, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Perangkawan N44/ KUP N48 (M)

4. Mac 2006 - April 2007 Bahagian Pengurusan Data, Statistik Perubatan dan Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Ketua Bahagian N48(M)

5. April 2007 - Mei 2008 Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Perangkaan Malaysia

Timbalan Pengarah E48

6. Mei 2008 - Nov. 2009 Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua Penolong Pengarah Kanan E527. Nov. 2013 - Kini Bahagian Metodologi dan Penyelidikan, Jabatan Perangkaan

MalaysiaPengarah E54

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat luar negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH1. Training on Health Information Management Brisbane, Australia 5 Nov. - 8 Dis. 20002. 6th Management Seminar for the Heads of NSOs in Asia and the Pacific Hong Kong 28 - 30 Mei 20073. Leadership Development For Information Systems Promotion Osaka, Japan 6 Okt. - 29 Nov. 20084. 31st Annual Conference of the International Society for Clinical Biostatistics Montpellier, France 29 Ogos - 2 Sept. 20105. 26th International Workshop on Statistical Modeling Valencia, Spain 11 - 15 Jul. 20116. Course "Model for Longitudinal and Incomplete Data" Leuven, Belgium 10 - 12 Okt. 2011 &

21 - 23 Nov. 20117. 33rd Annual Conference of the International Society for Clinical Biostatistics Bergen, Norway 20 - 23 Ogos 20128. Bayes Conference Rotterdam, The Netherlands 21 - 23 Mei 20139. 10th International Conference of Applied Statistics Bled, Slovenia 22 - 26 Sept. 2013

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat dalam negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH1. 9th NIH Scientific Meeting Putrajaya 18 - 20 Sept. 20062. SPSS 12th User Group Annual Conference Petaling Jaya 6 Dis. 20063. Kursus Effective Leadership and Managerial Skills Kuala Lumpur 12 Jul. 20074. Dynamic of Negotiating Skill Workshop Langkawi 26 - 27 Nov. 2007 5. International Conference of Mathematical Sciences (ICMS’07) Bangi 28 - 29 Nov. 20076. 9th Islamic Countries Conference on Statistical Sciences Shah Alam 12 - 14 Dis. 20077. Seminar Institut Statistik Malaysia (ISM2008) Petaling Jaya 27 Mac 20088. Seminar Penyelidikan Perkhidmatan Awam INTAN Bukit Kiara 8 - 9 April 2008

Page 6: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

6

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

Nama : MOHD MARZUKI BIN ABDUL HAMIDTarikh Lahir : 9 Januari 1955Tempat Lahir : Padang Menora, Pulau PinangPendidikan Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Padang MenoraPendidikan Menengah : Kepala Batas Secondary SchoolKelulusan : Diploma Lanjutan Dalam StatistikMula berkhidmat / lantikan: 1977

Pengalaman Kerja:

BIL TARIKH BAHAGIAN JAWATAN

1. 1977 - 1981 Bahagian Banci Pertanian (Kuala Lumpur) Pen. Peg. Perangkaan

2. 1981 - 1982 Pusat Gerakan Luar Alor Setar, Kedah dan Perlis Pen. Peg. Perangkaan

3. 1984 - 1989 Kementerian Pertanian Pen. Peg. Perangkaan

4. 1989 - 1990 Bahagian Banci Penduduk (Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur) Pen. Peg. Perangkaan Kanan

5. 1990 - 1992 Prosesan Banci Penduduk (Kota Kinabalu, Sabah) Pen. Peg. Perangkaan Kanan

6. 1992 - 1996 Bahagian Perkhidmatan (Tabung Haji, Kuala Lumpur) Pen. Peg. Perangkaan Kanan

7. 1996 - 2004 Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI – Jalan Duta)

Perangkawan

8. 2004 - 2006 Bahagian Metodologi (Putrajaya) Perangkawan

9. 2006 - 2009 Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sarawak Timbalan Pengarah

10. 2009 - Kini Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka Pengarah

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat luar negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH

1. 34th Executive Development Program for Malaysian Government Officials Central Officials Training Institute of the Republic of Korea (COTI)

6 - 23 Mei 2002

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat dalam negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH

