hubungan kekeluargaan saudara kita: satu kajian di …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian....

30

Upload: others

Post on 18-Sep-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara
Page 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara
Page 3: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL

UKHUWAH, JOHOR BAHRU

CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara
Page 5: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

iii

DEDIKASI

Ayahanda tersayang, YM Che Ku Abdul Satar Bin Sulong…

Dorongan dan semangatmu menyuluh diri tatkala kealpaan…

“Tidak ada pemberian orang tua kepada anaknya yang lebih baik daripada

budi (pendidikan) yang baik”

Hadis Riwayat al-Tirmizi

Bonda tercinta, Puan Fatimah @ Rokiah Bt Muda…

Kasih dan sayangmu mewarnai hidupku…

“Tidaklah menimpa seseorang mukmin (lelaki mahupun perempuan) suatu

kesusahan atau suatu penyakit atau suatu kegelisahan, walaupun sebatang

duri yang menusuk kakinya, melainkan semuanya itu menjadi kifarat dari

dosa yang dilakukannya”

Hadis Riwayat Muslim

Mi & keluarga…

Pengorbananmu sentiasa terpahat di sanubari ini…

Kekanda dan adinda yang sentiasa di ingatan….

Di mana pun ku berdiri kau kan tetap kuingati

Kau selalu dekat dalam hati ini

Buat nana,anim,eli dan zu…

Terima kasih kerana setiakawanmu,

Kenangan bersamamu akan tetap di ingatan

Daku bertuah kerana memiliki rakan-rakan sepertimu

Page 6: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

iv

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda

(PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia

projek yang dihormati, Ustaz Idris bin Ismail di atas segala nasihat, dorongan dan

bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.

Seterusnya, sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

Johor, pihak Jabatan Agama Johor, tenaga pengajar dan saudara kita di Darul

Ukhuwah, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, pihak PERKIM Terengganu,

dan sahabat-sahabat seperjuangan tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam usaha

menyiapkan projek ini.

Akhir kata, buat semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga berkat kerjasama ini, Allah s.w.t akan

melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya mengurniakan kejayaan di dunia

dan akhirat.Aamin.

Page 7: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

v

ABSTRAK

Golongan saudara kita menghadapi pelbagai polemik dan cabaran dalam

menghadapi dunia baru mereka sebagai seorang Muslim. Golongan ini hendaklah

dikasihi dan disayangi oleh masyarakat Islam memandangkan ia merupakan keluarga

baru kita dan sesetengah daripadanya sudah hilang tempat bergantung, bermanja dan

bermesra ekoran disingkir keluarga asal mereka. Kajian ini ditumpukan kepada

hubungan kekeluargaan saudara kita, yang mengkhususkan kepada reaksi ahli

keluarga terhadap keislaman mereka serta faktor-faktor penerimaan dan penolakan

keluarga terhadap keislaman. Seramai 41 orang saudara kita yang mengikuti kelas

pengajian di Darul Ukhuwah, Johor Bahru dipilih sebagai sampel kajian. Bagi

memenuhi objektif, borang soal selidik yang menggunakan Skala Likert telah

digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi

menambah maklumat. Data dianalisis secara statistik deskriptif dengan menumpukan

kepada kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus

daripada responden tidak mendapat tentangan keluarga setelah mereka memeluk

Islam. Di akhir kajian, beberapa cadangan juga telah dikemukakan sebagai panduan

kepada pihak yang terlibat.

Page 8: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

vi

ABSTRACT

The Muslim converts or “our new brothers in Islam” are facing variety of

challenges and polemics through their new life as a Muslim. Supposedly, they should

be showered with love and tender by Islamic society because they are part of our

society. Moreover, some of them are no longer accepted by their family. The

objective of this study is focused on their family relationship, especially family

members’ reaction to their convertion beside acceptance and decline factors of

family to convertion. The sample consist of 41 respondents at Darul Ukhuwah, Johor

Bahru. Quiestionnaires method using Likert Scale had been used to achieve the

objectives mentioned. Interviews had been conducted also in order to get more

information. The study utilizes the descriptive analysis in the form of frequent,

percentage and mean as the method to analyze the data. Result showed that almost 80

percent of the respondents are not facing any rejection from their family after their

convertion to Islam. At the end of this study, some suggestions have been made as a

guidance for those who involved.

