temu bual ks
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Temu Bual KS
1/8
6.1.2 Dapatan Temu Bual
6.1.2.1 Kampung Sayong Lembah
Responden : Pekerja bengkel labu sayong Sazilah
Jantina : Lelaki
1- Bagaimanakah sambutan pelancong dari dalam atau luar negara yang
datang untuk melihat dan mengetahui cara pembuatan sayong ini ?
Baik. Ramai yang datang terutama dari luar negara. Mereka datang lihat,
cuba dan belajar cara membuat labu sayong ini. Ada orang yang bawa
mereka.2- Adakah produk IKS kampung ini mendapat sambutan serta boleh
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan ?
Sambutan tu ikut musim. Biasanya musim cuti sekolah ramai orang tempah
untuk majlis perkahwinan. Terutama bekas bunga telur. Mereka tempah
dalam jumlah yang banyak. Labu sayong yang besar mendapat permintaan
daripada peniaga-peniaga kraftangan.
3- Apakah yang mendorong encik/puan untuk terlibat dalam IKS ini ?
Kerjalah. Cari duit.
4- Adakah pekerjaan encik/puan dalam bidang IKS ini dapat menyara
kehidupan keluarga atau encik/puan mempunyai sumber pendapatan yang
lain ?
Upah tak banyak sangat. Tapi cukup untuk sara hidup. Saya ada buka kedai
runcit. Orang rumah yang jaga.
5- Adakah pihak kerajaan turut memberi bantuan/sumbangan dalam IKS ini
dan apakah contoh bantuan yang diterima ?
Ada bantu. Bengkel ni pun pihak kerajaan yang bagi kawasan dan bina.
Tolong buat pemasaran.
-
8/2/2019 Temu Bual KS
2/8
Berdasarkan temu bual yang dilakukan di kampung ini, dapatlah
dirumuskan bahawa sambutan masyarakat tempatan dan juga pelancong
dari luar sangat positif terhadap produk IKS. Peluang pekerjaan bertambah
bagi penduduk tempatan di samping menjanjikan pendapatan yang agak
lumayan. Pihak kerajaan juga turut serta membantu dalammengembangkan lagi pasaran produk IKS ini.
6.1.2.2 Lembah Bandar Kuala Kangsar
Responden : Peniaga kedai kraftangan
Jantina : Perempuan
1- Bagaimanakah sambutan pelancong dari dalam atau luar negara yang
datang untuk melihat dan mengetahui cara pembuatan sayong ini ?
Ada selalu orang datang melihat barang kraf kat kedai ni. Ada yang beli ada
tengok-tengok saja. Pelancong dari luar biasanya tak beli kat kedai. Mereka
beli terus dari tempat membuat barang kraf ni.
2- Adakah produk IKS kampung ini mendapat sambutan serta boleh
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan ?Saya jual barang je. Kami tempah kat bengkel labu sayong dan barang kraf.
Sambutan tu tidak la hebat sangat. Boleh la buat saya bantu suami cari
pendapatan.
3- Apakah yang mendorong encik/puan untuk terlibat dalam IKS ini ?
Nak bantu cari pendapatan untuk tampung belanja keluarga. Nak
bergantung kat suami saja tak cukup la dik.
4- Adakah pekerjaan encik/puan dalam bidang IKS ini dapat menyara
kehidupan keluarga atau encik/puan mempunyai sumber pendapatan yang
lain ?
Suami saya bekerja sebagai kerani. Jadi saya tolong tambah sedikit duit
keluarga.
5- Adakah pihak kerajaan turut memberi bantuan/sumbangan dalam IKS ini
dan apakah contoh bantuan yang diterima ?
-
8/2/2019 Temu Bual KS
3/8
Sediakan lot-lot kedai untuk jualan barang kraftangan. Saya hanya pekerja
di kedai ini saja. Tauke yang bayar sewa.
Merujuk kepada temu bual yang dijalankan di kawasan ini, dapatdirumuskan bahawa IKS telah membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan untuk menambah pendapatan keluarga. Pembangunan
di kawasan ini juga berkembang. Para peniaga kedai kraftangan di sini
bertuah kerana pihak kerajaan telah menyediakan tapak perniagaan yang
agak strategik kerana berhampiran sungai.
6.1.2.3 Kampung Pauh
Responden : Guru Sekolah Kebangsaan Sayong
Jantina : Perempuan
1- Bagaimanakah sambutan pelancong dari dalam atau luar negara yang
datang untuk melihat dan mengetahui cara pembuatan sayong ini ?
