kisah rahsia jana 10 ribu sebulan

61
1 Kisah rahsia jana 10 ribu sebulan walaupun masih bekerja  COACH BAHAR

Upload: roziah-md-amin

Post on 13-Apr-2018

291 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 1/61

1

“Kisah rahsia jana 10 ribu

sebulan walaupun masihbekerja” 

COACH BAHAR

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 2/61

2

Pendahuluan Kata.

Tahun 2014 dan tahun 2015, ramai yang mejangkakan tahun-tahun yang

sangat mencabar. Tidak kira kepada mereka yang sedang bekerja ataupun

mereka yang berniaga. Ramai yang tertanya-tanya rahsia mendapatkanpendapatan altanatif untuk menampung kos sara hidup yang semakin

meningkat.

Antara industri yang akan berkembang pesat pada tahun 2014 adalah industri

pengiklanan. Rata-rata peniaga dari berskala kecil hingga besar takut prestasi

jualan mereka menurun. Maka dengan itu mereka percaya dengan

pengiklanan sahajalah akan dapat meningkatkan hasil jualan mereka. Mereka

yang bermain dalam industri pengiklanan saya ingatkan, kaut untung cepat

tetapi jangan membesarkan syarikat anda kerana jika tahun berikutnya

ekonomi masih merundum maka budget pengiklanan yang terlebih dahulu

mereka ketepikan.

Jika boleh, untuk mereka yang mahu berjinak-jinak untuk mencari jalan

altanatif mendapatkan pendapatan saya syorkan buat dari yang kecil.

Terdapat 1001 cara untuk membuat bisnes dari kecil, jangan terus besar

sekali. Anda baru dalam bidang ini, mulakan dulu dengan mengumpul duit

dengan kemahiran yang anda ada. Berdekit-dekit sehingga mendapat betul-

betul idea untuk berbisnes.

Anda harus berjinak-jinak dalam bidang pemasaran. Ramai diantara kita

boleh membuat hingga kilang yang besar-besar tetapi tidak pandai menjual.

Jika anda belum ada barangan , ambil dan cari barangan untuk anda jual dari

orang lain. Saya contohkan jika dirumah anda berdekatan dengan kilang roti

atau sandwich , anda cuba memasarkan nya.

Jika sebuah sekolah mengambil 400 keping roti bun sehari dan anda

menghantar 5 sekolah , anda akan mendapat keuntungan (0.20 X 2000 X 20

hari ) maka pendapatan bersih anda sehari adalah RM8000 sebulan tanpa adakilang.

Nasihat ini bukanlah boleh saya berikan semua dalam golongan yang sama.

Mungkin boleh saya berikan 1001 idea bisnes untuk dijalankan tetapi ianya

bergantung juga kepada orang yang betul, masa yang tepat dan tempat yang

baik untuk menjalankan bisnes tersebut.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 3/61

3

Lima perkara yang anda perbaiki untuk terus berjaya dalam mendapat

pendapatan lebih

1. Sikap

Sikap menentukan kejayaan kita, jika sikap kita yang selalu negatif sampai bilapun kita tidak akan maju. buang jauh-jauh sikap negatif seperti malas, boros,

tak jujur dan sebagainya.

2. Kepercayaan

Walaupun anda punya idea yang terbaik tetapi jika anda tidak percaya anda

boleh berjaya idea tersebut tidak akan terlaksana. kepercayaan kepada diri

anda sendiri adalah perkara terpenting membawa anda mencapai target yang

anda sasarkan.

3. Keyakinan

Setelah anda percaya dengan apa yang anda lakukan anda perlu yakin, yakin

bisnes yang anda lakukan boleh membawa anda menjadi kaya raya.

4. Keazaman

Apa sahaja rintangan dan dugaan perlulah anda tempoh, sikap negatif orang

pada anda, sikap sinis dan cabaran dalam bisnes. berazamlah untuk anda

terus berjaya.

5. Semangat

Semangat adalah suatu kuasa untuk anda bergerak kehadapan.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 4/61

4

Bab 1 :: Kenapa nak cari duit tambahan ?

Saya mulakan dengan soalan “ kenapa saya nak cari duit tambahan

walaupun saya sudah bekerja ? “. Mungkin kita mempunyai alasan yang

tersendiri kenapa kita nak cari duit tambahan. Saya bekerja selama 13 tahundari saya habis degree. Sejak bulan pertama saya mula bekerja saya sudah

mula dapat duit lain selain sumber gaji saya dengan bekerja atau berniaga

secara part time.

Zaman sekarang ni, kalau gaji RM2000 manalah nak cukup. Mana nak

bayar duit PTPTN, mana nak bayar ansuran kereta, mana nak bayar duit sewa

rumah. Itu belum lagi kira lagi duit makan minum tiap hari ke pejabat. Itulah

yang berlaku pada saya diawal saya bekerja dulu. Ramai suruh berjimat

cermat, macam mana nak jimat lagi. Dah abis cermat dah tu. sampai hujung

bulan semua duit dah habis dibelanjakan. pening kepala nak membayar

hutang. Hati tak tenteram dibuatnya. “ Besar Periuk , Besarlah Keraknya”. 

Saya selalu akan balik lewat dari kerja, jika saya pulang awal sekalipun saya

akan sambung kerja saya dirumah. Saya suka bekerja , berfikir dan buat

sehabis baik. Saya bekerja mungkin lebih 14 jam sehari. Saya gembira...dengan

cara saya. Saya dah tanya doktor, dia kata lebih ramai orang sakit sebab tidak

bekerja dari orang yang kuat bekerja.

Sekarang mungkin sudah berkurang, Masyarakat selalu melihat jika

kuat kerja disamakan dengan gila bekerja. seperti menjadi satu kesalahan jika

rajin bekerja. Ia benar, jika dikatakan anda kuat bekerja selalu disampuk

cakap orang "harta tak bawa ke kubur" atau ditakutkan "hidup perlu enjoy

janganlah kerja kuat sangat ...bukan nak cari apa". Saya suka bersenang

lenang, tetapi kekadang dengan senang lenang juga saya bekerja.

Jika bangsa saya nak maju, negara kita nak membangan, pensyarah kita

nak jadi ilmuan, usahawan kita nak kaya raya, islam nak unggul kita perlu

bekerja kuat dan rajin tidak ada pilihan lain. Itupun setelah kita bekerja kuat

dan rajin tak tentu kita akan menang dan dapat apa yang kita impikan.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 5/61

5

Ada beberapa sebab kenapa saya nak duit tambahan dan bekerja kuat,

motivasi inilah yang membuatkan saya kuat untuk cari duit. Anda perlu ada

alasan yang kukuh untuk semua ini jika tidak mungkin kita hanya punya

semangat yang sekejap sahaja.

Pertama :

Nak bawa mak ke tanah mekah menunaikan haji dan umrah

Saya fikir, kalau saya kerja makan gaji sahaja macam mana boleh saya bawa

mak ke tanah suci menunaikan haji dan umrah. Mana nak saya cari duit

dengan hanya gaji yang terhad. Hati saya kuat untuk itu. Secara metametiknya

sukar saya kumpul duit kalau hanya dapat dari sumber gaji sahaja.

Alhamdulilah cita-cita saya tercapai,dapat saya bawa mak saya ke tanah suci

dengan kerja part time saya sahaja. Saya sungguh sayu dengan kejayaan ini,

ianya melebihi dari kejayaan-kejayaan lain bila dapat bersama mak ke mekah.

Mungkin anda juga boleh jadikan inspirasi untuk ke mekah sebagai sebab

mengapa anda perlu kerja kuat.

Saya, kak hafizah dan mak di tanah suci mekah tahun 2012.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 6/61

6

Nak Jaga Orang Tua

Cuba anda bayangkan, sanggupkah kita jika orang tua kita dikampung hidup

susah. Bila ditanya, “macam mana aku nak  tolong, aku pun susah nak makan”.

Sanggupkah suasana sedih ini berlaku kepada kita? Tentu tak sanggup kan.Itulah sebabnya, saya bekerja kuat untuk senangkan mak saya di kampung.

Mereka sudah bersusah payah untuk kita. Giliran kita pula perlu bekerja

untuk mereka. Alhamdulilah, hajat saya tinggal dan menjaga mak saya

tercapai. Kita perlu sentiasa berusaha untuk apa yang kita impikan.

Saya Takut

Suatu masa dulu, saya sebenarnya dari keluarga yang sederhana. Saya berasal

dari kampong dan arwah ayah saya meninggal sebelum saya berusia remaja.

Saya adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga saya. Saya perlu punya

tanggungjawab keluarga.

Pernah satu peristiwa berlaku semasa saya di university. Saya mengikut

kawan saya balik kerumahnya kerana ziarah bapanya yang sedang sakit. Adik

beradiknya ada 8 orang. Ayahnya didapati mengalami ketumbuhan dalam

perut. Doktor menasihatkan untuk bapanya dibedah segera. Malangnya semua

adik beradiknya tidak mampu mengadakan duit untuk kos pembedahan

ayahnya. Saya sangat sedih dan insaf. Akhirnya ayahnya meninggal dunia. Ya,

saya sangat faham dengan ajal dan maut ketentuan Allah. Tetapi Allah juga

kita berusaha untuk berubah.

Adakah anda sanggup melihat ibu bapa atau orang yang tersayang kita sakit ?

tetapi kita tidak mampu membantu untuk hantar ke hospital. Adakah sanggup

kita kata “ aku pun banyak hutang, macam mana nak tolong “. Suasana itusangat terkesan dalam jiwa saya dan saya bertekad untuk tidak mahu miskin.

Kita percu cari duit, bukan untuk kaya tetapi lebih keadaan sedih ini tidak

berulang terhadap diri dan keluarga pula.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 7/61

7

Nak ke Tak nak?

Hanya mengejar impian orang lain, menyebabkan anda lupa impian diri

anda sendiri. Apa yang anda NAK dan apa yang anda TAK NAK?. PILIHAN nya

hanyalah satu.

Anda nak banyak duit, anda nak hantar mak pergi haji, anda nak banyak

masa dengan anak-anak, anda nak bercuti sambil pegang tangan isteri anda

atau suami anda, anda nak pakai kereta. ITU semua pilihan anda. Sama juga

dengan perkara ini, jika anda nak saya ajarkan bagaimana buat duit sambil

bekerja itu pilihan anda. Sebab itu anda telah membeli ebook ini.

Mungkin anda tak nak berkejar pagi-pagi keluar rumah setiap hari pergi

kerja sesak ditengah ibu kota, mungkin anda tak nak duduk rumah yang dua

bilik sedangkan anak dah ramai, mungkin anda tak nak nampak senang bertali

lehir tapi hujung bulan dikejar bank. mungkin...mungkin..mungkin...mungkin

anda tak nak. Ini semua adalah pilihan anda. Mereka yang kaya sebenarnya

mereka yang banyak pilihan. Jika anda terpaksa memilih maka anda

sebenarnya masih miskin.

Jadi anda perlu berubah dan menukar cara hidup anda dengan lebihREALITI, benar ianya benar. Jika anda sudah bahagia hidup anda sekarang,

tahniah kerana anda sudah dapat apa yang anda nak dapat.

Saya nak menunjukkan yang sesiapa sahaja boleh mencapai kekayaan

dengan hebat. Tak kira siapa anda, sama ada anda berlatarbelakang keluarga

yang dulunya miskin, sama ada pendidikan anda rendah, sama ada anda

bekelulusan PhD, sama ada anda seorang perempuan yang telah mempunyai

cucu, sama ada anda tidak ada langsung pengalaman dalam bidang

perniagaan. Rugi kita tinggal di Negara yang aman ini tetapi kita tidak kaya.

Mereka diluar sana lebih sukar untuk maju kerana kesempitan hidup mereka.

Anda boleh menjadi seorang yang berduit dan kaya. Tetapi dari analisa

saya hanya perniagaan dan perlaburan sahaja yang boleh membawa anda

dengan cepat ke destinasi tersebut. Dalam banyak contoh kehidupan, saya

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 8/61

8

berjumpa ramai mereka yang kaya mempunyai pelbagai latarbelakang yang

berbeza. Kesamaan mereka adalah kejayaan yang mereka kecapi bukan

datang dari kesenangan, datangnya dari beberapa pengorbanan dan

kesusahan mereka yang lepas. Kaya adalah hak anda dan ianya sebenarnya

suatu pilihan. Anda perlu ada ilmu kekayaan.

Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk memberi inspirasi kepada

orang ramai supaya belajar dengan lebih banyak. Sebenarnya anda perlu

belajar untuk kaya, benar bukan dari keadah “trial and error”. Saya membaca

banyak buku, berjumpa ramai orang dan menghadiri banyak siri ceramah

motivasi. Satu contoh yang nyata adalah saya pernah menghadiri satu seminar

hartanah yang hanya bayaran yuran nya RM500 sehari 5 tahun lepas tetapi

dari teknik yang diajarmembolehkan saya dapat mengutip semula lebih 500

ribu dalam masa setahun. Anda perlukan mentor, coach, guru untuk

mempercepatkan anda untuk kaya.

Saya juga mahu memberitahu orang ramai yang perkara untuk kaya ini

bukan lah mustahil dan sebenarnya ianya mudah jika ada asas yang kukuh.

Ada diantara mereka yang berniaga dan berkeuntungan dengan jutaan ringgit,tetapi ada juga diantaranya yang berusaha berniaga tetapi rugi. Sama juga

anda lihat ada mereka yang terlalu sibuk setiap hari tetapi dalam masa yang

sama anda berjumpa mereka yang tidak bekerja duduk goyang kaki. Sudah

tentu ada cara atau jalan lain selain dari cara yang anda lakukan sekarang

untuk mendapat duit yang banyak. Ada mereka yang bekerja mendapatkan

duit seharian dibayar dengan gaji yang sedikit tetapi ada yang bekerja sedikit

tetapi dibayar ribuan ribu sehari. Jika anda mempunyai sistem yang betul,

sebenarnya duit boleh bekerja untuk anda.

Saya juga cuba memberitahu dari contoh dan cerita saya sebenarnya

anda mempunyai berjuta-juta cara untuk kaya raya. Ada orang jual beli tanah,

ada orang jadi penceramah, ada orang cuma jual pau je tadi ada 10 tempat

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 9/61

9

post jualannya, ada orang jual kapal selam, ada juga jadi artis. Kesamaan

antara mereka adalah mengunakan sepenuhnya potensi diri mereka yang

sebenar untuk menjadi kaya.

Perkara terakhir saya nak beritahu yang sebenarnya kita tidaklah

memerlukan ilmu yang terlaku kompleks untuk mencapai kekayaan. Fikir lah

dengan cara mudah dan lakukan dengan bersungguh-sungguh. Perkara ini

sebenarnya jauh lebih mudah dari thesis atau menyiapkan projek tahun akhir

anda di university, lebih-lebih lagi menyiapkan penyelidikan PhD.

Anda perlu alasan yang lebih kukuh mengapa anda mahu kaya, jika

tidak usaha anda separuh jalan. Hidup saya dan ramai orang bukanlah hanya

mengejar kekayaan, saya juga punya keluarga, saya juga punya hobi, saya juga

perlu ke mekah menunaikan haji. Semua yang kita lakukan akhirnya adalah

kerana Allah.

Boleh ke jadi jutawan walau masih bekerja ?

Persoalan ini adalah antara perkataan ‘boleh’ dan ‘mahu’ sahaja. Jika

anda fikir boleh dan anda mahu melakukannya anda pasti boleh berjaya

seperti saya. Izinkan saya memberikan diri saya sebagai contoh. Saya telah

mendapat simpanan saya satu juta semasa saya masih bekerja. Saya pernah

berpendapatan lebih RM200 ribu sebulan. Dalam kurang 5 tahun saya dapat

mencapai apa yang saya impikan. Anda perlu berfikiran positif jika mahu

membaca lebih banyak kisah hidup saya. Saya akan kupas satu persatu

persoalan bagaimana membuat duit sambil bekerja.

Kenapa masih berkerja walau sudah berpendapatan lebih tinggi dari

gaji?. Saya tahu itulah soalan yang bermain dalam fikiran anda sekarang

terhadap saya. Anda tentu tertanya-tanya apa yang saya buat hingga boleh

mendapat lebih 200 ribu sebulan. Saya akan ceritakan dalam bab seterusnya.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 10/61

10

Bab 2 ::

Mahu ke tidak ? Cari duit senyap-senyap

Sikap yang terlalu selesa dengan keadaan sekarang selalunya berlaku

pada orang kita. berharap dengan pertolongan dan bantuan dari kerajaan, ibu

bapa dan saudara mara. Kononnya ini tempat kita, ini negara kita dan kita ada

kelebihan di tempat sendiri.

Saya sudah sampai lebih 40 negara dan saya pernah tinggal di luar

negara selama lebih 5 tahun. Jika di luar sana orang melayu dan orang

malaysia semuanya rajin belaka, dan mereka menempa pelbagai kejayaanyang membanggakan. Jika di luar, kita terpaksa membuat apa yang terbaik

bak kata orang 'do or die' alasanya itu bukan negara kita. begitu jugalah orang

asing yang berkerja di Malaysia, mereka terpaksa membuat yang terbaik

berbanding orang tempatan yang boleh 'balik tanam kampung , tanam

jagong", itu pun kalau masih ada kampung.

Saya teringat dengan satu cerita, cerita pasal katak. katak ini adalah

seekor katak di dalam periuk yang diletakkan di atas api untuk di rebus.

bayangkan keadaaan katak tersebut, semasa baru di letak atas api airnya

masih sejuk. Sekian lama di rebus, airnya menjadi suam, katak masih

berenang dengan gembira. Air menjadi panas , katak makin selesa seperti

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 11/61

11

dalam SPA atau 'jacuzzi' dan tidak mengindahkan keadaan sekeliling yang

panas sedikit.

Tetapi , apabila air mendidih katak tidak mampu berbuat apa-apa. katak

itu mati katak dalam periuk tadi dengan tidak di sangka-sangka perubahan

yang berlaku. katak tersebut berada di dalam keadaan selesa dan leka dan

secara tiba-tiba situasi membunuh tiba.

Keadaan ini seperti dalam kehidupan seharian sama ada anda seorang

pelajar sekolah, atau pelajar universiti, pekerja atau peniaga, atau ahli politik

mahupun rakyat biasa. Selalunya terjadi keadaaan selesa di dalam hidup kita,

di mana kita mengecapinya dan tidak merancang untuk melakukan sesuatu

untuk pergi ketahap yang lebih baik.

Kita seronok dengan menikmati keselesaan tersebut sehinggalah

persekitaran berubah yang memaksa kita berubah. pada ketika itu kita telah

terlambat untuk melakukan sesuatu.

Anda jangan terlalu selesa dangan keadaan sekarang, jika anda seorang

ahli politik dan menang pilihanraya misalnya bekerjalah sedaya upaya untuk

rakyat jika tidak anda akan di ganti untuk pilihanraya yang akan datang.Jangan terlalu alpa dengan perhormatan dan orang berebut-rebut nak

bersalam dengan anda ketika anda ada kuasa, jika tiada kuasa tiada siapa yang

pandang. betul kan ini hakikatnya...

Jika anda berniaga, perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini.

Misalnya, dulu anda berniaga dan terpaksa berjumpa orang untuk membuat

pemasaran. sekarang anda perlu tahu adanya media sosial dan kuasa internet.

Anda perlu melihat dimanakah media baru ini boleh membantu meningkatkanjualan anda. Jika tidak, anda akan tertinggal dengan pesaing anda.

Jika anda masih bekerja, lebihlah anda perlu berjaga-jaga. Sekelip mata

anda akan kehilangan kerja dengan pelbagai sebab rapuh, tak kisahlah jika

anda orang kerajaan atau orang kerja swasta. Keadaan bos tak suka anda,

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 12/61

12

keadaan anda tak suka bos, keadaan pejabat dan suasana tempat kerja baru

kurang sesuai, keadaan anda sakit secara tiba-tiba, keadaan anda dipaksa

berhenti sebab kilang nak tutup operasinya.

Ianya benar, bukan saya sengaja nak takut-takutkan anda.... anda boleh

nilai sendiri. Moga ada sesuatu yang bermakna dari apa yang saya

sampaikan..... Sekarang, anda perlu memikirkan dan merancang masa depan

anda dan keluarga anda, selamat bekerja.

T AHU TAPI TAK MAHU

Saya sudah berjumpa dengan ramai orang. Setiap hari anda akan

berjumpa dengan ramai orang ? Sama ada anda jumpa orang yang baru atau

anda berjumpa dengan orang yang lama anda kenal. Apa yang anda dapat

belajar dengan mereka? Atau anda tidak belajar langsung dari mereka?.

Sebenarnya setiap hari kita perlu belajar dari keadaan apa yang terjadi.

Saya pernah berjumpa dengan seorang sahabat saya yang berjawatan besar,

hebat dan garang. Tiba-tiba dia jatuh sakit dan akhirnya dia diberhentikankerja kerana syarikatnya telah mendapat pengganti manager yang lain. Dunia

ini memang selalunya tidak adil, kita yang perlu membiasakan diri dengan

ketidakadilan itu. Selepas itu sahabat saya itu dalam keadaan susah dan

terumbang-ambing hidupnya.

Seorang lagi sahabat saya yang hanya bekerja seorang pemandu bosnya

tetapi mempunyai gerai menjual buah-buahan. Dari hari kebulan, ari bulan ke

tahun perniagaan nya semakin maju. Dari kedai pacak tepi jalan dia telah

berpindah ke kedai yang dibelinya di pecan. Akhirnya dia punya 3 cawaangan

tetapi maih bekerja sebagai pemandu bos. Dua kisah ini adalah kisah yang

diulang-ulang dengan jalan cerita yang hampir sama. Jika mereka yang peka

dengan cerita itu tentu akan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 13/61

13

sebaliknya mereka yang tidak memahami perkara itu tidak menjadi apa-apa

yang penting dalam hidupnya.

Saya adalah seorang berimpian besar. Seingat saya, saya mula

berimpian adalah semasa saya di univerisiti. Saya adalah seorang anak

kampong sebelum nya. Dikampuang saya ramai mereka hanya bekerja sebagai

petani dan nelayan. Saya tidak mempunyai cita-cita tingga semasa saya kanak-

kanak. Bermula segalanya bila satu hari saya merenung masa depan saya.

Saya berada di asrama , tinggal seorang diri , waktu malam yang sunyi. Saya

teringat pesan arwah ayah saya. Harapannya besar untuk saya menjadi

seorang yang berjaya. Saya tuliskan 10 matlamat hidup saya dalam masa 10

tahun yang akan datang. Dari masa itu sebenarnya sedar tak sedar saya

mengejar matlamat yang saya tentukan sendiri.

Kerja pertama saya adalah menjadi programmer komputer di syarikat

EON-HICOM. Saya terus bekerja di situ setelah saya habis prektikal semasa

belajar dulu. Itu bukan kerja pertama saya. Saya telah banyak pengalaman

kerja. Dari kerja seorang kerani, staf KFC hinggalah jurujual semua saya dah

cuba dari lepas SPM lagi. Tetapi bekerja di EON adalah kerja pertama sayaselepas saya habis degree.

Di situ saya berkawan dengan seorang staf senior iaitu En Ikbal. Dialah

yang selalu melontarkan soalan dan keresahan tentang kerja makan gaji.

Persoalan sampai bila kita nak makan gaji?, gaji kita kecil berbandingg taraf

hidup yang semakin meningkat diluar. Semua persoalan itu membuatkan saya

berfikir. Walaubagaimanapun ikbal masih lagi bekerja di tempat yang samasehingga hari ini. En Ikbal sedar tetapi dia takut untuk bertindak keluar dari

kepompong makan gaji.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 14/61

14

Walaupun saya bekerja tetapi pada masa itu saya telahpun mempunyai

pekerjaan part time. Sebelah malam saya mengajar part time subjek math.

Pada masa itu saya tinggal di Shah Alam, saya edarkan flayer di masjid-masjid

memberitahu kepada mereka yang mahukan guru yang boleh datang rumah

mengajar anak mereka. Saya mengajar 3 hari seminggu dengan satu subjek

RM180 sebulan untuk seorang. Saya akan datang 2 kali seminggu.

