teori

50
http://duniasenizulfazli.blogspot.com/2013/07/teori- seni-part-1-teori-konstruktivisme.html TEORI SENI - PART 1 (TEORI KONSTRUKTIVISME) PENGENALAN Teori bertujuan untuk menjelaskan satu sistem idea, terutama berdasarkan idea-idea umum yang bebas. Teori bererti model atau kerangka fikiran yang menerangkan fenomenon alami dan sosial tertentu. Teori boleh digeneralisasikan, dipertingkatkan, dan dievolusi secara ilmiah berdasarkan prinsip ilmu. Teori merupakan suatu pendapat yang telah sah kebenarannya. Teori dibangunkan oleh manusia untuk menerangkan sesuatu perkara, meramal, dan menguasai fenomenon tertentu contohnya seperti kemampuan kanak-kanak berfikir, tingkahlaku dan sebagainya. Kebiasaannya teori dipandang sebagai suatu model atas keterangan misalnya tikus menekan alat penekan sekiranya lapar seperti eksperimen tingkahlaku operan Skinner. Teori membentuk kesimpulan umum atas banyak pemerhatian dan terdiri daripada kumpulan idea yang saling berkaitan dan koheren. Kebiasaannya teori yang wujud dapat membantu dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran. Tujuh teori yang akan saya bincangkan untuk diaplikasikan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah Teori Konstruktivisme, Teori Behaviorisme, Teori Kecerdasan Pelbagai, Teori Pendekatan Kognitif- Perkembangan, Teori Pembelajaran / Persekitaran, Teori Sosio- Konstruktivisme, dan Teori Personaliti. Saya akan mengkategorikan kepada beberapa bahagiann iaitu bermula dari Part 1 sehingga Part 7. Saya akan postkan entri ini dari semasa ke semasa dalam tempoh yang terdekat. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua. ***Ilmu adalah untuk dipindahkan atau disebar-sebarkan maka berdasarkan ilmu yang saya perolehi ini maka saya izinkan anda semua memanfaatkannya. Semoga Allah meredhai kita semua.

Upload: norma-saad

Post on 20-Jan-2016

95 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: teori

http://duniasenizulfazli.blogspot.com/2013/07/teori-seni-part-1-teori-konstruktivisme.html

TEORI SENI - PART 1 (TEORI KONSTRUKTIVISME)

PENGENALAN

Teori bertujuan untuk menjelaskan satu sistem idea, terutama berdasarkan idea-idea umum yang bebas. Teori bererti model atau kerangka fikiran yang menerangkan fenomenon alami dan sosial tertentu. Teori boleh digeneralisasikan, dipertingkatkan, dan dievolusi secara ilmiah berdasarkan prinsip ilmu. Teori merupakan suatu pendapat yang telah sah kebenarannya. Teori dibangunkan oleh manusia untuk menerangkan sesuatu perkara, meramal, dan menguasai fenomenon tertentu contohnya seperti kemampuan kanak-kanak berfikir, tingkahlaku dan sebagainya. Kebiasaannya teori dipandang sebagai suatu model atas keterangan misalnya tikus menekan alat penekan sekiranya lapar seperti eksperimen tingkahlaku operan Skinner. Teori membentuk kesimpulan umum atas banyak pemerhatian dan terdiri daripada kumpulan idea yang saling berkaitan dan koheren. Kebiasaannya teori yang wujud dapat membantu dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran.  

Tujuh teori yang akan saya bincangkan untuk diaplikasikan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah Teori Konstruktivisme, Teori Behaviorisme, Teori Kecerdasan Pelbagai, Teori Pendekatan Kognitif-Perkembangan, Teori Pembelajaran / Persekitaran, Teori Sosio-Konstruktivisme,  dan Teori Personaliti. Saya akan mengkategorikan kepada beberapa bahagiann iaitu bermula dari Part 1 sehingga Part 7. Saya akan postkan entri ini dari semasa ke semasa dalam tempoh yang terdekat. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua. 

***Ilmu adalah untuk dipindahkan atau disebar-sebarkan maka berdasarkan ilmu

yang saya perolehi ini maka saya izinkan anda semua memanfaatkannya.

Semoga Allah meredhai kita semua.

Page 2: teori

 

 

1.0 TEORI KONSTRUKTIVISME

Bruning, Schraw, & Ronning, 1995 menyatakan bagaimana teori ini mampu melahirkan insan yang mampu merangka dan membentuk sesuatu pengetahuan yang difahami dan dipelajari oleh mereka manakala Driver, Squires, Ruswork &Wood, 1994, pula berkata konsep utama konstruktivisme ialah pelajar membina pengetahuan danbukan hanya disebarkan oleh individu.

Pembelajaran Konstruktivisme boleh dibezakan daripada teori pembelajaran yang lain berdasarkan prinsip berikut.

1. Dalam diri pelajar sudah terbentuk pengetahuan dan kepercayaan:

Bukannya menganggap pelajar sebagai tin kosong, teori alam dan pembelajaran Konstruktivisme menganggap pelajar membawa pengalaman dan kefahaman ke bilik darjah dan kesannya, mereka bertemu dengan maklumat baru di luar konteks, tetapi menggunakan apa yang mereka tahu untuk mengasimilasikan maklumat ini, dan menyesuaikan apa yang mereka sedia tahu kepada penemuan baru. Proses pemerolehan pengetahuan adalah interaktif misalnya, murid mencampur warna asas dengan warna asas akan mendapat warna sekunder.

Page 3: teori

2. Pelajar meletakkan makna peribadi dalam pengalaman mereka:

Nilai dan kepercayaan mereka yang sedia ada membantu pelajar menginterpretasi dan meletakkan nama seperti interaksi mereka dengan pelajar lain. Makna dibentuk oleh pengalaman lampau pelajar. Dengan itu dua orang pelajar yang membaca puisi yang sama akan menginterpretasikan makna puisi dari segi luarannya dahulu menurut skema masing-masing dan melalui interaksi mereka dengan pelajar lain.

3. Aktiviti pembelajaran membolehkan pelajar mendapat pengalaman, pengetahuan dan kepercayaan:

Pendekatan Konstruktivisme terhadap pembelajaran membolehkan pelajar menggunakan apa yang mereka tahu untuk menginterpretasikan maklumat baru dan membentuk pengetahuan baru. Soalan yang dikemukakan kepada pelajar sepatutnya mendorong penulisan mereka berkaitan apa yang mereka tahu dan percaya. Apabila perkaitan ini dibuat, pelajar mengeluarkan apa yang mereka tahu dan membentuknya semula menjadi suatu yang baru dan memberi makna yang baru.

4. Pembelajaran pelajar secara individu dan kolektif dipengaruhi oleh budaya, bangsa, status ekonomi:

Identiti dan asal usul pelajar mempengaruhi pengalaman mereka di dalam dan di luar sekolah dan pelajar perlu dibantu untuk memahami bagaimana asal usul dan status ekonomi mereka mempengaruhi mereka di sekolah dan di luar. Kemiskinan dan pelajar minoriti kerap dianggap sebagai tidak menyumbang kepada seni, sastera, sejarah atau ekonomi masyarakat mereka kerana kebolehan dan pengalaman mereka tidak digunakan dalam kurikulum rasmi.

1.1 MENGAPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KE DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI.

 

 

 

Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa

mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat

Page 4: teori

menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti misalnya melalui

kemahiran asas teori warna pelajar dapat melontarkan idea mereka dengan

mengadun warna asas dengan warna sekunder bagi menghasilkan warna-warna

baharu bertujuan diaplikasikan di dalam karya seni visual mereka.