Page 9: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL I

PENGAKUAN Ii

DEDIKASI Iii

PENGHARGAAN Iv

ABSTRAK V

ABSTRACT Vi

SENARAI KANDUNGAN Vii

SENARAI JADUAL Xiii

SENARAI RAJAH Xiv

SENARAI SINGKATAN Xv

SENARAI LAMPIRAN Xvi

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 7

Page 10: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

viii

1.2 Pernyataan Masalah 10

1.3 Objektif Kajian 11

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Kepentingan Kajian 12

1.6 Batasan Kajian 13

1.7 Definisi Istilah 13

1.8 Penutup 15

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 16

2.1 Institusi Keluarga 16

2.2 Definisi Keluarga 18

2.2.1 Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita 19

2.2.2 Tanggungjawab Saudara Kita Terhadap

Keluarga Mereka 21

2.2.3 Kisah Pada Zaman Sahabat 23

2.2.4 Kes-Kes Mengenai Hubungan Kekeluargaan

Saudara Kita 26

2.3 Pusat Aktiviti Saudara Kita, Darul Ukhuwah 30

2.4 Saudara Kita Pada Pandangan Fiqh Islam 31

2.4.1 Zakat 31

2.4.2 Pewarisan 34

2.4.3 Pemilikan Harta Benda 34

2.4.4 Pengurusan Harta Benda 35

2.5 Sorotan Kajian-Kajian Lepas 36

2.6 Penutup 39

Page 11: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

ix

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 40

3.1 Reka Bentuk Kajian 41

3.2 Lokasi Kajian 42

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 42

3.4 Instrumen Kajian 43

3.5 Prosedur Kajian 44

3.6 Kajian Rintis 45

3.7 Analisis Data 46

3.8 Penutup 46

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 47

4.2 Bahagiaan A: Latar Belakang Responden 48

4.3 Bahagian B : Reaksi Keluarga Terhadap Keislaman 57

4.3.1 Reaksi Ibu Terhadap Keislaman 59

4.3.2 Reaksi Ayah Terhadap Keislaman 60

4.3.3 Reaksi Adik Beradik Terhadap Keislaman 62

4.4 Bahagian C : Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 65

4.5 Bahagian D : Faktor Penolakan Keluarga Terhadap Keislaman 69

Page 12: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

x

4.6 Perincian Peratusan Item Bagi Responden Yang Bersetuju

Dengan Item 73

4.6.1 Reaksi Keluarga Terhadap Keislaman 74

4.6.1.1 Reaksi Ibu 74

4.6.1.2 Reaksi Ayah 75

4.6.1.3 Reaksi Adik Beradik 76

4.6.2 Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 77

4.6.3 Faktor Penolakan Keluarga Terhadap Keislaman 78

4.6 Penutup 79

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN KAJIAN

5.1 Pendahuluan 80

5.2 Perbincangan 81

5.2.1 Bahagian A 81

5.2.2 Bahagian B 86

5.2.3 Bahagian C 88

5.2.4 Bahagian D 90

5.3 Rumusan 96

5.4 Cadangan 97

5.4.1 Pertubuhan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan 97

5.4.2 Keluarga Asal Saudara Kita 97

5.4.3 Masyarakat Islam 98

5.4.4 Saudara Kita 99

5.5. Cadangan Kajian Lanjutan 99

5.6. Penutup 100

Page 13: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

xi

BAHAGIAN ENAM

SENARAI RUJUKAN

SENARAI RUJUKAN 101

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 113

Page 14: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 43

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Status 49

4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49

4.5 Taburan Responden Mengikut Agama Asal 50

4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 50

4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 51

4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 52

4.9 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 52

4.10 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Bapa 53

4.11 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Ibu 54

4.12 Taburan Responden Mengikut

Bilangan Adik Beradik 54

4.13 Taburan Responden Mengikut Anak Ke Berapa 55