1. Kursus Pengurusan Arkib Arkib Negara 22 - 23 Dis. 2009

2. Kursus Pengurusan Kewangan Dan Tatatertib JP Putrajaya 10 - 11 Nov. 2010

3. Kursus Negotiation and Leadership Skills JP Putrajaya 15 - 17 Nov. 2011

4. Kusus Transformational Leadership Pusat Latihan Statistik 31 Okt. - 02 Nov. 2012

5. Kursus Pengurusan Kewangan dan Tatatertib Pusat Latihan Statistik 09 - 11 Okt. 2013

6. Kursus Microsoft Powerpoint – Penyediaan Persembahan Menggunakan Advanced Features

Pusat Latihan Statistik 18 - 20 Nov. 2013

PROFIL PENGARAHJP MELAKA

Page 7: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 7

Nama : FAZRUL AZLAN BIN OTHMANTarikh Lahir : 12 Ogos 1973Tempat Lahir : Alor Setar, KedahPendidikan Rendah : Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala TerengganuPendidikan Menengah : Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu Kelulusan : Master of Economics, Universiti Putra MalaysiaMula berkhidmat / lantikan: 1 Jun 1999

Pengalaman Kerja:

BIL TARIKH BAHAGIAN JAWATAN

1. 1999 - 2002 Seksyen Harga-Harga, Bahagian Harga - Harga Ketua Seksyen

2. 2002 - 2003 Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Perbendaharaan Malaysia

Kader

3. 2003 - 2005 Bahagian Perdagangan Luar Negeri, Unit Interim Perangkawan E44(Pengurus Projek Kajian Data Perdagangan Luar Negeri)

4 2005 - 2007 JP Terengganu Pengarah E48

5 2008 - 2012 JP Selangor Timbalan Pengarah E52

6 2012 - Kini JP Negeri Sembilan Pengarah E52

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat luar negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH

1. International Workshop on Data Quality Control of Household Survey Beijing, China 21 - 25 Ogos 2012

2. Workshop on ITS Bangkok, Thailand 2005

3. Workshop on IMTS Bangkok, Thailand 2004

4. Diffusion Index on IMTS Tokyo, Jepun 2001

Antara latihan / bengkel / kursus / mesyuarat dalam negara yang pernah dihadiri:

BIL AKTIVITI TEMPAT TEMPOH

1. Training on Agriculture Statistics Bilik Seminar 2, JP Putrajaya 21 - 22 Nov. 2011

2. Pengurusan Pangkalan Data Geopastial dan Web Based (GIS) Bilik Latihan Berkomputer JP Putrajaya

11 - 15 Ogos 2008

3. National (GIS) Conference and Exhibition PWTC, Kuala Lumpur 21 - 22 Jul. 2008

PROFIL PENGARAHJP NEGERI SEMBILAN

Page 8: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

LAWATANSepanjang tempoh Julai hingga Disember 2013, Jabatan menerima tiga lawatan dari dalam negara dan dua

lawatan dari luar negara. Lawatan dari dalam Negara adalah terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan lawatan dari luar Negara pula terdiri daripada agensi kerajaan luar negara serta badan antarabangsa. Peserta

lawatan dari IPT telah didedahkan berkaitan Jabatan dan peluang kerjaya dalam bidang perangkaan, manakala peserta dari luar negara diberi penerangan dan penjelasan berkaitan Jabatan serta butiran perkara berdasarkan permohonan mereka.

KUNJUNGAN MUHIBBAH KE JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan bersama-sama beberapa pegawai Jabatan telah mengadakan

Kunjungan Muhibbah kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Putrajaya pada 3 Julai 2013. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama yang telah sedia ada antara JP dan JIM. Selain itu kunjungan ini juga dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dalam pembekalan data yang berterusan di mana JIM merupakan salah satu agensi yang membetulkan data pentadbiran dalam penyusunan data imbangan dan Akaun Satelit Pelancongan (TSA).

Lawatan dari Dalam Negara

BIL NAMA AGENSITARIKH

LAWATANBIL. PEGAWAI

/ PESERTA1. Universiti Malaysia Pahang 8 Oktober

201310 pegawai

2. Universiti Putra Malaysia 31 Oktober 2013

13 peserta

3. Universiti Kebangsaan Malaysia 22 November 2013

15 peserta

Lawatan dari Luar NegaraBIL NAMA AGENSI

TARIKH LAWATAN

BIL. PEGAWAI / PESERTA

1. Statistics Korea 26 September 2013

2 pegawai

2. Kementerian Perindustrian Republik Indonesia

13 November 2013

4 pegawai

8 J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

Page 9: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 9

Pada 2 Julai 2013, Jabatan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang turut disertai oleh YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar Menteri

di Jabatan Perdana Menteri dan YB Dato’ Razali bin Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perhimpunan ini merupakan kunjungan kali pertama YB Menteri ke Jabatan Perangkaan setelah perlantikan beliau pada Jun 2013. Dalam perhimpunan tersebut, YB Menteri menekankan beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian sebagai penjawat awam. Selepas perhimpunan, YB Menteri telah dibawa untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan Jabatan. Sesi taklimat tersebut turut disertai Pengarah Bahagian dan JP Negeri.

