terokaan seluas lautan, demi kelestarian sejagat - umt · by any means, electronic or mechanical...

72

Upload: trantuyen

Post on 30-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat

Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR)Pejabat Canselori, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

21030 Kuala TerengganuTerengganu

2014

Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR)Pejabat Canselori, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

21030 Kuala TerengganuTerengganu

2014Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat

PELAN STRATEGIK UMT 2013-2017

Hak Cipta Terpelihara © 2014. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan

isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit

UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

© 2014 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or

by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and

retrieval system, without permission in writing from Director, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu,

21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Diterbitkan oleh / Published in Malaysia by

Penerbit UMT,

Universiti Malaysia Terengganu,

21030 Kuala Terengganu,

Terengganu, Malaysia.

http://www.umt.edu.my/penerbitumt

E-mel: [email protected]

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

PELAN STRATEGIK UMT 2013-2017

ISBN 978-967-0524-47-4

1. Education, Higher--Terengganu--Planning. 2. Education planning--

Terengganu. 3. Education and state--Terengganu. 4. Strategic planning--

Terengganu. I. Universiti Malaysia Terengganu. Pusat Transformasi,

Perancangan Strategik dan Risiko.

378.10709595122

Set in Rotis Semi Sans

Reka bentuk: Penerbit UMT

Reka letak: Penerbit UMT

vii Salam Samudera

ix Ringkasan Eksekutif

1 Latar Belakang UMT

3 Pelan Strategik UMT3 Pengenalan4 Pendekatan 1-3-55 Teras Pelan Strategik6 Proses Penggubalan8 Pelaksanaan dan Pemantauan10 Falsafah UMT11 Visi Dan Misi12 Bidang Tujahan dan Slogan13 Nilai Teras17 Kerangka Pelan Strategik UMT

19 Teras Pemerkasaan Bakat Akademik

25 Teras Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran

37 Teras Pengukuhan Penyelidikan dan Inovasi

43 Teras Memacu Pemindahan Ilmu

51 Teras Pemantapan Citra

59 Kesimpulan

60 Penghargaan

Kandungan

vi

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik Universiti Malaysia Terengganu (PSUMT) bagi tahun 2013-2017. Penghasilan Pelan Strategik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini juga merupakan terjemahan kepada Pelan Transformasi Universiti yang sedang diusahakan. Pelan ini merupakan satu usaha untuk mempertingkatkan kualiti keseluruhan dan perkhidmatan ke arah yang lebih baik dan relevan. Pelan strategik bagi tempoh lima tahun ini amat penting dalam merangka perancangan serta tindakan bagi mencapai hasrat dan matlamat penubuhan. Peredaran masa yang sangat pantas memerlukan perubahan dari segi perancangan dan cara kerja, sasaran dan strategi serta kaedah untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pelan ini diharap dapat menjadi panduan utama dalam pelaksanaan pengurusan UMT serta dapat menjadi rujukan di dalam membentuk perancangan aktiviti serta program yang mampu memacu transformasi UMT sebagai sebuah institusi yang terunggul di dalam bidang berkaitan ilmu kelautan. Sejajar dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) disamping persaingan hebat dari institusi-institusi tersohor lain di Malaysia pada abad ke-21 ini, UMT terus berazam dan bertekad untuk menjadi sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global. UMT juga berhasrat memperkayakan dan memperkasakan pembangunan generasi modal insannya agar mempunyai minda kelas pertama tanpa mengabaikan pemupukan nilai-nilai murni dan sahsiah budaya hidup yang berkualiti melalui misinya iaitu menjana ilmu untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam. Sesungguhnya, semua warga universiti perlu memainkan peranan masing-masing di dalam menjayakan pelan strategik universiti ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Atas dasar berkenaanlah tercetusnya lima teras utama iaitu Teras Bakat Akademik, Teras Pengajaran dan Pembelajaran, Teras Penyelidikan dan Inovasi, Teras Pemindahan Ilmu dan Teras Pemantapan Citra yang dijadikan asas utama kepada penyediaan pelan strategik ini. Diharap pelan strategik ini akan dapat memberi garis panduan yang lebih jelas lagi terperinci kepada semua pihak berkepentingan agar mereka dapat menyumbang secara bersepadu ke arah matlamat yang disasarkan. Justeru adalah menjadi harapan agar semua pihak akan dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan objektif dan pelan yang digariskan terlaksana dengan jayanya. Akhir kata, rakaman sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung di dalam penyediaan pelan strategik ini. Semoga setiap usaha murni yang dicurahkan akan mendapat seribu rahmat oleh Allah SWT jua serta memberi kemanfaatan kepada kita semua.

Wassalam

TAN SRI DATUK DR. AHMAD ZAHARUDDIN BIN IDRUSPengerusi Lembaga PengarahUniversiti Malaysia Terengganu

Salam Samudera

vii

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. IBRAHIM BIN KOMOONaib CanselorUniversiti Malaysia Terengganu

viii

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

viii

ix

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Agenda transformasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diterjemahkan

melalui penghasilan Pelan Strategik UMT 2013-2017 yang bertujuan untuk

memastikan UMT bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang tepat. Pelan Strategik

UMT 2013-2017 telah menampilkan visi, misi dan slogan yang baharu dan lebih

mantap selari dengan aspirasi UMT untuk menjadi sebuah universiti berfokus marin

terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.

UMT juga telah menggariskan lima nilai teras yang menjadi pegangan bersama

dan dihayati oleh setiap warganya iaitu ghairah kepada kebenaran, mengejar

kecemerlangan, pemerkasaan kepimpinan akademik, menghormati kepelbagaian

keserakanan serta menyemai kecintaan alam. Nilai kelima iaitu menyemai kecintaan

alam merupakan satu nilai khusus dan unik yang berkait rapat dengan UMT sebagai

sebuah universiti yang begitu sinonim dengan alam sekitar.

Pelan Strategik UMT 2013-2017 digubal berdasarkan lima teras utama iaitu

Teras Bakat Akademik, Teras Pengajaran dan Pembelajaran, Teras Penyelidikan dan

Inovasi, Teras Pemindahan Ilmu dan Teras Pemantapan Citra. Teras-teras ini pula

dibentuk berdasarkan bidang tujahan UMT iaitu Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik.

Sejumlah 17 objektif strategi dan 43 program telah digarap melalui pendekatan

pelaksanaan 1-3-5 tahun yang tidak hanya menumpukan kepada perancangan

jangka panjang, tetapi juga memberi perhatian kepada perancangan tahunan dan

jangka sederhana agar segala peruntukan dana dapat diuruskan secara bijaksana

dan mencapai sasaran. Semua program dan aktiviti yang telah dirancang akan

dipantau pelaksanaannya dan diukur prestasi serta pencapaiannya.

Pelan strategik ini merupakan sebuah pelan yang dinamik dan bakal

menzahirkan aspirasi bersama seluruh warga UMT. Dengan iltizam dan semangat

yang tinggi daripada seluruh warganya, maka Pelan Strategik UMT 2013-2017 ini

akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang secara bersama ke arah memacu UMT

mencapai visi menjadi sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara

dan disegani di peringkat global.

Ringkasan Eksekutif

Pelan strategik ini merupakan sebuah pelan yang dinamik dan bakal menzahirkan aspirasi bersama seluruh warga UMT

x

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

x

xi

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

xi

xii

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

1

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Latar BelakangUMT

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertapak daripada Pusat Perikanan

dan Sains Samudera di bawah naungan Universiti Pertanian Malaysia

(UPM) (kini dikenali Universiti Putra Malaysia) bertempat di Mengabang Telipot,

Kuala Terengganu. Ia mula beroperasi pada tahun 1979 berfungsi menyediakan

kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera

dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah.

Pada bulan Jun 1996, UPM melalui penstrukturan semula program

akademiknya telah menaik taraf Pusat Perikanan dan Sains Samudera kepada

sebuah kampus cawangan. Melalui penstrukturan ini, Fakulti Perikanan dan Sains

Samudera, UPM telah dipindahkan dari Serdang ke Kuala Terengganu dan ditukar

nama kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT). Selain itu, Fakulti Sains

dan Sastera Ikhtisas (FSSI) serta Pusat Pengajian Matrikulasi turut ditubuhkan di

kampus cawangan ini yang dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia Cawangan

Terengganu (UPMT).

Pada 5 Mei 1999, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Kolej Universiti

Terengganu (KUT) sebagai kampus bersekutu UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi

pada 1 Mei 2001 dan pada 20 Jun 2001, ia dinamakan Kolej Universiti Sains dan

Teknologi Malaysia (KUSTEM) selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini

menerajui bidang sains dan teknologi.

Pada 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali

lagi memahat sejarah apabila ia dinaik taraf sebagai sebuah universiti penuh dan

dikenali dengan nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Perintah

Universiti Malaysia Terengganu (Perbadanan) [P.U. (A) 27/2007].

UMT ditubuhkan hasil penjenamaan semula KUSTEM pada tahun 2007

2

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

22

3

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

33

UMTPelan Strategik

Pengenalan

Universiti Malaysia Terengganu bertekad untuk melonjak ke puncak kecemerlangan

sebagai sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di

peringkat global dengan membawa misi untuk menjana ilmu demi kesejahteraan masyarakat

dan kelestarian alam.

Di dalam mengejar aspirasi ini, UMT sebagai sebuah universiti yang sedang membangun

perlu menghadapi pelbagai cabaran dan persaingan bagi memastikan ia terus relevan,

kukuh bertapak serta terus unggul dan disegani. Matlamat ini hanya akan tercapai melalui

perancangan strategik yang mantap dan jitu, tidak berkeadaan statik serta mempunyai

kelenturan bagi menyahut perubahan semasa dan akan datang.

UMT terlebih dahulu telah menggubal Pelan Strategik 2011-2015 yang telah digunakan

selama dua tahun, namun ianya lebih bersifat sebagai pelan pembangunan dan operasi.

Oleh itu, UMT secara bersama telah menggariskan beberapa perkara utama di dalam Pelan

Strategik UMT 2013-2017 yang bersifat lebih fokus dan strategik dan akan menjadi tunjang

dan panduan hala tuju UMT bagi merealisasikan aspirasinya.

Pelan Strategik UMT 2013-2017 merupakan sebuah perancangan bersama yang

mencerminkan wajah UMT di bawah teraju Naib Canselornya dengan falsafah “menghormati

yang dahulu, membina perancangan baharu,” telah menjadi asas pegangan dalam

penggubalan pelan strategik ini.

4

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Pendekatan 1-3-5Pembentukan Pelan Strategik UMT 2013-2017 telah membina tradisi baharu apabila ia dibentuk menggunakan pendekatan yang lebih lestari iaitu berasaskan pendekatan 1-3-5 tahun. Pelan satu tahun perlu diambil kira dan penting bagi memastikan peruntukan dana yang disediakan untuk pengurusan dan pembangunan setiap tahun dapat digunakan secara bijaksana dan mencapai sasaran. Pelan ini akan menggalakkan UMT sentiasa merancang dengan tepat segala aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun dan kelulusan untuk menjalankan sesuatu aktiviti juga dapat diberikan lebih awal. Tradisi perancangan secara tahunan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh semua pihak sama ada diperingkat individu atau berkumpulan / PTJ. Pelan tiga tahun merupakan pelan jangka sederhana yang memberi ruang kepada UMT untuk merangka aktiviti yang bersesuaian. Sebahagain aktiviti dapat dilaksanakan secara tahunan, walau bagaimanapun sebahagian yang lain memerlukan perancangan yang

mengambil masa sehingga tiga tahun.

44

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

5

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Pelan jangka sederhana memberi waktu untuk kita

merancang aktiviti secara bersama, menentukan keutamaan

sesuatu aktiviti seterusnya dapat melakukan permohonan

dana dengan lebih awal agar proses pelaksanaan aktiviti dapat

berjalan dengan lancar.

Pelan lima tahun atau dikenali sebagai pelan jangka

panjang pula akan menjadi sebuah perancangan yang berkesan

dan bermakna dengan sokongan pelan jangka pendek dan

sederhana. Pelaksanaan pelan satu dan tiga tahun yang baik

akan memastikan pelan lima tahun dapat dijayakan dengan

cemerlang.

Teras Pelan StrategikPelan Strategik UMT 2013-2017 dibentuk berasaskan lima

teras utama yang menyokong bidang tujahan UMT iaitu Ilmu

Kelautan dan Sumber Akuatik. Lima teras pelan strategik

tersebut ialah Teras Bakat Akademik, Teras Pengajaran dan

Pembelajaran, Teras Penyelidikan dan Inovasi, Teras Pemindahan

Ilmu dan Teras Pemantapan Citra.

Teras Pengajaran dan Pembelajaran, Teras Penyelidikan

dan Inovasi dan Teras Pemindahan Ilmu merupakan teras-

teras yang berkaitan dengan operasi hakiki sesebuah universiti.