4.14 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 56

4.15 Taburan Responden Mengikut

Tahun Memeluk Islam 56

4.16 Taburan Responden Mengikut Ahli Keluarga Islam 57

4.17 Taburan Item Yang Dijawab Oleh Responden 58

4.18 Taburan Skor Bagi Item (ITEM A) 59

4.19 Taburan Skor Bagi Item (ITEM B) 61

4.20 Taburan Skor Bagi Item (ITEM C) 62

4.21 Taburan Skor Bagi Item 1 65

4.22 Taburan Skor Bagi Item 2 65

4.23 Taburan Skor Bagi Item 3 66

Page 15: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

xiii

4.24 Taburan Skor Bagi Item 4 66

4.25 Taburan Skor Bagi Item 5 67

4.26 Taburan Skor Bagi Item 6 67

4.27 Taburan Skor Bagi Item 7 68

4.28 Taburan Skor Bagi Item 8 68

4.29 Taburan Skor Bagi Item 1 69

4.30 Taburan Skor Bagi Item 2 70

4.31 Taburan Skor Bagi Item 3 70

4.32 Taburan Skor Bagi Item 4 71

4.33 Taburan Skor Bagi Item 5 71

4.34 Taburan Skor Bagi Item 6 72

4.35 Taburan Skor Bagi Item 7 72

Taburan Skor Bagi Item 8 73

5.1 Min Bagi Ketiga-Tiga Objektif Kajian 96

Page 16: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam

Bagi Tahun 2000-2003 4

1.2 Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam

Mengikut Jantina Bagi Tahun 2000-2003 5

4.1 Bilangan Dan Peratus Responden Yang

Menjawab Item B 64

4.2 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM A)

Reaksi Ibu Terhadap Keislaman 74

4.3 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM B)

Reaksi Bapa Terhadap Keislaman 75

4.4 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM C)

Reaksi Adik Beradik Terhadap Keislaman 76

4.5 Peratusan Bagi Item Di Bahagian C

Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap

Keislaman 77

4.6 Peratusan Bagi Item Di Bahagian C

Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 78

Page 17: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 106

B Item Temu Bual 113

C Surat Perakuan Fakulti Untuk

Menjalankan Kajian 114

D Statistik Data Pengislaman Saudara Kita

Tahun 2000-2001 115

E Jadual Kelas Pengajian 118

Page 18: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

SENARAI SINGKATAN

Saw Sallahualaihiwasalam

SRP Sijil Rendah Pelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SWT Subhanahu Wa Taala

JAJ Jabatan Agama Johor

JHEAT Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

PERKIM Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Page 19: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

BAB I

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Saudara baru merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada

orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Istilah ini mula diguna pakai pada

tahun 1970-an.

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, saudara baru sama ada Cina,

India atau masyarakat lain sering dirujuk dan diistilahkan sebagai ‘mualaf’ oleh

masyarakat Islam amnya dan masyarakat Melayu khasnya. Mualaf bermaksud orang-

orang yang dipujuk atau dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan

pegangan mereka terhadap Islam atau orang-orang yang dipujuk supaya tertarik

untuk memeluk Islam (Amran Kasimin 1985 : 9). Penggunaan istilah ini adalah

untuk menyesuaikan dengan firman Allah dalam al-Quran :

Page 20: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

2

Maksudnya :“ Sesungguhnya sedeqah-sedeqah (zakat) itu hanyalah untuk

orang-orang fakir miskin, amil-amil yang menguruskan zakat, orang-orang

yang dijinakkan hatinya (menerima Islam), hamba-hamba yang hendak

dibebaskan, orang-orang yang berhutang dan bagi dibelanjakan ke jalan

Allah dan orang-orang yang musafir, sebagai satu kewajipan yang

diwajibkan Allah, dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ”.

