th plantations berhad buletin thp filetuan haji zainal turut me-maklumkan bahawa syarikat sentiasa...

8
Buletin THP Majlis Sambutan Hari Raya THP Meriah 3 THP Sumbang RM50 ribu untuk “Sahabat Korporat” 5 Perpindahan dan Kenaikan Pangkat 6 Jamuan Hari Raya Tingkat 28 8 Islam and Leadership 8 MENARIK DI DALAM (Bersambung ke muka surat 3) September-Oktober 2009 Bil. 5, 2009 TINGKATKAN PRODUKTIVITI TH Plantations Berhad Layari http://laman-thp.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat terkini syarikat S emua anggota TH Plantations Berhad (THP) diingatkan supaya sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti masing-masing bagi menjamin syarikat terus berdaya maju dan setanding dengan syarikat-syarikat perladangan yang lain di negara ini. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pega- wai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin berkata, penghasilan BTS dan kadar OER amat penting kepada syarikat. “Walaupun terdapat peningkatan dalam penghasilan “crop” dan kadar OER, namun secara puratanya masih belum menca- pai sasaran yang ditetapkan,” kata beliau pada Mesyuarat Pengurus-Pengurus THP yang di- adakan pada 5 Oktober lalu. Beliau turut berharap supaya semua pengurus ladang dan kilang dapat berfikir dan bertindak seperti seorang ahli perniagaan di mana dalam setiap tindakan perkiraan untung- rugi syarikat sentiasa diutamakan. Mesyuarat Pengurus-Pengurus THP pada 5 Oktober 2009.

Upload: trinhdung

Post on 15-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buletin THP

Majlis Sambutan Hari Raya THP Meriah

3

THP Sumbang RM50 ribu untuk “Sahabat Korporat”

5

Perpindahan dan Kenaikan Pangkat

6

Jamuan Hari Raya Tingkat 28

8

Islam and Leadership 8

MENARIK DI DALAM

(Bersambung ke muka surat 3)

September-Oktober 2009

Bil. 5, 2009

TINGKATKAN PRODUKTIVITI

TH Plantations

Berhad

Layari http://laman-thp.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat terkini syarikat

S emua anggota TH Plantations Berhad (THP) diingatkan supaya sentiasa berusaha meningkatkan

produktiviti masing-masing bagi menjamin syarikat terus berdaya maju dan setanding dengan syarikat-syarikat perladangan yang lain di negara ini. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pega-wai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin berkata, penghasilan BTS dan kadar OER amat penting kepada syarikat.

“Walaupun terdapat peningkatan dalam penghasilan “crop” dan kadar OER, namun secara puratanya masih belum menca-pai sasaran yang ditetapkan,” kata beliau pada Mesyuarat Pengurus-Pengurus THP yang di-adakan pada 5 Oktober lalu. Beliau turut berharap supaya semua pengurus ladang dan kilang dapat berfikir dan bertindak seperti seorang ahli perniagaan di mana dalam setiap tindakan perkiraan untung-rugi syarikat sentiasa diutamakan.

Mesyuarat Pengurus-Pengurus THP pada 5 Oktober 2009.

T idak boleh dinafikan bahawa golongan pekerja adalah merupakan aset penting kepada mana-mana majikan. Tanpa pekerja sudah pastilah ti-dak akan ada majikan, dan begitulah juga sebalik-

nya. Majikan dan pekerja adalah saling memerlukan, bak kata pepatah “seperti aur dengan tebing.” Menyedari hakikat ini maka THP amat menitikberat-kan soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan para anggota dan pekerjanya. Menyediakan kondisi dan persekitaran kerja yang selamat dan bersih adalah merupakan salah satu tanggungjawab THP. Ini juga adalah selaras dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Namun pada hakikatnya, keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukanlah merupakan tanggungjawab majikan sahaja. Ianya lebih merupakan tanggungjawab bersama di antara majikan dan pekerja. Oleh yang demikian kepekaan dan kesedaran terhadap aspek ini adalah amat penting kepada semua anggota dan pekerja yang bernaung di bawah THP. Semoga dengan kesedaran ini kita dapat mewujudkan kondisi dan persekitaran kerja yang lebih selamat dan selesa.

BULETIN THP diterbitkan setiap dua bulan sekali

oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat

TH Plantations Berhad.

