teori dalam hubungan antarabangsa

20
mempelajari Hubungan Antarabangsa dan menganalisakan sesuatu isu perdebatan dunia? Hujahan anda mestilah bersandarkan andaian realisme/liberalisme/ konstructivisme. Berikan contoh-contoh empirik. Disediakan oleh: Muhammad Helmi Bin Othman A127311 Mohd Najib Bin Samingin A129719 Mohd Izzuddin Bin Mat Yahaya A127632

Upload: mohd-najib

Post on 27-Jul-2015

6.718 views

Category:

News & Politics


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Apa itu teori? Mengapa kita perlukan teori untuk mempelajari Hubungan Antarabangsa dan menganalisakan sesuatu isu perdebatan dunia? Hujahan anda mestilah bersandarkan

andaian realisme/liberalisme/ konstructivisme. Berikan contoh-contoh

empirik.

Disediakan oleh:Muhammad Helmi Bin Othman A127311Mohd Najib Bin Samingin A129719Mohd Izzuddin Bin Mat Yahaya A127632

Page 2: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

PengenalanDefinisi TeoriKepentingan Teori Teori dalam Hubungan AntarabangsaRealismeLiberalismeKonstruktivismeKesimpulan

Page 3: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Definisi TeoriSatu kenyataan yang mengandungi konsep

konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena (Caragan & Shields, 1998).

Satu percubaan untuk menerang atau menjelaskan satu pengalaman atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku (Littlejohn, 1996).

Page 4: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Teori adalah peta tentang kebenaran, teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena (Griffin, 1997)

Teori dalam ilmu pengetahuan - model atau kerangka pemikiran yang menjelaskan fenomena alam atau fenomena sosial tertentu.

Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

Page 5: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Teori dirumuskan sebagai:

Kenyataan/penerangan yang dibentuk bagi menerangkan sesuatu fenomena/situasi.

Bersifat sementara.Kajian sistematik perlu bagi menyokong bukti

penerangan dan penjelasan.

Teori boleh diterima, ditolak dan diubahsuai berdasarkan hasil kajian sistematik.

Bukan satu keputusan tetapi prasyarat terhadap segala kemungkinan dalam pengetahuan empirikal.

Page 6: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Kepentingan Teori Sebagai panduan dalam membuat keputusan

dan mengambil tindakan.

Membantu mengenalpasti pola peristiwa di persekitaran agar jangkaan dapat dibuat mengenai sesuatu fenomena.

Membolehkan keputusan dibuat berdasarkan kepentingan yang disejajarkan dengan ramalan dan jangkaan.

Membantu seseorang untuk menjadi lebih cekap dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan orang lain atau situasi yang berubah-ubah.

Page 7: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Memboleh seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks.

Membantu individu manusia untuk menghadapi situasi kehidupan yang sukar secara proaktif.

Membolehkan individu mentafsir peristiwa secara lebih fleksibel dan seimbang.

Membantu individu melihat atau mentafsir sesuatu perkara dengan perspektif baru.

Membantu individu untuk meluaskan tanggapan dan bersedia untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah.

Page 8: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Teori dalam Hubungan AntarabangsaSgt perlu dan penting bagi menerangkan dan meramal

masa depan Hubungan Antarabangsa.Untuk lebih memahami dunia yang sentiasa berubah-

ubah.Berfikir secara teori bagi menjelaskan proses sesuatu

polisi antarabangsa dgn melakukan kajian atau m’buat ramalan utk mengenalpasti stp fenomena yg berlaku di global.

Membantu negara meneliti setiap polisi antarabangsa, keselamatan nasional dan analisis perisikan.

Page 9: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Menguji setiap maklumat yang diperoleh betul atau salah

Merumuskan segala sebab dan akibat setiap fenomena

Sebagai rujukan kepada pembuat polisi bagi mengemukakan idea mereka tentang fenomena perubahan dunia

Tanpa konsep dan teori yang disertakan dengan contoh yang empirik, sukar untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih jelas.

Page 10: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Realisme Golongan realis beranggapan bahawa manusia pada

hakikatnya dan semulajadinya Cuma mementingkan diri sendiri serta tamak. Oleh itu pergelutan untuk mendapatkan kuasa menjadi fokus interaksi manusia dan seterusnya negara, Tradisi pemikiran ini boleh dikesan Sun Tzu dan Thucydides yang menasihati para pemerintah di wilayah masing-masing tentang cara menggunakan kuasa untuk mengukuhkan kedudukan serta mempertahankan kepentingan negara. Sun Tzu menekankan kepentingan strategi kepimpinan dalam teks yang berjudul The Art Of War.

Unit analisis adalah negara.

Sistem antarabangsa bersifat anarki

Page 11: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Penepian unsur-unsur nilaiTingkah laku negara adalah rasionalKonsep-konsep asas dalam realism1)Keseimbangan kuasa. 2)Konsep kuasa3)Anarki Antara tokoh-tokoh realis ialah Sun Tzu,

Thucydides, Machiaveli, Thomas Hobbes, Von Clausewitz, Hans Morgenthau.

Bukti empirik PD 2 dan serangan Amerika ke atas afghanistan dan Iraq.

