teori maslow dalam perspektif islam

13
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW MENURUT PANDANGAN ISLAM Ku Ahmad Fatakhsya bin Ku Talib Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat, Malaysia e-mail: [email protected] ABSTRAK Artikel ini menghuraikan tentang konsep yang dibawa oleh Teori Keperluan Malow iaitu manusia perlu memenuhi keperluan pada peringkat asas sebelum dapat memenuhi keperluan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang ketara wujud dalam teori tersebut iaitu Maslow tidak memasukkan nilai ketuhanan kedalam teori keperluannya. Teori keperluan Maslow ini dikritik berdasarkan pandangan Islam yang menekankan setiap tingkahlaku manusia mestilah bersandarkan kepada tuhan iaitu Allah SWT. Sesorang individu itu sebenarnya mampu memenuhi keperluan yang lebih atas jika dia memasukkan elemen ketuhanan dalam dirinya. Artikel ini juga telah memperbaiki hierarki keperluan Maslow dengan memperkenalkan satu hierarki keperluan yang lebih unggul iaitu Hierarki Keperluan Transenden yang mana unsur ketuhanan telah dimasukkan. Kata kunci: teori keperluan Maslow; Hierarki Keperluan Transenden; nilai ketuhanan

Upload: khairul-azwan

Post on 20-Jun-2015

1.674 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Teori Maslow dalam Perspektif Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW MENURUT PANDANGAN ISLAM

Ku Ahmad Fatakhsya bin Ku TalibFakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaBatu Pahat, Malaysia

e-mail: [email protected]

ABSTRAK

Artikel ini menghuraikan tentang konsep yang dibawa oleh Teori Keperluan Malow iaitu manusia perlu memenuhi keperluan pada peringkat asas sebelum dapat memenuhi keperluan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang ketara wujud dalam teori tersebut iaitu Maslow tidak memasukkan nilai ketuhanan kedalam teori keperluannya. Teori keperluan Maslow ini dikritik berdasarkan pandangan Islam yang menekankan setiap tingkahlaku manusia mestilah bersandarkan kepada tuhan iaitu Allah SWT. Sesorang individu itu sebenarnya mampu memenuhi keperluan yang lebih atas jika dia memasukkan elemen ketuhanan dalam dirinya. Artikel ini juga telah memperbaiki hierarki keperluan Maslow dengan memperkenalkan satu hierarki keperluan yang lebih unggul iaitu Hierarki Keperluan Transenden yang mana unsur ketuhanan telah dimasukkan.

Kata kunci: teori keperluan Maslow; Hierarki Keperluan Transenden; nilai ketuhanan

Page 2: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

Pendahuluan

..Allah akan meninggikan orang – orang yang beriman di antara kamu dan orang - orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

[Al-Mujadalah 58:11]

Allah S.W.T telah menjadikan manusia ini hidup bersama dengan fitrah semulajadi. Fitrah inilah yang menjadi motivasi dan pendorong kepada setiap insan di muka bumi untuk terus hidup dan berfungsi. Aa Gym (2005) mendefinasikan fitrah sebagai tabiat suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah. Fitrah manusia ini merangkumi keperluan manusia terhadap jasmani, kebendaan, keduniaan dan kerohanian. Secara fitrahnya, seseorang individu akan bermotivasi untuk memenuhi keperluan dirinya sendiri sehingga dia mendapat kepuasan yang secukupnya.

Salah satu teori yang sering digunakan dalam membincangkan tentang motivasi dan keperluan manusia ialah teori keperluan Abraham Maslow. Teori ini telah banyak diaplikasikan dalam kehidupan terutamanya oleh masyarakat barat sama ada dalam pelajaran, pekerjaan dan perniagaan dan teori ini telah dibangunkan oleh Maslow pada lewat 1950-an sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1970.