Teras Pengajaran dan Pembelajaran memberi penekanan

kepada kualiti program pengajian, kebolehpasaran graduan,

pengantarabangsaan program pengajian serta governans.

Teras ini menyokong hasrat untuk melahirkan generasi insan

berminda kelas pertama seperti yang telah digariskan di dalam

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Falsafah “menghormati yang dahulu, membina perancangan baharu” telah menjadi asas pegangan dalam penggubalan pelan strategik ini

55

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

6

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Pelan Strategik UMT 2013-

2017 dibentuk berasaskan lima

teras utama yang menyokong

bidang tujahan UMT iaitu Ilmu

Kelautan dan Sumber Akuatik

Teras Penyelidikan dan Inovasi pula dibentuk untuk memperkasakan

penyelidikan fundamental, menggunggulkan penyelidikan

berpasukan berbentuk multi dan trans-disiplin di samping

menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan ahli akademik.

Melalui Teras Pemindahan Ilmu, UMT berhasrat untuk merintis

kapasiti intelektual yang ada untuk menyebarkan ilmu kepada

masyarakat terutama melalui Wilayah Pembangunan ECER demi

untuk meningkatkan kelangsungan kualiti hidup dan sosio-ekonomi

masyarakat.

Teras Bakat Akademik merupakan teras yang penting

dalam menyokong fungsi ketiga-tiga teras sebelum ini. Teras ini

memberikan penekanan untuk menarik, mengasah dan menggilap

bakat akademik serta mengangkat keupayaan profesional dan tahap

prestasinya. Bakat akademik yang cemerlang akan memastikan

agenda di bawah ketiga-tiga teras sebelum ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan.

Teras Pemantapan Citra pula menyentuh tentang bagaimana

untuk menonjolkan imej dan kekuatan UMT berasaskan bidang

tujahan yang telah dipersetujui iaitu Ilmu Kelautan dan Sumber

Akuatik di peringkat tempatan, kebangsaan dan global. Citra yang

mantap akan menarik masyarakat untuk lebih mengenali pelbagai

kelebihan yang ada di UMT.

Proses PenggubalanProses pembentukan Pelan Strategik UMT 2013-2017 telah

diselaraskan oleh Pusat Transformasi, Perancangan Strategik

dan Risiko (TSR) yang bernaung di bawah Pejabat Naib Canselor

sendiri dan dilaksanakan melalui pelbagai proses serta peringkat

perbincangan. Pelan ini merupakan hasil perancangan yang

dilakukan secara bersama dengan penyertaan hampir semua

peringkat staf UMT.

7

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Lima teras utama menjadi asas kepada pelan strategik ini iaitu Teras Bakat Akademik,

Teras Pengajaran dan Pembelajaran, Teras Penyelidikan dan Inovasi, Teras Pemindahan Ilmu

dan Teras Pemantapan Citra. Perbincangan awal setiap teras telah dilakukan mengikut

kumpulan yang berkaitan dan hasilnya telah dibentangkan di dalam Bengkel Pelan Strategik

UMT 2013 -2017 siri pertama pada 29 April 2013 diikuti bengkel siri kedua pada 5-7 Jun

2013. Dua siri bengkel ini merupakan bengkel utama yang menghimpunkan para Pegawai

Utama, Pegawai Kanan, Profesor-Profesor, ahli-ahli akademik terpilih serta beberapa

pegawai sokongan akademik. Hasil daripada bengkel-bengkel tersebut telah dibentangkan

pula di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pelan Strategik UMT yang terdiri daripada

Naib Canselor selaku Pengerusi, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta ketua setiap teras

(sila rujuk Rajah 1).

Setelah itu, beberapa siri semakan dan pemurnian dilakukan sebelum draf penuh

disediakan pada bulan Ogos 2013 dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah UMT pada bulan

September 2013. Beberapa contoh pelan strategik universiti-universiti terpilih dalam dan

luar negara menjadi rujukan sampingan selain Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

(PSPTN). Walau bagaimanapun, Pelan Strategik UMT 2013-2017 merupakan pelan yang

terbentuk daripada acuan pemikiran warga UMT sendiri hasil cernaan idea para pemikirnya.

8

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Pelaksanaan dan PemantauanPelaksanaan pelan strategik ini merupakan satu amanah yang akan dijayakan secara bersama

oleh beberapa pasukan bertindak yang dikenalpasti mampu merealisasikan perancangan ini.

Pendekatan perancangan 1-3-5 yang diperkenalkan akan membantu proses pelaksanaan

dijalankan dengan lebih berfokus dan berkesan. Proses pemantauan pula akan dilakukan

sepanjang masa oleh ketua program yang dilantik berdasarkan beberapa petunjuk prestasi

utama yang telah ditetapkan, manakala laporan kemajuan serta hasil pemantauan akan

disediakan oleh Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR) untuk dilaporkan

kepada pengurusan universiti.

Pelan Strategik UMT 2013-2017 yang telah dirancang ini akan menyokong tekad

dan aspirasi para warganya untuk menyaksikan UMT gemilang sebagai sebuah universiti

berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.

Pembentukan Teras Strategik & Perbincangan Mengikut Teras

Semakan Draf Penuh Buku Pelan Strategik UMT

Mesyuarat JK Penasihat Pelan

Strategik UMT

Penyediaan Draf Penuh Buku Pelan Strategik UMT

Bengkel Pelan Strategik Siri 1

Proses Pemurnian

Proses Pemurnian

Pelancaran Pelan

Strategik UMT 2013-2017

Proses Pemurnian

Penyediaan Buku Pelan

Strategik UMT

Kelulusan Mesyuarat

Lembaga Pengarah Universiti

Bengkel Pelan

Strategik Siri 2

8

Rajah 1 : Proses Penggubalan Pelan Strategik UMT 2013-2017

9

10

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

VISI

Universiti Berfokus Marin Terungguldalam Negara dan Disegani diPeringkat Global.

A Marine-focused University,Reputed Nationally andRespected Globally.

Menjana Ilmu untukKesejahteraan Masyarakat danKelestarian Alam.

Generating Knowledge for theProsperity of the Communityand World Sustainability. MISI

Ilmu dan Amal yang Berpadu Berlandaskan Keimanan kepada Allah adalah Tonggak kepada Usaha Universiti Menyediakan Modal Insan yang Berwibawa untuk Kesejahteraan Sejagat.

FALSAFAHUMT

The Integration of Knowledge and Practice Based on The Faith in Allah is Fundamental to the University’s Endeavour in Preparing Competent Human Capital for Global Prosperity.

1010

11

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

VISI

Universiti Berfokus Marin Terungguldalam Negara dan Disegani diPeringkat Global.

A Marine-focused University,Reputed Nationally andRespected Globally.

Menjana Ilmu untukKesejahteraan Masyarakat danKelestarian Alam.

Generating Knowledge for theProsperity of the Communityand World Sustainability. MISI

12

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

BIDANGTUJAHAN

Terokaan Seluas Lautan,Demi Kelestarian Sejagat

Ocean of Discoveries, for Global Sustainability

SLOGAN

Ilmu Kelautan danSumber Akuatik

Marine Science and Aquatic Resources

13

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

BIDANGTUJAHAN

Terokaan Seluas Lautan,Demi Kelestarian Sejagat

Ocean of Discoveries, for Global Sustainability

SLOGAN

Ilmu Kelautan danSumber Akuatik

Marine Science and Aquatic Resources

MENGEJAR KECEMERLANGAN

MENYEMAI KECINTAAN ALAM

MENGHORMATI KEPELBAGAIANKESERAKANAN

NILAITERAS

GHAIRAH KEPADA

KEBENARAN

PEMERKASAAN KEPIMPINAN AKADEMIK

Nilai Teras 1: Ghairah kepada Kebenaran / Passion for TruthNilai teras ini berhasrat memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap kebenaran. Kepercayaan ini perlu dijelmakan dalam proses pencarian ilmu (penyelidikan), penyampaian ilmu (pengajaran), dan perkongsian serta pemindahan ilmu. Penyelidikan dengan menggunakan kaedah sains yang tepat (good science) merupakan asas dalam mencari kebenaran. Ahli akademik perlu meletakkan kebenaran sebagai agenda utama dalam kerjaya. Mereka tidak harus berpuas hati dengan kebenaran yang ada, dan perlu terus meneroka kebenaran. Kebenaran adalah pakaian keilmuan atau kesarjanaan.

Kerangka Nilai Teras

14

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Ahli akademik perlu berkongsi ilmu (kebenaran) sesama rakan kesepakaran dan keserakanan melalui pendekatan budaya ilmu (wacana, seminar dan persidangan) dan penulisan ilmiah. Sumbangan ilmu dari rakan kesepakaran perlu sentiasa diakui sebagai sumber rujukan. Ahli akademik perlu menyampaikan ilmu (kebenaran) kepada pelajar dan masyarakat (kerajaan, industri dan komuniti). Kebenaran fakta dan maklumat perlu sentiasa diutamakan. Ini hanya dapat dilaksanakan dengan cemerlang jika kita memberikan tumpuan dalam bidang dan kepakaran sendiri.

Nilai Teras 2:Mengejar Kecemerlangan / Pursuit of ExcellenceKecemerlangan merupakan ‘kualiti tertinggi’ yang boleh dicapai oleh individu atau institusi pada saat sumbangannya disampaikan. Ia berkait rapat dengan iltizam tinggi, keupayaan intelek dan pengalaman. Jika keupayaan menyumbang dipertingkatkan, kecemerlangan juga akan terus meningkat. Untuk mengejar kecemerlangan, setiap warga perlu menanam semangat kecintaan yang tinggi terhadap ilmu dan tanggung jawab yang diamanahkan (kerja). Semangat ini perlu dijelmakan dalam bentuk hasil sumbangan (output) yang terbaik. Dalam dunia akademik, hasilan yang cemerlang bermula daripada idea yang bernas, kajian yang berkualiti dan keupayaan intelek yang tinggi. Ahli akademik perlu sentiasa mengasah keupayaan intelek sepanjang kerjayanya. Kecemerlangan adalah satu tahap kualiti di hadapan perjalanan kita. Kita perlu mengejar kecemerlangan melalui proses penambahbaikan berterusan, menggunakan pengetahuan baharu, dan pendekatan pencarian dan penyampaian terkini. Usaha ini boleh dicapai melalui pendekatan ‘penyelidikan sepanjang hayat’.

Nilai Teras 3:Pemerkasaan Kepimpinan Akademik / Empowerment of Academic LeadershipAhli akademik adalah pemimpin ilmu kepada diri, pelajar dan masyarakat. Kepimpinan ilmu tidak terhad pada tahap universiti (tempatan), tetapi perlu terus dipertingkatkan ke tahap

15

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

kebangsaan dan global. Kepimpinan akademik (ilmuan) bersifat sejagat, berintegriti tinggi dan menjadi asas kepada kewibawaan akademik. Kepimpinan akademik boleh diperkasa melalui pencarian ilmu di ceruk (nic) yang belum diterokai. Ilmu baharu perlu dibuktikan kebenaran, dan sentiasa disampaikan kepada rakan kesepakaran. Kepimpinan akademik kepada diri melibatkan proses pencarian, pengumpulan dan penyampaian ilmu kepada pemegang taruh (rakan keserakanan, pelajar dan masyarakat) melalui pelbagai pendekatan keilmuan dan pendidikan. Oleh itu, salah satu tugas asas ahli akademik ialah pembangunan akademik kendiri. Kepimpinan akademik kepada rakan kesepakaran merupakan kepimpinan dalam organisasi akademik, NGO (akademik) dan pelbagai program pengajian atau penyelidikan. Kepimpinan ini boleh dizahirkan dalam bentuk pengurusan akademik, kepimpinan berpasukan, dan sumbangan keilmuan (scholarly contribution). Kepimpinan akademik kepada masyarakat pula lebih bersifat ‘intelek awam’ daripada perspektif pemikir negara, pengaruh dasar dan nasihat teknikal (perundingan).

Nilai Teras 4: Menghormati Kepelbagaian Keserakanan / Respect for Collegial DiversityDi dalam dunia akademik, keserakanan bermaksud semua ahli akademik atau ilmuan. Mereka mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu – sains sosial, sains, ikhtisas dan perubatan. Oleh itu, profesion akademik walaupun mempunyai fungsi dan matlamat (menyelidik, mengajar dan berkongsi ilmu) yang sama, mereka berbeza dalam latar belakang pendidikan dan kepelbagaian ilmu. Dalam konteks ini, memahami dan menghormati kepelbagaian keserakanan merupakan asas kepada kesatuan akademik berbudaya cemerlang.