 

  Dalam pembelajaran pendidikan seni visual, guru boleh menjelaskan dan

memperkenalkan warna dan pasangan warna iaitu warna yang bertindak positif dan negative. Dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya.

Pelajar akan memperolehi maklumat, pembentukan konsep-konsep melalui pembelajaran konstruktif dan mereka juga mampu mengelas dan membandingkan warna-warna yang pelbagai misalnya, kombinasi warna hijau untuk latar dan putih untuk tulisan sesuai pada papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan merah tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif.

 

Page 5: teori

Apabila sudah menguasai pemahaman dan konsep asas ini pelajar akan dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan iaitu suasana sejuk, harmoni, ceria, panas, sedih, dan sebagainya.

 

Page 6: teori

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/pengenalan-teori-dan-pendekatan.htmlSelasa, 25 Jun 2013

PENGENALAN TEORI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUALTeori Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia

juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan

untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya,  teori-

teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada  behavioris, kognitif,  humanis,

psiko-analitik dan kontrukstivisme.

1.1.1  Teori Behaviourisme

Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan

Skinner. Teori ini  berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan

tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian

yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.

Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang

menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan

bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah

laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan

bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

1.1.2  Teori Kognitif

Teori Kognitif  berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku

dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-

ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis

pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai

peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu

kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,

Page 7: teori

penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, di mana

semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di

dalam ingatan.

1.1.3  Teori Humanis

Teori Humanis  berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan

perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar

yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan

emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan

keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira

kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke

tahap optimum.

1.1.4  Teori Psiko-Analitik

Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan

kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak

sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa

atau membincangkan seni visual.  Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan

personaliti, falsafah sifat manusia(nature)  dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada

faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam

konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka

terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan

emosi.  Sehubungan dengan itu penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi

adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.

Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni

visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran

bawah sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif

yang terlibat dalam penghasilan seni visual

1.1.5  Teori Konstruktivisme

Page 8: teori

Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran  menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama

dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan

universiti.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan

daripada guru kepada murid  dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu

pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada

usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi

ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema  aktiviti mental yang digunakan oleh murid

sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan

menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui

murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea

dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil

kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan

diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk

ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli

konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu

bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

1.2    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 

         1.2.1  Pendekatan Proses dan Produk

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul

data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif

dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk

mencapai objektif dan matlamat program.  Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa

untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara

pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan

kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Page 9: teori

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV

berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian  disarankan. Ini termasuklah kerja amali,

projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan,  sumbang saran, dan kaji siasat.  Adalah

diharapkan suasana yang diwujudkan dapat  memberi murid pengalaman dan keyakinan

untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan

seharian.

   Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang

beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan.

Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian

“produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV.

Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan  pencapaian matlamat

pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap

mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993)

menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu

integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan.  Keempat-empat proses ini dapat

menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan

pembelajaran.

         1.2.2  Pendekatan Discipline Based of Art Education  (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal

1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education Institute).

Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan swasta yang

mendedikasikan  sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori

yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen

daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;  Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni

i.              Produk Seni

Murid  mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.

ii.            Sejarah Seni

Page 10: teori

Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi

memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang

perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan

pergerakan seni.

  

iii.           Kritikan Seni

Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu

hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi  seni.

iv.           Estetika

Murid akan menimbangkan  keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya

yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman

terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil

karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur 

terarah  mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan

dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang

hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model (NMM),

DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya

kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal

mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah

memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat

sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS

dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta

kurikulum  yang lebih terarah.

         1.2.3       Pendekatan Chapman

Page 11: teori

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam

pelajaran seni iaitu:

(i)   Pemerhatian

(ii)  Penerokaan

(iii) Penghasilan (pembuatan)

(iv) Apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu   diberi

kepada perkara berikut:

•  pengetahuan sedia ada murid

•  benda yang konkrit

•  minat, kecenderongan dan latar belakang murid

•   bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi

•   mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Page 12: teori

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan

dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri

perhatian kepada perkara berikut:

ii.   Penerokaan

•   aktiviti kecil mudah ringkas

•   cuba mencuba, suaikenal dengan bahan

•   penemuan oleh murid sendiri, uji menguji

•   mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain

•   bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba

•   aktif melibatkan pelbagai kecerdasan

•   menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik

•   tatacara, langkah dan proses membuat

•   amalan tertib kerja

•   keselamatan semasa bekerja

•   penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii   Apresiasi

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis  aktiviti Apresiasi.

Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di

akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada

perkara berikut:

•   aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,    

     ton, rupabentuk dan bentuk

•   aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda

•   aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik

•   penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya

•   perasaan, penghargaan dan refleksi diri

Page 13: teori

•   penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses

apresiasi.  Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni,

berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

Jenis Tahap Penerangan

Menggambar

(description)

•  Mengamati hasil seni dan 

    menggambarkan sifat-sifat tampak 

    seperti warna, garisan, bentuk, rupa, 

    jalinan dan elemen-elemen gubahan

    iaitu prinsip dan struktur

Menganalisa

(analisis)

•  Menganalisa perhubungan sifat-sifat

    tampak seperti unsur-unsur seni,   

    prinsip dan struktur.

•  Menganalisa kualiti ekspresif seperti

    mood dan suasana.

•  Menghuraikan stail sesuatu karya.

 Tafsiran

(interpretation)

•  Mencari makna-makna yang terdapat

   pada sifat-sifat tampak seperti subjek,

   simbol, unsur-unsur seni, prinsip,

   struktur corak dan bahan.

Page 14: teori

•  Mencari metafora-metafora

    (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi 

    (persamaan) untuk menjelaskan

    makna tersebut.

Penilaian

(evaluation)

•  Membuat penilaian berdasarkan

    kepada kriteria yang bersesuaian

    seperti keaslian, gubahan, teknik dan

    fungsi.

•  Menilai hasil seni berdasarkan kepada

    pengertiannya (significance) dari segi

    individu, sosial, keagamaan dan

    kepercayaan, sejarah serta

    keseniannya.

Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith

Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini

dalam pelajaran seni iaitu:

         (i)    pemerhatian

         (ii)   penerokaan 

         (iii)  penghasilan (pembuatan)

Page 15: teori

         (iv)  apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses penghasilan/artistik.

Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam

menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni

visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

         1.2.4  Pendekatan PSV KBSR

         Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:

   Pemerhatian secara aktif

   Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

   Apresiasi seni visual secara mudah

   Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

         Pemerhatian secara aktif:

  Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci

  Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual

  Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia

  Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah

perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Page 16: teori

         Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:

   Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan

kreatif dengan menggunakan alat dan bahan

   Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual

berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

         Apresiasi seni visual secara mudah:

   Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan

kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi

   Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

         Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:

   Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran

dan kehidupan mereka

   Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan

kepekaan.

         1.2.5  Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael

         Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat

         bidang utama iaitu :-

   Menggambar

   Membuat Corak dan Rekaan

   Membentuk dan Membuat Binaan

Page 17: teori

   Mengenal Kraf Tradisional.

        

         Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan

pendekatan

         kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan

memberi

         peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan   

kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat

         paling asas iaitu:

         •   Mengenali diri sendiri

         •   Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka

         •   Peka tentang perasaan

         •   Memiliki konsepsi diri

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi

kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara    berkesan dalam meningkatkan

kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut  John 

A.  Michael  dalam  bukunya  'Art  and  Adolescense'     ada  dua 

pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a)        Pendekatan secara logik

      Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-

mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat

sesuatu karya seni tersebut.

(b)        Pendekatan secara psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan

peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan

sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu   pengalaman yang

Page 18: teori

amat berkesan dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan         dapat menerima

‘response’ dan  pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan

serta   alat yang digunakan.

