manual pembangunan cms 25

60
JOOMLA! MANUAL PEMBANGUNAN CMS Mac 2012 Versi 1.01 Azmi Sulaiman Oleh: Mohd Azmi Sulaiman Hakcipta Terpelihara © 2012

Upload: azmi-sulaiman

Post on 06-Jul-2015

265 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Panduan membina web Joomla 2.5

TRANSCRIPT

Page 1: Manual pembangunan cms 25

1 | S i f u A z m i - J o o m l a !

JOOMLA!

MANUAL PEMBANGUNAN CMS

Mac 2012 Versi 1.01

Azmi

Sulaiman

Oleh: Mohd Azmi Sulaiman

Hakcipta Terpelihara © 2012

Page 2: Manual pembangunan cms 25

2 | S i f u A z m i - J o o m l a !

ISI KANDUNGAN

Topik Halaman

Pengenalan – Joomla! 3

Panel Administrator 8

Pengurusan Isi Kandungan 19

Menu 28

Modules 34

Plugin & Component 39

Template & Identiti 46

Language 54

Backup & Restore 58

Penutup 59

Hak Cipta Terpelihara:

© Hak Cipta 2007 - 2012 Manual Pengurusan CMS Joomla! Tulisan Mohd Azmi Sulaiman. Terbitan Maya http://www.lamanku.my.

Page 3: Manual pembangunan cms 25

3 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Pengenalan – Joomla!

Joomla! adalah sebuah aplikasi CMS (Content Management System) bagi web

yang menyokong teknologi web era 2.0 (Teknologi Web Simantik) yang wujud

pada hari ini. Pembangunan web dalam era teknologi simantik ini diistilahkan

sebagai Era ‘Read-Write-Publish’ berbanding era ‘Read-Only’ semasa zaman

web 1.0 dengan teknologi HTML sahaja. (Sumber: http://www.techno-

pulse.com/2009/11/web-30-intelligent-web.html)

Seterusnya evolusi teknologi web 3.0 kini telah bermula dan Joomla! juga kini

menuju ke arah teknologi web ‘berkecerdikan buatan’ (Intelligent Web) untuk

kegunaan masa depan. Disamping keupaya interaktif, web yang seterusnya

nanti juga bijak dan ‘hidup’ sebagai sebuah entiti yang bekerja sendiri secara dalam talian.

Terdapat banyak web berjenis CMS selain Joomla! antaranya Mambo, Drupal, WordPress, CMS Made Simple, Umbraco, DotCMS, Typolight, Alfresco, SilverStripe, Modx CMS, Typo 3, Impress CMS, HotaruCMS, PHPFusion, NanoCMS, Flatnux dan banyak lagi. Ada antaranya percuma dan ada yang berbayar. Ada yang perlu bekerja bersama pangkalan data seperti MySQL dan ada yang bekerja tanpa penggunakan pengkalan data. Web CMS ada yang berbentuk blog, portal,

shopping carts dan wiki. (Sumber:http://blog.webdistortion.com)

Kenapa Joomla! menjadi pilihan?

Dari puluhan web CMS yang wujud, Joomla menjadi pilihan ramai. Pertama

kerana ia portal berjenis Open Sources di bawah lesen GPL dan GNU yang boleh

diguna, disalin, diubahsuai dan dimiliki secara PERCUMA. Kedua, ia dibangunkan

dengan bahasa PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL dan bersifat

aplikasi dalam lingkungan pelayan (Server Site Script). Ketiga, ia disokong oleh

ratusan laman yang membangunkan extension dan forum sokongan kepada

Joomla!, dengan lebih 1,600 extension dicipta untuknya dan dikongsi oleh

110,000 ahli dan admin serta pakar dalam JoomlaHacks, tidak termasuk web

sokongan lain. Joomla! dijadikan web dari sekecil-kecil halaman peribadi hingga

ke sebesar-besar laman korporat. Alexa, sebuah enjin pembilang popularity web

menganggarkan pada hari ini terdapat lebih 40 juta laman web di dalam talian menggunakan Joomla!.

(Sumber: http://www.compassdesigns.net/joomla-blog/).

Dalam dunia pendidikan hari ini di Selangor sahaja, web JPN dan hampir semua PPD, PKG serta sebahagian besar

sekolah-sekolah dan PKG juga menggunakan Joomla!. Laman web kerajaan, web kementerian dan jabatan kerajaan serta

swasta juga banyak menggunakan Joomla!. (Sumber: : http://www.google.com/trends/)

Versi Joomla!

Joomla 1.0 released pada 16 September 2005 merupakan penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 dan kemudian Joomla

versi 1.5 dilancarkan pada 22 Januari 2008. Versi 1.5 ini sangat panjang, popular, mantab dan stabil sehingga

berkembang sampai ke versi 1.5.25 (pada 14 November 2011). Kemudian Joomla 1.6.0 dilancarkan pada 10 Januari

2011. Versi ini mempunyai penambahan fungsi kepada sistem kawalan penuh dan ciri tambahan baru kepada panel

Page 4: Manual pembangunan cms 25

4 | S i f u A z m i - J o o m l a !

admin untuk membina ‘hierarchy’ seperti category, level akses dan sebagainya. Joomla 1.7.0 dilancarkan pada 19 Julai

2011, 6 bulan selepas versi 1.6. Versi ini telah mengukuhkan lagi sistem kawalan keselamatan dan kemudahan tool

untuk migrasi. Seterusnya versi Joomla 2.5.0 released pada 24 Januari 2012 (6 bulan selepas 1.7.0). Ia adalah versi “long

term support (LTS)”. Pada asalnya versi ini adalah merujuk kepada versi 1.8.0; tetapi untuk membina skima versi baru

yang akan muncul sekitar Ogos 2012 nanti, iaitu versi 3.0 maka versi 2.5 telah diwujudkan. Namun Joomla! 3.0 hanya

akan muncul dan stabil sekitar bulan September 2012, kerana dijangakakan hanya mulai Julai barulah pasukan

pembangunan akan memulakan pembangunannya.

( Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Joomla)

Apapun versi Joomla! anda, konsep penggunaan dan kuasa CMS tetap sama dan ‘power’. Tidak hairanlah semakin ramai

admin portal/web mengemarinya. Sebagai admin anda jangan ketinggalan dari mengikuti perkembangan ini.

CMS Web Popular 2011 Oleh Google Trends

Page 5: Manual pembangunan cms 25

5 | S i f u A z m i - J o o m l a !

CMS Web Popular 2011 Pecahan Ikut Negara Oleh Google Trends

CMS Web Popular Pada 2011 Pecahan Ikut Lokasi Di Malaysia Oleh Google Trends

(Sumber: http://www.google.com/trends/?q=Joomla,+Drupal,+WordPress )

Page 6: Manual pembangunan cms 25

6 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Permintaan Terhadap Perkhidmatan

Tawaran Perkhidmatan & Kepakaran

Sumber: http://www.inqbation.com/best-open-source-cms-drupal-vs-joomla-vs-wordpress

Page 7: Manual pembangunan cms 25

7 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Pekeliling dan Panduan Laman Web Agensi dan Institusi Kerajaan.

Sekolah, PKG, PPD dan JPN adalah sebuah institusi kerajaan dan ini tertakluk kepada pekeliling pengurusan dan

pembangunan laman web iaitu:

Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 “Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam” (Sumber: http://arcadia.mampu.gov.my/mampu/pdf/pa012006.pdf)

Mana-mana institusi kerajaan yang berhasrat membangun dan pengurus penyaluran maklumat semestinya pengikuti pekeliling dan panduan ini sepenuhnya dan tanggungjawab ini adalah di bawah pengetua sekolah tersebut. Berikut antara perkara dan sedikit panduan untuk tujuan pembangunan/pengurusan laman web sekolah.

Amalan Terbaik Global - Interaksi dengan pelanggan, Mesra pelanggan, Perkhidmatan kepada pelanggan, Ciri-ciri sokongan pelanggan & merangkumi amalan global dari segi ciri-ciri utama portal, arkitektur portal, pengurusan dan sokongan teknikal portal.

Prinsip Asas Laman Web - Saluran rasmi, Maklumat rasmi, Perkhidmatan Berterusan, Kemas kini dan lengkap, Menyokong Kerajaan Elektronik, Kesediaan dan keupayaan perkakasan, perisian dan rangkaian, Mesra pengguna, Mempromosi kerajaan, Memberi penjelasan, Penggunaan bahasa yang betul & Keberkesanan kos.

Perkara Yang Dilarang - Mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak luar, Memaparkan isu-isu sensitif, Menyebarkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi, Memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej kerajaan.

Ciri-ciri Asas Mandatori Laman Web - Penyataan perkataan laman web rasmi, Jata (crest) kerajaan, Logo rasmi agensi, Penyataan pengenalan agensi, Dasar-dasar utama agensi, Piagam pelanggan agensi, Maklumat perkhidmatan agensi, Maklumat untuk dihubungi, FAQ, Pernyataan penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan, Kemudahan maklum balas/komen, Fungsi luput secara automatik, Keupayaan muat turun, Kemudahan search engine, Kandungan laman web sekurang-kurangnya dalam dua bahasa, Pautan ke myGovernment, Agensi yang melaksanakan aplikasi MSC, meletakkan logo MSC Malaysia, Site map, Domain “.gov.my” & Notis hak cipta.

Ciri-ciri Tambahan Laman Web - Memaparkan klip video/audio perkhidmatan agensi, Capaian sokongan, Kemudahan W3C Disability Accessibility, Pengguna buta warna, Pengguna cacat penglihatan, Pengguna cacat pendengaran & Warga tua.

