teori kematangan gesell

Upload: mawar-merah

Post on 07-Mar-2016

606 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Teori Kematangan Gesell

TRANSCRIPT

Teori kematangan GesellTeori perkembangan yang dikemukan oleh Arnold Gesell merupakan teori kematangan biologi. Gesell menyentuh tentang kematangan perkembangan mengikut prinsip-prinsip tertentu. Gesell berpendapat semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang terkawal dan tertentu. Pola dan urutan tersebut berlaku bukan sahaja pertumbuhan tisu dan organ tetapi juga fungsi-fungsi lain dan tingkah laku.Gesell berpendapat pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Faktor persekitaran mungkin dapat mengubahsuai kadar perkembangan, tetapi tidak dapat memulakannya.Oleh itu,faktor ini bersifat sekunder semata-mata.Beliau lebih mempercayai bahawa perkembangan dipengaruhi oleh kematangan dan berlaku bebas daripada latihan tertentu.Tingkah laku kanak-kanak berkembang menurut pola-pola tertentu dan boleh diramalkan.Norma-norma perkembangan tingkah laku telah ditentukan oleh penyelidikan Gesell di Pusat Kajian Kanak-kanak, Universiti Yale,Amerika Syarikat.Walaupun peringkat-peringkat tertentu dalam urutan perkembangan adalah nyata dan tidak dapat dielakkan namun peringkat-peringkat demikian mungkin berlaku pada masa yang berlainan disebabkan oleh kadar pertumbuhan yang berlainan.Setiap kanak-kanak mempunyai personiliti, kadar pertumbuhan, minat dan kebolehan yang berbeza dan keunikan setiap individu perlu dihormati.Teori Gesell menggabungkan konsep perseorangan dan peringkat tertentu.Pengikut teori kematangan menentang cadangan golongan tertentu iaitu intervensi awal kanak-kanak prasekolah menekankan pembelajaran menulis dan membaca. Mereka berpendapat dari segi koordinasi mata dan tangan kanak-kanak pada peringkat ini belum cukup matang untuk berbuat demikian.Gesell dan mengikut teori kematangan menegaskan perkembangan kanak-kanak bersifat dalaman dan semula jadi dan kanak-kanak tidak boleh digesa ataupun dipaksa membuat sesuatu.Adalah lebih digalakkan kanak-kanak berkembang mengikut kadar perkembangannya sendiri.Terdapat 5 peringkat dalam teori kematangan Arnold Gesell1)Peringkat 1(dari 0 1 tahun)Pada usia I bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa untuk menjaga, minta perhatian atau makanan.Pada usia 4 bulan, bayi menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak di hadapannya.Di usia 7 bulan bayi mula menggenggam, merangkak dan duduk.Kanak-kanak sudah beupaya untuk berjalan.2)Peringkat 2(dari 1 2 tahun)Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.Mula tahu perkataan jangan dan memahami maknanya.Mereka berhenti melakukan apabila perkataan jangan disebut.Kanak-kanak mula menguasai bahasa, namun percakapannya pelat.3)Peringkat 3(dari 2 3 tahun)Kanak-kanak boleh berjalan dengan pengawasan ibu bapa.Mereka juga mampu menggunakan ayat mudah.4)Peringkat 4 (dari 3 4 tahun)Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga dan boleh mendengar arahan serta mematuhi arahan ibu bapa.5)Peringkat 5 (dari usia 4 tahun ke atas)Pada peringkat ini, kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.Mereka akan bertanya tentang perkara atau benda yang ditempuhi atau dilihat di sekeliling mereka.Pada usia juga mereka sudah bersedia untuk dihantar ke Prasekolah.

Teori kematangan ini juga dikenali sebagai Teori psikologi perkembangan.Teori ini asalnya hasil kerja daripada kerja Jean Jaques Rousseau. Menurut teori ini aspek yang mendominasi perkembangan adalah pembentukan genetik atau keturunan seterusnya memandu kepada proses kematangan.Guru berperanan untuk mengajar dan memupuk kandungan khusus yang diperlukan oleh individu.Teori kematangan atau perkembangan berpegang bahawa guru perlu menyediakan pengalaman pendidikan apabila kanak-kanak menunjukkan minat. Guru juga perlu menyediakan panduan apabila kanak-kanak telah menunjukkan kesediaan.Bagi menarik minat kanak-kanak, guru perlu menyediakan perancangan, masa dan pelbagai bantu bantu mengajar.