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BERSAMAYB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMARMENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Jabatan Perangkaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman

(MoU) pada 12 Disember 2013 (Khamis) bertempat di Bangunan Canselori, UiTM Shah Alam, Selangor. MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia mewakili Kerajaan Malaysia manakala Universiti Teknologi MARA diwakili oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM. MoU ini melambangkan jalinan usaha yang berterusan kedua pihak dalam mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada selaras dengan dasar penyebaran maklumat kepada dasar yang lebih terbuka (Open Data Policy) Jabatan Perangkaan Malaysia. Antara intipati bidang kerjasama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah:

(a) Kerjasama antara pensyarah Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan (PPSSP), UiTM dan pegawai Jabatan Perangkaan (JP) dalam menjalankan penyelidikan bagi mengumpulkan data

dalam bidang ekonomi dan sosio ekonomi;(b) Kerjasama antara pensyarah PPSSP, UiTM dan

pegawai JP mengikut kepakaran dalam menjalankan analisis dan pentafsiran data;

(c) Kerjasama antara pensyarah PPSSP, UiTM dan pegawai JP dalam pembangunan pangkalan data statistik; dan

(d) Kerjasama dalam menyelia penyelidikan pelajar UiTM di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah di mana pegawai JP berperanan sebagai penyelia bersama (co-supervisor).

Jabatan Perangkaan akan membekalkan empat set data mikro pada permulaannya yang terdiri daripada data Banci Penduduk dan Perumahan (2 peratus), data set 30 peratus bagi Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB), data set bagi Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isirumah serta data set bagi Penyiasatan Pembuatan Tahunan yang akan diurus tadbirkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM. MoU ini akan dilaksanakan oleh Kumpulan Kerja Bersama yang telah dilantik dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM

PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN PERANGKAAN

MALAYSIA DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI

MARA (UiTM)

Page 10: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

10

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

The 2nd Training on Statistical Data Dissemination telah diadakan pada 30 dan 31 Julai 2013 di Bilik Seminar Jabatan Perangkaan. Peserta-peserta daripada negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan Thailand telah menyertai seminar dua hari tersebut. Latihan ini adalah anjuran bersama Jabatan Perangkaan Malaysia, ASEAN

Statistics, Deutsche Gesellschaft fur Internationale Zusammenarbeit (GIZ) dan Australian Bureau of Statistics (ABS).

The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

The 5th Meeting of Working Group of Data Sharing Analysis, Dissemination and Communication of Statistics (WGDSA)

The 5th Meeting of Working Group of Data Sharing Analysis, Dissemenation and Communication of Statistics (WGDSA) telah diadakan pada 1 dan

2 Ogos 2013 yang disertai oleh wakil-wakil 10 negara ASEAN. WGDSA telah ditubuhkan bagi menyelaras dan bertanggungjawab bersama pihak ASEAN Secretariat dalam membangunkan perkongsian data, penyebaran dan dasar kerahsiaan, serta menggalakkan penyebaran dan komunikasi statistik. Ia dilaksanakan dengan

kerjasama daripada pelbagai institusi dan bahagian dasar Sekretariat ASEAN. Objektif mesyuarat ini adalah untuk menilai output dan pelaksanaan projek perintis penyebaran data statistik, membincangkan aktiviti-aktiviti susulan dan langkah-langkah untuk memantau pelaksanaan Code of Practice, memuktamadkan pelan komunikasi dan perkongsian data terancang dan lain-lain.