Masyarakat dunia telah menganggap Maslow sebagai bapa kepada teori keperluan dan motivasi dan teorinya ini sangat dipersetujui dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ini adalah kerana teori keperluan Maslow ini sangat

menarik kerana ia memberikan gambaran yang praktikal dan boleh difahami oleh semua orang.

Abraham Maslow : Keperibadian dan teorinya

“A musician must make music, an artist must paint, a poet must write if he is to be ultimately at peace with himself. What one can be, one must be.”

[Abraham Maslow (1908-1970)]

Abraham H. Maslow (1908 – 1970) yang berketurunan Yahudi dari Rusia telah dilahirkan di Brooklyn, New York. Beliau merupakan anak sulung dari tujuh orang adik-beradik. Pada zaman mudanya, beliau tidak begitu rapat dengan ibu bapanya dan sering menderita akibat perlakuan kedua ibu bapanya terutama ibunya yang sering membeza-bezakan dirinya dengan adik-beradik yang lain. Beliau sangat miskin dan mempunyai kehidupan yang sangat susah. Pengalaman hidupnya penuh dengan kekecewaan dan rasa kesunyian. Apabila meningkat dewasa, beliau menuntut di City College of New York dan di Universiti Wisconsin. Maslow telah menceburi bidang psikologi selama lebih 14 tahun di Brooklyn College dan akhirnya berpindah ke Universiti Brandeis di mana dia menamatkan kerjaya perguruannya di situ. Di Brandeis, Maslow telah membangunkan teori motivasi yang memperihalkan proses di mana seseorang individu berprogresif dari keperluan asas seperti air dan makanan ke keperluan lebih tinggi, yang dipanggil “ kesempurnaan kendiri (self-actualization)”.

Page 3: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

Definasi Maslow tentang kesempurnaan kendiri datang dari kajiannya tentang beberapa tokoh terkenal seperti Albert Einstein, Jane Addams, Eleanor Roosevelt dan Frederick Douglass. Teorinya ini telah mengejutkan dunia bidang psikologi pada zaman itu. Dalam menghasilkan teorinya ini, Maslow telah membuat pemerhatian terhadap penyelidikan Sigmund Freud dan B. F. Skinner dalam mengkaji pemikiran manusia dan binatang pada masa itu. Sebagai contoh, Skinner telah mengkaji bagaimana burung merpati dan tikus belajar. Maslow perhatikan bahawa Model Motivasi Skinner adalah berdasarkan kepada ganjaran mudah seperti makanan, minuman, seks dan mengelakkan kesakitan. Seekor anjing disuruh duduk dan diberikan ganjaran apabila duduk dan ia diberikan hukuman apabila ia tidak duduk. Daripada ini, Maslow beranganggapan bahawa ahli psikologi sepatutnya mengkaji perkara yang lain iaitu tentang gurauan dan kasih sayang bagi binatang dan manusia. Jadi, hieraki keperluan Maslow telah menyediakan cara alternatif tentang penentuan dalam kajian Freud dan Skinner tersebut.

Maslow telah memperkenalkan lima hierarki keperluan semula jadi manusia yang ditujukan kepada tingkah laku manusia. Berdasarkan Rajah 1, keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi (physiology), keselamatan (safety), kasih sayang (belonging/love), penghargaan kendiri (esteem), dan keperluan kesempurnaan kendiri (self-actualization). Menurut Maslow juga, manusia didorong oleh keperluan yang rendah atau bawah, yang mana ianya perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi

Bagi lebih memahami konsep teori keperluan Maslow ini kita boleh lihat kepada contoh sebuah keluarga miskin yang tinggal di kawasan kampung atau pedalaman yang mana mereka banyak menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan asas seperti mendapatkan makanan dan tempat tinggal yang selesa berbanding dari mendapatkan keperluan lain.