Dalam masa yang sama, saya masih mendapat projek kecil-kecilan

untuk mencetak baju dari pelajar persatuan di university yang saya buat

semasa saya bergelar pelajar lagi. Saya bekerja di sana lebih kurang setahun.

Saya pindah ke syarikat yang kedua kerana mendapat tawaran yang lebih

baik. Saya menjadi pensyarah di sebuah kolej swasta. Bidang ini saya minat

kerana kebetulan saya sedang mengikuti pengajian diperingkat master pada

masa itu. Saya masih meneruskan semua kerja part time saya pada masa itu

walaupun memang sangat sibuk.

Gaji masa tu bukanlah banyak sangat, jadi memang kena cari duit

tambahan. Umur saya baru 23 tahun pada masa tu. Saya menyewa dengan

beberapa orang rakan saya di Shah Alam. Waktu siang saya mengajar di kolej,waktu malam saya mengajar di rumah – rumah pelajar saya di area shah alam.

Saya mula punya idea bisnes, saya ajak rakan serumah saya berniaga burger.

Mereka tak bekerja sebelah malam. Saya membeli kios kecil dan kami

berniaga berhampiran rumah kami. Saya modalkan semua barang dan mereka

hanya berniaga sahaja.

Pada mulanya semua berjalan lancer. Masalahnya bermula bila majlispembandaran merobohkan kios kami. Kami buntu dan marah kerana modal

pun tak dapat lagi dah kena roboh. Kami disaman kerana membina kios tanpa

izin. Walaupun pendapatan menjual burger lumaian tetapi kami tawar hati

untuk berniaga kerana sudah kehabisan modal. Banyak juga kami gunakan

lebih 5 ribu ringgit pada masa itu.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 15/61

15

Selepas itu saya membantu seorang kawan berniaga pasar malam. Pada

masa itu baru saya tahu berniaga pasar malam ni susah. Memang boleh

untung berniaga pasar malam tetapi ramai peniaga pasar malam hanya

mendapat pendapatan cukup makan. Ini adalah kerana pengurusan duit

masuk dan keluar tidak teratur dan terancang dengan baik. Penat memang

penat berniaga pasar malam. Saya di upah RM20 semalam untuk membantu

rakan saya. Kami berniaga ayam goring. Pada masa itu ugalah saya kenal

ramai peniaga pasar malam, ada yang untung banyak ada yang untung sikit.

Ada yang menjual buah, ada yang menjual pakaian dan ada yang menjual

makanan.

Cabaran bekerja atau berniaga part time semasa masih bekerja

1.  Pandangan sinis dari bos dan rakan-rakan. Anda mesti selalu diperli di

peringkat awal. Saya nasihatkan untuk anda jangan memberitahu rakan

sepejabat diperingkat permulaan. Nanti kalau dah Berjaya, mereka pula

akan dating kepada anda bertanya itu dan ini.

2.  Anda akan terlalu penat. Jangan sampai prestasi anda terganggu semasa

dipejabat. Perkara ini akan menyebabkan krabiliti anda akan terjejasdan bos anda akan memanggil anda dan memberi kata dua.

3.  Jangan guna peralatan pejabat atau masa di pejabat untuk berniaga atau

membuat kerja part time. Tak baik..

4.  Motivasi anda untuk meneruskan kerja part time adalah duit. Pastikan

anda dapat duit dari kerja dan berniaga part time anda. Ini adalah

penting kerana anda akan tidak ada masa dan penat. Jika anda tidakmendapat duit dari kerja tersebut , motivasi anda akan turun lebih-lebih

lagi anda disekeliling dengan rakan sepejabat anda yang hanya bekerja.

Di hujung minggu mereka suka bersiar-siar atau lepak bersama

keluarga tetapi anda masih bekerja.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 16/61

16

5.  Cari kerja yang mampu dibuat oleh anda, jangan tamak. Nanti yang

dikejar tak dapat yang dikendong berceceran.

6.  Mulakan dengan yang kecil-kecilan. Jika berniaga mulakan dengan

modal yang kecil. Saya mulakan berniaga part time dengan kegagalan.

Saya sudah mencuba tetapi factor luar menyebabkan saya rugi. Bukan

sahaja modal lesap, untung pun entah kemana. Ingat nak tambah duit.

7.  Sokongan dari keluarga adalah sangat penting. Bekerja secara part time

memerlukan pengorbanan masa. Anda perlu juga mengorbankan masa

bersama isteri dan anak-anak. Keluarga terdekat dengan anda harus

faham dengan keadaan anda.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 17/61

17

Bab 3 ::

Cari duit dengan kerja part time

Ramai tanya saya bagaimana nak mencari pendapatan lebih? Saya pun

kurang pasti anda apa yang boleh anda lakukan dan bidang apa anda boleh

berniaga . saya sekadar boleh menceritakan pengalaman saya.

Kalau anda masih bekerja, lepas kerja dan waktu malam anda boleh

lakukan kerja part time untuk cari duit. ambil kertas dan buatkan rancangan

perniagaan tentang idea anda, kalau boleh gunakan bisnes plan canvas. kalau

anda sudah tidak bekerja lebih baik, anda boleh beniaga dan menjaja sepenuh

masa.

Saya berikan contoh jika anda ada motor, beli tong dan letakan di

belakang motor. beli barangan seperti martabak segera atau keropok atau

kuih karipap segera secara borong, dan upahkan orang buat atau nak lagi

untung buat sendiri. lepas tu jual ke taman-taman berhampiran anda dengan

menjaja. jual kat pasar malam ke , up-town ke, jual di pejabat-pejabat ke.

cubalah. untung anda mesti pastikan lebihkan 30%-40%, jangan kurang dari

itu.

saya tanyakan adik yang selalu bawa jual barang dari rumah ke rumah

tu dia dapat lebih RM500 sehari, kalau seminggu berapa untung nya kalau

sebulan tuan/puan boleh kira sendiri. lebih 3000-4000 untung nya.

idea lain....ok apa yang anda boleh buat lagi. potong rumput boleh tak?.

jika boleh anda ambil upah potong rumput kat taman-taman. tentulah kena

modal sikit beli mesin rumput.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 18/61

18

kalau upahnya rm30 sebuah rumah / sebulan. kalau sempat 5 rumah

sehari wow banyak tu duitnya. (5 rumah x RM30 = RM150 x 20 hari / sebulan

= RM3000. itu part time je..kalau malu, malas , ingat kerja tu tak

professional...akhirnya sampai tahun depan pun tuan/ puan masih bertanya

pada diri ...."nak berniaga apa ya"

saya cuma berikan idea je dan saya faham memang banyak masalah

untuk buat. ini sebagai contoh dan ada 1001 contoh lain jika tuan mahu saya

berikan idea..tapi untuk bermula janganlah banyak berikan alasan...dan

bertindak cepat. sekarang....

5 Tip buat kerja part time

1.  Anda kenalpasti kemahiran apa yang anda boleh buat. Adakah anda

boleh memperbaiki paip, atau anda boleh membetulkan lampu rosak.

Jika anda tahu perkara tersebut anda boleh menawarkan perkhidmatan

ini dikawasan tempat anda tinggal. Tip pertama kenalpasti kemahiran

anda.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 19/61

19

2.  Tip yang kedua adalah mengenal pasti kerja part time yang boleh anda

lakukan. Anda mempunyai beberapa syarat kalau anda mencari kerja

part time di bisnes kawan-kawan.

a. 

Anda pastikan kerja kedua anda tidak akan mengganggu kerja

hakiki anda.

b.  Anda harus pastikan anda tidak bekerja dengan pesaing bisnes

tempat anda bekerja

c.  Anda pastikan kerja itu bukan kerja yang terlalu panjang

menyebabkan anda penat. Contohnya anda terpaksa memandu

kereta sewa selepas waktu pejabat hingga ke dua pagi dan

esoknya anda perlu bekerja. Walaupun lumaian pendapatannya

anda tidak seharusnya tamak.

3. 

Jika anda boleh buat roti atau kek misalnya, anda boleh mencari

tempahan dan bekerja dari rumah.

4.  Anda boleh berniaga secara online menjual barang melalui facebook

atau dari mudah.com. Insyaallah saya akan kongsikan pada anda

bagaimana cara yang mudah untuk berniaga secara online.

5.  Pastikan untung yang baik untuk kerja part time atau bisnes part time

ni. Jangan pula anda dapat penat sahaja. Buat dengan bermodal kecil

adalah lebih baik dan untungnya besar.

6.  Jualkan produk atau barangan orang lain. Tetapi saya nasihatkan untuk

anda jangan memegang stok yang terlalu banyak untuk permulaannya.

Sebelum saya bercerita lebih panjang lebar tentang kerja part time yang

boleh buat duit. Baik kiranya saya menasihatkan anda untuk menjaga cara dan

gaya hidup anda. Jika tidak duit berkoyan pun boleh habis dibelanjakan. Kerja

part time ini adalah untuk anda menyimpan sebahagiannya sebelum anda

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 20/61

20

meneruskan mencari modal yang lebih besar. Saya berikan lima tip untuk

menyimpan.

5 Tips Cara Menyimpan Wang

Hari ini saya nak menulis berkenaan pengurusan kewangan selalu kita

dengar iaitu berkenaan cara-cara untuk menyimpan wang. Kenapa

menyimpan wang itu penting? Menyimpan wang adalah amat penting kerana

dengan menyimpan wang, wang yang anda peroleh akan menjadi lebih kuat

dan bertenaga. Tak percaya?

Benar, wang itu boleh menjadi kuat dan lemah. Wang yang lemah

apabila ia berada berasingan, sebaliknya wang menjadi amat kuat apabila ia

berkumpul. Apabila wang anda berkumpul pada satu tempat, anda akan dapat

melihat nilainya menjadi lebih besar berbanding jika anda meletakkan wang

anda di merata-rata tempat.

Jika anda mempunyai hanya satu keping duit RM10, ia adalah tidak

kuat. Tetapi apabila 100 keping duit RM10 dikumpulkan, ia akan menjadi

RM1000 dan anda sendiri dapat melihat bagaiman wang itu memberikankesan yang kuat kepada diri anda.

Oleh itu, untuk menjadikan wang anda kuat dan bertenaga, anda perlu

mengumpul dan menyimpan sedikit wang yang anda ada secara konsisten

dari semasa ke semasa.

Tapi ada juga yang berkata "Saya tak boleh lah nak menyimpan wang.

Duit sentiasa tidak cukup untuk dibelanjakan. Kalau berjaya menyimpan pun,

sekejap saja duit terkumpul tu akan habis kerana digunakan. Bila ada duit

banyak saja, mesti ada kecenderungan untuk berbelanja lebih besar. Apa

perlu saya buat?"

Sebenarnya, amalan menyimpan wang adalah asas kepada pengurusan

kewangan seseorang. Jika menyimpan wang pun tidak mampu dilakukan, ia

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 21/61

21

akan mencerminkan ketidakbolehan untuk menahan diri daripada berbelanja

mengikut nafsu, ketidaksanggupan untuk membayar balik hutang apatah lagi

untuk menggandakan wang anda melalui apa-apa medium pelaburan yang

ada.

Jika anda mempunyai masalah untuk menyimpan wang, apa kata

anda gunakan tips yang saya kongsikan ini:

1. Buka satu akaun khas untuk simpanan.

Untuk menyimpan dengan efektif, anda perlu mempunyai satu akaun

simpanan yang khas. Jangan campurkan wang simpanan anda dengan wang

yang anda gunakan untuk keperluan seharian kerana ia akan menyebabkan

anda terguna semua wang yang ada.

Jika anda menggunakan akaun Maybank untuk kegunaan perbelanjaan anda,

apakata anda buka satu akaun lain untuk simpanan anda, contohnya buka

satu akaun CIMB pula. Akaun CIMB dikhaskan sepenuhnya untuk simpanan

anda. Banyak atau sikit itu tidak penting, yang penting anda memasukkan

wang ke akaun tersebut untuk tujuan simpanan.

Tips pertama ini sesuai dilakukan walaupun anda kini sedang belajar di kolej

atau universiti.

2. Tetapkan matlamat simpanan.

Ramai yang tidak dapat menyimpan dengan banyak secara konsisten kerana

tidak mempunyai matlamat simpanan. Hakikatnya, apabila kita menyimpan

wang tanpa sebab-sebab yang jelas, kita akan cenderung untuk

menggunakannnya apabila jumlah wang tersebut kelihatan banyak.