( Al Taubah : ayat 60 )

Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat di atas secara jelas dan

terang telah menyenaraikan senarai mereka yang berhak untuk menerima zakat

antaranya ialah golongan mualaf.

Sementara itu, al-Qaradawi dalam kitabnya Fiqh al-Zakat telah menyebut

bahawa mualaf ialah mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya atau

keyakinannya dapat bertambah terhadap Islam, atau sekurang-kurangnya akan

terhalang niat jahatnya untuk melakukan kejahatan terhadap muslimin, atau pun

dengan harapan akan adanya sebarang kemanfaatan mereka dalam membela dan

menolong kaum muslimin daripada sebarang ancaman musuh.

Manakala Imam Syafi’e, Imam Hassan dan al-Zuhri berpendapat, golongan

mualaf adalah merujuk kepada orang yang asalnya beragama selain Islam,

kemudiannya memeluk Islam. Kebanyakan mereka masih lemah imannya dan amat

memerlukan bimbingan dalam perkara-perkara keagamaan. Di samping itu, golongan

ini juga memerlukan bantuan dan sokongan dalam aspek-aspek lain seperti

kebajikan, kewangan dan sebagainya.

Perkataan mualaf merupakan satu istilah yang pernah dipopularkan sedikit

masa dahulu dengan merujuk kepada mereka yang baru memeluk agama Islam

daripada pelbagai etnik dan keturunan. Namun begitu, kebanyakan saudara baru

menganggap kalimah mualaf cukup janggal bagi mereka. Malah, penggunaan

kalimah itu menyebabkan mereka merasa tersisih dan tersinggung. Ada di kalangan

Page 21: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

3

mereka yang tidak gemar dengan identiti mualaf kerana merasakan kehidupan

mereka agak asing dari segi interaksi mahupun komunikasi dalam masyarakat.

Selain itu, persepsi masyarakat terhadap konsep mualaf haruslah

diperbetulkan. Jika tidak, ia akan menambahkan jurang antara Melayu

Muslimdengan Muslimdari bangsa lain. Situasi ini sudah tentu tidak bertepatan

dengan semangat persaudaraan dalam Islam.

Justeru, ia ditukar kepada istilah lain, iaitu saudara baru. Mengenai

penggunaan kata saudara baru pula, para pengkaji mendapati bahawa istilah tersebut

bukanlah berasal daripada istilah Arab atau pun terjemahan daripadanya, tetapi

diambil daripada penyesuaian kata mualaf yang bermaksud orang yang dijinakkan

hatinya, yang hampir keseluruhan mereka masih lemah imannya dan memerlukan

bimbingan dan tarbiah.

Tarikh bermulanya saudara baru memeluk Islam di Malaysia tidak dapat

dipastikan dengan tepat. Mungkin sejarahnya sama dengan kedatangan Islam ke

Kepulauan Melayu. Dari segi kuantiti, jumlah mereka yang memeluk agama Islam

semakin bertambah dari masa ke masa. Secara keseluruhannya, jumlah teramai

saudara baru yang memeluk Islam di Malaysia adalah terdiri daripada etnik Cina

(Amran Kasimin : 1985 : 30). Keadaan ini berlaku mungkin secara kebetulan ianya

seiringan dengan jumlah orang Cina yang paling ramai di Malaysia selepas orang

Melayu, diikuti etnik Iban, India, orang Asli, Dayak, dan lain-lain.

Berdasarkan statistik Data PengIslaman Saudara Kita bagi Daerah Johor

Bahru, Negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 2000-2002, seramai 355 orang

daripada kaum Cina memeluk Islam, diikuti 253 orang etnik Iban, 249 orang

daripada kaum India, 94 orang daripada kaum Kadazan, Bidayuh seramai 71 orang,

Orang Asli pula seramai 22 orang, warga asing sejumlah 103 orang dan bangsa-

bangsa lain seramai 63 orang.

Page 22: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

4

Peratusan pemeluk Islam kian meningkat saban tahun di seluruh dunia.