Apabila keperluan-keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi dengan sempurna, isu- isu lain sering diabaikan seperti pendidikan anak – anak dan tahap kesihatan keluarga. Jika dikaitkan dengan Teori Hierarki Maslow ini, ternyata pendidikan anak – anak tidak banyak diberikan perhatian oleh ibu bapa sehinggalah keluarga tersebut menikmati status ekonomi yang memuaskan. Oleh itu, adalah sukar bagi anak-anak untuk memberi perhatian yang lebih terhadap pelajaran sedangkan pada masa yang sama memikirkan apa yang perlu dimakan untuk mengelakkan kelaparan, tempat belajar yang tidak kondusif dan tidak mempunyai duit untuk membeli makanan dan minuman semasa ke sekolah. Keghairahan anak-anak yang masih muda ini untuk belajar hanya tinggal impian dan seterusnya kejayaan yang diingini tidak akan kesampaian.

Rajah 1 : Hieraki Keperluan Maslow

Page 4: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

Berdasarkan teori Maslow, tahap keperluan manusia yang pertama iaitu keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Manusia memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini tidak dipenuhi. Ini boleh dilihat di negara Afrika di mana masyarakat di sana terpaksa betungkus lumus mendapatkan keperluan yang paling asas ini sehingga ada yang sanggup berbunuhan demi merebut seguni gandum sahaja.

Tahap kedua pula melibatkan keperluan keselamatan. Keselamatan di sini juga bermaksud individu akan cuba berusaha bagi menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan kerja yang sesuai supaya mampu mendapatkan rumah atau tempat tinggal yang sesuai. Sebagai contoh, seorang nenek yang miskin yang memiliki rumah yang agak usang memerlukan rumah yang baru bagi menjamin keselamatannya. Hal ini demikian kerana rumah yang selesa dan sempurna diperlukan untuk menjamin keselamatan dan kestabilan hidupnya.

Tahap ketiga ialah keperluan sosial atau kasih sayang. Setelah mencapai keperluan pada tahap yang pertama dan kedua, individu kini beralih kepada keperluan yang tidak kurang penting dalam hidupnya iaitu keinginan kepada interaksi sosial. Keadaan ini dapat digambarkan jika kita melihat kebanyakan pelajar miskin di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi mempunyai perasaan malu kepada persekitaran mereka sehinggakan berasa malu untuk menyertai sesuatu aktiviti sosial yang dianjurkan oleh komuniti dan malu kepada rakan-rakan serta jiran tetangga. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berasa sangat rendah diri di atas

kemiskinan yang dialami dan juga risau kepada tanggapan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu keperluan ini harus dipenuhi oleh setiap manusia kerana fitrah manusia sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

Tahap keempat pula ialah keperluan penghargaan kendiri. Dalam tahap ini, individu mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan status yang kukuh. Oleh itu, mereka inginkan pula rasa tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa ingin kepada pencapaian yang lebih baik. Mereka akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai tahap ini supaya timbul perasaan dihargai sama ada di tempat kerja atau di rumah. Namun begitu, apabila individu tidak dapat mencapai apa yang diingini menyebabkan mereka akan rasa kekurangan harga diri, dan seterusnya akan timbul perasaan rendah diri, tidak bermaya dan tidak bersemangat dalam kehidupan harian.

Tahap yang terakhir ialah tahap kesempurnaan kendiri. Dalam tahap ini, individu sepatutnya telah dapat merasakan apa yang sepatutunya dicapai. Ini merupakan tahap pemenuhan diri di mana individu telah berupaya mempunyai perasaan puas terhadap apa yang telah dicapai selama ini. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh individu yang telah dapat memenuhi kesemua tahap-tahap keperluan sebelum ini dengan baik.

Berdasarkan kelima – lima tahap keperluan manusia yang digariskan oleh Maslow ini, dapat dinyatakan bahawa manusia sentiasa bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah (asas) sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki keperluan Maslow ini. Seandainya suatu tahap keperluan sudah dipenuhi, barulah seseorang itu ‘berhijrah’ untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi lagi.