Page 19: teori

Psikologi Dalam Pendidikan Seni Visual

Page 20: teori

Pendahuluan

“ Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar ”

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut para pendidik membuat perubahan terutama dari aspek psikologi, pedagogi

mahupun metadologi. Para pendidik seharusnya melihat perkembangan pendidikan sejajar dengan pendidikan kanak-kanak

terutama dari aspek psikologi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Keyakinan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya

individu yang imaginatif, kreatif, berdaya peka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik.

Ini bermakna bahawa peranan Pendidikan Seni Visual amat penting dalam pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu secara

menyeluruh dengan mengamalkan demokrasi dalam pendidikan.

Dalam usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, maka aspek psikologi perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini adalah kerana pembelajaran merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia, dan ianya boleh berlaku di mana-mana

sahaja samada secara formal atau tidak formal. Pembelajaran itu sebenarnya merupakan satu proses yang dinamik di mana pelajar samada perlu merangsang atau dirangsang dan dibimbing ke arah

mencapai matlamat. Pembelajaran boleh dirujuk kepada proses perolehan tabiat, sikap dan pengetahuan, yang juga merupakan

sebahagian daripada proses penyesuaian diri dalam keadaan atau situasi yang berbeza daripada sebelumnya.

Definisi PsikologiPerkataan psikologi berasal dari dua perkataan iaitu psyce yang bererti jiwa dan perkataan logos membawa maksud kajian tentang sesuatu. Psikologi adalah ilmu yang mengkaji tingkahlaku dan proses berfikir manusia secara saintifik atau imperikal.

Psikologi pada hari ini wujud dalam tiga bentuk iaitu:1. Psikologi adalah satu disiplin ilmu

2. Psikologi adalah satu sains – iaitu menggunakan kajian saintifik untuk mengkaji dan memahami perlakuan

3. Psikologi merupakan satu profesion atau kerjaya

Charles, C.B, (1976) mengatakan bahawa psikologi boleh didefinisikan sebagai satu kajian tentang tingkahlaku. Dapatan-

dapatan daripada kajian tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Menurut Gagne, R.M (1977) proses pembelajaran terdiri daripada beberapa fasa iaitu motivasi, perhatian, jangkaan, perolehan ingatan

kembali, pemilihan persepsi, mengkod dan menyimpan jangka panjang, gerakbalas atau prestasi, maklumbalas dan peneguhan dan

generalisasi atau pemindahan pembelajaran.

Menutur Fantino (1974), psikologi ialah kajian saintifik tentang aktiviti

Page 21: teori

mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran dan tekanan.

Piaget (1980) … tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu; melalui interaksi sosial-belajar sesuatu perkara daripada orang lain,

pengetahuan fizikal tentang sesuatu dan penerokaan, dan logikal matematik, konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan

keabadian.

Kepentingan Psikologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Seni Visual adalah satu mata pelajaran yang dapat mencungkil dan menanam minat serta memupuk dan kebolehan

pelajar dalam menghasilkan atau semasa berinterkasi dengan sesuatu produk seni.

Para pendidik telah mengetahui bahawa setiap individu mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya menerusi

kerja-kerja seni (art work) Laura Chapman (1978) menyatakan bahawa karya seni bukan satu mod tingkahlaku semulajadi semata-

mata tetapi adalah asas kepada matlamat kematangan individu.

Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang amat mementingkan kaedah. Sebelum seseorang guru itu memilih sesuatu

kaedah, mereka harus mempunyai pertimbangan-pertimbangan tertentu terhadap pelajar, kandungan pelajaran, objektif pelajaran dan

persekitaran

Untuk meningkatkan perkembangan psikologi kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual guru

seharusnya perlu menguasai teori Pelbagai Kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner iaitu:

1. Kecerdasan Berbahasa (verba/linguistic intelligence)2. Kecerdasan Logikal/Matematik (logical/matematical intelligence), seringkali digelar pemikiran saintifik (scientific thinking), melibatkan pemikiran induktif dan deduktif, penaakulan, proses pengiraan dan

struktur logik3. Kecerdasan Tampak/Ruang (visual/spatial intelligence).

Kecerdasan ini berkaitan dengan pengamatan tampak, menghasilkan imej mental, peka dalam gambaran pola atau corak

4. Kecerdasan Kinestetik (body/kinesthetic intelligence) Kecerdasan ini berkait rapat dengan pergerakan fizikal atau psikomotor,

kebebasan tubuh badan dengan melibatkan tindakbalas otak5. Kecerdasan ritma/muzik (musical/rhythmic intelligence) Kecerdasan

ini memberi ruang kepada penguasaan corak ton muzik dan bunyi. Mereka amat sensitif pada bunyi dan irama atau alunan muzik.

6. Kecerdasan interpersonal (interpersonal intelligence) Peranan perhubungan antara individu dari segi komunikasi. Keupayaan

mempengaruhi orang lain.7. Kecerdasan intrapersonal (intrapersonal intelligence). Pemahaman pada terhadap diri sendiri, kehendak, perasaan dan kesedaran yang

dimiliki.8. Kecerdasan Spiritual (Spiritual Intelligence) Suatu keupayaan diluar

jangkaan manusia biasa, yang berkeupayaan bertindak atau berkomunikasi secara yang tidak lazim, mencakupi dimensi roh

(ghaib) yang di luar keupayaan manusia biasa9. Kecerdasan Ekologi (Ecology Intelligence) Suatu keupayaan

Page 22: teori

manusia menyesuaikan dirinya dan mengadaptasi dengan suasana dan keadaan alam persekitarannya

Setiap individu yang normal seharusnya memiliki kesembilan-sembilan kecerdasan yang dinyatakan tetapi mengikut aras kekuatan atau

kelebihan yang berbeza-beza. Kecerdasan tersebut boleh dipelajari dan dikuasai. Setiap kecerdasan itu boleh digunakan dalam

menyelesaikan masalah individu dan untuk mencapai tujuan, dengan menilai membuat refleksi dan menyelesaikan masalah dengan

pelbagai cara dengan cara yang berbeza-beza.

Kecerdasan-kecerdasan ini biasanya tidak dapat berfungsi secara bersendirian atau terasing, namun ianya akan terbukti

keberkesanannya apabila berlaku gabungan dan amalan bersepadu.

“Pendidikan tidak terhad hanya pada seni mempertahankan diri, tetapi mencakupi keseluruhan cabang kehidupan: jasmaniah, akliah, akhlak,

semangat, sosial dan perkembangan pentadbiran”Clawson (1980):144

Schopenhaur (1936) seorang ahli falsafah menyatakan, hubungan seni dengan kehidupan adalah hubungan yang halus dan tepat. Seni dari segi kreativiti tampaknya adalah pengucapan langsung terhadap

kemahuan yang merupakan inti kehidupan, sebab kehidupan apa yang mengalir antara keinginan dan pencapaian.

William G. Perry (1970) guru perlu mengambil kira tentang perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Sikap guru itu sendiri akan menentukan samada berjaya atau gagalnya proses pengajaran dan pembelajaran ini, dan

bertindak sebagai agen utama dalam merangsang dan menggalakkan pelajar meneroka dan menimba seberapa banyak pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang seni.

Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan

pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya.

Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan

kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan, memiliki konsepsi diri

Kita perlu memahami bahawa pelajar mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri, seharusnya kita mengeksploitasi kelebihan itu di

samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan konsep pembelajaran secara konstruktivis iaitu

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan cara pelajar itu belajar.