Page 11: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

The First Sub-Regional Course on System of Environmental-Economic Accounting (SEEA) telah diadakan dari 23 hingga 27 September 2013 di

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak dengan kerjasama United Nations Statistical Institute for Asia and The Pacific (SIAP). Bengkel ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada 23 orang peserta dalam negara, 7 orang peserta dari empat negara iaitu Kemboja, Indonesia, Filipina dan Vietnam serta 3 orang pakar daripada United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UN ESCAP) dan United Nations Statistics Division (UNSD) iaitu Mr. Daniel Clarke, Mr. Carl Obst dan Mr. Julian Chow. Peserta dalam negara adalah terdiri daripada

anggota jabatan dan agensi luar iaitu Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Alam Sekitar, Forest Research Institute Malaysia dan GreenTech Malaysia. Sesi perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia dan sesi penutup oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Yusoff, Timbalan Ketua Perangkawan Program Sosial/Demografi. Objektif kursus ini adalah untuk mendapatkan latihan dan meningkatkan pengetahuan mengenai SEEA; memahami konsep, definisi, metodologi dan pelbagai pendekatan untuk membangunkan SEEA, serta melahirkan modal insan yang kompeten, mahir dan terlatih dalam pembangunan SEEA.

The 1st Sub-Regional Course onSystem of Environmental-Economic Accounting (SEEA)

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 11

VIRTUAL PARTICIPATION FOR THE 59th ISI WORLD STATISTICS CONGRESS HONG KONG, CHINA DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Bagi memastikan serta memberi peluang kepada seluruh komuniti statistik untuk bersama-sama mendapat manfaat daripada kongres ini, pihak penganjur telah mengadakan sesi live telecast sepanjang kongres ini berlangsung. Sesi live telecast telah diadakan di Dewan Anggerik mulai pada 26 sehingga 30 Ogos 2013. Sesi ini juga merupakan pertama kali diadakan seumpamanya di Jabatan. Selain itu, sesi ini turut

menerima galakan serta sokongan padu daripada YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan. Sesi berkaitan yang turut mendapat sokongan teknikal dari pihak Bahagian Pengurusan Maklumat telah berjalan lancar dengan kualiti penerimaan audio dan gambar yang amat baik. Peserta yang hadir bagi mengikuti sesi ini dapat mengikuti pembentangan kertas dan diskusi yang dibuat dengan jelas tanpa sebarang gangguan.

59th ISI World Statistics Congress telah diadakan pada 25 hingga 30 Ogos 2013 yang lalu bertempat di Hong Kong, China. Penganjuran pada kali ini adalah julung kali diadakan di rantau Asia.

Page 12: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

12 J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

Pada 15 November 2013 (Jumaat), wakil Jabatan iaitu Bahagian Pengurusan Maklumat telah menghadiri Majlis SIRIM Industri yang dianjurkan

oleh Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) Berhad bertempat di Sunway Resort Hotel & SPA, Petaling Jaya, Selangor. Majlis ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada industri yang diperakui di bawah pelbagai skim pensijilan yang ditawarkan oleh SIRIM QAS International, sebuah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad bagi tempoh pengesahan pensijilan

daripada November 2012 hingga Oktober 2013. Jabatan Perangkaan Malaysia telah mendapat Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Information Technology - Security Techniques - Information Security Management Systems - Requirements (ISMS) dengan Skop Pensijilan: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan dan Pengoperasian Pusat Data. Tempoh sah sijil adalah bermula pada 3 Mei 2013 hingga 2 Mei 2016.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL

MS ISO/IEC 27001:2007INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEMS (ISMS) 2013

Pada 2 Disember 2013, Jabatan telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pihak Media bersama Ketua Perangkawan Malaysia di Palm Garden Hotel.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan yang diberikan oleh pihak media dalam usaha mempromosikan produk dan perkhidmatan Jabatan kepada umum.

Majlis ini turut memberi maklumat berkenaan penyiasatan-penyiasatan yang akan dilaksanakan sepanjang 2014 iaitu Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah serta Banci Perdagangan Edaran. Selain itu, program ini turut memberi penerangan berkenaan produk Jabatan agar dapat meningkatkan kefahaman pihak media dalam membuat liputan berkaitan.