Page 5: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

Hieraki keperluan Maslow pada asalnya terdiri daripada lima peringkat atau tahap keperluan yang mesti dipenuhi dalam menghasilkan manusia yang sihat dan berfungsi sepenuhnya. Sebelum Maslow menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat menambah dua lagi peringkat iaitu peringkat kognitif dan astetika.

Jadual 1: Peringkat keperluan Maslow Baru dan Asal

Pandangan Islam Terhadap Teori Hierarki Keperluan Maslow

Abraham Maslow merupakan seorang tokoh teori humanistik yang mengaitkan motivasi intrinsik dengan keperluan individu. Keperluan adalah kehendak manusia bagi menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam diri. Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri akan menyebabkan individu itu merasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya. Oleh yang demikian, tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan keperluan terhadap dirinya

sehingga kadangkala perubahan yang berlaku itu menyalahi norma – norma kehidupan. Sebagai contoh, seorang manusia yang sangat kelaparan akan sanggup mencuri makanan dari orang lain semata-mata memenuhi keperluan asasnya iaitu makanan. Manakala bagi individu yang gilakan kuasa akan sanggup memberi rasuah hanya kerana ingin mendapatkan pangkat dan kesenangan.

Jika dilihat dari sudut pandangan teori keperluan Maslow, memang benarlah manusia itu sentiasa bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah sebelum ke peringkat lebih tinggi. Teori ini menggambarkan kepada kita bahawa manusia harus berikhtiar sehabis mungkin untuk memenuhi keperluan yang asas dahulu sebelum ‘berhijrah’ untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Dalam proses memenuhi keperluan hidup, teori ini secara jelas menidakkan pertimbangan halal, haram dan syubhat. Tidak perlu memikirkan halal atau haram dalam makanan dan minuman, apa yang paling penting adalah perut terisi. Begitu juga dengan keperluan pakaian, tempat perlindungan, dan keperluan seks. Apa yang paling penting ialah ia mampu memuaskan nafsu. Kita tidak perlu membantu orang lain jika diri kita sendiri pun masih tidak sempurna. Jika dilihat secara mendalam lagi, teori ini mengandungi terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Apa yang ditakuti ialah akan terdapat pihak yang akan menggunakan teori ini bagi memutar belitkan fahaman masyarakat dan memesongkan akidah umat Islam khususnya. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan mengaitkan teori keperluan ini dengan konsep fitrah manusia untuk menghalalkan perkara yang menyalahi norma-norma masyarakat serta hukum syarak Allah Taala. Jadi masyarakat seharusnya tidak mengambil terus teori-

Peringkat Keperluan Maslow

(asal)

Peringkat Keperluan Maslow

(diperbahurui)

1. Fisiologi

2. Keselamatan

3. Kasih sayang

4. Penghargaan

5. Kesempurnaan kendiri

1. Fisiologi

2. Keselamatan

3. Kasih sayang

4. Penghargaan

5. Kognitif

6. Astetika

7. Kesempurnaan kendiri

Page 6: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

teori seperti ini. Mereka sepatutnya menapis dahulu setiap idea yang ingin diceduk sebelum mengamalkannya.

Teori keperluan ini telah mendapat banyak kritikan dari pelbagai pihak. Kelemahan besar teori ini adalah Maslow tidak meletakkan nilai keagamaan sebagai salah satu motivasi kepada tingkah laku manusia. Seseorang mungkin mengatakan bahawa nilai keagamaan ini terletak dalam tahap keperluan yang ketiga iaitu peringkat keperluan kasih sayang atau sosial yang mana agama memberi kita rasa dekat dan hampir kepada gereja atau masjid atau tempat beribadat yang lain. Akan tetapi, sebenarnya agama adalah lebih daripada itu. Ianya mungkin berkaitan dengan peringkat yang kelima iaitu peringkat kesempurnaan kendiri tetapi Maslow menyatakan bahawa hanya sedikit sahaja individu yang benar-benar mencapai peringkat kesempurnaan kendiri tersebut. Jadi tidak mungkin agama yang dianuti sebilangan besar manusia di dunia ini termasuk dalam peringkat tersebut, kerana agama memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia itu sendiri.