Dengan mempunyai matlamat simpanan, anda akan lebih fokus untuk

menyimpan wang dan tidak akan dengan mudahnya mengeluarkan wang

simpanan anda untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 22/61

22

Malah dengan mempunyai matlamat simpanan yang spesifik dan jelas, anda

akan mengutamakan perancangan simpanan anda agar anda mencapai

matlamat anda dengan lebih cepat.

Anda akan dapat lihat yang menyimpan RM100 sebulan adalah tidak cukupcepat, dan anda akan mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk menambah

jumlah simpanan yang lebih, contohnya RM200 sebulan atau RM300 sebulan.

Semuanya disebabkan anda nampak matlamat simpanan anda.

Apa itu matlamat simpanan? Matlamat simpanan bermaksud anda

menetapkan sesuatu tujuan yang ingin dicapai melalui amalan simpanan yang

anda buat. Contohnya, anda menyimpan RM500 sebulan untuk target

membeli rumah pada akhir tahun.

Matlamat simpanan setiap orang adalah berbeza. Begitu juga anda. Jangan

ikut orang lain. Orang nak beli kereta, anda pun nak beli kereta. Orang nak beli

rumah, anda pun nak beli rumah. Pastikan anda kumpul duit untuk membeli

sesuatu yang anda mahukan, dan pastikan apa yang anda beli itu adalah aset,

dan bukannya liabiliti.

3) Teknik ‘Bayar diri anda dulu’.

Salah satu cara yang betul untuk menyimpan wang adalah dengan

menggunakan teknik 'Pay Yourself First'. Setiap kali apabila anda menerima

wang (gaji, bonus dan sebagainya..), pertama sekali yang anda perlu lakukan

adalah, anda menolak 10% daripada jumlah yang anda terima itu ke akaun

simpanan anda.

Jadikan tabiat untuk menolak 10% dahulu. Bayar diri anda terlebih dahulu

sebelum membayar hutang-hutang atau perbelanjaan anda.Jika anda tidak mampu untuk membuat teknik yang mudah ini, selamanya

anda tidak akan berjaya untuk menyimpan wang dengan betul. Akibatnya,

duit anda tidak pernah dapat terkumpul, kebanyakannya akan berkeliaran ke

tempat-tempat lain yang tak sepatutnya.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 23/61

23

Ingat, setiap kali anda terima wang, 'Pay Yourself First', ok?

4) Alihkan yang tidak perlu kepada simpanan!

Sebagai manusia yang normal, kita ada kemahuan dan keinginan. Kita selalu

rasa nak makan yang sedap-sedap atau membeli terutamanya apabila

menerima tawaran yang menarik.

Cuma, tahu kah anda, hampir 60-70% wang yang kita keluarkan untuk

membeli barang itu kita gunakan untuk membeli barang-barang yang kita

sebenarnya tidak perlukan langsung.

Pernahkah anda beli sesuatu yang anda rasa bermanfaat, akhirnya ia menjadi

sampah kerana tidak digunakan? Ia mungkin CD lagu penyanyi kegemaran

kita, basikal baru, ataupun casing handphone yang cantik-cantik tu?

Selalunya, kita terlalu menurut emosi ketika membeli. Akhirnya kita rasa

menyesal kerana membeli sesuatu yang kita tidak perlukan.Jadi untuk itu,

setiap kali anda bercadang untuk membeli sesuatu barang, pastikan yang

ianya memang akan digunakan.

Sebaliknya, sebagai contoh, jika anda mendapat satu tawaran pembelian yang

menarik berharga RM100, cantas emosi membeli anda itu dan terus salurkan

RM100 yang anda rancang untuk digunakan untuk membeli itu ke akaun

simpanan anda!

Lakukan teknik ini setiap kali anda ingin membeli sesuatu. Jika tidak perlu

saja, duit itu telah menjadi milik akaun simpanan anda.

Anda akan lihat, dengan menggunakan teknik menyimpan versi Nizam Malekini, rumah anda tidak akan bersepah atau bersemak dengan barang-barang

yang anda tidak perlukan, malah akaun simpanan untuk matlamat kewangan

masa hadapan anda akan bertambah dengan mendadak!

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 24/61

24

Teknik ini tidak mustahil. Cuba dulu dan jadikan tabiat. Baru anda tahu

hebatnya kuasa menyimpan wang dengan cara yang betul.

5) Menyimpan menggunakan online banking!

Oh ya, sebelum kita pergi terlalu jauh, pastikan anda menggunakan sistem

online banking untuk menyimpan wang.

Jika anda sudah ada satu akaun penggunaan harian, dan satu akaun simpanan,

saya galakkan anda agar memasukkan wang melalui online transfer dari

akaun penggunaan harian (contohnya Maybank) ke akaun simpanan anda

(contohnya CIMB).

Ini adalah penting kerana anda perlu merasakan bahawa amalan menyimpan

wang ini tidak susah. Ia sebenarnya amat mudah, hanya di hujung jari jemarianda yang halus itu.

Jika anda terpaksa ke Cash Deposit Machine (CDM) setiap kali anda ingin

menyimpan wang, anda akan terasa menyimpan wang itu adalah susah dan

akhirnya anda akan membuat alasan terlupa ke CDM untuk menyimpan wang.

Gunakan online transfer kerana ia memudahkan anda menyimpan dan anda

tidak perlu menghabiskan masa dan petrol untuk keluar mencari CDM.Lagipun, kos transfer dari akaun bank berlainan kini hanyalah RM0.10 sahaja.

Murah sangat untuk memudahkan usaha anda menyimpan wang bukan?

Demikianlah 5 tips cara menyimpan wang yang dapat saya kongsikan dalam

artikel kewangan pada kali ini. Cubalah amalkan tips-tips yang saya kongsikan

ini kerana ia adalah teknik-teknik yang mudah dan praktikal.

Yang paling best, anda akan dapat belajar menguruskan kewangan anda

dengan lebih baik bermula dari amalan menyimpan wang dengan cara yang

betul.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 25/61

25

BAB 4 : Idea buat duit

12 kerja part time yang boleh buat duit cepat. 

1. Menjual produk orang lain

Jika anda baru nak berniaga saya nasihatkan untuk anda belajar menjual.

Menjual adalah nadi sebuah perniagaan.

Oleh itu anda jual dulu barangan orang lain yang mudah laku. Anda boleh

menjual dengan cara online atau menjual secara offline.

Sahabat saya menjual Al-Quran kepada rakan pejabatnya. Dia berpendapatan

lebih RM2000 sebulan dengan hanya menjual 10 - 15 buah naskah Al-Quran

tafsir. Banyak barangan lain anda boleh jual.

2. Menjalankan seminar atau mengajar apa yang anda pakar.

Jika anda pandai membuat biskut, jika anda pandai menjahit atau anda adarahsia teknik mengajar anak membaca dengan cepat. Anda boleh kongsikan

semua yang anda tahu melalui kelas dan seminar.

Buat kelas sekecil dari rumah. Sahabat saya hanya mengajar mengait baju dan

mengubah bunga boleh berpendapatan ribuan ringgit sebulan.

3. Buat benda yang ramai orang malas nak buat.

Tawarkan perkhidmatan memotong rumput ditaman anda, bersihkan rumah,

betulkan paip. Buat semua kerja tu sabtu dan ahad atau balik dari kerja jam 5

petang.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 26/61

26

4. Berniaga kecil-kecilan secara online.

Ramai orang yang telah masuk dalam bidang online. Saya menjual hand beg

wanita secara online. Jual barangan atau tawarkan perkhidmatan secara

online.

Empat bidang yang laku keras dalam bisnes on-line adalah bidang kesihatan,

kewangan, kecantikan dan barangan keperluan terutamanya barangan

wanita.

Jika anda pandai fb, jual perkhidmatan mengurus fb.

5. Masuk MLM atau menjual produk kewangan

Walaupun bidang ini tidak populer sebagai satu cara terbaik untuk buat duit

tetapi ramai juga yang telah buat duit dengan sistem MLM. Ianya berkadar

sementara, bila anda sudah cukup modal anda boleh membuat pilihan untuk

meneruskannya atau tidak.

6. Menjadi agen hartanah

Ini bidang yang baru. Jika anda di bandar besar anda boleh menjadi agen

hartanah , membantu menjualkan rumah , kedai atau tanah. Pendapatannya

lumaian.

7. Bisnes kecil berbentuk perkhidmatan

Sahabat saya membuka kedai gunting rambut dan mencari 10 orang yang

ingin bekerja sebagai pengunting rambut dan berkongsi keuntungan. Diamempunyai 10 cawangan kedai gunting rambut di sekitar lembah kelang.

8. Jual barang asal boleh jadi duit

Saya berikan formula ini pada anda. Target untuk anda menjual dan mendapat

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 27/61

27

untuk 10 sehari, bila sudah mahir tukar target ke 100 sehari. Barangan yang

dijual tak penting.

9. Sewakan kereta

Kekadang kat rumah tu ada banyak kereta, sewakan kereta anda untuk public

atau kawan-kawan. Sekurangnya boleh bayar duit kereta bulanan.

10. Home cafe

Masak masakan sedap-sedap masa cuti. Ajak kekawan makan dirumah dengan

berbayar. Masak nasi arab ke...mungkin dapat tempahan catering.

11. Tanam sayur

Kalau anda dikampung, buat usaha kecil-kecilan seperti tanaman serai,

kangkung , cili dan lain-lain.

12. Ternakan kecil-kecilan

Anda boleh buat ternakan ayam kampung dan kambing.

Saya boleh berikan 1001 idea bisnes kepada anda . Perkara yang lebih penting

adalah keyakinan untuk anda lakukan. 

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 28/61

28

Nasihat kepada usahawan dari seorang usahawan 

1. Nak pilih bisnes kena kira untungnya dulu bukan bisnesnya. Jangan mainikut-ikut orang je.

2. Lebih baik bermula dari kecil. Nak buka bisnes baru mudah tapi nak jaga

bisnes supaya terus berkembang yang susah.

3. Mula kerja 18 jam sehari untuk permulaan bisnes

4. Jangan harapkan sangat kat orang lain yang majukan bisnes anda

5. Kerja anda adalah menjual..menjual dan menjual.

6. Jangan takut nak mencuba

7. Jangan tamak dengan peluang di depan mata.

8. Jangan berhutang untuk permulaan bisnes

9. Baca dan jumpa orang, belajar seni berniaga. Belajar seni kehidupan

seorang peniaga.

10. Tukar impian anda menjadi seorang peniaga yang kaya dan berjaya

11. jangan menyesal dengan apa keputusan yang telah di buat. perbetulkan

satu persatu.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 29/61

29

BAB 5 ::

Bermulanya saya berniaga kecil-kecilan

Hidup Masa Kecil

Pada masa tu, abah menoreh getah kerja paginya. Selepas subuh keluar dari rumah

dengan mak. Naik basikal seorang satu. Abah bawa tong getah, mak boncing saya

dalam gelap subuh.

Itu masa kecil, masa saya umur 5 ke 6 tahun. Mereka membesarkan kami anak

 beranak. Cari rezeki pagi makan petang, cari petang makan esok.

Hingga saya dewasa , hingga saya ke sekolah menengah. Itulah kerja abah,menoreh getah dengan pajak tanah orang lain. Hasilnya dibahagi dua. Kalau dapat

10 ringgit sehari dibahagi dua dan dimasuk tabung sebulan sekali dia hantar ke

rumah tuan tanah.

Petang abah akan bawa teksi pajak, emak akan buka kedai jual air batu ais depan

rumah. Saya menjalani hidup ini setiap hari. Melihat usaha mereka dengan penuh

senyuman. Mereka berusaha .... mereka tak pernah putus asa.

Susah Itu Biasa

Keadaan itu susah...ya susah. Tetapi abah tak pernah cerita susah dia. Dia terus

 berusaha. Abah ajarkan saya, sorokan kesusahan untuk kesenangan orang lain.

Selesaikan masalah sendiri sebab masalah sendiri tak ada orang lain boleh

selesaikan. Orang lain pun ada masalah mereka.

Kekadang saya susah, saya sorok kan kesusahan itu dari mak supaya mak tak risau.

