text ppm

2
Hadirin yang dihormati, Terlebih dahulu saya selaku Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada pagi ini. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, majlis pada pagi ini adalah bagi meraikan pertukaran Pegawai Pembantu Murid (PPM) Pendidikan Khas iaitu Puan Shafarina Binti Mohd Rashid yang akan berpindah ke SK Raja Chulan dan Guru Pendidikan Khas, En Ab Shukur Bin AB Manan ke SMK Lahat. Apa yang pasti, sepanjang perkhidmatan mereka di sini pasti banyak kenangan suka duka yang tidak dapat dilupakan. Mungkin pengalaman yang diperolehi dapat menjadi bekalan untuk mereka menjadi guru yang lebih berdedikasi dan prihatin untuk mendidik anak negara bangsa. Kepada yang diraikan, Raut wajah penuh ketenangan Tidak terkalam kasih dijunjung Jasamu tetap dikenang Budimu tetap disanjung Kalau ada pauh di daik Bawa sebiji ke tanah seberang Kalau ada budi yang baik Sampai mati dikenang orang Saya mewakili Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Seri Ampang, Ipoh, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Shafarina Binti Mohd Rashid dan En Ab Shukur Bin Ab Manan atas segala sumbangan dan pengorbanan

Upload: nur-nadiah

Post on 11-Jul-2016

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

UCAPAN

TRANSCRIPT

Page 1: text ppm

Hadirin yang dihormati,

Terlebih dahulu saya selaku Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan

mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk

berucap pada pagi ini. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, majlis

pada pagi ini adalah bagi meraikan pertukaran Pegawai Pembantu Murid

(PPM) Pendidikan Khas iaitu Puan Shafarina Binti Mohd Rashid yang akan

berpindah ke SK Raja Chulan dan Guru Pendidikan Khas, En Ab Shukur Bin

AB Manan ke SMK Lahat.

Apa yang pasti, sepanjang perkhidmatan mereka di sini pasti banyak

kenangan suka duka yang tidak dapat dilupakan. Mungkin pengalaman yang

diperolehi dapat menjadi bekalan untuk mereka menjadi guru yang lebih

berdedikasi dan prihatin untuk mendidik anak negara bangsa.

Kepada yang diraikan,

Raut wajah penuh ketenangan

Tidak terkalam kasih dijunjung

Jasamu tetap dikenang

Budimu tetap disanjung

Kalau ada pauh di daik

Bawa sebiji ke tanah seberang

Kalau ada budi yang baik

Sampai mati dikenang orang

Saya mewakili Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Seri Ampang, Ipoh,

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Shafarina Binti Mohd Rashid

dan En Ab Shukur Bin Ab Manan atas segala sumbangan dan pengorbanan

Page 2: text ppm

yang dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat di SMK Seri Ampang. Kami

menghargai segala usaha dan jasa Tuan dan Puan. Kami doakan agar

segala urusan Tuan dan Puan dipermudahkan dan semoga diberkati dengan

kesihatan yang berkekalan. Maafkan kami andai ada tersalah laku, terguris

hati mahupun terkasar bahasa sepanjang kita bertugas bersama di SMK Seri

Ampang, Ipoh.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalam ‘alaikum warahmatullahi

wabarakatuh