Pembelajaran merupakan aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri. Ianya merupakan satu proses yang dinamik yang

mana pelajar perlu merangsang diri sendiri atau dirangsang dan dibimbing kearah mencapai matlamat. Pembelajaran memberi

Page 23: teori

peluang kepada individu mengubah sikap dan tingkahlaku mereka untuk berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu

menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri sendiri khasnya dan masyarakat atau negara amnya. Faktor penting yang menentukan proses pengajaran terus berlaku ialah

keinginan individu untuk terus berkembang di samping berminat untuk menerap dan mempraktikkannya di dalam situasi yang sesuai.

Oleh itu pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan di dalam perlakuan, pemikiran (termasuklah proses dan hasil berfikir, persepsi, dan efektif (termasuk perasaan, sikap dan nilai). Perubahan tersebut pula adalah kekal dan dipengaruhi oleh perubahan di dalam

saraf pusat manusia itu sendiri.

Penggunaan pendekatan Konstruktivis dalam Pendidikan Seni Visual

Pembelajaran secara konstruktivis ini memberi peluang kepada pelajar menyampaikan pendapat yang dapat dikongsi bersama

dengan rakan-rakan yang lain. Pembelajaran akan berlaku secara dua hala iaitu guru-pelajar dan tentunya ini lebih menyeronokkan di

samping memberi lebih banyak peluang dan manfaat kepada kedua pihak.

KESAN PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seni telah berkembang sejak awal ketamadunan manusia mulai zaman purba (Zaman Batu, 25,000 SM) sehingga zaman Renaissance

dan Baroque-Rokoko (Abad ke 16-17) kemudiannya di abad 18-19 seni telah diklasifikasi dengan istilah `isme` seperti Kubisme,

Realisme, Romantisme, Ekspresionisme dan sebagainya. Seni terawal (25,000 SM), dihasilkan atas dasar sebagai kuasa magis dan pertahanan diri, keagamaan, politik, refleksi kehidupan seharian, seni dan hubungannya dengan alam, luahan imaginasi dan fantasi serta

lambang kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kesemua faktor tersebut akan mewujudkan tiga kelompok besar penyumbang seni iaitu peranan pencipta (seniman), peranan pengguna (pengumpul

seni) dan peranan pemerhati (penonton, galeri, muzium).

“Seni ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu, termasuk tujuan dan sebab…”

-AristotleIni secara keseluruhannya menggambarkan bahawa seni itu sangat mempengaruhi tingkah laku dan peradaban manusia sejak dari awal

hingga zaman kini. Seni melalui penggunaan simbol-simbol atau menggambarkan sesuatu pernyataan adalah merupakan suatu

kaedah berinteraksi secara langsung dan tidak langsung. Unsur-unsur dan prinsip seni boleh membawa makna dan perlambangan yang

bersifat universal atau bersifat setempat. Sejak Zaman Batu hingga kini, perlambangan dan simbol dapat menjelaskan maksud dan makna

bersesuaian dengan masa dan keadaan. Melalui pengetahuan seni, kefahaman terhadap nilai dan makna dapat dipertingkatkan.

Untuk melihat kesan psikologi pelajar menjurus kepada Pendidikan Seni Visual, kita perlu melihat perkembangan minda kanak-kanak

melalui pelbagai aktiviti mereka seharian yang berkaitan perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak biasanya sangat

Page 24: teori

suka meconteng dinding, lantai atau di mana-mana sahaja. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah proses kreativiti dan penyuburan diri serta

emosi kanak-kanak. Kecenderungan melakukan perbuatan tersebut samalah seperti kecenderungan untuk menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan hati mereka. Perbuatan itu dilakukan sebagai suatu pernyataaan tentang apa yang dilihat dan dirasa

mengikut persepsi mereka di samping rangsangaan tindakan biologi pembesaran dan kematangan psikomotor mereka. Ini menurut pakar

psikologi kanak-kanak, Viktor Lowenfeld.

Berdasarkan aspek psikologi pelajar untuk menarik minat dalam Pendidikan Seni Visual, suatu kurikulum dan perancangan berobjektif sangat diperlukan untuk membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka.

Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif

melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga berpeluang melihat dan belajar daripada sejarah dan peradaban

bangsa tentang hasilan seni kreatif tinggalan nenek moyang mereka seperti barangan kraf di samping belajar daripada sikap dan pemikiran

serta persepsi mereka tentang makna kehidupan.

Peranan seni dengan jelas dapat dilihat melalui model-model kurikulum. Antaranya ialah “Discipline-Based Art Education (DBAE)”, iaitu satu model disiplin Pendidikan Seni Visual di Amerika Syarikat yang telah berjaya diketengahkan di institusi persekolahan (Greer,

1984). DBAE menggunakan empat disiplin utama seni iaitu penghasilan seni, estetik, sejarah seni dan kritikan seni di dalam

struktur kurikulum dan pengajarannya. Begitu juga model kurikulum Pendidikan Seni Visual yang berteraskan objektif pencapaian dan

model yang berteraskan konsep pengajaran bersepadu. Berdasarkan kepada perbandingan bagi melihat persamaan dan kelainan struktur kandungan dan oreintasi pengajaran Pendidikan Seni Visual yang di

atas, terdapat beberapa persamaan yang paling signifikan bagi setiap kandungan Pendidikan Seni Visual. Antaranya seperti berikut:

1. Membuat dan menghasilkan karya. 2. Membuat pertimbangan estetik dan kritikan.

3. Belajar melalui pengalaman sejarah seni,4. Belajar memahami tindakbalas masyarakat terhadap seni.

Melalui proses mempelajari seni, pelajar-pelajar dapat dididik ke arah pembinaan pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif serta belajar

menghargai sumbangan masyarakat dalam tamadun manusia. Melalui aktiviti-aktiviti seni yang kreatif, pelajar-pelajar berpeluang belajar mempertajamkan daya persepsi, membuat penilaian estetik dan membuat penakulan terhadap alam sekitar dan sosial. Prosedur aktiviti seni secara berproses melalui proses rekaan dan proses kreativiti menggalakkan penampilan sahsiah yang seimbang dan

bersistematik serta penuh dengan penerapan nilai-nilai yang positif.

Selain daripada keperluan asasi seperti makan dan minum atau keperluan perlindungan dan keselamatan di peringkat sekunder, sahsiah yang sempurna, mencari sesuatu yang indah, sempurna, harmoni dan sejahtera juga telah diberi perhatian yang tinggi oleh

masyarakat. Disinilah nilai-nilai estetik yang wujud dalam Pendidikan Seni Visual dapat diterapkan dan akhirnya nilai-nilai seni dapat

dipertingkatkan ke tahap yang sepatutnya. Bermula dari dalam diri dan persekitaran, manusia akan menggunakan pengetahuan seni sebagai

Page 25: teori

formula atau ilmu bagi menyelesaikan permasalahan nilai estetik dalam kehidupan. Sebagai contoh, kita mengadun warna baju, tali leher dan warna seluar, menyusun perabot agar kelihatan rapi dan harmoni, menyesuaikan fesyen pakaian berbanding ukuran badan, mereka bentuk kenderaan, membina bangunan luar dan dalaman

dengan pelbagai bentuk dan hiasan yang menarik dan sebagainya. Secara keseluruhan, ini menggambarkan bahawa Seni adalah asas

ilmu-ilmunya.

Seni adalah suatu bentuk komunikasi sejagat dengan pelbagai budaya dan peradapan sama seperti pernyataan sejarah. Seni merakamkan

pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap sosial. Setiap budaya mempengaruhi pemikiran, nilai dan

sikap seniman melalui kajian catan, arca, seni bina, kraf dan berbagai artifek sejarah yang berkaitan dengan Seni. Seni juga membolehkan kita memahami dan mengetahui peradaban dan perkembangannya serta pengaruh antara sesuatu budaya dengan budaya yang lain.