Ciri-ciri Portal - ditambah dengan perkhidmatan online yang disediakan, Tandatangan digital, Saluran pembayaran secara elektronik, Pengawalan had capaian (access control rights) & Ciri-ciri remember me

Langkah-langkah Keselamatan – keupayaan system web untuk backup dan restore, Kawalan keselamatan (pentadbiran, logical, fizikal), Pengesahan Kuasa (Authorization), Pengesahan Capaian (Authentication), Encryption, Protokol & Penamatan Sesi.

Pengukuran Prestasi - Bilangan perkhidmatan online dalam tempoh setahun, sebulan/seminggu, Bilangan capaian kepada sesuatu topik, Bilangan carian yang gagal dan Kepuasan hati pelanggan termasuk penghargaan dan maklum balas membina.

Tanggungjawab Agensi – Mematuhi prinsip dan ciri digariskan, melaksanakan langkah keselamatan, pengukuran prestasi web & mewujudkan pasukan tadbir urus laman web.

Tadbir Urus Laman Web/Portal Sektor Awam - Menetapkan matlamat, merangka strategi penyaluran maklumat, pengisian maklumat, mempromosi laman web, semak broken link, kemaskini maklumat, penerbitan maklumat terkini, menambah kandungan baru, menambahbaik susun-atur dan grafik serta menguruskan pangkalan data.

Pematuhan kepada pekeliling ini adalah mandatori dan hanya boleh diabaikan jika perkara tersebut tiada kaitan dengan

agensi atau di luar perkhidmatan yang agensi tawarkan. (Sumber: http://www.mampu.gov.my/)

Page 8: Manual pembangunan cms 25

8 | S i f u A z m i - J o o m l a !

PANEL ADMINISTRATOR JOOMLA!

Halaman Hadapan (Frontend) dan Halaman Belakang (Backend).

Penggunjung akan melayari URL atau alamat domain anda untuk membuka halaman hadapan. Contohnya

http://www.lamanku.my atau http://localhost/joomla dan sebagainya. Biasanya halaman hadapan merupakan

persembahan yang diatur susun oleh menerusi fungsi ‘templates’ dengan memaparkan content atau artikel pada

ruangan ‘component’ atau menggunakan module-module khusus. Keunikan setiap atur susun yang dikenali sebagai

‘position’ ini berbeza mengikut template yang digunakan, contoh:

Dua contoh Halaman Hadapan (Frontpage) Yang Berbeza Persembahan

Bagi halaman belakang (backend), ia hanya boleh diakses oleh pengguna khas dengan autoriti sebagai

pengendali atau administrator laman web. Pengguna perlu daftar masuk (login) dengan ID Khas iaitu username dan

katalaluan yang sah sebagai pengguna bertaraf sama ada Manager, Administrator atau Super User.

Login ke Panel Kawalan Administrator

Untuk membolehkan anda masuk ke panel kawalan (Control Panel Administrator) anda perlu mengetahui

Username dan Password untuk laluan ke backend (belakang pentas) untuk mengendalikan secara konfigurasian dan

kawalan ke atas laman web Joomla.

Jika anda mempunyai atau mengetahui dua perkara tersebut, sekarang gunakan pelayar internet anda dan

tetapkan alamat URL untuk ke halaman CPanel Admintersebut iaitu. Caranya pada akhir URL lengkap anda (untuk

membuka web Joomla) masukkan perkataan ‘ administrator ’ contoh:

http://localhost/joomla/administrator

Penting! : Jika local webserver anda menggunakan nombor IP sila gantikan localhost dengan 127.0.0.1 dan terdapat

juga webserver yang perlu anda memasukkan nombor port laluan contoh: localhost:8080 atau 127.0.0.1:8080 dan

sebagainya. Pastikan anda gunakan URL yang betul untuk localhost seperti yang dikehendaki oleh webserver yang anda

gunakan.

Page 9: Manual pembangunan cms 25

9 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Jika URL anda tepat tetingkap yang memerlukan anda mengisi maklumat username dan password seperti di

bawah akan dipaparkan. Masukkan dua maklumat itu dengan betul dan klik pada butang ‘Login’.

Panel Login Administrator Joomla 2.5

Halaman Utama CPanel Admin

Setelah anda berjaya memasukkan username dan katalaluan yang SAH anda akan dapat akses terus ke halaman

utama Cpanel Admin /Panel Kawalan Admin Joomla. Anda akan perolehi paparan tetingkap seperti ini:

Halaman Utama Panel Kawalan Joomla! 2.5

Page 10: Manual pembangunan cms 25

10 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Anda patut kenal dan fahami setiap fungsi yang terdapat pada laman utama CPAdmin ini, kerana anda akan

lebih banyak bekerja di bahagian ini untuk mengendalikan persembahan dan konfigurasian laman web anda.

Bahagian atas halaman ini memberikan maklumat berikut;

1. Label Panel Kawalan / Administrator

2. Seterusnya disediakan menu pengendalian sistem dan aktiviti admin disebelah kiri serta beberapa fungsi lain

untuk admin di selebah kanan.

Menu-menu kerja administrator di bahagikan kepada Site, Users, Menus, Content, Components, Extensions dan

Help. Setiap satu mempunyai fungsi dan guna kerja yang berbeza.

Berikut adalah pecahan fungsi bagi setiap menu kawalan yang anda perlu fahami dan kenali fungsinya:

2.1 Site

Penerangan & Sub menu:

Submenu Fungsi

Control Panel Menu ini anda boleh gunakan pada sebarang masa untuk anda kembali ke paparan Halaman Utama Panel Kawalan ini. Jika anda berada di halaman lain, gunakan butang ‘Control Panel’ dan paparan kembalu ke halaman ini.

My Profile Kemudahan konfigurasian semula maklumat pengguna backend.

Global Configuratiom Konfigurasian utama laman web seperti nama laman, menutup semetara perkhidmatan web, maklumat tentang laman, sistem dan server termasuk nama database dan alamat mail admin semuanya terletak dalam ‘Global Configuration’.

Page 11: Manual pembangunan cms 25

11 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Maintenance Fungsi baru yang sebelum ini terletak dalam submenu ‘Tools’. Kegunaan untuk membuat Global Check-in kepada data MySQL bagi Joomla, untuk clear cache dan menghapuskan terus cache yang telah dipadam.

System Information Memberikan maklumat berkaitan sistem maklumat, setting PHP, konfigurasi dail, level akses terhadap direktori dan Info PHP bagi versi yang digunakan.

Logout Kemudahan untuk anda keluar dari laman kawalan admin. Anda perlu ‘logout’ apabila berhenti dari bekerja di halaman kawalan supaya tidak disalahguna oleh pengguna lain yang tidak bertauliah.

2.2 Users

Penerangan & Sub menu:

Submenu Fungsi

User Manager Menguruskan ahli berdaftar, mendaftar ahli secara manual dan penyelenggaraan.

Group Menamakan suatu kumpulan untuk ditetapkan tahap capaian pengguna kepada maklumat di web.

Access Levels Mencipta dan menguruskan kecahan bagi pemeringkatan capaian yang akan membezakan level kepada setiap pengguna berdaftar.

User Notes Menetapkkan senarai pengguna yang dipilih dari senarai pengguna untuk menerima note ikut kategori.

User Note Categories Mencipta kategori baru khusus untuk penyediaan note.

Mass Mail Users Fungsi kiriman e-mail kepada kumpulan pengguna tertentu

Page 12: Manual pembangunan cms 25

12 | S i f u A z m i - J o o m l a !

2.3 Menus

Menus – Tanpa ada modul menu selain Main Menu

Penerangan & Sub menu:

Submenu Fungsi

Menu Manager Menu ini membantu anda memaparkan semua module menu yang ada di halaman anda. Anda boleh membina module menu baru, mengedit, menduplikasi dan juga menghapuskan module menu sedia ada.

Main Menu Ini adalah andatara module menu yang diberi nama ‘Main Menu’, anda boleh edit kepada nama lain menggunakan Menu Manager. Anda perlu berada dalam menu ini ntuk membina submenu dan anak-anak menu baginya. Anda boleh tambah menu, edit, salin dan buang menu sedia ada. Setiap menu dihasilkan sama ada dari pautan dalam (internal link), pautan luar (external link), separator (selitan/placeholder) dan alias (pautan kepada menu sedia ada).

User Menu, Top , About Joomla, Australian Parks & Fruit Shop

Semua nama-nama module menu yang terdapat dalam laman sample. Anda boleh tambah, edit, rename, salin dan buang module-module menu sedia ada ini dan gantikan dengan nama-nama yang sesuai dengan keperluan dan kehendak laman web anda.

2.4 Content

Penerangan & Sub menu:

Submenu Fungsi

Article Manager Menu ini boleh membantu anda memaparkan semua artikel yang terdapat di halaman anda. Anda boleh

Page 13: Manual pembangunan cms 25

13 | S i f u A z m i - J o o m l a !

filter/sisihkan artikel mengikut nama penulis, jenis category atau section untuk memudahkan carian artikel. Menerusi menu ini anda boleh buat artikel baru, edit, salin dan hapus artikel sedia ada.

Category Manager Pada versi ini sudah tidak wujud ‘section’ kepada artikel, yang ada hanyalah ‘category’ tetapi hirarkinya tanpa had. Dengan‘Categori Manager’ anda boleh mencipta category utama, diikuti sub-category, setiap sub category juga boleh mempunyai sub-category juga dan seterusnya. Anda juga boleh mengedit serta memadam category sedia ada atau memadamkannya.

Featured Article Mana-mana artikel yang penting boleh anda paparkan pada halaman utama (Front Page). Pemilihan dan susunan artikel untuk paparan di halaman utama boleh di selenggara di sini. Anda juga boleh mengurus dan menyelenggara artikel-artikel penting dan cara persembahan di halaman utama.