MAJLIS APRESIASI PIHAK MEDIA

BERSAMA KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA

Page 13: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 13

Objektif utama penganjuran MyStats 2013 adalah untuk menyediakan satu platform bagi membolehkan pembekal serta pengguna statistik

rasmi berbincang serta mewujudkan ruang kerjasama dalam penambahbaikan proses kompilasi data, komunikasi dan penggunaan statistik. Ia juga dapat mewujudkan satu ruang kepada setiap peserta untuk berbincang cara-cara terbaru beserta pendekatan inovatif dalam pengumpulan dan kegunaan statistik sebagai sokongan terhadap analisis, pemantauan dan pengukuran terhadap pelaksanan polisi dalam suasana peningkatan persekitaran yang lebih dinamik. Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan aluan. Perasmian Persidangan ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut menyampaikan ucaptama. Sebanyak 19 pembentangan telah diadakan pada persidangan kali ini. Pihak Jabatan turut tidak ketinggalan dengan membentangkan dua kertas iaitu; “Transcending the Traditional Approach Through Satellite Accounts” oleh Puan Zubaidah Ismail, Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Akaun Negara dan “Strengthening Statistical Compilation and Usage of Relevant Statistics in Malaysia” oleh En. Abd. Latib Talib, Pengarah, Bahagian Petunjuk Ekonomi.

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia sekali lagi bekerjasama untuk menganjurkan persidangan statistik kebangsaan bagi kali kedua (MyStats 2013). Persidangan yang diadakan pada 18 November 2013 ini, turut melibatkan pihak Institut Statistik Malaysia (ISM) yang menjadi penganjur bersama. Tema bagi MyStats kali ini adalah “Promoting Innovation in Economic and Financial Statistics to Support Policy Making in a Dynamic Environment”.

2nd National Statistics Conference (MyStats2013)

Antara kertas-kertas yang dibentang atau dibincangkan sepanjang persidangan ini berlangsung terdiri daripada:

i. New Statistics for Better Surveillance and Policy Action;

ii. Innovation in Analysis and Statistics;

iii. New Horizon for Financial and Economic Statistics;

iv. Leveraging on Statistical Methods and Scientific Approaches for Better Analysis;

v. Application of Technology in Transforming

Malaysia’s Statistical Landscape; and

vi. Innovation in Statistics and Analysis for Responsive Policy Action.

Page 14: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan program latihan pengungsian bangunan (fire drill) pada 18 Disember 2013 di Blok C6, Kompleks C,

Putrajaya bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini julung kalinya diadakan bagi melatih dan memastikan kesemua kakitangan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan sekiranya

berlakunya kebakaran. Program ini telah berjaya diadakan hasil kerjasama yang baik di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, MIZURA Sdn. Bhd., Ahli Jawatankuasa Bertindak Kecemasan Jabatan Perangkaan Malaysia serta semua pegawai dan kakitangan termasuk Ketua Perangkawan Malaysia.

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNANJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

14 J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

PROGRAM PERTANDINGAN POSTERTAHUN STATISTIK ANTARABANGSA 2013PERINGKAT KEBANGSAAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran di peringkat pelajar tentang sumbangan statistik dalam kehidupan

harian masyarakat dan juga pembangunan pelajar. Secara tidak langsung, program ini dapat juga melatih pelajar untuk lebih berdaya saing. “Kegunaan Statistik Untuk Masyarakat dan Negara” telah dijadikan tema bagi pertandingan poster ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Hadiah yang ditawarkan adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM100 beserta sijil bagi tempat ketiga. Tempat kedua menawarkan wang tunai sebanyak RM200 beserta sijil manakala tempat

pertama akan membawa pulang RM300 beserta sijil. Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang di peringkat Putrajaya telah disempurnakan oleh YB. Senator Dato’ Sri Abdul Wahab bin Omar dan YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan pada 26 Oktober 2013, bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya bersempena dengan program StatsRun 2013. Bagi penyertaan di peringkat negeri yang lain, majlis telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Negeri berkaitan secara berasingan bersekali dengan sesi interaktif dengan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

Program Pertandingan Poster telah diadakan sebagai salah satu acara sambutan bersempena Tahun Statistik Antarabangsa 2013. Program ini telah diadakan serentak di peringkat kebangsaan pada September hingga Oktober 2013 dengan penyertaan adalah terdiri dari pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah.

Page 15: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 15

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menganjurkan sesi Pembentangan Kertas Teknikal

pada 5 dan 6 Disember 2013 di Dewan Auditorium, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Putrajaya. Sesi ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Omi Kelsom bt. Hj. Elias, Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi). Sesi pembentangan ini yang merupakan acara tahunan Jabatan bertujuan untuk menggalakkan penulisan

teknikal di kalangan pegawai-pegawai di Jabatan dan juga menggalakkan perkongsian ilmu serta maklumat di antara bahagian-bahagian. Dalam sesi ini, sebanyak 15 bahagian telah membentangkan topik-topik yang berkaitan dengan bidang kerja bahagian masing-masing.