Page 12: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Liberalisme Sejarah Pendekatan atau teori liberalisme telah

mula berkembang semenjak zaman peradaban Greek dan latin lagi.

Berasal daripada istilah Libertas, yang bermaksud kebebasan.

Liberalisme merangkumi pemikiran dan falsafah tentang hal yang berkait kebebasan maksimum individu daripada sebarang kawalan kerajaan.

Page 13: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Liberalisme dalam Hubungan Antarabangsa Liberalisme dihuraikan dalam hasil penulisan

tentang hubungan Antarabangsa sebagai satu tradisi pemikiran yang sarat dengan optimisme.

Pendekatan liberalisme yang berteraskan kepercayaan bahawa manusia pada hakikatnya adalah baik. Manusia yang berlimu beradap dan diberi persekitaran yang sesuai boleh hidup dengan aman dan dapat bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang berpegang kepada undang-undang dan peraturan yang dipersetujui oleh masyarakat. Bagi pendukung teori ini isu moral perlu diberi perhatian.

Page 14: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Selain itu pekara-pekara yang ditekankan ialah undang-undang antarabangsa , organisasi antarabangsa selain pengunaan kuasa semata-mata. Pemikiran liberalis ini ketara sekali kehadiranya pada era diantara dua perang dunia pada tahun 1920 hingga 1930an, satu eksperimen yang diharapkan boleh membawa keamanan sejagat ialah penubuhan liga Bangsa-Bangsa. (Rashila Ramli 2002).

Antara tokoh liberalisme ialah Immanuel Kant, Mo Ti dan Woodrow Wilson.

Para sarjana liberal dan pemimpin negara liberal telah memhaskan bahawa kerjasama antarabangsa dan mengelakkan keganasan adalah paling baik untuk negara sendiri dan lebih rasional untuk dicari.

Pandangan aktor adalah tidak bersifat unitari.

Page 15: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Prinsip asas liberalisme :1)moral2)undang-undang Antarabangsa3) organisasi antarabangsaKonsep kerasionalan liberal dalam perspektif

antarabangsa merujuk kepada kesanggupan aktor rasional untuk mengetepikan kepentingan jangka pendek mereka demi mengekalkan kebahagian dan kesejahteraan jangka panjang komuniti yang mereka anggotai:

Bukti empirik: institusi antarabangsa PBB

Page 16: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

KonstruktivismeMerupakan teori Alternatif kepada

liberalisme dan realisme. Mengekalkan kritikal skeptisisme Pascamoden terhadap asumsi atau andaian realis dan liberalis.

Mengfokuskan kepada pembanggunan teori di mana kepentingan negara identitinya berasal.

Mengandaikan bahawa budaya yang kompleks membentuk kelakuan atau perwatakan sesebuah negara berdasarkan keselamatan antarabangsa dan kekuatan ketenteraan

Page 17: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Konstruktivis cuba untuk mengantikan realism dengan oversimplified tanggapan tentang kepentingan negara dengan menekankan unsur budaya kompleks dan model linguistic (bahasa).

Mempercayai bahawa sifat semulajadi manusia adalah baik (tabula rasa), ttpi boleh dipengaruhi atau di konstrak oleh persekitaran sosial.

Michael Barnett menggambarkan hubungan antarabangsa teori konstruktivis sebagai idea-idea tentang bagaimana menentukan struktur antarabangsa, bagaimana struktur ini mendefinisikan kepentingan dan identiti negara-negara dan bagaimana negara-negara dan aktor bukan-negara menghasilkan (reproduce) semula struktur ini

Page 18: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Prinsip utama dari Konstruktivisme adalah keyakinan bahawa "politik Antarabangsa dibentuk oleh idea-idea persuasif, nilai-nilai kolektif, budaya, dan sosial identiti ". Konstruktivisme berpendapat bahawa realiti antarabangsa secara sosial dikonstruksi oleh struktur kognitif yang memberi makna terhadap dunia material.

Contoh Empirik: hagemoni midia, hiburan misalnya Hollywood secara persuasif cuba membentuk nilai-nilai masyarakat amerika dan dunia melalui filem-filem yang ditayangkan dengan menekankan unsur budaya dan sosial ala Amerika Syarikat untuk mempengaruhi masyrakat dan pembuat dasar.

Page 19: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

KesimpulanDalam mengkaji Hubungan Antarabangsa,

perlunya teori bagi memahami fenomena dunia dengan jelas.

Teori amat penting dalam proses membuat polisi antarabangsa bagi sesuatu negara.

Antara pendekatan utama yg digunakan dalam bidang Hubungan Antarabangsa ialah Realisme, Liberalisme dan Konstruktivisme. Teori ini mempunyai andaian dan konsep tersendiri dalam menterjemah corak tingkah laku aktor-aktor peringkat antarabangsa.

Page 20: Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Kepelbagaian pendekatan ini menggambarkan sifat ilmu sains sosial yg fleksibel dan akur kpd persepsi pemikiran yg tertentu.

Berasaskan kunci yg dipegang oleh teori-teori di atas, membolehkan kita menilai kelebihan dan kekurangan yg ada dalam pemikiran masing-masing.