terangkan 2 cara untuk menganalisis struktur masyarakat

2
NURSHAIDATUL AFINA BINTI YUSOF BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Soalan 20: Terangkan 2 cara untuk menganalisis struktur masyarakat. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Kumpulan masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek dan hidup. Terdapat 2 cara untuk menganalisis struktur masyarakat iaitu : i. Mempunyai budaya Budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara sesuatu masyarakat mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. . Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didukung oleh sekumpulan manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walau bagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. ii. Hidup berkelompok

Upload: afeena-yusof

Post on 03-Feb-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Terangkan 2 Cara Untuk Menganalisis Struktur Masyarakat

NURSHAIDATUL AFINA BINTI YUSOFBUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Soalan 20: Terangkan 2 cara untuk menganalisis struktur masyarakat.

Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan

dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat

yang sama. Kumpulan masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan

berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek dan hidup.

Terdapat 2 cara untuk menganalisis struktur masyarakat iaitu :

i. Mempunyai budaya

Budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara sesuatu

masyarakat mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan

kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu

himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak

biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan

sekeliling.. Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.

Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didukung oleh

sekumpulan manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walau

bagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor

pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Budaya sentiasa

berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak

mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan

proses yang berlaku.

ii. Hidup berkelompok

Masyarakat juga membawa maksud bahawa manusia hidup secara berkumpulan

dan berkelompok. Masyarakat juga merupakan satu kumpulan atau kelompok

manusia yang hidup berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja

kolektif , mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehinggakan terjalin

hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem. Adanya kesedaran pada

setiap anggota kelompok bahawa dia merupakan sebahagian dari kelompok yang

bersangkutan. Proses hidup berkelompok haruslah berstruktur, berakidah dan

mempunyai pola perilaku, bersistem dan berproses. Masyarakat yang hidup

berkelompok adanya suatu faktor yang dimiliki bersama sehingga hubungan antara

mereka bertambah erat, yang dapat merupakan nasib yang sama, kepentingan yang

sama, tujuan yang sama, ideologi politik yang sama dan lain-lain