Taklimat Memperkasakan Perkhidmatan Unit Khidmat Pengguna telah diadakan pada 9 hingga 11 Disember 2013

di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap subjek teknikal Bahagian Butiran Perkara (BBP) serta untuk mengetahui lebih

lanjut data yang tersedia di BBP. Selain itu, sesi refreshment berkenaan sistem NEWSS modul penyebaran data juga turut diadakan. Perserta yang terlibat dalam taklimat ini terdiri daripada wakil setiap Unit Khidmat Pengguna daripada Jabatan Perangkaan Negeri.

PEMBENTANGAN KERTAS TEKNIKALJABATAN PERANGKAAN 2013 (KALI KELIMA)

TAKLIMAT MEMPERKASAKAN PERKHIDMATANUNIT KHIDMAT PENGGUNA

Page 16: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

Sempena kehadiran Bulan Ramadhan tahun ini, Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA) telah mengadakan Majlis Tilawah Al Quran

Peringkat Jabatan Perangkaan Malaysia Kali Ke-5 pada 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H. Majlis yang diadakan di Dewan Anggerik itu juga ditambah serinya lagi dengan kehadiran dua orang Juri Jemputan yang berpengalaman iaitu Al Fadil Ustaz Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah dan Al Fadil Ustaz Wan Ismail bin Wan Yusof. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini telah mendapat penyertaan seramai 10 qari dan 4 qariah daripada Bahagian dan Negeri. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YBhg. Ketua Perangkawan Malaysia dan turut dihadiri tetamu dan wakil dari semua Bahagian. Majlis turut diwarnai dengan persembahan Nasyid yang didatangi khas dari Kumpulan Nasyid SMK Presint 9(2), Putrajaya. Keputusan pertandingan bagi Johan Qari dan Qariah masing-masing diungguli oleh En. Wan Fadzil bin Wan Ali dan Hajjah Ainon binti Idris (kedua-duanya dari Bahagian Khidmat Pengurusan), Naib Johan Qari dan Qariah masing-masing disandang oleh En. Mohd Ridzuan bin Othman (JP Kedah) dan Pn. Nor Azlia bt Mohd Noor (JP Pulau Pinang) serta Tempat Ketiga Qari dan Qariah pula dimiliki oleh En Ahmad Hafizal bin Sarjee (JP Perak) dan Pn. Madiah binti Abdul Halim (JP Perak). Hadiah yang diperolehi seperti berikut:Johan : Tunai RM 700.00, Piala Pusingan,

cenderahati dan sijilNaib Johan : Tunai RM 500.00 beserta cenderahati

dan sijilKetiga : Tunai RM 300.00 beserta cenderahati

dan sijil Bagi meneruskan kesinambungan majlis dalam memurnikan penghayatan Al-Quran ini, PERKISA berharap program seumpama ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari segi penyertaan Qari dan Qariah pada tahun yang mendatang.

Syukur dengan limpah dan rahmat dari-Nya, Majlis Silaturahim & Pengimarahan Ramadhan Al-Kareem 2013 telah berjaya diadakan seperti yang dirancang

pada 24 Julai 2014 bersamaan 15 Ramadhan 1434H bertempat di Ruang Legar Blok C6 dan C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Majlis anjuran Jabatan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA), PUSPANITA (Cawangan Kecil Jabatan Perangkaan Malaysia) dan Kelab Sukan Statistik (KSS) ini telah diserikan oleh YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut memeriahkan Majlis ini adalah YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia dan isteri, Pn. Wan Azizon binti Ahmad, Pengarah-Pengarah Kanan, Bahagian dan Negeri serta 500 warga Jabatan beserta ahli keluarga. Majlis yang bermula jam 6.00 petang ini didahului dengan sesi penyampaian sumbangan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri untuk beberapa kategori penerima iaitu anak-anak yatim anggota Jabatan seramai 43 orang, Rumah Anak-Anak Yatim Baitulsakinah Wal Mahabbah dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyah dan 19 orang anggota Jabatan yang terpilih. Majlis disusuli sesi tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Muhammad Najib bin Abdullah dari Universiti Sains Islam Malaysia. Ia disusuli dengan berbuka puasa, solat Maghrib, makan malam, solat Isyak, solat Terawih yang juga dipimpin oleh Ustaz Muhammad Najib bin Abdullah. Majlis selesai kira-kira jam 11.00 malam. Semoga majlis jalinan silaturahim seumpama ini dapat dikekalkan dan menjadi salah satu antara kemestian “sajian” di Bulan Ramadhan di Jabatan pada masa-masa akan datang.

AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI KE-5 PERINGKAT JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 2013/1434H

MAJLIS SILATURAHIM & PENGIMARAHAN RAMADHAN AL-KAREEM 2013

16 J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

Page 17: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 17

MAJLIS SAMBUTANHARI RAYAAIDILFITRI 2013JABATAN PERDANA MENTERI

Majlis ini telah diadakan pada 21 Ogos 2013 di Dewan Perdana PICC dan telah dihadiri oleh 5000 warga JPM. Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Kelab Sukan Statistik (KSS) telah diberi tugas sebagai Jawatankuasa Persembahan. Pada majlis tersebut, gerai buah-buahan Jabatan Perangkaan

Malaysia bersama agensi lain iaitu JPA, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan SPA telah memenangi tempat ketiga bagi kategori Gerai Terbaik.

AKTIVITI SOSIALHari keluarga PPPPJPM telah diadakan pada 2 November 2013 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Seramai 24 orang ahli bersama keluarga masing-masing memeriahkan lagi aktiviti sukaneka yang diadakan.

KEBAJIKANPersatuan secara berterusan memberi sumbangan kepada ahli yang baru melangsungkan perkahwinan, mendapat cahaya mata atau ditimpa musibah. Pada 9 November 2013, AJK PPPPJPM telah menziarah En. Abu Bakar bin Haron (JP Negeri Sembilan) di Hospital Seremban yang mengidap penyakit jantung.

Sepanjang tempoh Julai-Disember 2013, Persatuan Penolong Pegawai Perangkaan (PPPPJPM) telah menjalankan perbagai aktiviti samada bersama Jabatan dan juga aktiviti tahunan biasa persatuan.

Aktiviti PPPPJPM

Page 18: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

18

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

Lawatan ke Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi Perak (di bawah kelolaan Ustaz Kazim Elias) pada 24 November 2013Seramai 27 orang ahli PUSPANITA telah mengikuti lawatan ini bagi mendapatkan pendedahan berhubung aktiviti di pusat ini serta menyampaikan sumbangan kepada pusat ini. Peserta juga berpeluang mengikuti Kuliah Bulanan Ustaz Kazim Elias di kediaman YB Menteri Besar Perak.

Seminar Keunggulan Wanita Kontemporari pada 9 November 2013Seminar ini telah diadakan di Dewan Anggerik Aras 2 Jabatan Perangkaan Malaysia dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan dihadiri oleh seramai 40 orang ahli PUSPANITA. Penceramah jemputan adalah Dr Azahar Yaakob dan Ustazah Norhafizah Musa.

Aktiviti PUSPANITA

Pertandingan FUTSAL Sempena Program IM4U PUSPANITA Kebangsaan bersama PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri 2013 pada 22 Oktober 2013Pasukan Futsal PUSPANITA Jabatan Perangkaan Malaysia telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini daripada 13 pasukan yang bertanding. Perasmian pertandingan dilakukan oleh YBhg. Datin Hajah Wan Azizon Ahmad, Timbalan Pengerusi Biro Sukan PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri.

Boling Jalinan Kasih pada 23 November 2013Satu pertandingan boling di antara ahli-ahli PUSPANITA telah diadakan di ARL Bowl, Alamanda Putrajaya. Seramai 60 orang ahli telah terlibat dalam aktiviti ini. Bahagian yang memenangi pertandingan ini ialah:Johan : Bahagian Pengurusan MaklumatNaib Johan : Bahagian Perangkaan Perdagangan

Luar Negeri dan Bahagian Perangkaan Perkhidmatan

Ketiga : Bahagian Perangkaan Akaun Negara

Page 19: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a 19

KELAB SUKAN STATISTIK

PERKISA CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI MURNISebanyak tiga sesi Majlis Ceramah Penerapan

Nilai-Nilai Murni telah diadakan dengan jayanya sepanjang Julai sehingga Disember