Ahli akademik perlu memegang kepada beberapa prinsip kepelbagaian kesepakaran berikut:a. Saling hormat menghormati kepelbagaian ilmu, pendekatan mencari ilmu dan tafsiran

ilmu oleh rakan keserakanan;b. Meraikan wacana akademik yang berpegang kepada falsafah kepelbagaian - berhujah

secara berhemah dan menghormati pandangan bercanggah;c. Sentiasa percaya bahawa kita tidak dapat menguasai semua ilmu, oleh itu, kita perlu

berusaha untuk berkongsi ilmu untuk kebaikan sejagat;

16

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

d. Digalakkan untuk berkerja sebagai sebuah pasukan dan saling menggalak dan mengukuhkan proses perkongsian ilmu; dan

e. Ilmu multi- dan trans-disiplin hanya dapat dibangunkan berasaskan perkongsian kepakaran dan kepelbagaian ilmu.

Nilai Teras 5: Menyemai Kecintaan Alam / Nurturing Nature Universiti yang berfokus ‘ilmu kelautan dan sumber akuatik’ perlu memberikan perhatian tertinggi kepada kesihatan alam sekitar. Oleh itu, warga UMT dituntut menanam kepercayaan mendalam tentang kepentingan menjaga alam sekitar, warisan tabii, dan penggunaan sumber asli secara lestari. Kita perlu menjadi peneraju kepada gagasan pemuliharaan sumber asli (nature conservation) dan pendekatan pembangunan mesra alam (sustainable development). Proses menyemai kecintaan terhadap alam perlu dilaksanakan oleh semua warga kampus melalui:a. Ahli akademik meneroka gagasan ilmu sains kelestarian yang menjadi asas kepada

falsafah pembangunan lestari;b. Staf profesional dan sokongan yang terdedah dan terlibat dalam pelbagai program dan

aktiviti yang melibatkan pemuliharan alam sekitar, serta membangunkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan kesihatan alam sekitar; dan

c. Pelajar yang sentiasa didedahkan kepada ilmu alam sekitar dan pembangunan lestari. Mereka adalah pemimpin muda dan pemimpin generasi akan datang yang bakal mempelopori gagasan pembangunan lestari (keseimbangan pembangunan dan alam sekitar).

PEMANTAPAN CITRA

BAKATAKADEMIK

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENYELIDIKANDAN INOVASI

Kerangka Pelan Strategik UMT

PEMINDAHANILMU

VISIUMT

17

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Kerangka Pelan Strategik UMT 2013-2017 di atas digambarkan melalui rekabentuk pentagon yang bersegi lima mewakili lima teras di dalam pelan strategik ini. Bentuk pentagon ini juga memberi makna keharmonian gabungan kekuatan secara keseluruhan bagi memastikan kejayaan cemerlang di dalam mencapai visi UMT. Visi UMT ditempatkan di bahagian tengah pentagon sebagai lambang pemusatan tekad dan usaha dari semua pihak yang berkepentingan bagi mencapai aspirasi ke arah universiti berfokus yang terunggul di Malaysia dan disegani di peringkat global. Lima teras utama perancangan strategik yang terletak pada sisi pentagon adalah berbentuk lipatan yang sama ukuran dan saling bersentuhan. Ini merupakan lambang keperluan kepada kesatuan yang kukuh, sokongan yang padu dan saling bergantung antara satu dengan lain demi mencapai visi yang ditetapkan. Warna-warna yang digunakan iaitu ungu, merah, oren, kelabu dan putih adalah berdasarkan warna daripada logo UMT, manakala warna biru melambangkan keunikan UMT sebagai sebuah universiti berfokuskan ilmu kelautan di samping lokasinya berhampiran Laut China Selatan.

Bakat AkademikTeras Pemerkasaan

Agenda utama dalam Teras Pemerkasaan Bakat Akademik ialah untuk mentransformasikan bakat ahli akademik dengan mengangkat keupayaan profesional dan tahap prestasinya, pada masa yang sama memperkenalkan aktiviti dan program yang mampu menjadi strategi terbaik bagi mencapai matlamat yang digariskan oleh universiti. Matlamat utama Teras Pemerkasaan Bakat Akademik ini adalah untuk menonjolkan reputasi ahli akademik UMT di peringkat kebangsaan dan global. Ini dapat dicapai dengan membangunkan potensi ahli akademik dengan menarik, mengasah dan menggilap, serta memperkukuh dan memperkasakan bakat akademik cemerlang. Pelan strategik ini diharap akan dapat membangunkan potensi kesarjanaan bakat akademik sebagai sumber kepakaran terutama dalam bidang kelautan dan sumber akuatik serta menjadi nadi kepada kecemerlangan akademik.

20

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 1: Menarik Bakat Akademik Cemerlang

PROGRAMP1 : Memperkukuh program akademik muda Objektif : Merekrut ahli akademik UMT yang cemerlang dan berkualiti dari segi akademik dan sahsiah.

P2 : Meningkatkan pengambilan akademik berijazah Ph.D (warganegara Malaysia) Objektif : Menghasilkan kumpulan ahli akademik berkepakaran dan mampu memenuhi lompang bidang yang berkaitan.

P3 : Menarik lebih ramai ahli akademik antarabangsa Objektif : Mewujudkan kepelbagaian kepakaran di kalangan ahli akademik bertaraf antarabangsa.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): PROGRAM SLAM (SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA)Penggubalan polisi dan dasar Skim Latihan Akademik Muda.

P1(A): PROGRAM SLAM (SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA)Promosi dan pengambilan Akademik Muda di IPT dalam negara.

P1(A): PROGRAM SLAM (SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA)Penilaian dan pemantapan program melalui penambaikan berterusan.

P1(B): PROGRAM TAPISAN DAN PENILAIANPenggubalan polisi untuk kriteria penapisan dan penilaian.

P1(B): PROGRAM TAPISAN DAN PENILAIANProses tapisan dan penilaian calon yang mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu bagi mendapatkan calon yang bertepatan (dalam negara).

P1(B): PROGRAM TAPISAN DAN PENILAIANPenilaian dan pemantapan program melalui penambaikan berterusan.

P2(A): PROGRAM PENCARIAN CALON (FELO PENYELIDIK DAN AHLI AKADEMIK) Pengesanan bakal graduan berdasarkan bidang kepakaran akademik melalui universiti – universiti elit dalam dan luar negara.

P2(A): PROGRAM PENCARIAN CALON (FELO PENYELIDIK DAN AHLI AKADEMIK) Proses KILAT- Proses pengambilan calon dipermudahkan dan birokrasi dikurangkan.

P2(A): PROGRAM PENCARIAN CALON (FELO PENYELIDIK DAN AHLI AKADEMIK) Meluaskan jaringan dalam kalangan universiti elit dalam negara bagi tujuan mendapatkan calon PhD cemerlang.

21

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P2(B): SECONDMENT (PINJAMAN) DARI INSTITUSI DALAM NEGARAMengenalpasti agensi yang berpotensi memenuhi kelompangan bidang yang diperlukan.

P2(B): SECONDMENT (PINJAMAN) DARI INSTITUSI DALAM NEGARAMengambil calon pinjaman dari agensi yang dikenalpasti.

P2(B): SECONDMENT (PINJAMAN) DARI INSTITUSI DALAM NEGARAMeningkatkan pengambilan calon pinjaman dari agensi yang dikenalpasti.

P3(A): KARNIVAL KERJAYA (JOB FAIR) PERINGKAT ANTARABANGSA.• Jobs and Career Fair• Karnival Kerjaya

Antarabangsa (ICC)

P3(B): INTERNATIONAL LINKAGESPencarian bakat akademik melalui jaringan antarabangsa dengan rakan strategik.

P3(C): PEJABAT ANTARABANGSAMenubuhkan pejabat di negara-negara strategik bertujuan menarik bakat akademik dan pelajar antarabangsa.

P3(D): MAKE YOUR TALENT VISIBLEa. Membangunkan pangkalan

data profil ahli akademik sedia ada dan memuat naik ke laman sesawang UMT.

b. Pengiklanan dan pengambilan melalui majalah antarabangsa seperti:

• The Economist Intelligence Unit

• TIME• In-flight Magazines• AKADEUS

P3(D): MAKE YOUR TALENT VISIBLEPengiklanan dan Pengambilan Atas Talian (on-line) dalam laman web UMT.

P3(D): MAKE YOUR TALENT VISIBLEMembangunkan video kepakaran dan aktiviti penyelidikan UMT bagi tujuan menarik ahli akademik antarabangsa yang cemerlang.

P3(E): GANJARAN FLEKSIBEL DAN BERDASARKAN PRESTASIMenggubal ganjaran yang fleksibel bagi tujuan pengambilan staf akademik antarabangsa yang tersohor.

P3(E): GANJARAN FLEKSIBEL DAN BERDASARKAN PRESTASIMelantik ahli akademik tersohor dengan skim ganjaran yang telah digubal.

P3(E): GANJARAN FLEKSIBEL DAN BERDASARKAN PRESTASIPrestasi dinilai semula dan diberi imbuhan bersesuaian.

KPIP1(A-B)- Bilangan akademik muda yang cemerlang yang baru dilantik.P2(A-B)- Bilangan ahli akademik berkelulusan PhD yang dilantikP3(A-E)- Peratusan peningkatan ahli akademik antarabangsa yang berjaya direkrut.

PASUKAN BERTINDAKPusat Pengurusan Bakat Akademik / Pusat Pengajian / Institut Kecemerlangan / PKKPC / PPTM/ Pendaftar / Pejabat Jaringan Antarabangsa

22

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 2: Mengasah dan Menggilap Bakat Akademik Cemerlang

PROGRAM

P1 : Meningkatkan kualiti akademik Objektif : Mengasah dan memupuk bakat ahli UMT ke taraf kebangsaan dan global.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): SHOOT FOR THE STARSProgram untuk membantu staf akademik meningkatkan prestasi melalui penerbitan, pengajaran dan pembelajaran dan kenaikan pangkat.

P1(A): SHOOT FOR THE STARS Program untuk membantu staf akademik meningkatkan prestasi melalui penerbitan, pengajaran dan pembelajaran dan kenaikan pangkat.

P1(B): PROGRAM IBNU BATHUTAUntuk memaksimumkan keupayaan bakat akademik yang berada pada kelompok 20% teratas.

P1(C): PROGRAM SINAR AKADEMIKMengenalpasti calon ikon baharu bagi menjadi pakar rujuk berdasarkan bidang nic UMT.

P1(C): PROGRAM SINAR AKADEMIKMengupayakan ahli akademik yang berpotensi menjadi pakar rujuk dalam bidang kepakaran di peringkat kebangsaan antaranya:a. Membuat sangkutan

(attachment) di bawah penyeliaan profesor tersohor.

b. Memberi pendedahan melalui lawatan ke institusi berpotensi dalam dan luar negara.

P1(C): PROGRAM SINAR AKADEMIKMengupayakan ahli akademik yang berpotensi menjadi pakar rujuk dalam bidang kepakaran di peringkat global antaranya:a. Membuat sangkutan

(attachment) di bawah penyeliaan profesor tersohor.

b. Memberi pendedahan melalui lawatan ke institusi berpotensi dalam dan luar negara.

KPIP1(A) - Bilangan ahli akademik yang berjaya ditingkatkan prestasiP1(B-i) - Bilangan ahli akademik yang berjaya dimaksimumkan keupayaan.P1(B-ii) - Bilangan ikon Ibnu Bathuta yang berjaya dibentukP1(C) - Bilangan ahli akademik yang menjadi pakar rujuk di peringkat a. Kebangsaan b. Global

PASUKAN BERTINDAK

PPBA / Pusat Pengajian / Institut Kecemerlangan

23

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 3: Memperkukuh dan Memperkasa Bakat Akademik

PROGRAM

P1 : Memperkukuh dan membudayakan Program Malim Sarjana Objektif : Memupuk “Persekitaran Akademik Berbudaya Cemerlang” di UMT.

P2 : Memperkasa kesarjanaan bakat akademik di peringkat global Objektif : Memupuk, mengupayakan dan melahirkan ahli akademik yang berfikiran kritis, mempunyai jati diri yang tinggi dan mampu menonjolkan kesarjanaan sehingga ke peringkat global.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): PROGRAM PELAN PENGGANTIANa. Perancangan bersistematik

dalam mengenalpasti keupayaan ahli akademik bagi keperluan institusi.

b. Proses merangkumi:i. Pengenalpastian

(Identification)-kenalpasti bidang kepakaran yang kritikal

ii. Penilaian (Assessment)-Penilaian risiko iaitu kesan sekiranya tindakan tidak diambil.

iii. Pembangunan (Development)-Pembangunan Strategi/Pelan Tindakan

P1(A): PROGRAM PELAN PENGGANTIANa. Perancangan bersistematik

dalam mengenalpasti keupayaan ahli akademik bagi keperluan institusi.

b. Proses merangkumi:i. Pelaksanaan dan

Pemantauan (Implementation and Monitoring)

ii. Kajian Keberkesanan dan Penambahbaikan

P1(A): PROGRAM PELAN PENGGANTIANMemastikan kesinambungan bakat akademik cemerlang.