Sekalipun dikekang dan dihambat, kekangan dan hambatan terus gagal. Ibarat air

yang deras membuak, semakin disekat, isipadu air semakin berkumpul kukuh.

Apabila saat dan ketikanya sampai, keupayaan bendungan menjadi goyah sedang

bendungan terdesak, retak, runtuh dan pecah. Air terus menghambur, membaur dan

mengalir pantas dengan membentuk cawangan-cawangan kecil bagi faedah seluruh

penghuni alam maya.

Begitulah perumpamaan yang dapat menggambarkan penganut-penganut

Islam daripada pelbagai bangsa dewasa ini. Meskipun menghadapi pelbagai dugaan,

cabaran dan ancaman, mereka tetap teguh dalam pegangan dan tidak memberi kesan

sama sekali kepada pertambahan jumlah pemeluk Islam meskipun terdapat pelbagai

cerita pahit manis, suka duka pemeluk-pemeluk Islam sebelumnya. Bagi tahun 2000

sahaja, sebanyak 348 orang memeluk agama Islam dengan pelbagai latar belakang

dan bangsa. Pada tahun 2001, seramai 406 orang memeluk Islam dan jumlah ini

dilihat bertambah pada tahun berikutnya, tahun 2002 seramai 456 orang. ( Rujuk

Rajah 1.1 dan 1.2).

Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 :Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Agama Islam

Rajah 1.1: Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Bagi Tahun 2000

Hingga 2002

348406

456

0

100

200

300

400

500

2000 2001 2002

200020012002

Bi l a ngan

Page 23: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

5

230

295 332

118 111 124

0 50

100 150 200 250 300 350

2000 2001 2002

Tahun

Bilangan

Lelaki Perempuan

Rajah 1.2 : Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Mengikut Jantina

Dari Tahun 2000 Hingga 2002

Sumber : (Statistik Data PengIslaman Saudara Kita),

Jabatan Agama Johor.

Tatkala membicarakan persoalan saudara baru, timbul persoalan yang

terlintas di minda, apakah golongan ini patut digelar saudara baru semata-mata

kerana ia baru sahaja memeluk Islam? Jawapannya sudah tentu tidak. Sebaliknya,

penggunaan kata ini hanyalah sebagai landasan perbezaan antara seorang Muslim

secara keturunan dan mereka yang baru memeluk agama Islam. Pengkelasan ini

bertujuan untuk memudahkan pihak-pihak tertentu seperti badan-badan dakwah

untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta menjalankan operasi dakwah ke atas

mereka.

Sebagai perbandingan makna dengan Kamus Dewan (2002 : 900), mualaf

diertikan sebagai orang yang baru memeluk agama Islam atau saudara baru.

‘Saudara baru’ adalah perkataan yang digunakan secara meluas dewasa ini.

Terdapat pelbagai reaksi masyarakat terhadap penggunaan perkataan ini. Segelintir

masyarakat tidak menyukai bahkan tidak bersetuju dengan pemakaian istilah tersebut

dengan berasaskan rasional bahawa ia hanya akan meletakkan golongan ini di lapisan

kedua dalam heirarki masyarakat Muslim. Namun begitu, kedapatan juga masyarakat

dan mereka yang baru memeluk Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan

pemakaian istilah ini atas alasan dan sebab-sebab yang tertentu. Meskipun begitu,

Bi la ngan

Page 24: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

6

realitinya golongan ini (saudara baru) adalah merupakan suatu aset yang amat

penting dan berharga dalam konteks dakwah di Malaysia amnya, dan dalam

masyarakat Muslim khasnya.

Nor Raudah Siren (2000) selaku Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan

Manusia, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, menjelaskan dalan Jurnal

Usuluddin, saudara baru merupakan masyarakat Islam yang dimuliakan di sisi Allah

yang memerlukan bimbingan dan keprihatinan bagi memantapkan lagi keimanan dan

keyakinan mereka terhadap agama baru yang mereka anuti. Mereka juga berharap

orang Islam sendiri menerima mereka sebagai saudara seagama tanpa sebarang

prejudis.