Saya mengajar. Tapi ada juga saya beli labu sayong ni untuk buat hiasan
kat rumah.
2- Adakah produk IKS kampung ini mendapat sambutan serta boleh
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan ?
Saya selalu lihat ramai orang dari luar datang ke bengkel-bengkel labu
sayong.
3- Apakah yang mendorong encik/puan untuk terlibat dalam IKS ini ?
Saya tak terlibat langsung. Setakat beli barang yang saya nampak cantik
untuk buat hiasan tu ada la.
4- Adakah pekerjaan encik/puan dalam bidang IKS ini dapat menyara
kehidupan keluarga atau encik/puan mempunyai sumber pendapatan yang
lain ?
Gaji saya pun dah cukup. Haha.
-
8/2/2019 Temu Bual KS
4/8
5- Adakah pihak kerajaan turut memberi bantuan/sumbangan dalam IKS ini
dan apakah contoh bantuan yang diterima ?
Menurut apa yang saya tahu, pihak kerajaan memang banyak memberi
sumbangan dalam IKS ini kerana produk IKS kita mendapat sambutan baik
pengguna dari luar negara.
Berdasarkan temu bual, dapatlah dirumuskan bahawa seorang guru juga boleh
terlibat secara tidak langsung dalam IKS ini selaku pengguna. Pandangan yang
baik mengenai industri ini boleh memajukan lagi hasil dan kualiti produk IKS
tempatan. Sebagai pengguna, kita haruslah pandai menilai hasil seni kraftangan
untuk dijadikan barang hiasan di rumah selain boleh dijadikan hadiah kepada
rakan-rakan. Pihak kerajaan juga sentiasa memberi bantuan dan sokongan
terhadap industri ini kerana permintaan terhadap hasil kraf buatan Malaysia agak
baik dan berkualiti tinggi.
6.2.2 Dapatan Temu Bual
6.2.2.1 Kampung Sayong Lembah
Responden : Penduduk kampung
Jantina : Perempuan
1- Adakah berlaku perubahan dari segi pembangunan di kampung ini kesan
daripada IKS ?
Tiada sangat. Cuma tuan punya perusahaan labu sayong boleh la
membesarkan rumah. Chalet-chalet dibina tu pun boleh la juga dikatakan
membangun kampung ini. Untuk pelancong yang datang menginap sambil
mengenal produk labu sayong ini.
2- Adakah berlaku pencemaran kesan daripada pemprosesan produk IKS ini ?Mana ada pencemaran. Cuma nampak kotor sikit. Nanti basuh bersih la.
3- Adakah kesihatan penduduk terjejas kesan daripada IKS ?
Tidak. Tiada sebab untuk penduduk di sini sakit akibat aktiviti IKS. Kalau
ada pun sakit demam biasa saja.
4- Bagaimana pula dengan perubahan penduduk di kampung ini ?
-
8/2/2019 Temu Bual KS
5/8
Dulu ramai orang di kampung ni. Meriah. Sekarang ramai yang sudah
keluar berpindah ke bandar dan keluar untuk kerja yang lebih terjamin. IKS
ni belum tentu lagi boleh menjamin pendapatan tetap. Orang muda tak
ramai yang minat dengan perusahaan labu sayong ini.
5- Adakah berlaku kepupusan sumber (tanah liat) akibat perusahaan labusayong ini ?
Tidak. Tanah liat tu tidak pernah habis. Ia akan sentiasa mendap untuk
keluar yang baru.
Berdasarkan temu bual berkaitan impak IKS terhadap alam sekitar di
kampung ini, dapat dirumuskan bahawa pembangunan kawasan setempat
tidaklah begitu maju kesan daripada IKS yang dijalankan. Hal ini kerana
sumbangan IKS terhadap perkembangan ekonomi negara agak kecil jika
dibandingkan dengan sumbangan industri berat. Namun demikian, aktiviti
IKS ini jelas tidak mencemarkan alam sekitar. Penduduk tempatan juga
tidak menghadapi masalah kesihatan kesan daripada IKS ini. Tetapi,
berlaku perubahan yang agak ketara dari segi bilangan penduduk setempat
kerana ramai yang beranggapan bahawa IKS tidak boleh mendatangkan
hasil yang lumayan dan tidak maju. Oleh itu, penduduk di kampung ini
semakin berkurangan.