24

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(B): PROGRAM PENGHAYATAN NILAI TERAS (CORE VALUES) UNIVERSITIBertujuan untuk memupuk ciri malim sarjana berdasarkan nilai teras universiti.

P1(C): PROGRAM ”OMAR KHAYYAM” Program kesarjanaan para profesor melalui syarahan ilmu di peringkat tempatan dan global dan pendedahan keilmuan para profesor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

P1(D): TALENT RETENTION STRATEGY (Strategi Mempertahankan / Mengekalkan Bakat Akademik) Antara kaedah yang digunakan meningkatkan gaji, memberikan ganjaran dan bonus, menggalakkan pembangunan kerjaya, memberi latihan dan pakej faedah yang bersesuaian.

P2(A): PROGRAM PERKASA BAKAT a. Program latihan, menghadiri

seminar dalam dan luar negara, cuti akademik, dan sangkutan dalam dan luar negara.

b. Program Post Doc di makmal luar negara.

P2(A): PROGRAM PERKASA BAKAT Program sangkutan di makmal penyelidikan di agensi kerajaan/ industri/luar negara.

P2(A): PROGRAM PERKASA BAKATPenglibatan bakat akademik sebagai jawatankuasa dalam persatuan akademik antarabangsa.

KPIP1(A) - Bilangan ahli akademik yang dikenal pasti untuk pelan penggantianP1(C) - Bilangan profesor yang menyampaikan syarahan ilmuP2(A) - i. Sekurang-kurangnya 20% ahli akademik terlibat dalam Program Perkasa Bakat.

ii. Sekurang-kurangnya 1% ahli akademik mengikuti program pasca kedoktoran

PASUKAN BERTINDAKPendaftar/ PPBA / Pusat Pengajian / Institut Kecemerlangan

25

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

dan PembelajaranTeras Kecemerlangan Pengajaran

Di dalam menyokong hasrat melahirkan generasi modal insan yang mempunyai minda kelas pertama seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, maka satu teras khusus berkaitan pengajaran dan pembelajaran telah dibentuk. Teras Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran ini menekankan kepada kualiti program pengajian, kebolehpasaran graduan, pengantarabangsaan program pengajian serta sistem dan governan pengajaran dan pembelajaran. Di antara program yang digariskan bagi merealisasikan strategi ini adalah meningkatkan kemasukan pelajar berkualiti; menawarkan program pengajian berfokus, relevan, berkualiti, kebolehpasaran tinggi dan berimpak tinggi; menawarkan program pengajian antarabangsa; memperkasakan governan pengajaran dan pembelajaran; dan memperkukuhkan sistem pembelajaran digital dan luar kampus. Fokus kesemua program dan projek teras ini adalah berdasarkan bidang tujahan ilmu kelautan dan sumber akuatik. UMT adalah komited dalam melahirkan graduan yang kompeten, mempunyai jati diri, serta dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

26

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 1: Meningkatkan Kemasukan Pelajar Berkualiti (Pelajar Pilihan Pertama)

PROGRAM

P1 : Program Tambatan Hati Pelajar Cemerlang (pelajar tingkatan 4, 5 dan 6) Objektif :

1. Menganjurkan program-program yang dapat memenangi hati dan minda calon pelajar cemerlang;

2. Menawarkan insentif kewangan kepada calon pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian di UMT;

3. Mewujudkan kerjasama strategik bersama agensi berkepentingan.

P2 : Penawaran program diploma strategik Objektif :

1. Menawarkan program diploma sebagai feeder kepada beberapa program sarjana muda berdasarkan bidang tujahan UMT;

2. Menerapkan unsur nilai tambah yang menonjolkan keunikan dan inovasi dalam penawaran program diploma.

P3 : Penawaran program kontinuum (Diploma-Sarjana Muda-Sarjana) Objektif : Menarik calon lepasan SPM yang cemerlang dengan menawarkan program fast-track diploma-sarjana muda-sarjana yang dapat ditamatkan dalam tempoh lima tahun.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A)- PROGRAM DISCOVERY UMTProgram Discovery UMT memberikan peluang kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 yang cemerlang dari sekolah berprestasi tinggi di Terengganu untuk menelusuri kehidupan kampus di UMT sebagai pengalaman awal sebelum mereka menempuh alam pengajian di menara gading pada masa hadapan.

P1(A)- PROGRAM DISCOVERY UMTProgram Discovery UMT memberikan peluang kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 yang cemerlang dari sekolah berprestasi tinggi di zon timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) menelusuri kehidupan kampus di UMT sebagai pengalaman awal sebelum mereka menempuh alam pengajian di menara gading pada masa hadapan.

P1(A)- PROGRAM DISCOVERY UMTProgram Discovery UMT memberikan peluang kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 yang cemerlang dari sekolah berprestasi tinggi di seluruh Malaysia untuk menelusuri kehidupan kampus di UMT sebagai pengalaman awal sebelum mereka menempuh alam pengajian di menara gading pada masa hadapan.

27

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(B)- UMT ACADEMIC OUTREACHPara ilmuan UMT berkongsi ilmu dan kepakaran dengan mendekati masyarakat khususnya guru dan pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 di sekolah berasrama penuh terpilih melalui syarahan umum dan personal touch.

P1(B)- UMT ACADEMIC OUTREACHPara ilmuan UMT berkongsi ilmu dan kepakaran dengan mendekati masyarakat khususnya guru dan pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 di sekolah berasrama penuh dan harian melalui pembangunan akademik.

P1(B)- UMT ACADEMIC OUTREACHPara ilmuan UMT berkongsi ilmu dan kepakaran dengan mendekati masyarakat khususnya guru dan pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 di sekolah berasrama dan harian melalui aktiviti perundingan penyelidikan bersama pelajar sekolah.

P1(C)- EXPERT BACK TO ALMA MATERProgram yang menggalakkan ahli akademik UMT turun ke sekolah mereka terdahulu bagi mewujudkan hubungan strategik untuk menarik pelajar-pelajar cemerlang peringkat tingkatan 4, 5 dan 6 untuk mengikuti pengajian di UMT.- Turun Padang (bentuk

program-program adalah seperti syarahan umum dan perkongsian ilmu).

P1(C)- EXPERT BACK TO ALMA MATERProgram yang menggalakkan ahli akademik UMT turun ke sekolah mereka terdahulu bagi mewujudkan hubungan strategik untuk menarik pelajar-pelajar cemerlang peringkat tingkatan 4, 5 dan 6 untuk mengikuti pengajian di UMT.- UMT di Hatiku: Bawa guru dan

pelajar ke UMT

P1(C)- EXPERT BACK TO ALMA MATERProgram yang menggalakkan ahli akademik UMT turun ke sekolah mereka terdahulu bagi mewujudkan hubungan strategik untuk menarik pelajar-pelajar cemerlang peringkat tingkatan 4, 5 dan 6 untuk mengikuti pengajian di UMT.- Sahabat UMT: Ikon (tubuh

Kelab Sahabat Alam UMT)

P1(D)- SKIM BIASISWA PELAJAR CEMERLANGPenggubalan dasar dan polisi pembiayaan skim biasiswa pelajar cemerlang menerusi Tabung Endowment UMT.

P1(D)- SKIM BIASISWA PELAJAR CEMERLANGPembiayaan biasiswa atau geran pengajian kepada pelajar cemerlang peringkat diploma dan sarjana muda menerusi Tabung Endowment UMT dan kerjasama strategik bersama agensi dalam negara seperti berikut:• Yayasan persekutuan dan

negeri• MARA

P1(D)- SKIM BIASISWA PELAJAR CEMERLANGPembiayaan biasiswa atau geran pengajian kepada pelajar cemerlang peringkat diploma dan sarjana muda menerusi Tabung Endowment UMT dan kerjasama strategik bersama agensi-agensi antarabangsa seperti berikut:• JICA• JSPS

28

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P2(A)- PROGRAM DIPLOMAPenawaran program pengajian sebagai feeder pengajian sarjana muda dan berdasarkan pada bidang tujahan UMT• Diploma Perikanan

P2(A)- PROGRAM DIPLOMAPenawaran program pengajian sebagai feeder pengajian sarjana muda dan berdasarkan pada bidang tujahan UMT• Diploma Sains dan Teknologi

P2(A)- PROGRAM DIPLOMAPenawaran program pengajian sebagai feeder pengajian sarjana muda dan berdasarkan pada bidang tujahan UMT• Diploma Perdagangan

P2(B)- PROGRAM SIJIL PROFESIONALPenggubalan dasar dan kaedah pelaksanaan penawaran program sijil profesional.

P2(B)- PROGRAM SIJIL PROFESIONALPenerapan nilai tambah bagi program pengajian diploma sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar.a. Selam Skubab. Pelayaranc. Kaunseling

P2(B)- PROGRAM SIJIL PROFESIONALPenerapan nilai tambah bagi program pengajian diploma sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar.a. Chartered Financial Analyst

P3(A)- PROGRAM KONTINUUMPenawaran program pengajian fasttrack untuk menarik pelajar cemerlang mengikuti pengajian di UMT.

a. Bidang Pengurusan dan Perniagaan Maritim, Ekonomi dan Perakaunan

b. Bidang Perikanan, Akuakultur, Sains Marin dan Teknologi Maritim

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5Diploma Perdagangan

Sarjana Muda PerakaunanSarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan)Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)Sarjana Muda Ekonomi

Sarjana EkonomiSarjana PerakaunanSarjana Pengurusan (Zon Pantai Bersepadu)Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5Diploma PerikananDiploma Sains dan Teknologi

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)

Sarjana Sains AkuakulturSarjana Sains MarinSarjana Pengurusan (Zon Pantai Bersepadu)

29

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

KPI

P1(A) - Bilangan pelajar cemerlang tingkatan 4, 5 dan 6 yang mengikuti Program Discovery UMT dan memilih UMT sebagai

pilihan pertama.

P1(B-i) - Bilangan pelajar cemerlang tingkatan 4, 5 dan 6 yang memilih UMT sebagai pilihan pertama setelah menyertai

program UMT Academic Outreach.

P1(B-ii) - Bilangan program UMT Academic Outreach yang dilaksanakan.

P1(C-i) - Bilangan pelajar cemerlang tingkatan 4, 5 dan 6 yang memilih UMT sebagai pilihan pertama setelah menyertai

program Expert Back to Alma Mater.

P1(C-ii) - Bilangan program Expert Back to Alma Mater yang dilaksanakan.

P1(Di) - Bilangan pelajar cemerlang yang menerima biasiswa atau geran pengajian.

P1(Dii) - Bilangan kerjasama strategik dan dana yang dikumpulkan.

P2(A-i) - Bilangan pelajar cemerlang SPM yang mengikuti pengajian diploma.

P2(A-ii) - Bilangan program pengajian diploma yang ditawarkan.

P2(B) - Bilangan pelajar yang mendapat sijil profesional

P3(A) - Bilangan pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian program kontinuum

PASUKAN BERTINDAK

PPPA / Jabatan Pengurusan Akademik/ PPHP/ Pusat-Pusat Pengajian/ CADE/ PKKPC/ PJP-ECER/ ITKC/ Kolej Siswa/ Bendahari/

Pusat Pendidikan Asas dan Liberal

30

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 2: Menawarkan Program Berfokus, Relevan, Berkualiti, Berkeboleh Pasaran Tinggi dan Berimpak Tinggi

PROGRAM

P1 : Penawaran pogram pengajian berkualiti Objektif : Meningkatkan kualiti penawaran pogram pengajian sedia ada.

P2 : Penawaran pogram pengajian berfokus Objektif : Mengukuhkan dan menawarkan program pengajian berfokus.

P3 : Penawaran pogram pengajian berkeboleh pasaran dan berimpak tinggi Objektif : Meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): PROGRAM PEMANTAUAN KUALITI SECARA BERTERUSANPembentukan pasukan penilai dalaman terdiri daripada ahli akademik UMT.- Pendedahan- Latihan/Bengkel

Simulasi

P1(A): PROGRAM PEMANTAUAN KUALITI SECARA BERTERUSANProses penilaian dan semakan semula secara berterusan dan sistematik berpusat di PPPA menerusi bengkel, audit dan penarafan dalaman pogram pengajian dengan matlamat untuk mempertingkatkan kualiti keboleh pasaran program dan graduan.

P1(A): PROGRAM PEMANTAUAN KUALITI SECARA BERTERUSANUMT mendapat taraf swa-akreditasi.