Menurut Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester (Majalah I : 2003), ada

yang menyarankan agar perkataan mualaf atau saudara baru digantikan dengan

perkataan lain yang lebih menampakkan kemesraan dan sama tarafnya dalam

masyarakat. Perkataan yang paling sesuai menurutnya ialah ‘saudara kita’ yang kini

kerap digunakan oleh jabatan agama Islam di seluruh negara.

Perkataan saudara kita dari sudut takrif sama sahaja dengan saudara baru,

iaitu merujuk kepada mereka yang baru memeluk Islam. Namun, penggunaan

kalimah ini sehingga kini lebih selesa, tepat dan diterima khususnya oleh kumpulan

itu sendiri. Secara global, perkataan ini dapat menghapuskan jurang perbezaan dan

sebarang diskriminasi antara orang baru dan orang lama dalam agama Islam.

Penulis sendiri merasakan lebih selesa dengan penggunaan istilah saudara

kita agar tidak menyinggung mana–mana pihak di samping menyahut reformasi

umum tentang kata panggilan ini kerana kata ini dirasakan lebih mesra dan

bersesuaian dengan konteks dunia globalisasi dewasa ini.

Meskipun terdapat kepelbagaian kata yang digunakan, sebarang prejudis dan

tanggapan negatif daripada anggota masyarakat akan terhakis sekiranya imej diri

mereka dibina berlandaskan garis panduan Islam serta menjadikan Islam sebagai

Page 25: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

7

corak hidup mereka sehinggalah ianya sebati dengan diri mereka. Akhirnya, pihak

yang memandang enteng terhadap mereka selama ini akan terbuka mata mereka

dengan usaha dan kegigihan para mualaf. Al Khaliq, Allah sendiri telah memberi

peringatan-Nya dalam al-Kitab :

Maksudnya : “ Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari

seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-

bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang

bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ”.

( Al Hujurat : ayat 13 )

Ayat ini sekaligus menghapuskan dasar diskriminasi serta ketidakadilan,

termasuklah dalam persoalan baru atau pun lama seseorang itu memeluk agama

Islam. Kayu ukur kemuliaan seseorang di sisi Allah ialah aspek ketakwaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Saudara kita merupakan golongan yang perlu dipelihara oleh semua pihak.

Mereka memerlukan khidmat nasihat dan sokongan yang padu daripada semua

pihak. Masyarakat umum mengetahui bahawa pelbagai polemik dan cabaran

dihadapi oleh mereka yang baru memeluk Islam. Namun begitu, berapa ramaikah

daripada masyarakat yang sedar tentang masalah dan hubungan kekeluargaan para

saudara kita setelah memeluk Islam. Ramai mengakui institusi keluarga memainkan

peranan penting dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Tidak terkecuali

Page 26: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

8

saudara-saudara kita, golongan ini lebih memerlukan sokongan dan pemahaman

keluarga mereka dalam melayari dunia baru dengan berpaksikan syahadah dan takrir

kepada Yang Esa.

Nor Raudah Siren (2000) ketika mengulas tentang saudara baru menyatakan :

“saudara baru merupakan masyarakat Islam yang dimuliakan di sisi Allah

yang memerlukan bimbingan dan keprihatinan bagi memantapkan lagi

keimanan dan keyakinan mereka terhadap agama baru yang mereka anuti.

Mereka juga berharap agar masyarakat Islam sendiri boleh menerima

mereka sebagai saudara seagama tanpa sebarang prejudis”.

Dalam menjalani kehidupan yang serba baru, golongan saudara baru tidak

terlepas dari pelbagai cabaran yang mampu menggugat keimanan mereka sekiranya

ia tidak benar-benar teguh. Pelbagai masalah terpaksa didepani sama ada dari segi

emosi, adat, budaya, kekeluargaan, ekonomi, kerjaya, birokrasi, perundangan dan

sebagainya. Masalah-masalah ini mampu merebak dan mengesani saudara baru

dengan lebih serius hingga ke peringkat kembali kepada agama asal (murtad)

sekiranya ia tidak ditangani dengan segera ( Lokman Ab. Rahman 1995 : 62 ).