Media Manager Kemudahan untuk admin menyediakan dokumen sokongan seperti grafik, multimedia dan sebagainya. Menerusi media manager juga admin boleh edit kod html, mencipta folder, muat naik fail dan preview fail tertentu.

2.5 Components

Penerangan & Sub menu:

Submenu Fungsi

Banner, Contacts,Messaging, News Feeds, Search & Web Links

Component adalah aplikasi kecil dalaman yang membantu anda menyediakan banyak kemudahan di dalam laman web Joomla. Antaranya seperti banner, contact, news feeds, messaging, search dan web link. Setiap satu sistem aplikasi tersebut mempunyai menu kawalannya pada submenu ‘Components’.

Rediredt Kemudahan untuk admin buat pautan kepada URL tertentu menggunakan Redirect Manager.

Search Fungsi baru dengan menyediakan Search Manager untuk admin menyemak dan menganalisis kegunaan engine cari dalam portal masing-masing.

Page 14: Manual pembangunan cms 25

14 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Smart Search

3rd Party Component: Forum, Download, Gallery, …..

Anda boleh juga menambah beberapa lagi component baru kepada web Joomla anda. Component tambahan ini dikenali sebagai 3rd party component kerana ia datang dari pihak ketiga. Anda boleh dapatkan pakej component dari sumbernya secara download dan kemudian install (pasang) ke laman andaa. Antara yang popular seperti forum, download sistem, gallery dan banyak lagi.

Catatan: Untuk memudahkan pengendalian anda terhadp component 3rd party yang anda ingin pasang

dan gunakan pada laman web anda, sila pastikan anda mempunyai manual/panduan menggunakan

component tersebut dari laman web anda memuat-turunnya.

2.6 Extensions

Penerangan & Sub menu:

Submenu Fungsi

Extension Manager Menu Extention Manager adalah kemudahan untuk anda penyelenggara CMS ini dengan component, module, template, plugin atau language. Anda juga boleh install/uninstall, mengawal, menaik taraf, membetulkan extension bermasalah, merujuk database dan melihat peringatan dari sistem.

Module Manager Semua modul sedia ada atau model baru yang anda install boleh dilihat dan dikawal menggunakan ‘Module Manager’ ini. Anda boleh tentukan lokasi letak modul pada halaman hadapan (front-end) mengikut lokasi yang disokong oleh template yang anda gunakan. Anda juga boleh konfigurasi dan edit module anda di sini.

Plugin Manager Sama seperti module manager, ‘Plugin Manager’ berfungsi menyenaraikan plugin yang ada termasuk yang baru diinstall. Kawalan lain adalah untuk mengedit penggunaan dan keaktifan plugin sedia ad.

Template Manager ‘Template Manager’ pula menyenaraikan semua template yang ada dan mengawal pemilihan dan mengedit template pilihan (default). Anda perlu sedikitpengetahuan untuk mengedit template anda seperti koding CSS dan HTML. Anda juga boleh mengenal pasti lokasi yang

Page 15: Manual pembangunan cms 25

15 | S i f u A z m i - J o o m l a !

disediakan oleh template untuk module dan konfigurasian lain yang berbeza mengikut template.

Language Manager Pada ‘Language Manager’ anda boleh melihat senarai bahasa yang terdapat pada laman anda. Anda boleh tentukan bahasa mana ingin diaktifkan dan dijadikan bahasa pada penggunaan web anda.

2.7 Help

Penerangan & Sub menu:

Submenu Fungsi

Joomla! Help Butang ini akan membuka kemudahan bantuan yang dijana terus secara talian ke server Joomla! (http://help.joomla.org). Anda boleh dapat pelbagai persoalan dan cadangan penyelesaian di situ.

Official Support Forum Anda akan dipautan terus ke http://forum.joomla.org untuk berbincang atau membaca perbincangan oleh pengguna Joomla sedia ada dan sebelumnya.

Documentation Wiki Anda juga akan dipautan secara talian ke http://docs.joomla.org untuk melihat dokumentasian istilah, panduan pengguna dan info berkaitan CMS ini.

Useful Joomla links Menyediakan senarai pautan lain yang berguna dan dapat membantu pengguna/admin baru. Antaranya pautan ke Joomla extension, tranlater, sumber, komuniti, keselamatan, pembangunan, jualan dan sebagainya.

Selain dari menu-menu kawalan di atas anda juga boleh menggunakan ikon kawalan pada halaman utama. Kebanyakan

menu ini merupakan perkara dan pautan kepada perkara-perkara penting dan kerap diurus dan dikendalikan selaku

seorang admin. Anda boleh menggunakan ikon-ikon ini jika tidak mahu memilih menu kerja seperti diterangkan sebelum

ini.

Page 16: Manual pembangunan cms 25

16 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Contoh ikon menu yang terdapat di halaman utama Cpanel Admin;

Ikon Utama Kerja Pengendalian Administrator Joomla 2.5.

Penerangan Ikon dan Fungsi:

Ikon Fungsi

Memudahkan anda untuk terus membuka Editor Pengarangan WYSIWYG untuk menulis satu artikel baru.

Membuka ‘Artikel Manager’ adalah kemudahan untuk anda melihat senarai artikel, menyemak penulisan, penulis dan status artikel. Menerusinya anda boleh menulis artikel baru, memadam artikel dan edit lama serta mengubah status artikel.

Dalam versi terkini tiada lagi Section dan Section Manager dan digantikan dengan Category Berkierarki tanpa had. Maksudnya dengan Category Manager anda mampu mencipta Category utama dan sub-sub category sebanyak lapisan (hierarki) yang dikehendaki.

Page 17: Manual pembangunan cms 25

17 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Terus ke ‘Media Manager’ untuk menguruskan folder dan fail berkaitan grafik yang akan digunakan dalam banner dan artikel web anda.

Membuka ‘Menu Manager’ untuk pengurus dan pengendalikan semua menu yang perlu dan wujud dalam laman anda.

Membuka terus ‘Language Manager’ untuk memilih bahasa utama dan melihat senarai bahasa lain yang telah diinstall ke laman anda.

Membuka ‘User Manager’ untuk menambah, membuang, mengedit dan reset katalaluan untuk pengguna berdaftar dengan laman web anda.

Membuka terus menu ‘Global Configuration’ untuk membuat penetapan dan setting konfigurasian bagi site, sistem dan server yang digunakan oleh laman web anda.

Module manager membuka extention berjenis module seperti menu dan lain-lain untuk proses penyelenggaraan, installasi, aturan/susunan module, status aktivasi dan pengubahsuaian.

Template Manager dapat menentukan template bilikan ‘default’ dan template-template tertentu pada menu-menu tertentu. Admin dapat menyelenggara template, installasi, editing HTML dan CSS serta kawalan parameter terhadap template.

Extension Manager dapat menguruskan segala extension yang sedang dan akan digunakan oleh portal seperti installasi, kemaskini, kawalan, ‘discover’, database dan amaran.

Page 18: Manual pembangunan cms 25

18 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Admin juga boleh menukar profail dirinya terus dari halaman utama panel kawalan dengan kemudahan Edit Profile.

Kemudahan ini untuk menyemak versi terkini Joomla selan versi yang sedang digunakan.

Juga terdapat kemudahan untuk menyemak extension terkini yang sama seperti extension yang terdapat dalam system CMS anda. Serta lain-lain fitur baru yang disediakan oleh extension baru di pasaran.

Satu lagi kemudahan yang terdapat di halaman utama Cpanel Admin ini adalah kemudahan analisa maklumat yang

berbentuk seperti di bawah:

Terdapat 3 pecahan maklumat yang mengandungi informasi seperti diterangkan ini;

Perkara Analisa Info

Last 5 Logged-in Users Lima nama pengguna yang terakhir login

Top 5 Popular Articles Lima tajuk artikel yang paling banyak dibaca oleh pengunjung

Last 5 Added Articles Senarai lima artikel terakhir/terbaru.

Analisa ini dapat membantu admin mengesan siapa pengguna yang sedang login di halaman admin dan halaman

hadapan, serta mengetahui popularity artikel dan artikel terbaru yang dimuatkan ke portal. Ini bermakna dalam panel

kawalan Joomla, dua perkara yang dititik beratkan dalam pengguna dan artikel.

Ingat! Pengguna mengunjungi laman kita kerana inginkan maklumat menerusi artikel dan persembahan lain dari

portal/web kita. Maka perkara utama yang perlu diberatkan adalah artikel. Untuk menarik ramai pengunjung dan

pengguna, portal/web kita haruslah menyajikan banyak artikel yang baik, menarik dan menyalurkan maklumat berkaitan

selari dengan objektif kewujudannya.

Page 19: Manual pembangunan cms 25

19 | S i f u A z m i - J o o m l a !

PENGURUSAN ISI KANDUNGAN

Konsep Isi Kandungan (Content)

Perkara terpenting dalam sesebuah laman web adalah isi kandungan

(content) iaitu maklumat atau artikel yang disalurkan oleh sesebuah laman

web. Laman web yang baik adalah laman web yang kaya dengan maklumat.

Untuk memudahkan pengguna memperolehi maklumat, semua isi

kandungan perlu dipersembahkan dengan baik serta mempunyai menu atau

sambungan (hyperlink) kepada artikel yang disediakan menerusi laman web.

Web yang baik juga bercirikan interaktif dan mesra pengguna.

Untuk menghasilkan artikel di dalam Joomla! anda perlu mengetahui konsep isi kandungannya. Kerana Joomla!

mempersembahkan artikelnya secara bersistematik. Kaedah terancang ini perlu dipatuhi bagi memudahkan admin

membina menu atau capaian kepada artikel yang dikarang.

Konsep isi kandungan dalam Joomla! boleh di jelaskan oleh diagram-diagram di bawah.

