th plantations berhad buletin thp pegawai tersebut merupakan orang lama di kumpulan perladangan...

8
Buletin THP Empat Langkah Tingkatkan OER 3 KPE Dilantik Pengarah Eksekutif THP 4 “Pintas Pintar” di SK Bukit Rokan Utara dan SK Kota Bahagia 6 Bhg. Kejuruteraan Distruktur Semula 7 Hari Keluarga dan Hari Pekerja 8 MENARIK DI DALAM TH Ladang (Sabah & Sarawak) Sdn Bhd (THLSS) telah memeterai perjanjian pada 28 Julai 2009 lalu bagi cadangan pengambilalihan 21,220 hektar tanah perladangan kelapa sawit di Sarawak daripada DD Plantations Sdn Bhd (DD). Melalui perjanjian ini, THLSS akan mengambilalih 70 peratus kepentingan efektif ekuiti dalam syarikat DD Pelita Gedong Planta- tion Sdn Bhd (Gedong) dan syarikat DD Pelita Sadong Plantation Sdn Bhd (Sadong) yang memiliki tanah seluas sekitar 11,591 hektar, serta mengambilalih 60 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat usahasama DD yang akan ditubuhkan bersama Pelita Holding Sdn Bhd (PHSB) untuk memiliki tanah perladangan kelapa sawit seluas 9,629 hektar di Simun- jan, Sarawak, yang merupakan tanah adat pribumi (NCR). Baki 30 peratus ekuiti dalam syari- kat Gedong dan syarikat Sadong serta 40 peratus ekuiti syarikat Simunjan dipegang oleh PHSB, iaitu anak syarikat Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Sarawak. PHSB juga adalah merupakan rakan (Bersambung ke muka surat 3) Dato’ Rashidi (kiri) menandatangani perjanjian bagi pihak THLSS, sementara DD ditandatangani oleh Datuk Yee Ming Seng. Turut menyaksikan upacara ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin Julai-Ogos 2009 Bil. 4, 2009 PERJANJIAN PENGAMBILALIHAN EKUITI GEDONG, SADONG DAN SIMUNJAN DIMETERAI TH Plantations Berhad Layari http://laman-thp.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat terkini syarikat

Upload: lydung

Post on 22-May-2018

285 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

Buletin THP

Empat Langkah Tingkatkan OER

3

KPE Dilantik Pengarah Eksekutif THP

4

“Pintas Pintar” di SK Bukit Rokan Utara dan SK Kota Bahagia

6

Bhg. Kejuruteraan Distruktur Semula

7

Hari Keluarga dan Hari Pekerja

8

MENARIK DI DALAM

TH Ladang (Sabah & Sarawak) Sdn Bhd (THLSS) telah memeterai perjanjian pada 28 Julai 2009 lalu bagi cadangan pengambilalihan 21,220 hektar tanah perladangan kelapa sawit di Sarawak daripada DD Plantations Sdn Bhd (DD). Melalui perjanjian ini, THLSS akan mengambilalih 70 peratus kepentingan efektif ekuiti dalam syarikat DD Pelita Gedong Planta-tion Sdn Bhd (Gedong) dan syarikat DD Pelita Sadong Plantation Sdn Bhd (Sadong) yang memiliki tanah seluas sekitar 11,591 hektar, serta mengambilalih 60 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat usahasama DD yang akan ditubuhkan bersama Pelita Holding Sdn Bhd

(PHSB) untuk memiliki tanah perladangan kelapa sawit seluas 9,629 hektar di Simun-jan, Sarawak, yang merupakan tanah adat pribumi (NCR). Baki 30 peratus ekuiti dalam syari-kat Gedong dan syarikat Sadong serta 40 peratus ekuiti syarikat Simunjan dipegang oleh PHSB, iaitu anak syarikat Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Sarawak. PHSB juga adalah merupakan rakan

(Bersambung ke muka surat 3)

