teori kerjaya

13
Bimbingan dan kaunseling Teori Kerjaya Holland Nadrah, Sarimah, Peyona, Nirwanah, Zulaiha

Upload: zue-layhar

Post on 25-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bimbingan dan kaunseling

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Bimbingan dan kaunseling

Teori Kerjaya HollandNadrah, Sarimah, Peyona, Nirwanah, Zulaiha

Teori kerjaya HollandHolland menganggap bahawa minat terhadap pekerjaan dan cita rasa merupakan sebahagian daripada personaliti keseluruhan seseorang individu.

Andaian-andaian teori HollandPersonaliti setiap individu berbeza-beza.

Personaliti ialah hasil daripada baka dan persekitaran.

Setiap individu mempunyai definisi, imej dan nilai yang tersendiri terhadap setiap pekerjaan

Individu yang menceburi sesuatu bidang pekerjaan yang sama akan mempunyai sifat keperibadian yang sama atau hampir sama.

Kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya berdasarkan interaksi individu dan persekitaran pekerjaan.

Realistik Orang yang realistik menghadapi persekitaran secara konkrit dan fizikal.Individu sedemikian disifatkan sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, tidak begitu bersifat sosial dan mempunyai sifat-sifat kelelakian.Lebih suka bekerja sebagai petani, operator mesin dan pemandu lori

Intelektual Orang yang berpersonaliti intelektual menguruskan persekitaran dengan menggunakan kecerdasannya.Lebih berminat terhadap pekerjaan yang bercorak saintifik dan teoritis, membaca, mempelajari bahasa-bahasa asing dan aktiviti-aktiviti kreatif seperti seni, muzik dan seni binaBersifat kelelakian, cekal hati, berminat kepada ilmu pengetahuan dan lebih bersifat bebas, asli, yakin tetapi kurang praktikMereka ialah ahli-ahli sains, kimia, antropologi, fizik, matematik dan biologi berpersonaliti intelektual

SosialIndividu yang terkenal dengan kemahiran sosialnya.Individu ini menikmati pekerjaan yang bercorak pendidikan, terapi, agama dan aktiviti yang berkaitan dengan khidmat masyarakat, muzik, bacaan, drama dan sebagainya.Bersifat riang, suka bersosial, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan suka menjadi pemimpin.Sangat mengambil berat tentang kebajikan masyarakat. Contoh: guru, kaunselor dan pegawai kebajikan masyarakat

Konvensional Biasanya mempunyai cara penyelesaian masalah yang stereotaip dan tidak asli.Kelihatan kemas, suka bergaul tetapi konservatif.Mempunyai sifat kelelakian, dominan, mengikut peraturan dan dapat mengawal diri.Lebih meminati kerja-kerja yang biasanya berkaitan dengan perniagaan.

Keusahawanan Mempunyai sifat pandai memujuk, bijak berbahasa, agresif, berkeyakinan diri, suka menunjuk-nunjuk dan dominan.Suka kembara dan tergesa-gesa dalam menghadapi cabaran.Kerja yang sesuai ialah pegawai bank, eksekutif perniagaan, pengurus, pentadbir, pemaju perumahan dan sebagainya.

Seni Menghadapi persekitarannya dengan mencipta bentuk-bentuk dan hasil-hasil seni.Bersifat imaginatif, sensitif, sedia mengalah, emosi, kewanitaan, kurang bersosial, tergesa-gesa, introspektif dan fleksibel.Mempunyai bakat lisan yang lebih tinggi daripada bakat matematik.Meminati pekerjaan yang berkaitan dengan seni muzik, sastera, seni lukis, drama dan ukiran.

Model segi enam Holland

Realistik Intelektual Konvensional Seni Sosial Keusahawanan

Kesimpulan Holland menegaskan bahawa apabila personaliti seseorang sesuai dengan persekitarannya, dia akan berasa puas hati dengan pekerjaannya.