Konsep Baru

Bagi menyalurkan maklumat, artikel akan dihasilkan mengikut category tertentu. Lapisan atau hierarki category

adalah bebas tanpa had mengikut keperluan web. Dalam versi Joomla terdahulu terdapat Section iaitu hierarki

pertama yang merupakan skop utama bagi mewakili suatu bidang atau pecahan utama suatu kumpulan maklumat.

Konsep Lama

Maklumat

Category Utama

Maklumat

Section

Category

Category1

Category2

Page 20: Manual pembangunan cms 25

20 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Maklumat

Category Utama

Dalam konsep kandungan Joomla sekarang, Artikel sudah boleh dihasilkan sekali pun hanya ada satu Category.

Konsep Baru

Dulu untuk menghasilkan artikel admin perlu wujudkan sekurang-kurangnya satu Section, kemudian di

dalamnya perlu wujud sekurang-kurangnnya satu category pula sebelum ada artikel, seperti ini:

Konsep Lama

Menerusi konsep baru, hierarki bagi category adalah tidak dihadkan, jika artikel perlu dipecahkan kepada

beberapa lapisan heirarki, admin perlu wujudkan secukupnya category sebelum menulis artikel, contoh:

Contoh artikel (tajuk artikel) Category3 Berat Badan Category2 Kesihatan Produk Jualan ;

Konsep Baru

Maklumat

Section

Category

*Artikel1 *Artikel2

*Artikel3 *….

*

Maklumat

Category Utama

*Artikel1 *Artikel2 *Artikel3

*….

Category2

Category3

*Artikel1 *Artikel2

*Artikel3 *….

*

Page 21: Manual pembangunan cms 25

21 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Jika terdapat Category lain lagi, anda perlu cipta category baru itu dahulu untuk mewakili categori keempat dan

seterusnya baru anda boleh tulis artikel di dalamnya. Tiada had bilangan artikel ditetapkan untuk sesuatu

category.

Untuk mencipta category, gunakan ‘Category Manager’.

Kemudian barulah tulis artikel, anda boleh gunakan ikon ‘Add New Article’. Atau boleh juga buka dahulu ‘Article

Manager’ kemudian klik ‘New’.

Tapi sebelum itu wujudkan dahulu category seperty keperluan portal/web anda.

Mencipta Category Utama

Pada Category Manager pilih New.

Editor Mencipta Category

Page 22: Manual pembangunan cms 25

22 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Lengkapkan pada ruangan ‘Title’ dengan tajuk/nama category anda. Pada ‘Alias’ boleh tulis nama unik kepada

tajuk tersebut sebagai ID atau abaikan kosong. Ruangan ‘Parent’ biarkan kosong kerana ini category utama. Jika

anda buat sub category baru isikan ruangan ini. Pada Status pilih ‘Publish’. ‘Access’ adalah bermaksud level

pengguna yang boleh mengakses maklumat ini, pilih ‘Public’ jika membenarkan semua orang boleh

mengaksesnya, atau pilih ‘Register’ jika anda hanya mahu ahli web yang mengaksesnya. Jika anda pilih ‘Special’

hanya pengguna aras tinggi seperti ‘Super Admin’, ‘Administrator’ dan ‘Manager’ sahaja yang boleh

mengaksesnya.

Pilih All Permissions dan All pada ‘Language’.

Jika ingin meletakkan imej dan sedikit info berkaitan category ini dila lengkapkan di ruangan ‘Description’. Pada

ruangan ‘Description’ tuliskan maklumat/penerangan tentang category anda untuk rujukan pengguna. Pada

penerangan ini anda juga boleh selitkan imej dengan menggunakan butang ‘Image’. Menggunakan editor

WYSIWYG ini, anda dengan mudah boleh mengendalikan kawalan format kepada teks yang ditulis. Tetapi jika

anda tidak mahu menggunakan kemudahan editor ini anda boleh pilih ‘Toggle Editor’ dimana anda tulis terus

secara koding HTML pada ruangan editor toggle. Akhir sekali, simpan dengan butang ‘Save & Close’ maka

terciptalah category anda.

Lakukan perkara yang sama untuk menghasilkan category lain, jika ia sub-category pilih category awal pada

‘parent’ category. Anda boleh buat sehingga beberapa lapisan hierarki ikut keperluan maklumat anda. Setiap

category yang anda buat pastikan anda ‘SAVE’. Contoh di bawah menunjukkan cara buat sub-category 1:

Mencipta Sub-Category1

Prosesnya sama seperti mencipta category utama, klik ‘Category Manager’ kemudian pilih New.

Editor Mencipta Category Baru

Page 23: Manual pembangunan cms 25

23 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Kini jika anda kembali ke Category Manager anda akan melihat hierarki semua category yang wujud dalam

system ‘content’ anda, contoh:

Hierarki Category

Setelah mencukupi category yang anda perlukan barulah anda tuliskan artikelnya. Gunakan editor WYSIWYG untuk

menulis artikel anda dengan mudah seperti anda menggunakan pengarangan teks biasa.

Menulis Artikel

Untuk mencipta article anda boleh terus menggunakan ikon ‘Add New

Article’ atau anda pilih dahulu ‘Article Manager’ kemudian klik New. Kedua-

dua kaedah ini akan membuka editor WYSIWYG bagi menghasilkan article:

Editor WYSIWYG – Bahagian Atas

Pada bahagian ini lengkapkan Tajuk, Category, Status, Access, Permission, Featured dan Language. Boleh juga

lengkapkan ruangan Publishing Options, Article Options dan Configure Edit Screen (Untuk Advance Admin).

Note: Untuk memaparkan artikel pada halaman utama pilih ‘Yes’ pada Featured. Anda boleh juga tetapkan

tarikg mula dan akhir penerbitan artikel pada ‘Publishing Options’.

Page 24: Manual pembangunan cms 25

24 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Editor WYSIWYG – Bahagian Pengarangan Teks

Admin boleh set editor WYSIWYG kepada format teks pengarangan seperti MSWords atau format ringkas sahaja

(Bertanda biru). Fungsi tambahan yang dikenali sebagai ‘editor-xtd’ (bertanda merah) juga dapat membantu kerja

pengarangan untuk menyelitkan imej, membuat ‘page break’, memasang ‘read more’ dan menukar editor GUI kepada

arahan teks html (toggle editor).

Satu cirri baru dalam Joomla versi 2.5 adalah ‘permissions’, itu kebolehupayaan pengguna untuk melakukan edit dan

delete serta edit status artikel. Semua peringkat pengguna iaitu public, register, hingga ke Super Users boleh ditentukan

menerusi fitur ini.

Berikut contoh permission terhadap artikel di atas, ruangan ini terletak di bawah bahagian pengarangan teks. Contoh di

bawah menunjukkan admin sedang membuka permissions kepada pengguna dalam level public:

Page 25: Manual pembangunan cms 25

25 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Editor WYSIWYG – Bahagian Pengarangan Teks

Semua kerja penulisan akan disimpan dan dipaparkan di portal/web setelah anda simpan “Save” proses pengarangan ini.

Klik pada menu sisi atas seperti contoh berikut:

Butang Save

Terdapat 4 bentuk simpanan (save) iaitu :

1. Save = Artikel disimpan tanpa memadam paparan editor WYSIWYG 2. Save & Close = Artikel disimpan dan editor WYSIWYG akan ditutup. 3. Save & New = Artikel disimpan dan editor WYSIWYG akan dikosongkan untuk memulakan artikel baru. 4. Save as Copy = Artikel disimpan dengan sambungan (2) dan editor WYSIWYG masih menyimpan artikel

untuk editing dan proses penulisan baru. Tips: Pastikan anda klik save dalam secara berkala dalam tempoh 5-10 minit untuk mengelakkan system log out secara auto, kerana jika itu berlaku, seluruh tulisan anda akan hilang dan terpadam tanpa simpanan.

Page 26: Manual pembangunan cms 25

26 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Selain menulis teks dan menyelitkan imej, pagebreak, read more dan toogle editor, editor WYSIWYG juga boleh menulis

kod-kod istimewa untuk menjalankan fungsi ‘plugin’. Biasanya plugin terpaksa digunakan untuk menghasilkan

persembahan multimedia khususnya di dalam artikel. Umpamanya, muzik, video serta media ‘flash’ animasi unik, plugin

akan memainkan peranan. Supaya plugin berfungsi sedikit kod html perlu ditulis bagi melaksanakannya.

Aktiviti Amali:

Untuk mengisi dan melihat persembahan maklumat anda di Joomla, lakukan aktiviti penulisan artikel sebanyak 5

termasuk contoh pertama tadi sebagai artikel ‘dummy’. Gunakan teks ‘lorem ipsum’ dan grafik sample ( yang ada di

dalam Joomla dan anda boleh jana teks dummy di http://subterrane.com/files/loremipsum.html ), contoh artikel:

Artikel 1 Title: Artikel AAA | Category: Category Utama

Featured: YES

Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua. At vero eos et accusam et justo duo dolores et ea rebum. Stet clita kasd gubergren, no sea takimata sanctus est Lorem ipsum dolor sit amet. Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua. At vero eos et accusam et justo duo dolores et ea rebum. Stet clita kasd gubergren, no sea takimata sanctus est Lorem ipsum dolor sit amet. Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua. At vero eos et accusam et justo duo dolores et ea rebum. Stet clita kasd gubergren, no sea takimata sanctus est Lorem ipsum dolor sit amet.

Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis dolore te feugait nulla facilisi. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis dolore te feugait nulla facilisi.