Setiap agama di dunia ini percaya bahawa manusia adalah terdiri daripada aspek fizikal dan aspek spiritual. Ini bermaksud, pada masa yang sama manusia memiliki jasad (tubuh badan) dan juga roh. Jasad adalah sebagai tapak atau asas yang bersifat ke’binatangan’ yang sentiasa mahukan makanan, seks, harga diri, dan lain-lain yang mana ianya lebih dikenali sebagai nafsu. Manakala aspek spiritual pula memotivasikan diri manusia untuk bertindak mengikut jalan dan cara yang tertentu. Aspek spiritual inilah yang menentukan sama ada manusia itu mengikut nafsunya atau melawan nafsunya itu. Segala perkara yang disebut dalam teori hierarki keperluan Maslow ini

sebenarnya adalah berkaitan dengan nafsu. Kedua-dua aspek spiritual dan fizikal akan sentiasa saling ‘bergelutan’ untuk menjadi dominan. Bagi memastikan jiwa rohani manusia (aspek spiritual) dapat melawan nafsu yang telah sedia ada pada diri seorang manusia itu, individu itu perlu berjihad. Inilah yang dinyatakan dalam Islam sebagai “jihad melawan nafsu” (berusaha melawan nilai kebinatangan).

 “Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu”

[Hadis riwayat Imam al-Baihaqi]

Biarpun ada ulama’ yang mengatakan hadis ini adalah hadis daif (lemah), tetapi menurut ajaran Islam, berjihad melawan nafsu adalah sangat dituntut dalam Islam. Salah satu cara melawan nafsu adalah dengan berpuasa.

Seorang Muslim yang berpuasa, secara sedar dan sukarela telah meninggalkan makanan dan minuman serta keinginan seksualnya sejak dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Tingkahlaku ini secara terang-terangan berlawanan dengan apa yang teori Maslow katakan yang mana jika individu itu lapar, dia akan bertindak untuk memenuhi kelaparannya itu dengan makan. Kerana lapar dan haus adalah sebahagian daripada keperluan asas, menyekatnya adalah cara yang paling baik menjadikan aspek kerohanian manusia itu menjadi dominan. Samalah juga seperti individu yang bangun bersolat di tengah malam kerana tidur itu juga sebahagian daripada keperluan asas manusia. Biasanya, manusia akan sentiasa

Page 7: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

bertindak untuk memastikan keselamatannya terjamin. Dalam hal ini, jiwa dan roh manusia adalah sama dengan nafsu dalam dirinya yang mahukan keselamatan. Tetapi sampai suatu masa, perkara ini akan diketepikan. Sebagai contoh, apabila keadaan mengkehendaki kepada berlakunya peperangan, manusia itu akan sanggup meletakkan dirinya dalam bahaya biarpun keselamatannya tidak terjamin.

Jika di lihat semula kepada hierarki keperluan Maslow ini, penulis berpendapat bahawa keperluan yang disebutkan adalah tidak semestinya keperluan tetapi lebih kepada “keinginan”. Apabila seseorang itu lapar, dia mahukan makanan. Ianya hanya menjadi keperluan apabila seseorang itu mencapai tahap kebuluran. Jadi manusia memerlukan panduan agama untuk membebaskan dirinya dari menjadi hamba keinginan atau nafsu. Keinginan atau nafsu itu tidak boleh disingkirkan daripada hidup seseorang tetapi janganlah membiarkan diri sendiri bertindak mengikut nafsu kerana mengawal nafsu itu adalah lebih baik dan utama. Agama terutamanya Islam adalah sangat seimbang dan bersederhana. Islam menyuruh manusia berpuasa dan berbuka, bersolat di malam hari dan tidur dengan secukupnya dan juga berkahwin. Oleh itu keinginan manusia akan dipenuhi dengan penuh keseimbangan dan kesederhanaan.

