teori kepimpinan isu2 pendidikan

10
TEORI KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR BERPRESTASI TINGGI DAN PRESTASI SEKOLAH Umumnya, melalui pelbagai kajian mengenai kepimpinan yang telah dilakukan maka terdapat pelbagai teori kepemimpinan yang dapat menjelaskan kepemimpinan seseorang pemimpin terhadap organisasinya (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah 2010). Di dalam sistem pendidikan fokus kepemimpinan ini lazimnya diberi perhatian kepada pengetua mahupun guru besar dalam menguruskan organisasi sekolah serta memantapkan prestasi sekolah. Oleh yang demikian, penulis memfokuskan kepada dua teori yang dilihat sangat memberikan impak dalam membawa kefahaman tentang kepimpinan pengetua atau guru besar berprestasi tinggi dan prestasi sekolah. Seterusnya, salah satu teori yang berkait rapat dengan topik berkenaan ialah teori tingkah laku. Teori ini dipelopori oleh ahli-ahli behaviouris yang menyatakan bahawa tingkah laku boleh dipelajari atau dilatih dalam mewujudkan kepemimpinan yang berjaya. Antara tokohnya ialah Douglas Mc Gregor pada tahun 1960 yang mempelopori Teori X dan Teori Y dalam menjelaskan tingkah laku kepemimpinan yang berkesan. Seterusnya, Douglas McGregor (1960) menjelaskan bahawa melalui kedua-dua teori ini pemimpin menentukan tingkah lakunya berdasarkan anggapannya terhadap organisasinya. Teori X menyatakan bahawa pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik iaitu bertindak mengawal dan mengarah stafnya

Upload: farrah-raihana-ramli

Post on 11-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teori2 kepimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: teori kepimpinan isu2 pendidikan

TEORI KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR BERPRESTASI TINGGI DAN PRESTASI SEKOLAH

Umumnya, melalui pelbagai kajian mengenai kepimpinan yang telah dilakukan maka

terdapat pelbagai teori kepemimpinan yang dapat menjelaskan kepemimpinan seseorang

pemimpin terhadap organisasinya (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah

2010). Di dalam sistem pendidikan fokus kepemimpinan ini lazimnya diberi perhatian kepada

pengetua mahupun guru besar dalam menguruskan organisasi sekolah serta memantapkan

prestasi sekolah. Oleh yang demikian, penulis memfokuskan kepada dua teori yang dilihat sangat

memberikan impak dalam membawa kefahaman tentang kepimpinan pengetua atau guru besar

berprestasi tinggi dan prestasi sekolah.

Seterusnya, salah satu teori yang berkait rapat dengan topik berkenaan ialah teori tingkah

laku. Teori ini dipelopori oleh ahli-ahli behaviouris yang menyatakan bahawa tingkah laku

boleh dipelajari atau dilatih dalam mewujudkan kepemimpinan yang berjaya. Antara tokohnya

ialah Douglas Mc Gregor pada tahun 1960 yang mempelopori Teori X dan Teori Y dalam

menjelaskan tingkah laku kepemimpinan yang berkesan. Seterusnya, Douglas McGregor (1960)

menjelaskan bahawa melalui kedua-dua teori ini pemimpin menentukan tingkah lakunya

berdasarkan anggapannya terhadap organisasinya.

Teori X menyatakan bahawa pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik iaitu

bertindak mengawal dan mengarah stafnya dalam proses kerja. Perkara ini dilihat, bahawa

seseorang guru besar dapat memastikan setiap pengurusan stafnya dapat berjalan lancar seperti

yang dirancangkan. Terutamanya dalam hala tuju mencapai matlamat dan objektif sekolah yang

sering menjadi penanda aras kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan

Malaysia terhadap kepemimpinan seseorang guru besar berprestasi tinggi. Perkara ini dapat

dilihat melalui penganugerahan Baiah kepada guru besar yang dapat mengekalkan

kecemerlangan prestasi sekolah terutamanya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.

Penganugerahan ini, dapat menunjukkan kepemimpinan guru besar berprestasi tinggi melalui

instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) melalui item kepimpinan dan hala tuju

guru besar. Selain itu juga, melalui kepimpinan guru besar yang autokratik ini juga guru-guru

akan bertindak dengan cekap dan tangkas dalam menguruskan bilik darjah serta para pelajarnya.

Page 2: teori kepimpinan isu2 pendidikan

Hal yang demikian, para pelajar akan lebih fokus dan serius dalam mencapai sasaran prestasi

sekolah yang telah ditetapkan.