Artikel 2 Title: Artikel BBB Category: Sub-Category 1 Featured: YES

Artikel 3 Title: Artik CCC Category: Sub-Category 1 Featured: YES

Artikel 4 Title: Artikel DDD Category: Sub-Category 1 Featured: YES

Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua. At vero eos et

Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua. At vero eos et

Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua. At vero eos et accusam et justo duo dolores et ea

Page 27: Manual pembangunan cms 25

27 | S i f u A z m i - J o o m l a !

accusam et justo duo dolores et ea rebum. Stet clita kasd gubergren, no sea takimata sanctus est Lorem ipsum dolor sit amet.

accusam et justo duo dolores et ea rebum. Stet clita kasd gubergren, no sea takimata sanctus est Lorem ipsum dolor sit amet.

rebum. Stet clita kasd gubergren, no sea takimata sanctus est Lorem ipsum dolor sit amet.

Artikel 5 Title: Artikel EEE | Category: Sub-Category 1

Featured: NO

Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis dolore te feugait nulla facilisi. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis dolore te feugait nulla facilisi.

Sekarang anda sudah mempunyai 5 buah artikel dummy dan persembahan maklumat anda dalam paparan Joomla 2.5

adalah seperti di bawah.

Page 28: Manual pembangunan cms 25

28 | S i f u A z m i - J o o m l a !

MENU

Menu adalah pintu untuk masuk ke artikel yang anda tulis untuk

diakses oleh pengguna. Menu ‘Home’ umpamanya adalah menu

yang memanggil ‘featured article’iaitu artikel yang telah ditetapkan

paparannya di halaman utama (frontpage). Anda boleh edit dan ubah

setting ini dengan menggunakan Menus diikuti klik pada module

Main Menu.

Kemudian Menu Manager akan memaparkan Menu Items untuk Main Menu seperti ini:

Anda boleh lihat/edit setting paparan item ‘Home’ klik pada Home klik ‘Edit’.

Page 29: Manual pembangunan cms 25

29 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Menu Item mestilah ‘Featured Articles’, menu title ‘Home’ atau sebagainya. Status, access, location, parent,

target window dan sebagainya anda boleh biarkan mengikut setting defaultnya.

Pada layout option boleh tentukan menu untuk All atau category tertentu sahaja. Jika pilih All ia akan di

paparkan pada semua category artikel. Aturan letak artikel boleh ditetapkan dalam ruangan :

1. #Leading Articles – iaitu artikel utama di permulaan halaman.

2. #Intro Article – artikel di bawah leading article. Contoh di atas menunjukkan ada 3 artikel sebagai

intro artikel.

3. #Columns – pembahagian ruang, contoh di atas ruang untuk intro article akan di pecah kepada 3.

4. #Link – iaitu artikel ke 5 dan seterusnya tidak akan dipaparkan terus tetai dalam bentuk link. Namun

setting di atas diisi dengan 0 (kosong) bermakna tidak dipaparkan link untuk artikel ke 5 dan

seterusnya.

Tetapi terdapat juga artikel yang tidak ditetapkan sebagai ‘featured article’.Ini kerana semasa menulis artikel

anda kebiasaannya tidak memilih supaya semua artikel dipaparkan pada halaman utama (Feartured=YES)).

Keadaan ini memerlukan anda menyediakan menu untuk membolehkan artikel tersebut diakses oleh pengguna.

Jika anda memilih papar di ‘Featured’ sebagai ‘Yes’ semasa menulis artikel tadi, pengguna boleh melihat terus

artikel anda di halaman utama walaupun tiada menu untuknya. Tapi bagaimana dengan artikel lain yang tidak

sedemikian seperti pada Artikel EEE tadi, maka menu diperlukan untuk mengakses artikel tersebut.

Untuk mencipta menu, pilih ‘Menus’ kemudian pilih

‘Menu Manager’ seterusnya di sisi kli ‘Add New

Menu’ untuk mencipta satu modul baru khusus

sebagai menu-menu kepada artikel baru anda.

Kemudian paparan di bawah akan ditunjukkan dan lengkapkan seperti contoh:

Mencipta Menu - MyArtikel

Isikan nama menu baru anda seperti di atas. Menu type sila tuliskan satu perkataan atau letakkan ‘under-score’

jika 2 perkataan. Nama ini untuk kegunaan database dan sistem membuat rekod. Seterusnya berikan sedikit

penerangan untuk panduan kemudian, rujuk contoh di atas. Pastikan anda akhiri dengan menyimpannya (save).

Page 30: Manual pembangunan cms 25

30 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Selepas itu simpan (Save & Close). Apabila paparan kembali ke senarai Menu Manager,

telah wujud nama menu baru anda sebagai MyArtikel. Sekarang anda perlu cipta pula

satu modul baru untuk kumpulan menu anda ini dan konfig module tersebut mengikut

kehendak dan citarasa anda dimana kedudukannya (sama ada di left,right,top dan

sebagainya). Untuk itu pergi ke menu ‘Module Manager’.

Apabila Module Manager dibuka klik New, contoh;

Pilih New Module Type:

Menu.

Pada Module Manager:

Tulis title: MyArtikel

Show: Yes

Position: klik pada selection dan

pilih ‘position-7’ bagi beez_20

(Left top)

Pada bahagian Menu Assignment:

Module Assignment: On all pages

@ anda ubahsuai ikut keperluan

anda.

Pada Ruang Kanan

‘Basic Option”’

Select Menu: Menu Myartikel

Kemudian anda simpan:

Save & Close.

Paparan Module Manager.

Page 31: Manual pembangunan cms 25

31 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Apabila paparan kembali ke paparan senarai module anda dapati telah wujud module untuk MyArtikel dan

ketetapan seperti yang anda telah konfig seperti di atas tadi. Anda boleh cuba ubahsuai konfigurasian tersebut

dan uji paparannya di halaman hadapan Joomla anda.

Senarai dan konfigurasian Module-module anda.

Kini module menu MyArtikel telah dicipta seterusnya masukkan item-item untuk module tersebut supaya

dipaparkan kepada pengguna di halaman utama web anda.

Klik pada Menus dan kemudian MyArtikel Add New Menu Item:

Kembali klik ‘select’ pilih ‘Single Article’.

Seterusnya pilih artikel anda klik “Select/Change” Klik pada tajuk artikel untuk dipauta ke menu ini:

Page 32: Manual pembangunan cms 25

32 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Seterusnya lengkapkan dengan nama menu yang akan dipaparkan dan simpan (Save & Close), contoh:

Mencipta Menu untuk Artikel AAA dalam Module Menu MyArtikel

Semak kembali klik pada Menus MyArtikel , paparan menunjukkan telah ada satu menu dalam module

tersebut:

Senarai Menu dalam MyArtikel

Seterusnya lakukan aktiviti yang sama untuk 4 lagi artikel sehingga lengkap seperti senarai di bawah:

Sekarang buka halaman hadapan Joomla anda dan lihat serta klik pada menu yang baru ‘MyArtikel’ dan lihat

cara persembahannya.

Page 33: Manual pembangunan cms 25

33 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Note: Seterusnya anda perlu cuba cipta menu-menu baru untuk 5 artikel tadi dengan ‘Menu Item Type’ berjenis

lain, dicadangkan anda mencuba menu berjenis List All Categories, Category Blog, Category List serta yang lain.

Jenis-jenis Item Bagi Kumpulan Artikel

Catatan: Semua jenis item menu dalam kumpulan Article hanya boleh membuka artikel, sama ada single artikel, ikut

category secara senarai atau blog. Yang mana pilihan anda, bergantung kepada kreativiti dan perancangan anda

semasa membangun laman web. Selain artikel, anda boleh juga buat menu untuk contacts, Newsfeed, users,

wrapper, weblink, dan pelbagai menu lain contohnya forum, gallery, buku tetamu dan macam-macam lagi.

Menu jenis Wrapper adalah menu dalam persekitaran tema web anda tetapi boleh dipaut kepada URL luar.

Kemudahan ini membolehkan seolah-olah laman itu asli dari laman anda walaupun sebenarnya ia adalah halaman

URL asing.

Selain itu anda boleh juga membina menu berbentuk External Link (pautan luar), menu berbentuk Separator

(sisipan) atau berbentuk Alias (iaitu pautan baru untuk menu yang telah sedia ada).

Selain membuat menu secara Module, anda juga boleh buat menu secara hyperteks. Semuanya dapat anda lakukan

dengan editor WYSIWYG.

Untuk menghasilkan web yang baik, menu dan pautan anda haruslah dipersembahkan dengan mudah dan menarik.

USER MENU

Seterusnya menggunakan kemahiran tadi sila buat Module Menu Pengguna dan dilengkapi dengan 3

items menu iaitu:

1. Edit Pengguna 2. Tulis Artikel Baru 3. Logout

Letakkan module anda di position yang anda gemari dan akses berjenis register dan special. Pastikan anda melakukan tugasan ini sebelum ke tugasan selanjutnya.

Page 34: Manual pembangunan cms 25

34 | S i f u A z m i - J o o m l a !

MODULES

Modules Manager

Module adalah kelengkapan dalam kumpulan extension yang dapat membantu pengguna mencari dan

menerima maklumat dari portal/web anda. Biasanya module dipaparkan di halaman utama pada ruangan yang

dikenali sebagai position yang disokong dan ditentukan oleh sesuatu template. Module juga boleh dipaparkan

pada ruangan artikel menggunakan sesuatu plugin atau kod html.

Untuk melihat senarai module yang aktif klik pada Module Manager di halaman utama panel kawalan

atau klik Extention Module Manager:

Module Manager .

Kemudian Module Manager dibuka dan akan memaparkan senarai module-module yang sedang diaktifkan dan

digunakan di dalam portal/web anda. Contohnya:

Module Manager – Senarai Module Aktif / Digunakan di web anda.

Module biasanya mempunyai Tajuk (Nama Module), Status aktif atau tidak, Position yang mengikut nama

position seperti yang digunakan oleh template pilihan, susunan dan jenis module, rujuk paparan di atas.