Karya seni adalah merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak.

Dengan ini jelas bahawa Pendidikan Seni Visual telah memberi impak yang positif kepada proses perkembangan pelajar dari aspek fizikal

mahupun emosi. Antaranya seperti:1. Pembangunan kendiri. (personal development)

2. Mengenal, memperakui dan menyalurkan budaya warisan dari generasi ke generasi. (cultural heritage)

3. Menyedari, memahami dan menghargai peranan dan sumbangan setiap warganegara. (roles as citizen)

Walaupun kesan psikologi dalam Pendidikan Seni Visual menjurus kepada kebaikan atau positif tetapi masih wujud kesan negatif yang

perlu diatasi. Antaranya adalah faktor guru itu sendiri yang mana cara dan teknik pengajaran guru yang kurang berkesan (aspek pedagogi).

Emosi pelajar juga dilihat sebagai faktor negatifnya seperti rasa rendah diri bila gagal menghasilkan karya seni yang baik, sifat malu

apabila dikritik juga timbul perasaan bosan untuk menghasilkan tugasan yang diberi atas sebab tekanan dari rakan dan guru.

APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Gage dan Berliner (1989) menyatakan Psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu. Manakala Psikologi Pendidikan pula ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku yang berkaitan dengan bagaimana kita mengajar dan belajar di sekolah. Oleh itu kepentingan psikologi pendidikan merupakan satu

pendekatan yang membolehkan keberkesanan pengajaran dilaksanakan dengan mengambil kira peranan individu dan kumpulan

itu sendiri.

Menurut Banks dan Thompson pula (1995) telah membahagikan definisi kepada dua bahagian iaitu definisi psikologi dan pendidikan.

Pendidikan ialah satu kerjaya yang lebih membuat penelitian dan kajian metadologi ke arah pembelajaran dan pengajaran yang

digunakan di sekolah. Sementara psikologi pula ialah bagaimana pendekatan pembelajaran yang harus disempurnakan di sekolah agar

dapat membantu perkembangan tingkah laku manusia.

Page 26: teori

Psikologi Pendidikan mempunyai matlamat untuk memahami ( memerhati dan menerangkan tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah amat penting di dalam

pendidikan sejajar dengan perkembangan mental dan kebolehan individu.

Selain daripada itu, psikologi pendidikan ialah membolehkan guru untuk memahami tingkah laku pelajar, membantu guru untuk merancang objektif dan matlamat pembelajaran. di samping

memahami tahap-tahap keupayaan murid berdasarkan perkembangan semasa.

Pendidikan Seni Visual pula bermaksud “education through art” iaitu pendidikan melalui seni, khususnya Seni Visual dan “ education in art”

iaitu pendidikan di dalam bidang Seni Visual. Kedua-dua elemen ini memerlukan pendekatan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang

lebih mantap seiring dengan keperluan psikologi manusia.

Oleh kerana Pendidikan Seni Visual adalah penghubung satu generasi ke satu generasi maka ia memerlukan satu cara

menginterpretasi sesuatu idea mengikut disiplin seni tertentu yang membolehkan pelajar atau individu mengalami satu sumber

kegembiraan dan keceriaan yang istimewa. Pengalaman yang menakjubkan ini lantas dapat meningkatkan lagi rasa keinsafan dan

keceriaan pemikiran baru.

Kita maklumi bahawa Pendidikan Seni Visual seringkali mempunyai pendekatan yang berbeza dan melibatkan pelbagai aspek di

antaranya ialah mengaitkan pengalaman manusia yang dihubungkaitkan dengan logik dan emosi bagi memperolehi

kefahaman yang lengkap dengan penggunaan deria secara langsung. Umpamanya nilai estetika adalah satu disiplin yang menjadi

komponen utama mengenai konsep nilai dan keindahan.

Parsons dan Blocker (1993) menyentuh beberapa nilai estetik di dalam bilik darjah yang boleh membantu peningkatan psikologi

pembelajaran. Di antaranya estetik adalah satu dapatan yang dapat membantu pelajar memahami seni dengan lebih baik kerana adanya perkaitan dengan budaya lain, diintergrasikan dengan subjek lain dan

adanya perbincangan pengalaman pelajar itu sendiri.

Pendekatan Pengajaran Psikologi dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan BehaviourismeDi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,

pendekatan Behaviorisme dapat dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai intelektual mereka. Menurut

pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh Ivan

Pavlov, Thorndike, Skinner dan John B. Watson.

Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada

perkaitannya dengan hukum pembelajaran kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang itu bersedia untuk

Page 27: teori

melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada dirinya sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi pandangan lagi dalam hukum latihan pula

rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan jika ada perubahan dari persekitaran dan menyeronokkan pula maka ia

akan meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga sebaliknya.

Pendekatan yang dicadangkan tadi dapat membentuk rangsangan yang kekal bagi seseorang pelajar kerana adanya pembentukan

fenomena yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam menyediakan perlaksanaan fenomena yang menyeronokkan.

Penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan juga pemikiran perlu dipertimbangkan.

Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham Wallas (1926) sebenarnya adalah di antara pendekatan yang

baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau telah mengelaskan

kepada empat tahap yang perlu dilalui di antaranya ialah proses persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat. Pelajar

lebih dimahirkan untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam pengkaryaan mereka. Kemudian ialah proses

Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar untuk cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam

proses iluminasi yakni terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan di dalam minda dan akhirnya kebolehan untuk proses verifikasi yang mana hasil pemikiran diserlahkan ke dalam

bentuk karya dan penulisan.

Menurut B.F. Skinner (1953) pula peneguhan kepada manusia akan menggalakkan satu ulangan perlakuan atau diperkuatkan. Dalam hal ini di dalam bilik darjah peneguhan yang positif akan meningkatkan

tahap motivasi pelajar. Pelajar akan memperolehi satu bentuk secara berterusan seperti kata-kata pujian, menepuk bahu, memberi

senyuman dan sebagainya yang membolehkan proses berkreativiti dalam diri pelajar berlaku secara positif.

Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan mutu kerja pelajar berkualiti tinggi jika sekiranya

disampaikan secara jelas dan bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan di antaranya ialah memuji secara

ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih dan respon yang spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen

seperti di atas merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada pencapaian pelajar.

Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu pengalaman baru untuk memajukan diri mereka bagi menghasilkan

sebuah karya atau ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah dengan memberi ganjaran dan juga pujian sekiranya

mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan unik dari yang lain.

Pendekatan Humanistik

Page 28: teori

Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa

seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran

penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalaman yang

diterima dan dilalui dalam hidupnya.

Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga

pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan

keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami

oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana

mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan

psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri.

Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab dengan tindakannya sendiri bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah adanya penekanan tingkatan harga kendiri yang

positif terhadap diri pelajar supaya ada rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya penekanan aspek komunikasi dan

kesannya ke atas motivasi intrinsik.

Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan

nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah

laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu.

Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri

apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan

dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk

naluri ingin tahu belajar dan jauh dari rasa ketegangan.

Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus lihat kesilapan pelajar itu adalah sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus mengelakkan dari

pendekatan yang sama sahaja.

Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik perasaan ingin tahu dan juga perhatian

Page 29: teori

pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set

induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan

perasaan ingin tahu mereka.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan berpanjangan apabila pembelajaran murid-murid

mendapat sokongan dan peneguhan daripada ibubapa (Morgan dan Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J. 1986)

Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang

dilakukan di dalam kumpulan. Mengikut Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih bantu membantu semasa mereka dan pelajar yang lemah dapat

meningkatkan pencapaian kerja mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih

ataupun disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina sesuatu projek atau karya. Oleh itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan mewujudkan aktiviti dan atmosfera menyokong

dan menghormati pandangan ahli.