P2(A): PROGRAM BAHARU YANG BERFOKUSPembangunan sesuatu program baharu ditetapkan untuk memberi tumpuan terhadap bidang ilmu berfokus berikut:a. Sains Akuatikb. Sains Bahanc. Pembangunan Komuniti

P2(A): PROGRAM BAHARU YANG BERFOKUSPembangunan sesuatu program baharu ditetapkan untuk memberi tumpuan terhadap bidang ilmu berfokus berikut:a. Kejuruteraan Pesisir dan Luar Pantaib. Pengurusan Sumber Perikananc. Teknologi Akuakultur

P2(A): PROGRAM BAHARU YANG BERFOKUSPembangunan sesuatu program baharu ditetapkan untuk memberi tumpuan terhadap bidang ilmu berfokus berikut:a. Permakulturb. Sains Kelestarianc. Geosains

31

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P3(A): PROGRAM STRATEGIK RAKAN INDUSTRI – dalam negaraKerjasama strategik bersama rakan industri dalam negara dapat meningkatkan impak dan keboleh pasaran program menerusi aktiviti seperti berikut:a. Perkongsian kepakaran

Academia-Industry seperti syarahan atau wacana dalam kursus akademik.

b. Penempatan dan pendedahan pelajar untuk latihan industri

c. Penempatan dan pendedahan pensyarah untuk pengalaman industri

P3(A): PROGRAM STRATEGIK RAKAN INDUSTRI – peringkat serantauKerjasama strategik bersama rakan industri peringkat serantau dapat meningkatkan impak dan keboleh pasaran program menerusi aktiviti seperti berikut:a. Perkongsian kepakaran

Academia-Industry seperti syarahan atau wacana dalam kursus akademik.

b. Penempatan dan pendedahan pelajar untuk latihan industri

c. Penempatan dan pendedahan pensyarah untuk pengalaman industri

P3(A): PROGRAM STRATEGIK RAKAN INDUSTRI – peringkat globalKerjasama strategik bersama rakan industri peringkat global dapat meningkatkan impak dan keboleh pasaran program menerusi aktiviti seperti berikut:a. Perkongsian kepakaran

Academia-Industry seperti syarahan atau wacana dalam kursus akademik.

b. Penempatan dan pendedahan pelajar untuk latihan industri

c. Penempatan dan pendedahan pensyarah untuk pengalaman industri

KPIP1(A) - Peratusan program pengajian yang ditawarkan mencapai penarafan tahap 6 SETARA.P2(A) - Peratusan program pengajian yang dibangunkan menepati dan memenuhi keperluan bidang-bidang ilmu yang ditetapkan.P3(A) - Peratusan program pengajian mewujudkan kerjasama strategik secara rasmi dengan rakan industri.

PASUKAN BERTINDAK

PPPA / Pusat-Pusat Pengajian

32

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 3: Menawarkan Program Antarabangsa Peringkat Sarjana Muda dan Sarjana PROGRAM

P1 : Penawaran program pengajian antarabangsa di peringkat sarjana muda dan sarjana kerja kursus Objektif :

1. Menawarkan dan memperkasa program sarjana muda dan sarjana kerja kursus yang berkualiti berdasarkan bidang tujahan, memenuhi keperluan antarabangsa dan menjadi pilihan pelajar cemerlang tempatan dan antarabangsa.

2. Melaksanakan program antarabangsa yang meliputi kurikulum bercirikan nilai dan budaya antarabangsa, dan penempatan pensyarah antarabangsa.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): PROGRAM PENGAJIAN ANTARABANGSAa. Master of Science (Aquaculture)b. Master of Business

Administration

P1(A): PROGRAM PENGAJIAN ANTARABANGSAa. Bachelor of Applied Science

(Biodiversity Conservation and Management)

b. Bachelor of Computer Science with Maritime Informatics

c. Bachelor of Agrotechnology Science (Aquaculture)

d. Bachelor of Food Science (Food Service and Nutrition)

e. Bachelor of Management (Policy and Social Environment)

f. Bachelor of Accountancyg. Bachelor of Applied Science

(Maritime Technology)

P1(A): PROGRAM PENGAJIAN ANTARABANGSAa. Bachelor of Science (Marine

Science)b. Bachelor of Science (Nautical

Science and Maritime Transportation)

KPIP1(A-C)- Bilangan pelajar antarabangsa yang mengikuti program pengajian antarabangsa.

PASUKAN BERTINDAK

PPPA / Pusat-Pusat Pengajian

33

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 4: Memperkukuh Governans Pengajaran dan Pembelajaran

PROGRAM

P1 : Kolej Siswa sebagai tempat pembelajaran kedua Objektif :

1. Meluaskan fungsi Kolej Siswa sebagai tempat pembelajaran kedua dengan menawarkan kemudahan dan modul pembelajaran bagi kepentingan berikut:a. Pengukuhan akademik dan sahsiahb. Pengukuhan komunikasi Bahasa Inggeris

P2 : Penubuhan Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Objektif : Menguruskan penawaran kursus-kursus teras universiti, kemahiran bahasa, kemahiran komunikasi, ilmu dasar, seni kreatif dan sains sukan.

P3 : Penubuhan Pusat-Pusat Pengajian Objektif :

1. Menghimpunkan kepakaran bidang dan ilmu di bawah satu organisasi2. Memperkasakan pengurusan pengajaran dan pembelajaran

P4 : Penarafan SETARA Tahap 6 (Terbilang) Objektif :

1. Melaksanakan pelan tindakan untuk mencapai penarafan SETARA pada Tahap 6 (Terbilang)2. Menempatkan status dan kedudukan UMT di antara institusi yang dihormati dan

mempunyai kredibiliti tinggi

34

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): k-BIMBINGProgram ini melantik pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik semasa yang cemerlang untuk membimbing rakan mereka yang mempunyai pencapaian akademik semasa yang lemah atau sederhana. Program ini dipantau dan diluluskan menerusi persetujuan di antara pusat pengajian dan kolej siswa.

P1(B): PENGUKUHAN KOMUNIKASI BAHASA INGGERISa. Kursus Public Speaking Program pengukuhan

untuk pelajar yang kurang berkemahiran

b. Kursus Toastmaster Program pengukuhan

untuk pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi

P1(C): PEMBELAJARAN INFORMAL DAN NON-FORMALKolej Siswa sebagai tempat pembelajaran informal dan non-formal yang boleh memberi nilai tambah kepada pelajar.

P2(A): PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LIBERALa. Pusat Pendidikan Asas dan

Liberal merupakan entiti perkhidmatan yang akan menawarkan sepenuhnya kursus teras universiti meliputi kenegaraan, ketamadunan, bahasa dan komunikasi.

b. Penawaran sebahagian kursus dasar sesuatu bidang ilmu dan kursus liberal meliputi seni kreatif dan sains sukan menerusi pembentukan jabatan berikut:

i. Jabatan Bahasa dan Komunikasi

ii. Jabatan Kenegaraan dan Peradaban

iii. Jabatan Ilmu Dasariv. Jabatan Seni Kreatif dan

Sains Sukan

P2(A): PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LIBERALa. Penawaran sepenuhnya

kursus dasar setara untuk tahun pertama bagi semua program pengajian.

b. Penawaran sepenuhnya kursus kokurikulum dan liberal

P2(A): PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LIBERAL Pemantapan dan pemerkasaan penawaran kursus untuk semua peringkat pengajian menerusi penilaian kualiti dan pengiktirafan.

35

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P3(A): PUSAT-PUSAT PENGAJIANPembentukan pusat pengajian untuk memperkasakan governans akademik dengan sistem urus tadbir berasaskan sesuatu bidang ilmu.a. Pusat Pengajian Sains Asasb. Pusat Pengajian Informatik

dan Matematik Gunaanc. Pusat Pengajian Sains Marin

dan Sekitarand. Pusat Pengajian Sains

Perikanan dan Akuakulture. Pusat Pengajian Sains dan

Teknologi Makananf. Pusat Pengajian

Pembangunan Sosial dan Ekonomi

g. Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

h. Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

P3(A): PUSAT-PUSAT PENGAJIANPenawaran program pengajian antarabangsa dan kontinuum di setiap pusat pengajian.

P3(A): PUSAT-PUSAT PENGAJIANPemerkasaan dan pemantapan penawaran program pengajian di semua peringkat menerusi penilaian kualiti dan pengiktirafan.

PENARAFAN SETARA 6 (TERBILANG)Proses penggubalan dasar dan strategi pelaksanaan untuk meningkatkan pencapaian universiti.

PENARAFAN SETARA 6 (TERBILANG)Penubuhan Pusat Data Maklumat Penarafan Setara - Pembentukan satu entiti pemusatan data maklumat penarafan yang menjadi rujukan yang disahkan oleh universiti serta merencana strategi meningkatkan pencapaian universiti.

PENARAFAN SETARA 6 (TERBILANG)UMT mencapai penarafan SETARA 6 (Terbilang).

KPIP1(A-i) - Bilangan pelajar yang mengikuti program k-Bimbing.P1(A-ii) - Bilangan kelas bimbingan yang diadakan.P2(Ai) - Peratusan pengajaran kursus bahasa, komunikasi, kenegaraan, ketamadunan dan kursus dasar dalam bidang ilmu (Sains, Sains Sosial, Perniagaan dan Pengurusan) mengikut keperluan program-program pengajian.P2(Aii) - Peratusan pengajaran kursus liberal dalam bidang seni kreatif dan sains sukan.

PASUKAN BERTINDAKPPPA/ Pendaftar / PPTM/ Kolej Siswa / Pusat-Pusat Pengajian / Pusat Pendidikan Dasar dan Liberal

36

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 5: Memperkukuh Sistem Pembelajaran Digital dan Luar Kampus PROGRAM

P1 : Pengembangan pembangunan kandungan digital Objektif : Memperkasakan koleksi digital bahan pengajaran dan pembelajaran.

P2 : Pengembangan akses terhadap bahan pengajaran digital melalui e-pembelajaran Objektif : Memperkasakan prasarana e-pembelajaran.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): BAHAN DIGITAL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPerolehan bahan digital menerusi dua kaedah iaitu pembelian dan pendigitalan bahan pengajaran dan pembelajaran sedia ada.

P1(A): BAHAN DIGITAL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPerancangan dan pembangunan bahan digital oleh pensyarah-pensyarah berpandukan modul dan garis panduan yang ditetapkan.

P1(A): BAHAN DIGITAL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPemerkasaan koleksi bahan digital oleh pensyarah-pensyarah berpandukan modul dan garis panduan yang ditetapkan.

P2(A): PEMBANGUNAN PRASARANA DAN FASILITI e-PEMBELAJARANPenyediaan perkasasan, sistem dan teknologi untuk kemudahan akses sama ada di dalam mahupun di luar kampus.

P2(B): PENGEMBANGAN PENGGUNAAN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)Pembangunan dan penyelenggaraan berterusan sistem Learning Management System (LMS) untuk kemudahan warga universiti.

P2(B): PEMERKASAAN PENGGUNAAN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)Pemerkasaan kualiti pembangunan dan penyelenggaraan berterusan sistem Learning Management System LMS untuk kemudahan warga universiti.

PASUKAN BERTINDAK

PPDSNZ / PPTM/ Pusat-Pusat Pengajian

37

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Penyelidikan dan Inovasi Teras Pengukuhan

Lokasi UMT adalah strategik kerana berada di pesisir pantai Laut China Selatan dan berupaya menyumbang terhadap penyelidikan dan pembangunan negara melalui bidang tujahannya iaitu ilmu kelautan dan sumber akuatik. Objektif utama Teras Pelan Strategik Penyelidikan dan Inovasi adalah memperkasakan pendidikan fundamental; mengunggulkan penyelidikan berpasukan berbentuk multi dan trans-disiplin; dan menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan ahli akademik. Program yang akan dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut adalah memperkukuhkan kepakaran ilmu kelautan dan sumber akuatik; memperkasa SIG dan SRG di peringkat kebangsaan dan global; memperkukuhkan stesen/makmal penyelidikan khas dan memperkasakan proses pembangunan produk inovasi dan teknologi. Teras Penyelidikan dan Inovasi ini akan melonjakkan UMT menjadi sebuah Universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global serta menjadikan UMT universiti terkehadapan dalam bidang ilmu kelautan.

38

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 1: Memperkasa Penyelidikan Fundamental

PROGRAM

P1 : Memperkasakan kesarjanaan Objektif : Memupuk dan mengupayakan ahli akademik menerajui penyelidikan hingga ke peringkat global.

P2 : Memperkukuh kepakaran ilmu kelautan dan sumber akuatik Objektif : Menjadikan para penyelidik UMT sebagai pakar rujuk dalam bidang kepakaran masing- masing sehingga ke peringkat global.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A):MODUL IBNU BATUTTA Memupuk ciri malim sarjana hingga melahirkan penyelidik yang berfikiran kritis, tekun, ghairah kepada ilmu dan kebenaran, jati diri tinggi dan berupaya menerajui penyelidikan di ambang ufuk yang luar dari praktis lazim.