Hidup kita untuk menyenangkan orang lain. Jika orang di sekeliling kita suka kita

nampak senang, kita perlu senangkan mereka.

Saya manusia biasa. Punya salah dalam hidup dan percaturan hidup. Kekadang

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 30/61

30

dibawah dan kekadang diatas. Dalam bisnes juga begitu. Bukan kita sentiasa

menang dalam semua game yang kita lawan.

Bila kalah , lihat semula game yang lepas untuk perbaikinya. Supaya game yangakan datang tidak kita kalah lagi. Dikala kalah kita sentiasa dilihat salah. Banyak

 pengajaran yang kita belajar dari kekalahan. Belajar dari kekalahan tadi dan

 perbaiki satu persatu. Alhamdulilah akhirnya selesai semula.

Biasa dengan kerja-kerja kampung

Semasa saya kecil, kerja saya adalah pengembala lembu, dipagi hari saya akan ikut

mak ke kebun getah dan petang saya akan ikut abah ke kebun meneroka hutan

 bakau untuk ditanam pisang. Saya selalunya akan duduk sendiri berangan, adakah

akhirnya saya akan mewarisi kerja ayah dan ibu saya.

Di sebuah kampung kecil pada masa itu , semuanya orang begitu saya tidak banyak

contoh untuk saya ikut kecuali melihat perwatakan orang yang berjaya di TV hitam

 putih itu pun dalam banyak cerita P. Ramli dengan memakai baju kod duduk di

kerusi pejabat dengan gaya berniaga dalam cerita anak ku sazali dan lainnya.

Apa cita-cita saya masa kecil 

Dari kecil saya fikirkan, apa cita-cita saya. Mak minta saya jadi bomba atau kerja

kerajaan jadi cikgu. saya nak jadi doktor sebab dengar semua orang nak jadi doktor

kat sekolah saya ...tapi saya tak tahu kenapa saya perlu jadi doktor. cita-cita saya

 bertukar-tukar sehinggalah SPM.

Saya keluar dari kampung. saya ke sekolah asrama penuh. saya jadi rendah diri

dari semua orang bandar. saya fikir pada masa itu, bercakap orang putih itu moden

dan maju. saya orang kampung yang belajar inggerisnya dalam satu darjah

campuran pelajar darjah satu dan darjah dua sebab saya bersekolah di sekolah

kurang murid.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 31/61

31

Mula menjaja

Ayah saya seorang pemandu teksi dan sesekali akan dapat kerja part time bawa

lori. saya akan ikut ayah, dibawa saya ke luar melihat luar dari kampung. sayaterus berfikir dengan ayah setiap hari minta saya belajar dan saya harapan keluarga

katanya. Tapi ayah nak saya jadi peniaga katanya boleh bantu ramai orang.

Definasi peniaga pada masa itu adalah "penjaja kecil" yang ayah buat menjual

kacang rebus di pasar malam dan menjual ikan dan petai di pekan parit yusof.

satu hari, saya minum di warong. Datang seorang wanita bertudung separuh umur

membawa kereta Mercedes besar. Pada masa itu, kereta itu adalah kereta mewah

dan keinginan semua orang. saya bertanya ayah? siapa dia tu ayah. Ayah saya

 bercerita, dia seorang wanita yang gigih. dia adalah peniaga dan usahawan berjaya

tinggal di bandar. Dia suka bersedekah, dia suka bantu orang kampung. saya

terpegun melihatnya. Ayah kata lagi dengan berniaga je awak boleh beli kereta

sebesar itu.

Seingat saya. itulah bermulanya minat saya dalam bisnes. mungkin umur saya 8

tahun. saya melihat contoh walau saya tak kenal wanita tadi. saya lihat rupanya ada

mereka yang berjaya dikalangan orang melayu yang selama itu saya fikir ramai

orang yang berniaga adalah berbangsa cina. menyebabkan setiap hari saya akanduduk diwarong menunggu wanita tadi, saya dapat tengok keretanya pun jadilah

dan memberi saya bermotvasi. saya diam dan diam memendam rasa.

Pengalaman mengajar kehidupan

Dulu-dulu. Saya bukanlah pelajar yang cemerlang. Tetapi saya selalu saya fikir

saya orang yang cemerlang. Mungkin perkataan itu yang selalu mak cakap

dengan saya " elon anak yang bijak " . Elon panggilan saya dikampung masa

kecil.

Mak nak saya sekolah asrama macam anak jiran jiran. Mak nak bila besar saya

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 32/61

32

kerja kerajaan. Mak nak saya masuk universiti. Mak selalu doakan saya.

Alhamdulilah dengan doa mak, saya dah tunaikan semua hajatnya. Mak beri

saya motivasi sepanjang hayat.

Arwah abah orang nya garang, pantang salah sikit. Kalau kakak-kakak saya

buat silap habis lah kena. Tetapi arwah abah beri saya cabaran. Selalu dia

cakap anak jantan perlu berani, tanpa keberanian kita sentiasa akan kalah.

Ingat sekali, waktu banjir saya takut air.

Arwah abah campak saya dalam sungai dalam, sambil ketawa. Abah suka

bergurau, dia tolong saya balik. Dalam menanggis saya dapat satu pelajaran

baru. Saya perlu pandai berenang. Budak kampung perlu pandai berenang.

Saya dibesar dari suasana sokongan motivasi dan cabaran yang tinggi. Saya

seimbangkan.

Saya bermotivasi bila dicabar. Jika sesuatu itu mudah bagi saya, saya akan

sambil lewa. Sehingga ada beberapa perkara saya gagal. Saya lebih

menghargai sesuatu jika susah nak dapat. Lagi susah lagi kuat saya berusaha.

Saya bukan seorang yang putus asa. Dengan itu saya hanya mengambil jalan

yang tidak selamat. Sebab saya hanya berjaya dengan cabaran yang besar.Saya menikmatinya.

Nak dapat usaha sendiri

Seperti anak lain saya sukakan permainan. Tetapi dari kecil saya diajar jika

nak sesuatu perlulah saya berusaha sendiri. Ingat satu masa dulu bila saya nak

beli basikal BMX. Abah suruh saya kerja di kebin tebu kawan nya bila cuti

sekolah. Tetapi barulah saya tahu yang saya diupah oleh dia sendiri. Abah dah

pakat dengan kawan nya dan memberikan duit kepada kawan nya untuk

diberikan pada saya. Patutlah saya masa kecil sudah diterima kerja dengan

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 33/61

33

mereka. Saya akan menjaja hasil kebun ayah dan pendapatan nya akan di

bebahagi dua. Jual ubi dan keladi juga keledek. Senang cerita saya sudah diajar

susah bila masa kecil lagi.

Kenapa saya minat berniaga

Saya tak ingat bila, tapi masa saya muda-muda dulu. Saya pernah bekerja di

kedai komputer. Saya ditanya taukey kedai tu pada saya. " berapa gaji awak

nak baha ? "

Saya jawab " berapa je lah bos beri "

Dia senyum " awak , perlu beri nilai pada diri awak. Jika anda mahu berjaya

dan awak lebih bernilai dari apa yang awak sangka. " .

Masa tu gaji saya hanyalah RM700 sebulan. Saya belajar sesuatu dari kejadian

itu. Saya perhatikan mengapa bangsa cina banyaknya berniaga.

Satu hari saya tanya taukey tu lagi.

" bos .... bila you mula niaga ? Kenapa you meniaga "

Dia jawab " kita niaga untuk masa depan , saya mati pun anak saya ada

sambung bisnes ni lebih kembang besar. Kalau you ada pangkat pun , you mati

....you bawa pangkat tu sama you ".

Masa tu saya baru lepas SPM. Tapi saya mula faham kenapa saya perlu

berniaga walaupun sukar . Saya mahu lebih banyak belajar dengan dia.

Saya harap tuan puan belajar sesuatu dengan cerita ini.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 34/61

34

Cerita kampus dulu-dulu 

Saya ingat masa dikampus dulu. Masa semua student sibuk bergembira

menikmati zaman remaja tetapi saya perlu kerja dan berniaga. Dari tahun

pertama saya di universiti saya tak dapat biasiswa atau pinjaman. Sebabnya

hanyalah kerana kesalahan pegawai bahagian pinjaman.

Saya orang kampung, saya budak muda, saya kehilangan ayah masa saya

muda berumur 19 tahun. Saya rasa rendah diri bila saya terlalu miskin tika

itu.

Tetapi ujian itu menyebabkan saya bangkit, saya bekerja pembantu di cafe,

saya berniaga komputer hingga menjual baju di persatuan semua saya buatuntuk meneruskan hidup dan impian cita-cita.

Hari pertama saya mendaftar sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 35/61

35

Ujian itu membuat saya lebih berani. Saya aktif dalam persatuan dan MPP,

saya juga mewakili universiti untuk sukan hingga satu hari rakan baik saya

bertanya " bahar, bila ko belajar bahar. Jangan bahar nanti kau gagal ".

Saya rasa terpanggil, ya benar saya kurang study. Setiap hari terpaksa bekerja

dan berniaga untuk sesuap nasi. Berniaga dipasar malam , menjual air , otak-

otak , kerepek dan lain-lain.

Rahsianya adalah doa, doa mak saya. Setiap kali saya nak pereksa saya akan

telipon mak, dan mak akan puasa dan berdoa untuk saya. Mungkin itu

sebabnya. Kekadang kita perlukan cabaran dalam hidup untuk bergerak lebih

kratif dan pantas. Tukar ujian anda tadi kepada cabaran..

Katak oh Katak

Kalau kecik-kecik dulu… mak aku selalu cerita macam-macam, salah satu

cerita yang aku ingat lagi sampai sekarang ialah “Cerita pasal katak panjat

pokok”…tak tahu le mana dia dapat. 

Ceritanya macam ni, ada sekumpulan katak memanjat pokok kelapa, panjat

punya panjat banyak le katak yang sampai di tengah jatuh ke tanah lalu mati.Ada sekor je katak yang sampai ke atas. “ingat -ingat kenapa le katak tu je yang

sampai kat atas ?” mak aku tanya kat aku…mana le aku tahu masa tu dan

macam-macam le aku cuba menjawab soalan dia….semuanya salah.

Korang tahu ke jawapannya ?. Mak aku cakap, katak yang sampai atas tu

pekak. Aku tanya le dia kenapa lak jadi macam tu…ya le katak yang jatuh tu

semua dengar kawan-kawan dia yang kat bawah bersorak dan ada yang

menakut-nakutkan mereka, ada yang memuji dan ada yang kata “wow dahtinggi tu nanti jatuh, baik turun je” . 

Bila katak-katak tu pandang belakang(katak mana boleh pandang belakang),

katak-katak tu terus le jatuh. Pasal katak yang sekor ni pekak maka dia pun

sampai le kat atas, dia tak dengar cakap semua kawan-kawan di yang kat

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 36/61

36

bawah tu yang takut nak panjat pokok tu dan dia mempunyai matlamat

sendiri dan hanya melihat ke hadapan.

Cerita ni memang le tak logik tapi apa pengajaran di sebalik cerita ni. Fikir le

kejap! 

Kenapa saya minat berniaga

Saya tak ingat bila, tapi masa saya muda-muda dulu. Saya pernah bekerja di kedai

komputer. Saya ditanya taukey kedai tu pada saya. " berapa gaji awak nak baha ? "

Saya jawab " berapa je lah bos beri "

Dia senyum " awak , perlu beri nilai pada diri awak. Jika anda mahu berjaya dan

awak lebih bernilai dari apa yang awak sangka. " .

Masa tu gaji saya hanyalah RM700 sebulan. Saya belajar sesuatu dari kejadian itu.

Saya perhatikan mengapa bangsa cina banyaknya berniaga.

Satu hari saya tanya taukey tu lagi.

" bos .... bila you mula niaga ? Kenapa you meniaga "

Dia jawab " kita niaga untuk masa depan , saya mati pun anak saya ada sambung

 bisnes ni lebih kembang besar. Kalau you ada pangkat pun , you mati ....you bawa

 pangkat tu sama you ".

Masa tu saya baru lepas SPM. Tapi saya mula faham kenapa saya perlu berniagawalaupun sukar . Saya mahu lebih banyak belajar dengan dia.

Saya harap tuan puan belajar sesuatu dengan cerita ini.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 37/61

37

Bab 6:

Perniagaan Pertama

Berniaga sendiri atau bekerja mana lebih baik? 