6.2.2.2 Lembah Bandar Kuala Kangsar
Responden : Pemilik kedai kraftangan
Jantina : Perempuan
1- Adakah berlaku perubahan dari segi pembangunan di kampung ini kesan
daripada IKS ?
Ada. Pihak kerajaan menyediakan lot-lot kedai ini untuk kami berniaga hasil
kraftangan penduduk tempatan. Selain dibawa keluar, di sinilah tempat
pertama hasil tersebut dipasarkan.
-
8/2/2019 Temu Bual KS
6/8
2- Adakah berlaku pencemaran kesan daripada pemprosesan produk IKS ini ?
Tiada rasanya. Sebab IKS ini mementingkan kebersihan dan menjaga alam
sekitar.
3- Adakah kesihatan penduduk terjejas kesan daripada IKS ?
Apa yang nak terjejasnya. Masing-masing kenalah jaga kesihatan. KesanIKS bukanlah penyebab untuk seseorang itu dihidapi penyakit.
4- Bagaimana pula dengan perubahan penduduk di kampung ini ?
Perubahan penduduk tidak terjejas sangat sebab masih ramai yang
mengusaha labu sayong ini. Cuma golongan belia tidaklah ramai sangat
seperti dulu. Mereka lebih suka bekerja makan gaji daripada berniaga ini.
5- Adakah berlaku kepupusan sumber (tanah liat) akibat perusahaan labu
sayong ini ?
Sudah tentulah tidak. Kalau pupus, mana lagi nak cari tanah liat tu.
Perusahaan labu sayong akan lenyaplah sekiranya sumber tanah liat itu
pupus.
Berdasarkan temu bual yang dibuat dengan pemilik kedai kraftangan ini,
dapat dihuraikan bahawa IKS banyak menyumbang kepada pembangunan
sekitar Lembah Bandar Kuala Kangsar. Hal ini kerana lembah ini
merupakan pusat penjualan hasil barangan kraf yang dihasilkan oleh
penduduk setempat. Responden juga mengatakan bahawa IKS tidak
menyebabkan pencemaran. Sumber tanah liat untuk pembuatan labu
sayong juga tidak akan pupus kerana berlaku proses semulajadi yang
sering menggantikan sumber yang telah diambil.
6.2.2.3 Kampung Pauh
-
8/2/2019 Temu Bual KS
7/8
Responden : Pemilik perusahaan labu sayong
Jantina : Lelaki
1- Adakah berlaku perubahan dari segi pembangunan di kampung ini kesan
daripada IKS ?
Tidaklah membangun sangat. Kampung ini cuma ada perusahaan labu
sayong kecil-kecilan saja.
2- Adakah berlaku pencemaran kesan daripada pemprosesan produk IKS ini ?
Mana ada. Sisa tanah liat yang dibuang pun kami kitar semula. Kebersihan
bengkel pemprosesan labu sayong juga mestilah bersih supaya pengunjung
teringin untuk datang melihat.
3- Adakah kesihatan penduduk terjejas kesan daripada IKS ?
Mestilah tidak terjejas. IKS adalah aktiviti yang bersih.
4- Bagaimana pula dengan perubahan penduduk di kampung ini ?
Kampung ini tidak berapa ramai penduduk. Mereka pindah keluar ke tempat
yang lebih membangun. Lagipun, infrastruktur di kampung ini tidak banyak.
Banyak rumah kosong yang ditinggalkan.
5- Adakah berlaku kepupusan sumber (tanah liat) akibat perusahaan labusayong ini ?
Tanah liat itu tidak akan pernah pupus walaupun seberapa banyak diambil
kerana tanah tersebut sentiasa ganti yang baru. Itulah kuasa Ilahi yang
membolehkan kami terus bergiat aktif dalam penghasilan labu sayong ini.
Berdasarkan temu bual di kampung ini, dapat dirumuskan bahawa IKS tidak
banyak menyumbang kepada pembangunan kampung. Hal ini kerana
penduduk kampung ini sudah berkurangan. Ramai yang berpindah keluar
untuk mencari tempat tinggal yang lebih maju dan tidak lagi menjalankan
aktiviti IKS ini. Pencemaran kesan daripada IKS sememangnya tidak ada.
Oleh itu, kesihatan penduduk tempatan juga terjamin. Sumber tanah liat
untuk perusahaan labu sayong di kampung ini juga di peroleh dari tempat
yang sama iaitu dari Kampung Pauh.
-
8/2/2019 Temu Bual KS
8/8