2013, bertempat di Dewan Anggerik, Aras 2, Blok C6, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kompleks C, Putrajaya. Pada 25 September 2013, Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni Bil. 2/2013 yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz bin Saleh, pensyarah USIM bertajuk ‘Haji Mengubah Sempadan Iman’. Penceramah dapat menarik perhatian para hadirin dengan menjelaskan berkenaan keperluan Haji menurut Islam. Pada 30 Oktober 2013, Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni Bil. 3/2013 yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Najmuddin bin Abd Karim, Penolong

Pengarah dari ILIM bertajuk ‘Menghayati Sebuah Pengorbanan’. Penceramah dapat menghiburkan para hadirin dengan gelak ketawa dengan penyampaian yang bersahaja. Pada 20 November 2013 telah diadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni Bil. 4/2013 yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Sukki bin Othman, Pensyarah Kanan UPM bertajuk ‘Hijrah & Transformasi: Rasulullah Contoh Ikutan Sepanjang Zaman’. Penceramah menjemput hadirin yang ingin mengajukan soalan menghantar whatsapp dan beliau terus menjawab persoalan yang timbul. Ini yang merancakkan lagi suasana ceramah tersebut. Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan bukan sekadar memenuhi korum dan acara anjuran PERKISA semata-mata, namun dapat menjadi pemangkin untuk merealisasikan objektif dan visi majlis, iaitu menambahkan lagi ilmu di dada warga Jabatan seterusnya dapat dimanfaatkan bersama. Dipohon juga ke hadrat Allah SWT agar majlis seumpama ini dapat diteruskan perlaksanaannya demi kesinambungan wacana ilmu berterusan walaupun berlaku pertukaran kepimpinan PERKISA pada masa-masa akan datang.

KSS telah menyertai Pertandingan Boling anjuran JPM yang diadakan pada 5 Oktober 2013 di ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya. Pertandingan ini disertai 29 pasukan yang terdiri daripada Agensi di bawah JPM. Dua pasukan STATS (Lelaki dan Wanita) telah menyertainya dan STATS (W) telah menduduki tempat ke-4 dengan jatuhan pin sebanyak 1593, manakala STATS (L) menduduki tempat ke-8 dengan 1736 jatuhan pin. Pada 7-8 Disember 2013 telah diadakan pertandingan Badminton antara Bahagian. Sepuluh pasukan telah bertanding semasa pertandingan tersebut dan johan jatuh kepada Bahagian Metodologi dan Penyelidikan (BMP).

Page 20: The 2nd Training on Statistical Data Dissemination

www.statistics.gov.my Bil. 201302

20 J a b a t a n P e r a n g k a a n M a l a y s i a

StatsRun telah disempurnakan oleh penaung program iaitu YB Senator Dato’ Sri Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seramai

2,800 orang telah menyertai program ini di mana melebihi anggaran awal pihak penganjur iaitu seramai 2000 orang. StatsRun ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran statistik dan seterusnya mempromosi Jabatan Perangkaan Malaysia kepada orang awam dan pertubuhan yang merupakan responden Jabatan dalam membekalkan maklumat. Program in juga dilaksanakan bagi membudayakan semangat kekitaan (sense of belonging) serta membuka ruang kepada anggota Jabatan untuk menerapkan semangat kerja berpasukan di pelbagai peringkat. Penyertaan ini terbuka kepada semua orang awam, agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, pelajar sekolah menengah serta Institusi Pengajian Tinggi turut dijemput untuk menyertai program ini. Beberapa siri publisiti turut diadakan untuk menarik perhatian bagi penyertaan ini. Antaranya dengan

mempamerkan banner dan bunting di beberapa tempat yang strategik di sekitar Putrajaya dan di beberapa lebuhraya utama. Pamplet juga turut diagihkan ke sekitar kawasan putrajaya. Promosi StatsRun ini juga turut dimantapkan lagi dengan kerjasama Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui kemunculan YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan Malaysia berlintas langsung di Program Selamat Pagi 1 Malaysia pada 24 Oktober 2013 serta di Radio Hitz FM pada hari berikutnya.

Program Larian Statistik 2013 (StatsRun 2013) telah diadakan pada 26 Oktober 2013 yang bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Program yang julung kali ini diadakan bersempena dengan Sambutan Tahun Statistik Antarabangsa 2013. Program ini adalah hasil kolaborasi di antara Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM), Persatuan Penolong Pegawai Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPPPJPM) dan Kesatuan Pembantu Perangkaan Semenanjung Malaysia (KEPP-STATS) serta turut mendapat sokongan daripada Perbadanan Putrajaya.