Untuk membolehkan anda meletakkan sesuatu module pastikan anda semak dahulu position yang terdapat pada

sesuatu template dengan menulis ?tp=1 pada hujung URL/alamat web anda contoh: htt://www.lamanku.my/?tp=1

Page 35: Manual pembangunan cms 25

35 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Position – Tempate Beez_20

Setiap position biasa mempunyai nama yang khusus sepertu Top, Breadcrumb, Left, Right, Banner, User1, User2,

User3 dan sebagainya.Namun kini dalam versi 2.5 pelbagai nama lain juga boleh digunakan tidak terhad kepada

nama khusus tadi sahaja.

Apabila anda sudah mengenal pasti kedudukan (position) untuk diletakkan sesuatu modelu barulah cipta

module menggunakan Module Manager. Klik Module Manager New

Kemudian Klik ‘Module Type’ dari senarai di

paparkan.

Cuba ciptakan module-module berikut:

1.Latest Users 6.Footer 2.Random Image 7.Latest News 3.Search 8.Statistik 4.Whois Online 9.Latest News 5.Custom HTML -image

Page 36: Manual pembangunan cms 25

36 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Selepas pilih ‘Module Type’ isikan :

1.Title (Nama Module) 2.Show/Hide Nama Module 3.Klik dan pilih position – ikut position yang disokong oleh template anda. 4.Status= Published 5.Access=Public Yang lain biarkan ‘default’ seperti di sebelah (biarkan kosong Joomla akan set sebagai default)

Seterusnya set pada “Basic Option” setiap module dengan konfigurasian tertentu. Atau gunakan ruangan “Editor WYSIWYG” untuk membina module anda:

Contoh Basic Optioan Bagi Module Latest Users dan Random Images.

Basic Option Bagi Module Search dan Statistic

Tips: Anda boleh karang artikel atau letak image jika menggunakan Module Type berjenis “Custom HTML” atau jika jenis lain sila set pada Basic Option butiran dan penetapan tertentu seperti dikehendaki, rujuk contoh-contoh di atas.

Page 37: Manual pembangunan cms 25

37 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Bina dan cipta module anda ikut/seperti senarai pada Module Manager di bawah:

Contoh Module – Nama Module, Position dan Type.

Kemudian hasilkan portal/ web anda seperti contoh beriku:

Page 38: Manual pembangunan cms 25

38 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Kemudian cuba install lagi beberapa module baru selain yang didatangkan bersama pakej Joomla 2.5. Gunakan kemudahan “Extention Manager” untuk installasi pakej module baru. Dapatkan pakej module dari pihak pembekal atau dari koleksi extension di http://www.joomla.org .

Proses Installasi Module Baru

Setelah anda perolehi pakej disimpan dalam localhost anda, kemudian install ke web anda menerusi ‘Extension Manager” Bowse fail pakej yang telah anda perolehi kemudian Upload & Install. Kemudian buka “Module Manager” dan aktifkan serta konfig module tersebut:

Untuk aktifkan dan buat setting konfigurasian module baru, klik pada title module edit : tukar nama, papar nama atau tidak, pilih position dan halaman untuk paparan seterusnya Save. Teruskan proses ini sehingga anda rasakan halaman utama anda menarik pengguna dan module mencukupi.

Page 39: Manual pembangunan cms 25

39 | S i f u A z m i - J o o m l a !

PLUGIN DAN COMPONENT

Plugin Plugin sebelum ini dikenali sebagai Mambot dalam Joomla! 1.0 dan dalam Mambo iaitu versi terdahulu sebelum

Joomla! dimana fungsinya adalah umpana satu aplikasi kecil yang dipasang ke dalam Joomla! untuk

melaksanakan suatu fungsi kerja tertentu.

Joomla! 2.5 didatangkan bersama beberapa plugin seperti :

Senarai Plugin yang tersedia.

Sekarang kita masukkan beberapa lagi plugin baru untuk kita gunakan di dalam artikel dan sebagainya untuk

menarik minat pengunjung terhadap laman kita. Antara plugin baru yang akan dimasukkan ialah:

1.tabs dan slide

2.jplayer

3. imagescrollfx

4.dan lain-lain…

Untuk melaksanakan proses installasi klik pada

Extensions Extension Manager:

Page 40: Manual pembangunan cms 25

40 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Proses Installasi Plugin.

Lakukan proses installasi sehingga berjaya dengan paparan mesej

seterusnya pergi ke menu Extension kemudian ke Plugin Manager. Paparan pada plugin manager

menunjukkan plugin baru yang anda install tadi telah wujud tetapi belum ‘Enabled’.

Plugin Manager – senarai plugin dalam sistem web anda.

Jika anda perhatikan dalam senarai plugin terdapat plugin yang baru anda install tadi. Untuk membolehkan anda

menggunakan fungsi ini dalam penulisan artikel anda, klik pada butang ‘Disable’ sekali untuk menjadikannya

‘Enabled’ . Setelah itu anda sudah boleh melaksanakan fungsi tabs untuk menghasilkan tab-tab tertentu

dalam artikel anda. Pastikan anda mengetahui kaedah menghasilkan tabs dari laman pembekal. Biasanya setiap

plugin akan diberikan manual kerjanya supaya pengguna (admin) dapat menggunakan plugin tersebut dengan

tepat.

Note: Setiap kali plugin baru diinstall secara default statusnya adalah tidak aktif atau disable. Admin perlu

konfig pada plugin manager untuk mengaktifkannya. Biasanya pihak pengeluar plugin menyediakan manual

untuk bantuan kepada admin mengendalikan plugin tersebut.

Manual Plugin dari pembekal.

Contoh- ketika anda menulis artikel dan bercadang menyelitkan tabs dalam artikel tersebut anda perlu tulis

sedikit koding seperti manual yang diberikan untuk menghasilkan tab yang anda kehendaki. Koding tersebut

akan mengarahkan plugin yang di pasang pada sistem Joomla anda untuk bekerja menghasilkan paparan TABS

mengikut koding yang anda tulis.

Page 41: Manual pembangunan cms 25

41 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Tedapat juga plugin yang bekerja bersama module atau component. Maka setelah anda install plugin diikuti

install pula module atau componentnya. Kerana plugin jenis ini akan memaparkan fungsinya menerusi module

atau component yang diinstall bukannya di dalam artikel seperti dalam dalam contoh diterangkan awal tadi.

Terdapat banyak plugin yang perlu anda cari dan pasang ke dalam sistem Joomla! anda untuk memudahkan

kerja anda sebagai admin seterusnya menghasilkan laman web yang unik dan menarik. Pastikan juga anda tidak

memasang terlalu banyak plugin kecuali yang perlu sahaja.

Component

Component Joomla! adalah element utama yang menghasilkan suatu fungsi tambahan yang akan dipaparkan

pada posisi di halaman utama yang dilaksanakan oleh sesuatu template. Setiap component dikawal sepenuhnya

dari panel admin pada sub-menu component. Berbeza dengan plugin, component lebih besar dah berfungsi

serta mengawal sendiri paparannya di halaman utama.

Biasanya untuk menghasilkan paparan bagi suatu component admin akan membuat menu kepada component

seperti download, galeri, site map, poll dan contact form. Tetapi kadang kala component juga dapat

menyalurkan maklumat tentang suatu fungsi component melalui module atau plugin atau keduanya seperti

component community, download, comment,event – kalendar dan sebagainya.

COMPONENT PILIHAN – Web Link

Satu cara buat pautaan adalah dengan menggunakan

component “Web Link” yang telah tersedia di dalam

Joomla. Masuk ke Panel Kawalan Admin Components

Web links Categories

Buat categories dahulu = buat tajuk/kumpulan bagi web

link yang akan kita gunakan untuk meletak pelbagai

pautan. Contoh categories yang sesuai adalah:

1. Akhbar

2. Agensi Kerajaan

3. IPTA

4. IPTS

5. Laman Sosial

Dan sebagainya.

Page 42: Manual pembangunan cms 25

42 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Mencipta Category.

Selepas langkah di atas, klik pada butang New , kemudian lengkapkan seperti paparan di bawah:

Mencipta Category Bagi Pautan /Weblink

Lakukan perkara yang sama untuk menghasilkan category yang seterusnya. Pastikan anda Save & New dan diakhiri

dengan Save & Close.Bila anda kembali ke weblink, categori anda adalah seperti di bawah:

Senarai Categori untuk Weblink

Mencipta Link (Pautan)

Setelah mempunyai category seperti di atas, ciptakan pautan untuk setiap satu. Dari masa ke semasa anda boleh

tambah, buang dan edit pautan-pautan ini. Contoh mencipta pautan untuk category akhbar.

Page 43: Manual pembangunan cms 25

43 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Menu buat Pautan Baru

Seterusnya klik New, dan isi paparan seperti di bawah dengan nama link, alamat URL dan categorynya, kemudian Save &

New untuk menyambung kerja menulis pautan-pautan lain.

Mengisi pautan Untuk pengguna

Kemudian pada paparan seperti di bawah masukkan maklumat dan alamat pautan berkenaan:

Maklumat Pautan

Page 44: Manual pembangunan cms 25

44 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Untuk memaparkan pautan ini di halaman utama, sila buat menu dengan menggunakan menu berjenis pautan weblink,

lihat contoh ini;

Menus Main Menu (atau lain-lain module menu) Add New Menu Item, seperti bi bawah:

Seterusnya pilih Weblink List Web Links in a Category.

Mencipta Menu – Akhbar

Akhirnya menu terhasil dan anda boleh buka pautan semua akbar dari menu ini sahaja.

Page 45: Manual pembangunan cms 25

45 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Kemudian namakan menu baru seperti contoh:

1. Pilih jenis : Web links

2. Pilih “web link category list layout”

3. Berikan nama

4. Pilih parent atau jadikan Top item.

5. SAVE & Close.

Pastikan anda simpan (save) menu baru ini.