P1(B): TUNAS CENDEKIAWANMenyediakan dana khas bagi memacu kecemerlangan dan potensi diri ahli akademik muda yang berbakat (Top 10%).

P1(C): KEMBARA MALIM SARJANAMenonjolkan keilmuan kesarjanaan ahli akademik melalui penyediaan platform/dana hingga ke peringkat global.

P2(A): STRATEGIC RESEARCH MAPPINGMengenalpasti kelompangan bidang penyelidikan, potensi bidang baru (emerging field) dan padanan bidang ahli akademik yang menyokong pembangunan ilmu kelautan dan sumber akuatik.

P2(B): i-RACE (Internal RACE)Menggembleng usaha kerjasama secara kolektif antara penyelidik senior dengan membantu penyelidik muda untuk meningkatkan hasil penyelidikan yang berkualiti.

P2(D): OCEANIC HUBMenjadi hub kecemerlangan bagi menonjolkan citra kepakaran ahli akademik dalam bidang kelautan dan sumber akuatik sehingga ke peringkat global.

39

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P2(C): CAKNA KARYAWANMemberi sokongan/ bimbingan serta mekanisme bersesuaian bagi meningkatkan secara efektif prestasi penerbitan dan penyeliaan pasca siswazah per ahli akademik sebagai indikator kecemerlangan akademik.

P2(E): e-REPO KARYA Mengumpul, mengarkib dan mengkelaskan dokumen mengikut bidang ilmu.

KPI

P1(A-C)- Bilangan pemimpin penyelidikan dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik

P2(A)- Peratusan kelompangan bidang akademik dan penyelidikan setiap ahli akademik.

P2(C)- Bilangan penerbitan berkualiti dan berimpak

P2(D)- Bilangan pakar bidang dalam ilmu kelautan dan sumber akuatik.

PASUKAN BERTINDAK

Institut/Pusat Penyelidikan/ Pusat Pengajian/ PPBA

40

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 2: Mengunggulkan Penyelidikan Berpasukan Berbentuk Multi dan Trans-Disiplin

PROGRAM

P1 : Memperkasa SIG dan SRG di peringkat kebangsaan dan global Objektif : Menghasilkan kumpulan penyelidikan dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik yang berupaya menerajui penyelidikan hingga ke peringkat global.

P2 : Memperkukuhkan stesen/ makmal penyelidikan khas Objektif : Menyediakan fasiliti yang lengkap untuk menyokong aktiviti penyelidikan multi dan trans-disiplin berteraskan ilmu kelautan dan sumber akuatik.

P3 : Program Institut Penyelidikan Berimpak Tinggi

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): DANA MATCHING GRANT(Top 10% SIG)Meluaskan bidang kepakaran serta menjalinkan kolaborasi penyelidik UMT dengan institusi/agensi luar melalui matching grant.

P1(D): PROJEK FLAGSHIPMemperkenalkan projek flagship dengan menggunakan pendekatan Cradle to Community yang melibatkan secara terus pihak industri/ masyarakat/ NGO.

P2(I): LAB – BIZMenyediakan perkhidmatan berbayar terhadap penggunaan peralatan makmal berteknologi tinggi :a. SEM (Scanning Electron

Microscope)b. TEM (Transmission Electron

Microscope)c. XRF (X-ray Flourescence

Microscope)d. Life Cell Imaging System

Microscopee. Bio Imaging Navigator System

P1(B): SIG GEGARMenyediakan platform untuk setiap SIG berdiskusi dan menyebar luas hasil penyelidikan dan inovasi kepada masyarakat ilmu dan pemegang taruh.

P2(D): MS ISO/IEC 17025Pengiktirafan Makmal Persekitaran Marin dan Makmal Bioteknologi Marin.

P3(B): HICOE INSTITUT PENYELIDIKAN KENYIRMemperkasa Institut Penyelidikan Kenyir kepada status HICOE penyelidikan di peringkat kebangsaan dan serantau.

41

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(C): ANUGERAH SIG-CHAMPMemberi anugerah kepada SIG yang menjadi peneraju bertaraf kebangsaan/ antarabangsa dalam bentuk geran penyelidikan atau program sangkutan ke institusi yang terkenal dalam bidang kepakaran berkaitan SIG tersebut.

P2(E): MAKMAL PENGIMEJAN MARINMenyediakan fasiliti berteknologi tinggi untuk menyokong penyelidikan yang memerlukan kepada pengimejan marin.

P3(C): HICOE AKUATROPMemperkasa AKUATROP kepada status HICOE perkhidmatan di peringkat kebangsaan.

P2(A): MAKMAL PERSEKITARAN MARINMelengkapkan fasiliti yang berteknologi tinggi untuk menyokong penyelidikan berkaitan.

P2(F): TAMAN BIODIVERSITI SETIU WETLANDMemperkasa Stesen Penyelidikan Tanah Bencah Setiu sebagai pusat rujukan bidang biodiversiti peringkat kebangsaan dan menyokong ke arah pewartaan taman negeri.

P3(D): HICOE IMBMemperkasa IMB kepada status HICOE penyelidikan di peringkat kebangsaan.

P2(B): MAKMAL BIOTEKNOLOGI MARIN Melengkapkan fasiliti yang berteknologi tinggi untuk menyokong penyelidikan berkaitan.

P2(G): SANTUARI PENYU CHAGAR HUTANG Memperkasa Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang sebagai pusat rujukan bidang pemuliharaan penyu di peringkat kebangsaan.

P2(C): MAKMAL PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITIMenyediakan dana khas kepada ahli akademik menjalankan penyelidikan dan pemindahan ilmu bagi pembangunan komuniti lestari di stesen penyelidikan luar.

P2(H): BIDONG MARINE RESEARCH PARKMemperkasa Stesen Penyelidikan Marin Pulau Bidong sebagai pusat rujukan bidang marin di peringkat kebangsaan.

P3(A): REGIONAL HICOE INOSMenaik taraf INOS kepada status HICOE penyelidikan di peringkat serantau.

KPIP1(A) - Bilangan dana matching grant.P1(B-C) - Bilangan kumpulan SIG sebagai pakar rujuk dalam nic yang menyokong ilmu kelautan dan sumber akuatikP1(D) - Bilang projek flagship yang dilancarkanP2 (A-H) - Bilangan pengiktirafan yang diperolehi oleh stesen/ makmal (glosari pengiktirafan ditakrifkan sebagai khidmat nasihat/ perundingan/ ucaptama/keynote speaker dan lain-lain)P2(D) - Bilangan makmal yang mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17025P3(B-D) - Bilangan institusi yang menjadi HICOE

PASUKAN BERTINDAK Makmal Berpusat/ RMC / ECER / IKTC / Institut Penyelidikan

42

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 3: Menyemarakkan Budaya Inovasi di Kalangan Bakat Akademik

PROGRAM

P1 : Memperkasakan proses pembangunan produk inovasi teknologi Objektif : Membudayakan inovasi teknologi yang bertujuan untuk memberi penyelesaian kepada masalah industri.

P2 : Menggalakkan pemindahan teknologi berdasarkan inovasi sosial Objektif : Merintis pengetahuan ahli akademik terhadap inovasi sosial.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI Menyediakan modul pembelajaran interaktif kepada ahli akademik untuk pembelajaran kendiri berkaitan pengetahuan asas perlindungan harta intelek.

P1(B): FLAGSHIP INNOVATIONMenyediakan geran padanan sebagai dana suntikan untuk aktiviti pembudayaan Universiti- Industri dalam pembangunan produk inovasi.

P1(B): FLAGSHIP INNOVATIONMeluaskan pengkomersilan produk inovasi.

P2(A): PROGRAM FLAGSHIP INOVASI SOSIALMerancang projek flagship inovasi sosial yang akan dilaksanakan.

P2(A): PROGRAM FLAGSHIP INOVASI SOSIALMelaksanakan, memantau dan mendokumentasikan projek flagship inovasi sosial.

P2(A): PROGRAM FLAGSHIP INOVASI SOSIALMelebarluas dan memantapkan pelaksanaan projek flagship inovasi sosial.

KPIP1(B) - i. Bilangan produk yang dihasilkan daripada inovasi.P1(B) - ii. Peratusan produk yang dihasilkan daripada inovasi.P1(B) – iii. Peratusan produk yang dikomersilkanP2(A-C) - Bilangan pengiktirafan dan anugerah yang diperakui di peringkat antarabangsa (UN, FAO, WHO)

PASUKAN BERTINDAKIKTC / ECER/ Institut / Pusat Penyelidikan / Pusat-Pusat Pengajian / UMT Jaya Holding

Pemindahan IlmuTeras Memacu

Teras memacu pemindahan ilmu berhasrat merintis kapasiti intelektual yang ada di universiti untuk memacu pembangunan wilayah ECER secara mapan. Teras ini meliputi tiga objektif strategi iaitu; menyebarkan ilmu untuk masyarakat, menyalurkan ilmu untuk industri kecil dan sederhana; dan memperkasakan perniagaan universiti. UMT berhasrat untuk menjadi sebuah universiti pemikir, perancang dan pelaksana program pembangunan yang berteraskan pendidikan dan penyelidikan. Di bawah teras memacu pemindahan ilmu ini, hasil penyelidikan yang sesuai dapat dimanfatkan bagi tujuan transformasi pembangunan masyarakat/komuniti di koridor ECER. Program yang akan dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan kelangsungan kualiti hidup dan sosio-ekonomi masyarakat; memperluaskan pengetahuan berkenaan alam sekitar dan sumber akuatik; memperkasakan strategi pengurusan dan kewangan kepada industri kecil dan sederhana dan melahirkan golongan usahawan akademik yang dapat memudahcara proses pemindahan ilmu dari universiti kepada masyarakat.

44

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 1:Menyebarkan Ilmu untuk Masyarakat

PROGRAMP1 : Mengembangkan penglibatan komuniti Setiu Wetland dan Tasik Kenyir Objektif : Meningkatkan kelangsungan kualiti hidup dan sosiekonomi masyarakat.

P2 : Meluaskan akses pembelajaran sepanjang hayat Objektif : Penerapan budaya ilmu dan kemahiran bagi meningkatkan kelangsungan hidup serta potensi komuniti.

P3 : Mempertingkatkan kesedaran kepentingan lautan melalui program Survival Laut Objektif : Memperluaskan pengetahuan berkenaan kepentingan alam sekitar dan sumber akuatik.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): KOBERAMemberi latihan dan pendedahan kepada komuniti melalui koperasi komuniti sebagai platform mendidik komuniti menjadi pengurus sumber dengan lebih sistematik.

P1(D): KOBERAMemberi latihan dan bimbingan kepada komuniti untuk memperkasa koperasi komuniti melalui perniagaan komuniti berasaskan aktiviti ekonomi sedia ada.

P1(G): AQUA ECO TOURISMMemperkasa komuniti melalui penjanaan pendapatan dengan memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada. Penjenamaan sebagai pusat pelancongan yang berasaskan pendidikan serta mengekalkan sumber dan warisan komuniti.

P1 (B): TRANSFORMASI SEMAQ BERIMemberi latihan keusahawanan dan khidmat nasihat kepada komuniti Semaq Beri bagi meningkatkan kebolehpasaran hasil kraftangan.

P1(E): SUKARELAWAN KASIHMewujudkan sukarelawan di perkampungan komuniti orang asli dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk membimbing dan memberi galakan kepada pendidikan anak-anak komuniti orang asli.

P2(D): USAHAWAN NELAYANIntegrasi antara komuniti nelayan dengan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong bidang tujahan UMT melalui program bersijil berbentuk keusahawanan dan pengurusan sumber.

45

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1 (C): eCOMMewujudkan bank data profil hubungan UMT-Komuniti.

P1(F): GREEN GUIDEMemberi latihan dan kemahiran biodiversiti kepada komuniti bagi penjanaan pendapatan sebagai pemandu pelancong.

P3(C): OCEAN COMMUNITYMeningkatkan keupayaan komuniti untuk dinaik taraf sebagai NGO yang boleh memberi kesedaran bagi aktiviti kelestarian alam sekitar.

P2(A): KOMUNITI LESTARIMengenalpasti potensi hasil penyelidikan UMT khususnya yang menjadi dasar dan fokus ECER dan padanan kepada komuniti melalui penawaran program latihan berbentuk pembelajaran sepanjang hayat secara berkala.

P2(C): TRANSFORMASI KOMUNITI ECERIntegrasi antara komuniti dengan pengajaran dan pembelajaran melalui program bersifat separa-akademik bagi memberi nilai tambah melalui peningkatan kemahiran komuniti.