Lepas habis belajar di universiti saya terus mendapat kerja. Saya kerja

ditempat saya praktikal masa belajar dalam bidang komputer. Masa itu

walaupun masa kemelasetan ekonomi dan ramai tak dapat kerja, tetapi saya

berkerjaya.

Ibu saya suka saya bekerja, katanya kalau berkerja stabil ekonominya,

terjamin masa depan dan balik ikut waktu. Mak selalu membandingkan sayadengan saudara saya yang bekerja kerajaan dan berpangkat. Di kampung

kalau pilih menantu pun perlu ditanya kerja nya apa, jika sudah dapat bekerja

dengan kerajaan atau pun swasta tentu cepat diterima.

 Arwah ayah jadi motivasi saya berniaga 

saya punya sejarah manis dengan arwah ayah saya tentang motivasi berniaga.Dari kecil saya dibawa mengikut beliau berniaga kecil-kecilan. Saya akan

diminta menjaja ubi dan keledek sekeliling kampung, saya suka kerja itu.

Duitnya dibahagi dua sebagai upan, banyak saya jual dan saya akan menerima

banyak upah. Bila ada keramaian seperti ceramah agama atau sambutan

perayaan abah akan berniaga kerepek. Perkara yang melucukan adalah mak

selalu marah-marah sebab ayah akan jual murah.

Abah cakap bila berniaga ni, jika berniaga kita dapat duit, jika sedekah kitadapat pahala. Kedua-duanya kita untung, perkataan ayah yang masih

terngiang-ngiang ditelinga saya. bila saya disekolah menengah dan dewasa

sedikit ayah buatkan kedai kecil depan rumah saya, jual cendol dan rojak petis

untuk orang kampung, ayah masih bekerja dengan membawa kereta sewa.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 38/61

38

Motivasi lawan cabaran

Saya dibesarkan dalam dua keadaan persimpangan iaitu membesar dengan

fahaman mak dimana bekerja dan berpangkat besar bila besar nanti dan

pandangan sebaliknya dari ayah. Tetapi kedua mereka memegang prinsip

yang sama dengan pendidikan sahaja boleh mengubah tamadun kita. Ibu saya

akan selalu berletir kepada saya, belajarlah bersungguh-sunguh supaya saya

mudah mendapat kerja bila besar.

Ayah pula menasihat untuk saya belajar bersungguh-sungguh supaya besar

nanti pandai berniaga dan punya syarikat sendiri, mereka berdua memang

tidak sependapat tentang perkara ini. Ayah kata, jika berniaga kita akan

mengurus masa sendiri, jika perniagaan maju kita boleh menjadi kaya dan

banyak duit. Jika banyak duit kita boleh banyak membantu orang lain bekerja.

Sejak tingkatan 4 saya sudah bersekolah asrama penuh, dibesarkan melalui

desplin. Tetapi sejarah lama menjadi kenangan bagi saya, masa itu apa yang

saya tahu adalah saya suka dan minat berniaga jauh sekali niatnya berniaga

boleh membawa kekayaan. Disekolah saya selalu di ingatkan untuk tidak lupa

diri, jangan mencari kekayaan sebabnya duit akan membawa kita lupa diri.

Digambarkan orang kaya nanti sombong, tak sembahyang, menipu melalui

cerita-cerita yang dibawa, kita perlu bersederhana. Tetapi membuatkan saya

termenung, adakah orang miskin semua nya rajin sembahyang, rasanya ada

juga si miskin sombong .

Menjadi seorang remaja dengan asakan minda dimana saya perlu berjaya

dikelilingi dengan nasihat adalah suatu perkara yang bukan mudah. Memilih

untuk jadi apabila besar menyebabkan saya keliru dengan erti kejayaan.

Kejayaan pada masa itu adalah mengejar 8 A dalam SPM dan belajar ke luar

negara. Saya perlu taat, patuh dengan pattern yang dibuat untuk saya.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 39/61

39

Pandangan saya matapelajaran kemahiran hidup satu ketika dulu perlu

diteruskan untuk mengasah anak-anak dengan keadaan dan kerja dan

kehidupan sebenar. Perkara tambahan yang perlu diajar adalah pengurusan

kewangan dan bagaimana menjana duit. Ianya hanya diajar dengan tidak

formal dirumah menyebabkan banyak remaja akan terperangkap dengan

masalah hutang dari awal termasuk saya ketika itu.

Saya punya saudara yang sangat dihormati oleh ibu dan ayah saya, dia akan

djadikan contoh ibu saya setiap kali bercerita tentang masa depan. Masa saya

kecil, pak cik saya akan bercerita dengan gembira gred gaji, manfaat

perubatan kerja kerajaan, kemudahan cuti , bonos dan lain-lain. Tetapidiakhirnya saya melihat beliau hanya punya sebuah rumah banglo dan sebiji

kereta yang masih ada hutangnya bila dia pancen.

Saya membesar dari zaman kanak-kanak ke zaman belajar di universiti. Saya

telah punya syarikat sendiri seawal saya tahun kedua di universiti. saya

mempunyai kedai komputer, saya punya kereta sewa, saya berniaga printing

dan banyak lagi semata-mata untuk menyara yuran pengajian saya dan

pembelanjaan mak di kampong dengan ayah sudah pergi buat selamanya,membuatkan saya cepat matang.

Habis belajar di universiti, saya bekerja. Sambil bekerja saya juga meneruskan

minat saya berniaga. Walaupun tidak mengganggu waktu kerja saya, tetapi

saya dipandang serong oleh semua pihak. Saya pasti ianya juga berlaku hingga

sekarang dengan anda.

Pandangan serong dari keluarga, saya sudah mendapat ijazah dan apaperlunya saya berniaga sendiri. Semua ketakutan diberi kepada saya sebagai

contoh penat, nanti rugi, dan lebih baik saya menumpukan dengan kerja dan

fokus dengan naik pangkat.

Pandangan serong dari masyarakat, jika berniaga ni macam tak stabil le. Kalau

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 40/61

40

ditanya dikampung. “baha kerja apa sekarang?”. Saya berniaga mak cik. Terus

berubah mukanya berkerut 1001 persoalan, biarlah jadi kerani pun lepasan

ijazah dan bergaji kecil itu lebih stabil dari orang berniaga, itu pandangan

mereka. Pandangan serong dari kawan, enjoy le nak buat apa kerja sampai 7

hari seminggu jom le tengok wayang , hari minggu jalan dengan mak wa.

Pandangan serong dari majikan, walaupun pristasi anda sudah sama dengan

eksekutif lain dan waktu kerja anda sama dengan yang lain tetapi perasaan

sangsi dari pengurusan tetap ada. Menjadi satu dosa jika anda bekerja dan

mempunyai bisnes sendiri di luar.

Walaupun saya bekerja masa itu tetapi saya mempanyai syarikat sendiri juga

pekerja sendiri. Balik kerja dari jam 6 petang hingga waktu malam, saya akanmenghabiskan masa saya bersama pekerja saya mengaturkan itu dan ini. Jika

di bulan ramadhan saya akan menjual kuah raya, itu memang kesukaan saya.

15 tahun lepas, saya menjual kuih raya dengan hasil jualan 15 ribu sehari

dengan pendapatan yang lumaian. Saya akan ceritakan dalam bab “kerja

sebulan makan setahun”. 

Ramai orang memilih untuk bekerja dari berniaga. Mereka melihat bekerja ini

stabil dan mempunyai gaji tetap. Setiap bulan ada gajinya, kurangresikonya.Saya kurang setuju, saya ada pengalaman yang banyak dalam

perkara ini. Bukan syarikat yang kecil sahaja yang tidak kukuh malahan

syarikat yang besar seperti bank juga mengurangkan pekerjanya dalam

kegawatan ekonomi, mereka tidak sepenuhnya stabil. Ramai kawan-kawan

saya bergaji berbelas ribu keatas, berpangkat, terpaksa keluar dari kilang atau

bank atau tempat mereka bekerja disebabkan kilang tersebut nak tutup pada

tahun 1998 dulu. Mereka sudah bertahun-tahun kerja di indastri itu dan sukar

untuk mendapat pekerjaan lain diluar.

Perkara yang menarik minat mereka bekerja adalah kelebihan orang yang

bekerja ini adalah mudah untuk mendapat pinjaman dari bank untuk membeli

kereta, rumah atau pinjaman pribadi. Walaubagaimanapun mereka masuk

perangkap hutang. Selain dari itu mereka memilih bekerja disebabkan

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 41/61

41

kemudahan perubatan yang ditawarkan . mereka juga ada bonus setiap tahun.

Jika bekerja dengan kuat dan akhirnya mereka akan berpangkat dan

dihormati orang. Masyarakat kita menghormati mereka yang berpangkat

semasa bekerja.

Pahit manis hidup berniaga.

Saya sudah berniaga sejak tahun satu di universiti, lama dulu. Saya mendaftar

syarikat saya yang pertama pada umur saya 20 tahun.

Saya sudah dapat projek ratusan ribu membangunkan software pada tahun

pertama saya ada syarikat. Saya tak belajar kat mana pun cara berniaga. Saya

tak tahu mengurus, pada masa itu hentam sahaja lah. Pada masa itu saya ingat

berniaga untuk cari duit untuk kaya.

Berniaga turun naik..

Di masa saya masih muda saya telah punya berbelas staf, saya merasanya.

Menjual kuih raya di tepi jalanan tetapi mendapat puluhan ribu sehari.

Di sebalik semua kegemilangan itu, saya pernah hanya ada RM50 dalam poket

saya dengan hutang pembekal dan gaji staf yang mahu dibayar minggu

hadapannya. Mula lah disuruh berhenti berniaga dan bekerja.

Ingat pada masa itu, saya benar-benar buntu. Projek belum dibayar tetapi gaji

dan duit pembekal perlu dibayar. Ramai yang ingat saya tidak pandai

mengurus.

Saya pernah menyiapkan satu projek kerajaan yang tidak dibayar 250 ribu

ketika dulu. Naik turun jumpa pegawai itu dan ini punya alasan masing

masing. Yang sana kesian, yang sini kesian yang sana kutuk yang sini.

Akhirnya duit saya tidak dibayar.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 42/61

42

Berniaga macam ni lah gayanya. Ada orang kata saya tamak, ada orang kutuk ,

ada orang puji. Mereka berfikir difikiran mereka tentang apa yang mereka

lihat.

" Kalau takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai. "

Semua itu menjadi pengalaman yang berharga dalam dunia perniagaan. Saya

tidak dapat simpulkan. Dalam dunia perniagaan ada naik turun nya. Ada cara

pusingnya. Ada pasang surutnya.

Walau ianya sukar, tapi pengalaman yang menyeronokan. Saya tidak berputus

asa. Setiap kegagalan kecil hilang begitu sahaja.

Saya akan ceritakan saya sudah mendapat projek membangunkan satu

software pangkalan data berjumlah 20 ribu setiap daerah untuk 13 daerah.

Tetapi saya tidak punya komputer. Bagaimana ceritanya saya terpaksa

meminjam slip gaji kakak saya dan abang ipar saya untuk membeli komputer.

Ada yang mahukan saya cerita pengalaman nya 

Saya jumpa ramai orang muda yang minat berniaga. Saya teringat bila sayamulakan bisnes saya yang pertama saya baru berumur 19 tahun. Macam -

macam saya tak tahu, tak ada modal,tak ada pengalaman dan swmua tak ada.

Perkara yang saya ada adalah keyakinan.

Ingat lagi.tahun itu tahun 1999..saya dapat projek pindahkan server. Pada

masa itu saya tak tahu sangat pasal server. Saya perlu memindahkan server

itu dari tingkat 6 ke tingkat 8 bangunan SUK kerajaan negeri selangor.

Saya diminta untuk memindahkan server ke twmpat baru pada hari Ahad.

Saay budak muda... saya ingat server main angkat dan hidupkan seperti biasa

ditempat baru. Server itu adalah untuk beberaap tingkat termasuk untuk

sistem perpustakaann suk.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 43/61

43

Apa yang terjadi tidak seperti yang di rancang. Setelah installation hardware

dibuat server taak hidup dan tak boleh up. Perisian pada masa tu mungkin

pakai novell. Berpeluh saya, call semua orang dan kekawan swmua tak tahu.