Pada halaman utama sekarang anda sudah boleh akses pautan ini dan koleksi pautan tersebut seperti contoh berikut:

Satu menu baru wujud dengan nama Koleksi Pautan. Klik menu itu , paparan seperti di bawah akan muncul dan dapat

digunakan oleh pengguna untuk ke pautan yang disediakan.

Seterusnya cuba buat koleksi pautan yang lain sebanyaknya. Menu dan item menu sudah tidak perlu dibuat, gunakan

menu dan pautan di atas untuk membuka koleksi tambahan yang akan anda tambah seterusnya. Selamat mencuba!.

Page 46: Manual pembangunan cms 25

46 | S i f u A z m i - J o o m l a !

TEMPLATE & IDENTITI

Sebuah laman web atau portal mesti kelihatan menarik, warna, sais paparan, module pilihan, persembahan data,

maklumat agensi/syarikat/pemilik di paparkan dengan jelas pada pilihan ruang tertentu. Semua ini akan menjadi

perhatian pertama oleh penggunjung terhadap sesuatu web/portal. Peranan inilah yang dipikul oleh template dalam

CMS Joomla.

Templates Joomla

Template adalah kerangka persembahan yang memaparkan maklumat (artikel), module-module(dalam pisition

tertentu), component (menu/module), plugin (dalam artikel/module) dan penggunaan bahasa pilihan. Setiap

template mempunyai ciri, skima warna, aturan position dan gaya persembahan yang tersendiri.

Ciri dan gaya persembahan yang ditunjukkan oleh template adalah seperti pemilihan tema warna, sais dan

pemilihan jenis teks,penggunaan grafik, penentuan dan pecahan posisi, gaya dan format menu, bentuk header,

sisipan animasi, persembahan grafik serta flash dan pelbagai lagi. Contoh persembahan template Joomla.

Page 47: Manual pembangunan cms 25

47 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Template Manager

Untuk mengawal dan mengendalikan template, pergi ke menu Extension kemudian pilih Template Manager. Di

situ akan disenaraikan template yang sedia ada di web anda. Contoh:

Template Manager Site.

Dalam template manager akan disenaraikan semua nama & style template yang telah diinstall dan sedia untuk

digunakan sama ada di ‘site’ (bertanda merah) atau di ‘administrator’ (bertanda hijau). Pada suatu masa sekurang-

kurang ada 2 template dijadikan pilihan (default) iaitu satu untuk site dan satu lagi untuk administrator. Seperti

contoh di atas, template ‘AnimalBusiness FJT’ default kepada site dan ‘Bluestork’ pula menjadi default kepada

bahagian administrator.

Pada template manager di paparkan style, nama template, ID dan template yang menjadi pilihan (Default) yang

ditandakan dengan bintang dan anda boleh menukarnya dengan memilih nama template lain diikuti tekan

butang Default: .

Dalam suatu masa boleh juga digunakan beberapa template untuk ‘site’ dengan menetapkan satu-satu menu untuk

dipaparkan pada satu-satu atau beberapa menu tertentu.

Penggunaan Multi-Template Pada Pelbagai Halaman.

Pada paparan di atas menunjukkan default adalah template ‘ Animalbusiness-fjt’ – pada menu Home/Laman

Utama, tetapi jika pengguna berada pada menu lain template lain akan dipaparkan mengikut setting yang telah Super

User tetapkan (Klik pada Nama ‘Style’ kemudian pilih menu yang disenaraikan Save). Menu-menu pilihan untuk

halaman-halaman tertentu ditandakan dengan tanda , lihat contoh di atas.

Page 48: Manual pembangunan cms 25

48 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Format Aturcara Template Joomla

Sebuah template dibina dengan menggunakan satu konsep dan format yang sangat mudah dan ringkas. Namun ia

akan menjadi bertambah rencam apabila pelbagai teknik dan kaedah pengaturcaraan dilakukan bagi menghasilkan

suatu template yang canggih dan sofestiketat.

Asas Struktur Fail dan Folder Template.

Contoh fail & folder suatu

template.

Folder:

1. Folder utama (nama template) – contoh: Beez20

2. css 3. images

(folder lain boleh ditambah untuk

keperluan programmer template)

Fail-fail dalam folder utama:

1. index.php 2. template_thumbnail.png 3. templateDetails.xml Fail dalam folder css: 1. template.css Fail dalam folder images: -fail-fail grafik format: .jpg .png .gif

Set lengkap suatu template yang mengandungi fail dan folder seperti di atas akan dipakejkan dalam fail termampat

.zip dan sedia untuk diinstall ke dalam Joomla menerusi ‘Extension Manager’.

Sample Kod Aturcara PHP dan CSS.

Berikut diterangkan kod PHP dan CSS yang asas untuk pengenalan kepada pengguna Joomla! sekadang penjelasan

dan konsep pengaturcaraan template. Untuk memudahkan anda mengendalikan dan melihat kod aturcara PHP dan

CSS, dicadangkan anda menggunakan apa-apa aplikasi editor teks yang boleh memaparkan ‘debug’ pada teks

saturcara. Contoh menggunakan aplikasi ‘Notepad ++’ dan ‘Edit Plus’.

Untuk tujuan ini, hanya 3 fail akan diperjelaskan iaitu fail utama – templateDetails.xml serta satu fail PHP iaitu

index.php dan satu fail CSS iaitu template.css seperti di bawah:

templateDetails.xml

index.php

template.css

Page 49: Manual pembangunan cms 25

49 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Pembangunan Template Joomla

1. templateDetails.xml

Penerangan: Fail ini adalah fail daftar isi kandungan yang akan menjadi rujukan Extension Manager semasa

melaksanakan proses installasi. Semua maklumat berkaitan penulis, penerangan ringkas berkaitan template, senarai

fail dan nama-nama fail, senarai position yang ditawarkan dan penentuan suatu arahan (config) diterangkan dengan

lengkap satu persatu di dalam fail XML ini.

Andaikata terdapat fail/folder yang kurang atau lebih, proses installasi akan gagal. Begitu juga dengan

pengistyharan position dan config, hanya yang dinyatakan dalam XML sahaja yang akan bekerja, yang tidak

dinyatakan tidak akan berfungsi dalam template yang diinstall nanti.

Sebagai amali, anda tulis semula fail ini dalam editor anda dan save sebagai nama di atas. Semasa menulis XML

anda boleh gunakan fail XML template lain sebagai rujukan dan panduan.

Seterusnya tulis pula dengan editor teks anda fail index.php , rujuk contoh koding PHP di bawah:

Page 50: Manual pembangunan cms 25

50 | S i f u A z m i - J o o m l a !

2. index.php

Penerangan: Fail index.php adalah fail yang akan dipanggil oleh browser internet dan menjadikannya panduan

melaksanakan persembahan template. Penulisan fail ini adalah format HTML biasa dengan 2 bahagian utama iaitu

bahagian <head> … </head> dan bahagian <body> … </body>

Bahagian Head: 1. Dokumen head Joomla: <jdoc:include type=“head” /> 2. Pautan ke CSS defaut system: <link rel="stylesheet" href=….. 3. Pautan ke CSS template: <link rel="stylesheet" href=…..

Bahagian Body: 1. Position top: <jdoc:include type="modules" name="top" /> 2. Position left: <jdoc:include type="modules" name="left" /> 3. Component/Content: <jdoc:include type="component" /> 4. Position right: <jdoc:include type="modules" name="right" /> 5. Position footer: <jdoc:include type="modules" name="footer" />

Dengan menggunakan sebahagian ‘document Joomla’ ( <jdoc:… ) anda berjaya memaparkan sebahagian besar maklumat

web/portal anda. Untuk menghasilkan template yang lebih baik anda perlu tahu kesemua dokumen Joomla. Anda boleh

uji pelaksanaan sesuatu dokumen Joomla ( <jdoc: ..) terus menggunakan Template Manager dan Edit HTML.

Page 51: Manual pembangunan cms 25

51 | S i f u A z m i - J o o m l a !

3. template.css

CSS merujuk kepada Cascading Style Sheet iaitu bahasa aturcara untuk meghasilkan gaya kepada suatu

web/portal. Aturcara CSS memerintahkan kepada browser untuk memaparkan sesuatu mengikut script CSS

contoh seperti di bawah.

Dengan kod CSS di bawah, layout, position, grafik, warna, tulisan, gaya persembahan web/portal dapat dikawal

dengan syntax … selector { property: value }

Sebagai amali tulis kod CSS di bawah, boleh rujuk fail css template lain untuk panduan, simpan dengan nama

template.css dalam folder css.

Page 52: Manual pembangunan cms 25

52 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Page 53: Manual pembangunan cms 25

53 | S i f u A z m i - J o o m l a !

4. Fail Grafik:

Dengan menggunakan apa sahaja editor grafik hasillkan satu header dengan ukuran 960 x 186 pixels dan save

dengan nama ‘header.png’ di dalam folder images, jika anda save dengan nama lain sila ubah pada baris ke-54

kod css anda.

Identiti Agensi/Jabatan/Syarikat/Individu:

Dengan menggunakan editor grafik hasilkan header anda dengan memasukkan logo, nama agensi, logo syarikat

serta maklumat rasmi anda. Hasilkan header yang melambangkan dan beridentitikan pihak anda. Contoh:

Contoh Header 960 x 186 pixel – Identiti Hospital Daerah Sg Siput.

Mempakej dan Installasi Template:

Kini anda telah berjaya menghasilkan template baru, anda perlu pakejkan template ini dengan mengumpulkan

semua fail menjadi 1 fail termampat .zip dengan nama khusus seperti ‘template01.zip’ dan sebagainya.

