terdapat tiga jenis alat pengukuran panjang yang biasanya

2
Terdapat tiga jenis alat pengukuran panjang yang biasanya d igunakan di makmal iaitu seperti jadual berikut:- Alat Kepekaa n /kejitu an dalam cm Kepekaan / kejituan dalam mm Pembaris meter 0.1 1 Angkup Vernier 0.01 0.1 Tolok skru mikromet er 0.001 0.01 (b)Pembaris meter Pembaris meter terdiri dari kayu atau besi yang panjangnya 1 meter. 1 senggatan kecil adalah bersamaan 1 mm atau 0.1 cm. Semasa menggunakan pembaris cara berikut perlu dilakukan untuk mengelakkan ralak paralaks ataupun ralat sifar(ralat hujung).:- (i) pengukuran tidak semestinya bermula dihujung,kerana kemungkinan hujung pembaris haus yang menyebabkan berlakunya ralat sifar(ralat hujung) (ii) Pembaris hendaklah diletakkan tegak pada objek yang hendak diukur dan mata pemerhati hendaklah tegak dengan skala untuk mengelakkan ralat paralaks - Angkup luar digunakan untuk menyukat diameter luar

Upload: michael-luna

Post on 20-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pengukuran sainstifik

TRANSCRIPT

Page 1: Terdapat Tiga Jenis Alat Pengukuran Panjang Yang Biasanya

Terdapat tiga jenis alat pengukuran panjang yang biasanya d igunakan di makmal iaitu seperti jadual berikut:-Alat Kepekaan

/kejituan dalam cm

Kepekaan/ kejituan

dalam mmPembaris

meter0.1 1

Angkup Vernier

0.01 0.1

Tolok skru mikrometer

0.001 0.01

(b)Pembaris meterPembaris meter terdiri dari kayu atau besi yang panjangnya 1 meter.1 senggatan kecil adalah bersamaan 1 mm atau 0.1 cm.Semasa menggunakan pembaris cara berikut perlu dilakukan untuk mengelakkan ralak paralaks ataupun ralat sifar(ralat hujung).:-(i) pengukuran tidak semestinya bermula dihujung,kerana kemungkinan hujung pembaris haus

yang menyebabkan berlakunya ralat sifar(ralat hujung) (ii) Pembaris hendaklah diletakkan tegak pada objek yang hendak diukur dan mata pemerhati hendaklah tegak dengan skala untuk mengelakkan ralat paralaks

- Angkup luar digunakan untuk menyukat diameter luar- Angkup dalam digunakan untuk

menyukat diameter dalam- Ekor digunakan untuk mengukur kedalaman ,contohnya kedalaman bikar.- Bukaan rahang dalam,bukaan rahang luar dan ekor sentiasa mempunyai panjang yang sama.- 1 senggatan kecil skala utama adalah 0.1 cm atau 1mm- 1 senggatan kecil pada skala vernier adalah 0.09 cm atau 0.9 mm- Perbezaan satu senggatan kecil pada skala utama dan vernier = (0.1 - 0.09) cm = 0.01 cm- Bacaan pada angkup vernier = [bacaan skala utama + (0.01 x skala vernier)] cm- Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan angkup vernier:-

(i) Tentukan ralat sifar ada atau tidak.Jika ada ralat sifar bacaan mesti diperbetulkan iaitu:Bacaan sebenar = bacaan diperolehi - ralat sifar

(ii) Pastikan rahang betul-betul menyentuh objek diukur. Kegunaannya ialah menentukan ketebalan kertas,diameter dawai atau alas bebola.- Hujung rahang iaitu anvil dan spindal harus dibersihkan terlebih dahulu dari kekotoran.- Apabila diletak objek,rahang ditutup dengan memutarkan bidal.Apabila rahang hampir rapat dengan

objek,putarkan racet sehingga bunyi 'tik' yang petama.- 1 senggatan kecil skala utama adalah 0.5 mm .

Page 2: Terdapat Tiga Jenis Alat Pengukuran Panjang Yang Biasanya

- Skala verniernya mempunyai 50 senggatan kecil.Apabila skala veriner diputar satu pusingan ,skala utama kan bergerak sejauh 0.5 mm.Oleh itu 1 senggatan kecil pada skala vernier= 0.5 mm =0.01 mm

50- Bacaan pada angkup vernier = [bacaan skala utama + (0.01 x skala vernier)] mm- Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan tolok skru mikrometer:-

(a) Tentukan ralat sifar ada atau tidak.Jika ada ralat sifar bacaan mesti diperbetulkan iaitu:Bacaan sebenar = bacaan diperolehi - ralat sifar

(b) Gunakan racet untuk mengetatkan objek yang diletakkan pada rahang supaya tekanan yang berlebihan tidak dikenakan pada objek.