Islam Sebagai Motivasi Hidup Setiap Insan

Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh). Di dalamnya terkandung pelbagai ajaran yang telah digariskan dengan sempurna oleh Allah S.W.T. Islam juga mempunyai pandangan hidupnya sendiri yang lebih dikenali sebagai Tasawwur Islam. Tasawwur Islam adalah tidak seperti tasawwur (pandangan hidup) lain yang didorong oleh asakan falsafah barat dan pemikiran kendiri yang tidak

bergerak di atas landasan hakikat. Dasar utama tasawwur Islam adalah konsep Al-Rabbaniyah yang mana ia hanya bertunjangkan kepada satu kiblat iaitu berteraskan kepada keesaan Allah S.W.T. Nama lain yang diberi ialah tasawwur i’tiqadi kerana ia diwahyukan oleh Allah S.W.T. (Ramli Awang, 1997). Dengan mendalami ajaran Islam, seseorang individu itu akan mampu mengawal naluri ‘kebinatangan’ dalam dirinya dan seterusnya mencapai tahap kesempurnaan diri seperti mana Maslow meletakkan tahap kesempurnaan kendiri di aras yang teratas dalam teori keperluannya itu.

Menurut Maslow, seseorang individu hanya memiliki satu keperluan hidup dalam satu masa tertentu. (S.Feidmen, 2003) Jika individu itu mahu berganjak ke keperluan yang lain, dia perlu memenuhi dahulu keperluan yang dia ada pada masa tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu perlu memenuhi keperluan fisiologinya dahulu dan kemudian keperluan-keperluan yang seterusnya sebelum dia dapat mencapai kesempurnaan diri dalam hidupnya. Jika dirujuk kepada kisah sahabat Rasulullah (SAW) seperti Bilal bin Rabah yang diseksa oleh orang kafir musyrikin pada masa itu, teori keperluan Maslow ini sama sekali tidak menggambarkan situasi tersebut dengan tepat. Biarpun beliau haus, lapar dan rasa tidak selamat, beliau masih lagi berpegang teguh dengan ajaran Allah Taala. Keyakinannya terhadap janji Allah SWT telah menjadi motivasi dalam dirinya untuk mencapai jati diri yang terunggul.

“Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa”

[Surah Al-Hajj : Ayat 40]

Ayat Al-Quran ini membawa erti bahawa, walaupun seseorang muslim itu

Page 8: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

mewarisi sebuah kemiskinan, dia tetap memperolehi penghargaan diri dan disanjung ramai oleh kerana keperibadian akhlaknya yang tinggi dan sentiasa menghulurkan bantuan di sana sini. Inilah janji Allah kepada setiap orang yang beriman kepada Allah Taala. Seorang muslim yang sejati tidak akan memperjuangkan keperluan peringkat rendah sebelum ke peringkat tinggi dalam hierarki keperluan. Semua keperluan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat tinggi dipenuhi sebaik mungkin sesuai menurut kerangka dan acuan Islam yang lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.

Hierarki Transenden

Setiap individu terutamanya Muslim seharusnya bertanggungjawab memahami dan menyedari implikasi teori seperti teori keperluan Maslow ini dan juga pengaruhnya pada minda dan akidah umat Islam. Berdasarkan teori yang tiada unsur ketuhanan seperti teori Maslow ini, manusia akan mendapati dirinya dalam keadaan huru hara yang sangat teruk. Teori keperluan ini perlulah dibaiki supaya ia menjadi lebih sempurna dan berada pada landasan yang betul. Dengan menjadikan Allah sebagai asas kepada teori hieararki yang baru, setiap insan akan menyeimbangkan kesemua keperluan mereka kepada Allah dan bukan pada diri sendiri semata-mata.