Dah hari selasa , ramai tak boleh buat kerja sebab tak ada network internet

pada masa itu. Dah berpeluh peluh dan berpuluh software yang harganya

berjuta dalam server tu.

Sudah beberapa hari, saya duduk sendiri di bilik server mengadap Server.

Saya mencuba sekali lagi dengan penuh tawakal mengikut prosuder yang

diberi. Tiba-tiba semuanya on dan hidup sepwrti biasa. Puhhh taubat.

Akhirnya sebenarnya saya tak buat apa-apa kecuali tawakal yang tinggi

setelah berusaha.

Itu cerita orang baru mula berniaga . Menjadi banyak pengajaran. Ilmu

teknikal tak sama dengan ilmu berniaga. Belajarlah ilmu berniaga. Berniaga

boleh rugikan anda berjuta-juta. Dari berniaga juga boleh buat anda kaya

sekaya kayanya.

Mereka yang berjaya dalam bisnes bukan mereka yang pandai tetapi mereka

yang berani. 

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 44/61

44

Bab 7 ::

Pengalaman saya bagaimana saya dapat duit tambahan

10 ribu sebulan

Inilah permulaan nya

Inilah bab yang paling penting dalam ebook ini. Dalam bab ini saya cuba

membongkar semua kerja part time saya dan bisnes kecil saya untuk saya

mendapat pendapatan 10 ribu sebulan dan kadang-kadang lebihan dari gaji

saya sebenar. Adakah kita perlu mendengar cakap-cakap orang lain dan

akhirnya kita tidak bertindak memperbaiki taraf hidup kita.

Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja berhenti kerja pada tahun

2013 yang lepas setelah perkhidmatan saya selama 14 tahun. Pada mulanya

saya adalah seorang pensyarah di universiti. Saya dipinjamkan ke anak

syarikat GLC dan jawatan akhir saya adalah CEO syarikat tersebut. Saya

ceritakan bagaimana semasa saya masih bekerja tetapi saya boleh buat duit

tambahan tanpa mengganggu kerja.

Zaman sekarang semua nak kena ada duit. Di bab-bab awal saya sudah

ceritakan mengapa saya berkerja kuat dan berniaga untuk mendapatkan

pendapatan tambahan. Anda semua mempunyai alasan-alasan anda

tersendiri.

  Bosan dengan kehidupan susah dan kesempitan mungkin menyebabkan

anda terdorong untuk mencari duit tambahan

  Mungkin anda bekerja kuat untuk memastikan anak anda mendapat

pendidikan yang sempurna.

 

Mungkin anda mencari duit tambahan untuk menyara kehidupan ibubapa anda dikampung

  Mungkin pembelanjaan yang tinggi sekarang menyebabkan anda

terpaksa mencari jalan altanatif mencari duit.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 45/61

45

Jika saya senaraikan tentu lebih 101 alasan kenapa kita perlu cari duit. Kita

MAHU tapi kita tak tahu macam mana. Itu yang selalu saya dengar. Perkara

pertama yang perlu anda buat adalah mencari alasan yang munasabah kenapa

anda perlu bekerja kuat. Selepas itu anda berikan target untuk anda mulakan

mencari dan berusaha kearah itu.

Jika anda mempunyai masalah kewangan, anda perlu bertanya pada diri

adakah anda menguasai masalah tersebut atau dikuasai masalah tersebut. Jika

anda dikuasai beban masalah tersebut maka anda akan murung dan kecewa

dengan diri anda sendiri. Anda perlu senyum dan menguasai diri anda sendiri.

Anda perlu terus berusaha. Kehidupan seperti mengayuh basikal, jika tak

mahu jatuh teruskan kayuhan walaupun perlahan. Anda perlukan keberanian

luar biasa untuk bertindak. Anda tidak ada pilihan lain selain menguasai dirianda agar terus kehadapan. Perkara yang paling penting adalah bertindak.

Begitu juga dengan diri saya. Saya bertindak dan teruskan usaha kehadapan.

Saya tidak perlulikan cakap-cakap orang lain yang negative.

K ekecewaan itu baik

Ada beberapa sebab mengapa saya katakan yang kekecewaan itu adalah baik

untuk saya. Jika saya tak kecewa tentulah saya tidak akan berusaha dan

berniaga seperti sekarang. Tentu anda ingat apa yang telah saya tulis dalambab 2 mengapa saya mula berniaga. Kisah bersama keluarga sahabat baik saya

yang tidak mampu menanggung kos perubatan ayahnya yang sedang sakit.

Peristiwa itu sangat mendalam bagi saya dan saya tidak mahu ianya berulang

dalam keluarga saya walaupun rakan terdekat disebabkan kita tak ada duit.

Saya mesti cari duit.

Cerita kedua adalah kerana kisah seorang yang kurang upaya dikampung

saya. Dia adalah seorang OKU tetapi mempunyai kebun yang banyak dan

rumah yang besar. Dia punya harta berjuta, dia hanya bergerak menggunakan

motor beroda sahaja. Dia tidak menjadikan kelemahan dirinya sebagai alasan

untuk dirinya berjaya. Saya terinspirasi darinya. Dia boleh lakukan tentulah

saya boleh melakukan yang serupa. Sedangkan Allah telah memberikan saya

kesempurnaan untuk saya.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 46/61

46

Saya pernah bekerja, dari permulaan saya bekerja saya pernah bergaji

RM1000 sebulan. Saya juga pernah bergaji RM10,000 sebulan. Saya tidak

tamak, tetapi saya masih mempunyai kekangan untuk berbelanja kerana

pendapatan saya hanya masuk sebulan sekali sedangkan pembelanjaan saya

keluar setiap hari. Itu yang pernah saya fikirkan, saya perlu berusaha untuk

menambah pendapatan saya. Jika gaji anda sekarang hanya RM3000

dibahagikan 30 hari dan dibahagikan dengan 24 jam ianya adalah RM4.20

sejam. Sedikit kan..kita perlu menambahnya.

Trading

Menjual produk orang lain dan mendapat untung. Saya menjual produk orang

lain. Saya pernah menjual rumah, menjual tanah dan menjual kereta. Tetapi

semua itu bukan mendapat projek yang boleh dijamin setiap bulan. Kalau ada

rezaki, memanglah ada duitnya.

Saya membuat trading yang kekal dengan menjual perabut second hand dari

hotel. Saya dapat dari pembekal yang mengambil tander perabut tersebut.

Saya juga mendapat peluang dari syarikat insuran dari barang yang ditolakdari kedai yang diinsurankan seperti kilang yang terbakar atau kedai yang

dimasuki air kerana bencana alam. Kami beli dengan harga yang murah dan

dijual semula. Barangan ini memang sentiasa ada. Biasanya harga barangan

adalah 20% dari harga asal dan saya boleh menjualnya dengan harga yang

murah diluar. Barangan yang dibeli bukan barangan yang sudah rosak, tetapi

barangan yang masih elok lagi. Saya hanya mempunyai stor sahaja dan

menjalankan projek ini selama 3 tahun. Selepas itu saya telah menjadikan

ianya satu perniagaan dengan wujudnya syarikat D’kakilelong beroperasi di

muar.

Ini adalah pengalaman saya, apa yang cuba sampaikan adalah anda boleh

menjual dengan barangan orang lain dahulu dengan trading. Trading bisnes

tidak melibatkan masa yang lama dan hanya menumpukan pada jualan.

Mungkin jika ada pun adalah untuk stor simpanan stok.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 47/61

47

Perlaburan saya yang kedua adalah dalam bidang pertanian. Anda jangan

terkeliru dengan bisnes yang saya jalankan. Sememangnya saya mempunyai

syarikat iaitu syarikat D’impian Group yang mempunyai bisnes catering, hotel,

pertanian, restoran dan yang lain-lain. Tetapi beberapa pelaburan saya buat

adalah berbentuk pribadi yang tidak masuk pengurusan dan kewangan

syarikat.

Saya mempunyai stratigi dimana saya tidak masukkan semua operasi bisnessaya didalam satu tempat dan satu bakul yang sama. Ini adalah pendapatan

pribadi saya. Walaupun saya mempunyai banyak syarikat dari sejak 7 tahun

yang lalu saya tidak mengambil gaji dari syarikat saya kerana saya telahpun

mempunyai pendapatan saya sendiri dengan perlaburan lain. Untung syarikat

saya laburkan semula.

Projek Agro

Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya berpendapat

projek ini harus diperkembangkan terutamanya saya menyeru pada anak-

anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman

dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini. Bidang ini boleh memberi

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 48/61

48

pendapatan tambahan kepada kita, dan saya percaya sekiranya kita berusaha

tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah melaluinya dan bolehlah

dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5 bulan adalah 2

ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh memperolehi

pendapatan ini.

Aliran tunai penanaman serai:-

1. Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi

2. Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ . Oleh itu dalam seekar

tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)

3. Pendapatan Kasar

#Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai

dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

#Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg

#Oleh itu pendapatan kasar adalah

3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400

4. Perbelanjaan

a. Benih = RM 1000 per ekar (21600btg)

b. Baja = RM 560

8 beg baja urea (N46) diperlukan seekar

1 beg (50kg) berharga RM70

(8 beg x RM70 = RM560.00)

c. Racun = RM 390

12liter racun BASTA diperlukan dalam seekar

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 49/61

49

1 kotak 4 liter jadi perlu 3 kotak

1 kotak berharga RM130

(3kotak x RM130 = RM390)

d. Upah tanam per ekar = RM 200

e. Upah meracun (3 kali)RM60/ekar = RM 180

f. Upah membaja RM30 per ekar (3 kali)= RM 90

2 kali baja Urea

1 kali baja 0:18:20:TE

g. Upah menyiram = RM 210

pokok serai perlu disiram selama 7 hari bermula dari tarikh tanam

waktu menyiram 4.30~8.00mlm

Upah siram RM30 per ekar

(RM30 x 7 kali= RM 210)

h. Upah harvest = Lebih kurang RM 1000

Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4000

PENDAPATAN BERSIH PER EKAR = RM 14,400-RM 4,000

= RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . dan sekiranya kita ada 10 ekar

berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang palin

minimum. tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya

saya tanam serai 2′ x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Selamat

mencuba..

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 50/61

50

Rahsia Jana RM100 Sehari. 

Sukar saya nak terangkan begitu senang nya menjana duit sekurang-kurangnya

RM100 sehari. Jika tuan puan di tempat saya tentu tuan puan juga beranggapan

seperti saya. Saya tekad untuk sampaikan ilmu ini seberapa ramai yang boleh.

Saya tak tahu siapa anda, saya tak kenal siapa yang membaca panduan ringkas ini

tetapi saya yakin RM100 sehari untuk anda tanpa modal dan tanpa kerja yang kuat

adalah sesuatu yang berbaloi.

Sekarang, masanya untuk bertindak. Ikutlah panduan yang saya sertakan.

Bayangkan jika anda perlu berpeluh dan bekerja dan dibayar RM5 sejam untuk

kerja anda. Kerja kena lah kerja untuk jana duit sendiri dan keluarga.

Jika anda cepat saya jamin bukan sahaja RM100 sehari dan anda akan dapat lebih

dari itu. Saya dah mengajar dan memberikan panduan kepada beberapa pelajar

saya. Saya dapati ramai yang Berjaya tetapi tidak kurang juga yang masih gagal

dengan terlalu banyak alasan dari mereka.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 51/61

51

Mungkin anda tahu apa yang ingin saya sampaikan tetapi masalahnya ada lebih 10

cara dan teknik untuk menjana pendapatan ini. Saya juga mengambil lebih 3 tahun

menghadam dan membuat experiment mencari cara paling berkesan. Sukar

sebenarnya jika nak disampaikan dengan penulisan tetapi saya akan cuba sedaya

upaya.

Saya cuba menulis salah satu cara, selain saya berniaga dengan mengadakan

seminar dan menjual ebook saya cuba untuk berkongsi beberapa perkara secara

 percuma. Mudah-mudahan ilmu yang saya sampaikan melalui ebook ini akan

menjadi sedekah jariah saya. Salah satu teknik untuk menghasilkan wang adalah

melalui penulisan e-book. Saya telah menulis beberapa tahun dan saya telah

mendapat hasilnya.