Phone: 03-2687 6686 Fax: 03-2681 0511

Emel: [email protected]

TH PLANTATIONS BERHAD

Pengarang

TINTA PENGARANG Buletin THP

SIDANG PENGARANG

Penaung

Hj. Zainal Azwar b. Zainal Aminuddin

Penasihat

Haji Hassan Fikri bin Mohamad

Maizura binti Mohamed

Pengarang

Haji Mohamad Zaini bin Hassan

Pembantu Penerbitan

Nor Sabri bin Abd. Karim

Salwa binti Darus

BIL. 5 , 2009 Page 3

“Saya berharap tuan-tuan semua dapat menguruskan estet dan ladang di bawah kelolaan masing-masing seperti tuan-tuan menguruskan estet atau kilang kepunyaan sendiri, di mana tuan-tuan pasti akan meng-utamakan soal untung rugi,” kata be-liau. Bagi meningkatkan kadar OER, beliau turut mengingatkan se-mua pengurus ladang supaya memasti-kan setiap garis panduan penuaian buah sawit dipatuhi oleh para pekerja ladang. Beliau turut menekankan semua pengurus ladang agar berada di ladang pada sebelah pagi setiap hari dan hanya masuk ke pejabat untuk melaksanakan tugas-tugas administrasi selepas waktu makan tengahari. Langkah ini jelas beliau ialah bagi memastikan setiap pengurus ladang dapat memantau dan menyelia kerja-kerja ladang dengan lebih berke-san di samping dapat mengenalpasti masalah dengan lebih cepat dan tepat sekiranya ada. Langkah ini juga, tambah be-liau, akan membolehkan pengurus ladang mengetahui tahap produktiviti setiap pekerja di bawah seliaannya, dan dari situ pengurangan kos boleh dilakukan. Tuan Haji Zainal turut me-maklumkan bahawa syarikat sentiasa mengiktiraf dan menghargai sumban-gan para anggotanya. “Anggota yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dan memberi peningkatan hasil kepada syarikat pasti akan diberikan ganjaran sewajarnya seperti pemberian bonus, kenaikan pangkat dan sebagainya,” tambah beliau. Mesyuarat tersebut telah dihadiri semua pengurus-pengurus di Ibu Pejabat termasuk Pengurus Besar Kanan dan Pengurus Besar serta pengurus-pengurus ladang dan kilang termasuk dari PTTHIP Riau, Indone-sia. Turut hadir ialah Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri bin Mohamad serta Ketua Pegawai Eksekutif Trurich Resources Sdn Bhd merangkap Presiden Direk-tor PT TH Felda Nusantara yang baru dilantik, iaitu Tuan Haji Mhamod bin Mokhtar.

Jamuan Hari Raya THP Meriah

TH Plantations Berhad (THP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah pada 6 Oktober lalu di Best Western Pre-mier Seri Pacific, Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah di bulan Syawal ini telah dihadiri kira-kira 800 tetamu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej. Jen. (B) Datuk Jamil Khair bin Baharom, ahli-ahli lembaga pengarah THP dan para jemputan yang lain. Berbagai juadah moden dan tradisional telah dihidangkan untuk dinikmati para tetamu sambil diiringi persembahan hiburan ghazal dan

tarian tradisional Melayu. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin melahirkan rasa puas hati di atas ke-hadiran para tetamu dan menyifat-kannya sebagai berjaya mencapai mat-lamat. “Majlis sambutan Aidil Fitri ini kita adakan sebagai meraikan dan menghargai semua “stakeholder” THP,” kata beliau. Beliau berharap agar dapat menganjurkan majlis sambutan yang lebih meriah lagi di tahun-tahun yang akan datang.

(Dari muka surat 1)

Mej. Jen. (B) Datuk Jamil Khair turut hadir memeriahkan majlis Jamuan Aidil Fitri THP.

Tuan Haji Zainal Azwar sibuk melayani tetamu.

BIL. 5 , 2009 Page 4

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA THP 2009

BIL. 5 , 2009 Page 5

THP SUMBANG RM50 RIBU UNTUK “SAHABAT KORPORAT”

TABUNG HAJI

S ebagai salah sebuah syarikat yang berteraskan Islam, dan bernaung pula di bawah Lem-baga Tabung Haji, THP turut

merasa terpanggil untuk turut sama meng-hulurkan sumbangan kepada program “Sahabat Korporat” yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji. “Sabahat Korporat” diwujudkan oleh Lembaga Tabung Haji bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat korporat memberikan sumbangan barangan atau wang tunai bagi membantu jemaah haji Malaysia yang berangkat ke Tanah Suci. Barangan dan wang tunai hasil dari sum-bangan ini digunakan untuk menambahkan lagi keselesaan jemaah haji kita ketika mengerjakan ibadat haji. Cek sumbangan THP yang bernilai RM50,000 telah diserahkan oleh Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin kepada Menteri di Jabatan Per-dana Menteri, Mej. Jen. (B) Datuk Jamil Khair bin Baharom pada majlis yang diada-kan pada 8 Oktober lalu.