Dato’ Rashidi (kiri) menandatangani perjanjian bagi pihak THLSS, sementara DD ditandatangani oleh Datuk Yee Ming Seng. Turut menyaksikan upacara ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin

Julai-Ogos 2009

Bil. 4, 2009

PERJANJIAN PENGAMBILALIHAN EKUITI GEDONG, SADONG DAN SIMUNJAN DIMETERAI

TH Plantations

Berhad

Layari http://laman-thp.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat terkini syarikat

Page 2: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

M embina dan membangunkan modal insan bukan hanya terletak dipundak guru-guru atau kerajaan sahaja, malah ia merupakan tanggungjawab semua pihak, tidak kira kecil atau besar sumbangan yang dicurahkan. Harus diingatkan juga, bahawa membangunkan modal insan seharusnya dimulai dari bangku sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah lama “melentur buluh biarlah dari rebungnya...” Menyedari hakikat ini, THP turut merasa terpanggil untuk turut sama menghulur tangan membantu pihak sekolah dan guru-guru ke arah membina masa depan negara yang le-bih gemilang dengan bergantung harap kepada “rebung-rebung” yang bakal dibentuk ini. Setakat ini dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kota Bahagia dan Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara te-lah dijadikan sekolah angkat oleh THP. Program terbaru yang yang dilaksanakan oleh THP untuk sekolah angkat ini ialah “Pintas Pintar” iaitu program khas untuk murid-murid tahun enam sebagai persediaan terakhir mereka untuk menduduki peperiksaan UPSR. Semoga sumbangan ikhlas dari THP ini, walaupun mungkin dianggap kecil, dapat memberi impak yang besar nilainya ke arah membentuk modal insan yang lebih cemer-lang dan gemilang di masa hadapan.

BULETIN THP diterbitkan setiap dua bulan sekali

oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat

TH Plantations Berhad.

Phone: 03-2687 6686 Fax: 03-2681 0511

Emel: [email protected]

TH PLANTATIONS BERHAD

Pengarang

TINTA PENGARANG Buletin THP

SIDANG PENGARANG

Penaung

Hj. Zainal Azwar b. Zainal Aminuddin

Penasihat

Haji Hassan Fikri bin Mohamad

Maizura binti Mohamed

Pengarang

Haji Mohamad Zaini bin Hassan

Pembantu Penerbitan

Nor Sabri bin Abd. Karim

Salwa binti Darus

Page 3: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

BIL. 4 , 2009 Page 3

kongsi THLSS yang membangun dan menguruskan hampir 7,600 hektar ladang kelapa sawit di Beladin-Meludam, Sarawak melalui dua syari-kat usahasama iaitu TH Pelita Me-ludam Sdn Bhd dan TH Pelita Beladin Sdn Bhd di mana PHSB memegang 40 peratus dan 45 peratus pegangan ekuiti masing-masing. Ladang Gedong dan ladang Sadong terletak di Daerah Melikin, Bahagian Samarahan, iaitu kira-kira 90 km dari Bandar Kuching melalui Jalan Serian-Sri Aman. Pusat komersial yang terdekat ialah Bazar Gedong dan Balai Ringin, kira-kira 2 km daripada tapak projek. Sementara tanah NCR Simun-jan pula terletak di Daerah Kepayang-Semalatung, Bahagian Samarahan, iaitu kira-kira 45 km di timur ladang Ge-dong dan ladang Sadong. Kedua-dua ladang tersebut serta tanah NCR Simunjan mempunyai infrastruktur asas yang baik seperti jalan raya, jalinan pengangkutan, rang-kaian komunikasi dan lain-lain keper-luan asas. Ia juga terletak kira-kira 200 km daripada ladang sedia ada milik Lembaga Tabung Haji dan THP di Pusa dan Beladin-Meludam. Cadangan pengambilalihan ini akan meningkatkan keluasan ladang kelapa sawit milik Kumpulan Per-ladangan Tabung Haji di Sarawak, dari-pada 18,000 hektar kepada kira-kira 39,220 hektar. Situasi ini dapat mewu-judkan sinergi kepada Kumpulan Per-ladangan Tabung Haji serta dapat me-manfaatkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Pusa serta cadangan pembinaan “bulking facility” di Sarawak. Ia juga adalah sebahagian dari strategi perniagaan jangka panjang Lembaga Tabung Haji dalam meluas-kan saiz perladangannya kepada 300,000 hektar pada tahun 2012, bagi memastikan pertumbuhan perniagaan yang berterusan serta mengambil pe-luang ke atas prospek pasaran industri kelapa sawit yang baik. Proses pengambilalihan ini dijangka dapat diselesaikan pada bulan Oktober 2009. Perjanjian tersebut telah di-tandatangani oleh Dato’ Haji Rashidi bin Omar bagi pihak THLSS, semen-tara bagi pihak DD pula ialah Penga-rahnya, Datuk Yee Ming Seng.