Mengapa Saya menulis e-book  

1. Saya pernah menulis e-book dan menjualnya dengan mendapat hasil jualan

RM15 sehari, saya juga pernah menulis ebook dan terjual 700 buah dalam

masa satu malam dan berkeuntungan RM7000.

menulis e-book lebih mendapat keuntungan yang banyak berbanding menulis

buku. tetapi jika anda telah mahir menulis anda juga boleh menulis buku dan

membuat duit yang lebih banyak seperti sahabat-sahabat saya Sri Diah

Shaharuddin, YB Budiman Mohd Zohdi , Mba San dan Nazali Noor. 

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 52/61

52

kalau nak lebih kaya boleh menerbit buku seperti puan sifu Ainon Mohd.. 

2. Pasaran e-book sangat luas bukan sahaja untuk dipasaran Malaysia tetapi

indonesia, brunai dan singapura. kalau bernasib baik boleh di jual ke US dan

UK bila di terjemah.

3. Menulis e-book boleh membuatkan dan mendapatkan anda pasif income.

hasilnya mungkin boleh diperolehi setiap hari bukan enam bulan sekali. kalau

tak caya boleh tanya jutawan muda Raja Kamil dan Aqif Azizan yang banyak

buat duit dari menulis.

4. Boleh dijual berbentuk CD, tidak perlu di cetak dengan memerlukan kos

cetakan yang mahal. Anda juga boleh mengubah cover muka depan atau isi

kandungan nya jika jualan buku anda kurang laku. Jika anda nak update

kandungan nya boleh beri semula pada pembaca dan dibeikan percuma.

5. E-book di Malaysia kurang saingan. masih banyak tajuk dan e-book yang

boleh di kupas. kalau e-book anda jual dengan harga RM30 sahaja , jika

lakunya 1000 berapa untung anda. tetapi jika laku 10,000 macam mana? lagi

kaya kan...

6. Menulis seperti becakap dengan diri sendiri. anda akan bermotivasi setiap

hari lebih lagi skil keusahawanan kita boleh digilap. bukan sahaja ilmu

menulis tetapi ilmu pemasaran dan yang lain nya. ianya boleh juga dikira

sebahagian dari perkongsian ilmu

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 53/61

53

7. Jika anda suka membantu, sebenarnya penulisan yang ikhlas boleh

membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka dari membaca penulisan

anda kerana e-book selalunya panduan "penyelesaian masalah".

8. Tak kira anda siapa, apa pekerjaan anda dan apa taraf pendidikan anda ,

anda sebenarnya mempunyai pengalaman dan ilmu sendiri yang boleh di

kongsi. jika anda seorang suri rumah, mungkin anda boleh berkongsi tip dan

cara memasak, jika anda seorang ketua mungkin memberi panduan CEO dan

lain-lain.

9. Ilmu e-book ramai yang suka adalah kerana dia mudah di hantar melalui

email. lagipun selalunya kandungan e-book ini adalah up-to-date

10. tengoklah ...pelajar sekolah, tukang kebun, posmen, puan CEO semua

sekarang ni ada smart phone. tidak lama lagi ...kejap je lagi .... mungkin ramai

yang membaca melalui smart phone yang boleh dibawa ke mana -mana dan

boleh dibaca bila-bila masa..

sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan tapi walau 100 alasan pun saya

berikan kalau anda tak nak buat..tak jadi juga ..kan...kan... apa komen anda dan

pengalaman anda boleh dikongsikan disini 

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 54/61

54

Bukti saya menjana pendapatan dari hasil menjual ebook melalui internet

Saya juga buat duit melalui penganjuran seminar bisnes. seminar ini

saya anjurkan baisanya pada hujung minggu. Perkongsian ilmu bisnes banyak

diperlukan oleh lebih ramai usahawan diluar sana. Mereka lebih menantikan

ilmu bisnes yang lebih prektikal dan realiti. Kekadang saya menganjurkan

seminar sebulan sekali mengikut kepadatan jadual saya. Biasanya yuran

dikenakan adalah dari RM250 seorang untuk seminar sehari dan RM989

untuk seminar tiga hari dua malam. Bercakap memang minat saya.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 55/61

55

Saya juga menulis dan menjual buku sebagai sumber pendapatan. Setakat

ini saya telah menulis lebih 6 buah buku.

Jika dikumpul semua pendapatan yang saya perolehi dari semua kerja part

time saya, saya boleh memperolehi lebih daripada 10 ribu sebulan. Sayamemberikan kepada dua jenis kerja. Yang pertama perlaburan pasif

income seperti penanaman serai dan penulisan buku.satu lagi ada kerja

part time saya iaitu seperti menganjurkan seminar dan bisnes online.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 56/61

56

Bab 8 ::

Rahsia dapat duit tambahan tanpa modal

[idea] nak dapat modal cepat

1. Pertama, anda listkan barangan yang masih boleh dipakai lagi dirumah

anda tetapi tdak dipakai oleh anda sekarang. ambil kumpulkan semua

barangan itu semua dan buat jualan. Buat jualan secondhand barangan rumah

anda di FB, atau di car boot atau bersama kawan-kawan. banyak barangan

yang kita beli tetapi tidak dipakai dan disimpan dirumah sampai penuhrumah, kalau esok nak guna balik boleh beli je yang baru. contohnya stroller

baby (baby pun dah besar) dan lain-lain.

2. Buat kerja part time kerja yang tidak mengunakan modal banyak misalnya

ambil upah potong rumput di taman perumahan baru di kawasan anda. Jika

anda seorang pelajar , anda pandai gunting rambut misalnya boleh offer kat

kawan-kawan perkhidmatan gunting rambut.

3. Jualkan barangan orang lain, buat sekecil-kecil perkara yang anda mampu

misalnya anda boleh jual nasi lemak di pejabat anda dan mengambil nasi

lemak dari mak cik jiran anda dengan harga murah. Jika anda ada kenal kawan

yang ada butik, mungkin anda boleh menjual kain kedai tersebut dulu dan

ambil komesen dari jualan tersebut atau mungkin anda boleh jualkan kereta,

tanah atau apa sahaja yang orang lain punya.

4. Share apa sahaja yang anda mahir, misalnya anda pandai masak beryani,

masak pau, kemahiran menjahit, buat akaun atau apa sahaja panggil kawan

yang nak belajar dan anjurkan kelas. ambil lah sedikit yuran.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 57/61

57

5. Jual semula barangan yang mahal yang ada pada anda, anda mungkin boleh

menukarnya misalnya handphone yang lebih murah, emas yang dicagarkan

dan lain-lain.

6. menawarkan untuk membuat kertas kerja, siapkan akaun syarikat atau apa

sahaja kemahiran yang anda mahir

tip untuk idea modal mudah ini haruslah perkara yang di lengkungan dan

kuasa anda tidak melibatkan orang lain. jangan berikan alas an

17 tips idea kratif mempromosikan bisnes anda tanpa modal.

1. Tulis bisnes yang anda jalankan dan beritahu di facebook rakan FB anda.

2. Berikan maklumat tentang bisnes anda di group dan page yang besar

pengunjungnya contohnya twitter artis

3. Update status FB anda dengan maklumat bisnes anda

4. Sediakan Poster dan posting kan di media sosial

5. Jangan 'tag' gambar promosi bisnes anda ke rakan lain kecuali dengan izin.

6. Gunakan kata2 promosi yang kelakar dan lucu untuk menarik perhatian.

7. jika anda menjual produk, letakan iklan anda di mudah.com atau lelong.com

8. jika anda mensasarkan jualan local, buat stiker dan tampal di belakangkereta anda dan kereta staf anda iklan tentang restoran atau lain-lain

perkhidmatan local. contohnya catering dan restoran.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 58/61

58

9. jika pelanggan anda adalah mahasiswa masuk iklan didalam majalah

kampus

10. sebar flyer di kawasan setempat maklumat tentang bisnes anda.

11. buat website atau blog secara berkala.

12. mesti ada akaun FB yang khusus untuk perniagaan anda

13. Gunakan teknik soft-selling

14. Sesekali berikan potongan harga

15. Jika anda bisnes restoran, buat promosi 10 kawan yang rapat dengan anda

dan berikan promosi yang saya kepada 10 teman mereka dan perkara ini

bersambungan.

16. Selalu beri bonus untuk pelanggan dan biarkan mereka yg promosi kepada

rakan mereka.

17. Cetak flyer/gambar promosi bisnes anda di baju, dan pakailah untuk

berjalan ke mall, pasaraya dan lain-lain.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 59/61

59

Bab 9 ::

Bonus

===========================

Kisah Peniaga Roti John Terbongkar===========================

Petang semalam seorang sahabat saya datang beraya di rumah. seperti biasa

lama tak jumpa banyaklah cerita yang kami bualkan. Saudara saya adalah

seorang peniaga roti john di KL. Sudah lama dia berniaga, berbelas tahun. Dia

berniaga di pasar malam dan pasar tani di sekitar kuala lumpur.

Saya korek cerita kejayaan nya. Dia adalah seorang pelajar yang cemerlangsemasa sekolah dulu tetapi disebabkan kemampuan ibu bapanya yang

terbatas dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk masuk universiti. Kami

sebaya dan sama bermain masa kecil dulu.

Lepas SPM, dia merantau ke ibu kota dengan bekerja kilang disana. Akhirnya

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 60/61

60

dia berniaga sendiri dipasar malam. Banyak produk yang dia sudah cuba dan

pelbagai cara berniaga di ibu kota. Walapun setahun sekali berjumpa saya

akan pastikan saya update perkembangan dia setiap tahun.

Sahabat saya ini bukan calang orangnya, dia punya wawasan untuk berjaya

dalam bisnes. Dia seorang yang kuat bekerja. Saya tanyakan berapa dia dapat

sebulan dengan berniaga di pasar malam. Dia sangat serious dalam

bisnesnya.

==============

Percayakah anda ?

==============

Dengan menjual roti john sahaja dia menjual RM25 ribu sebulan. Ianya benar.

keuntungan kasar bagi roti john adalah 40% bermakna dia akan dapat lebih

kurang RM10,000 sebulan. Tetapi itu kalau seorang dan berniaga untuk 4 hari

seminggu. Bagaimana kalau dia mengupah orang yang menjaganya dan

mempunyai 5 tapak berbeza? mungkin anda boleh mengiranya sendiri.

Saya tanyakan mengapa ramai peniaga pasar malam gagal dan tidak

mendapat income yang setimpal

dia menjawab dengan ikhlas , antara sebabnya

1. Ramai peniaga menjadikan perniagaan pasar malam sebagai part time dan

tidak bersungguh-sungguh. mereka nak buka mereka buka, bila mereka nak

tutup mereka malas bekerja.

2. Ramai yang anggap menjaja dan berjual di pasar malam adalah kerja yangtak setimpal. kerja yang tidak punya masa depan.

3. Berniaga makanan paling mudah, orang Malaysia tidak berkira membeli

makanan yang murah.

7/24/2019 Kisah Rahsia Jana 10 Ribu Sebulan

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-rahsia-jana-10-ribu-sebulan 61/61

4. Jati diri sebagai peniaga tak ada pada ramai peniaga. ramai orang

menjadikan berniaga sebagai pilihan paling akhir selepas mereka tak dapat

kerja.

5. Mereka tidak tekun berusaha

6. Mereka tidak berniaga dengan bersistem.

7. Faham bisnes, suka duka dalam berniaga. ramai yang berniaga nak senang

je..yang susahnya tak nak hadapi sendiri.

8. Berniaga dari kecil, asal ada kemahuan pasti ada jalan. Dulu dia mula-mula

berniaga roti john guna motor je. Ramai orang berniaga tak sabar nak kayacepat.

Dia bercerita lagi. Lebih ramai kawan-kawan pasar malam nya yang kaya raya.

lebih kaya adalah mereka yang sanggup bersusah payah. Kekadang mereka

yang sanggup bersusah bukan lah orang tempatan. Mereka sebenarnya

pendatang asalnya dan datang berniaga di Malaysia. Mereka buat duit dan

kaya raya.

Saya mendengarnya. Saya faham bukan mudah seperti yang saya ceritakan

dan tentunya punya masalah. Saya juga faham jika anda tak mahu susah

memang anda tidak akan berubah dengan apa yang anda perolehi sekarang.