Antara cabaran dan masalah besar yang sering membelenggu saudara kita

menyentuh hubungan kekeluargaan ialah penyingkiran oleh kaum keluarga dan

masyarakat asal (Anuar Puteh : 2000). Secara umumnya, masyarakat asal mereka

menganggap penukaran agama kepada agama Islam sebagai satu perbuatan yang

terkutuk dan amat dibenci kerana mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama

orang Melayu sahaja. Ia adalah satu bentuk pengkhianatan dan penghinaan kepada

keturunan dan perjuangan bangsa. Bagi mereka juga, ia memutuskan ikatan

kekeluargaan dan keturunan yang dibina selama ini.

Page 27: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

9

Lantaran itu, ada di kalangan saudara kita yang disingkir keluarga dan

masyarakat asal mereka. Masalah ini bukanlah satu fenomena yang baru bahkan

ianya seakan-akan telah menjadi satu tradisi yang wujud bersama-sama dengan

penerimaan saudara kita yang memeluk agama Islam. Namun begitu, sejak

kebelakangan ini masalah tersebut agak berkurangan. Situasi ini mungkin terjadi

ekoran kesedaran dan pengetahuan masyarakat bukan Islam itu sendiri, bahawa

agama Islam itu bukan membawa kepada permusuhan dan perseteruan.

Selain itu, terdapat juga situasi di mana sesetengah ahli keluarga boleh

menerima keislaman saudara kita, tetapi ditentang ketua keluarga atau pun ahli

keluarga yang lain. Berdasarkan temuramah yang dijalankan oleh penyelidik

bersama Encik Mohd Fahmi Bin Abdullah, terdapat ugutan yang dikeluarkan oleh

ketua keluarga untuk membunuh anaknya jika ia pulang ke rumah. Oleh itu, sudah

pastinya individu yang berhadapan dengan ugutan ini takut untuk balik ke rumah

atau kembali berhubungan seperti dahulu dengan ahli keluarganya.

Berdasarkan beberapa polemik yang telah diutarakan, jelaslah di sini keluarga

‘baru’ mereka setelah melafazkan syahadah, iaitu masyarakat Islam sendirilah

menjadi harapan untuk mereka yang bermasalah dengan keluarga asal mereka untuk

meneguhkan keyakinan dan memantapkan keimanan.

Menurut Datin Sabariah Tuan Ishak (2002), selaku Pengerusi PERKIM

Kelantan :

“nasib serta penderitaan saudara kita tetap dikongsi bersama”.

Jelaslah di sini bahawa saudara kita tidak keseorangan dalam menghadapi

masalah dan cabaran. Justeru, seluruh umat Islam bertanggungjawab untuk sama-

sama menghulurkan bantuan daripada pelbagai aspek, bagi meringankan beban yang

ditanggung saudara-saudara kita, agar akidah dan keimanan mereka terus padu dan

kukuh.

Page 28: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

10

Memetik kata-kata Setiausaha Kehormat PERKIM Kelantan, Hj Ghazali Abd

Rahman (2003) :

‘Kita perlu membantu mereka dari segi kewangan, khidmat nasihat dan

membimbing mereka menghayati Islam sepenuhnya’.

Justeru, umat Islam seluruhnya hendaklah bersedia menghulurkan bantuan

dan sokongan serta dorongan yang mantap daripada pelbagai aspek kepada saudara

kita yang pastinya mengambil masa untuk memantapkan kedudukan mereka sebagai

seorang Muslim yang mengalami pelbagai polemik dan cabaran ekoran tekanan dan

spekulasi daripada pelbagai pihak.