Empat Langkah Tingkatkan OER

B agi meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER), empat langkah perlu diberi

perhatian oleh pengurusan ladang dan kilang di bawah pengurusan THP Agro Management Services Sdn Bhd (THPAM). Ketua Operasi Dalam Negara THP, Tuan Haji Hassan Fikri bin Mohamad menekankan empat langkah tersebut ialah menuai tandan yang buahnya telah gugur lima biji atau le-bih, menuai buah yang cukup masak iaitu yang isinya berwarna oren, tang-kai tandan hendaklah dipotong pendek (v shape) dan buah-buah relai hendak-lah dipungut, dibersihkan dan dihantar ke kilang dalam tempoh tidak lebih dari 24 jam. Haji Hassan menjelaskan perkara tersebut ketika menyampai-kan taklimat kepada Pengurus, Pe-nolong Pengurus dan Konduktor

ladang-ladang di Kompleks Ladang Kota Bahagia, Pahang pada 18 dan 19 Ogos lalu. Turut serta ialah Ketua Jurutera, Encik Marzuki Abd. Rahman. Mereka sedang dalam rangka lawatan ke ladang-ladang dan kilang-kilang di-bawah pengurusan THPAM sebagai Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang bertujuan untuk meningkatkan kadar OER. Beliau turut menjelaskan ba-hawa syarikat telah menetapkan sa-saran OER yang perlu dicapai oleh kilang-kilang di bawah pengurusan THPAM di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 22%. Tuan Haji Hassan dan Encik Marzuki turut melawat ke ladang-ladang dan kilang bagi melihat sendiri dan memantau supaya empat langkah yang ditekankan oleh beliau diikuti ketika kerja-kerja menuai dijalankan.

Taklimat kepada pegawai dan staff ladang dan kilang di Kota Bahagia.

Haji Hassan meneliti contoh buah yang dihantar ke kilang.

(Dari muka surat 1)

Page 4: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

BIL. 4 , 2009 Page 4

K etua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad (THP), Tuan Haji Zainal Azwar bin

Zainal Aminuddin telah dilantik seba-gai Pengarah Eksekutif THP berkuat-kuasa mulai 1 September 2009. Sehubungan dengan itu, mu-lai daripada tarikh tersebut gelaran rasmi jawatan beliau adalah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Ekse-kutif THP.

Hassni dan Zaidi Bertukar Ke Ibu Pejabat

S eramai kira-kira 40 orang pegawai dari FELCRA telah mengadakan lawatan

ke Kompleks Kota Bahagia pada 18 Ogos lalu dalam rangka bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman. Antara fokus utama yang ingin dikongsi oleh pegawai-pegawai tersebut adalah keberkesanan peng-gunaan baja “zoolite” yang digunakan oleh ladang-ladang THP di Kompleks Kota Bahagia.