Rajah 2: Hierarki transenden

Berdasarkan Rajah 2, Hierarki Transenden merupakan teori keperluan yang telah dicipta oleh seorang paderi Kristian yang bernama Andrew A. Pfeifer. Penulis melihat bahawa Hierarki Keperluan Transenden ini boleh diaplikasi dalam Islam kerana ianya memiliki nilai ketuhanan di situ. Bezanya dengan teori asal ialah Andrew meletakkan Jesus Christ sebagai tuhan yang harus disembah dan segala keperluan haruslah disandarkan kepada Jesus tetapi jika diaplikasikan dengan mengikut pandangan Islam, Tuhan di dalam hiearaki ini boleh diubah kepada Allah SWT. Menurut Andrew dalam artikelnya berjudul “Abraham Maslow’s Hierarchy Of Needs: A Christian Perspective”, dalam hierarki transenden, terdapat dua perkara yang perlu diketengahkan. Perkara pertama adalah garis putus-putus yang membahagikan setiap keperluan dengan keperluan yang lain. Ini memang sengaja dilakukan untuk menunjukkan bagaimana kesemua keperluan ini saling berkaitan dan berhubung di antara satu sama lain dan bagaimana kesemuanya bersandar kepada tuhan. Dalam Islam, setiap muslim percaya bahawa Allah SWT sangat banyak memainkan peranan yang penting dalam keperluan hidup seharian. Allah SWT menyediakan kepuasan yang sebenar tentang kesemua keperluan melalui pelbagai cara. Dialah yang menjadikan

Page 9: Teori Maslow dalam Perspektif Islam

tanah, matahari, air, dan udara dan Dialah yang mencipta kehidupan baru yang membesar dalam perut seorang ibu.

Perkara yang kedua ialah tanda anak panah menghala keatas dan kebawah pada setiap keperluan. Ini menandakan turun naik atau perubahan kepentingan yang ada pada setiap keperluan yang berlaku sepanjang kewujudan seseorang. Sebagai contoh kisah Nabi Ibrahim yang disuruh oleh Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ismail sanggup membiarkan dirinya disembelih oleh bapanya sendiri Nabi Ibrahim semata-mata hanya kerana menurut perintah Allah SWT. Nabi Ismail mengetepikan keperluan keselamatannya dan hanya mengharapkan kasih sayang Allah yang kekal abadi.

Kesimpulan

Terdapat ramai individu dan termasuklah segelintir golongan muslim telah mengguna pakai teori Maslow kerana ianya nampak seperti masuk akal dan logik tetapi semua itu masih belum cukup. Setiap perkara dan fahaman haruslah ditapis terlebih dahulu bagi menentukan kesesuaiannya dengan masyarakat dan hukum syarak. Hierarki keperluan Maslow adalah tidak sempurna kerana ia menafikan asas keperluan yang paling penting iaitu hubungan dengan zat yang paling mulia iaitu Allah SWT.

Ianya sangat penting bagaimana seseorang itu memilih untuk mempercayai sesuatu perkara kerana manusia itu bermotivasi untuk membesar dan belajar. Adakah manusia memerlukan tuhan atau adakah manusia ini sudah cukup bagus tanpa bantuan tuhan? Manusia yang bersetuju dengan Maslow secara tidak sedar telah menafikan ketinggian tempat Allah dalam diri dan kehidupan di dunia ini.

Sememangnya tidak ada cacatnya teori Maslow menurut kaca mata bukan Muslim kerana sudah tersurat di dalam al – Quran bahawasanya Allah menjadikan Bumi ini seperti syurga bagi orang-orang kafir. Bagi Muslim pula, teori ini sudah tentu tersasar dari landasan Islam kerana ia bermula dengan premis yang salah dan sangat jelas bertentangan dengan syarak. Dalam Islam, segalanya adalah berakhir dengan mencari keredaan Allah dan segala yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk manfaat di akhirat kelak. Waallahuallam.