teori penulisan

Upload: ummuhazradtul

Post on 10-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Teori PenulisanTeori Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan BahasaSebelum Analisis Kesalahan Bahasa diperkenalkan, Analisis Kontrastif telah mendominasibidang pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bidang pengajaran dan pembelajaranbahasa asing sejak perang Dunia Kedua hingga akhir pertengahan tahun 1960-an (Aini, 2007).Analisis Kontrastif membandingkan sistem linguistik dua bahasa iaitu bahasa asal dan bahasasasaran pelajar dan meramal daerah-daerah kesukaran dan kesenangan yang dihadapi olehpelajar tersebut (Mogimizadeh, 2008). Pendekatan ini mengandaikan bahawa pelajar bahasakedua atau pelajar bahasa asing akan menerima dengan mudah unsur-unsur bahasa asing yang sama atau hampir sama dengan bahasa ibunda mereka. Sebaliknya unsur-unsur yang berbeza akan menimbulkan kesulitan dalam proses pembelajaran mereka (Brown, 2000).Menurut Analisis Kontrastif, gangguan bahasa ibunda menjadi penyebab utama timbulnyakesalahan dan kesulitan pembelajaran bahasa asing oleh seseorang pelajar (Aini, 2007). Justeru, kesalahan yang dilakukan pelajar dianggap sebagai hasil daripada tabiat berterusan bahasa ibundanya terhadap bahasa sasarannya (Erdogan, 2005).Analisis Kesalahan Bahasa pula mengkaji tentang kesalahan pemindahan (interlingualerrors) dan kesalahan intralingual (intralingual errors) yang muncul hasil daripada strategipengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (Richards, 1992). Kesalahan pemindahan/interlingual berkait dengan gangguan bahasa ibunda. Corder (1971)menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud apabila tabiat (bentuk, sistem atau hukum)3 bahasa pertama pelajar mengganggu atau menghalangnya daripada memperoleh bentuk, system atau hukum dalam bahasa kedua. Sementara itu, menurut Lado (1964), pengaruh negatif bahasa ibunda boleh mempengaruhi perkembangan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Pemindahan interlingual merupakan sumber penting dalam pembelajaran bahasa seseorang pelajar. Richards (1992) mendefinisikan kesalahan interlingual sebagai kesalahan yang terhasil daripada pemindahan bahasa, disebabkan bahasa pertama pelajar. Hal ini merupakan tanda-tanda bahawa pelajar sedang menerokai dan mempelajari sistem bahasa baharu. Kesalahan interlingual ini mungkin terjadi semasa pelajar memindahkan fonologi,morfologi atau elemen tatabahasa bahasa ibunda ke bahasa kedua. Hal ini dijelaskan olehErdogan (2005) berhubung dengan kesalahan dari aspek morfologi,Turkish students tend to omit the plural suffix at the end of the word asTurkish does not put it in adjectival phrases indicating numbers as in thefollowing examples: Three book Three student is coming.Sementara itu, menurut Richards (1992), kesalahan intralingual berpunca daripadapembelajaran yang salah atau belum sempurna dalam bahasa kedua memandangkan pelajarbelum menguasai bahasa sasaran seperti pelajar menyebut, He made me to smile, I wantlearning English dan The meat smells freshly (Erdogan, 2005). Richards (1992) jugamenjelaskan bahawa pelajar mungkin membuat hipotesis yang langsung tidak berkaitan dengan bahasa ibundanya atau bahasa keduanya. Analisis Kesalahan Bahasa mengkaji bahasa yang dilakukan oleh pelajar asing atau pelajar bahasa kedua, menguji secara empirikal kesalahan-kesalahan yang wujud dalam bahasa sasaran yang dihasilkan oleh pelajar dan mencari penjelasan tentang punca-punca berlakunya kesalahan tersebut (Moghimizadeh, 2008). Analisis ini merupakan satu kaedah atau teknik yang digunakan dalam sesuatu kajian bertujuan mengukur ataupun menilai tahap kemampuan seseorang atau sekumpulan pelajar terhadap bahasa asing yang dipelajarinya. Hal ini selaras dengan pendapat Ellis (1994) yang mengatakan Analisis Kesalahan Bahasa sebagai,a set of procedurs for identifying, describing and explaning error inlearners language.Kaedah analisis kesalahan amat berguna dalam pembelajaran bahasa asingkerana mempelajari bahasa asing berbeza daripada mempelajari bahasa pertama.Terdapat tiga bukti penting mengapa analisis kesalahan itu penting dalampemerolehan bahasa asing ; iaitu (Corder 1984:25):1. Pengajar bahasa boleh