P2(B): RAKAN UMTMemperluas akses fasiliti UMT kepada masyarakat melalui penawaran penggunaan kemudahan UMT, keahlian PPDSNZ dan penggunaan e-pembelajaran untuk komuniti.

P3(B): PUSAT SEHENTI SURVIVAL LAUTMenjadi One Stop Centre kepada program survival laut bagi pelbagai golongan untuk merapatkan jurang di antara komuniti.

P3(A): PUSAT SEHENTI SURVIVAL LAUT - CORPORATE MARINE CONSERVATION (CMC)Memperkenalkan program survival laut kepada kumpulan berprofil tinggi.

KPIP1(C) - Kekerapan pangkalan data menjadi rujukanP1(A,B,D-F) - Bilangan program yang dijalankan kepada komunitiP1(G) - Peningkatan pendapatan peserta sebanyak 10 peratus P2(A,C) - Bilangan program yang berbentuk pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkanP2(D) - Bilangan program pembelajaran sepanjang hayat bersijil dengan minimum 8 jam sehari P3(A-B) - Bilangan peserta menyertai program survival laut.

PASUKAN BERTINDAKPJP ECER/ Makmal Berpusat/ IKTC/ Stesen Penyelidikan Setiu/ Institut Penyelidikan Kenyir/ CSD / UMTJ

46

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 2:Menyalurkan Ilmu untuk Industri Kecil dan Sederhana

PROGRAMP1 : Menyumbang kepakaran kepada pembangunan produk komersial Objektif : Memudahcara proses pemindahan ilmu kepada komuniti.

P2 : Menyediakan khidmat nasihat dalam penyediaan rancangan perniagaan dan laporan kewangan Objektif : Memperkasakan strategi pengurusan dan kewangan kepada IKS.

P3 : Melebarkan jaringan penyelidikan ECER Objektif : Meningkatkan jaringan kerjasama penyelidikan ECER di peringkat tempatan dan global.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): PETA INOVASIMenyediakan peta kekuatan penyelidikan dan inovasi di UMT berdasarkan kepakaran dan produk inovasi yang sedia ada.

P1(B): EKSPLORASI INOVASIPemadanan kekuatan inovasi UMT berdasarkan Peta Inovasi UMT dengan IKS terpilih dan agensi kerajaan yang berpotensi.

P1(C): DIVISI PENYELIDIKAN IKS-UMTMewujudkan satu bahagian penyelidikan IKS-UMT yang berfungsi sebagai pusat perkongsian pintar antara IKS dan UMT serta pembangunan penyelidikan berkaitan IKS khususnya bagi IKS yang tidak mempunyai modal yang mencukupi.

P2(A): EASY IKSMenawarkan perkhidmatan penyediaan penyata kewangan kepada IKS melalui perkongsian pintar antara UMT dan IKS.

P2(C): eMPOWER BIZMeningkatkan kelestarian IKS melalui pembentukan kumpulan pakar UMT dalam penyediaan rancangan perniagaan mengikut bidang kepakaran utama serta mencipta kepakaran dalaman bagi IKS.

47

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P2(B): GO GLOBALMenjadi pemudahcara antara UMT dan IKS bagi meningkatkan akses kepada penyediaan rancangan perniagaan untuk meningkatkan daya saing IKS ke peringkat global.

P3 (A): E-ECERMengukuhkan kekuatan kepakaran modal insan UMT untuk tujuan kerjasama dan perundingan.

P3(C): ECER-NETWORK (ECERnet)Mewujudkan kolaborasi dengan syarikat multinasional dan agensi yang terlibat dengan pembangunan IKS wilayah ECER bagi memperoleh dana pemindahan ilmu dan pengukuhan kepakaran dalaman UMT di peringkat tempatan dan global.

P3 (B): PAUTAN ECERMemperkukuhkan kerjasama bersama ECERDC melalui projek berbentuk pemindahan ilmu kepada IKS.

P3(D): CARING BIZ COMMewujudkan hubungan strategik di antara syarikat multinasional dengan IKS melalui perniagaan sosial yang memberi manfaat kepada komuniti.

P3(E): IKS M-GRANTPenawaran geran sepadan dengan institusi pengajian tinggi atau agensi kerajaan berpotensi yang menyumbang kepada kelestarian IKS melalui pertambahan output dan produktiviti.

KPIP1(A-C) - i. Bilangan produk UMT yang diterima pakai oleh masyarakat. ii. Bilangan kolaborasi penyelidikan antara UMT dengan IKS.P2(A-C) - Bilangan IKS yang terlibat.P3(C) - Bilangan aktiviti kolaborasi bersama.P3(D) - Jumlah keuntungan daripada perniagaan sosial.

PASUKAN BERTINDAKIKTC / PJP- ECER / Makmal Berpusat / RMC/ Pusat Pengajian/ UMTJ/ CADE

48

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 3:Memperkasa Perniagaan Universiti

PROGRAMP1 : Memperkukuhkan UMTJ sebagai jentera perniagaan universiti Objektif : Memperluas peluang perniagaan bagi meningkatkan penjanaan pendapatan kepada komuniti.

P2 : Melebarkan khidmat perundingan dan penasihatan dasar Objektif : Menggembleng kekuatan penyelidik UMT untuk kelangsungan hidup masyarakat.

P3 : Meningkatkan pembangunan perniagaan ilmu Objektif : Melahirkan golongan usahawan akademik yang dapat memudahcara proses pemindahan ilmu dari universiti ke masyarakat.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): PERKHIDMATAN AKADEMIKFokus kepada perkhidmatan akademik seperti penganjuran seminar antarabangsa.

P1(B): UMT SUBSIDIARYMewujudkan anak syarikat yang memberi perkhidmatan yang berfokus dan sejajar dengan kekuatan nic universiti.

P2(A): e-MAN POWERPembangunan dan pengkomersilan Projek Perisian Aplikasi e-Man Power bagi sistem pangkalan data maklumat tenaga kerja.

P2(B): NAKHODA BIZMembentuk rakan kongsi pintar dengan kapten industri bagi perolehan tender di peringkat kebangsaan.

P2(D): UMT PAKARUNDING Mengembangkan tenaga pakar UMT kepada industri menerusi perkhidmatan kepakaran dalam bidang perundingan dan contract research mengikut bidang kepada komuniti dan industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

P2(C): USAHASAMAMengadakan usahasama dengan syarikat dalaman melalui perkongsian modal.

P2(E): UMT BIZ CONSULTANCY Mewujudkan syarikat konsortium perundingan bersama pihak industri yang mantap untuk memberi khidmat perundingan di peringkat antarabangsa.

49

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P3(A): PELAJAR CEO ILMUMenyediakan profil CEO Ilmu yang boleh meneraju ekonomi yang berasaskan ilmu sejajar dengan keperluan negara.

P3(C): PELAJAR CEO ILMUMemilih dan melatih calon CEO Ilmu daripada kalangan pelajar UMT berdasarkan profil CEO Ilmu yang dikenalpasti.

P3(D): ECER BIZ INSTITUTEMewujudkan Institut Perniagaan Wilayah ECER yang bertanggungjawab melahirkan CEO berjaya.

P3(B): PROGRAM PERNIAGAAN PENDIDIKANPembangunan perniagaan berasaskan pendidikan seperti Program Sekolah Scuba.

KPIP1(A-B) - Peratusan pendapatan UMTJ meningkat P2(A-E) - i. Bilangan projek perundingan yang terlibat ii. Jumlah kewangan yang dijana oleh UMTJP3(A,C,D) - Bilangan CEO yang berjaya menerajui syarikat perniagaan.

PASUKAN BERTINDAKUMTJ / IKTC / PJP ECER/ FPE / CADE/ KOSISWA

CitraTeras Pemantapan

Teras Pemantapan Citra adalah pelan yang menggariskan aktiviti pemasaran, komunikasi dan hubungan awam yang proaktif bertujuan untuk menonjolkan imej UMT sebagai sebuah universiti berfokus marin yang terunggul. Bagi mencapai matlamat ini, tiga objektif strategi telah ditetapkan iaitu melonjakkan citra tempatan, menonjolkan citra kebangsaan dan memperkenalkan citra global. Untuk citra tempatan UMT berhasrat mewujudkan universiti yang mesra komuniti serta menjadi khalifah pemuliharaan pelbagaian sumber lautan dan akuatik selain memperkasakan UMT sebagai sebuah kampus lestari. Melalui citra kebangsaan UMT berhasrat untuk menjadi universiti terunggul dalam ilmu sains kelautan serta menjadi pilihan pelajar tempatan dalam bidang tersebut. Citra Antarabangsa pula akan memacu UMT ke arah universiti berorientasi global dan menjadi pilihan pelajar antarabangsa dalam bidang tujuhan yang telah dikenal pasti. UMT pada hari ini dan seterusnya akan terus komited bagi mengukuhkan imej dan identiti korporatnya.

52

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 1: Melonjakkan Citra Tempatan

PROGRAMP1 : Mewujudkan universiti mesra komuniti Objektif : Memperkukuhkan imej UMT kepada komuniti setempat sebagai universiti yang mesra komuniti.

P2 : Menjadi rakan kongsi komuniti nelayan Objektif : Menggalakkan program usaha sama UMT bersama rakan kongsi komuniti nelayan di sekitar negeri Terengganu dalam bentuk aktiviti pemindahan ilmu.

P3 : Memperhebatkan peranan UMT sebagai khalifah pemulihara kepelbagaian sumber kelautan dan akuatik Objektif : Memperkasakan UMT sebagai universiti peneraju ilmu dan harapan masyarakat.

P4 : Memperkasakan UMT sebagai kampus lestari Objektif : Memastikan persekitaran kampus UMT sebagai persekitaran yang bermaklumat.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): JOM MENGENALI UMTMenganjurkan program “Jom Mengenali UMT” yang berbentuk penglibatan semua lapisan masyarakat di kampus UMT dan masyarakat setempat/sekitar UMT.

P1(A): JOM MENGENALI UMTa. Menyertai pameran dan

program promosi di sekitar Kuala Terengganu

b. Menyertai karnival kerjaya, pendidikan dan program promosi di peringkat daerah dan negeri Terengganu mengikut kumpulan sasaran:- Komuniti setempat- Sekolah/kolej/institusi

pengajian tinggi- Agensi kerajaan- Agensi swasta/industri

P1(A): JOM MENGENALI UMTMenyertai program promosi/karnival pendidikan/pameran kerjaya di peringkat daerah/negeri.

53

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(B): KIT PROMOSI BERFOKUSa. Menerbitkan brosur mengikut

kumpulan sasar untuk edaran kepada: - Komuniti yang

mengunjungi UMT berdasarkan kumpulan pelawat seperti pelajar sekolah, kumpulan agensi kerajaan/sektor korporat dan komuniti desa.

- Komuniti luar semasa penyertaan pameran / aktiviti bersama komuniti.

b. Menyelaras kandungan kit promosi pusat pengajian dan universiti untuk digunapakai dalam program promosi.

P1(B): KIT PROMOSI BERFOKUSMenghebahkan dan mengedar kit promosi kepada agensi/institusi/ sekitar Kuala Terengganu.

P1(B): KIT PROMOSI BERFOKUSMenghebahkan dan mengedar kit promosi kepada agensi/institusi/ di seluruh negeri Terengganu.

P2(A): RAKAN NELAYANa. Mengenalpasti produk dan

dan peluang usahasama yang boleh dibantu oleh penyelidik yang mempunyai kepakaran berkaitan.

b. Membantu komuniti setempat dalam merancang program latihan/pengembangan kerjaya, pendidikan dan pembangunan modal insan

P2(A): RAKAN NELAYANa. Membantu membangunkan

produk komuniti nelayan dengan berkongsi kepakaran para penyelidik di dalam pengeluaran produk tempatan.

b. Mengembangkan program latihan/pengembangan kerjaya, pendidikan dan pembangunan modal insan ke seluruh negeri Terengganu

P2(A): RAKAN NELAYANa. Membantu pengeluar

produk tempatan untuk mengkomersilkan beberapa produk tempatan

b. Mengukuhkan program latihan /pengembangan kerjaya, pendidikan dan pembangunan modal insan ke seluruh negeri Terengganu

54

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P3(A): SAMUDERA UNTUK KOMUNITIa. Memperkasakan majalah

SAMUDERA untuk edaran komuniti setempat.

a. Melibatkan penyertaan kelab/persatuan pelajar dalam penerbitan majalah SAMUDERA

P3(A): SAMUDERA UNTUK KOMUNITIMenghebahkan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat dalam majalah SAMUDERA untuk edaran.

P3(A): SAMUDERA UNTUK KOMUNITIa. Menerbitkan SAMUDERA UMT

dalam pelbagai bentuk media.a. Mengedarkan Majalah

SAMUDERA ke seluruh negeri Terengganu.

