th buka cawangan ke-123 - cms-th.s3.amazonaws.comcawangan+… · berurusan di kaunter adalah...

3
1 TH Buka Cawangan Ke-123 PASIR GUDANG, Sabtu, 16 April 2016: Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini dengan rasminya membuka cawangannya yang ke-123 sebagai usaha memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pendepositnya di Pasir Gudang, Johor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dan turut disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. TH Pasir Gudang merupakan cawangan ke-13 di Negeri Johor dan waktu berurusan di kaunter adalah seperti ketetapan berikut: HARI WAKTU URUSAN KAUNTER ALAMAT Ahad – Rabu Khamis (Ditutup pada Jumaat dan Sabtu) 8.30 pagi – 4.30 petang 8.30 pagi – 3.00 petang TH Pasir Gudang No. 48 Jalan Serangkai 18 Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang, Johor Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan simpanan, pengeluaran, mengemaskini akaun, pendaftaran haji dan sebagainya.

Upload: lamdieu

Post on 06-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TH Buka Cawangan Ke-123 - cms-th.s3.amazonaws.comCawangan+… · berurusan di kaunter adalah seperti ketetapan ... Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan ... memberikan akses

1

TH Buka Cawangan Ke-123

PASIR GUDANG, Sabtu, 16 April 2016: Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini

dengan rasminya membuka cawangannya yang ke-123 sebagai usaha

memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pendepositnya

di Pasir Gudang, Johor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’

Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dan turut disaksikan oleh

YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai

Eksekutif TH.

TH Pasir Gudang merupakan cawangan ke-13 di Negeri Johor dan waktu

berurusan di kaunter adalah seperti ketetapan berikut:

HARI

WAKTU URUSAN KAUNTER

ALAMAT

Ahad – Rabu

Khamis

(Ditutup pada Jumaat

dan Sabtu)

8.30 pagi – 4.30 petang

8.30 pagi – 3.00 petang

TH Pasir Gudang

No. 48 Jalan Serangkai 18

Taman Bukit Dahlia

Pasir Gudang, Johor

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan simpanan, pengeluaran,

mengemaskini akaun, pendaftaran haji dan sebagainya.

Page 2: TH Buka Cawangan Ke-123 - cms-th.s3.amazonaws.comCawangan+… · berurusan di kaunter adalah seperti ketetapan ... Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan ... memberikan akses

2

Negeri Johor adalah antara negeri yang mempunyai bilangan pendeposit

yang tinggi iaitu melebihi 1 juta orang dan daripada jumlah tersebut, seramai

100 ribu pendeposit adalah dari Pasir Gudang.

Sebagai nilai tambah kepada perkhidmatannya, TH juga membuka operasi

kaunter pada hari Sabtu pertama setiap bulan di enam (6) pejabat cawangan

terpilih iaitu Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Pontian. Waktu

operasi bagi perkhidmatan ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Manakala, kaunter TH di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor Bahru pula

dibuka bermula jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam pada setiap hari.

Pembukaan cawangan baharu ini membuktikan TH sentiasa komited dalam

memberi perkhidmatan kepada masyarakat Islam selaras dengan visinya

menjadi tonggak kejayaan ekonomi ummah. Ianya juga diharap dapat

memberikan akses terbaik kepada para pendeposit dalam memperkasa dan

mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Pada masa kini, TH juga menjalinkan kerjasama dengan rakan strategiknya iaitu

Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic dalam menyediakan

kemudahan transaksi perbankan elektronik bagi simpanan dan pengeluaran

melalui Auto Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM) dan kaunter

Uniteller bank-bank berkenaan.

TH turut menyediakan perkhidmatan atas talian - “eThijari” yang membolehkan

pendeposit melaksanakan transaksi dengan mudah dan selesa di mana-mana

sahaja.

Sebagai langkah meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berterusan, TH akan

sentiasa mengambil perhatian terhadap segala maklumbalas daripada

pendeposit dari semasa ke semasa. Para pendeposit yang mempunyai

Page 3: TH Buka Cawangan Ke-123 - cms-th.s3.amazonaws.comCawangan+… · berurusan di kaunter adalah seperti ketetapan ... Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan ... memberikan akses

3

sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, mereka boleh berhubung

terus dengan TH Contact Centre (THCC) di talian 03 - 6207 1919 atau emel

kepada [email protected].

Turut hadir pada majlis perasmian ini adalah YB. Puan Hajah Normala Abdul

Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang; YB. Sahibus Samahah Dato’ Nooh Gadot,

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor; YBhg. Dato’ Johan Abdullah,

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH;

YBrs. Tuan Haji Md Zainal Haji Misran, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pasir

Gudang; YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH,

pengurusan kanan serta anggota TH.

- Tamat –

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di

bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH adalah dalam

pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah

kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak &

gas dan hospitaliti. TH mempunyai 123 buah cawangan di seluruh negara dan satu

cawangan di Jeddah, Arab Saudi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai

perkhidmatan Tabung Haji, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung

Haji Contact Centre ditalian 03-6207 1919.