Ajarlah kepada mereka berkata benar, di samping mengajarkan al-Quran. Jauhkan mereka daripada orang-orang jahat, kerana orang-

orang jahat itu menghindarkan perintah Tuhan dan tidak berlaku adil.

Ahmad Shalaby, 1976; ms 33

Pendekatan Teori Permodelan BanduraPembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan

Bandura kerana ialah lebih menjelaskan kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan

sebagainya. Apa yang dapat dilihat di sini ialah pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan memerhatikan tingkah laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari

melalui bahasa, contoh dan teladan. Dalam Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil pemerhatiannya di dalam

ingatan melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat.

Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui penggunaan situasti realistik. Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh menyuruh pelajar yang pandai dan

pelajar yang lemah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan baik dalam Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di hadapan kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat

melihat dan meniru tingkah lakunya.

Pendekatan Pembelajaran GagneTeori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan

data dan maklumat melalui penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam Pendidikan Seni Visual itu sendiri.

Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan

Page 30: teori

daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Apa yang dilihat ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling

kompleks dan secara berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 ) lagi, kemahiran intelek atau kebolehan kognitif adalah sebagai tingkah laku yang dipelajari.

Individu berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu matlamat.

Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.

Mereka akan menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya langkah-langkah spesifik dalam proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah,

mencari maklumat, membuat hipotesi, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji hipotesi dan membuat rumusan.

Pendekatan ini juga turut membantu pelajar untuk mendapatkan konsep dengan mudah dan jelas. Mengikut Tennyson dan Cocciarella

( 1986 ), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep iaitu:-• menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan

penting• menghuraikan istilah penting dan definisi konsep

• memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama• menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.

Oleh itu, dalam pembelajaran seni visual itu sendiri, guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar di samping adanya

proses bimbingan mengenai hukum dan konsep.

Pendekatan Pembelajaran Bruner

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. Justeru itu

terdapatlah pendekatan seperti cara manusia berinteraksi dengan persekitaran, perkembangan mental manusia dan pemikiran,

pemikiran logikal, penggunaan istilah untuk memahami susunan, pemikiran analisis dan intuitif, pembelajaran induktif menguasai

konsep dan pemikiran metakognitif.

Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan

simbolik. Oleh itu, pengalaman pelajar secara meneroka, memegang, mencium dan merasa dapat menyediakan pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek dan pengkaryaan. Keupayaan pelajar

untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya. Seterusnya akan berlaku pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar melihata pertalian antara ransangan yang

berlainan.

Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan penanggapan pelajar jika mereka terlibat dalam pembelajaran

kajian luar yang membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya dan boleh mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran

mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Oleh itu guru perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar

Page 31: teori

boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

IMPLIKASINYA DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Implikasi dalam konteks kertas kerja ini membawa maksud yang merujuk kepada akibat atau kesan positif yang terjadi berikutan

penggunaan psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual.

1. Guru lebih sensitif terhadap perkembangan psikologi pelajarnya.

Pelajar-pelajar didalam kelas mempunyai tahap perkembangan psikologi yang berbeza dan pelbagai. Terdapat dikalangan mereka

yang terlalu aktif dan agresif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Kecergasan (aktif) positif ketika menjalankan sesuatu aktiviti kelas PSV adalah suatu kelebihan

kepada guru untuk melakukan proses pengajaran dengan lebih teratur dan menarik. Keaktifan yang melampau biasanya menyebabkan hasil pembelajaran menjadi sebaliknya, yang mana pelajar yang terlalu aktif

berkemungkinan akan menyimpang dari objektif pembelajaran, manakala pelajar yang pasif akan jauh ketinggalan dan akan

bertambah lemah kefahamannya.

Keprihatinan guru dalam memahami perbezaan-perbezaan ini, melalui pemerhatian dan penyelidikan sangat ditekankan agar membantu guru meningkatkan prestasi pengajarannya. Menurut Charles, C.B., (1976),

Dapatan-dapatan daripada kajian-kajian tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan lagi pembelajaran dan pengajaran. Lazimnya,

pelajar juga akan sensitif dan prihatin terhadap usaha guru, lalu bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan dan kesilapannya atau berusaha melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih baik. Dengan cara ini perasaan saling hormat menghormati dan faham memahami akan sentiasa berbunga mekar dikalangan guru dan anak-anak didiknya. Inilah kunci dorongan untuk mencapai kecemerlangan dimasa akan

datang. 

GURU Sensitif / prihatin PELAJAR

PENINGKATAN PRESTASI

Rajah di atas Keprihatinan guru dan pelajar mampu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

2. Perhubungan baik guru dan pelajar.Memahami tingkahlaku kemanusiaan akan membentuk persefahaman

yang baik diantara guru dan pelajar. Guru yang cenderung dan berempati dengan pelajar akan bertambah baik hubungan mereka.

Pelajar akan lebih menghormati guru sebagai pendidik, pembimbing dan penasihat mereka. Sikap suka menyusahkan tugas guru tidak terlintas difikiran mereka, malahan akan sentiasa membantu dan

bekerjasama dalam sebarang permasalahan. Ini dibuktikan dengan keringanan tulang, membuat tugasan mengikut masa yang ditetapkan, sentiasa bekerjasama dan sentiasa menjaga nama baiknya, gurunya dan sekolahnya. Jasmani, emosi, mental, intelek dan sahsiah (Jeris) pelajar yang seimbang dan harmonis bakal melahirkan warganegara

Page 32: teori

yang cemerlang akademik dan cemerlang akhlaknya.

Cara pengajaran pendidikan Pendidikan Seni Visual visual tidak sama dengan pengajaran matematik, sains dan lain-lainnya, meskipun

matlamatnya sama. Menurut Highet, G., (1968), pengertian pengajaran adalah tidak lengkap jika dianggap sebagai sains sahaja. Sebaliknya, pengajaran boleh dianggap sebagai satu seni kerana ia melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Pengajaran seni tidaklah

sama dengan tindak balas kimia; ia lebih merupakan tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi),

memahami bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi, yang memerlukan kemantapan mental, kemahiran psikomoto

berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui teori atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya luas,

aktivitinya bebas (tapi terancang)

Kebolehan berkomunikasi secara terus dan telus menyebabkan guru akan mengetahui setakat mana kemampuan pelajar membuat

penghasilan. Cara membetulkan kesilapan (contoh; melukis) seorang demi seorang pelajar akan membuatkan pelajar merasa diberi

perhatian dan dihargai. Rangsangan dan motivasi seperti ini jarang terdapat dalam mata pelajaran lain, yang hanya membetulkan

kesilapan diatas papan tulis lalu diikuti oleh semua pelajar.

Interaksi dua hala sangat diutamakan terutamanya dalam mata pelajaran PSV. Objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan lebih

mudah dan berkesan, yang mana diakhir pengajaran dan pembelajaran, guru dan pelajar akan berpuas hati dan bersedia untuk

objektif yang seterusnya pada masa akan datang.

GURU O b j e k t if P & P PELAJAR

Rajah menunjukkan interaksi dua hala yang mencapai objektif dengan berkesan.

Dengan interaksi dua pembolehubah ini, persepsi pelajar terhadap guru adalah positif dan menggalakkan. Pelajar akan merasakan

gurunya seorang yang baik hati, bertanggung jawab, berkebolehan dan professional. Perasaan demikian boleh meyakinkan pelajar akan

kemampuan guru membantunya menyelesaikan masalah pembelajaran dan sebagainya.