Tuan Haji Zainal menerima cenderahati yang disampaikan oleh Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khair selepas menyerahkan cek bernilai RM50 ribu sumbangan THP untuk program “Sahabat Korporat”.

Majlis Jamuan Hari Raya Tingkat 28 S empena sambutan Hari Raya Aidil

Fitri tahun ini, penghuni-penghuni tingkat 28 Bangunan TH Selborn

telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 5 Oktober lalu. Majlis berlangsung dalam suasana meriah dengan hidangan berbagai juadah yang enak-enak yang disediakan seperti nasi beriani, satay dan beraneka kuih-muih. Tahniah diucapkan kepada mereka yang bersusah payah menganjur-kan majlis ini. Semoga usaha anda diber-kati Allah s.w.t. Tahun depan diharap dapat me-nganjurkan lagi majlis seperti ini.

Bersembang-sembang sambil menikmati juadah yang disediakan.

BIL. 5 , 2009 Page 6

M ulai 1 Oktober 2009, Pengurus Besar (Penasihat Penanaman) Tuan Haji Radin Rosli bin Radin Suhadi dinaikkan pangkat

ke jawatan Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sarawak menggantikan Tuan Haji Mhamod bin Mokhtar yang kini diamanahkan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Trurich Resources Sdn. Bhd. merangkap Presiden Direktur PT TH FELDA Nusantara. Trurich Resources Sdn. Bhd. meru-pakan syarikat usahasama 50:50 di antara Lem-baga Tabung Haji dan FELDA bagi memajukan projek perladangan di Kalimantan, Indonesia. Sempena perpindahan Tuan Haji Radin ke Bumi Kenyalang, satu majlis jamuan per-pisahan telah diadakan pada 29 September lalu yang dianjurkan oleh pegawai dan anggota THP yang menghuni tingkat 28 Bangunan TH Sel-born. Majlis turut diserikan dengan ke-hadiran Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin serta Tuan Haji Mhamod. Ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut, Tuan Haji Zainal menyifat-kan kenaikan pangkat mereka berdua adalah merupakan anugerah dan pengiktirafan syarikat kepada pegawai-pegawainya yang menunjukkan kecemerlangan. Menurut beliau, pegawai dan anggota yang menunjukkan komitmen yang tinggi serta cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tang-gungjawab yang diamanahkan sudah pasti akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada syarikat. “Oleh itu saya berharap semua pega-wai dan anggota dapat menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing serta dapat melaksanakannya dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Syarikat insya-Allah akan memberikan ganjaran yang setim-pal,” tambah beliau. Beliau turut menyampaikan cendera-hati kepada Tuan Haji Radin yang bakal terbang ke Sarawak bagi melaksanakan misi dan tang-gungjawab baru yang diamanahkan syarikat kepada beliau. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Radin dan Tuan Haji Mhamod. Se-moga kejayaan tuan-tuan berdua akan menjadi pencetus semangat kepada pegawai dan ang-gota THP yang lain.

Haji Radin Ke Sarawak, Haji Mhamod ke Trurich

Haji Radin menerima cenderahati yang disampaikan oleh Tuan KPE

Terima amanah baru ... Haji Radin (kiri) dan Haji Mhamod.

BIL. 5 , 2009

ENCIK MARZUKI BERANGKAT MENUNAIKAN FARDU HAJI

Page 7

K etua Jurutera, Encik Marzuki bin Abd. Rahman telah ber-angkat menunaikan fardhu haji ke Kota Suci Makkah pada 15 November lalu. Beliau menunaikan fardu haji bersama-sama dengan isteri.

Bagi meraikan pemergian beliau ke Tanah Suci, satu majlis jamuan telah diadakan pada 3 November 2009 lalu di pantry tingkat 28. Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri Mohamad turut hadir dan membacakan doa pada majlis tersebut. Selamat menunaikan fardhu haji diucapkan kepada Encik Marzuki serta isteri, semoga selamat pergi, selamat beribadah dan seterusnya selamat berangkat pulang ke tanah air dengan mendapat haji mabrur.

Encik Marzuki

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA) SENTIASA DITITIKBERATKAN

TH Plantations Berhad (THP) sebagai majikan yang prihatin dan bertang-gungjawab sentiasa peka dan berusaha mempertingkatkan jaminan keselama-tan dan kesihatan pekerjaan terhadap pekerjanya di semua peringkat. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan bersih untuk semua pekerja, pelanggan dan juga orang awam yang datang berurusan adalah merupakan salah satu matlamat syarikat. Bagi THP, keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terpelihara dan terjamin adalah elemen yang sa-ngat penting bagi membantu syarikat mencapai visi dan objektifnya Isu keselamatan dan kesi-hatan pekerjaan adalah merupakan subjek yang mencangkupi berbagai disiplin yang melibatkan perundangan, sistem pengurusan dan operasi, faktor manusia, teknologi keselamatan dan sebagainya. Bagi menjamin isu ini diberi perhatian yang berat oleh syarikat-syarikat maka kerajaan telah meng-gubal berbagai akta dari semasa ke semasa dan yang terkini adalah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Namun, akta dan peraturan adalah hanya merupakan tulisan pada kertas yang mana jika tidak difahami dan diimplementasikan dengan betul tidak akan memberi manfaat. Pendeka-tan masakini terhadap isu ini ialah se-