Teori Y pula menyatakan pemimpin akan bertingkah laku demokratik iaitu memberikan

kebebasan kepada stafnya dalam merealisasikan pelan strategik sekolah yang telah

dirancangkan berjalan dengan lancar. Perkara ini membolehkan guru besar melihat keupayaan

dan potensi stafnya dapat diperkembangkan ke tahap yang maksimum. Hal demikian, melalui

kepemimpinan ini secara tidak langsung akan mewujudkan persekitaran sekolah yang positif

dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah itu. Guru besar yang bertingkah

laku demokratik ini juga dapat meningkatkan motivasi guru-guru serta para pelajar kerana

mereka dapat mencapai keperluan aras yang lebih tinggi. Perkara ini dapat diperkuatkan lagi

dengan kenyataan Gibson, Ivancevich dan Donnelly (2010), motivasi berkait rapat dengan

tingkah laku dan pencapaian ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Teori yang seterusnya ialah Teori Kepemimpinan Fleksibel yang dipelopori oleh pakar

pengurusan dan kepemimpinan iaitu Gary Yulk (2008). Gary Yulk (2008) menyatakan bahawa

teori ini dibina berdasarkan kepemimpinan strategik agar dapat memenuhi gaya kepemimpinan

yang lebih efektif. Teori ini mempunyai empat set pemboleh ubah iaitu keberkesanan organisasi,

faktor pencapaian, pemboleh ubah situasi serta proses membuat keputusan pemimpin. Dalam

memperkenalkan teori ini Gary Yulk (2008) telah membahagikan lima bahagian kecil

berdasarkan 18 pernyataan yang merangkumi keempat-empat pemboleh ubah tersebut.

Antaranya ialah kecekapan, penyesuaian inovasi, sumber manusia, pengaruh bagi pemimpin-

pemimpin pada penentu prestasi dan tukaran-tukaran dan sinergi.

Melalui bahagian-bahagian tersebut jelas dapat dilihat bahawa kepemimpinan guru besar

berprestasi tinggi haruslah dapat mengadaptasi dan menyesuaikan kepimpinannya terhadap

pelbagai perubahan situasi semasa. Perkara ini, jelas dapat dilihat melalui perkembangan dan

perubahan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini. Menurut Dr.

Muhammad Sham bin Shahkat Ali (2006) penyerapan ICT dalam sektor pendidikan menjadi titik

tolak perubahan sistem pendidikan Malaysia yang menuntut keperluannya dalam persekitaran

pekerjaan kini. Oleh sebab itu, guru besar perlu cekap mengendalikan ICT terutamanya dalam

melicinkan dan menstabilkan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, kecekapan ini dapat

Page 3: teori kepimpinan isu2 pendidikan

menunjukkan kepimpinan guru besar itu sangat signifikan dengan kestabilan sekolah (Baharom

Mohamad et. al. 2009).

Selain itu juga, kepemimpinan guru besar yang berprestasi tinggi tidak akan menutup

sebelah mata terhadap masalah yang timbul dalam organisasinya. Sehubungan dengan itu, guru

besar haruslah sentiasa berinovatif dan kreatif dalam mencipta strategi penyelesaian terhadap

setiap permasalahan yang timbul. Kejayaan guru besar dalam permasalahannya apabila beliau

dapat mengendali kekangan luar dan berjaya bertindak balas dalam jangka masa yang sepatutnya

(Baharom Mohamad et. al. 2009). Hal yang demikian, setiap penyelesaian kepada permasalahan

haruslah seiring dengan perubahan persekitaran.

Apabila seseorang guru besar itu mahir dalam penggunaan ICT dan berinovatif dalam

menyelesaikan masalah, dapat menghasilkan prestasi sekolah yang menepati sasaran yang telah

dirancangkan. Dengan ini, dapat menujukkan guru besar tersebut mempunyai kepemimpinan

yang fleksibel serta sentiasa bersedia dalam menjalani pelbagai perubahan dalam sistem

pendidikan masa kini.

Konklusinya, dengan penerangan terhadap teori-teori ini jelas dapat membuktikan

bahawa kepemimpinan guru besar berprestasi tinggi memerlukan variasi penerapan teori-teori

dalam struktur organisasinya untuk mencapai prestasi sekolah yang membanggakan.

Page 4: teori kepimpinan isu2 pendidikan

CABARAN DAN PENYELESAIAN

Apabila terdapat staf-staf yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada guru besar mengakibatkan

kepemimpinannya tidak diendahkan. Perkara ini penting kerana ia dapat menunjukkan

peningkatan profesionalisme seseorang pemimpin itu dalam mengharungi sistem pendidikan alaf

baru kini. Menurut Rossafri dan Balakrisnan (2007) menyatakan bahawa pengetahuan dan

kemahiran pemimpin dalam bidang ICT berada dalam tahap yang rendah. Oleh sebab itu, dalam

memastikan kepemimpinan guru besar berkekalan dan mantap perlulah mempersiapkan diri

dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran ICT yang menjangkaui staf-stafnya. Perkara ini,

membolehkan kepercayaan dan kecekapannya dalam kepimpinan dipandang serius oleh stafnya.