Rombongan pelawat ter-sebut telah dibawa meninjau kawasan tapak semaian dan kawasan perlada-ngan kelapa sawit di Ladang Kota Bahagia. Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Agronomi) THP, Encik Ahmad Anuar bin Sairi dan Pengurus Kanan Ladang Kota Bahagia, Encik Mohamed Puzi bin Jaafar.

D ua orang pegawai daripada PT TH Indo Planta-tions (PTTHIP), Riau, Indonesia, iaitu Encik Hassni bin Abu Hassan Bashri dan Encik Zaidi

bin Md Zin telah bertukar ke Ibu Pejabat THP pada 1 Sep-tember 2009. Encik Hassni yang sebelum ini adalah Pengurus Besar (Pentadbiran & Ligistik) di PTTHIP kini diamanahkan dengan jawatan Timbalan Pengurus Besar (Crop Improve-ment Assurance). Sementara Encik Zaidi pula yang dahulunya ialah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam PTTHIP, kini dilantik sebagai Pengurus (Jurutera Awam) di Bahagian Kejuruteraan, Ibu Pejabat THP. Kedua-dua pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah berkhidmat di bawah TH Ladang (Sabah & Sarawak) Sdn Bhd, THP, PTTHIP dan kini kembali semula ke THP.

KPE dilantik Pengarah

Eksekutif THP

Haji Zainal Azwar Zainal Aminuddin

Pegawai FELCRA Lawat Ladang Kota Bahagia

Encik Ahmad Anuar (kanan, bertopi) dan Encik Mahamed Puzi menyampaikan taklimat dan penerangan kepada pelawat.

Encik Zaidi pula telah berkhidmat kira-kira 10 tahun, pernah berkhidmat di THP sebelum dihantar berkhidmat dengan PTTHIP. Beliau berkhidmat di sana mulai zaman bujang sehinggalah beristeri dan mem-punyai anak, barulah dijemput kembali ke THP.

Encik Hassni Encik Zaidi

Page 5: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

BIL. 4 , 2009 Page 5

S etelah berkhidmat kira-kira sembilan tahun di TH Plantations Berhad (THP), pada 15 Ogos 2009 lalu Haji Mohamad bin Abd. Karim mulai bersara kerana genap berumur 55 tahun. Haji Mohamad memulakan karier di THP pada 16 Ogos 2000 apabila dilantik sebagai Pengurus Pemasaran di Ibu Pejabat. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Pemasaran PT TH Indo Planta-tions (PTTHIP) di Riau, Indonesia, sebelum kembali semula ke Ibu Pejabat untuk men-jawat jawatan Pengurus Pemasaran (Luar Negara). Seterusnya pada 1 September 2006 beliau kembali semula ke Indonesia apabila dilantik pula sebagai Assistant General Manager (Marketing) di PT Synergy Oil Nusantara, Batam. Pada 1 Mei 2008 beliau kembali semula ke PTTHIP, juga dengan jawatan Assistant General Manager (Marketing) sehinggalah bersara secara rasmi pada 15 Ogos 2009. Satu majlis perpisahan telah diada-kan pada 13 Ogos lalu bertempat di Ibu Pejabat THP bagi meraikan dan mengenang jasa-jasa beliau. Majlis telah dihadiri be-berapa orang pegawai kanan serta anggota-anggota yang lain.

Selamat Bersara Haji Mohamad

Pengurus Besar (Penasihat Penanaman) Encik Radin Rosli bin Radin Suhadi menyampaikan sijil penghargaan kepada Haji Mohamad.