melakukan analisis yang teratur untuk mengukur tahappencapaian pelajar dalam pemerolehan bahasa yang sedang dpelajari,2. Pihak penyelidik bahasa mendapat bukti-bukti yang menunjukkan bagaimanasesebuah bahasa itu dipelajari dan diperolehi, dan bagaimana pelajar bahasamenggunakan strategi tertentu untuk menguasai bahasa,3. Pelajar bahasa sendiri dapat mengenal pasti apakah kesalahan-kesalahan yangperlu diperbaiki agar dapat menguasai bahasa yang sedang dipelajari. Denganmengenalpasti kesalahan-kesalahan tersebut, pelajar bahasa boleh merangkastrategi pembelajarannya yang tersendiri.Aini (2007) dalam kajiannya menjelaskan bahawa teori ini menggunakan pendekatandengan cara mendapatkan kesalahan pelajar daripada korpus, mengenal pasti kesalahan-kesalahan pelajar, mengkategorikan jenis-jenis kesalahan seterusnya menganalisis jenis-jeniskesalahan tersebut. Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan bahasa akan dikaji bagi menghasilkan strategi-strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ellis (1997) menekankan bahawa kesalahan pelajar boleh membantu pengajar atau pengkaji bahasa dari semasa ke semasa. Beliau menjelaskan,Classifying errors in these ways can help us to diagnose learnerslearning problems at any stage of their development and to plot howchanges in error patterns occur over time.Faktor-Faktor Kesalahan BahasaTerdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar bahasa asing atau bahasa kedua melakukankesalahan bahasa. Berdasarkan Brown (2000) dan Richards (1992), kesalahan bahasa wujuddisebabkan perbezaan-perbezaan antara bahasa asal dengan bahasa sasaran pelajar, generalisasi melampau, anggapan yang salah dan sebab-sebab lain. Menurut Maicusi et. al. (2000), kesalahan bahasa berpunca daripada faktor psikolinguistik, sosiolinguistik dan epistemik.Berdasarkan Money (2004), murid-murid Tamil sekolah menengah telah mempelajaribahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun secara formal tetapi pengaruh bahasa ibunda masih terdapat dalam penulisan mereka.Dapatan kajian daripada Azman & Goh (2010) menunjukkan bahawa masalah utamayang menjadi kesukaran pelajar mempelajari bahasa Arab adalah kerana nahu bahasa Arab.Apabila membincangkan gangguan bahasa ibunda, sesetengah kesalahan berlaku disebabkangangguan bahasa Arab standard dan sesetengahnya pula berpunca daripada bahasa Arab pasar.(Abisamra, 2003). Walaupun dapatan kajian Abisamra (2003) mendapati pelajar melakukankesalahan disebabkan gangguan bahasa ibunda, namun kesalahan yang paling banyak dilakukan pelajar adalah kerana kesalahan intralingual.Berbeza pula dengan dapatan kajian Cheun et. al. (2009), yang mendapati bahawagangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukankesalahan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Mandarin. Menurut beliau lagi, kekuranganlatihan tatabahasa, kurang pendedahan kepada alam persekitaran bahasa, peruntukan masa,kekeliruan maksud dan sikap cuai pelajar turut merupakan faktor penyumbang.Kajian Goh & Ng (2004) mendapati bahawa sikap merupakan faktor terpenting terhadapkegagalan atau kejayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Marzalina (2004) dalamkajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak menguasai bahasa Melayu kerana merekamempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran bahasa. Bahasa Melayu sukar untuk dikuasai sebagai bahasa asing jika pelajar tidak berminat, tiada kemahuan dan motivasi (Jyh, 2005).Faizah et. al. (2010) pula dalam kajiannya mendapati bahawa kebanyakan pelajar asingyang mengikuti kursus Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi menghadapi masalah danlemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu disebabkan tempoh pembelajaran bahasa yang singkat. Cheun et. al. (2009) dalam kajiannya juga mendapati bahawa kekurangan masa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa Mandarin.Aspek Kesalahan BahasaDalam pembelajaran bahasa kedua, Corder (1973) mengkategorikan empat kesalahanyang dilakukan oleh pelajar iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah.Walau bagaimanapun, menurut Corder, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untukmenjelaskan kesalahan, lalu beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistic seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri daripada pelbagai magnitudtermasuklah kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005).Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa pelajarbahasa kedua melakukan kesalahan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata kerja (Hashim,2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab. Halim, 2002), kesalahanfrasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee, 2007; Abisamra, 2003; Saw,1997 & Ellis,1997).Strategi penulisan KaranganChe Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011) mengemukakan beberapa strategi dalam kemahiran menulis. Antaranya ialah merancang sebelum mengajar menulis, pengajaran hendaklah berpusat kepada murid, bermula dengan ayat mudah kemudian ke sukar,menyemak hasil penulisan pelajar, memberi pendedahan sebelum mengajar, mengadakan pemulihan kepada murid lemah dan memilih bahan dan alat bantu mengajar yang sesuai.Abdullah (1996) menyatakan penulisan karangan melibatkan ketepatan memberikan takrifan tajuk, persembahan isi atau buah fikiran, penggunaan bahasa yang tepat serta gramatis, pengolahan, penyampaian dan kemampuan membuat pemerengganan.Tony Buzan (2000) menjelaskan bahawa penggunaan peta minda mampu meningkatkan keupayaan seseorang untuk memaksimumkan keupayaan berfikir. Dalam hal ini, penggunaan peta minda boleh membantu pelajar dalam merancang dan menyusun idea penulisan dengan lebih baik.Proses menulis melalui beberapa peringkat menurut McCrimmon(1984:10) iaitu peringkat perancangan,penulisan,dan penyemakan.McMahan,Day, dan Funk(1992:3) mengemukakan 4 proses yang mesti dilalui seseorang dalam proses menulis iaitu pra penulisan(prewriting), penulisan(writing),penulisan kembali(rewriting), dan pengeditan(editing).Teori pengajaran penulisan bahasa arabTujuan pengajaran bahasa pada dasarnya supaya pelajar menguasai empat kemahiran mendengar,bercakap,membaca dan menulis(Widdowson 1978 : 1) Menulis adalah kemahiran berbahasa bersikap produktif.Pada mulanya,menulis bererti menyalin(copying) dan Menulis huruf(spelling) kemudian maknnya meluas meliputi pebagai kegiatan berfikir dalam mengungkapkan apa yang difikirkan dan dirasakan seseorang dalam bentuk penulisan khususnya penulisan karangan.Menulis adalah penyampaian idea tentang pelbagai topik dalam bentuk karangan.Suatu tulisan mesti menggunakan bahasa yang betul dan tepat secara pragmatik.Bahasa yang betul ialah bahasa yang menggunakan kata dan peristilahan yang tepat serta tatabahasa yang betul.Kemahiran menulis(writing skills) merupakan satu kemahiran yang kompleks dan kadang-kadang sukar untuk dipelajari(Heaton,1989 : 135).Menurut beliau ada lima kemahiran untuk menentukan penulisan yang berkualiti iaitu kemahiran merangka,mengolah isi,kemahiran stalistik,dan kemahiran menetap atau menilai.Bila berbagai aspek penguasaan kemahiran menulis yang dihuraikan diatas dihubungkan dengan konsep belajar dan penilai berdasarkan Taksonomi Bloom maka dapat dinyatakan bahawa penguasaan ketrampilan menulis dimulai dari aspek kognitif yang paling rendah, sedangkan menyusun idea dan fikiran dalam bentuk satu karangan lengkap termasuk aspek kognitif paling tinggi.Aspek Kognitif dari Taksonomi Bloom sebelum disemak meliputi aspek knowledge,comprehension,anylsis,synthesis, dan evaluation. Taksonomi Bloom kemudian disemak sehingga menjadi aspek remember,understand,apply,analyse,avaluate,dan create (Anderson and Krathwohl;2001:85)Menulis adalah kegiatan kognitif yang melakukan kegiatan dalam satu proses intelektual(Lawrence ;1975:3) The composition exercises are based on the assumption that writing is a form of communication and that the process of writing is an active thinking process. (Lawrence ;1975:13).Berdasarkan teori-teori diatas dapat disimpulkan bahawa kemahiran menulis ialah kemampuan seseorang mengolah perkataan menjadi ayat yang efektif sesuai dengan kaedah bahasa untuk menghasilkan idea,pendapat,pengalaman,buah fikiran,sikap perasaan dan emosi kepada orang lain.Kemampuan yang paling tinggi dalam kemahiran menulis seseorang ialah mencipta(create).Penguasaan Penulisan Karangan Dari Perspektif KomunikatifMenulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), di