3. Disiplin pelajar terkawal tanpa tekanan atau paksaan. Melalui pengalaman didalam kelas PSV seseorang pelajar sepatutnya

mengawal emosi dan tindak tanduknya untuk mengelakkan konflik dengan guru dan rakan sekelasnya. Pengawalan dan pengawasan tingkah laku akan lebih mudah dan berkesan. Kelakuan agresif dan negatif boleh dikawal melalui peraturan-peraturan yang tidak terlalu rigid atau ketat. Pelajar akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati

akan tingkahlakunya untuk mengelakkan prasangka serta pandangan negatif rakan dan guru terhadapnya. Guru dapat mewujudkan kelas

dengan situasi yang ceria dan kondusif, tanpa paksaan atau tekanan. Situasi menggalakkan seperti ini sentiasa diingini oleh setiap guru dan pelajar. Ianya adalah kepuasan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui latihan dan amalan mengikut peraturan dengan ikhlas, pelajar dengan sendirinya akan terlatih mematuhi peraturan-peraturan lain.

Page 33: teori

Dadanya rasa lapang dengan fikiran terbuka, rasional, sabar, yakin dan tenang menimba ilmu. Disiplin, tingkahlaku serta emosinya terkawal dengan baik. Pembelajarannya menyeronokkan dan mencapai objektif sebagaimana yang disasarkan oleh guru.

GURU Disiplin Tingkahlaku

PELAJAR Emosi

Disiplin, tingkah laku dan emosi yang baik menghasilkan interaksi yang positif diantara guru dan pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran. 

Disiplin bermula dari pelajar mula melangkah masuk kedalam kelas atau bengkel Pendidikan Seni Visual, tidak berebut-rebut dan tidak

terlalu memilih tempat duduk. Mendengar dan mengikuti dengan teliti pengajaran yang disampaikan guru, jika kurang jelas dan perlukan penerangan bertanyalah dengan sopan. Jika ada tugasan, lakukan dengan sebaiknya terutama semasa menggunakan alat dan bahan yang disediakan guru, gunakan dengan betul dan tidak membazir.

Setelah selesai, kemas dan bersihkan alat-alat dan pulangkan semula kepada guru secukupnya. Bilik seni perlu dibersihkan, kembalikan

kepada keadaan asal. Jika proses ini berjalan dengan lancar, sudah tentu guru dan pelajar akan berpuashati dan bersedia untuk P&P seterusnya minggu akan datang. Pelajar dan guru tidak tertekan malah menghasilkan kesan psikologi yang positif kepada kedua-

duanya (guru dan pelajar)

Persefahaman seperti ini perlu wujud berterusan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Menurut Maher, (1961), Seseorang itu boleh melahirkan tindak balas

emosi akibat proses pembelajaran yang lalu. Jika sesuatu aspek negatif berlaku dalam pembelajaran yang lepas, ianya memberi kesan

psikologi yang memakan masa panjang untuk pulih, malahan ada yang terus tidak dapat dipulihkan. (Root (1992) dalam Rohany, 2001)

Beberapa peristiwa atau kejadian yang mengejutkan, menakutkan, memalukan dan sebagainya, membawa kesan trauma dan

mengganggu kehidupan individu yang terlibat dengan kejadian itu, samada rakan-rakannya dan mungkin keluargannya. Sesungguhnya

kesederhanaan dalam banyak hal membantu perkembangan psikologi seseorang kearah yang positif, seimbang dan harmonis selaras hasrat

Falsafah Penddikan Negara.

4. Kejayaan dan kecemerlangan. Untuk mencapai kejayaan, seseorang pelajar memerlukan guru yang

berdedikasi dan bertanggung jawab mendidik mereka dengan kesungguhan dan iltizam yang tinggi, di samping keinginan dan kesungguhan pelajar itu sendiri untuk mencapai matlamat dalam

pembelajarannya.

Kejayaan dan kecemerlangan adalah cita-cita seseorang pelajar, tidak kira samada dikalangan mereka yang rajin atau malas, bijak atau lemah, bersemangat atau sebaliknya, malahan yang tidak pernah mengulangkaji pun ada yang bercita-cita sedemikian. Sebab itulah

guru perlu memainkan peranan untuk menyuntik dan menyemai semangat ingin berjaya kepada pelajarnya dalam setiap masa.

Pengukuhan dan ganjaran, walaupun hanya kata-kata sangat penting

Page 34: teori

sebagai motivasi kepada pelajar.

Natijahnya, pelajar yang sentiasa mendapat dorongan guru, akan lebih bersedia untuk mendengar, bertanya, mengikut arahan dan

jarang yang menimbulkan masalah. Pelajar yang begini sikapnya akan cepat memahami dan menghayati dengan baik setiap pengajaran

yang disampaikan oleh gurunya. Kejayaan demi kejayaan akan dapat diraihnya bermula di sekolah, kolej atau di institusi pengajian tinggi, akhirnya ia keluar sebagai graduan dan selepas itu akan menjadi penjawat awam atau swasta dengan tahap profesional yang boleh

dibanggakan.

Kesimpulan

Great creative energy exists in every child. This must find an outlet In expression or repression will result. Children should be allowed to

draw what they wish, that they see in their minds, eyes, not that which others thik they ought to draw.

Lanier : 1975:81

Pendidikan Seni Visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga domain manusia iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor yang

boleh memberi sumbangan untuk membantu proses memajukan perkembangan dan pertumbuhan seseorang dari aspek jasmani,

rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat memperkembangkan bakat, potensi, diri individu untuk menjadi

anggota masyarakat yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.

Adalah jelas menunjukkan bahawa keupayaan dan kesediaan kanak-kanak dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza antara

satu sama lain berdasarkan umur, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Kemahiran kanak-kanak amat bergantung kepada latar belakang pendidikan yang diterima menerusi corak

pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang lepas. Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah diktator akan

menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang mengamalkan kaedah yang lebih demokratik yang

lebih berpusatkan kanak-kanak atau murid iaitu seperti kaedah orientasi murid berdasarkan tajuk, kaedah berorientasikan media,

kaedah panduan fasilitator atau kaedah laissez-faire.

Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah kanak-kanak melakukan kerja-kerja

untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman

mereka bertambah dari masa ke semasa.

BibliografiAhmad Shalaby. (1976). Sejarah Pendidikan Islam, Pustaka Nasional

Singapura.

Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Psikologi II. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam.

Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt

Page 35: teori

Brace Jovanovich Inc. New York

Christine Marme Thompson, (1995). The Visual Art and Early Childhood learning, The National Art Education, Association 1916

Association Drive, Reston Virginia.

Clawson, J.G. (1980). Mentoring in Managerial Greers. In C.B. Derr (Ed), Work, Family and Career (pp.144-165). New York Praeger.

Geoggry Petty.(1997). How to be better at Creativity. Kogan Page Limited. London.

Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Howard Gardner (1993). Multiple Intelligence : The Theory in Practice. USA, The Getty Center of Education In The Art

Herrison, J. (1986). The Long term effectiveness of parental involvement in reading: A following to the Harringgey Reading project. British journal of Educational Psychology, Vol. 58 Part 2, 1986: 184-

190

Honig, A.S. (1982). Parental Involvement in early childhood education. In Spodek B. (ed) Handbook of research in early childhood education.

New York: The Free Press, 426-455

John A Micheal. (1983). Art and Adolescene: Teaching Art at Secondary Level, Miami University

Lansing, Kenneth, M. (1971). Art, Artist and Art Education. NY. Mc Graw Hill Book Co.

Leonard M S Yong. Creatvity. A Study of Malaysian Students. Faculty Education. University of Malaya. Kuala Lumpur.