P3(B): UMTUBEMenambah satu aplikasi di dalam laman sesawang UMT bagi memuatnaik video program atau aktiviti bersama komuniti.

P3(C): UMT EVERYWHEREMemperluaskan langganan billboard dengan :a. Mengiklankan UMT di pelbagai

lokasi strategik di negeri Terengganu dan pantai timur.

b. Mengetengahkan ikon akademik UMT / pelajar antarabangsa UMT.

P3(C): UMT EVERYWHEREa. Mengiklankan UMT di

bas dalam daerah Kuala Terengganu

b. Mengiklankan UMT di bas yang beroperasi antara daerah-daerah dalam Terengganu

c. Mengiklankan UMT di bas ekspress utama dari Terengganu ke negeri lain

P3(C): UMT EVERYWHEREMengiklankan UMT di pesawat penerbangan utama seperti MAS, AirAsia dan FireFly yang beroperasi dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

P4(A): UMT DI HATIa. Menambah papan-papan

tanda yang boleh menonjolkan citra UMT di dalam dan sekitar kampus.

b. Melaksanakan program kemasyarakatan dan kelestarian di kampus UMT, pantai dan kampung sekitar UMT

P4(A): UMT DI HATIMereka bentuk grafik dan lakaran untuk papan tanda yang menonjolkan kelestarian kampus UMT.

P4(A): UMT DI HATIMenambahbaik dan mengemaskini rekabentuk papan tanda yang selari dengan perkembangan kelestarian.

55

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P4(B): BLUEPRINT KAMPUS LESTARIMenyediakan sebuah pelan terperinci untuk menjadikan kampus utama UMT sebagai kampus lestari dari pelbagai aspek, di antaranya:a. Infra-Mesra – Kemudahan

fizikal yang mesra alam, pelajar dan warga seperti tempat letak basikal berkunci dan berbumbung, laluan pejalan kaki berbumbung,

laluan basikal dan tong sampah kitar semula.

b. Kampus Hijau – Mewujudkan kawasan Hutan Tanah Bencah dalam Kampus.

c. Kampus bebas karbon dioksida

P4(B): BLUEPRINT KAMPUS LESTARIMenyediakan Blueprint Kampus Lestari untuk kampus Bukit Kor dan stesen penyelidikan.

P4(B): BLUEPRINT KAMPUS LESTARIMengkaji pencapaian pelaksanaan projek yang telah digariskan di dalam Blueprint Kampus Lestari dan impaknya kepada UMT.

KPIP1(A) - Bilangan komuniti yang terlibat di dalam programP1(B) - i. Bilangan penyertaan dalam program promosi ii. Bilangan maklumbalas/info yang diperolehi dari komunitiP2(A) - Bilangan program/produk usahasama antara UMT dengan komuniti, agensi dan industriP3(A) - i. Bilangan penglibatan kelab/persatuan pelajar UMT ii. Bilangan naskah majalah SAMUDERA yang diedarkanP3(B) - Bilangan penonton bagi video yang dimuatnaikP3(C) - Bilangan langganan iklan P4(A) - Bilangan papan tanda yang dipasang di kampus dan kawasan sekitar UMTP4(B) - Bilangan projek kampus lestari yang berjaya dilaksanakan

PASUKAN BERTINDAKPKKPC / Semua PTJ/ PPH/ ECER/ UMTJ

56

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 2:Menonjolkan Citra KebangsaanPROGRAM:P1 : Memperkukuhkan UMT sebagai universiti terunggul dalam ilmu kelautan Objektif : Menaikkan imej dan reputasi UMT sebagai universiti terunggul dalam ilmu kelautan.

P2 : Merealisasikan UMT sebagai universiti pilihan pelajar tempatan dalam bidang maritim, sains nautika, ilmu kelautan dan sumber akuatik Objektif : Menonjolkan UMT sebagai universiti terunggul dalam bidang maritim, sains nautika, sains kelautan dan sumber akuatik.

PROJEK

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5P1(A): UMT UNGGULMengaudit dan mendokumenkan kajian imej dan citra sedia ada di UMT.

P1(A): UMT UNGGULi. Membangunkan imej dan

identiti korporat baharu sebagai signature UMT.

ii. Menyediakan garis panduan lengkap bagi menonjolkan citra UMT pada setiap aktiviti.

P1(A): UMT UNGGULMemastikan imej dan identiti korporat yang dibangunkan digunapakai secara meluas dan dikenali sebagai signature UMT.

P1(B): i-MAG UMT Penjenamaan semula majalah INFOKUS untuk edaran kepada kumpulan sasaran atau rakan kongsi di peringkat kebangsaan bertujuan sebagai satu medium hebahan tentang aktiviti atau pencapaian semasa UMT.

P1(B): i-MAG UMTMenerbitkan prospektus UMT sebagai sumber maklumat korporat untuk edaran kepada kumpulan sasaran di peringkat kebangsaan;- Kumpulan pelajar- Kumpulan masyarakat- Kumpulan industri

P1(B): i-MAG UMTMenerbitkan prospektus UMT dalam pelbagai bentuk media.

P1(C): UMT SATELITMenubuhkan dan memantapkan aktiviti dan peranan Pusat Komunikasi Strategik di Putrajaya sebagai perantara UMT dengan rakan kongsi kebangsaan.

P1(C): UMT SATELITMenubuhkan kampus satelit UMT bagi penawaran program pengajian ilmu kelautan dan sumber akuatik.

P1(C): UMT SATELITMemperluaskan program yang ditawarkan di kampus satelit ke peringkat antarabangsa.

P1(D): DISCOVER UMTMenghasilkan video dokumentari dalam bidang ilmu kelautan dan bidang kepakaran di UMT untuk siaran kebangsaan.

P1(D): DISCOVER UMTMempertingkatkan bilangan dan kualiti penghasilan video dokumentari dalam bidang ilmu kelautan untuk siaran kebangsaan dan antarabangsa.

P1(D): DISCOVER UMTMenjadikan UMT sebagai hub Discovery Channel dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik.

57

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(E): KUIZ SAINS KELAUTAN Mengadakan Kuiz Sains Kelautan peringkat sekolah setempat sekitar negeri Terengganu.

P1(E): KUIZ SAINS KELAUTAN Mengadakan Kuiz Sains Kelautan di sekolah peringkat kebangsaan.

P1(E): KUIZ SAINS KELAUTAN Mengadakan Kuiz Sains Kelautan di sekolah peringkat ASEAN.

P1 (F): UMT NETWORKMenggunakan aplikasi media sosial digital bagi mempromosikan citra UMT;- Facebook- You Tube- Twitter

P1 (F): UMT NETWORKMeningkatkan penggunaan media sosial digital bagi memperkasakan citra UMT.

P1 (F):UMT NETWORKMemperkasakan penggunaan media sosial digital, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

P2(A): KENALI UMTa. Mengiklankan UMT di dalam

saluran-saluran media massa yang berimpak tinggi.

b. Menubuhkan Kelab Sahabat Alam Marin di sekolah terpilih seluruh Malaysia dan mengadakan aktiviti pendidikan (contoh; Kem Penghayatan Alam Marin/SCUBA).

c. Mewujudkan laman sesawang Kelab Sahabat Alam Marin.

d. Mengadakan Seminar Sains Marin khusus untuk pelajar pra-siswazah peringkat kebangsaan.

P2(A): KENALI UMTa. Memperluaskan langganan

iklan UMT di dalam saluran media massa yang berimpak tinggi dengan kumpulan sasaran yang strategik.

b. Memantapkan pengisian program berbentuk ilmu kelautan di peringkat kebangsaan yang dikendalikan oleh Kelab Sahabat Alam Marin.

c. Menghasilkan rancangan pendidikan berbentuk video dokumentari khusus untuk pelajar sekolah.

d. Mengadakan Seminar Sains Marin khusus untuk pelajar pra-siswazah peringkat kebangsaan.

P2(A): KENALI UMTa. Memperluaskan langganan

iklan UMT di dalam saluran media massa yang berimpak tinggi.

b. Meningkatkan kualiti program berimpak tinggi dalam bidang ilmu kelautan di peringkat kebangsaan yang dikendalikan oleh Kelab Sahabat Alam Marin.

c. Meningkatkan kualiti penghasilan rancangan pendidikan berbentuk video dokumentari khusus untuk pelajar sekolah.

d. Mengadakan Seminar Sains Marin khusus untuk pelajar pra-siswazah peringkat antarabangsa.

KPIP2(A) - Bilangan pelajar cemerlang yang memilih UMT dalam bidang maritim, sains nautika, ilmu kelautan dan sumber akuatik.

PASUKAN BERTINDAKPKKPC / Pusat Pengajian/ Institut/ UMTJ/ Semua PTJ

58

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

OBJEKTIF STRATEGI 3:Memperkenalkan Citra Global

PROGRAMP1 : Memacu UMT ke arah universiti berorentasi global dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik Objektif : Memperkenalkan UMT kepada komuniti di peringkat antarabangsa.

P2 : Merealisasikan UMT sebagai pilihan pelajar antarabangsa dalam bidang ilmu kelautan Objektif : Memperkenalkan UMT sebagai sebuah universiti terkemuka, khususnya dalam bidang ilmu kelautan dan menjadikan UMT sebagai pilihan utama pelajar dan ahli akademik cemerlang antarabangsa.

PROJEKTAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5

P1(A): VOYAGES OF DISCOVERY Menerbitkan majalah UMT untuk edaran di peringkat global di IPT dalam dan luar negara.

P1(A): VOYAGES OF DISCOVERYMempelbagaikan kumpulan sasaran pembaca secara lebih fokus :a. Individu yang menentukan

penarafan universitib. Editor jurnalc. Agensi korporat

P1(A): VOYAGES OF DISCOVERYMeningkatkan volum penerbitan majalah untuk edaran yang lebih meluas.

P2(A); UMT AROUND THE WORLDMelanggan ruang iklan dalam majalah saintifik antarabangsa untuk pengiklanan bagi mendapatkan pelajar cemerlang, pensyarah terbaik, artikel, postdoctoral dan menghebahkan seminar peringkat antarabangsa anjuran UMT. Langganan iklan juga bertujuan untuk mempromosikan program antarabangsa dan pengambilan pelajar antarabangsa.

P2(A): UMT AROUND THE WORLDPenyertaan dalam pameran-pameran pendidikan antarabangsa bereputasi tinggi di negara strategik yang terpilih.

P2(A): UMT AROUND THE WORLDMenubuhkan pejabat antarbangsa di beberapa negara strategik dalam usaha mendapatkan pelajar antarabangsa.

KPIP1(A) - Bilangan e-zin yang dimuat turun oleh pelawat antarabangsaP2(A) - Bilangan pejabat antarabangsa luar negara yang ditubuhkan

PASUKAN BERTINDAKPKKPC /Pusat Pengajian /Institut

59

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

Pelan Strategik UMT 2013-2017 merupakan sebuah wacana yang terhasil daripada penggemblengan pemikiran dan usaha warga UMT secara keseluruhan. Pelan yang digubal ini mengambil kira lima teras penting yang perlu diberi perhatian oleh UMT iaitu Teras Bakat Akademik, Teras Pengajaran dan Pembelajaran, Teras Penyelidikan dan Inovasi, Teras Pemindahan Ilmu dan Teras Pemantapan Citra. Perancangan yang disediakan ini merupakan terjemahan hala tuju UMT yang memberi fokus kepada perkara penting yang boleh dicapai secara tahunan, jangka sederhana dan jangka panjang serta menggariskan dengan jelas tindakan yang perlu dilaksanakan melalui program dan projek yang telah dirancang. Kedinamikan pelan strategik ini akan dapat dilihat melalui perancangan dan pelaksanaan projek yang akan berubah, bertambah ataupun berkurang bergantung kepada kesesuaian dan keperluan semasa. Terhasilnya pelan strategik ini bukanlah bererti perancangan UMT terhenti setakat ini kerana fasa pelaksanaan menuntut komitmen yang lebih tinggi dan menyeluruh daripada setiap lapisan warga. Semua proses membuat keputusan seperti penyediaan bajet dan perancangan utama lain perlu dilakukan berdasarkan pelan strategik ini. Seluruh warga UMT kini akan bersama-sama menterjemahkan pelan ini melalui pelaksanaan dan pemantauan berterusan ke arah memacu UMT menjadi sebuah universiti berfokus terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.

Kesimpulan

60

P E L A N S T R A T E G I K U n i v e r s i t i M a l a y s i a T e r e n g g a n u

PUSAT TRANSFORMASI, PERANCANGAN STRATEGIK DAN RISIKO, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo, Naib Canselor UMT,

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Pelan Strategik UMT;

Pengerusi-Pengerusi Teras;

Ketua-Ketua Program

serta semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan penerbitan buku

Pelan Strategik Universiti Malaysia Terengganu 2013-2017

Sekalung Penghargaan