Jelaslah di sini bahawa tanpa sokongan keluarga, amat payah untuk seseorang

melayari kehidupan apatah lagi apabila menganut agama yang baru. Pelbagai

masalah dan cabaran yang dihadapi saudara kita diketengahkan oleh ramai pengkaji

dan penulis, namun sukar dan mungkin tiada rekod khusus dicatatkan tentang

hubungan kekeluargaan saudara kita setelah memeluk Islam.

Menyedari kekosongan penemuan berkaitan tajuk ini, penyelidik merasa

terpanggil untuk memenuhi kekurangan tadinya dengan mengkaji tentang hubungan

kekeluargaan saudara kita setelah mereka memeluk Islam.

1.3 Pernyataan Masalah

Generalisasi tentang ‘masuk Islam, masuk Melayu’ telah menjadikan

sebahagian daripada saudara kita terbelenggu dengan tekanan dan penolakan

daripada keluarga asal mereka. Natijahnya, kehidupan mereka sebagai seorang

Muslim terpaksa diteruskan tanpa sokongan keluarga di samping terputus hubungan

kekeluargaannya dengan insan-insan yang disayanginya.

Page 29: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

11

Bertitik tolak daripada permasalahan dan situasi di atas, kajian dibuat untuk

memastikan bahawa adakah benar penolakan dan reaksi negatif terhadap keislaman

responden masih berlaku pada masa kini. Jika ya, apakah faktor-faktor penolakan

keluarga terhadap keislaman saudara kita. Jika tidak, apakah faktor-faktor

penerimaan keluarga terhadap saudara kita. Segala persoalan akan cuba dikupas

dalam kajian ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum penyelidikan ini adalah untuk mengetahui penerimaan

keluarga terhadap para saudara kita. Antara objektif khususnya pula adalah seperti

berikut :

1.4.1 Mengetahui reaksi keluarga terhadap keislaman saudara kita.

1.4.2 Mengetahui faktor-faktor penerimaan keluarga terhadap saudara kita.

1.4.3 Mengetahui faktor-faktor penolakan keluarga terhadap saudara kita.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada

beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan

tersebut adalah :

1.5.1 Sejauh mana penerimaan keluarga terhadap keislaman saudara kita.

1.5.2 Adakah saudara kita menghadapi masalah kekeluargaan setelah mereka

memeluk Islam.

Page 30: HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI …€¦ · digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara

12

1.5.3 Apakah faktor penerimaan keluarga terhadap saudara kita selepas keislaman

mereka.

1.5.4 Apakah faktor penolakan keluarga terhadap saudara kita selepas keislaman

mereka.

1.6 Kepentingan Kajian

Diharapkan agar kajian ini dapat membantu mana-mana pertubuhan kerajaan

dan bukan kerajaan dalam rancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah

mereka terhadap saudara kita dan masyarakat Islam. Penulis juga berharap agar

pihak-pihak ini dapat mempertingkatkan bantuan seperti khidmat nasihat terhadap

mereka yang baru memeluk Islam. Selain itu, kajian ini juga penting buat masyarakat

Islam, agar mereka beroleh informasi tentang hubungan kekeluargaan saudara kita

setelah memeluk Islam. Kajian ini juga perlu untuk memberi kesedaran kepada

masyarakat Islam umum tentang situasi saudara kita setelah memeluk Islam, agar

mereka sama-sama dapat membantu dalam meringankan beban dan masalah serta

penderitaan yang ditanggung oleh saudara kita. Di samping itu, kajian ini juga

penting bagi orang perseorangan serta individu-individu yang berminat untuk

mengkaji tentang hubungan kekeluargaan saudara kita dan ianya bermanfaat sebagai

perintis kajian yang seterusnya. Mana-mana pendakwah juga boleh memanfaatkan

kajian ini dalam usaha untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada golongan bukan

Islam atau pun masyarakat Muslim sendiri.

Secara umumnya, kajian ini juga bermanfaat bagi semua pihak dan dapatan

kajian ini juga boleh diaplikasikan untuk aktiviti dakwah dalam usaha untuk

mempertingkatkan dan memperluas syiar Islam.