Morgan, R. & Lyon, E. (1979). Paired Reading – a preliminary report on a technique for parental tuition of reading retarded . Journal Child

Psychol. Psychist., 20, 151-160.

Orlich. Harder. Callaham, Kauchak.Gibson. (1994). Teaching Strategies. A guide to Better Instruction.D.C. Heath And Company.

Lexington, Massachusetts, Toronto.

Ramlah Jantan & Mahani Razali.(2002). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Read, Herbert. (1996). (New Edition) Education Through Art, Faber and Faber, London.

Rod Taylor.(1986). Educating for Art. Critical response and development. Longman. Hong Kong.

Shaharuddin Hashim, Dr. RohizaniYaakub. (2003). Psikologi

Page 36: teori

Pembelajaran dan Personaliti. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Konsep-konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi

Perkembangan. Longman.Selangor.

Topping, K. (1985). An Introduction to paired reading in Topping, K & Wolfendale, S. (ed). Parental involvement in Children reading.

Bechanham: Croom Helm.

Viktor Lowenfeld & W. Lambert Brittain. (1993). Creative and Mental Growth, Mc Millan Publishing, New York.

__________. 1999. Prosiding Seminar Pendidikan Seni.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti dalam Pendidikan Seni.

Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Kelebihan dan kelemahan teori KonstruktivismeF. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI KONSTRUTIVISME1. Kelebihan

1. Berfikir  alam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.

2. Faham :Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.

3. Ingat :Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep. Yakin Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

4. Kemahiran sosial :Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.

5. Seronok :Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

2. KelemahanDalam bahasan kekurangan atau kelemahan ini mungkin bisa kita lihat dalam proses belajarnya dimana peran guru sebagai pendidik itu sepertinya kurang begitu mendukung.

Beberapa kelebihan dalam pembelajaran ini adalah;

1. Pebelajar lebih memahami konsep yang diajarkan sebab mereka sendiri yang menemukan

konsep tersebut.

2. Melibatkan secara aktif memecahkan maslah dan menuntut ketrampilan berfikir pebelajar

yang lebih tinggi

Page 37: teori

3. Pengetahuan tertanam berdasarkan skemata yang dimiliki pebelajar sehingga pembelajaran

bermakna.

4. Pembelajar dapat merasakan manfaat pembelajaran sebab masalah-masalah yang

diseleseikan langsung dikaitkan dengan kehidupan nyata, hal ini dapat meningkatkan motivasi dan

ketertarikan pebelajar terhadap bahan yang dipelajari.

5. Menjadikan pebelajar lebih mandiri dan dewasa mampu memberi aspirasi dan menerima

pendapat orang lain, menanamkan sikap sosial yang positif diantara pebelajar.

6. Pengkondisian pebelajar dalam belajar kelompok yang saling berinteraksi terhadap

pembelajaran dan temuannya sehingga pencapaian kesempatan belajar pebelajar dapat diharapkan.

Terdapat tiga jenis pendekatan

Jenis-Jenis Pendekatan

 1.Logikal

2.Psikologikal

3.Sejarah

 Pendekatan ini dianggap sebagai bersifat tradisional berlandaskan

.Logikal 

 Hal ini banyak bergantung kepada sejauh mana logik akal dan intelektual

: a)Maklumat -Boleh didapati melalui pembacaan, kajian dan penerokaan mengenai masa, tempat, teknik, proses serta pengaruh sesuatu aliran /period seni.

b) Pemerhatian : Hubungan langsung dengan karya seni melalui lawatan ke galeri seni, menonton tayangan slaid, video, fotograf dan sebagainya

Page 38: teori

memberikan c) Kajian banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dapat berbicara seni.  Perbandingan Memberi banyak peluang untuk seseorang berfikir secara kritis, menganalisa dan membuat sintesis antara satu karya yang lain, antara media, alat, proses dan teknik

 Memahami banyak pengetahuan tentang sejarah, nilai seni berasaskan bangsa dan daerah.

 d) Penghasilan : Seseorang akan dapat berbicara seni dengan lebihsempurna dan berkesan, jika  mempunyai pengetahuan yang tinggi dan meluas serta mempunyai pengalaman secara langsung dalam aktiviti penghasilan karya seni.

 Ia berkait rapat dengan cara seseorang melihat dan

2. Psikologikal –

 Keupayaan seseorang menghargai seni yang bersifat individu atau personal. berbicara dan menghargai seni banyak bergantung kepada sejauh mana ia memiliki:

a)Pengalaman Kendiri : Pengalaman lampau seseorang, walaupun tidak terlalu bersifat ilmiah, dapat membantu seseorang memahami, menghargai dan berbicara seni

 Keupayaan berbicara seni dapat diukur dengan sebanyak mana pengalaman yang ada pada seseorang.

 b) Pandangan Orang Lain : Lazimnya apabila kita kekurangan pengetahuan dan pengalaman mengetahui sesuatu perkara, kita akan bersandar kepada pendapat orang lain yang dianggap pakar atau ahli. Oleh itu, seseorang akan dapat memahami, menghargai dan berbicara seni dengan lebih berkesan apabila kita bersedia mendengar atau menerima “apa orang lain kata”.

 c) Pengaruh Persekitaran : Persekitaran, tempat, masa dan situasi boleh mengubah kesan dan nilai sesuatu karya seni. Impak persekitaran dapat membantu seseorang menilai dan memperkatakan tentang seni.

 Pendekatan ini banyak bersandarkan kepada aspek sejarah

3. Sejarah

 Aspek-aspek berikut sebagai cara menilai, memahami dan menghargai seni. merupakan aspek yang paling ketara menjadi teras perbincangan:

 a)Produk seni : Penumpuan terhadap idea, motif, teknik, dan proses bahan dan alat serta gayaan. Ia membawa kepada diskusi tentang aplikasi Asas-Asas Senireka, struktur dan gubahan.

b) Tokoh / Artis : ü Melihat cara artis mendapatkan sumber, budaya kerja dan

 c) Masyarakat : Melihat kesan seni terhadap masyarakat dan pandangan mereka.

 d) Konsep dan Falsafah : Kejelasan pengaruh masyarakat terhadap tamadun seni. 

kinografi menjelaskan manifestasi peradaban bangsa.

Page 39: teori

CARA DAN PERINGKAT MELIHAT SENI

 Lima jenis peringkat melihat seni, iaitu :

1.Hedonistik 2.Kontekstualistik 3.Organistik 4.Normistik 5.Eklektik 

Merupakan satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, 1.Hedonistik  Penilaian dibuat secara serta penyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. 

Kaedah ini  menetapkan sasaran

1.Suka / tidak

2.Tertarik/ tidak

3.Penyataan spontan  tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini .Ianya tidak diterjemah oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.  tidak dapat diukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. Kaedah ini lebih praktikal dimana pemerhatian dibuat

2.Kontekstualistik

 Berkait dengan secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan.  Lebih merujuk kepada pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan  perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan,

 Menyediakan pengetahuan interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.  mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

3.Organistik  Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara  teratur dan terancang.  Penekanan kriteria kepada aspek harmoni , menyentuh intuisi dan menyenangkan. 

Dapat membentuk kesatuan   cara tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya.  melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan , perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

Merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai

4.Nomistik  Seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan  diri , masyarakat, agama dan budaya.  Contoh : lukisan agama kepada Allah , rasa takwa, tidak ada unsur sensasi.  kristian yang berkaitan unsur ikonografi,naratif, dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenarkan dalam budaya dan agama.

Lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan

5.Elektik - Kriteria penilaian persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif.  Kaedah menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi serta alat dan bahan.  ini membuat pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik. Sederhana dan kurang baik.

Page 40: teori