Bhg. IT Menang Tempat Ke-3 Pertandingan Bowling

B ahagian Teknologi Maklumat (IT) THP telah memenangi tempat ketiga pertandingan bowling yang dianjur-

kan oleh Hewlett-Packard (HP) dan Pengedar Bertauliahnya pada 18 Ogos 2009 lalu bertempat di Bukit Kiara Bowling Centre. Walaupun berdepan dengan cabaran sengit dari pasukan-pasukan lain yang lebih han-dal, namun pasukan IT THP yang dianggotai oleh Muhammad Faisal bin Mohamed, Azad bin Azmi, Nor Azhar bin Mohd. Shariff dan Azrul Syhizan bin Ariffin telah berjaya mengharunginya sehingga berjaya mendapat tempat ketiga. Pasukan ini yang aktif dalam kegiatan berbagai jenis sukan pernah juga mengambil ba-hagian dalam pertandingan “paint ball” sedikit masa dulu. Syabas diucapkan kepada Muhammad Faisal and The Geng! Terbukti mereka bukan hanya asyik dan pandai mengulit komputer sahaja.

Faisal menerima hadiah kemenangan bagi pihak pasukannya.

Page 6: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

BIL. 4 , 2009

TH Plantations Berhad telah mengan-jurkan dan membiayai program “Pintas Pintar” khusus untuk pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini di dua buah sekolah angkatnya iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara, Gemas, Negeri Sembilan dan Sekolah Kebangsaan Kota Bahagia, Pahang. Program di bawah tanggung-jawab korporat THP ini memberi tumpuan bagi mempersiapkan para pelajar tahun enam di sekolah-sekolah tersebut supaya dapat men-duduki peperiksaan UPSR dengan lebih yakin. Program selama empat hari di SK Bukit Rokan Utara dan tiga hari di SK Kota Bahagia itu diisi dengan ceramah-ceramah dan bimbingan dari

Program Pintas Pintar di Bukit Rokan Utara dan Kota Bahagia

Page 6

guru-guru pakar yang dibawa khas oleh THP dari Kuala Lumpur. Turut menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk program tersebut ialah isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif THP iaitu Puan Zaiton binti Abdullah yang meru-pakan seorang pakar motivasi yang berkhid-mat di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah berjaya meniupkan semangat “yakin boleh” kepada para pejabar agar lebih bersedia dari segi mental dan fizikal apabila menduduki peperiksaan UPSR kelak. Program di SK Bukit Rokan telah dirasmikan oleh Ketua Operasi Dalam Ne-gara THP, Tuan Haji Hassan Fikri bin Mohamad, sementara majlis penutupnya pula disempurnakan oleh Pengurus Ladang Londah, Gemas, Encik Mahya bin Masrom. Majlis penutup program di SK Kota Bahagia pula telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Ladang Kota Bahagia, Tuan Haji Mohamed Fuzi bin Jaafar. Seramai 33 orang pelajar tahun enam SK Bukit Rokan Utara dan 31 orang pelajar tahun enam SK Kota Bahagia terlibat dalam program ini.

Tuan Haji Hassan Fikri menyampaikan ucapan perasmian program Pintas Pintar di SK Bukit Rokan Utara.

Puan Zaiton berjaya meniup semangat kepada para pelajar melalui ceramah motivasinya.

Para pelajar yang terlibat dengan program ini turut menerima cenderahati.