siapa yang bekerja dalam suasana yang berisiko perlu bertanggungjawab menguruskan risiko tersebut. Dengan lain perkataan, keselamatan dan kesi-hatan pekerjaan adalah merupakan aktiviti harian dan lebih kepada “peraturan kendiri” (self regulation). Perkara ini amat dititikberat-kan di mana semua pihak yang terlibat, terutamanya anggota pengurusan samada di Ibu Pejabat, ladang dan ki-lang adalah bertanggungjawab bagi memastikan semua arahan dan pera-turan syarikat berkaitan dengan isu ini

dipatuhi dan dilaksanakan. Beberapa langkah susulan turut dirangka bagi memastikan setiap anggota dan pekerja terutama yang terlibat dengan kerja-kerja berisiko seperti pengendalian bahan kimia dan racun, dapat memahami dan peka ter-hadap Akta 1994 dan perkara-perkara yang berkaitan dengan OSHA. Siri-siri penerangan telahpun dimulakan di beberapa buah estet bagi meningkatkan kesedaran dan pengeta-huan anggota dan pekerja terhadap isu ini.

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap isu-isu OSHA, beberapa siri penerangan diadakan di estet-estet THP.

BIL. 5 , 2009

Islam and Leadership I slam encourages its followers

to practice and develop the qualities of Leadership, Team-

work, Partnership, Consultation and Joint Planning.

Islamic Leadership means a person or a group that will lead humanity from the brink of destruction to the way of Allah (SWT) the Almighty. Leadership in Islam is a trust (Amanah). It represents a psycho-logical contract between a leader and his followers that he will try his best to guide them, to protect them and to treat them fairly and with justice. Hence, the focus of leadership in Islam is on doing good.

Every movement has a need for leadership and the importance of leadership is like the engine of a train. The train does not move anywhere without the engine moving. Only Islamic leadership can solve the problems of humanity.

A successful leader is one who attains his ends in the best possible manner, with the least inconvenience to the team, at the minimum cost, in record time and with a high quality performance. Whoever wants to be a leader should educate himself be-fore educating others. Before preaching to others he should first practice himself. Whoever educates himself and improves his own morals is superior to the man who tries to teach and train others.

It is an art to exhibit the qualities of a good team player. A team player is one who performs effectively and efficiently. Getting along with everyone at work is considered as a skill. Being a team member or a team leader per se is for the purpose of working together and getting along till the objectives are achieved. It also means friendship at work. Teams are made up of individuals that will, now and then, differ with one another.

What makes a team aggressive in achieving the goals is the attitude to take those differences and turn them into op-portunities for development rather than turn the teammates in opposition to one another. We can call it as strategic alliance

at the workplace for a common objec-tive.

Remember, to get help from someone, we must have helped them before. It is a give and take situation at work. So let us put that as a forward thinking action and lend the helping hand in our work place. Learning to be nice to people around us does not cost at all. In particular, we should not hesi-tate to ask for help from people who have rich experience. Most of the time, we hesitate due to being addressed as ignorant or lacking knowledge.

We need to give and take from one another at workplace and be open and receptive to new ideas. An employee can achieve his /her best when working in a team. Those of us who have worked in different teams realize that working together closely as a team is difficult in reality. All of us have had our share of difficult col-leagues and teams.

The guidelines

Team is above the individual in situa-tions. As a team player we must re-member to follow these guidelines:-

Adapting to change

Not taking credit for the colleague's work

Learning to appreciate and recognizing other members presence

Treating everyone with respect and dignity

Not involving the issues that are not significant to team's values

Meeting the targets or keeping the deadlines

Being a good communicator (special reference to listening skills)

Cooperating with others in the team

Sharing the information and knowledge that benefits all in a team

A team member enhances his/her value in the organization by demonstrating characteristics of committed players. Every individual should understand that his/her work is an integral part of a larger organi-zation and is binding on the com-pany's overall performance. Remem-ber, if an employee is an unruly team player we cannot expect any produc-tivity from him/her in the team.

(source: http://www.ezsoftech.com/

Islamic Leadership means a person or a group that will lead humanity from the brink of destruction to the way of Allah (SWT).