peringkat pengajian tinggi,kemahiran menulis menjadi amat penting kerana para pelajar perlu menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan atau tesis. Penulisan karangan merupakan bahagian yang penting diperingkat rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu, sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam penguasaan kemahiran penulisan karangan. Penulisan karangan dari persepktif komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak,Halliday membuktikan bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu adalah sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, mengawal tingkah laku orang lain, menyampaikan maksud, meluahkan perasaan, menyampaikan maklumat, dan mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.Dell Hymes dalam Mahzan Arshad (2003) , selaku pengasas pendekatan komunikatifmenyatakan kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh pelajar untuk memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain dalam konteks sosial. Oleh itu, pendekatan ini menegaskan seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan menguasai kemahiran membina ayat dengan gramatis. Pendekatan ini mengharapkan pelajar menulis untuk dibaca oleh pembaca.Jadi, guru berperanan menggalakkan pelajar menulis dalam situasi kehidupan mereka untuk dibaca oleh masyarakat.Menurut Zamzuri Mohamad (2010), pendekatan komunikatif berasaskan teori pembelajaran berbentuk behavioris lebih mementingkan penguasaan menulis secara naluri yang dimiliki oleh pelajar iaitu keupayaan mereka untuk menggunakan dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain serta jalinannya dengan konteks sosial. Jadi, eleman konukatif diberi keutamaan dalam penghasilan penulisan berbentuk komunikatif.Dengan menggunakan pendekatan komunikatif, tulisan pelajar dapat dibaca oleh orang lain. Oleh itu, hasilan penulisan tersebut mestilah sama seperti situasi kehidupan seharian yang sebenar. Menurut Hashim Othman (2003), perspektif komunikatif menyarankan supaya kefasihan berbahasa dicapai melalui penggunaan bahasa yang dipelajari dalam konteks formal dan tidak formal. Karangan dikatakan bentuk autentik yang menjadi penunjuk kefasihan berbahasa pelajar, sekali gus komponen komunikatif dalam perlakuan karangan dapat menjelaskan pemahaman tentang kefasihan berbahasa.Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif ialah aspek makna. Sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, maka fungsi atau peranan dialog itu hendaklah diutamakan. Kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial, dan bahan yang dipilih mesti bersesuaian dengan situasi atau simulasi dalam aktiviti pengajaran sebagai perangsang untuk murid berkomunikasi dengan menggunakan bahasa dengan betul.Pendekatan komunikatif mempunyai beberapa prinsip iaitu semua latihan dan aktiviti bahasa disesuaikan dengan umur, pengalaman, latar belakang minat dan keperluan pelajar,bercorak realistik dan pragmatik serta menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa,sebagai alat berkomunikasi, penglibatan pelajar yang aktif, guru yang kreatif, mementingkan aspek tatabahasa, dan peranan guru sebagai penasihat.Maka kajian ini mengguna pakai kecekapan komunikatif yang dikemukakan oleh Bachman dan Savignon (dalam Hashim Othman, 2003) iaitu kefasihan berbahasa yang merangkumi tiga komponen utama iaitu sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa.Kecekapan sosiolinguistik merujuk kepada ketepatan menggunakan bahasa mengikut konteks yang menekankan ketepatan makna (tajuk, sikap, dan fungsi), bentuk (laras bahasa dan gaya) dan konteks (status peserta komunikasi, tujuan dan norma interaksi). Kecekapan wacana ialah penguasaan pengetahuan yang menggabungkan bentuk dan makna bagi menghasilkan pelbagai jenis teks yang utuh seperti jenis penerangan, pemujukan, dan pelahiran dengan menggunakan peraturan pertautan ayat (penanda wacana) dan prinsip pertalian idea bagi membentuk makna (persembahan, pengolahan dan penekanan).Kecekapan tatabahasa bermaksud penguasaan peraturan bahasa yang meliputi perbendaharaan kata, pembentukan kata, pembentukan ayat, ejaan dan semantik. Pengetahuan ini diperlukan bagi melahirkan makna ujaran yang tepat.