Page 7: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

BIL. 4 , 2009

B agi memantapkan lagi operasi kilang milik syarikat di dalam dan

luar negara, serta untuk memasti-kan OER Kumpulan mencapai sa-saran yang ditetapkan, pihak pengu-rusan telah mengambil langkah menstrukturkan semula dan meng-gabungkan Bahagian Kejuruteraan Dalam Negara dan Bahagian Keju-ruteraan Luar Negara. Bahagian tersebut yang kini dikenali sebagai Bahagian Kejuru-teraan diketuai Ketua Jurutera yang disandang Encik Marzuki bin Abd. Rahman. Ketua Jurutera bertang-gungjawab ke atas semua operasi kilang dan infrastruktur sama ada di dalam mahupun di luar negara. Bagi operasi di dalam negara, beliau me-lapor kepada Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri bin Mohamad, sementara bagi operasi luar negara beliau melapor kepada Ketua Operasi Luar Negara/Wakil Direktur Utama, Encik Mat Saad bin Ramli. Di bawah Ketua Jurutera diletakkan dua orang pegawai iaitu Ir. Haji Ramli Mohd. Tahar sebagai Penasihat Kilang dan Encik Kamar Jamian sebagai Jurutera Projek. Penasihat Kilang bertang-gungjawab membuat lawatan dan memberi khidmat nasihat kepada semua kilang di dalam dan di luar negara, sementara Jurutera Projek pula akan mengendalikan semua projek kilang baru syarikat. Jurutera Projek dibantu oleh tiga orang pegawai iaitu Juru-tera Awam, Encik Zaidi bin Md. Zin dan dua orang Penolong Jurutera, iaitu Encik Mohd. Saiful Mohd. Judi dan Encik Kharull Hafiz bin Ismail. Bahagian ini turut mem-punyai seorang Pelukis Pelan iaitu Encik Mohd. Ramzi bin Che Ani dan diletakkan di bawah Jurutera Awam. Pengstrukturan semula ini berkuatkuasa pada 1 Ogos 2009 lalu dengan harapan pihak penguru-san supaya bahagian ini akan men-jadi lebih cekap dan mantap serta dapat mencapai objektif yang ditetapkan

Bahagian Kejuruteraan Distruktur Semula

Page 7

Encik Marzuki (kiri) dilantik sebagai Ketua Jurutera dan akan melapor kepada Tuan Haji Hassan (kanan) bagi operasi perkilangan dalam negara.

Penasihat Kilang, Ir. Ramli (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Jurutera Awam, Encik Zaidi.

Pengstrukturan semula Bahagian Kejuruteraan bermatlamat untuk meman-tapkan lagi operasi kilang dan infrastruktur.

Page 8: TH Plantations Berhad Buletin THP pegawai tersebut merupakan orang lama di Kumpulan Perladangan Tabung Haji. Encik Hassni yang telah berkhidmat kira-kira 13 tahun, sebelum ini pernah

BIL. 4 , 2009

S ebagai menghargai sumbangan para anggotanya di samping mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim di kalangan ke-luarga, Bahagian Kewangan dan Akaun THP telah menganjurkan Hari Keluarga 2009 pada 8 Ogos lalu bertempat di Impian Rimba Resort, Jalan Pangsoon, Hulu Langat, Selangor. Berbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan hari tersebut seperti lari dalam guni, pecahkan belon untuk kanak-kanak dan sebagainya. Rata-rata anggota dan keluarga masing-masing kelihatan ceria dan berpuas hari kerana dapat menyertai program ini. Sementara itu, sempena sambutan Hari Pekerja, pengurusan Ladang Bukit Ro-kan telah mengadakan Hari Pekerja Bukit Rokan pada 6 Jun 2009 lalu bertempat di pantai peranginan Port Dickson. Seramai 113 orang termasuk pen-gurusan, staf dan para pekerja ladang telah turut bersama berangkat ke PD dengan menggunakan 3 buah bas yang disediakan oleh syarikat. Syarikat turut juga membiayai makan minum sepanjang majlis tersebut. Berbagai acara diadakan pada hari tersebut termasuk acara sukaneka seperti tarik tali dan bowling kelapa. Menurut Pengurus Ladang Bukit Rokan, Encik Mohd. Termeze Mat Nor, aktiviti tersebut telah berjaya memupuk semangat berpasukan di kalangan pekerja di samping turut mengembirakan mereka sete-lah penat mencurahkan keringat di ladang.

Bahagian Kewangan Anjur Hari Keluarga, Ladang Bukit Rokan Anjur Hari Pekerja

Ni baca doa ke bersenamrobik ni....?

Mencuba kain fesyen baru untuk dipakai pada Hari Raya.

Suasana sambutan Hari Pekerja yang dianjurkan oleh Ladang Bukit Rokan di Port Dickson.