Selain itu juga, guru besar yang dilantik kebanyakannya sudah berusia ini membataskan

mereka dalam menyumbang idea-idea baru serta kesediaan mengubahsuai corak dan gaya

kepemimpinan adalah terhad. Perkara ini akan menyebabkan struktur organisasinya menjadi

kucar kacir dan sekolah menjadi tidak stabil. Pemimpin yang efektif pemangkin kejayaan

sesebuah sekolah (Horng dan Loeb, 2010; Glaz 2006). Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini

Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya membuat analisis yang kritikal sebelum melantik

seseorang guru sebagai guru besar sekolah. Hal ini kerana, guru besar yang proaktif

membolehkannya mentadbir serta dapat memimpin warga sekolah menuju hala tuju yang telah

dirancangkan.

Bity Salwana,Ahmad Basri, Ramleem dan Mohamad Sani, (2007) menyatakan bahawa

ketidakstabilan prestasi seseorang guru apabila guru tersebut hilang keyakinan diri dan fokus

yang mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Di tambah pula, dengan

bebanan tugas pengkeranian menyebabkan guru mengalami tekanan perasaan dan burnout.

Perkara ini, secara tidak langsung memberikan cabaran kepada kepemimpinan guru besar kerana

komunikasi antara guru besar dan stafnya akan menjadi pincang dan mengakibatkan prestasi

sekolah yang disasarkan tidak dapat dicapai. Penyelesaian terhadap cabaran ini ialah guru besar

khasnya perlu mengagihkan tugas yang sama rata kepada setiap guru supaya guru dapat fokus

terhadap penghasilan inovasi dan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

ini, secara tidak langsung membolehkan guru mencungkil potensi murid yang dapat

diketengahkan dalam kalangan masyarakat zaman globalisasi ini.

Page 5: teori kepimpinan isu2 pendidikan

ISU-ISU

Guru besar mengejar pengiktirafan anugerah sekolah berprestasi tinggi. Perkara ini

menjadikan guru terbeban dalam mencapai perkara ini. Hal ini kerana guru-guru perlu

melakukan tugas-tugas di luar normanya dalam menuju pengiktirafan tersebut. Misalnya guru

perlu terlibat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan kurikulum di sekolah. Hal ini dapat,

diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian oleh Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan

Mohamad Yazi Kerya (2006) bahawa guru banyak guru menggunakan 5.86 jam sehari untuk

menyelesaikan tugas-tugas luar normannya. Perkara ini sudah cukup memberikan bukti yang

konkrit bahawa bebanan tugas buru akan menjadi sangat serius jika pemimpin menetapkan

matlamat tanpa mengambil kira perkara tersebut.

Page 6: teori kepimpinan isu2 pendidikan

RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah. 2010. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Penerbit Oxford Fajar

McGregor, D. 1960. The Human Side of Enterprise. New York: McGraw-Hill.

Gibson, J.L., Ivancevich, J.M., & Donnelly, J.H. 2010. Organization behavior-structure-process. Boston: Erwin Homewood.

Yulk, G. 2006. Leardership in Organization, Ed. ke-6. Upper Saddler, New Jersey: Prentice Hall.

Dr. Muhamad Sham bin Shahkat Ali. 2006. ICT : Peranan dan Potensi dalam Pembangunan Pelajar. Kertas kerja Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan Pelajar 2006 (NASDEC 2006). Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, 8-9 Ogos.

Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Mohd Yusop Ab Hadi, Jamaluddin Hashim & Mimi Mohayfiza Mohamad. 2009. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Teori Kepimpinan Fleksible Sebagai Altenatif kepada Pencapaian Cemerlang Sekolah Pada Dekad 2020: Satu Model Konsep. Anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 7 Mei

Rossafri Mohamad dan Balakrishnan Munindy. (2007). Menterjemahkan Kepimpinan Teknologi Bagi Melahirkan Kepimpinan Instruksional yang cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 17(2), 91- 103.

Glaz, J. 2006. Instructional Leadership. Thousand Oa, California: Corwin Press.

Hong, E., & Loeb, S. 2010. New Thinking About Instructional leadership. Phi Delta Kappan 92(3): 66-69.

Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle & Mohamad Yazi Kerya. 2006. Beban Tugas Guru Sekolah Rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah. Seremban. 12-1 4 Februari.

Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee dan Mohammed Sani. 2009. Kompetensi Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Dalam Bidang Pengurusan Kurikulum. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.