Gunakan butang ‘Browse’ untuk mencari lokasi fail termampat yang anda telah muat-turun tadi. Seterusnya klik

pada butang ‘Upload File & Install’. Tunggu dan anda akan perolehi mesej sama ada installasi berjaya atau tidak. Jika

gagal bermakna terdapat ralat syntax atau kesilapan dalam fail XML anda, ubahsuai dan perbetulkan, pakejkan

semula dan ulang proses intallasi sehingga berjaya dan mendapat mesej seperti di bawah:

Mesej Berjaya Installasi

Template baru anda akan disenaraikan dalam Template Manager dan anda boleh pilihnya sebagai laman default

anda.

Template Baru – Jadikan Default

Dengan menggunakan Template Manager pada sebarang masa anda boleh edit dan tambah kod PHP dan CSS anda

menggunakan Edit HTML dan Edit CSS. Untuk melakukan ini klik pada Template klik pada “Detail and Files’:

Page 54: Manual pembangunan cms 25

54 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Edit Fail PHP dan CSS

Seterusnya anda boleh pilih sama ada Edit main page template ( index.php ) atau Edit CSS ( template.css). Apabila

editor dibuka lakukan penulisan anda, kemudian save atau close apabila selesai.

Paparan Editor – fail template.css Paparan Editor – fail index.php

Apabila editor dibuka lakukan penulisan anda, kemudian save atau close apabila selesai.

Aplikasi Bantuan (Artisteer)

Anda boleh juga menghasilkan template untuk Joomla dengan menggunakan aplikasi Artisteer. Segala fail dan folder

akan dijana oleh aplikasi ini. Anda perlu beli aplikasi ini untuk melakukan tugas tersebut dengan sah.

Dengan menggunakan Artisteer anda boleh menghasilkan dengan mudah template anda mengikut format dan

kawalan terhadap gaya dan bentuk module, layout, column, header, typografi, skima warna dan segalanya.

Format dan siapkan olahan

dan bentuk template yang

anda kehendaki kemudian

‘Export’ menjadi template

Joomla dalam pakej .zip

seterusnya install ke Joomla

anda.

Mudah dan menarik.

Page 55: Manual pembangunan cms 25

55 | S i f u A z m i - J o o m l a !

LANGUAGE

Extension terakhir adalah Language atau bahasa asas yang digunakan dalam laman web anda. Bahasa ini

biasanya akan menjadi bahasa latar yang berfungsi sebagai dialog dalam persembahan web anda. Anda boleh

install lebih dari satu bahasa. Anda juga boleh menyediakan artikel dalam teks sesuatu bahasa serta menunya.

Dalam Joomla 2.5 anda boleh menjadikan web/portal anda multibahasa sekali pun tanpa menggunakan

component tambahan seperti JoomlaFish pada versi sebelumnya.

Terlebih dahulu anda sediakan sekurang-kurangnya 2 bahasa berbeza pada Language Manager anda untuk

membolehkan web/portal anda menawarkan artikel multibahasa. Proses menginstallasi Language ini juga sama

seperti installasi extension sebelum ini iaitu template, component, module dan plugin. Anda dapatkan dahulu

pakej termampat (.zip) bagi language pilihan anda dari laman web pembekal language kemudian gunakan

kemudahan installasi di Extension Manager pada extension menu untuk melaksanakan proses tersebut.

Sebagai contoh, sila install ‘site_ms-MY.zip’ dari www.lamanku.my menggunakan Extension Manager anda.

Language Manager – senarai bahasa dalam web anda.

Pada senarai ini bahasa yang sedang dipilih menjadi bahasa dialog pada web tersebut adalah bahasa English

(United Kingdom), ini ditunjukkan oleh penanda default . Anda boleh ubah pilihan bahasa ini dengan memilih

bahasa Melayu(Malaysia) kemudian klik butang default dan pilihan bahasa baru sekarang adalah Bahasa

Melayu tidak lagi bahasa English.

Kemudian anda kene aktifkan bahasa kedua ini sebagai bahasa pilihan semasa menghasilkan artikel. Sila klik

pada content kemudian klik New dan lengkapkan borang seperti di bawah:

Page 56: Manual pembangunan cms 25

56 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Tambah Bahasa Baru Untuk Content.

Kemudian namakan bahasa baru tersebut sebagaimana contoh di bawah Kemudian klik SAVE.

Mendaftar Bahasa Baru

Kini sudah terdapat dua bahasa, dan anda pelu pilih salah satu sebagai bahasa pilihan. Kemudian sediakan

module-module untuk setiap artikel bahasa dan english.

Dalam Joomla 2.5 anda boleh menyediakan artikel, module dan sebagainya dengan default kepada sesuatu

bahasa. Ini bermakna tidak perlu lagi ada component atau plugin untuk menghasilkan maklumat dalam

multibahasa.

Terdapat teknik yang mudah untuk anda menghasilkan maklumat dalam multibahasa menerusi Joomla 2.5

contohnya:

Sila hasilkan beberapa artikel dan menu seperti di bawah. Terlebih dahulu hasilkan berasingan module menu

untuk Artikel Bahasa Melayu dan satu lagi untuk Artikel English

Artikel Bahasa Melayu Artikel English

Menu 1: Laman Utama Language: Bahasa melayu Featured: YES Artikel: Salam Kunjungan ke laman utama laman web

tutor Joomla anda iaitu Sifu Azmi.

Menu 1: Home Language: English Featured: YES Article: Welcome to Web Side Sifu Azmi Sulaiman your

Joomla! tutor.

Page 57: Manual pembangunan cms 25

57 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Menu 2: Informasi Language: Bahasa Melayu Featured: YES Artikel: Laman web ini akan menyalurkan pelbagai

maklumat khususnya berkaitan dengan CMS Joomla!.

Silda daftar sebagai ahli kami terlebih dahulu.

Menu 2: Information Language: English Featured: YES Article: This website will deliver a range of

information specifically related to

the CMS Joomla.Silda register as our member first.

Sebelum tulis artikel dua 2 category iaitu:

Cipta Categori Artikel BM Create Category – Artikel English

Selepas ada category seperti di atas, tulis kesemua artikel ikut ketetapan yang diberi.

Seterusnya bina dua module menu untuk dua kumpulan menu di atas.Pertama Module “Artikel BM” dan “Artikel

BI”. Menus Menu Managers Add New Menu. Kemudian cipta module menu seperti di bawah:

Hasilkan dua module menu seperti di atas.

Seterusnya Extension Module Manager New Type = menu isi maklumat seperti di bawah:

Page 58: Manual pembangunan cms 25

58 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Buat satu lagi untuk Articles English:

Untuk membolehkan anda bertukar dari satu bahasa ke bahasa lain ciptakan bula module menu Tukar Bahasa.

Cipta 2 items menu:

1. Bahasa Melayu (type: Menu Items Alias)

2. English (type: Menu Items Alias)

Setiap menu link kepada indek module menu bahasa

masing-masing.

Proses menyediakan artikel memakan sedikit masa kerana anda perlu menyediakan artikel yang sama dalam 2

bahasa yang beza. Selain menggunakan penulisan dan link seperti ini anda juga boleh mempunyai web/portal

multibahasa dengan menggunakan module ‘mod_gtranslate1.6.x.28.zip’.

BACKUP & RESTORE

Proses backup adalah proses dimana anda buat salinan dari local webserver terhadap fail-fail dan folder Joomla

serta Eksport data dari database MySQL ada. Dua proses yang anda perlu lakukan adalah

1. Semua fail dan Folder Joomla anda compress (zip) 2. Ekxport database anda menggunakan aplikasi phpmyadmin menjadi fail .sql

Kemudian anda restore semula fail zip ini ke hosting atau komputer lain yang mempunyai tapak /root localhost. Langkah yang anda perlu lakukan untuk tujuan restore adalah:

1. UnZip fail Joomla ke dalam Root dan semak pastika fail dan folder mencukupi. 2. Import dengan phpmyadmin data anda ke hosting/local webserver. 3. Edit fail configuration.php – lokasi dan path baru. 4. Web dipaparkan dengan baik secara online(hosting) / offline (local webserver)

Setelah anda pindahkan ke duanya, laman web offline dan online anda kita adalah sama.

Page 59: Manual pembangunan cms 25

59 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Contoh-contoh web Joomla!

PENUTUP:

Untuk membina laman web yang canggih, sistematik dan mudah selenggara, Joomla! adalah antara pilihan yang

tepat. Terdapata banyak laman sokongan di dalam internet yang membantu anda membangunkan web menggunakan

Joomla!. Sebagai admin anda perlu mahir dan cekap serta memahami konsep dan selok-belok penggunaan CPanel

Admin Joomla!.

Membina laman web bukanlah suatu tugasan yang mempunyai tarikh akhir atau ‘deadline’, ia merupakan suatu

kerja linear yang berterusan dan tiada penghujung. Sepanjang masa anda akan ubahsuai versi CMS, menambah isi

kandungan, modifikasi template, meletak module, component, plugin dan sebagainya kepada web kendalian anda.

Ilmu Joomla juga sepanjang masa perlu anda perkayakan dengan fungsi, teknik dan pendekatan baru. Sehari

anda tertinggal, setapak anda dibelakang teknologi. Sebagai admin dan peminat Joomla! anda harus sentiasa peka

dengan segala perubahan dan kemajuannya.

Ingat web yang baik adalah web yang kaya dengan maklumat, bukan yang kerap bertukar template atau y ang

penuh dengan installasi pelbagai extension tetapi hanya menjadi sampah di dalam hosting anda. Perkayakan web/portal

anda, kerana pengguna sentiasa mencari maklumat daripadanya. Semoga manual ini dapat membantu dan

memudahkan kerja/pengurusan web/portal anda. Selamat Maju Jaya!. Daripada Sifu Azmi Sulaiman.

Page 60: Manual pembangunan cms 25

60 | S i f u A z m i - J o o m l a !

Catatan