tenaga nuklear - kebaikan atau keburukan

Upload: abu-ali

Post on 05-Apr-2018

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Tenaga Nuklear - Kebaikan Atau Keburukan

    1/2

    Tenaga Nuklear Kebaikan atau Keburukan?

    Kemajuan pesat di seluruh dunia telah mendorong pelbagai negara untuk mengaplikasikan tenaga

    nuklear di negara mereka sendiri di mana negara-negara maju seperti Amerika dan Rusia telah lama

    menggunakan sumber janakuasa nuklear. Ini juga telah mendorong Malaysia untuk menggunakan

    tenaga nuklear pada tahun 2021 apabila Malaysia menghadapi krisis tenaga di mana sumber bahan asli

    seperti pertroleum, gas asli dan arang batu akan mengalami kesusutan dan habis.

    Sejak daripada insiden tsunami di Fukushima, Jepun pada tahun 2011, tenaga nuklear dianggap satu

    tenaga yang membawa keburukan dengan mencemari sumber makanan, menyebabkan kes penyakit

    kanser meningkat dan terpaksa mengasingkan zon yang telah tercemar. Namun begitu, kita harus

    melihat dahulu kebaikan tenaga nuklear.

    Bagi suatu negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia, tenaga elektrik adalah satu elemen

    penting dalam pembangunan di mana ianya boleh dijana dengan arang batu, gas, dan sistem hidro,tetapi tenaga nuklear boleh membekalkan berjuta kali ganda daripada sumber tenaga yang sedia ada

    dengan menggunakan jumlah yang sedikit. Kemudian kandungan sumber uranium iaitu bahan bakar

    tenaga nuklear adalah lebih banyak di bumi ini dan boleh bertahan sehingga 100 200 tahun lagi.

    Seterusnya, tidak seperti tenaga sumber asli yang lain, tenaga nuklear tidak menghasilkan karbon

    dioksida yang menyebabkan pemanasan global, sesuai dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan 40

    % daripada pencemaran karbon dioksida (CO2) pada tahun 2020. Bahan bakar tenaga nuklear, uranium

    adalah lebih ringan dan memudahkan untuk pengangkutan.

    Di sebalik kebaikan, terdapat keburukan dan kelemahan tenaga nuklear. Pertama,tenaga nuklear

    memerlukan penjagaaan yang amat rapi kerana radiasi nuklear boleh membawa kecacatan genetik dan

    kekal di bumi ini untuk beribu-ribu tahun lamanya dan menyebabkan sesuatu kawasan yang tercemar

    itu harus diasingkan seperti apa yang berlaku di Chernobyl , Ukraine,1986 sehingga sekarang.

    Kedua, bahan nuklear itu boleh diseludup oleh digunakan oleh pengganas untuk membuat bom atom

    yang impaknya seperti diceritakan di Nagasaki dan Hiroshima,Jepun 1945. Kawalan keselamatan

    terhadap stesen janakuasa tenaga nuklear harus dipertingkatkan, kerana ianya menjadi sasaran

    pengganas untuk diletupkan. Tenaga nuklear juga boleh dijadikan sebab oleh kuasa besar dunia untuk

    mengenakan sekatan ekonomi kepada Malaysia seperti yang dikenakan kepada Iran.

    Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberitahu 5 lokasi tapak janakuasa tenaga nuklear diMalaysia telah dikenalpasti iaitu satu di Kedah, Perak, Terengganu dan dua di Johor. CAP menekankan

    lagi, kurangnya penyertaan dan penyebaran informasi kepada orang awam mengenai projek ini dan

    menyeru bersama Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (MY-CAN) membatalkan projek ini dan

    melabur dalam sumber tenaga yang diperbaharui (seperti tenaga solar, hidro, angin) yang kosnya

    semakin lama semakin murah berbanding tenaga nuklear yang mahal dari segi pembinaan dan

    merbahaya.

  • 7/31/2019 Tenaga Nuklear - Kebaikan Atau Keburukan

    2/2

    Bagi saya, Malaysia sendiri mempunyai rekod yang tidak menyakinkan di dalam pembinaan, di mana kes

    stadium runtuh, parlimen bocor, tragedi Highland Tower dan banyak lagi, seperti meletakkan Malaysia

    seperti telur di hujung tanduk dan menimbulkan persoalan, Apa akan terjadi sekiranya stesen

    janakuasa nuklear ini meletup ?.

    Abu Alimerupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi

    alamsekitar.my dihttp://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.